1.0 DRAMA / AKTIVITI BERLAKON 1.1 Konsep
DRAMA
definisi
Melakukan atau melakonkan
R ajah 1: Defini s i drama drama
Drama berasal daripada
perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau
melakonkan. Drama merupakan aksi mimetik (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama merupakan peniruan bagi kehidupan. Malah drama juga merupakan cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.
Menurut The American College Dictionary drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary , drama merupakan suatu komposisi prosa yang boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar.
Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas. Wujudnya penghayatan yang mendalam, ianya berbeza dari segi pembacaan dan juga pementasan. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama merupakan senaskah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain.
1
2.0 OBJEKTIF DRAMA Satu daripada matlamat pendidikan kini ialah pertumbuhan maksimum seseorang sama ada sebagai seorang individu dan sebagai ahli sesuatu kelompok masyarakat. Menurut Nellie Mc Caslin dalam bukunya “Creative Drama in the class Room”, walaupun dalam penyelidikan secara keseluruhan mempunyai objektif khas namun pembelajaran drama dalam pendidikan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektif-objektif utama yang dimaksudkan ialah :
Pembangunan aspek kreatif dan estetik
Keupayaan berfikir secara kritikal Pembangunan sosial dan keupayaan untuk bekerjasama dengan pihak lain Peningkatan dari segi kepakaran komunikasi Pembangunan Pemba ngunan nilai-nilai mora morall dan kerohanian R ajah ajah 2: Objektif Objek tif - objektif utama utama drama
2
2.1 Objektif Psikomotor Drama menekankan tingkah laku dan pergeraka. Hal ini bertujuan mengajar dan memberi kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar terutama dalam kemahiran membuat sesuatu. Psikomotor merupakan satu bidang yang penting dari segi pengajaran guru dan pelajar di sekolah.
Kebolehan
psikomotor
lebih
merupakan
pengajaran
berbentuk
teknikal,
pertukangan, pertanian, gerakbalas yang melibatkan perkembangan fizikal dan koordinasi “neuro-muscular ”. Kemahiran ini menjadi lebih utama bagi pelajar-pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik. Koordinasi dan kepantasan fizikal biasanya tidaklah dianggap sebagai satu tingkahlaku yang amat penting dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, erja-kerja amali yang dirancangkan mestilah bersesuaian dengan kesanggupan fizikal kebanyakan pelajar. Secara ringkas kategori - kategori utama dalam tata tingkat taksonomi objektif psikomotor ialah :
Membuat pengamatan dan persepsi
Kesediaan untuk bertindak
Melakukan gerak balas terbimbing
Melakukan gerak balas tanpa bimbingan
Melakukan gerak balas yang kompleks
R ajah 3: K ateg ori dalam objektif ps ik omotor 3
2.2 Objektif Kognitif
Kognitif bertujuan membina kebolehan dalam pemikiran dan kefahaman. Hal ini banyak melibatkan aktiviti mental dan perkara yang ditekankan ialah pengetahuan. Objektif kognitif dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat.
Pengetahuan
• Kebolehan mengingat kembali perkara-perkara dipelajari. Proses mengingat diberi penekanan.
• Kebolehan memberi huraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin menukarkan sesuatu bentuk kepada bentuk yang lain atau kebolehan meringkaskan cerita atau membuat interprestasi. Pemahaman
Aplikasi
•Menggunakan maklumat yang telah dipelajari atau diperolehi. Ceraian atau petikan maklumat yang digunakan mungkin dalam bentuk idea am, peraturanperaturan, prosedur atau kaedah am, teori dan sebagainya. Pelajar gunakan maklumat tersebut dalam situasi baru.
Analisis
•Kebolehan memecah-memecahkan sesuatu yang hendak dipelajari itu kepada bahagian-bahagian tertentu. Kebolehan yang dipentingkan ialah memecahkan bahagian-bahagian tersebut, melihat hubungan-hubungannya dan mengsan susunan prinsip pemecahan yang terlibat.
Sintesis
•Kebolahn menggabungkan pecahan-pecahan yang kecil atau ciri-ciri kepada satu bahagian yang besar dan yang baru. Kebolehan ini mementingkan pelajar menyusun, memilih, mengatur sesuatu dalam bentuk, corak dan sebagainya.
R ajah 4: P ering kat objektif kog nitif
4
2.3 Objektif Afektif Afektif menekankan perasaan sikap emosi dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Di sekolah bidang ini kurang dititikberatkan kerana sistem pendidikan terlalu mementingkan keupayaan atau pencapaian kognitif pelajar. Melalui bidang ini pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan di samping menerapkan aspek kerohanian yang menghala ke arah satu pembentukan peribadi yang kukuh dan mulia dan membentuk satu perwatakan yang tegas dan berwibawa.
5
3.0 CIRI - CIRI DRAMA
•ada perbualan dua arah
•ada pelaku dan perwatakan masing-masing
Berbentuk dialog
Watak
Penonton
Lakonan
•ada orang yang melihat lakonan
•dilakonkan secara tertutup atau terbuka
R ajah 5: Cir i – ciri drama
Heathcote (1984 : 56) telah menurunkan beberapan cirri yang terdapat dalam drama. Antara ciri-ciri itu ialah :
Drama memerlukan kerjasama antara ahli-ahli yang mengambil bahagian.
Darama menggunakan pengalaman yang lepas.
Darama menimbulkan situasi yang memerlukan komunikasi yang tepat.
Drama melibatkan pengalaman dan dengan itu memerlukan lebih daripada kebolehan intelek.
Drama mencabar pelajar meneroka kebenaran dengan menghayati sesuatu kenyataan yang baru.
Jika ditinjau objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah, kita akan mendapati bahawa salah satu daripada objektif utamanya ialah supaya pelajar dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang 6
betul dan tepat dalam pelbagai keadaan perhubungan. Berdasarkan ciri-ciri di atas, teknik drama amat sesuai digunakan untuk pendidikan Bahasa Melayu di sekolah.
7
4.0 PRINSIP PELAKSANAAN DRAMA Drama merupakan salah satu jenis sastera yang berada pada dua dunia seni, iaitu seni sastera dan seni pertunjukan atau teater. Orang yang melihat drama sebagai seni sastera menunjukkan perhatiannya pada seni tulis teks drama yang dinamakan juga seni lakon. Teknik penulisan teks drama adalah berbeza dengan teknik penulisan puisi atau prosa. Baik drama sebagai karya sastra maupun sebagai bagian dari kelengkapan teater, Teks drama selalunya menuju ke arah pementasan. Hal inilah yang membezakan genre sastra drama dengan genre sastra puisi maupun prosa fiksi. Arah terhadap pementasan itu menyebabkan drama identik dengan pementasan.
Sebagai sebuah teks sastera, drama merupakan suatu jenis sastera yang mempunyai kaedah yang dikelompokkan ke dalam dua kelompok besar. Pertama, yang berhubungan dengan kaedah bentuk, iaitu dengan wujudnya watak, jalan cerita, latar ruang dang waktu. Kedua, ialah berhubungan dengan kaedah stilistika, iaitu bahasa serta dialog yang digunakan adalah bersesuaian dengan lingkungan sosial, watak serta tanggungjawab yang disampaikan melalui dialog - dialog yang dikemukakan.
Terdapat empat perkara yang perlu diperhatikan di dalam drama iaitu isi dramatik, bahasa dramatik, bentuk dramatik dan struktur dramatik. Isi dramatik merupakan gagasan yang akan dikemukakan dalam drama. Contohnya, sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Berdasarkan gagasan tersebut, dapat dikembangkan sebuah drama bagaimana seseorang harus berjalan pada jalan yang benar, tidak sombong.
Bahasa dramatik adalah bahasa drama yang digunakan, apakah bahasa prosaik, puitik, atau sosiologik yang akan digunakan. Bentuk dramatik pula merupakan ragam ekspresi, gaya ekspresi dan juga plot cerita. Ragam ekspresi yang digunakan secara umum adalah tragedi, komedi, tragedi – komedi dan melodrama. Gaya ekspresi pula adalah visi dan pandangan penulis yang dramanya sesuai dengan kefahaman pengarang. Struktur dramatik adalah perkembangan antara konflik yang muncul, memuncak, dan berakhir. Melalui dialoglah berkembangnya jalan cerita. Penunjukan tentang latar yang dikehendaki dituliskan dengan lebih terperinci.
8
SINOPSIS Suria merupakan seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur. Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang bongkak dan sombong manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyayang. Pada suatu hari, Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai peristiwa telah berlaku di sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan Suria berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.
Tema
: Penyesalan
Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat. Plot
: 1. Permulaan -
Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan untuk memetik bunga.
2. Klimaks -
Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua.
3. Peleraian -
Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan arnab. Mereka bertemu jalan keluar.
Latar
: Tempat : 1. Di dalam hutan 2. Di tepi sebatang sungai 3.
Masa : 1. Senja
9
Masyarakat : 1. Flora dan fauna 2. Golongan bangsawan dan golongan bawahan
WATAK
Suria Melur Arnab Pokok 1 Pokok2 Bunga 1 Bunga 2 Nenek tua Katak 1 Katak 2 Mak Cik Jah
PERWATAKAN Suria: 1. Sombong, degil 2. Degil 3. Angkuh 4. Bangga diri 5. Mementingkan diri 6. Berambut panjang lurus 7. Cantik 8. Anak Orang Kaya 9. Berkulit kuning langsat 10. Tuan kepada Melur
10
Melur: 1. Lemah lembut 2. Penyayang 3. Baik hati 4. Sabar 5. Bertanggungjawab 6. Berambut panjang bertocang dua 7. Berhidung mancung 8. Selekeh 9. Miskin 10. Orang suruhan Suria.
Arnab: 1. Berbulu putih 2. Manja 3. Jinak
Pokok 1 dan Pokok 2 :
1. Besar 2. Tinggi 3. Akar yang melingkar panjang
Bunga 1 dan Bunga 2 :
1. Berwarna-warni 2. Wangi 3. Mempunyai banyak kelopak
Nenek Tua :
1. Bongkok 2. Muka berkedut 3. Rambut berwarna putih 4. Bertongkat 11
5. Seorang yang banyak ilmu Katak 1 dan Katak 2 1. Riang 2. Suka bernyanyi 3. Bersifat dendam
12
“GADIS YANG
BONGKAK”
Sedang Melur berkemas - kemas……
Mak Cik Jah
: Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke mana tu? Kan dah lewat petang ni.
Melur
: (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Jah). Errrr….. Mak Jah....
Errr.. (Teragak-agak ) Mak Cik Jah
: (Berkerut kebingungan)
Suria
: (Bercekak pinggang ) Hei Melur, cepatlah cikit!! Apa yang kau buat lagi tu? Lembabnya kau ni!!
Melur
: (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria )
Melur
: Ya Cik, saya datang ni. (Berlari ke arah Suria)
Suria
: (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan).
Melur dan Suria berjalan - jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.
Melur
: Wah, cantiknya bunga di sini kan Cik! (sambil t ersenyum)
Suria
: (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka Melur ) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur ) Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau, bukan aku. (Memijak bunga yang dilemparnya tadi ). Ingatlah Meleur, kita ni bagaikan langit dengan bumi.
13
Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga - bunga yang terdapat di sepanjang jalan. Melur
: (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga bunga itu.
Suria
: (Mendengus kasar ) Diamlah kau, menyibuknya kau ini. Daripada kau bercakap, baik kau pegang bakul tu elok - elok.
Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang kesakitan di sebalik semak.
Melur
: Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?
Arnab
: Aduhhhhh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku.
Melur
: (Mencari - cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab tersebut ).
Suria
: Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang ).
Melur
: (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria ). Arnab tu sakit Cik. Marilah kita tolong dia.
Suria
: (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu ). Kau nak tolong? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung ).
Melur
: (Dengan nada sedih). Kasihan dia Cik, dia pun makhluk Tuhan juga macam kita.
Suria
: Kalau kau nak, kau lah yang tolong. (Mendengus kasar )
Melur
:(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama .) 14
Setelah jauh berjalan…….
Suria
: Eh, kita di mana ni Melur? (dalam keadaan cemas).
Melur
: Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni.
Suria
: Apa? Kita tersesat? Ini semua salah kau. Kalau kau tidak tolong arnab bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.
Melur
: (Sambil menangis). Maafkan saya cik.
Suria
: (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai ) Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana - mana.
Melur
: (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab ) Baik Cik. (meletakkan barang-barang )
Suria
: (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata).
Melur menangis meratapi nasib sambil membelai – belai arnab yang dirawatnya tadi. Tibatiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria.
Katak 1
: (Memerhati keaadan sekeliling ). Wah, cantiknya tempat ini!
Katak 2
: Betul lah! Jom kita pergi mandi.
(Lagu) Lompat si katak lompat (lompat) Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat
15
Cepatlah bangun pagi-pagi Lompat si katak lompat Lompat tepi perigi Cepatlah adik cepat Cepatlah gosok gigi Yipee.....
Suria
: (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut ). Siapalah yang buat bising ni?
Melur
: (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan katak yang bernyanyi riang.
Suria
: (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut ). Shuh! Shuh! Pergi main jauh - jauh !!!
Katak 1
: Perempuan jahat!!! Perempuan Jahat!!!
Katak2
: Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi ).
Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain - main dengan arnab.
Melur lah Arnab
: (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh ). Apalah nasib aku. Sudah selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya.... nasibku ini. : Janganlah bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti ditolong Tuhan.
Akibat keletihan Suria telah bermimpi.
16
Suria
: (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan). Di manakah aku ni? (Kebingungan). (Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba……….
Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan.
Suria
: Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang merentap kakinya)
Bunga 1 : Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu? Suria
: (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih besar berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur?
Bunga 2 : Kau lupa kah? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau. Arnab
: Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk.
Bunga 1
: Aku yang kau pijak-pijak.
Mereka mengutuk Suria beramai - ramai sambil mengeruminya.
Engkau yang sombong, Engkau yang bongkak, Engkau pemarah
Suria
: (Menggigil ketakutan lalu pengsan)
17
(Ulang 2x)
Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mengerumi Suria berlalu pergi.
Nenek tua
: (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau Suria. Sikap kau yang sombong, bongkak dan tidak berperikemanusiaan. Kau seorang yang berhati batu dan tidak mementingkan perasaan orang lain terutamanya Melur yang selalu menjaga kau. Kau tak mungkin berubah. Tak mungkin. (Berlalu pergi sambil menggelengkan kepala.)
Suria terjaga
Suria
: (Mencari-cari nenek ). Nenek…nenek…nenek…..
Lampu diterangkan.
Melur
: Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba..... Cik suria!!! (Terkejut dan terus
Suria
meluru ke arah Suria)
: (Terjaga daripada tidur ) Maafkan aku Melur ….maafkan aku arnab.. (sambil menangis)
Melur
: (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas pelukan Suria ).
Lampu digelapkan dan tirai ditutup.
18
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 AMANAH (Pengajaran Aspek Seni Bahasa Tahun 4)
Mata Pelajaran
: Bahasa Malaysia
Tahun
: 4 Amanah
Bilangan Murid
: 30 orang
Tarikh
: 20 April 2014 (Ahad)
Masa
: 7.45 - 8.45 pagi (60 minit)
Tema
: Kemasyarakatan
Tajuk
: Gadis yang bongkak STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
Objektif i. ii. iii.
: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: Menceritakan kembali cerita daripada bahan yang telah dibaca Melakonkan watak – watak yang terdapat di dalam drama. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
Sistem Bahasa : Morfologi : Proses pembentukan kata – pengimbuhan, penggandaan Sebutan dan Intonasi : Intonasi - ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru Peribahasa : Hati batu, baik hati
Pengisian Kurikulum
:
i.
Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik
ii.
Nilai : Kasih sayang, hormat – menghormati, kesyukuran
iii.
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap persekitaran
iv.
Kreativiiti: Pergerakan kreatif – imaginasi dan visualisasi
19
v.
Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) : Kreativiti dan inovasi
Kepelbagaian Kaedah & Teknik : i.
Kemahiran berfikir : Menghubung kait
ii.
Didik hibur
iii.
Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan lirik lagu
iv.
Kajian masa depan
Bahan Bantu Mengajar:
1 2 3 4
Jenis Komputer riba Gitar Teks Gadis yang Bongkak Kotak Beracun :
Bilangan 1 1 30 1
Pengetahuan Sedia Ada: Murid mempunyai pengalaman bercerita.
20
Langkah /
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Persembahan Cerita
1. Guru bercerita kisah “Arnab dan Kura –
Masa Set Induksi
Pendek
(5 minit)
“Arnab dan Kura – Kura”
BBM :
Kura” dengan iringan petikan gitar guru
Gitar, topeng arnab
sendiri.
dan kura – kura
2. Dua
orang
murid
yang
memakai
topeng arnab dan kura –kura masuk ke
KBT :
dalam
KP
kelas
ketika
guru
sedang
bercerita.
:
Verbal
linguistik
3. Murid – murid menonton persembahan KB
cerita Arnab dan Kura – Kura. 4. Guru bersoal jawab dengan murid
:
Menghubungkait
tentang watak yang terdapat di dalam BCB :
persembahan tadi.
Mendengar dengan aktif,
memproses
maklumat
Nilai : Berkeyakinan
Langkah 1
Permainan
kotak
beracun
1. Guru meminta murid duduk dalam satu
BCB :
bulatan besar di mana guru berdiri di
( 10 minit )
Mendengar dengan
tengah bulatan. Soalan
dalam
kotak
aktif, menjana idea
beracun: BBB: Kotak beracun Dialog Teknik:
Sajak
Permainan
Bahasa
Pantun Syair
Nilai: Berani, Yakin
(Rujuk Lampiran 1) 2. Guru memainkan muzik sambil murid mengedarkan
kotak
beracun
sepanjang muzik dimainkan. 21
di
3. Apabila muzik diberhentikan, murid yang memegang kotak bercaun akan didenda. 4. Murid tersebut akan diminta untuk mengambil satu kertas soalan daripada kotak beracun tersebut. 5. Murid tersebut akan diminta untuk membaca dengan
dialog
yang
menggunakan
diperolehi
intinasi
dan
nada yang sesuai.
Langkah 2
Teks Cerita Gadis
1. Guru mengedarkan teks cerita Gadis
yang Bongkak
yang Bongkak kepada murid.
( 10 minit )
BBM: teks cerita Gadis yang
2. Guru meminta murid membaca teks
Bongkak
yang diberikan dengan intonasi yang Nilai : Berani, patuh
kuat dan jelas. 3. Guru bertanya kepada murid mengenai cerita yang terdapat di dalam teks. 4. Guru memilih murid secara rawak untuk
bangun
dan
menceritakan
kembali cerita Gadis yang Bongkak dengan lebih terperinci. . Langkah 3
Dialog (Rujuk lampiran 3)
(15 minit )
1. Murid diminta untuk membaca dan memahami dialog yang terdapat di dalam teks Gadis yang Bongkak. 2. Murid
diminta
melakonkan
dialog
tersebut dalam kumpulan masing – masing.
22
Langkah 4 ( 15 minit )
Melakonkan
kembali
Drama
Arnab
Kura
–
1. Guru
dan
murid
melakonkan
kembali cerita yang terdapat dalam teks
Kura
berdasarkan teks yang
meminta
BCB : Mendengar dengan aktif
Gadis yang bongkak. 2. Guru memilih beberapa orang murid
telah dibaca.
BBB: Teks cerita
untuk memegang watak - watak yang terdapat dalam teks. 3.
Guru
memilih
seorang
Teknik murid
untuk
Drama:
Teater Bercerita
menjadi pencerita bagi drama tersebut. Nilai : Yakin
Strategi: Penilaian Penutup
Rumusan Persoalan
( 5 minit )
murid Tugasan rumah
1. Guru membuat rumusan ringkas bagi P&P pada hari ini
Ilmu
:
Pendidikan
Muzik
2. Guru menyatakan nilai – nilai yang terdapat di dalam drama Gadis yang
Nilai
bongkak.
arahan
:
Mematuhi
3. Tugasan rumah : Murid diminta untuk membina satu dialog mudah.
Kreativiti dan inovasi Teknologi maklumat dan komunikasi KKT : Didik hibur
23
REFLEKSI STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY 910502-13-5056
Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 5, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus BMM3104 P Pengajian Kemahiran Bahasa Melayu yang melibatkan pengetahuan dan kefahaman komponen mikro – makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Malah, mata pelajaran ini melibatkan pemahaman terhadap falsafah, objektif dan organisasi kandungan kurikulum Bahasa Melayu serta meningkatkan lagi pemahaman dalam membandingbezakan beberapa konsep kaedah – kaedah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kerja kursus pendek ini sememangnya telah memberi impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan pemahaman saya dalam transformasi pendidikan negara, di mana perkara ini patut diketahui oleh bakal guru sebagai panduan mengajar kelak.
Konsep
Objektif Ciri - ciri Prinsip
24
Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP Muzik Semester Lima untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu, sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah perlu.
Melalui tugasan ini, saya mampu melihat dengan lebih lanjut tentang kemahiran bahasa seperti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran bahasa. Malah, saya harus
meneliti
dan
meneroka
sendiri
kurikulum
Bahasa
Melayu
sekolah
rendah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, saya terpaksa mencari maklumat berkenaan dengan teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti 1. Teknik Drama Mimos Arca Improvisasi Main peranan Simulasi Teater Bercerita Pentomin Mestamu Dikon 2. Teknik Bercerita 3. Nyanyian
Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya melihat tajuk ini agak membebankan di mana selama ini saya tidak melihat bahawa semua aktiviti yang telah dilakukan di dalam kelas selama ini merupakan suatu teknik dalam proses pembelajaran. Kini, saya harus meneliti sendiri bagaimana teknik – teknik ini membantu guru atau murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
25
Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru masa hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran mikro dan makro yang dilakukan dalam kelas. Malah, teknik – teknik tersebut bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik – teknik ini pernah dilalui sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat menarik apabilan guru mengaplikasikan pelbagai teknik dalam pengajarannya sekaligus mampu menyediakan pakej aktiviti pengajaran – pengajaran Bahasa Melayu yang berkualiti.
Selain itu, kami juga pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu pada semeseter – semester yang lalu . Kini, saya hanya perlu mengaplikasikan semua pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini. Maklumat – maklumat yang diperolehi telah banyak membantu saya dalam menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah yang sesuai dalam satu sesi pengajaran. Teknik – teknik tersebut sememangnya mempelihatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berterusan.
Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga – pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen – komponen pengajaran mikro dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah.
Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru saya. Kini, sebagai bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk anak – anak didik saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang disasarkan. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha
26
mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak kerja kursus ini.
Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini, teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu dan juga Komponen Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu, saya telah meminjam beberapa buah buku di perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Kebanyakkan buku yang saya peroleh adalah lebih kepada KBSR kerana transformasi kurikulum yang baru sahaja dijalankan. Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya untuk bertukar – tukar idea dan bahan rujukan bagi melaksankan kerja kursus ini dengan jayanya.
Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang sesuai dalam satu sesi pengajaran. Saya perlu menyediakan RPH yang berlandaskan aktiviti berlakon atau drama di dalam kelas. Ini memerlukan imaginasi yang tinggi bagi mencapai suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas di mana, saya belum pernah mempunyai pengalaman melaksanakan aktiviti berlakon bagi murid – murid saya. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus ini dan juga pensyarah tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh masa. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan
proses
pembelajaran
sekaligus
membantu
secara
langsung
dalam
menyempurnakan kerja kursus.
Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan – rakan yang lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap
27
dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat pada masa hadapan.
Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik – teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik – teknik pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik – teknik tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.
Contohnya, bagi pelajar yang lemah dalam komunikasi, guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan komunikasi yang banyak di dalam kelas. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi. Perhatian yang dirasai akan mendorong mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik improvisasi di mana bagi meningkatkan daya imaginasi murid di mana daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap optimum. Justeru itu, murid akan lebih berfikiran kreatif dan juga k ritis.
Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Sebagai bakal guru, saya harus bijak merancang segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari awal hingga akhir pengajaran saya. Sama ada kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
28
Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.
29