EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN2012
MINGGU 2: AKTIVITI 2 SOALAN:
Dalam kumpulan bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran, ciriciri dan jenis-jenisnya. Kemudian bersama rakan dan pensyarah bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.
2012
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN2012
2012
MAKSUD MEDIA PENGAJARAN.
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual. Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza.
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN2012
2012
JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA. Media boleh dibezakan melalui: a. Bentuk fizikal atau format b. Atribut atau ciri
Media pengajaran terbahagi kepada dua: a. Media Cetak b. Media bukan cetak
PENGKELASAN MEDIA.
1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem 2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem 3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf 4. Gambar kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad 5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet 6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin 7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer 8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN2012
2012
CIRI-CIRI MEDIA PENGAJARAN. Gerlach & Ely mengemukakan tiga ciri media yang merupakan petunjuk mengapa media digunakan dan apa-apa saja yang dapat dilakukan oleh media yang mungkin guru tidak mampu atau kurang efisien melakukannya. a. Ciri fiksatif (fiksative Property) Ciri ini menggambarkan kemampuan media merekam, menyimpan, melestarikan dan merekontruksi suatu peristiwa atau objek. Suatu peristiwa atau objek dapat diurut dan di susun kembali dengan media seperti fotografi, pidio tape, audio tape, disket computer, dan film. Suatu objek yang telah dimbil gambarnya (direkam) dengan kamera atau pideo kamera dengan mudah dapat di reproduksi kapan saja diperlukan. Dengan ciri fiksatif ini media memungkinkan suatu rekaman kejadian atau objek yang terjadi pada suatu waktu tertentu ditransportasikan tanpa mengenal waktu.
b. Ciri manipulatif (manipulative property) Transpormasi suatu kejadian atau objek dimungkinkan karena media memiliki ciri manipulatif. Kejadian yang memakan waktu berhari-hari dapat disajikan kepada siswa dalam waktu dua atau tiga menit dengan teknik pengambilan gambar timelapse recording. Misalnya bagaimana proses larva menjadi kepompong kemudian menjadi kupu-kupu dapat dipercepat dengan teknik rekaman fotograpi tersebut. Disamping dapat dipercepat suatu kejadian dapat pula diperlambat pada saat menayangkan kembali hasil suatu rekaman video. Misalnya proses loncat galah atau reaksi kimia dapat diamati melalui bantuan kemampuan manipulatif dari media.
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN2012
2012
Kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran:
Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran