BIL
PERKARA
1
AGAMA
2
BAHASA
CATATAN Islam agama rasmi persekutuan sementara Sarawak hendaklah tidak mempunyai sebarang agama rasmi. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipakai di Sarawak. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi di Persekutuan. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan dalam tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan Malaysia.
3
PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali. Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.
4
KETUA PERSEKUTUAN
5
NAMA PERSEKUTUAN
6
KUASA IMEGRESEN
Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua persekutuan. Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya. Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian malaysia daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali kakitangan kerajaan persekutuan.
7
HAK UNTUK BERPISAH Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.
8
BORNEONISASI Pegawai Borneo yang dilantik merupakan penduduk Tempatan.
9
PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
10
KEWARGANEGARAAN KEWARGANEGAR AAN
Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari kalangan rakyat negeri berkaitan. Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Lapoeran Suruhanjaya Suruhanjay a Cobbold hendaklah mentadbir hak-hak kewarganegaraan dalam negeri Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan pindaan-pindaan berikut : a) Sub- perenggan (i) hendaklah tidak mengandungi peruntukan sehinggalah pemastautin lima tahun. b) Dalam usaha hendak menyelaraskan dengan undangundang kita , sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukannya “lapan
daripada dua belas tahun”. c) Sub-perenggan (iii) hendaklah tidak mengandungi sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa bagi yang lahir di Borneo utara selepas Malaysia, mesti menjadi rakyat persekutuan.
11
TARIF DAN KEWANGAN
12
KERAJAAN NEGERI
13
TEMPOH PERALIHAN
14
PENDIDIKAN
15
JAMINAN PERLEMBAGAAN
Sarawak hendaklah mengawal pembangunan dan tarifnya sendiri.
kewangan,
tabung-tabung,
(a) Ketua menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Dewan Perundangan, (b) Hendaklah diwujudkan satu sistem kementerian sebenar di Sarawak oleh kerajaan Persekutuan. Selama tujuh tahun kuasa perundangan hendaklah dipegang oleh kerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan (tempoh itu sudah tamat). Sistem pendidikan yang sedia ada di Sarawak hendaklah dikekalkan dan untuk tujuan itu hendaklah diletakkan di bawah kerajaan negeri (sistem pendidikan Sarawak , Dewan Undangan Negeri Sarawak telah mengintegrasikan pendidikan kedalam sistem kebangsaan pada 6 julai 1976).
Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak oleh kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan. 16
PERWAKILAN DI PARLIMEN
17
GELARAN KETUA NEGERI
Ianya perlu mengambil kira populasi penduduk Sarawak, saiz dan potensinya. Dalam apa keadaan sekalipun ianya hendaklah tidak kurang daripada perwakilan Singapura. Gelaran Ketua Negeri bagi Sarawak ialah yang Dipertuan Negara.
18
TANAH, PERHUTANAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna pakai di Sarawak.
Masih Relevankah Tuntutan 18 Sarawak pada hari ini
Tidak semua tuntutan perkara 18 Sarawak masih diamalkan sehingga hari ini. Terdapat juga beberapa perkara menerima perubahan yang ketara selepas 10 tahun Sarawak menyertai Malaysia. Antara 18 perkara tuntutan yang telah menerima perubahan seperti tuntutan 20 perkara Sabah ialah, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi Sarawak selepas 10 tahun penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Perkara ini memang telah termaktub dalam tuntutan perkara 18 kerana Sarawak bersetuju untuk menerima penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi selepas 10 tahun penyertaan Sarawak dalam Malaysia. Tuntutan perkara 18 lain yang telah menerima perubahan ialah tuntutan dalam aspek pendidikan apabila Sarawak ingin mengekalkan pendidikan negeri tersebut mesti diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri pada mulanya. Namun, Dewan undangan Negeri Sarawak telah memasukkan pendidikan dalam sistem kebangsaan pada 6 Jun 1976. Sejak itu pendidikan di Sarawak diselaraskan oleh kerajaan negeri. Namun begitu, terdapat jugak beberapa perkara yang kekal sehingga hari ini dan tidak boleh di ubah sama sekali. Sebagai contoh, terdapat perkara dalam tuntutan yang tidak memungkinkan Sarawak mahupun Sabah keluar dari Malaysia. Selain itu, kuasa imigresen di Sarawak terus diberi keistimewaan apabila setiap warganegara Malaysia yang ingin pergi ke Sarawak sama ada melancong, bekerja, belajar dan sebagainya perlu menyiapkan dokumen perjalanan diri sebagai syarat untuk masuk negeri tersebut. Hal ini seolah-olah Sarawak merupakan sebuah negara luar yang tiada kaitan dengan Malaysia kerana syarat dokumen perjalanan diri tersebut. Namun tuntutan perkara 18 yang diminta oleh penduduk Sarawak menyebabkan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tuntutan ini kerana ia sebahagian daripada perjanjian. Manakala dari aspek agama pula, tiada agama rasmi di Sarawak seperti yang tercatat dalam perlembagaan persekutuan. Malah perlembagaan persekutuan tidak boleh digunakan di Sarawak. Hal ini juga disebabkan oleh penduduk Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai kepercayaan masing-masing. Kerajaan Persekutuan menghormati hal tersebut dan tidak memberi tekanan kepada Sarawak dari aspek beragama. Oleh sebab ini, Sarawak tidak mempunyai sebarang agama yang rasmi dan penduduknya mempunyai agama yang berlainan mengikut etnik di negeri tersebut. Selain itu, keistimewaan Sarawak yang kekal hingga ke hari ini
dalam tuntutan
perkara 18 ialah tentang Tanah dan Perhutanan. Peruntukan tanah dalam Kerajaan
Persekutuan tidak boleh digunakan di sarawak. Hal ini bermaksud hanya orang bumiputera Sarawak sahaja yang berhak ke atas Tanah di Sarawak. Kerajaan Persekutuan juga tidak boleh membeli tanah yang dimiliki atau dikhaskan kepada bumiputera Sarawak. Sekiranya kerajaan Persekutuan ingin menggunakan tanah di Sarawak untuk tujuan pembangunan Sarawak, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan Persekutuan juga tidak boleh meneroka hutan di Sarawak dengan tujuan pembangunan tanpa persetujuan kerajaan negeri.
RUJUKAN -NADZAN HARON, ROZEMAN ABU HASSAN MALAYSIA MELANGKAH KE HADAPAN, 2010 ,PENERBITAN MULTIMEDIA SDN.BHD.