MAKLUMAT BERKAITAN PUNCA BAHAN YANG MENCEMARKAN AIR DAN KESANNYA TERHADAP KUALITI AIR DAN KESIHATAN PENGGUNA.
1. ALUMINIUM (Al) 1.1.
PUNCA
Sisa buangan industri.
Luluhlarut (leachate) mineral dan hakisan tanah.
Kekakisan (corrosive) perkakasan aluminium dan tangki air.
Penggunaan dos aluminium sulfat (alum ) yang tidak betul dalam proses rawatan air.
1.2.
Buangan enapcemar dari loji rawatan air. KESAN
Aluminium melebihi 0.1 mg/L menyebabkan “discoloration”.
Aluminium melebihi 0.3 mg/L kemungkinan berpunca dari kesilapan dalam proses rawatan (koagulasi, pemendapan, penapisan).
Semasa pengagihan air , aluminium bersama-sama dengan ferrum, mangan, silika, bahan organik dan mikroorganisma boleh membentuk sedimen . Sedimen itu akan turut keluar ketika pili dibuka. Secara estetika air berkenaan tidak diterima pengguna.
1.3.
KESAN KESIHATAN
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.2 mg/L.
Bukan nutrien yang diperlukan manusia.
Disyaki boleh menyebabkan lesi otak (brain lesion).
c:nota;nota kimia
1
- Penyakit Alzheimer’s - Dialisis dementia(penyakit gangguan saraf)
Kandungan aluminium dalam air yang digunakan untuk mesin dialisis bagi pesakit buah pinggang amat penting (aluminium mestilah kurang daripada 0.1 mg/L ).
2. FERRUM (Fe) 2.1
PUNCA
Air bawah tanah – ferrum (II) melarut dalam
air. Air permukaan dalam air.
- ferrum (III) tidak melarut
Pelarutan batuan dan mineral.
Luluhlarut (leachate) dari kawasan sampah (landfill)
pelupusan
Kumbahan industri
Industri berkaitan besi
Kekakisan pada paip keluli dan “ cast iron”
2.2
KESAN
Mendak sebagai ferrik hidroksida yang tidak larut air (keladak berwarna karat)
Rasa air tidak memuaskan (unpalatable)
Menyebabkan tompokan dan warna pada pakaian.
Menggalakkan pembiakan bakteria ferrum (iron bacteria) yang melekat dan menyaluti bahagian dalam paip air. Ini menyebabkan pengurangan keupayaan paip mengalirkan air disebabkan kehilangan geseran (frictional loss) pada paip.
2.3
c:nota;nota kimia
KESAN KESIHATAN
2
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.3 mg/L.
Elemen yang diperlukan oleh manusia, bergantung kepada umur, jantina, status fisiologikal.
Zat ferrum diperlukan wanita mengandung dan ketika penyusuan bayi.
Diperlukan dalam penghasilan haemoglobin, myoglobin.
Lebihan ferrum disimpan di dalam hati, limpa dan sum sum tulang.
Akumulasi ferrum menyebabkan kerosakan tisu dan haemochromatosis ( mekanisma regulatori normal tidak lancar ).
3. MANGAN (Mn) 3.1
PUNCA
Pencemaran industri
Air bawah tanah, bergantung kepada keadaan tindakbalas penurunan/ anaerobik.
3.2
Kelazimannya wujud bersekali dengan
ferrum.
KESAN
Pada tahap 0.02 mg/L, mendakan hitam melekat pada bahagian dalam paip (scaling ). ).
Pada tahap 0.15 mg/L, meninggalkan kesan warna pada pakaian dan perkakasan plumbing “plumbing ”. ”.
Menggalak pembiakan organisma gangguan ( nuisance organisms) yang menimbulkan masalah rasa, bau dan kekeruhan.
3.3
KESAN KESIHATAN
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.1 mg/L.
c:nota;nota kimia
3
Elemen yang diperlukan manusia untuk melancarkan tindakbalas enzim,sintesis kolestrol,sintesis haemoglobin dan proses metabolik.
Kadar penyerapannya tinggi terutama pada bayi.
Pada tahap yang tinggi, mangan memberi kesan toksik (neurotoxic).
4. FLUORIDA (F) 4.1 PUNCA
Batuan mengandungi mineral fluorida.
Pembuangan industri seperti daripada industri pengeluaran aluminium,pembuatan baja fosfat,pembuatan bata, ubin dan seramik.
fluorida tinggi kadang- kadang dikesan dari air bawah tanah.
4.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.5-0.9 mg/L.
Kelazimannya diguna dalam penghasilan produk farmaseutikal seperti suplemen vitamin dan ubat gigi.
Pemfluoridaan pada tahap 0.5 – 0.9 mg/L merupakan piawai untuk penjagaan kerosakan gigi terutama pada kanak- kanak.
Pada tahap 1.5 – 2.0 mg/L, menyebabkan gejala“ dan mottling mottling of teeth” pada kanak- kanak dalam jangkamasa panjang membawa kepada penyakit buah pinggang.
Pada tahap 3.0 – 6.0 mg/L, menyebabkan masalah fluorosis tulang rangka.
c:nota;nota kimia
4
Pada tahap melebihi 10 mg/L, menyebabkan “haemorrhagic gastroenteritis”.
Dos lebih tinggi menyebabkan kecederaan pada hati dan otot-otot jantung.
5. NITRAT & NITRIT (NO3 dan NO2) 5.1 PUNCA
Pereputan sayuran dan binatang.
Buangan domestik..
Penggunaan baja.
Kumbahan enapcemar (sewage sludge).
Luluhlarut (leachate) dari tempat pelupusan sampah.
Buangan industri.
NOTA: Jenis spesis nitrogen
Nitrat
Bakteria Organik N
Nitrat pengoksidaan lengkap
Penurunan mikrob, 02 (in vivo)
Nitrit
Bakteria Organik N
Nitrit pengoksidaan tidak lengkap
5.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 10 mg/L.
Nitrit (NO2) mengoksidakan haemoglobin, menghasilkan methaemoglob methaemoglobinaemi inaemia a dan menghalang
c:nota;nota kimia
5
penyerapan oksigen. Ketidakupayaan penyerapan oksigen boleh menyebabkan kematian terutamanya pada bayi. Nitrit (NO2) bertindakbalas dengan amina dan amida sekunder (2o) dan tertier (3o) pada pH 1 – 5 menghasilkan nitrosamina yang karsinorgenik dan boleh menyebabkan kanser usus.
6. KADMIUM (Cd) 6.1 PUNCA Kelazimannya terdapat dalam mineral yang mengandungi kadmium.
Hasil sampingan pengekstraksian zinkum.
Industri keluli dan plastik.
Fabrikasi aloi.
Bateri.
Saduran logam (buangan dari sisa industri).
Kumbahan enapcemar.
Luluhlarut (leachate) dari kawasan pelupusan sampah (landfill).
6.2
Saduran berasaskan perak.
Paip besi galvani (galvanised iron). KESAN
Kekakisan (corrosive) sistem paip terutama pada pH rendah.
6.3
KESAN KESIHATAN
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.005 mg/L.
Kadmium terkumpul dalam buah pinggang dan mempunyai separuh hayat (T ½) 10 – 35 tahun.
Mungkin menyebabkan kanser jika terdedah bagi tempoh yang lama dan tahap yang tinggi.
Buah pinggang merupakan sasaran utama serangan dan menyebabkan keracunan kadmium.
c:nota;nota kimia
6
7. KROMIUM (Cr) 7.1 PUNCA
Wujud secara semulajadi dalam batuan dan tanah.
Kontaminasi dari pengeluaran barangan industri.
Penyaduran dan aloi krom.
Industri tekstil, seramik, kaca, fotografik dan kimia (agen pengoksidaan).
7.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.05 mg/L.
Kromium (VI) lebih mudah menyerap kedalam saluran usus berbanding kromium (III).
Boleh menembusi membrans sel dan karsinogenik kepada manusia terutama kromium (VI).
Kromium (VI) boleh menyebabkan kanser paruparu.
8. ARSENIK (As) 8.1 PUNCA Wujud secara semulajadi bersekali dengan sulfur dan kebanyakan logam lain.
Pelarutan (dissolution) mineral.
Pembuangan Industri.
Hakisan daripada sumber-sumber semulajadi.
8.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.05 mg/L.
Ketoksian (Toxicity ) Arsenik inorganik lebih toksik daripada arsenik organik.
c:nota;nota kimia
7
Arsenik trivalensi lebih toksik daripada arsenik pentavalensi.
Keracunan Akut Menyerang sistem saraf pusat menyebabkan koma dan seterusnya kematian.
Organ yang diserang adalah saluran usus, sistem saraf, saluran pernafasan dan kulit.
Keracunan Kronik
Lemah otot-otot.
Hilang selera makan dan loya.
Radang (inflamation) mukus.
Radang membrans pada mata, hidung dan larinks.
Lesi kulit.
Manifestasi saraf.
Ketumbuhan malignant “malignant”.
9. PLUMBUM (Pb) 9.1 PUNCA
Mineral sebagai plumbum sulfid
Lombong.
Petrol berplumbum.
Agen pelinciran (lubricating ) dalam petrol
enjin
Sistem paip dirumah.
9.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.05 mg/L.
Plumbum adalah toksik dan boleh terkumpul dalam tulang rangka.
c:nota;nota kimia
8
Gangguan sistem saraf.
Bayi, kanak-kanak (kurang dari 6 tahun) dan wanita mengandung mudah terdedah kepada keracunan plumbum.
10.
Gangguan metabolisma kalsium.
SULFAT (SO 4)
10.1 PUNCA
Pelarutan daripada pengoksidaan mineral.
Hujan asid (sulfur dioksida melarut dan menjadi asid sulfurik).
Pembuangan industri (kertas dan “tanning ”). ”).
Rawatan air (koagulan aluminium sulfat).
10.2 KESAN
Keliatan kekal dalam air.
Kekakisan (corrosive) logam pada sistem retikulasi
Sukar disingkirkan dari air melalui sistem rawatan konvensional.
10.3 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 400 mg/L.
Sulfat adalah anion kurang toksik.
Pada tahap yang tinggi menyebabkan masalah katharsis, dehidrasi dan gangguan sistem penghazaman.
c:nota;nota kimia
9
11.
BIOLOGICAL OXYGEN DEMAND (BOD), BOD 3 atau BOD 5
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 6 mg/L.
Indikator pencemaran bahan organik
Mengukur jumlah oksigen diperlukan oleh mikroorganisma untuk pengoksidaan biokimia bahan-bahan pencemar dalam air.
Pengkelasan tahap pencemaran organik dalam air mentah.
BOD (mg /L) 0 4 8 >
– 4 – 8 – 12 12
Pengkelasan Tidak tercemar Sedikit tercemar Sederhana tercemar Sangat tercemar.
Bagi tujuan diminum, BOD untuk air mentah sepatutnya tidak melebihi 6 mg/L.
Tahap BOD pada air mentah boleh dikurangkan melalui pengudaraan, pengozonan dan prapengklorinan.
12.
CHEMICAL OXYGEN DEMAND (COD)
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 10 mg/L.
Menunjukkan kualiti bahan pencemaran dalam air yang boleh dioksidakan melalui pengoksidaan kimia oleh bahan kimia seperti kalium dikromat atau kalium permangganat pada suhu yang tinggi untuk mempastikan pengoksidaan yang lengkap.
COD mewakili semua bahan yang boleh teroksida terutama garam mineral seperti sulfid dan kebanyakan sebatian organik. Hanya sesetengah sebatian nitrogen dan hidrokarbon tidak bertindakbalas dengan bahan pengoksidaan tersebut.
Untuk tujuan di minum, COD air mentah mestilah kurang daripada 10 mg/L.
13.
ARGENTUM (Ag)
13.1 PUNCA
c:nota;nota kimia
10
Terbentuk secara semulajadi dalam bijih-bijih argentit, “horn silver ”, atau bersekali dengan ”, bijih-bijih plumbum, emas , kuprum dan zinkum.
Industri aloi, fotografi, peralatan
elektrik, penyaduran elektro, racun fungi, perkakasan perak, barangan perhiasan, wang syiling dan perkakasan gigi. Bersifat bakteriostatik, oleh itu garam argentum digunakan dalam proses desinfeksi air.
13.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.05 mg/L.
“Discoloration”pada kulit, rambut dan kuku jari (argyria).
14.
MERKURI (Hg)
14.1
PUNCA
Industri berkaitan pembakaran bahan api fossil,pembuatan simen,peleburan logam (smelting ),p ),pelupusan sisa.
Merkuri diguna dalam loji penghasilan klorin dan sodium hidroksid,sebagai bahan awet atau pigmen dalam pembuatan cat, peralatan suis elektrik, Bateri,termometer,peralatan perubatan dan pergigian.
Merkuri wujud dalam persekitaran sebagai logam (monovalensi dan dwivalensi ) dan sebagai organo-merkuri dan yang paling penting ialah metil merkuri.Metil merkuri boleh terhasil dari merkuri inorganik melalui mikroorganisma yang terdapat dalam sedimen akuatik dan enap cemar kumbahan.
Ikan dan mamalia menyerap dan mengekalkan metil merkuri kepada satu tahap yang cukup tinggi berbanding merkuri inorganik. Ia akan terkumpul melalui rantai makanan (food chains).
c:nota;nota kimia
11
14.2
KESAN KESIHATAN
Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.001 mg/L.
Menyebabkan gangguan sis siste tem m sar saraf,gangguan buah pinggang dan ketidaknormalan genetik (genetic abnormalities).
Gejala dan tanda- tanda keracunan metil merkuri adalah kelemahah otot- otot yang mendadak, “ataxia”, kehilangan penglihatan, kemerosotan mental, lumpuh dan koma yang membawa maut. Penyakit ini dikenali sebagai “Minimata disease”.
15.
SODIUM ( Na)
15.1 PUNCA Wujud dalam beberapa mineral dan yang utama ialah “rock salt” (sodium klorid).
Industri kaca dan sabun.
Industri farmasi dan kimia.
Industri makanan
Kumbahan industri
15.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 200 mg/L.
“Hypernatraemia”
Bayi yang mendapat jangkitan usus yang teruk boleh mengalami kehilangan cecair yang membawa kepada dehidrasi dan peningkatan paras sodium dalam plasma. Ini boleh merosakkan sistem saraf secara kekal.
“Hypertension”
Terdapat kaitan antara pengambilan sodium yang tinggi dengan tekanan darah tinggi.
c:nota;nota kimia
12
16.ZINKUM (Zn)
16.1 PUNCA Wujud secara semulajadi dalam air terutama di kawasan sedimen bijih dilombong.
Mineral zinkum iaitu “sphalerite”(zinkum sulfid) yang wujud bersama- sama sulfid dari plumbum, kuprum, cadmium dan ferrum.
Paip galvani, gangsa dan perkakasan “ ” plumbing plumbing yang mengandungi zinkum.
Tanah.
16.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 5 mg/L.
Elemen penting terutama dalam mengawal fungsi enzim termasuk “alkaline phosphatase”, “carbonic anhydrase”dan “alcohol dehydrogenase”.
Sindrom defisiensi zinkum menyebabkan pertumbuhan terencat dan anemia yang disebabkan oleh penyerapan usus yang rendah terhadap zinkum.
Zinkum boleh dianggap tidak toksik. Keracunan nya boleh diatasi melalui kawalan mekanisma homoeostatic yang cekap oleh tubuh.
Gejala keracunan zinkum pada manusia adalah muntah- muntah, dehidrasi, ketidakimbangan elektrolit, sakit pada bahagian abdomen, nausea, kurang tenaga, dan kelemahan koordinasi otototot.
17. TRIHALOMETANA (THM’S)
17.1 PUNCA Hasil tindakbalas bahan oksidatif (klorin) dengan bahan organik yang masih terdapat dalam air.
c:nota;nota kimia
13
Diperlukan dalam pembuatan bahan refrigerasi, pembuatan polytetraflu “polytetrafluoroeth oroethene ene”.
Digunakan sebagai pelarut dan agen nyahgris.
17.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 0.03 mg/L.
Kloroform adalah karsinogenik dan boleh menyebabkan kanser.
Kesan toksik trihalometana lain (bromoform, bromodiklorometana dan dibromoklorometana) adalah serupa seperti kloroform.
Kloroform mengganggu fungsi sistem saraf pusat, hati dan buah pinggang.
Kesan intoksikasi kloroform adalah tidak sedarkan diri, koma dan selanjutnya membawa maut.
18. KLORIDA (Cl)
18.1 PUNCA Luluhlarut (leachate) batu mendap (salt deposits)
Pencemaran dari air laut, industri kimia, sisa buangan domestik.
Luluhlarut (leachate) dari kawasan pelupusan sampah.
Pembuangan sisa kumbahan.
18.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 250 mg/L.
Kepekatan klorida melebihi 250 mg/L, kelazimannya menyebabkan rasa yang mudah dikesan oleh deria rasa manusia.
c:nota;nota kimia
14
19. KELIATAN
19.1 PUNCA Mineral batu kapur (limestone), kapur (kalsium karbonat)
Produk makanan (makanan)
19.2 KESAN KESIHATAN Nilai yang dibenarkan mengikut GarisPanduan Air Minum Kebangsaan, 1990 ialah 500 mg/L.
Air liat merencatkan tindakan sabun atau detergen.
Keliatan karbonat/ sementara boleh dihilangkan melalui haba dimana bikarbonat ditukarkan menjadi karbonat tidak melarut yang melekat pada permukaan dalam paip atau cerek.
Keliatan bukan karbonat/ kekal tidak boleh dihilangkan melalui haba kerana ia mengandungi sulfat dan klorida dari kalsium dan magnesium dalam air.
c:nota;nota kimia
15
c:nota;nota kimia
16