FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
SEMESTER : 2 - SEPTEMBER / TAHUN : 2015
KOD KURSUS : MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
NAMA : MOHD KHAIRY BIN AZIZUL
NO. MATRIKULASI : 810211015881001
NO. KAD PENGNEALAN : 810211-01-5881
NO. TELEFON : 017-4520295
E-MEL :
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM
Isi Kandungan 1
………………………………………………………………………………………………
Halaman
1. Pengenalan 2
Tamadun Cina
2. Kajian Mengenai Asal-Usul Rakan Berbangsa Cina 2-7
Gambarajah 1.0: Contoh-contoh perkataan dialek kantonise 3
yang diberi oleh Hoo Goh Wan
semasa sesi temubual
Gambarajah 1.1: Sesi Temubual Bersama En. Hoo Goh Wan 5
Gambarajah 1.2: Makanan "Jiaozi" Tradisi Keluarga
6
Hoo Goh Wan
3. Perbincangan mengenai empat kesan kedatangan Tamadun 7-10
Cina terhadap masyarakat Malaysia.
4. Perbincangan Mengenai Satu Perayaan Bangsa Cina Dan 11-14
Empat Gambar Yang Berkaitan.
Gambarajah 1.3: Pesta Tanglung Sempena Sambutan Perayaan
11
Kuih Bulan Bagi Bangsa Cina
Gambarajah 1.4: Kalender Lunar Kepercayaan Bagi Bangsa Cina
12
Gambarajah 1.5: Kepercayaan Bangsa Cina Terhadap Dewi Bulan 13
Dalam Perayaan Kuih Bulan
Gambarajah 1.6: Kuih Bulan menjadi inspirasi semasa Perayaan
13
bagi Kaum Cina.
5. Empat Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya 14-17
Malaysia
6. Kesimpulan 17
7. Rujukan 18-19
1. Pengenalan
Era Tamadun Cina telah berkembang dan merupakan antara tamadun yang
terawal dalam istilah ketamadunan.Hal ini terbukti, berdasarkan sejarah era
ketamadunan Cina telah berkembang sejak 4000-5000 tahun yang lalu.Menurut
ketamadunan asia, Tamadun Cina telah bermula bertapak di sebuah lembah
sungai iaitu Sungai Kuning merentasi ke utara China.Berdasarkan sejarah
juga, tamadun ini telah berlaku sekitar tahun 3950-1700SM).Menurut sejarah
ketamadunan cina, ianya berlaku pada zaman Dinasti Shang (dari 1500SM
hingga 1027SM) atau dikenali sebagai Dinasti Yin.Proses ini merupakan
pembentukan perkembangan yang pesat dalam kewujudan permulaan tamadun
cina.Berlakunya ketamadunan cina ini sekitar lembah sungai kerana disitulah
bermulanya aktiviti berdagang, keperluan sumber air, dan berlakunya segala
aktiviti pertukaran barang dalam erti kata berlakunya sistem pertukaran
sekaligus wujudnya Tamadun Cina.Dalam perkara tersebut Tamadun Cina
mempunyai unsur-unsur keterbukaan dalam pelbagai perkara, integriti yang
tinggi dan mempunyai sifat persaingan yang begitu menebal sehingga berlaku
perubahan terhadap Negara Malaysia dalam pelbagai aspek dan memberi kesan
hingga sekarang dalam institusi kekeluargaan masyarakat majmuk di Malaysia
khususnya.
2. Kajian mengenai asal-usul rakan yang berbangsa Cina
Pada kali ini, saya sebagai penulis akan mengutarakan dan
membincangkan asal-usul seorang rakan yang berbangsa cina dari pelbagai
sudut dalam mengenali dan mencari salisah ketamadunan cina dalam diri
beliau mahupun keluarga beliau.Rakan yang saya maksudkan ialah Hoo Goh Wan
berumur 43 tahun.Beliau berasal dari Temerloh Pahang dan sudah
berumahtangga serta mempunyai 3 orang cahaya mata.Isteri beliau bernama Ley
Teik Choo yang juga berasal dari Pahang.Berdasarkan kajian saya, beliau
adalah seorang kontraktor kejuruteraan awam bahagian ukur tanah yang
bekerja dibawah syarikat Synohidro Limited di Klang.Hoo Goh Wan merupakan
anak yang kelima dari tujuh orang adik beradik.Semasa temubual antara saya
dan beliau,
Hoo Goh Wan fasih berbahasa melayu dan mempunyai Sijil Dalam Bidang
Kejuruteraan Awam dari Politeknik Ungku Omar di Perak.Apabila ditanya oleh
saya, percakapan beliau dalam Bahasa melayu sangat fasih, beliau menjawab
saya sudah lama di Malaysia dan banyak bergaul dengan rakan-rakan yang
berbangsa melayu sekaligus tutur kata saya menjadi baik.Hasil dari soal
selidik menurut beliau, adik beradiknya ada empat orang lelaki dan tiga
orang perempuan.Kesemuanya telah menetap di Selangor dan K.lumpur.
Melalui kaji selidik saya, ayah beliau bernama Hoo Wong Wan berumur
85 tahun yang berasal dari suku kaum kantonis serta mengamalkan dialek
kantonis dan menetap di Temerloh Pahang.Manakala ibunya bernama Lim Chow
Ngo dan sudah meninggal dunia pada tahun 2009.Berdasarkan maklumat beliau,
ibunya juga berbangsa kantonis sama seperti ayahnya.Melalui temubual yang
dijalankan antara saya dan Hoo Goh Wan, atas maklumat yang diberi oleh
beliau ibu-bapanya adalah saudara dua pupu tetapi mempunyai idealogi
kefahaman, budaya dan bangsa yang sama.Menurut beliau, ayahnya berasal dari
Tanah Besar China iaitu di wilayah Guangdong dan mula berhijrah ke Malaysia
pada seawal usia 9 tahun mengikut datuk beliau untuk berniaga kain dan
menjalankan aktiviti pertukangan sekaligus berhijrah ke Malaysia.Hasil dari
kajian saya juga, ibunya juga berasal dari negara china di wilayah yang
sama dan berhijrah bersama-
sama mengikut datuk nenek beliau dalam mempunyai tujuan untuk berniaga dan
berhijrah. Menurut beliau, ibu-bapanya memang gemarkan bidang perniagaan
kerana
Gambarajah 1.0: Contoh-contoh perkataan dialek kantonise yang diberi
oleh
Hoo Goh Wan semasa sesi temubual.
ibu-bapanya sudah sebati dalam diri tentang aktiviti berniaga sejak berada
di Guangdong lagi bersama-sama dengan datuk, nenek beliau.Melalui kaji
selidik saya terhadap Hoo Goh Wan, latar belakang keluarganya adalah dari
bangsa kantonis.dan mengamalkan dialek kantonis dalam kekeluargaan
beliau.Intipati dari maklumat yang diberi oleh beliau, kepercayaan sistem
kekeluargaan beliau adalah pada Agama Budhha sejak turun temurun dari
pengamalan nenek moyang beliau dahulu. Melalui kaji selidik dan temubual
yang dijalankan terhadap beliau, Hoo Goh Wan memberitahu bahawa bangsa cina
boleh memilih agama dan kepercayaan untuk dianuti selagi tidak bertentangan
dengan adab dan budaya bangsa cina.Oleh itu, beliau menganuti agama buddha
sejak dari kecil yang dipelopori oleh nenek moyang beliau.Apabila ditanya
kepada beliau apakah kepercayaan beliau terhadap agama buddha, beliau
menjawab seisi keluarganya percaya apabila seseorang sudah mati hidup pasti
bermula kembali.Berdasarkan dari ideologi pahaman beliau dalam menganuti
agama buddha setiap orang yang menganuti agama tersebut perlu percaya pada
setiap perkara yang dibuat dan dijalankan pasti mendatangkan tuah atau
sebutan yang disebut oleh beliau adalah "ong".Beliau menceritakan bahawa
tuah pasti datang dengan syarat orang cina yang beragama Buddha perlu
memahami dan mendalami "Feng Shui" serta kuat bersembahyang samada di
tokong, ataupun dirumah.Berdasarkan maklumat Hoo Goh Wan, beliau bersama
keluarga akan meluangkan masa pergi ke tokong untuk bersembahyang bagi
meminta kesejahteraan, kebahagian, kesihatan dan kesenangan untuk
meneruskan kehidupan di masa hadapan.Menurut beliau,ia dilakukan pada
setiap bulan dalam kalender cina iaitu pada awal setiap bulan dan pada hari
yang ke-15.Beliau menjelaskan juga bahawa, pada hari tersebut orang cina
akan meminta apa saja untuk kehidupan mereka kerana masyarakat cina percaya
setiap apa yang diminta didengari oleh tuhan mereka dan percaya tuhan
mereka pasti akan membantu samada orang yang bersembahyang itu sedar
ataupun tidak sedar akan perubahan yang berlaku pada masa akan datang.
Gambarajah 1.1: Sesi Temubual Bersama En. Hoo Goh Wan
Melalui pengalaman bertemubual dengan Hoo Goh Wan, beliau juga
menceritakan tentang perihal budaya keluarga beliau yang telah sekian lama
di warisi dari nenek moyang beliau.Beliau memberitahu bahawa dalam
kekeluargaan beliau terdapat pelbagai pantang larang yang perlu dijaga dan
dihayati melalui pahaman masyarakat orang cina supaya tidak melanggar
pantang larang.Beliau memberitahu kepada saya antara pantang larangnya
ialah apabila seorang suami yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang
sedang mengandung, ibu mertua perlu menjaga segala kebajikan dan tingkah
laku si isteri supaya tidak berlaku sebarang masalah apabila
mengandung.Antara pantang larang berkaitan perkara diatas berdasarkan
pahaman beliau adalah tidak boleh menzalimi binatang, bertukang kerana
bimbang bayi yang lahir akan cacat atau tidak sempurna.Beliau juga
menjelaskan bahawa pantang larang yang lain semasa dan selepas mengandung
adalah wanita yang mengandung tidak boleh diberi makan daging arnab kerana
takut bila lahir mulut bayi akan menyerupai mulut arnab.Selain itu,
intipati yang dapat dari pantang larang orang cina melalui penerangan
beliau adalah si ibu dilarang menghulurkan tangan keatas melebihi bahu
kerana akan memudaratkan kesihatan perjalanan darah serta kurang daya
kestabilan badan samada sedang duduk ataupun berdiri.Bila bertanya tentang
makanan tradisi keluarga beliau,
Hoo Goh Wan memberitahu terlalu banyak makanan bagi keluarga
beliau.Antaranya yang diberitahu oleh beliau adalah "Jiaozi".
Gambarajah 1.2: Makanan "Jiaozi" Tradisi Keluarga Hoo Goh Wan
Beliau menjelaskan bahawa makanan tersebut adalah makanan tradisi dan dari
warisan nenek moyang beliau yang bermaksud makanan yang berintipati rusuk
daging bersalutkan tepung.Beliau menjelaskan bahawa makanan ini adalah
makanan tradisi bangsa kantonise samada di Malaysia ataupun di China yang
menggunakan mengepit kayu ( Chop Stick ) yang dicicah dengan sos.Hoo Goh
Wan juga memberitahu maksud makanan "Jiaozi" adalah makanan untuk kesihatan
dan yang paling enak.Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa makanan
tradisi orang cina yang lain adalah "Bak Kut Tee", Kuih Bakul dan lain-lain
lagi.
Melalui sesi temubual bersama Hoo Goh Wan, beliau juga sempat
berkongsi tentang pakaian-pakaian tradisi masyarakat cina tanpa mengira
suku kaum antaranya ialah pakaian utama bagi lelaki adalah "Samfoo" dari
dialek kantonise bermakna baju dan seluar .Pakaian tersebut menurut beliau,
diperbuat dari sutera yang lembut. Manakala bagi golongan perempuan adalah
"Cheongsam".Berdasarkan keterangan dari Hoo Goh Wan, Cheongsam mempunyai
pelbagai identiti dalam satu helaian cheongsam yang memberi beberapa
maksud.Menurut beliau, antara identiti yang terdapat dalam pakaian tersebut
adalah dari sejenis bunga teratai, ikan, burung dan lain-lain lagi.Melalui
perbualan antara kami berdua, sempat juga Hoo Goh Wan menceritakan serba
sedikit adat istiadat kaum cina semasa kematian dan perkara yang perlu
dilakukan semasa memberi penghormatan terakhir pada si mati.Menurut beliau
apabila berlaku sesuatu kematian dalam bangsa cina, mayat akan di mandikan,
dibersih, solek serta diwangikan.Selain itu menurut beliau, mayat juga akan
dipakaikan pakaian yang lawa
dan selalunya dipakaikan pakaian semasa si mati berkahwin dahulu.Menurut
beliau lagi, memang sudah menjadi kebiasaan pakaian perkhawinan akan
disimpan untuk dipakaikan pada si mati apabila berlaku kematian dalam
masyarakat cina.Hoo Goh Wan juga memberitahu, setiap keluarga,rakan-rakan
dan sahabat handai akan menangis dengan kuat dan memberi kata-kata
berkaitan jasa yang telah dibuat oleh si mati semasa hidup untuk didengari
oleh si mati supaya roh si mati tidak terseksa dan aman.
Menurut Hoo Goh Wan, banyak lagi segala pantang larang, budaya, pahaman dan
kepercayaan bagi masyarakat cina khususnya.Ucapan terima kasih kepada Hoo
Goh Wan dalam berkongsi cerita mengenai asal-usul beliau dan segala
maklumat yang diberikan.
3. Perbincangan mengenai empat kesan kedatangan Tamadun Cina terhadap
masyarakat Malaysia.
Kesan Dari – Bidang Optik
Menurut dari sejarah ketamudanan awal cina, kesan dari bidang
penglihatan atau bidang optik adalah salah satu kesan yang dibawa oleh
orang Cina dalam proses ketamadunan ke Tanah Melayu pada masa
dahulu.Melalui bidang optik pelbagai inisiatif positif telah dibawa oleh
Bangsa Cina pada masa dulu dan diperkembangkan sehingga sekarang hingga
membawa bidang optik menjadi salah satu bidang yang sangat terpenting
didunia mahupun Malaysia.Menurut dari perkembangan awal pembawaan bidang
optik ini terhadap masyarakat Malaysia ialah kebanyakan ahli cendiakawan
Cina telah mewujudkan satu gambar yang berimej terbalik melalui satu
ujikaji penghasilan kanta kamera yang mempunyai lubang jarum yang
halus.Selain itu, teknologi yang terhasil dari bidang optik hasil tangan
orang cina pada masa dahulu adalah berkenaan dengan kewujudan ujikaji
gambar melalui kanta cekung untuk tidak memperlihatkan
gambar pada layar.Antara kesan dari bidang optik terhadap masyarakat
Malaysia dari Tamadun Cina ialah kaum cina mengenalkan pelbagai istilah dan
kajian tentang titik pusat optik, garisan utama pusat optik dan lain-lain
lagi.Terdapat lagi kesan-kesan dari
peninggalan bidang optik terhadap masyarakat Malaysia yang diperkenalkan
oleh orang cina masa dahulu seperti memberi penekanan tentang prospek
pemfokusan sesuatau imej, antaranya orang cina mewujudkan pusat titik
berkembar dua yang menerangkan tentang pemfokusan lebih tepat dua kali
ganda dari imej yang difokuskan.Sejajar dengan itu, tidak mustahilah
sekarang kaedah pembelajaran Sains Kejuruteraan, Sains Fizik dan banyak
lagi samada didunia mahupun di Malaysia telah berkembang melalui amalan
prinsip dan kaedah yang dipelopori awal oleh Bangsa Cina dahulunya.Melalui
aspek tersebut, diMalaysia semua para graduan,pelajar dan murid di war-
warkan tentang kanta optik cekung dan cembung dalam pembelajaran.Selain
pembelajaran, melalui perubatan dan perniagaan cermin mata merupakan
perkembangan dan kesan yang terhasil dari arus tamadun cina ke Malaysia.
Kesan Dari – Ilmu Falak
Bidang ilmu falak atau astronomi merupakan salah satu bidang yang dibawa
oleh Kaum Cina pada semasa era ketamadunan cina dahulu.Bidang ini mengikut
kajian Bangsa Cina pada masa dulu merupakan bidang yang mengkaji susun atur
bintang, menganilisa dan mencatat pergerakan gerhana serta merekod meteor
dan asteroid pada galaksi angkasa lepas.Menurut sejarah ketamadunan cina,
bidang ini bermula pada jajahan Dinasti Zhou pada zaman sebelum
Masihi.Antara kesan yang meninggalkan kenangan dari ahli-ahli falak cina
sama ada pada dunia lantas ke Malaysia hingga kini adalah berkenaan ahli
rekod falak cina berjaya mencatat, menganalisis serta merekod pergerakan
astronomi dengan teliti, jitu dan sentiasa memberi penambahbaikan dalam
kajian serta rekod yang dianggarkan lebih dari 2000 tahun.Selain itu, kesan
yang ketara terhadap masyarakat Malaysia adalah tentang penggunaan kalendar
cina yang tepat, terawal, dan kehadapan digunakan di Malaysia
sekarang.Sebab utama masyarakat Malaysia menggunakan kalender Cina atau
dikenali sebagai kalender kuda kerana kalender ini menunjukkan tahun-tahun
lahir dengan simbol haiwan tertentu disamping
maksud yang tersirat pada simbol haiwan tersebut dan juga ketepatan tarikh
sesuatu peristiwa di Malaysia umumnya.
Kesan Dari – Sains Dan Teknologi
Perkembangan ilmu sains dan teknologi yang dibawa oleh tamadun cina
terhadap masyarakat Malaysia memang tidak asing lagi, ini menunjukkan
bahawa ilmu sains dan teknologi yang dibawa itu adalah satu entiti perkara
yang penting dalam pendidikan, pekerjaan mahupun perniagaan sehingga
kini.Berdasarkan sejarah ketamadunan cina terhadap pembawaan ilmu sains dan
teknologi, kesan berkaitan perkara ini telah bertapak pada kurun ke -15
hingga kurun ke – 11 SM.Kewujudan bidang sains dan teknologi telah mula
diperkenalkan oleh orang cina di utara China berhampiran dengan pesisir
sungai dengan meningkat kepakaran dalam ilmu khasnya iaitu teknologi
mengawal banjir dengan kaedah kemahiran menggunakan hidraulik.Kesan yang
ditinggalkan oleh kaum cina dalam bidang sains dan teknologi terhadap
peradaban dunia dan Malaysia adalah tentang aktivit-aktiviti bagaimana
proses mencairkan besi, menuang cairan besi ke dalam
bekas acuan, proses teknolgi pembuatan bahan-bahan seramik, teknologi
membuat kertas dan aktiviti meloyang.Perkara ini telah wujud sekian lama
yang dipelopori oleh bangsa cina dahulu lagi.Dalam hal ini, tidak mustahil
sekarang pelbagai kilang yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan
meloyang, pemprosesan besi contohnya megastil
adalah milik kaum bangsa cina.Jelas sekali bahawa ilmu sains dan teknologi
dipraktikkan sehingga sekarang hasil dari proses pembawaan ketamadunan cina
dalam bidang sains dan teknologi.Sementara itu, beberapa ahli cendikiawan
mengatakan bahawa bidang
sains dan teknologi yang dibawa oleh orang cina adalah satu budaya yang
mempunyai dari golongan atasan serta berdominan tinggi terhadap Malaysia
adalah satu kejayaan yang besar sekaligus membawa perkembangan baik untuk
negara.Selain itu, terdapat beberapa lagi perkembangan yang baik dalam arus
ketamadunan cina dalam bidang sains dan teknologi terhadap masyarakat di
Malaysia antaranya ialah berkenaan ilmu pembuatan kain yang lembut serta
wangi iaitu sutera.Ilmu teknologi kompas juga adalah salah satu yang dibawa
oleh masyarakat cina pada masa dahulu dalam mencari arah
tujuan semasa perjalanan sekaligus mendedahkan ilmu sains dan teknologi
kompas.Natijahnya jelas sekali bahawa pelbagai ilmu sains dan teknologi
yang dibawa
oleh kaum cina pada masa dulu memberi manfaat berguna kepada seluruh
lapisan masyarakat Malaysia sehingga sekarang.
Kesan Dari – Bidang Matematik
Dari arus proses ketamadunan cina dalam bidang matematik tidak dapat
disangkal lagi kerana ilmu matematik yang dibawa oleh tamadun cina banyak
mempengaruhi proses pembelajaran, pendidikan, pekerjaan dan perniagaan
terhadap masyarakat Malaysia umumnya.Mengikut sejarah ketamadunan cina,
ianya telah bermula pada kurun ke-2 dengan ahli cerdik pandai bangsa cina
dalam matematik yang dikenali sebagai Xu Yue telah mengetengahkan
pendekatan alatan pergiraan menggunakan sempoa atau dikenali sebagai (
Abacus ) dalam proses pengiraan yang melibatkan aktivit-aktiviti
perniagaan pada masa tersebut.Oleh yang demikian, hasil daripada pendekatan
tersebut ramailah pengguna-penguna yang mengunakan kaedah yang
diperkenalkan dalam pelbagai aktiviti untuk pengiraan sehinggalah ke harini
masih lagi sistem pengunaan
sempoa digunakan samada di sekolah atau dalam pelbagai bidang yang
berkaitan.Selain itu, tamadun cina juga banyak membantu dalam bidang
matematik antaranya ialah kewujudan Sembilan bab matematik yang di
ketengahkan oleh Zhang Cang pada masa
dahulu.Perkara yang terkandung dalam buku tersebut adalah tentang mencari
kesimpulan penilaian PI, metematik pecahan dan metematik bernombor
perpuluhan.Sejajar dengan
itu, sehingga kini pelbagai kaedah pengiraan matematik hasil dari pelopor
cina yang menwujudkan bidang tersebut memberi kesan terhadap masyarakat
Malaysia khusunya bidang pendidikan.Secara langsung kesan dari bidang
matematik yang dibawa oleh kaum cina terdahulu memberi memberi impak yang
berkesan terhadap masyarakat Malaysia sehingga kini.
4. Perbincangan Mengenai Satu Perayaan Bangsa Cina Dan Empat Gambar Yang
Berkaitan.
Perayaan Kuih Bulan
Dalam masyarakat Cina umumnya, terdapat pelbagai perayaan yang
dirayakan oleh bangsa cina di Malaysia mahupun di seluruh dunia.Masyarakat
Cina mempunyai berbagai perayaan dan adat yang disambut berpandukan
kalender mereka yang dikenali sebagai kalendar Lunar.Antara perayaan yang
disambut oleh bangsa cina adalah perayaan Tahun Baru Cina, Chap Goh Meh,
Perayaan Menghalau Hantu, Perayaan Kuih Bulan Atau Tanglung dan lain-lain
lagi.Pada kali ini, saya sebagai penulis akan membincangkan satu perayaan
yang disambut oleh Bangsa Cina iaitu Perayaan Kuih Bulan atau dikenali
sebagai Perayaan Musim Luruh ( zhong qiu jie ) dan disambut dengan Pesta
Tanglung.
Gambarajah 1.3: Pesta Tanglung Sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan
Bagi Bangsa Cina
Menurut kajian saya, Perayaan Kuih Bulan yang dirayakan oleh bangsa
cina adalah salah satu perayaaan yang terpenting selepas perayaan Tahun
Baru Cina.Menurut sejarah, perayaan ini bermula pada sekitar ( 1600-1046 )
sebelum masihi.Perayaan ini bermula pada zaman jajahan Dinasti
Shang.Menurut sejarah, ianya dirayakan oleh raja-raja china dengan
melakukan penyembahan bulan pada setiap musim luruh bagi
mendapatkan segala hasil titik peluh yang telah mereka hasilkan dengan cara
menyembah bulan untuk mendapatkan hasil.Melalui kajian saya, Perayaan Kuih
Bulan dirayakan oleh
Bangsa Cina setiap tahun pada hari ke-15 dalam bulan lapan mengikut
kalender kepercayaan bangsa cina iaitu Kalender Lunar.
Gambarajah 1.4: Kalender Lunar Kepercayaan Bagi Bangsa Cina
Perayaan Kuih Bulan yang dirayakan oleh Bangsa Cina setiap tahun, adalah
salah satu kepercayaan oleh kaum tersebut dalam mempercayai Dewi Bulan bagi
mereka.Hal ini, menerangkan tentang seluruh Kaum Cina berkenaan tatacara
menyembah Dewi Bulan tersebut yang merangkumi unsur-unsur yang akan
dirayakan oleh mereka.Dalam aktiviti menyembah Dewi Bulan ini pada musim
Perayaan Kuih Bulan, mereka menyediakan pelbagai juadah seperti yang
wajibnya kuih bulan, gula-gula manis, alat solek dan lain-lain lagi.Perkara
ini dilakukan kerana, setiap benda yang disediakan adalah untuk diberi
kepada Dewi Bulan meraka yang dikenali sebagai ( Chang'e ) mengikut
kepercayaan Bangsa Cina sekaligus merayakan Perayaan Kuih Bulan
tersebut.Bagi Kaum Cina pesta Tanglung juga adalah pesta yang wajib sempena
menyambut Perayaan Kuih Bulan.Kaum Cina baik dewasa, orang tua dan kanak-
kanak akan memasang Tanglung di rumah untuk dirayakan dengan perasaan hati
yang seronok serta gembira dan sambil bermain pelbagai permainan yang
melibatkan Tanglung.
Gambarajah 1.5: Kepercayaan Bangsa Cina Terhadap Dewi Bulan dalam
Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan bagi Bangsa Cina mempunyai pelbagai lagi cerita
disebalik perayaan tersebut.Melalui kepercayaan Kaum Cina semasa perayaan
kuih bulan Bangsa Cina menganggap bahawa perayaan tersebut perlu berada
dalam suasana yang gembira, harmoni serta romantis.Menurut kaum cina, sifat
ini perlu kerana kepercayaan kepada Yue Xia Lao Ren maksudnya golongan
orang-orang yang berumur mampu memberi setiap pasangan untuk berkahwin bagi
mereka yang belum berkahwin.
Gambarajah 1.6: Kuih Bulan menjadi inspirasi semasa Perayaan bagi
Kaum Cina.
Sementara itu, kepercayaan Kaum Cina yang lain tentang sambutan semasa
Perayaan Kuih Bulan adalah Sanak saudara, Datuk, nenek, dan kaum kerabat
akan berhimpun bersama-sama dalam meraikan Perayaan Kuih Bulan dengan
menjamu selera secara besar-besaran.Semasa menjamu selera Kuih Bulan
pastinya dihidangkan dalam acuan yang bulat, berbagai warna, dan rasa
kerana Kuih Bulan itu menjadi tanda keakraban, persaudaraan dalam menyambut
Perayaan Kuih Bulan bagi kaum Cina.Mengikut Bangsa Cina pelbagai rasa dapat
dibuat terhadap Kuih Bulan antaranya ialah rasa teh cina, buah-buahan dan
lain-lain lagi.Kaum Cina akan menjadikan malam Perayaan Kuih Bulan sebagai
malam untuk bergembira, menyambut kemenangan dan juga bebas dari segala
musibah.
5.0 Empat Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya Malaysia
Peranan Tamadun Cina Dalam Perkahwinan
Proses ketamadunan Cina yang datang ke Malaysia banyak memberi
peranan dalam pembinaan budaya di Malaysia.Salah satu peranannya adalah
berkenaan proses perkahwinan campur dengan orang tempatan yang telah
terwujud dari dulu lagi hasil dari imigran orang Cina ke Malaysia.Dalam
konteks peranan ini terhadap pembinaan budaya Malaysia aspek kahwin campur
bangsa Cina dengan orang tempatan telah berkembang dengan kadar yang
tinggi.Perkara ini telah berlaku sangat lama dahulu sehinggakan
wujudnya kelompok Peranakan dalam masyrakat Malaysia.Berkenaan perkara
tersebut, paling ketara hasil kahwin campur bangsa Cina dengan orang
tempatan adalah di Bandaraya Melaka kerana disana terdapat minoriti
peranakan yang besar hasil kahwin campur kaum cina dengan orang
tempatan.Dari proses membentuk pelbagai penyatuan dan membentuk budaya
dalam kemasyarakatan di Malaysia hasil dari kahwin campur yang berlaku,
wujudnya pelbagai pertemuan dalam masyarakat yang menjurus kepada proses
meminjam melalui kebudayaan yang berlaku terhadap masyarakat cina dan
tempatan.Berlakunya kahwin campur ini dalam budaya masyarakat Malaysia
terhasilnya masyarakat tempatan yang mula meminati pelbagai perkara
antaranya dari aspek
pemakanan, pemakaian, karektor dan lain-lain lagi.Melalui pemakanan yang
diterjemahkan oleh kaum cina seperti makanan yang berunsurkan celur (
SteamBoat ), yong tau fuu dan soya telah mendapat perhatian oleh bangsa
lain hasil dari kahwin campur yang wujud di Malaysia.
Peranan Tamadun Cina Dalam Ekonomi
Melalui peranan Tamadun Cina dalam bidang ekonomi terhadap budaya
masyarakat Malaysia persepsi sikap bertolak ansur dan bermusyawarah adalah
petunjuk positf penting dalam peranan yang dibawa oleh Kaum Cina.
Berdasarkan perkara diatas, nilai-nilai murni yang ditunjukkan dari kaum
cina kepada masyarakat tentang pemberian hasil kekayaan secara adil dan
melakukan kerja tanpa memilih kerja, samada kerja berat atau pun
ringan.Merujuk kepada pemberian hasil kekayaan secara adil merupakan satu
konsep dari perpaduan yang erat dalam memupuk keadilan dan sikap tolak
ansur dari setiap bangsa khususnya dari masyarakat cina terhadap
perkembangan ekonomi.Dalam terbentuknya peranan Tamadun Cina terhadap
ekonomi pelbagai sikap dan nilai murni yang dibawa oleh Kaum Cina dapat
ditekankan terhadap aktiviti perekonomian.Peranan yang dibawa oleh Kaum
Cina terhadap budaya masyarakat Malaysia membentuk sifat-sifat yang positif
dari keperibadian Bangsa Cina seperti rajin berkerja, jujur, berhati-hati
menggunakan kewangan dan sifat tanggungjawab dalam menjadikan sebarang
bidang berniaga sebagai konsep utama perniagaan bagi Kaum Cina.Dalam pada
itu, sifat-sifat
yang lain bagi Kaum Cina dalam peranan terhadap budaya Malaysia adalah
seperti sentiasa taat setia, bersopan-santun dan mempunyai integriti dalam
diri terhadap keberkesanan dalam organisasi yang dibentuk oleh Kaum Cina.
Peranan Tamadun Cina Dalam Kehidupan Sosial
Mengenai peranan utama Tamadun Cina dalam konteks sosial terhadap
budaya masyarakat Malaysia adalah aspek mementing akhlak moral yang baik
serta bersopan santun dalam pelbagai situasi budaya di Malaysia.Selain itu,
Kaum Cina juga sentiasa menunjukkan tradisi yang baik untuk dicontohi oleh
komuniti lain antaranya sifat kesian yang menebal, sering berlapang fikiran
dan memupuk semangat komunikasi berkesan terhadap semua lapisan
masyarakat.Dalam pada itu, Kaum Cina juga sentiasa diajar menghormati
budaya, pahaman agama bangsa lain kerana disitu mereka menganggap bahawa
dengan hormat menghormati antara satu sama lain institusi komuniti Cina
akan kukuh serta dipandang baik.Dengan sikap yang ditunjukan, maka Tamadun
Cina diterima dengan ikhlas melalui proses penstrukturan Tamadun yang
dibawa sekaligus telah mendapat kepercayaan dalam memupuk budaya yang
progresif terhadap masyarakat Malaysia.Mengenai peranan yang dibawa oleh
Kaum Cina terhadap budaya masyarakat Malaysia sikap yang mementingkan
keluarga bahagia dan menjaga isi hati menjadi aspek penting dalam memupuk
keharmonian sesama bangsa dan komuniti bangsa yang lain.Pelbagai sifat yang
baik serta tauladan yang ditunjukkan oleh Kaum Cina yang memberi peranan
dalam memupuk budaya di Malaysia telah dijadikan contoh oleh
bangsa yang lain dalam memantapkan kehidupan sosial dan budaya majmuk di
Malaysia.Sejajar dengan itu, tidak mustahilah segala amalan yang baik serta
peranan dalam menghormati sesama bangsa dan kaum lain dijadikan tauladan
oleh bangsa Cina dalam memastikan Negara Malaysia aman dari arus
ketamudunan Bangsa Cina yang dibawanya dalam konteks sosial.
Peranan Tamadun Cina Dalam Psikologi
Mengenai peranan Tamadun Cina dalam bidang psikologi yang dibawanya
terhadap budaya masyarakat Malaysia adalah tentang tunjuk cara dan
penekanan dalam membangunkan pelbagai aspek antaranya kebendaan.Pelbagai
cara dan sifat oleh Kaum Cina telah dibawa dan berperanan dalam psikologi
terhadap budaya Malaysia seperti memupuk yakin pada diri, sentiasa
berpegang teguh pada setiap keputusan yang dibuat dan bersabar dalam
mengejar sesuatu yang diinginkan antara titik tolak peranan psikologi
terhadap pembinaan budaya Malaysia.Mengenai peranan yang dibawa oleh Kaum
Cina dalam psikologi adalah sentiasa menunjukkan tindak-tanduk berkenaan
latar belakang diri sendiri supaya masyarakat lain berupaya mengikuti
contoh yang baik lahir dari sikap-sikap yang ditunjukan oleh Kaum Cina
terhadap kaum yang lain dalam mencapai kebaikan dan sebarang manfaat yang
di luhurkan oleh Kaum Cina.Dalam pada itu, Kaum Cina sesama bangsa juga
mementingkan permuafakatan yang akrab dalam keluarga, Negara Malaysia dan
bukanlah hanya untuk kepentingan individu sahaja.Jelas disini bahawa segala
idealogi tentang peranan psikologi yang dibawa oleh Tamadun Cina telah
meresap kedalam sanubari setiap masyarakat Malaysia dalam pembinaan budaya
Malaysia kearah setiap infrastruktur psikologi yang diperlukan.
6. Kesimpulan
Melalui arus ketamadunan cina yang dibawa oleh Masyarakat Cina terhadap
bumi Malaysia telah banyak menggubah persepsi pelbagai kaum di
Malaysia.Lantas proses Tamadun Cina yang dibawa oleh Kaum Cina kepada
Malaysia telah menunjukkan segala upaya penambahbaikkan dalam perundangan
dan terlibat secara langsung dalam memajukan Negara.Melalui perbincangan,
olahan dan kaji selidik yang dilakukan oleh saya berkenaan Tamadun Cina
diatas dapat saya simpulkan disini bahawa jasa, sumbangan, kesan serta
peranan yang terhasil dari pembawakan Tamadun Cina yang salah satunya
Tamadun yang terawal ini terlalu banyak hingga memberikan pelbagai
inisiatif dan impak untuk kebaikan sejagat mahupun Negara Malaysia
khusunya.
3500 Patah Perkataan
RUJUKAN
Nik Hasnaa Nik Mahmood (1997), Orang-orang Cina Ditanah Melayu,
Skudai,J.Bharu:Universiti Teknologi Malaysia
Afifah Abu Yazid (2003), Penggajian Tamadun Asia,
Bentong,Pahang:PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd
Abdul Rahman Bin Haji Abdullah(2005), Wacana Falsafah Ilmu Analisis Konsep-
Konsep
Falasafah Pendidikan Negara,K.Lumpur:Utusan Publication & Distribution
Sdn.Bhd
Carl.B.Boyer(1968),Sejarah Matematik (A History Of Mathematic Terjemahan,
K.Lumpur:John Wiley & Son ( Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad )
Noor Sham Abdul Hamit,Adibah Sulaiman,Siti Nor Baya Mat Yaacob,Mohd Fauzi
Naim
Keria(2007),Teks & Rujukan Lengkap Sejarah 1,Shah Alam:Arah Pendidikan
Sdn.Bhd
Mohd Azhar Abd Hamid,Mohd Koharuddin Balwi,Mohd Fauzi Othman(2006),Reka
Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti,J.Bahru:Universiti
Teknologi Malaysia
Mohd Tajuddin Mohd Rasdi,Cheah,Ding Ding(2011),Kepincangan Dalam
Perumahan:Adat & Ritual Kaum Cina,J.bahru:Universiti Teknologi
Malaysia
Taha Abdul Kadir(1985),Hari Perayaan Penduduk Malaysia,
Universiti Of Michigan (Asal):Pelanduk Publications
Wan,Seng Ann(1994),Perayaan Orang Cina,
Universiti of California(Asal):Fajar Bakti
Stephanie.Interaksi Tamadun Asia Dan Relavansinya Di Malaysia Dan Dunia.
Dipetik Pada Oktober 12,2015.Dari http://stephanienian.jimdo.com/app/
download/5543424271/WAJ3101+modul+6.pdf?t=1311861621
Siti Aisyah Ibrahim(2015),Sumbangan Tamadun China Di Asia Tenggara Dan
Malaysia.
Dipetik Pada Oktober 17,2015.Dari
http://documents.tips/documents/sumbangan-tamadun-china-di-asia-
tenggara-dan-malaysia.html
Penggajian Malaysia(2014),Agama Buddha Masyarakat Cina.
Dipetik Pada Oktober 17,2015.Dari
http://pmjpenggajianmalaysia.blogspot.com/
2014/08/agama-cina.html
China.com(2014),Pesta Kuih Bulan.Dipetik Pada Oktober 19,2015.Dari
http://malay.cina.com/culture/traditional/3473/20141114/204967.html
Hasnan Ika(2011),Sumbangan Tamadun China Terhadap Tamadun Malaysia.
Dipetik Pada Oktober 16,2015.Dari
http://tamadunmalaysia.blogspot.com/
Dehe Klate(2009),Perayaan Cina.Dipetik Pada September 28,2015.Dari
http://perayaancina.blogspot.com/
Abu Hassan(2010),CTU551-Tamadun China.Dipetik Pada Oktober 16,2015.Dari
http://551china.blogspot.com/