SOALAN 2
Pengenalan
³Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada d aripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita´. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah ³ sebarang sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi manamana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan´.Oleh haiwan´.Oleh itu, pencemaran secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. kehidupan.
Pencemaran dapat dikategorikan kepada empat bentuk iaitu:
Udara
Air
Bunyi
Tanah
A. Punca Pencemaran
Secara umumnya pencemaran boleh berpunca daripada alam semulajadi dan kesan aktiviti manusia.Kebakaran hutan akibat panahan petir dan letupan gunung berapi merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh alam semulajadi. Namun ia tidaklah seteruk seperti kesan pencemaran oleh aktiviti manusia. Bumi secara umumnya mampu menyerap pencemaran oleh alam semulajadi. Oleh itu, akviti manusia lebih dominan yang menyebabkan pencemaran alam seperti yang sering terpampang di dada akhbar yang tidak sunyi daripada berita mengenai pencemaran alam.
Rajah 1: Punca pencemaran oleh aktiviti manusia .
I.
Pencemaran bahan buangan kilang. Pencemaran bunyi. Asap dari kilang. Asap dari lori balak. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet. Sampah sarap / bau busuk. Pembakaran sampah secara terbuka. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had. Kebakaran terbuka di kawasan ru mah. Asap kenderaan. Pembalakan / penebangan pokok
K enderaan enderaan
dan Janakuasa
Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna menghasilkan gas karbon monoksida, sulfur dioksida, dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum atau asap. Biasanya asap asap yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang yang paling ketara. Asap mengandungi zarah karbon yang terhasil terhasil daripada pembakaran bahan api. api. Apabila karbon ini terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap air terkondensasi di
sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.Bahan pencemar yang lain ialah gas berasid seperti oksida oksida sulfur dan oksida nitrogen. nitrogen. Gas-gas ini bertindak bertindak dengan oksigen dan wap air untuk membentuk asid yang yang turun bersama air hujan sebagai hujan asid. asid. Hujan asid ini serta serta bahan pencemar yang lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta haiwan yang lain, tanaman, bangunan dan iklim.
II.
Industri
Perkilangan
Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah ialah pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya. Kilang-kilang perindustrian seperti kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang k ilang papan, kilang kimia (baja, insektisid insektisid dan herbisid) perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan bahan-bahan lain ke udara. Bahan pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen nitrogen dioksida serta debu-debu. debu-debu. Bahan-bahan ini bukan bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit mata dan paru-paru serta kanser k anser respirasi. respirasi.
III.
Industri
Pertanian
Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan cecair atau pepejal secara tidak tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang bercampur dengan racun makhluk perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan ke dalam sungai atau sesuatu kawasan. Kebiasaanya ia berlaku berlaku di tempat-tempat yang jauh jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. sekeliling. Ianya boleh menyebabkan pencemaran air dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada pembajakan dan asap daripada proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran udara.
IV.
Pembalakan Tidak Terancang
Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan banyak kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang kerap berlaku berlaku di kawasan sekitar sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga menyebabkan
berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh. Peristiwa tanah runtuh seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.
V.
Industri
Perkapalan
Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di kawasan persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan kemusnahan kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini menyumbang menyumbang kepada kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga menjejaskan ekonomi penduduk setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan. Seperkara lagi, apabila pantai negara kita kotor ini akan menjejaskan industri pelancongan negara.
VI.
Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan pembangunan. Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon dioksida dan karbonmonoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. Selain itu, asap yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu yang mengakibatkan penduduk di kawasan itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat. Ia membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.
VII.
Aktiviti harian
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
K esimpulan esimpulan Dalam
mengejar pembangunan pembangunan dan kemajuan, aspek alam sekitar sekitar sering diabaikan kerana ia
dianggap tidak penting. Ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.