INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA DISEDIAKAN OLEH: CHONG CHAN YIN
TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA
Terhadap kawasan bulatan budaya. Terhadap kawasan di luar lingkungan bulatan budaya.
Terhadap Tamadun Malaysia. Kesan interaksi antara Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia.
TERHADAP TAMADUN MALAYSIA 1. Sistem tulisan dan bahasa • Tamadun Melayu telah menyerap beberapa perbendaharaan kata dari bahasa cina dan diguna pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.
CONTOH • Cawan, tanglung, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, singse, bohsia, beng, cang, ebi, kopi o, suun, kuaci, lobak, tauhu samsu, popia, koyok, tocang, gincu, ceongsam, amah, angpau, capcai, laici, pau, sampan, tahil, taugeh, teh o beng, tong, pakau, lai, kuetau, pisau, mahjung, kini, jong, inci, cat, kailan, longan, mi, mihun, kuih, tokong, kek, kicap, panking.
2. Aspek Kebudayaan. • Aspek kebudayaan pula meliputi Budaya Baba-Nyonya dan juga Cina Peranakan.
i. Budaya Baba-Nyonya. Komuniti Cina ini telah menetap di Melaka disebabkan ketiadaan pendatang wanita Cina, maka mereka berkahwin dengan wanita tempatan ataupun wanita indonesia. Dari perkahwinan campur tersebut, maka lahirlah masyarakat Baba-Nyonya.
Selain itu, mereka turut bertutur dalam bahasa Melayu dan dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.
Masakan Baba juga dipengaruhi oleh masakan Melayu, kebiasaannya mereka menggunakan tangan untuk makan seperti orang Melayu.
ii. Cina Peranakan / Cina kampung Penggunaan dialek Kelantan yang fasih. Cita rasa yang sama dengan orang tempatan seperti gemar menyaksikan wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora.
iii. Kesenian Pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling (gambar di bawah).
Pagoda dan kuil (gambar di bawah) yang terdapat dalam tamadun Melayu.
TERHADAP KAWASAN BULATAN BUDAYA i. TERHADAP KOREA a. Agama dan kepercayaan. • Ajarannya adalah Konfusianisme dan Buddhanisme.
Konfusianisme • Kerajaan Korea telah menghantar beratusratus pelajar ke negara China untuk mendalami ajaran Konfusius serta memahami sistem pentadbiran China. • Sarjana-sarjana Korea juga telah mengikuti, mengkaji dan mempelajari proses perkembangan ini.
Buddanisme • Menjelang tahun 392M, kerajaan Koguryo di Korea telah mengeluarkan dekri (arahan) yang mewajidkan rakyat harus percaya pada Buddhisme.
• Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah ibadat untuk penganut Buddha) dan terdapat ramai sami.
• Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai “dinasti Buddha” kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan kedudukan dan kedualatannya di Korea.
b. Sistem tulisan dan bahasa • Pada kurun ke-15, semasa pemerintahan Dinasti Li di Korea, sistem tulisan Korea telah dicipta dengan merujuk kepada hasil yang tercapai dalam ilmu fonetik Cina.
• Perkara tersebut terus diamalkan hingga kini, sehingga menyebabkan bahasa Korea masih penuh dengan perbandaharaan dan istilahistilah dari bahasa Cina.
c. Korea Kuno memperoleh pelbagai teknologi hasil daripada penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan dan sebagainya), buatan logam serta kraf tangan yang berasal dari China.
Contoh: lukisan hasil karya, Joseon Shin Yun Bon yang dilabelkan sebagai Kekayaan Nasional No. 135 di negara Korea dan disimpan di Gansong Art Museum di Korea pada masa kini.
ii. Terhadap Jepun. a. Sistem tulisan dan bahasa Pada kurun ke-9 pula, ‘kuna’, iaitu sistem tulisan Jepun telah dicipta berdasarkan ‘Kanji’, iaitu sistem tulisan Cina. Kini, kedua-dua sistem tulisan ini digunakan secara bercampur dengan bahasa Jepun.
b. Aspek Sejarah • Rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah ‘Nihongi’ (Annals of Japan), tergubal dalam bahasa Cina.
• Pada kurun ke-8 sehinggalah awal kurun ke20, di mana penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya dalam bahasa Cina. • Format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi nilai (nilai yang berbaloi untuk diambil) adalah sama dengan persejarahan Cina.
c. Agama dan Kepercayaan • Ajaran agama Konfusianisme. Ajaran ini dibawa masuk dan disebar ke Jepun pada masa Dinasti Jin Barat. • Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme, iaitu pertama, Aliran Shushi (zhuxi); Kedua, Aliran Wang Yangming (dikenali sebagai idealisme di Jepun) dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba) • Agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan.
• Di samping itu, agama Buddha mendapat sambutan baik di Jepun pada zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang sehingga menyebabkan mazhab (agama) Buddha yang berasal dari China, masing-masing berkembang di negara Jepun.
• Putera Shotoku menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri untuk meminta rakyat jelata supaya menganuti agama tersebut.
d. Bidang Ilmiah dan Kesenian. • Seni bina, seni lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi pencetakan penghasilan barang lakuer (barang yang sudah dicat), porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan letupan dan lain-lain.
• Unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan sehari-hari juga banyak terserap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap serta penggunaan penyepit), permainan (wau dan mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritual (acara penyembahan).
iii. Terhadap Vietnam a. Sistem tulisan dan bahasa • Institusi dan sistem kerajaan serta politik, perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam masuk ke dalam tamadun Vietnam.
b. Agama dan Kepercayaan • Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehinggalah kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat. • Selain ajaran Konfusianisme, ajaran agama Buddhisme merupakan salah satu lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.
c. Kebudayaan • Pakaian, makanan, permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus atau upacara.
• Dalam sejarah Vietnam juga, tidak dinafikan terdapat kemunculan orang Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.
iv. Terhadap India a. Sistem Kepercayaan dan keagamaan • Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6 S.M, telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur).
• Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan penziarahpenziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit.
• Selain itu, terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di negara China.
c. Bidang Sains dan Teknologi • Serikultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain.
d. Bidang Ilmu Perubatan • Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam buku-buku perubatan Dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri (pembedahan) India dalam bidang oftalmologi, pediatrik dan ginekologi.
• Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.
TERHADAP KAWASAN DI LUAR LINGKUNGAN BULATAN BUDAYA. i. Terhadap Asia Tenggara a. Teknologi penghasilan barangan. • (Gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut dan sebagainya.), pembinaan, perlombongan, pertanian (sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, serta nilai kerja dan estetik(cantik) yang baru dipamerkan.
b. Kebudayaan • Proses budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan.
• Selain almalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjammeminjam dalam unsur-unsur budaya berlaku daripada interaksi antara dua kumpulan etnik tersebut.
c. Agama • Ajaran Buddhisme di China merupakan aliran Mahayana (cita-cita untuk mencapai kesedaran) manakala di Myanmar dan Thailand pula merupakan aliran Buddha Theravada (ajaran murni). Sesungguhpun begitu, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini, tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal.
• Di Myanmar terdapat sebilangan konsep Buddhisme yang mengikut China dan terdapat rumah peribadatan, iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.
d. Ilmu Pengetahuan • Semasa Dinasti Ming, berikut adalah ekspedisi (gembara) pelayaran hulubalang (yang memberi arahan) Zheng He. Ekspedisi ini telah dilancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun.
• Ekspedisi Zheng He juga merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu yang berada di Asia Tenggara dan dari segi muatan serta keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan.
KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN
SENI KALIGRAFI • Merupakan sesuatu seni yang menggunakan berus Cina. • Kaligrafi menggunakan bahan-bahan seperti dakwat, berus, dan kertas. • Digunakan selama 4000 tahun dalam penulisan. • Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk.
SENI LUKIS • Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. • Mempunyai persamaan dengan kaligrafi dari segi teknik dan teori. • Alatan yang digunakan: Berus, dakwat, batu dakwat dan kertas.
• Warna hanya memainkan peranan kecil dalam perlambangan dan perhiasan. • Lukisan Cina zaman dahulu adalah monokratik iaitu menggunakan satu warna sahaja. • Lukisan dihasilkan secara spontan dan hanya melakar objek di hadapan mata.
SENI BINA EMPAT CIRI BANGUNAN MENUNJUKKAN IDENTITI SENI BINA CHINA. DAGOBA STUPA
PAGODA
PAVILION
DAGOBA
Tugu peringatan yang bumbungnya melengkung dan berunsur Buddhisme.
PAGODA
Kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat.
PAVILION
Bangunan kecil menyerupai pondok yang berfungsi sebagai tempat teduhan, bertafakur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.
STUPA
Kubah Buddha yang menegak bertujuan untuk memperingati seseorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.
• Pembinaan tembok besar Cina pada masa Dinasti Qin juga merupakan satu kebanggaan pada tamadun Cina. • Pembinaan tembok ini mengambil masa dari tahun 228 SM hingga 210 SM, panjangnya 2410km, tinggi 40 hingga 50 kaki.
SENI KUNG FU • Kung Fu- seni mempertahankan diri berasal dari India diperkenalkan semasa penyebaran agama buddha di kuil shaolin. • Kuil shaolin- tempat perkembangan seni kung fu. • Kung fu mencergaskan fizikal seseorang, menunjukkan cara-cara penggunaan jenis senjata seperti pedang, kayu dan tali.
SENI MUZIK • Alat muzik tradisional Cina dibuat daripada buluh. • Contoh seperti: alat muzik Hu Qin, dimain seperti biola.
SEKIAN TERIMA KASIH…