INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN
KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN MATEMATIK TAHUN 2012 Pada 26 September 2012.
Bertempat di Dataran Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban.
Kertas Kerja Karnival Keusahawanan Matematik
1. Pendahuluan
Karnival Keusahawanan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh guru pelatih Unit Matematik Semester 6 dibawah pimpinan Unit Kokurikulum, IPG Kampus Raja Melewar. Program ini membuka peluang kepada semua guru pelatih matematik semester 6 untuk berinteraksi dan menguruskan proses jual beli dengan masyarakat. Di samping itu, para guru pelatih akan mendapat peluang untuk menguruskan penyediaan dan perlaksanaan program keusahawanan serta dapat mencungkil kemahiran dalam bidang perniagaan. Aktiviti ini selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan guru-guru pelatih yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan juga emosi melalui penyertaan dalam aktiviti sebegini. Pengalaman yang ditimba melalui perlaksanaan program ini bakal diaplikasikan oleh mereka kelak bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat yang serba mencabar kelak.
2. Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan juga kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para guru pelatih. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap guru pelatih. Aktiviti, produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan mengasah kemahiran para guru pelatih ini dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.
3. Objektif
a. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk merasai pengalaman membuka gerai keusahawanan dalam sesuatu karnival. b. Membentuk guru pelatih yang berfikiran kritis dan kreatif dalam bidang perniagaan.
c. Melatih semangat berkumpulan, sikap toleransi, bertanggungjawab dan hormat menghormati dalam diri setiap guru pelatih. d. Meningkatkan kemahiran promosi, penjualan dan pemasaran dalam diri para guru pelatih. e. Melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. f. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk berinteraksi dengan masyarakat. g. Meningkatkan keyakinan diri para guru pelatih dan mengasah kemahiran berkomunikasi mereka.
4. Tarikh & Tempoh Perlaksanaan
Aktiviti karnival akan berlangsung pada 26 September 2012 iaitu pada hari Rabu. Ianya dijalankan dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4 petang. Masa perlepasan tapak karnival kepada AJK Perlaksanaan adalah pada 25 September, iaitu sehari sebelum karnival berlangsung.
5. Tempat
Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti karnival ini adalah Dataran Melewar IPG Kampus Raja Melewar. Rasional pemilihan lokasi tersebut adalah kerana: a. Tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti karnival dijalankan.. b. Tempat yang diketahui ramai dan popular dalam kalangan guru pelatih.
6. Kumpulan Sasaran
Terdapat dua jenis kumpulan sasaran iaitu penganjur dan pengunjung. Kumpulan sasaran bagi penganjur adalah semua guru pelatih unit Matematik Semester 6 manakala kumpulan sasaran pengunjung adalah seluruh warga institut serta unit-unit semester 6. Guru-guru Pelatih Matematik
:
21 orang
Guru-guru Pelatih Semester 6
:
100 orang
Guru-guru pelatih lain
:
500 orang
Jumlah Bilangan
:
621 orang
7. Produk Jualan & Rasional
Antara produk jualan yang bakal dipamerkan kepada para pengunjung akan diletakkan di 5 gerai di kawasan karnival. Antara jualan yang dijual termasuklah: a. Jualan makanan. b. Jualan minuman. c. Henna serta jualan bahan perhiasan dan pakaian. d. Kaunter.
Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan belajar serta keperluan guru pelatih..
8. Keperluan Logistik
Antara yang perlu disediakan termasuklah: Bil. 1 2 3
Peralatan Khemah Gerai Meja Kerusi
Bilangan Kegunaan 5 Khemah untuk gerai dan pengurusan. 10 Meja untuk pameran produk. 10 Kerusi untuk tempat duduk.
9. Promosi
Promosi untuk karnival ini perlu berjalan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh karnival tersebut berlangsung. Ini adalah untuk mempromosikan karnival kepada Semua Warga IPG untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke karnival tersebut. Antara medium promosi yang bakal digunapakai termasuklah: 9.1 Flyers 9.2 Banner di tapak karnival 9.3 Iklan di laman web (Facebook) 9.4 Brosur
10.Tentatif Program
26 September 2012
9.00 pagi
Semua guru pelatih mengambil tempat di gerai masing-masing.
10.00 pagi Tapak karnival dibuka kepada orang ramai. 4.00 ptg
Tapak karnival ditutup.
11.Anggaran Belanjaan
Oleh kerana karnival ini adalah untuk mengumpul dana, AJK Karnival akan mendapatkan sumbangan dan penaja untuk tapak karnival, peralatan dan sebagainya. Modal hanya akan dikeluarkan untuk jualan yang akan dijual.
Bil. 1 2 3 4 6
Jualan Makanan Minuman Barang Perhiasan dan Pakaian Hadiah Cabutan Bertuah Khemah, Meja & Kerusi Jumlah
Harga Anggaran RM 200 RM 100 RM 100 RM 50 Sumbangan IPGKRM RM 450
12.Senarai AJK
Pengerusi
: Reanuga A/P Manikam
Naib Pengerusi
: Kogilavaani A/P Muniandy
Setiausaha
: Thangarani A/P Munusamy
Naib Setiausha
: Shalini A/P Murugan
Bendahari
: Saritha A/P Sundran
Naib Bendahari
: Tharani Sri A/P Ramaya
Bil. 1
AJK AJK Tempat (Logeswari A/P KrishnanKutty, Yogesh A/L Chandrakumar)
2
AJK Alatan
Tugas - Menyelia serahan tapak c karnival. - Menyelia kebersihan tapak. - Menyelia penyediaan
Catatan
3
(Vidhya A/P Subrahim, Aruna A/P Radhakrishnan) AJK Jualan (Tamilarasi A/P Thoumalai, Archana A/P Munusamy, Laavanyya A/P Ramachandran)
4
AJK Gerai (Gobikrishna A/L Madhaalagan, Gomala A/P Mookon, Mangalam A/P Ilangkovan)
5
AJK Promosi (Suganthi A/P Durairaja, Kithan A/L Rajandra, Sanggetha A/P Krishnan) AJK Program (Thamilaarasi A/P Segaran, Punithra A/P S.Maya Alagu)
6
alatan untuk karnival. - Membahagikan jenis jualan dan peruntukan kepada AJK Gerai. - Memastikan jualan yang dijual berpatutan dengan harga dan kesesuaian. - Menyelia setiap gerai yang ada di samping membantu murid-murid khas. - Menyediakan produk jualan. - Menyediakan flyers, banner dan iklan.
- Produk jualan disediakan sebelum tarikh karnival.
- Menyelia aktiviti yang telah dirancang.
13.Penutup
Sebagai kesimpulan, aktiviti sebegini wajar dilakukan dengan kerap bagi memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat sekitar. Hal ini akan memberikan keyakinan dan semangat kepada mereka untuk menghadapi komuniti setempat serta dapat menghadapi cabaran apabila hidup bermasyarakat kelak.