HEPA UTHM
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN PELAJAR (P3P) PUSAT SUKAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) PUSAT ISLAM PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR (P2P) PUSAT KEMAJUAN DAN HUBUNGAN ALUMNI (CARE)
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Encik Azlan bin Wanti Ketua Pejabat 07-4537035 / 7156 07-4536052
Hasrat utama Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM adalah untuk membantu dan saling melengkapi program akademik bagi membina mahasiswa yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Bagi menyokong proses pembelajaran yang efektif serta persekitaran yang kondusif, Pejabat ini merancang untuk meningkatkan prasarana yang perlu secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Di samping itu, Pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah menjadi teras untuk membina jati diri, sahsiah murni dan ketrampilan diri yang sempurna sebagai individu yang produktif serta mempunyai kepekaan sosial. Pejabat ini mempunyai beberapa bahagian untuk mengendalikan pelbagai program, memberi khidmat nasihat serta menyokong pentadbiran universiti, seperti berikut :Bahagian Perkhidmatan Dan Kebajikan Pelajar ( BPKP ) Bahagian Pengurusan Organisasi Dan Pertubuhan Pelajar ( BPAP ) Bahagian Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan ( BPPK )
VISI Memartabatkan mahasiswa ke tahap kecemerlangan secara holistik
MISI Untuk melahirkan mahasiswa yang bersahsiah murni, berinovasi, mempunyai kepekaan sosial dan daya kepimpinan dalam mendukung misi dan visi universiti
ILTIZAM Kami beriltizam membantu mahasiswa membina karakter, keterampilan yang cemerlang dan menjalani kehidupan yang kondusif sepanjang tempoh pengajian Kami membantu menambah nilai diri setiap individu / mahasiwa untuk menyusuri kehidupan mereka pada masa depan
PERKHIDMATAN KAUNTER HEP Ahad hingga Rabu
: 8.00 pagi hingga 1.00 petang : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Khamis
: 8.00 pagi hingga 1.00 petang : 2.00 petang hingga 3.30 petang
PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN PELAJAR (P3P) KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Dr. Noraishah bt Daud Menjalankan Tugas Dekan P3P 07-4537461 / 7465 07-4536050
PENGENALAN Penubuhan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar bermula dengan satu unit kecil yang dikenali sebagai Unit Kaunseling diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada tahun 1996. Mendapat kepercayaan untuk mentadbir sendiri, Unit Kaunseling dengan rasminya dipisahkan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada 1 April 2001 dan dikenali sebagai Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (PPPP). Bagi tujuan memantapkan lagi perkhidmatan, Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar telah melalui proses penjenamaan semula tetapi masih mengekalkan fungsinya, dikenali sebagai Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar (PKPP) bermula 1 Disember 2002. Sejajar dengan pertambahan jumlah pelajar UTHM dan perluasan skop perkhidmatan untuk menyokong pembangunan sahsiah, kerjaya dan sokongan akademik demi melahirkan graduan berkualiti dan cemerlang maka wujudlah Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P). Kini Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar terus bergerak maju dengan empat fungsi utama iaitu Jabatan Kaunseling, Jabatan Kerjaya, Unit Kebudayaan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan. Gabungan mantap fungsi-fungsi tersebut akan merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan insan yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah, keterampilan, daya saing yang tinggi, bertanggungjawab dan berdedikasi tinggi terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
FUNGSI DAN PERANAN Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) merupakan salah satu sistem sokongan untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar-pelajar UTHM yang mempunyai kebolehan serta potensi yang berbeza-beza. P3P juga berperanan dalam memperkasa pengalaman pembelajaran pelajar dan menghasilkan graduan yang kompeten melalui kaunseling, kerjaya dan kebudayaan seperti di bawah :
Jabatan Kaunseling a) Memberikan perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok (peribadi, emosi, kerjaya, akademik, keluarga, tingkahlaku, kewangan, penginapan, pemikiran dan perkahwinan) b) Perlaksanaan program bimbingan akakdemik c) Perlaksanaan program pembangunan dan kemahiran insaniah d) Perlaksanaan Program Starting School e) Pembinaan modul pembangunan pelajar dan kemahiran insaniah f) Menganalisa perkembangan psikologi pelajar g) Menjalankan ujian psikologi h) Memantau dan menyelia aktiviti Kelab Kaunseling dan Kerjaya Jabatan Kerjaya a) b) c) d)
Memberikan perkhidmatan bimbingan dan rundingan pembangunan kerjaya Perlaksanaan program kerjaya dan Finishing School Perlaksanan program latihan kerjaya Menyelia program mobiliti pelajar ke luar dan dalam negara Menyebarkan maklumat perkembangan laluan kerjaya terkini
Unit Kebudayaan a) Melatih pelajar di dalam bidang seni dan budaya b) Melaksanakan aktiviti-aktiviti kebudayaan setiap kaum di Malaysia c) Mengadakan persembahan di dalam dan luar UTHM d) Menyertai pertandingan peringkat dalam dan luar negara e) Menjadi pusat rujukan kesenian dan kebudayaan di UTHM f) Mengurus persembahan Universiti
KEMUDAHAN / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN Jabatan Kauseling 1. 2. 3. 4. 5.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling peribadi, emosi, kerjaya, akademik, keluarga, tingkahlaku, kewangan, penginapan, pemikiran dan perkahwinan Perkhidmatan ujian psikologi Bilik terapi Pengurusan stress Program pembangunan dan kemahiran insaniah
Jabatan Kerjaya 1. 2. 3. 4. 5.
Program Mobiliti Inbound dan Outbound Karnival Kerjaya Khidmat Masyarakat Temuduga Terbuka Bersama Syarikat/ Agensi Luar Latihan dan kemahiran kerjaya
Unit Kebudayaan 1. 2. 3. 4.
Program dan latihan Seni Budaya Program dan latihan Seni Tarian Program dan latihan Seni Muzik Program dan latihan Seni Warisan dan Karya Melayu
PUSAT SUKAN
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Encik Azli bin Pudin, Pengurus Pusat Sukan 07- 453 7486 / 7489 07- 453 7581
PENGENALAN Selaras dengan arahan daripada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Unit Sukan telah mula beroperasi sebagai sebuah Pusat Sukan bermula pada 15 April 2011. Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang aktiviti sukan dan rekreasi untuk pelajar dan staf. Melalui program-program sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan untuk mengenalpasti dan melaksanakan sekurang-kurangnya 30 aktiviti sukan setahun di UTHM dengan penglibatan sekurang-kurangnya 40% pelajar dan 10 % staf dalam aktiviti sukan. Pelbagai aktiviti sukan utama yang dijalankan oleh Pusat Sukan ialah Karnival Sukan Pelajar, Kejohanan Sukan Dalaman, Kejohanan Sukan Konvo dan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Sukan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kejohanan Sukan Staf, dan kejohanan-kejohanan jemputan samada di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa. KEMUDAHAN PRASARANA SUKAN i.
Stadium UTHM
ii.
Gelanggang sepak takraw
iii.
Gelanggang Skuasy
iv.
Gelanggang Tenis
v.
Gelanggang Bola Tampar
vi.
Gelanggang Bola Keranjang
vii.
Gelanggang Serbaguna (Bola Jaring / Bola Baling)
viii.
Padang Bola Sepak
ix.
Padang Ragbi
x.
Gimnasium
xi.
Dewan Badminton
xii.
Sebuah Tembok Mendaki Tiruan
xiii.
Turf Hoki Dan
xiv.
Kompleks Renang
xv.
Dewan Serbaguna (ping-pong, silat dan taekwondo)
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Dr. Kamariah bt Rahmat, Pengarah PKU 07- 453 7846 07- 453 6077
PENGENALAN Perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah bermula pada bulan Mei 2002. Dikenali sebagai Pusat Kesihatan Mahasiswa dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar, pusat ini mempunyai tenaga kerja terdiri dari dua orang Jururawat Terlatih U29, seorang Pembantu Tadbir N17, seorang Pembantu Teknologi Makmal Perubatan C17 serta turut dibantu oleh enam orang Pegawai Perubatan yang berkhidmat secara sambilan Selaras dengan fungsi perkhidmatan kepada mahasiswa dan kakitangan university, nama Pusat Kesihatan Mahasiswa telah ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti pada bulan Febuari 2004 dengan diketuai oleh seorang Ketua Pusat dan di bawah Pusat Tanggungjawab sendiri. Kini Pusat Kesihatan Universiti diterajui oleh seorang Pengarah dengan tenaga kerja seramai 36 orang dari pelbagai kategori. Pusat Kesihatan Universiti berperanan memberikan perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan semasa waktu pejabat. Hanya kes-kes kecemasan yang diterima diluar waktu pejabat. PKU juga memberikan khidmat pendidikan kesihatan melalui ceramah-ceramah dan pameran kesihatan serta menyediakan 'Medical Cover' bagi aktiviti-aktiviti pelajar dan aktiviti-aktiviti universiti yang berkaitan.
CARTA FUNGSI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
JADUAL RAWATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Sepanjang Semester HARI
PAGI
PETANG
Ahad - Rabu
8.30 pagi – 12.45 tengahari
2.30 petang – 7.15 petang
Khamis
8.30 pagi – 12.45 tengahari
2.30 petang – 4.45 petang
Cuti Semester HARI
PAGI
PETANG
Ahad - Rabu
8.30 pagi – 12.45 tengahari
2.30 petang – 4.45 petang
Khamis
8.30 pagi – 12.45 tengahari
2.30 petang – 3.15 petang
KATEGORI RAWATAN KES A. Kes-kes Kecemasan /Emergency Cases 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
Serangan sakit jantung /Heart attack Kecederaan kepala / Head injury Pengsan(tidak sedarkan diri) / Fainted (unresponsive) Demam yang tinggi / High fever( > 38.5oC ) Kemalangan jalanraya / Motor Vehicle Accident Mangsa kebakaran / Burn victim Lemas / Suffocation / drowning Sakit dada yang berterusan / susah bernafas / Continuous chest pain / shortness of breath Serangan asma / Asthma attack Luka dengan pendarahan yang banyak / Severe bleeding Sawan dari pelbagai sebab / Fitting Keracunan / termakan ubat berlebihan / Poisoning / drug overdose Tercekik / Chocking Kecederaan organ penting / patah tulang / Fracture Reaksi alahan yang teruk / Severe allergic reaction Kecederaan pada mata / hilang penglihatan / Eye injury / loss of vision Sakit jiwa (mengganggu ketenteraman awam) / Mental illness ( creating violence and threatening the public )
B. BUKAN KES KECEMASAN /NON EMERGENCY CASES 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Demam ringan / demam yang berterusan /Low grade fever / prolonged fever Luka-luka ringan/ Small cut / abrasion Batuk dan selsema / Cough and flu Gatal-gatal /Skin disease / itchiness Pengesahan penyakit / cuti sakit/ Letter to confirm disease / to certify medical certificate Menyambung ubat-ubatan penyakit kronik (kencing manis, hipertensi, asma dll) /Continue of medication for chronic disease(diabetes, hypertension, asthma and others)
PUSAT ISLAM
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Ustaz Haji Baharudin bin Yaman, Ketua Pusat Islam 07- 453 3498 07- 453 6549
PENGENALAN Pusat Islam UTHM bertanggung jawab di dalam urusan hal ehwal Islam seperti pengurusan masjid, penganjuran aktiviti-aktiviti kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti kerohanian bagi warga kampus dan masyarakat sekitar, pungutan dan pengagihan zakat serta membantu pihak-pihak berkenaan dalam melaksanakan peraturan di universiti untuk merealisasikan misi dan visi universiti untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep Tauhid.
PERANAN PUSAT ISLAM 1. Menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar. 2. Menganjurkan kursus dan latihan untuk membina sahsiah pelajar, staf dan masyarakat. 3. Menganjurkan program bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah di kalangan warga UTHM dan masyarakat. 4. Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarah masjid dan surau di kolej-kolej kediaman. 5. Menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat. 6. Mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan peringkat universiti dan program-program sempena hari kebesaran Islam. 7. Menerbitkan bahan-bahan ilmiah berkala dan mengurus Pusat Sumber. 8. Menguruskan kumpulan wang zakat sebagaimana memorandum perjanjian pengurusan zakat.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 1. 2. 3. 4.
Ruang solat di Masjid UTHM. Ruang bacaan. Dewan Al-Farabhi. Bilik Fardu Ain.
PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR (P2P)
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Profesor Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar, Pengarah P2P 07- 453 7562 / 7571 07- 453 6586
PENGENALAN Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar merupakan salah satu daripada pusat tanggungjawab di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) . Sebelum tertubuhnya pusat ini ianya dikenali sebagai Unit Perumahan di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Unit Perumahan di bawah Pejabat Hal Ehwal telah dijenamakan serta distrukturkan semula menjadi sebuah pusat setelah mendapat kelulusan dari Lemabga Pengarah Universiti pada 20 Mac 2012. Penjenamaan semula Unit Perumahan HEP ke Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar ini bagi memantapkan lagi pengurusan kolej kediaman serta memperkukuhkan kaedah pengurusan kolejkolej kediaman serta juga meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan pelajar.
FUNGSI DAN PERANAN 1. Membantu Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berhubung aspek perumahan, penyelenggaraan dan pengangkutan pelajar. 2. Merancang Dasar Penginapan Pelajar. 3. Merancang Pelan Transformasi Kecemerlangan Pelajar. 4. Merancang keperluan prasarana perumahan, penyelenggaraan dan pengangkutan pelajar. 5. Memantau dan memastikan kebajikan pelajar berada pada tahap yang memuaskan. 6. Merancang pembangunan sumber manusia di Kolej-kolej Kediaman.
KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI Pengetua : Profesor Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar Pejabat Am : 07-4535600 Faks : 07-4535603 KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR Pengetua : Encik Jamil bin Abd Baser Pejabat Am : 07-4537893 Faks : 07-4536055 KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL Pengetua : Engr Muhammad Suhaimi bin Sulong Pejabat Am : 07-4537188 Faks : 07-4537219 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH Pengetua : Puan Hjh Ziana binti Che Ros Pejabat Am : 07-4537661 Faks : 07-4537134 KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA Pengetua : Dr. Afandi bin Ahmad Pejabat Am : 07-4532869 Faks : 07-4532866 KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR DAN KOLEJ KEDIAMAN KELISA Pengetua : Tuan Hj Mohamad Zaid bin Mustafa Pejabat Am : 07-4532532 / 07-4541711 Faks : 07-4532524 PELAJAR TANPA ASRAMA DAN KOLEJ KEDIAMAN TAMAN MANIS 5 Pengetua : Tuan Hj Ali bin Suradin Pejabat Am : 07-4537981 Faks : 07-4536998
Antara kemudahan / perkhidmatan yang disediakan di Kolej Kediaman Blok penginapan pelajar Sistem kawalan keselamatan Surau Makmal Komputer Kafetaria Kafe Akademik Bilik Permainan Dalaman Gelanggang Futsal Gelanggang Tenis Gelanggang Sepak Takraw Gelanggang Bola Tampar Gelanggang Serbaguna Taman Simbiosis Mesin Basuh Layan Diri Perkhidmatan Dobi Mesin Air Osmosis Balikan (RO) Studio Seni Bilik Aktiviti Gimnasium Capaian Internet Tanpa Wayar (WiFi) Perkhidmatan Percetakan Kedai Gunting Rambut Pelajar Perkhidmatan Sewa Basikal
Waktu Operasi Pejabat Kolej Kediaman HARI Ahad hingga Rabu Khamis
MASA 8.00 pagi – 1.00 tengahari 2.00 petang – 5.00 petang 8.00 pagi – 1.00 tengahari 2.00 petang – 3.30 petang
** Terdapat felo dan pembantu felo bertugas di setiap Kolej Kediaman pada setiap hari selepas jam 5.00 petang bagi urusan kecemasan dan kebajikan pelajar
PUSAT KEMAJUAN DAN HUBUNGAN ALUMNI (CARE)
KETUA PTj : Pejabat Am Faks
: :
Prof. Madya Dr. Adnan bin Zainorabidin Pengarah CARE 07- 453 7918 07- 453 7878
PENGENALAN Sejarah UTHM bermula pada tahun 1993 iaitu bermulanya penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), kemudian dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1996 dan seterusnya Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada tahun 2000 dan ditukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2007. Kini jumlah graduan dan diiktiraf sebagai Alumni UTHM adalah hampir 20 000 orang yang mana kini sedang bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara. Unit Hubungan Alumni (UHA) UTHM telah ditubuhkan pada 16 Jun 2006 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Alumni UTHM. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bi. 1/2008 yang bersidang pada 22 Januari 2008 telah meluluskan penukaran nama UHA UTHM kepada Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE), Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni dan dikenali sebagai CARE UTHM. Tiga unit utama diwujudkan bagi melicinkan urusan pengurusan dan pentadbiran PTJ iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Kemajuan dan Hubungan, serta Unit Pangkalan & Grafik. Jawatankuasa Penaja Alumni UTHM juga telah ditubuhkan pada 13 Mac 2003 dan mula menyusun pelan tindakan bagi mematapkan urusan selanjutnya. CARE menyelia tiga buah organisasi utama iaitu Persatuan Alumni (UTHMa) J-4-0678, Persatuan Secretariat Alumni Mahasiswa (UTHMas), dan Koperasi Alumni UTHM Berhad (UTHMac) 0337-09 JHR dengan dibantu oleh ahli jawatankuasanya dengan tujuan untuk membantu peranan CARE UTHM dalam mewujudkan satu mekanisme terbaik penyebaran informasi terkini serta melaksanakan pelbagai aktiviti Alumni UTHM yang telah dirancangkan.
VISI Mewujudkan Hubungan yang berterusan demi Kemajuan Alumni dan Universiti MISI Mengeratkan Kerjasama Alumni dalam pelbagai bidang secara holistik melalui sumbangan idea dan kepakaran serta perlaksanaan Program Pembangunan Profesionalisme MOTTO Persada Jalinan Gemilang FUNGSI DAN PERANAN Bertanggungjawab untuk merancang dan menjalankan program atau aktiviti dalam usaha membentuk hubungan mesra sesama Alumni UTHM dan Alumni UTHM kepada Universiti Bertanggungjawab merancang dan menguruskan program yang memperkembangkan kemajuan Alumni UTHM Bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai Projek Khas Alumni berdasarkan keperluan semasa dalam menyokong pembangunan pelajar UTHM Bertanggungjawab untuk mengemaskini dan memantau pangkalan data Alumni UTHM melalui Sistem Maklumat Alumni (SisMa) Bertanggungjawab untuk menubuhkan dan memantau pengurusan organisasi Alumni. Bertanggungjawab untuk memantau dan menyelaras perbelanjaan organisasi alumni yang diperuntukkan melalui Tabung Alumni Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program Kebolehkerjaan Graduan (GE) untuk pelajar tahun akhir semester akhir. OBJEKTIF PEJABAT Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional yang memenuhi kehendak pelanggan menerusi amalan kerja cemerlang Mengamalkan sistem pengurusan yang efektif dan efisyen yang memenuhi piawaian yang diiktiraf