VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 PROGRAM KEMPEN ANTI ANTI DADAH DAERAH KOTA SETAR KEDAH DARUL AMAN 11 OKTOBER 2011 DEWAN WAWASAN, ALOR SETAR KEDAH
1. PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ), Universiti Utara Malaysia ( UUM ) bagi merealisasikan program Kempen Anti Dadah bersama remaja daerah Kota Setar mengikut tarikh yang dirancang iaitu pada 11 Oktober 2011.
Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan Negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah. Di Malaysia, bilangan penagih
dadah
semakin
bertambah
saban
tahun.
Apa
yang
lebih
membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13 – 20 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa masalah penagihan dadah sedang mengancam kehidupan manusia khasnya masyarakat di negara ini. Sesungguhnya masalah ini mendatangkan kesan yang buruk kepada individu itu sendiri,keluarga,masyarakat,ekonomi dan keselamatan Negara. Oleh itu, Program Kempen Anti Dadah ini diadakan atas rasa tanggungjawab untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada remaja agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
2. PROGRAM
Program ini lebih tertumpu kepada remaja-remaja antara 13 hingga 25 tahun yang akan dibimbing oleh fasilitator Kelab Rakan Muda Kota Setar. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah ceramah dan demonstrasi sebatan dari Jabatan Penjara Alor Setar, ceramah khas jenayah oleh wakil dari Ibu Pejabat Daerah, IPD Kota Setar, ceramah ancaman dadah dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( ADDK ) Cawangan Alor Setar. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di Dewan Wawasan, Alor Setar Kedah.
3. OBJEKTIF PROJEK
Objektif bagi projek ini adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja di daerah Kota Setar. Bukan itu sahaja, malahan untuk meningkatkan kesedaran kepada kumpulan sasaran akan pentingnya memerangi penyalahgunaan dadah sebagai tanggungjawab individu. Selain itu, memberi kefahaman kepada kumpulan sasaran bahaya salahguna dadah terhadap warga dan negara sejak dahulu, kini dan akan datang. Di samping itu, objektif bagi projek ini dapat memberi nilai kepada semua pihak melalui aktiviti yang dilaksanakan di bawah kempen yang diadakan ini.
4. MATLAMAT PROJEK
4.1 Mengalakkan para remaja untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah selaras dengan pembangunan negara yang pantas. 4.2 Membantu dan mendorong remaja supaya sedia member kerjasama,tolong menolong dan bertimbang rasa dalam kehidupan seharian untuk kemajuan bangsa, agama dan negara.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
5. Analisis Keperluan Projek
Program ini amat bemanfaat kepada golongan remaja di Daerah Kota Setar ini disebabkan beberapa faktor :
5.1 EKONOMI
Kebanyakan remaja di kawasan Kota Setar ini bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri. Pendapatan yang diperolehi oleh mereka yang bekerja sendiri tidak menentu. Ini adalah kerana faktor umur yang masih muda menyebabkan keinginan para remaja lebih tertumpu kepada pendapatan harian yang diperolehi. Pendapatan mereka tidak dapat menanggung kos hidup yang semakin tinggi. Keadaan ini mendorong remaja melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh membawa keuntungan yang lumayan. Contoh pendapatan yang diperolehi daripada sumber haram iaitu hasil dari penjualan dan pengedaran dadah, aktiviti seks bebas, merompak dan lain lain. Juga difahamkan penjualan dan pengedaran dadah boleh membawa keuntungan yang berganda tanpa perlu bekerja. Walaupun sumber duit tersebut yang diperolehi dengan perbuatan yang haram dan salah disisi undang undang, asalkan pendapatan yang lebih itu boleh membantu memenuhi kehendak remaja-remaja. Di sini pula kami sertakan graf profil penagih mengikut jenis pekerjaan.
PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN
JUMLAH
Pengeluaran/Kilang
1368
Pertanian/Perikanan dll
1851
Perkhidmatan
3538
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
5.2 AGAMA
Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau rakan sebaya. Sebenarnya, masalah gejala dadah adalah masalah kita bersama. Oleh itu, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat perlu memberi komitmen yang lebih tinggi dalam menangani gejala dadah. Kekuatan dan potensi keluarga dalam memerangi dadah akan lebih berkesan dan bermakna daripada semua langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan dalam usaha membendung masalah tersebut. Kita tidak boleh membiarkan keluarga yang menjadi unit asas dan penting dalam masyarakat kita lerai dan runtuh begitu sahaja akibat penyalahgunaan dadah. Semakin jelas di mata masyarakat bahawa institusi kekeluargaan memainkan peranan penting bagi memerangi penyalahgunaan dadah kerana ia merupakan mekanisme pertahanan utama dalam memerangi masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Mendidik dan memupukan anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang baik sejak kecil adalah faktor utama kukuhnya institusi kekeluargaan.
5.3 POLITIK
Kestabilan politik di kawasan ini boleh diukur dengan kurangnya kadar jenayah. Bagi menjamin keharmonian kawasan ini yang memerlukan kerjasama antara penduduk setempat dan agensi swasta dan kerajaan. Pelbagai aktiviti masyarakat yang dirancang oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada remaja kawasan ini. Pembangunan masyarakat amat dititikberatkan oleh pihak kerajaan dari segi ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja bagi mencapai matlamat untuk menjadi remaja yang lebih berguna dan berdisplin.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
5.4 SOSIAL
Antara masalah sosial yang sering dilakukan oleh remaja muda ialah seks bebas, pembuangan bayi, penagihan dadah, ponteng sekolah, menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya. Pada zaman moden ini, golongan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjungi oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Selain itu, juga terdapat beberapa sebab yang mendorong mereka mengguna dadah seperti keseronokan,perasaan ingin tahu, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa, disebabkan oleh sama ada kegagalan, tekanan emosi serta mudah dapat diperolehi di pasaran. Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menganggu keamanan, ketenteraman, keterbitan peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.
PROFIL
PENAGIH
DADAH
MENGIKUT
SEBAB
MULA
JUMLAH
MENGGUNA DADAH
Untuk Keseronokan
3021
Pengaruh Kawan
13776
Perasaan Ingin Tahu
7239
Tekanan Jiwa
934
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
6. PERANCANGAN PROGRAM
Bengkel yang akan dilaksanakan bertajuk “Program Kempen Anti Dadah”. Bengkel ini akan dijalankan selama sehari iaitu pada 11 Oktober 2011 dalam tempoh lebih kurang dua bulan bermula dari 11 Ogos 2011 bertempat di Dewan Wawasan, Alor Setar Kedah. Peserta yang akan menyertai bengkel ini adalah seramai 50-150 orang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, belia-belia dan remaja-remaja di kawasan Kota Setar. Aktiviti yang dijalankan sebelum perlaksanaan bengkel tersebut adalah seperti berikut : 6.1 Mesyuarat I
Mesyuarat kali pertama untuk melantik jawatankuasa program dan jawatankuasa kerja. Mesyuarat ini akan diadakan di Dewan Kuliah ( DKG 5/2 ) UUM. 6.1.1 Perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan bendahari. 6.1.2 Perlantikan ketua-ketua biro iaitu : 6.1.2.1
Biro Persediaan
6.1.2.2
Biro Pendaftaran dan Perasmian
6.1.2.3
Biro Makanan
6.1.2.4
Biro Pengangkutan dan Logistik
6.1.2.5
Biro Publisiti
6.1.3 Membuat pengagihan tugas mengikut biro-biro yang telah ditetapkan. 6.1.4 Biro Persediaan akan berhubung dengan Kelab Rakan Muda Kota Setar, Persatuan Belia Daerah Kota Setar,Jabatan Penjara Alor Star,IPD Kota Setar,AADK Kota Setar bagi membincangkan projek yang akan dijalankan.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
6.1.5 Biro Pengangkutan dan Logistik membuat lawatan tapak projek dan meninjau kawasan serta membuat pemeriksaan ke atas alatan dan peralatan yang akan digunakan. 6.1.6 Biro Makanan mencari menu yang sesuai dan membuat tempahan makanan untuk jamuan sepanjang program dijalankan. 6.1.7 Biro Publisiti akan menyediakan risalah-risalah hasil penyelidikan kepada para remaja program.
6.2 Mesyuarat II
Mesyuarat kali kedua berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan bagi perlaksanaan program. 6.2.1 Memohon sumbangan daripada Majlis Daerah Kot Setar dan agensi bukan kerajaan ( NGO ) 6.2.2 Memohon sumbangan daripada pihak Pusat Ko-Kurikulum Universiti Utara Malaysia untuk menampung sumber kewangan.
6.3 Penaja
6.3.1 Mengedarkan surat memohon sumbangaan daripada pihak seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat II.
6.4 Senarai Semak dan Kertas Cadangan
6.4.1 Mengedarkan senarai semak perancangan kepada semua ketua biro untuk melihat kembali bahagian-bahagian yang belum diselesaikan. 6.4.2 Menyediakan kertas cadangan untuk memohon kelulusan daripada Pengarah PACE.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 6.5 Perlaksanaan Projek
6.5.1
Jadual Aktiviti 8.00 – 9.00 pagi
Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi
Ucapan dan Perasmian oleh ADUN, Alor Setar,Y.B Dato’Saad Man.
9.30 – 10.00 pagi
Sarapan pagi
10.00 – 11.30 pagi Ceramah Khas Jenayah – “Isu-isu Jenayah Remaja Masa Kini” oleh Ketua
Polis Daerah Alor Setar. 11.30 – 12.45 t/hari Ceramah Jemputan – “Belia Benci Dadah” oleh wakil Agensi Dadah
Kebangsaan ( AADK ) Cawangan Kota Setar. 12.45 – 2.00 petang Makan Tengahari dan Solat Zohor. 2.00 – 3.30 petang
Demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara Alor Setar.
3.30 – 5.30 petang Penyampaian cenderahati kepada panel penceramah. Minum Petang. Penutup.
6.6 Penyediaan Laporan Kewangan
6.6.1 AJK yang mengendalikan bahagian kewangan akaun bermesyuarat dan menyediakan laporan kewangan yang telah digunakan sepanjang program ini dilaksanakan.
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
6.7 Penyediaan dan Penyerahan Laporan Projek
6.7.1 Menulis laporan yang telah disiapkan dan diserahkan kepada Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ) melalui Jurulatih dan Penyelaras Kokurikulum.
6.8 Post Mortem
6.8.1 Satu perjumpaan akan diadakan untuk melakukan Post Mortem bagi segala perancangan aktiviti yang telah dilakukan untuk memperbaiki kekurangan dalam semua aspek.
7.0 Carta GANTT
7.1 Carta gantt dibawah menunjukkan rumusan perancangan yang dilakukan untuk Program Kempen Sifar Dadah Daerah Kota Setar,Kedah Darul Aman
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
Bulan
Ogos
September
Bil
Perkara / Aktiviti
11 15 22 30
11 21 28
1.
Mesyuarat kali pertama:
2.
Berhubung dengan jabatan kerajaan
3.
Melawat tapak projek
4.
Penyediaan dan cetakan risalah
5.
Tempahan Makanan Mesyuarat
6.
kali
1
11
Berbincang
surat
memohon
sumbangan Mengedarkan
senarai
semak
8.
perancangan
9.
Mengedarkan risalah-risalah program Pembentangan
10.
29
untuk mendapatkan sumber kewangan Mengedarkan
7.
kedua:
Oktober
laporan
dan
perjumpaan dengan ketua-ketua biro
210987
12
15
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
11.
Perlaksanaan program
12.
Post-Mortem Menulis laporan dan menghantar ke
13.
PACE
8. Penutup
Harapan saya adalah agar program ini akan dapat mencapai objektif dan matlamat untuk memberi kesedaran dan pendedahan terhadap isu-isu berkaitan anti dadah di kawasan Kota Setar. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan penglibatan dari pelbagai sudut. Juga kepada para remaja yang akan turut serta menjayakan program ini diharapkan agar mendapat kesedaran yang tinggi. Masyarakat harus dididik bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari merek, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Selain itu, golongan ini perlu didedahkan dengan kesan-kesan buruk dadah agar dapat menanam rasa takut dalam jiwa mereka. Saya berharap kempen ini dapat menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Namum demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorokkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan, penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Namum demikian, gejala dadah di kalangan remaja adalah satu ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan menurunkan produktiviti negara. Oleh itu, marilah
210987
VRS011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
kita bersama-sama menghapuskan najis dadah menjahamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di yang ” hati dan di minda pada setiap masa iaitu ” Perangi Dadah Habis -Habisan ”.
9. RUJUKAN
Siri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ-UUM ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ), Universiti Utara Malaysia.
http://www.adk.gov.my/web/guest
210987