Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Contoh Teks Bercerita
Kisah Dari Al Qur’an Bahagian Lelaki dan Perempuan
Sempena Majlis Tadarus Al Qur’an 1431H/2010M
Penyelaras Ustaz Awang Arippin Bin Haji Awang Kamarudin
Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Kuching
Saf Penggubal Ustazah Azamawati Binti Abdul Wahab
(Ketua Penggubal)
Saf Penggubal Ustaz Ismail Bin Mohd Saad Ustaz Muhammad Takrim Ab. Rahman Ustaz Zaini Bin Haron Ustazah Zurratul’ain Binti Bukhari Ustazah Haida Binti Kifli Ustazah Nilam Binti Kancho Ustazah Rafidah Binti Sulaiman
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
1
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
TEKS BERCERITA BAHAGIAN LELAKI 1)
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.. ( 4 )
2)
Kisah Nabi Soleh Alaihissalam ................................. ( 8 )
3)
Thalut dan Jalut .............................................. .......................................................... ............ (12)
4)
Kepintaran Luqman al-Hakim .................................. (15)
TEKS BERCERITA BAHAGIAN PEREMPUAN 1)
Tahun Dukacita .................................................... .......................................................... ...... (19)
2)
Siti Hajar Ibu Mithali ................................................ ................................................... ... (22)
3)
Qabil dan Habil ........................................................ .......................................................... .. (26)
4)
Nabi Musa Musa a.s dengan isterinya Safura ................... (30)
Diterbitkan oleh:
UNIT PENDIDIKAN ISLAM, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, 93050 Petra Jaya Kuching. No. Tel : 082-445288 No. Faks. : 082-313869 Reka Bentuk dan Taipset ©Purnama30357®™
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
2
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ NABI MUHAMMAD SAW Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita Saya ialah Peristiwa Israk Dan Mikraj Nabi Muhammad Saw. Peristiwa ini berlaku kerana ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang menghadapi beberapa keadaan yang kritikal di dalam kehidupan baginda.
Sedih sungguh rasa di hati Ditinggalkan pergi orang dikasihi Abu Talib dan Khadijah isteri dicintai Pergilah sudah menghadap Ilahi Jiwa dan raga terasa hampa Sedih pilu berbalam duka Tiada kata dan juga doa Daripada mereka pengubat lara Kematian Saidatina Khadijah dan Abu Talib amat menyentuh perasaan baginda sehinggakan tahun tersebut dikenali dengan nama `Tahun Dukacita` . Israk dan Mikraj membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari sehinggalah dibawa berjumpa dengan Allah menerima perintah solat. Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 Kerasulan. Firman Allah :
“Maha suci Allah yang telah mambawa hambanya berjalan pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.”
(Potongan ayat 1, Surah Al Isra`)
Kawan-kawan , Contohilah kesabaran Nabi Muhammad dalam menghadapi musibah. Elakkan diri dari cepat berputus asa sepertimana fenomena taufan yang berlaku di Filipina dan gempa bumi di Sumatera yang telah mengorbankan banyak nyawa. __________________________________________________________________________
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
3
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Pada malam kejadian, Nabi Muhammad SAW., sedang tidur di rumah sepupu baginda Ummu Hani dan telah didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail lalu mengangkat baginda ke tepi telaga zamzam.
Dada baginda telah dibedah Dikeluarkan hati dan dibersihkan Dimasukkan ilmu dan juga hikmah Serta keimanan yang berlimpahan Setelah selesai pembedahan, Nabi Muhammad SAW dibawa menaiki 'buraq' yang didatangkan khas oleh Allah dari syurga sebagai kenderaan Nabi pada masa itu. Buraq boleh bergerak pantas seperti kilat menyambar. Subhanallah... Firman Allah :
“A pabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi. ”
(Potongan ayat 82, Surah Yassin)
Ya kawan-kawan, Allah Maha Berkuasa menjadikan sesuatu yang tidak terlintas di fikiran kita. Kelahiran kembar parasit di India dan Surabaya menjadi bukti kekuasaan Allah. Subhanallah.
Nabi Muhammad telah singgah di beberapa tempat yang penting seperti Kota Thaiyibah,Madyan,Bukit Tursina dan Baitul Laham dan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Solat sunat amat dituntut di dalam Islam. Setelah mengerjakan solat sunat dua rakaat, Nabi Muhammad merasa dahaga. Jibril lantas membawa dua bekas, susu dan arak seraya mempersilakan Nabi memilih yang mana disukai baginda. Baginda memilih susu. Jibril a.s berkata : “Sesungguhnya tuan telah memilih fitrah. Sekiranya tuan ambil arak,nescaya sesat umat tuan.” Ketika diisrakkan, Nabi Muhammad telah diperlihatkan beberapa gambaran. Antaranya ialah Jin Ifrit membawa obor dan mengejar Nabi dari belakang.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
4
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Lihatlah kawan-kawan, setiap usaha ke arah kebaikan pasti akan mendapat halangan dan gangguan daripada syaitan. Contohnya sekarang ini terdapat ajaran sesat yang mengaku sebagai Rasul Melayu. Masya Allah ...
Bauan wangi kubur Masyitah Ganjaran untuk keteguhan iman Hentakkan batu di kepala sehingga pecah Tinggalkan solat itulah balasan. Firman Allah :
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(Potongan ayat 103, Surah An-Nisa)
Memakan duri dan bara api Balasan untuk tidak keluarkan zakat Perbuatan zina harus dihindari Makan daging busuk azab di akhirat Firman Allah :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah Al-Isra`, ayat 32)
Ya kawan-kawan, Sekarang ini kita banyak mendengar dari media bahawa banyak pelajar dari Institiut Pengajian Tinggi begitu bangga menjadi pelacur dan perempuan simpanan untuk mendapatkan wang. Harus diingat bahawa zina itu adalah satu daripada dosa besar dan dikutuk Allah. Masya Allah... Banyak lagi gambaran yang telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad saw semasa israk dan balasan yang diberikan kepada setiap gambaran tersebut.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
5
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Di Masjidil Aqsa sampailah sudah Buraq ditambat di luar sana Kedatangan baginda disambut meriah Para wali dan para anbia Nabi dilantik imam solat Mengetuai untuk para anbia Solat berjemaah banyak fadhilat Pahalanya pula berlipat ganda Sabda Rasulullah SAW. :
“Solat berjemaah lebih baik daripada solat seorang diri, dua puluh tujuh darjat.”
Kawan-kawan, Tunaikanlah solat secara berjemaah kerana ia melipatgandakan pahala kepada kita. Sekarang ini telah banyak umat Islam yang berduyun-duyun mengimarakkan masjid dan mengerjakan solat secara berjemaah. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
6
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
KISAH NABI SOLEH ALAIHISSALAM Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita Saya ialah Kisah Nabi Soleh Alaihissalam. Nabi Soleh as. adalah anak Ubaid bin Jabir bin Thamud. Baginda merupakan keturunan keenam Nabi Nuh a.s. Diutuskan Allah sebagai rasul kepada kaum Thamud yang tinggal di daerah ‘Ad sebuah negeri yang pernah didiami Kaum ‘Ad yang telah dimusnahkan kerana penderhakaan mereka kepada Allah swt . Firman Allah:
“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi soleh. ”
( Potongan Ayat 73, Surah al-A’raf)
Sebuah negeri Thamud namanya Kaumnya hidup dalam kekufuran Diutus Nabi Soleh sebagai pembela Membawa cahaya penyingkap kegelapan Namun... kaumnya tetap berdegil tidak menerima dakwah baginda. Mereka terus melakukan perbuatan syirik pada Allah.
Ya hadirin, Hari ini terdapat pelbagai ajaran sesat dalam negara kita seperti ajaran Kahar Ahmad yang mengaku menjadi rasul melayu. Ingatlah, sesungguhnya Allah amat murka kepada orang-orang yang syirik.
Diberi kemahiran pertukangan dan tubuh yang gagah Dikurnia Allah harta melimpah ruah Masing-masing memiliki dua buah rumah Untuk kesesuaian musim berubah Berhala diukir untuk disembah Dijadikan tuhan penangkis musibah Nabi Soleh a.s berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu. Baginda mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala yang syirik dan kembali kepada tauhid menyembah Allah. Malangnya... seruan baginda dibalas dengan ejekan dan lontaran kata-kata keji.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
7
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
“ Soleh dah nyanyuk! Soleh dah gila...!”, ejek kaum Thamud.
Ya kawan-kawan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hari ini berpunca daripada hidup yang tidak ada peraturan. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Sebagaimana firman Allah:
“Dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan Yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam". ( Potongan ayat 71, Surah Al An’am )
Dakwah dan seruan tidak diendah, Diminta bukti yang tidak munasabah, Supaya unta lahir dari batu terbelah, Barulah mereka menyembah Allah, Sesuai dengan permintaan dan cabaran pembesar-pembesar kaum Thamud, berdoalah Nabi Soleh as. kepada Allah agar memberinya mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu dari sebuah bukit dan keluar dari perutnya seekor unta betina. Firman Allah :
“(Berkata Nabi Soleh) i ni adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku).”
( Potongan Ayat 73, Surah al-A’raf)
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
8
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Ya kawan-kawan, Allah Maha Berkuasa menjadikan sesuatu yang tidak terlintas di fikiran kita. Kelahiran kembar parasit di India dan Surabaya menjadi bukti kekuasaan Allah.
Di negeri Thamud terdapat sebuah perigi yang menjadi punca bekalan air. Nabi Soleh a.s menetapkan agar unta pemberian Allah itu diberi giliran mendapatkan air minuman. Sekiranya unta tersebut diganggu, Allah akan menurunkan azabNya.
Unta suci jangan dikhianati, Biarkan ia hidup menyendiri Amaran Nabi Soleh dipandang sepi Unta disembelih dengan kejam sekali, “Wahai Soleh , berdoalah kepada tuhanmu, turunkan siksaan,” kata salah seoarang kaumnya. “Ya... ya... jika benar engkau utusan Allah,” sahut yang lain.
Kaum yang ingkar membuat cabaran, Lantas Nabi Soleh memberi amaran, jika masih tidak beriman, azab Allah akan diturunkan Doa Nabi Soleh a.s dimakbulkan Allah swt. Kaum yang ingkar diberi tempoh 3 hari sebelum Allah menurunkan bala. Baginda diperintahkan Allah keluar meninggalkan negeri itu bersama orang-orang yang beriman.
Ya kawan-kawan, Mengadulah kepada Allah jika kita ditimpa sebarang musibah. Sebab itulah Radio IKIM mewar-warkan qunut nazilah sebagai doa masyarakat kita untuk rakyat Palestin. Seperti firman Allah:
“Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
( Potongan ayat 60, Surah Al Mu’min )
Pergilah Nabi bersama pengikut setia Thamud menunggu azab sambil berpesta
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
9
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Wajah berubah pelbagai warna Kuning, merah hitam akhirnya Gempa bumi dan petir sebagai bencana Habislah negeri Allah binasa Firman Allah:
“Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.”
(Ayat 78, Surah al-A’raf) Allah Maha Bijaksana. Orang yang beriman kepadanya pasti diselamatkan. Begitu juga dengan Nabi Soleh a.s dan pengikut baginda seramai 120 orang mereka mendapat perlindungan dan berpindah ke negeri lain iaitu negeri Hadralmaut.
Kejadian gempa bumi yang menenggelamkan tiga perkampungan di Padang Sumatera adalah tanda peringatan Allah. Justeru muhasabahlah diri kita agar tidak melakukan kemungkaran kepada Allah. _____________________________________________________________________________ Hadirin yang dihormati,
Hanya Allah yang wajib disembah Ajaran Nabi jangan disanggah Abdikan diri kepada Allah Semoga hidup mendapat barakah. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
10
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
THALUT DAN JALUT Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita Saya ialah Kisah Thalut Dan Jalut . Sawal bin Qais adalah nama sebenar Thalut. Beliau berketurunan Bunyamin iaitu anak Nabi Yaakub a.s. Kaum Yahudi menganggap keturunan Bunyamin adalah darjat keturunan yang rendah.
Berbadan sasa gagah perkasa Berfikiran luas peribadi mulia Panglima gagah pemimpin berwibawa Dilantik Nabi Samuel menjadi raja. Pahlawan perkasa Jalut namanya Ditakuti rakyat sifat ganasnya Kejam dan zalim itulah sifatnya Pantang mengalah sedikit jua. Firman Allah :
"Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.”
( Potongan ayat 247 surah Al-Baqarah )
Ya kawan-kawan, Keberanian dan kebijaksanaan pemimpin adalah tunggak keamanan Negara. Contohilah keberanian rakyat Palestin dan kebijaksanaan pemimpin dalam mempertahankan Negara. _______________________________________________________________________ Bani Israel tidak mempunyai raja setelah kewafatan Nabi Musa a.s. Kerajaan bani Israel telah jatuh ke tangan kerajaan Palestin pimpinan Jalut. Kaum Bani Israel hidup dalam keadaan derita. Segala harta benda mereka habis dimusnahkan, termasuklah peti Tabout yang dianggap keramat oleh setiap keturunan bani Israel. Ya kawan-kawan, Kaum bani Israel menyimpan dendam terhadap Jalut dan ingin merampas semula peti Tabout serta tanah kelahiran mereka. Mereka meminta Nabi Samuel melantik seorang ketua perang untuk memerangi tentera Jalut
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
11
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Nabi Samuel telah memilih Thalut sebagai ketua perang.Pada awalnya bani Israel tidak bersetuju tetapi akhirnya mereka menerima Thalut.
Thalut menyusun barisan tentera Menentang Jalut musuh durjana Merampas wilayah itulah harapannya Mengembalikan maruah bangsa dibela. Maka berdoalah mereka memohon pertolongan Ilahi,
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami." ( Potongan ayat 250 surah Al-Baqarah ) Ketika dalam perjalanan Thalut telah berpesan, “Sebentar lagi, kamu dalam perjalanan di bawah panas terik matahari dan ketika itu kita akan melalui sebatang sungai.Barang siapa di kalangan kamu yang meminum sepuaspuasnya air sungai itu, dia bukanlah daripada pengikutku. Tetapi barang siapa yang hanya meneguk sekadar membasahi kerongkongnya, maka adalah daripada golonganku.”
Ya kawan-kawan, Sifat amanah dan bersatu padu amat penting dalam setiap pasukan kerana setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan. Baru-baru ini telah berlakunya ketegangan Malaysia dan Indonesia kerana perebutan identity warisan batik. ________________________________________________________________________ Medan pertempuran perjuangan bermula Mengalahkan Jalut tujuan utama Tentera ramai gagah perkasa Timbul ketakutan di pihak lawannya. Dengan perasaan angkuh Jalut berteriak dengan lantangnya. “Siapakah di antara kamu yang berani bertarung denganku?”
Dalam keadaan pihak Thalut dicengkam kegelisahan, Thalut mengumumkan dengan berkata, “ Barangsiapa yan g dapat tampil kehadapan serta membunuh Jalut, beta kahwinkan dia dengan anak perempuan beta dan beta ambil sebagai rakan pemerintahan beta.”
Berbadan sasa peribadi mulia Berwajah tampan semangat membara
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
12
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Tampil ke hadapan tanda sedia Menentang Jalut musuh durjana. Ya kawan-kawan, Dengan perasaan ragu-ragu, Thalut bertanya kepada pemuda itu,” Wahai orang muda, tahukah kamu siapakah Jalut?.Nabi Daud merasakan dirinya diperlekehkan. Dengan izin Allah, bersenjatakan tiga ketul batu, Daud dapat menewaskan Jalut. Subhanallah…….
Terkulai layu insan durjana Menyembah bumi tetutup matanya Kembali menghadap Tuhan Yang Esa Akhirnya akur dengan kekuasaanNya. Firman Allah ;
Mereka, yakni tentera Thalut dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut.
Ya kawan-kawan, Pemimpin yang bijaksana dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Justeru, Negara-negara Islam hari ini telah membantu rakyat Palestin menentang musuh.
________________________________________________________________________
Tugas Daud telah terlaksana Janji Thalut wajib di kota Dinikahkan Daud dengan puterinya Lalu dilantik pemerintah bersama. Daud lebih dicintai dan diagungkan oleh rakyat bani Israel. Ini menimbulkan rasa dengki Thalut terhadap Daud. Thalut ingin membunuh Daud dan sesiapa sahaja yang menghalang keinginannya termasuk para ulama’. Menyedari semakin berkurangnya para ulama’, timbullah penyesalan di hati Thalut. Akhirnya, Thalut menyerahkan kerajaannya kepada Daud. Firman Allah ;
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
13
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
“Dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya .”
( Potongan ayat surah Al-Baqarah ayat 251.)
Ya kawan-kawan, Kita haruslah bertanggungjawab terhadap perbuatan yang dilakukan. Sikap Kartika yang sanggup menerima hukuman wajar dicontohi. Setiap janji mesti ditepati Jauhi sifat iri hati Itulah ajaran seorang Nabi Semoga hidup diberkati Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
14
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
TAHUN DUKACITA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Tahun Dukacita. Ahmad, Itu nama yang tersurat, Dalam Injil juga Taurat, Apatah lagi Kitab Al-Quran, Dia Muhammad, Penutup sekalian Nabi, Penyampai risalah suci, Islam agama yang diredhai. Kawan-kawan, Pada tahun ketujuh kerasulan Nabi,kaum kafir quraisy telah membuat pemulauan terhadap Bani Hashim dan kaum muslimin. Mereka telah menggantung surat pemulauan itu di Ka’abah. Orang-orang Islam dan Bani Hashim tidak dapat tinggal di Kota Mekah tanpa makanan.
Segala bantuan telah disekat Nabi dan kaumnya hidup menderita Hanya menunggu detik dan saat Agar pemulauan berakhir selamanya. Dengan kuasa Allah,surat perjanjian yang digantung di pintu ka’abah itu telah musnah dimakan anai-anai. Dengan itu, berakhirlah pemulauan ke atas Bani Hashim dan umat Islam.
Firman Allah s.w.t ;
“Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri Yang lebih kuat dari (penduduk)
negerimu (Wahai Muhammad) Yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun Yang dapat membela mereka.”
(Surah Muhammad : ayat 13)
Wahai kawan-kawan, Pemulauan yang berlaku hanya akan meruntuhkan perpaduan dan kemusnahan masyarakat. Oleh itu, kempen 1 Malaysia yang diasaskan oleh
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
15
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Perdana Menteri kita baru-baru ini amat berguna demi menjamin keamanan Negara kita yang tercinta. _____________________________________________________________________________ Tahun ke 10 Hijrah Nabi Perginya Abu Talib mengadap Tuhan Terkilan baginda di dalam hati Kerana bapa saudaranya tidak sempat beriman Kematian Abu Talib mendatangkan kesan yang amat mendalam di dalam jiwa Rasulullah. Walaupun beliau tidak sempat memeluk Islam,namun beliau sentiasa memberi perlindungan dan bantuan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman di dalam Al-Quran ;
“Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam)”
(Potongan Ayat 56, Surah Al-Qasas)
Wahai kawan-kawan, Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menyayangi terutamanya sesama ahli keluarga kita.Kisah Jelani yang sanggup bersusah payah membawa jenazah ibunya Mariam dari Korea dan pulang ke Malaysia untuk dikebumikan secara Islam adalah bukti kasih sayang anak kepada ibunya. _____________________________________________________________________________ Siti Khadijah, Wanita Solehah, Pengorbananmu menjadi Sejarah, Pemergianmu ditangisi Nabi, Hingga kini tiada pengganti... Tiga hari selepas kematian Abu Talib, Rasulullah mengalami satu lagi peristiwa pahit. Khadijah bt Khuwailid, isterinya yang sangat dikasihi telah meninggal dunia. Nabi Muhammad merasa sangat sedih kerana isteri baginda banyak mengorbankan harta untuk perjuangan Islam. Namun, kesedihan itu tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berjuang. Rasulullah menerimanya dengan redha dan sabar. Allah telah menegaskan dalam Al-Quran ;
“Mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah Kami kembali." (Surah Al-Baqarah : ayat 156) Kawan-kawan yang saya kasihi, © 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
16
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Setiap yang hidup pasti akan mati. Sepertimana yang menimpa masyarakat Padang di Indonesia,ramai kaum keluarga mereka mati akibat gempa bumi. Oleh yang demikian, kita hendaklah sabar dan tabah dalam menempuhi ujian Allah. _____________________________________________________________________________ Selepas kematian dua orang yang Nabi kasihi,Allah tidak membiarkan kekasihNya terus bersedih. Maka, Allah telah menghiburkan hati baginda dengan anugerah Isra’ dan Mi’raj. Setelah melalui Isra’ dan Mi’raj, Nabi Muhammad kembali bersemangat meneruskan dakwah. Firman Allah ,
“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)...”
(potongan ayat 1, Surah Al-Isra’)
Kawan-kawan, Kita hendaklah mencontohi Rasulullah yang tidak pernah kenal erti putus asa. Baginda terus bangkit untuk terus berdakwah walaupun masih di dalam kesedihan. Contohilah mangsa-mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan Haiti, mereka bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun tanpa orang yang dikasihi disisi mereka.
Rasulullah, Dalam mengenangmu, Kami susuli lembaran sirahmu, Pahit getir perjuanganmu, Membawa cahaya kebenaran.... Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
17
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
SITI HAJAR IBU MITHALI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita Saya ialah Siti Hajar Ibu Mithali.
Siti Hajar wanita mulia, Hadiah daripada seorang raja, Kepada Siti Sarah isteri nan jelita Sebagai balasan taat setia Walaupun perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Siti Sarah telah lama, namun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Nabi Ibrahim cukup bimbang memikirkan siapakah yang akan meneruskan tugas baginda menyebarkan dakwah. Nabi Ibrahim sentiasa berdoa kepada Allah
" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak dari orang-orang yang soleh!" (Surah as-Shoffat ayat 100)
Ya kawan-kawan, Anak adalah permata kepada pasangan suami isteri, justeru IVF diwujudkan untuk membantu pasangan yang gagal mendapat zuriat. ______________________________________________________________________________ Sebagai wanita yang bijaksana, Siti Sarah faham keinginan suaminya. Dengan keizinan Siti Sarah, Nabi Ibrahim mengahwini Siti Hajar. Takdir Allah, lahirlah Nabi Ismail.
Masa kian merubah segalanya Cemburu Sarah mengisi jiwa Kepada Ibrahim diluarhkan kata Supaya membawa Hajar berkelana Kerana kasih menebal dihati Hajat Sarah Ibrahim turuti Padang pasir puas diredahi Ke destinasi yang belum pasti. Cemas hati Siti Hajar melihat keadaan sekeliling. Tiada tumbuhtumbuhan, tiada air yang mengalir, yang ada hanyalah batu dan pasir kering. Subhanallah…
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
18
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
“Jangan tinggalkan kami di sini kekanda” Siti Hajar menangis, merayu jangan ditinggalkan.
Nabi Ibrahim mengingatkan Siti Hajar tentang kekuasaan Allah.Nasihat baginda menjadi satu kekuatan kepada Siti Hajar untuk melepaskan Nabi Ibrahim pulang kepangkuan Siti Sarah. Dengan berat hati, Nabi Ibrahim meninggalkan kedua-dua insan yang disayanginya. Sepanjang perjalanan, baginda sentiasa berdoa
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) yang tiada tanaman padanya.”
(Potongan ayat 38 Surah Ibrahim)
Ya kawan-kawan, Contohilah sifat Siti Hajar, seorang isteri wajib patuh kepada suami. Tapi zaman sekarang ramai isteri yang berani curang terhadap suami.
Hidup sendiri tiada bantuan, Bekalan di bawa sudah kehabisan Anak menangis kerana kehausan Menyerah nasib kepada Tuhan Lantaran kehabisan bekalan,kekeringan susu, si putera menangis kehausan dan kelaparan. Keadaan ini memaksa si ibu berlari ke sana ke mari antara Bukit Sofa dan Marwah, berulang alik bertemankan resah dihati atas tujuan mencari walau seteguk air, namun sia-sia sahaja. Dengan hampa, Siti Hajar kembali ke tempat putera yang ditinggalkan. Lihatlah kawan-kawan bagaimana kasihnya seorang ibu. Kita haruslah mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa. Sebagaimana yang dilakukan oleh Jelani dan saudaranya yang berusaha membawa pulang jenazah ibu mereka dari Korea. Bertepatan dengan firman Allah
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya.”
(Surah Luqman ayat 14) © 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
19
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
______________________________________________________________________________ Setibanya Siti Hajar, subhanallah…… Ditelapak kaki puteranya mengalir mata air yang jernih. “zam-zam, zam-zam,” laung Siti Hajar sambil membuat benteng untuk menakung air tersebut. Dia segera membasahi bibir puteranya.
Selang beberapa minit, datanglah sekumpulan burung ke tempat Siti Hajar dan Ismail untuk menumpang minum. Dalam keadaan demikian, Bani Jurhum yang tinggal berhampiran ingin mencari jawapan tentang kedatangan burung-burung tersebut. Lalu mereka mengekori sehingga sampailah mereka ke khemah Hajar dan Ismail.
Bani Jurhum beranikan diri Menyatakan hajat di sudut hati Siti Hajar menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Sejak itu, Lembah Mekah berubah menjadi sebuah bandar. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim begitu gembira bertemu semula dengan anak dan isteri yang telah lama ditinggalkan. Malangnya,
Kegembiraan itu tidak lama, Bila putera meningkat dewasa Datang wahyu menguji setia kepada suami yang tercinta. Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Berbekalkan iman yang teguh, Siti Hajar dan Nabi Ismail redha dengan ujian Allah.
"Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu.” (Potongan ayat 102, Surah As-Shafat)
Ya kawan-kawan, Korban adalah satu ibadah. Justeru, saban tahun umat Islam di Malaysia melakukan ibadah korban bukan sahaja di Malaysia bahkan dihantar ke negara-negara yang miskin. _____________________________________________________________________________
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
20
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Berkat kesabaran Siti Hajar dan keikhlasan Nabi Ibrahim, Allah telah menggantikan nyawa putera mereka dengan seekor kibas. Benarlah firman Allah.
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar .”
(Surah as-shoffat ayat 107) Ya kawan-kawan
Contohi Siti hajar ibu mithali Taat dan patuh pada suami Perintah Allah sentiasa dipatuhi Ganjaran syurga pasti menanti Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
21
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
QABIL DAN HABIL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita Saya ialah Qabil dan Habil. Nama Qabil dan Habil pastinya tidak asing lagi bagi kita.Mereka berdua ini amat sinonim dengan Nabi Adam (as).Mereka merupakan generasi pertama dalam salasilah nabi Adam dan Siti Hawa. Qabil, Si anak sulung manakala Si Habil pula Si anak kedua.
Berbadan kecil tetapi perkasa Panas baran kurang penyabar Godaan iblis mudah terpedaya Itulah qabil anak yang ingkar Lantaran sifat fizikal dan kegagahan inilah maka dia ditugaskan oleh Nabi Adam untuk mengusahakan ladang.
Berbadan besar serta penyantun Lemah lembut peri lakunya Setiap tutur indah tersusun Itulah habil yang taat setia Maka dengan itu jugalah Nabi Adam mengarahkan Habil untuk mengusahakan ternakan sesuai dengan jiwanya yang mengasihi sesama makhluk yang bernyawa. Walaupun berbeza perwatakan, Nabi Adam tidak pernah pilih kasih dalam membahagikan kasih sayang. Baginda sentiasa berlemah lembut terhadap anak-anaknya. Firman Allah :
“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu).” ( Potongan ayat 159, Surah Ali Imran )
Ya kawan-kawan… Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga.Program Anak Permata yang dilancarkan oleh Datin Seri Rosmah Mansur bertujuan membendung gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
22
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
______________________________________________________________________________ Suatu malam, Nabi Adam memanggil seluruh isi keluarganya, isterinya, Hawa, Qabil, Habil dan kedua-dua anak perempuan mereka iaitu adik kembar Qabil dan Habil. Syariat Allah, Nabi Adam khabarkan. Baginda memaklumkan yang Si Qabil akan dikahwinkan dengan kembar Habil manakala Si Habil akan dikahwinkan dengan Kembar Qabil.
Ya kawan-kawan, Perkahwinan memang disyariatkan di dalam Islam sebaliknya Islam mengutuk penzinaan. Firman Allah :
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan.”
( Potongan ayat 3, Surah An Nisa’)
Iblis datang menghasut Qabil. “Qabil,bunuh sahaja Si Habil itu.Iqlima kembarmu jauh lebih cantik daripada calon isterimu”. Qabil memprotes tindakan ayahandanya dan mula bersikap dingin terhadap Habil. Keadaan ini menyebabkab Nabi Adam mengambil satu tindakan. Dipanggilnya kedua-dua anaknya. Disuruhnya memberi korban dari hasil ternakan dan hasil tanaman yang baik. Nabi Adam memberitahu bahawa sesiapa yang korbannya diterima Allah, maka dialah yang akan berkahwin dengan Iqlima. Habil memilih hasil ternakan yang baik sedangkan Qabil memilih hasil tanaman yang kurang baik.
Ya kawan-kawan. Kita hendaklah ikhlas dalam bersedekah dan Alhamdulillah,ramai lagi rakyat Malaysia yang perihatin menyumbang bantuan kepada mangsa gempa bumi luar negara.
Suatu pagi Nabi Adam mengajak Qabil dan Habil ke pergunungan untuk memastikan korban siapakah yang diterima oleh Allah.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
23
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
Firman Allah :
…… “Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban lalu
diterima korban salah seorang di antaranya yakni (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang satu lagi yakni (Qabil) .” ( Potongan ayat 27 Surah Al Maidah ) “Ayahanda dan Allah memang TIDAK adil” , marah Qabil bukan kepalang. Bagaikan retak menunggu belah. Kini, hatinya nekad, Habil mesti dihapuskan.
Sebagaimana biasanya,pagi-pagi lagi Qabil dan Habil masingmasingnya pergi ke ladang dan tempat ternakan. Dengan hasutan Iblis durjana,Qabil membunuh Habil dengan sebatang kayu keras. Firman Allah :
“Maka hawa nafsu Qabil mendorongnya membunuh saudaranya lalu dia membunuhnya.”
(Potongan ayat 30, Surah Al Maidah )
Ya kawan-kawan, Nyatanya perbalahan hanya membawa kepada kemusnahan.Kini rangkuman berita luar Negara sering memaparkan kekejaman Israel terhadap Palestin.
Mega merah melewati senja Kaki melangkah fikiran melayang Mayat Habil dibawa bersama Berhenti sebentar di pohon rendang Tiba-tiba berlakulah pergaduhan antara dua ekor gagak di hadapan matanya.Gagak perkasa mematuk gagak lemah sehingga mati.Kemudian gagak perkasa menggali lubang..dikuburnya Si gagak mati..melihatkan kejadian ini,terdetik di hati Qabil. Firman Allah,
.. © 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
24
Himpunan Teks Bercerita Kisah A l Qur’an Sekolah Rendah MTQ 2010
“( Berkata Qabil) aduhai mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini.” (potongan ayat 31 Surah al Maidah )
Qabil pun menggali dan terus mengali untuk mengebumikan Si Habil. Titisan darah Si Habil menyedarkan Si Qabil. Dia menangisi dan menyesali perbuatan kejamnya dan berazam untuk kembali ke pangkal jalan.
Ya kawan-kawan, Islam memandang berat sistem pengurusan jenazah.Pihak yang berkenaan menganjurkan beberapa siri kursus dalam memahirkan umat Islam dalam hal ini.
Keengkaran Qabil membawa padah Kematian Habil termaktublah sudah Jadikan ia sebagai wadah Dalam mencari keberkatan Allah Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
© 2010 Unit
Pendidikan Islam PPD Kuching
25