PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (Jun 2011 – Jun 2015) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)
KERJA KUMPULAN:
HEGEMONI DAN GLOBALISASI
NAMA KUMPULAN SEMESTER KOD KURSUS NAMA KURSUS PENSYARAH IPG
: WAN ROHIMI BIN WAN JUSOH NASARUDDIN BIN SHAARANI ABD. HALIM BIN MOHD YUSOP : P1.3 : 1 AMBILAN JUN 2011 : WAJ 3101 : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA : EN. MOHAMED NAZRI BIN MOHAMED NOR : KAMPUS ILMU KHAS
PENGENALAN 1
Diantara tabiat manusia ialah mereka ingin untuk menguasai pihak lain. Justeru, berlakulah pelbagai pertelingkahan dan peperangan sejarah manusia sejak zaman dahulu hinggalah ke hari ini bagi melaksanakan keinginan tersebut. Keinginan untuk berkuasa menjadi lebih parah apabila ianya berbentuk kelompok yakni sesuatu bangsa atau negara.
Sesuatu negara atau bangsa
beringinan untuk menguasai negara atau bangsa lain. Jika dahulu pertelingkahan dan peperangan melibatkan persenjataan sahaja, tetapi di zaman moden ini, ianya juga melibatkan media, ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan lain-lain lagi. Pertubuhan-pertubuhan dunia yang ditubuhkan digunakan oleh kuasa-kuasa
besar untuk menguasai dunia keseluruhannya
seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British Broad-Casting Corporation (BCC), dan lain-lain lagi. Inilah yang dikatakan globalisasi yang merupakan satu bentuk penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik . Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah terutama apabila ianya bertentangan dengan ajaran Islam atau nilai-nilai budaya timur. KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI Menurut
Kamus Dewan, hegemoni bermaksud pengaruh atau dominasi
sesebuah negara atas negara lain. Menurut Ghazali Darusalam, hegemoni bermaksud kekuasaan. Kekuasaan itu bukan sahaja dari aspek kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.
2
Mengikut Gramsci (1891-1937), hegemoni digambarkan sebagai suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berjaya mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan. Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.
Nilai-nilai dan ideologi ini diperjuangkan dan
dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi tetap taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Globalisasi pula menurut Kamus Dewan bermaksud fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan
mengecil
dari
segi
perhubungan
manusia
disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat, globalisasi adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya, sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan lebih khusus dunia Islam. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Kesimpulannya, globalisasi boleh ditakrifkan sebagai
satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi semua aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
3
FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN a) Media Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan hegemoni Barat. Barat hari ini menggunakan mekanisme media cetak dan elektronik untuk melakukan penjajahan kebudayaan terhadap manusia termasuk umat Islam. Ia banyak meninggalkan kesan negatif kepada generasi muda. Ledakan teknologi maklumat dan media baru memudahkan serangan bentuk baru kerana dunia kini sudah kehilangan sempadan siasah. Media massa kini memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita. Karya mereka menyerang pemikiran generasi muda Dunia Ketiga dengan pelbagai ideologi dan isme aneh. Maka muncul idealogi seperti “Black matel ,PUNK dan banyak lagi yang disebarkan melalui Media Massa. Media massa merupakan tempat di mana masyarakat awam mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga masyarakat awam boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka. Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui cara, siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak. Maklumat yang
4
disampaikan melalui media massa adalah bentuk berita terkini, isu-isu semasa, dan ilmu pengetahuan umum. Apabila kita menonton siaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita dari luar negara kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang berpusat di Amerika Syarikat dan BBC (British Broadcasting Corporation) yang berpusat di Britain. Kedua-dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain. Sebagai contoh, peristiwa serangan World Trade Centre, New York pada 11 September 2001, media barat membuat propaganda bahawa ianya kegiatan pengganas beragama Islam. Selain saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain antaranya adalah Sky News (Great Britain) dan Al - Jazeera. Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media massa adalah untuk hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri, rancangan realiti TV, muzik dan sukan menjadi satu penting dalam kehidupan masa kini.Rancangan -rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran barangan perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat dunia cuba mencari hiburan melalui siaran televisyen.Permainan sukan juga menjadi hiburan yang menarik perhatian penonton. Selalunya sukan dianggap suatu realiti yang tulen, seperti bola sepak dan badminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai banyak penaja utama. Lebih ramai penonton sesuatu sukan lebih tinggi yuran yang dikenakan oleh penaja untuk membeli waktu bagi mengiklankan barangan mereka. Namun demikian, terdapat sukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek sukan tersebut, iaitu World Westling Entertainment (WWE) yang cuba menggabungkan cerita bersiri dalam perlawanan gusti untuk menarik perhatian penonton. Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media internet dan media cetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penontonmemerlukan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Penaja -penaja membayar sebahagian daripada kos ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk menonjolkan barangan mereka. Kita dapati bahawa produk - produk maklumat dan hiburan yang mampu menarik penonton pada waktu yang sama mampu mengenakan bayaran yang tinggi
5
untuk iklan yang dikuasai oleh barat. Penguasaan barat memastikan nilai -nilai tertentu tentang produk maklumat dan hiburan serta barangan yang dijual dipilih oleh masyarakat dunia khasnya. b) Ekonomi Apabila kita membincangkan ekonomi, kita perlu memahami bahawa sistem ekonomi yang dibicarakan dalam buku teks hanya membincangkan sistem ekonomi barat. Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi komunis, semuanya hasil pemikiran bijak barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas. Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal dari barat. Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu usaha masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (renaissance) Eropah. Sistem ekonomi feudal berkait rapat dengan sistem politik feudal dan kepercayaan masyarakat Eropah pada waktu itu terhadap agama Kristian Katholik Rom. Sistem ekonomi ini hancur apabila orang ramai keluar daripada sistem ini untuk menyertai sistem ekonomi pasaran bebas. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sesebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam 3 aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi dimana wang boleh dipindahkan, mata wang diperniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah
6
Dalam era globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institut yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia, serta World Trade Organization (WTO). Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia adalah sistem perbankan Islam. Kita perlu memahami bahawa sistem perbankan Islam bukanlah sebenarnya sistem ekonomi yang lengkap, ia merupakan permulaan pengwujudan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap. c) Politik Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku, bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan, mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula, kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh. Sungguhpun begitu, pengaruh dan dominasi barat tidak hilang, contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa. Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidak adilan yang berlaku antara dua tamadun ini, bagaimana umat Islam ditindas dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam contohnya dalam isu Palestin.
7
Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat pilihan terhadap perkara -perkara yang mempengaruhi masa hadapan mereka. Individu atau kumpulan kecil yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berikut dianggap sebagai mempunyai kuasa politik. Demokrasi mula digunakan oleh Plato dalam bukunya The Republic, tetapi sistem demokrasi yang di cadangkan oleh beliau amat berbeza daripada bentuk -bentuk demokrasi yang wujud pada hari ini. Kita memilih wakil untuk mewakili dan memimpin kita berdasarkan sistem demokrasi . Dua sistem demokrasi hari ini yang penting untuk tujuan kursus ini adalah
sistem
demokrasi
di
Amerika
syarikat
dan
Britain.
Sistem
demokrasi Amerika Syarikat merupakan sistem yang paling tertua diamalkan. Sistem demokrasi Britain pula telah banyak mempengaruhi sistem demokrasi yang wujud di Malaysia pada hari ini. Sistem politik di Malaysia merupakan gabungan sistem politik barat dengan sistem politik tradisional. Sebahagian besarnya dari Britain yang telah berkembang dalam jangka masa yang agak lama. Sistem kerajaan feudal absolute monarchy bermula pada zaman pertengahan di England. Pengurangan kuasa mutlak raja menuju kepada sistem raja
berperlembagaan
(constitution
monarchy)
bermula
dengan
piagam
perundangan Magna Cartapada 1215. Pada tahun 1258 pula, satu lagi piagam mengurangkan kuasa mutlak raja, Provisions of Oxford, mewujudkan parlimen buat pertama kalinya di England. Selepas itu banyak lagi perubahan yang di lakukan oleh parlimen Britain sehinggalah terbentuknya kerajaan seperti hari ini di mana kerajaan sistem raja berperlembagaan di Britain masih kekal dan menjadi contoh kepada pembentukan sistem politik raja berperlembagaan di Malaysia.
8
d) Sosial Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Dalam
kehidupan kita sebagai anggota masyarakat, istilah sosial sering
dikaitkan dengan hal-hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat seperti kehidupan seseorang. Banyak perubahan yang telah berlaku akibat daripada globalisasi barat yang melanda seluruh dunia terutama sekali yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur. Antara pengaruh barat yang amat nyata ialah pergaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual dan pelacuran (HIV-AIDS). Ia adalah di antara prinsip kebebasan yang di bawa oleh budaya barat. Prinsip kebebasan yang dibawa ternyata amat bahaya kepada agama, bangsa dan negara, walaupun ia diikhtiraf di barat. Ia bukan sahaja menimbulkan masalah kepada individu yang mengamalkannya, tetapi juga kepada orang lain yang tidak berdosa. Peningkatan mendadak kes-kes seperti pengguguran bayi, remaja mengandung sebelum
berkahwin,
dan
berbagai
lagi
penyakit
yang
dibawa
mula
membimbangkan masyarakat masa kini. Hiburan melampau dan budaya berhibur (Hedonism) pada masa kini sering dikaitkan dengan budaya barat. Budaya berseronok ini menjadi matlamat hidup mereka sehingga melupakan Tuhan. Kehadiran Tuhan tidak dianggap penting. Apa yang penting ialah hidup yang seronok. Budaya ini semakin mempunyai
9
pengaruh sehingga mengenepikan pendapat orang lain. Situasi ini membuatkan kemunculan pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, pub, disko dan berbagai istilah lagi yang tidak terkawal sehingga menyebabkan seolah-olah pada pemikiran masyarakat kita kalau mahu berhibur, maka pergilah ke tempat-tempat ini sebegini. Melodi dan muzik barat seperti rock, pop, rap, R&B dan hip pop lebih berpengaruh dan mendapat tempat dan mudah diterima. Kelab malam (pub) yang dulunya memainkan musik Ska dan Rock n Roll pada era 1960an dan 1970an, berubah menjadi musik Disco pada era 1980n kemudian techno pada awal 1990an dan kini berubah menjadi RnB dan Hip Hop. Lihatlah, betapa kuatnya pengaruh Amerika ini. Kini, segalanya diterima dengan hati terbuka dengan lirik yang kotor, lucah, berbau seks, mengajak orang membunuh diri dan sebagainya. Pengaruh makanan dan minuman barat juga telah menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti mereka. Makanan dan minuman segera ringan telah menguasai minda selain daripada arak. Walaupun ia nampak seolah-olah isu yang kecil tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat kita hari ini. Belia remaja lebih mengenal McDonald, KFC, Burger King dan lain-lain daripada masakan tradisi yang menjadi turun-temurun masyarakat dahulu. Kesimpulannya, budaya Barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, hilang jati diri, jenayah dan sebagainya. Jelaslah bahawa
tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang
sempurna. Ianya dibangunkan secara asasnya di atas dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun barat.
10
e) Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia merujukkan pada konsep manusia sebagai mempunyai hak sejagat, atau kedudukan, tanpa mengira bidang kuasa undang-undang, dan begitu juga faktor-faktor tempatan lain, seperti kedudukan keetnikan dan kewarganegaraan atau kumpulan lain, seperti jantina atau orientasi seksual. Mengikut falsafah, hak asasi manusia dapat didasarkan teori kontrak sosial, tanggapan hak asasi semulajadi, atau suatu gabungan yang disebutkan.
Misi Amerika dan Hak Asasi Manusia Amerika dikenali sangat memainkan peranan penting dalam masalah hak asasi manusia di forum antarabangsa. Sebagai negara kuasa besar, mereka amat bangga akan konsep mereka tentang masalah hak asasi manusia. Namun di sudut lain, Amerika sering kali memperlihatkan sikap yang tidak memperdulikan hak asasi manusia, terutama terhadap negara atau pihak lain yang tidak mempunyai kaitan kepentingan dengannya. Seorang mantan analisis CIA mengatakan bahawa Amerika
menggunakan
serangan 11 September 2001 sebagai alasan untuk memulai perang panjang di Afghanistan dan Iraq. Amerika menggunakan perang setelah serangan 11 September untuk mendapatkan mengawal minyak yang luas dan sumber daya gas di wilayah Timur Tengah. Sementara pejabat Amerika dengan cepat menuding Al-Qaeda atas serangan tersebut dan kemudian melancarkan perang pada Terorisme. Di saat Perancis sering menjelaskan mengenai dukungannya atas kebebasan bersuara dan pentingnya penyebaran informasi. Televisyen
Aljazeera dalam
laporannya menyebut, Dewan Tinggi Media Perancis mengeluarkan perintah menghentikan tayangan televisyen
Alaqsa milik Gerakan Perlawanan Islam
Palestin (Hamas). Perancis juga telah mengekori sikap Amerika yang telah
11
terlebih dahulu
mengambil langkah nyata dengan membekukan aset-aset
televisyen Almanar dan Alaqsa sebagai televisyen anti-Amerika. Undang-undang Perancis juga telah membenarkan menangkap perempuan yang mengenakan burqa di tempat umum. Tidak hanya itu, mereka juga dikenakan denda 150 Euro. Sebelumnya, pemerintah Perancis telah melaksanakan undang-undang yang melarang kemasukkan perempuan bertudung ke sekolahsekolah. Dengan aturan itu, perempuan yang bertudung terpaksa menanggalkan tudung mereka Kesimpulannya, negara-negara Barat menjadikan masalah hak asasi manusia dan kebebasan bersuara sebagai alat politik mereka untuk menekan negaranegara penentangnya. Ertinya, setiap kali isu hak asasi manusia menguntungkan mereka, ia bakal dimanfaatkan secara luas dan didukung. Sebaliknya, jika tidak menguntungkan mereka, maka dengan mudah mereka melanggarnya. Negaranegara Barat juga telah membuktikan bahawa apa yang dilakukan selama ini hanya untuk menjamin kepentingan Zionis Israel. Untuk itu, mereka akan melakukan apa saja termasuk melanggar hak asasi manusia.
12
REFLEKSI Apabila saya mengumpul maklumat-maklumat berkaitan tajuk tugasan ini, barulah saya mengetahui dan memahami maksud hegemoni dan globalisasi. Sebelum ini, istilah-istilah ini pernah saya dengar dan membacanya, namun tidak tahu maksudnya dan saya juga tidak cuba mencari maksudnya. Saya memang mengetahui adanya kelompok-kelompok tertentu di dunia khususnya Amerika Syarikat yang ingin semua negara di dunia ini mengikut telunjuknya melalui pembacaan akhbar, majalah dan lain-lain lagi.
Selain
Amerika Syarikat, terdapat negara-negara barat yang lain juga mempengaruhi negara lain terutamanya negara-negara timur untuk mengikut cara hidup mereka dari aspek moral, ekonomi, politik, budaya dan lain-lain lagi.
Mereka
menanamkan dalam fikiran masyarakat timur bahawa cara hidup yang mereka amalkan adalah moden dan mengikut arus zaman walaupun ianya bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat timur khususnya nilai-nilai Islam. Bagi mereka, mengamalkan
ajaran
Islam
khususnya
membawa
kemunduran
kepada
masyarakat, menyekat hak kebebasan individu, jumud dan sebagainya. Tugasan ini, menyedarkan saya, agar negara-negara umat Islam khususnya dan negera-negara timur amnya perlulah bersatu padu dan mempunyai jati diri yang kuat agar dapat menyekat pengaruh daripada negara-negara barat yang bukan sahaja bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur tetapi juga dengan nilai-nilai Islam.
Disediakan oleh
(NASARUDDIN BIN SHAARANI) No. KP: 681106-08-5791
13
Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini serba sedikit banyak mempengaruhi perspeksi saya mengenai system hegemoni barat yang telah lama diguna pakai di Negara kita. Apabila kita terpaksa mengikut sistem-sistem yang dibentuk oleh masyarakat Barat, secara langsung kita dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Perkara ini kian menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita pada hari ini,terutamanya apabila kita berinteraksi dalam dunia global. Penguasaan masyarakat Barat terhadap masyarakat dunia secara umumnya dan masyarakat Malaysia secara khususnya akan dilihat melalui penguasaan mereka terhadap media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Dari sini jelas lah setiap perincian yang dihuraikan dan dikecilkan scopnya buat penduduk Malaysia khasnya hegemoni barat ini sukar dikikis daripada pemikiran kita sama ada daripada pihak di atas sana hingga kakak-kanak sekali pun terikut-ikut dengan budaya barat dan sekali gus merosakkan akhlak mereka. Pada pendapat saya pihak berwajib perlulah memandang serius perkara ini dan mengambil langkahlangkah yang perlu bagi mengurangkan jurang perbeza system fahaman barat dan sitem fahaman islam sendiri. Disediakan oleh:
(WAN ROHIMI BIN WAN JUSOH) No. KP: 690421-03-5289
14
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus berkenaan pengaruh hegemoni barat dan globalisasi yang telah melanda seluruh dunia dan menyebabkan pelbagai kesan negatif dalam kehidupan seharian. Aspek yang difokuskan kepada saya untuk dibincangkan ialah faktor-faktor serta kesannya terhadap kehidupan manusia dari aspek sosial dan hak asasi manusia. Sewaktu menerima tugasan ini, saya sangat teruja kerana tajuk yang diberikan merupakan satu tajuk yang sangat akrab dengan kehidupan seharian kita. Pengaruh barat menjadi tunjang dalam setiap perlakuan dan tindak-tanduk kita hingga meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya banyak yang bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidah menjadi goyah. Namun, tidak dapat dinafikan bukan semua pengaruh barat itu buruk dan merosakkan. Ada yang baik dan boleh membantu daya kreativiti, intelektual dan pembangunan. Misalnya, sifat amalan menjaga kebersihan, alam sekitar, rajin dan lain-lain yang bertepatan dengan nilai-nilai agama. Namun, pengaruh baik agak sukar mendapat tempat, sebaliknya pengaruh yang buruk bukan sahaja mudah diterima, malah diamalkan secara ekstrim. Sebagai masyarakat yang berpegang kepada ajaran agama, kita mesti pandai menapis atau membudayakannya mengikut cita rasa masyarakat setempat dan bukannya mencedok bulat-bulat daripada barat. Pengaruhpengaruh barat mesti dikaji sedalamnya dengan mencari jalan penyelesaiannya.
15
Kita mampu untuk melakukannya jika kesedaran dan penghayatan hidup beragama dapat difahami dengan jelas. Akhir kata, saya mengharapkan hasil tugasan saya ini dapat menepati apa yang sepatutnya dan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Nazri b Mohd Nor atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Disediakan oleh, ……………………………………… (ABDUL HALIM B MOHAMAD YUSOP) No. KP: 691012-10-5447
16
BAHAN RUJUKAN Buku Abd Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari & Saaya. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abd Majid Afifah Abu Yazid. (2006). Pengajian Tamadun Asia. Batu
Arip Cave:
PTS Profesional Sdn. Bhd. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor & Zulkanain Abd. Rahman. ( 2000). TITAS Kertas 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azlan Khalili bin Shamsudin. (1994). Islam Dan Tentangan Budaya Barat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Sarjana Media Sdn. Bhd. Teuku Iskandar (Dr.) et al.(2002). Kamus Dewan (Edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas Kerja Abdul Munir Ismail & Mohamad Haidar. (2010). Serapan Ideologi dan Pemikiran Asing: Pengaruh dan Kesannya Terhadap Masyarakat
Islam. Shah Alam:
Jabatan Agama Islam Selangor Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh. (2010). Pemikiran al- Banna dan Ideologi Barat. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan. 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia. Akhbar Berita Harian. (2011, Julai 15). Saham Asia susut, dolar AS tertekan, 48. Berita Harian. (2011, September 13). Abbas enggan tunduk tekanan, 38. Berita Harian. (2011, September 13).Taliban ingat keganasan AS ketika 9/11, 38. Berita Harian. (2011,Julai 31). Pasaran sham Asia meningkat. 40. Ghazali Darusalam. (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution. Imlan Adabi. (2011, Julai 14).Apabila demokrasi sekadar diperalat. Kuala Lumpur. Berita Harian, 27. Imlan Adabi. (2011, September 13). Peristiwa 9/11 tidak seteruk dialami umat Islam Palestin. Kuala Lumpur. Berita Harian, 25. 17
Johari Ibrahim. (2011, Ogos 22). Malaysia difitnah Barat sekat kebebasan agama, 31. Internet Ahmad Yussuf (
). Globalisasi dan Order Baru Dunia. Retrieved
http://pmram.org/index.php?view=article&catid=7:ilmiah&id=67:globalisasi
from dan
order baru dunia
18