TAJUK TUGASAN KUMPULAN:
PERANG NAPOLEON MERUPAKAN ANTARA FAKTOR UTAMA MUNCULNYA PERSAINGAN KUASA POLITIK DAN EKONOMI DALAM KALANGAN KUASA BARAT. BINCANGKAN KESAN-KESAN PENTADBIRAN BELANDA DI INDONESIA TERUTAMANYA SELEPAS PERANG NAPOLEON
ISI KANDUNGAN BILANGAN 1.0
PERKARA Pengenalan
2.0
Kesan kedatangan Belanda ke atas politik di Indonesia 2.1
Dasar perluasan kuasa di Indonesia
2.2 Faktor perubahan dasar perluasan kuasa di kepulauan Indonesia 2.3 kesan perluasan kuasa Belanda di Indonesia 3.0
Kebimbangan persaingan kuasa asing
4.0
Kesan kedatangan Belanda ke atas ekonomi di Indonesia
MUKA SURAT
1.0
4.1
sistem kultur
4.2
kesan sistem kultur
4.3
sistem liberal
PENGENALAN
Perang Napoleon meletus di Eropah pada tahun 1793 hingga 1814. Perang ini melibatkan kuasa-kuasa Eropah iaitu di antara Belanda dengan Perancis. Selain dari kuasakuasa tersebut, kuasa lain juga turut terlibat iaitu Britain, Amerika Syarikat dan Rusia. Dalam peperangan tersebut, Belanda telah ditawan oleh Perancis. Hal ini kerana Perancis cuba menguasai tanah jajahan Belanda di Timur. Kawasan pengaruh Belanda tertumpu di kawasan Kepulauan Indonesia khususnya Jawa. Hal ini kerana Belanda sebagai satu kuasa yang telah lama berpengaruh telah berjaya membentuk empayar kolonial di Kepulauan Indonesia sebelum abad ke-19. Walau bagaimanapun, dari tahun 1795 hingga tahun 1814, negara Belanda dikuasai oleh Perancis. Pada waktu ini, politik Belanda terbahagi kepada dua puak yang berseteru. Puak yang bekerjasama dengan Perancis mengambil alih pentadbiran apabila Raja Belanda iaitu William V lari ke Britain. Oleh itu, untuk mengelakkan tanah jajahan Belanda jatuh ke tangan Perancis, Raja Belanda bersetuju untuk menandatangani Surat-Surat Kew dengan Britain pada tahun 1795. Melalui Perjanjian Surat Kew, Raja Belanda mengizinkan Britain mengambil dan melindungi kepentingan Belanda di luar Eropah iaitu di Kepulauan Indonesia. Keadaan ini menyebabkan tanah jajahan Belanda seperti di Sri Lanka dan Jawa menjadi rebutan antara British dan Perancis yang mendakwa sebagai penaung Belanda. Oleh itu, British telah menyerang Jawa dan mendudukinya apabila Perancis cuba memperkukuhkan pengaruhnya di situ. Pihak British telah melantik Stamford Raffles sebagai Penguasa Jawa
telah memperkenalkan pentadbiran ekonomi bersifat liberal bagi menggantikan corak merkantilisme monopoli Belanda. Setelah tamat Perang Napoleon dan termeterainya Perjanjian Anglo-Dutch atau Perjanjian London pada tahun 1814, tanah-tanah jajahan Belanda yang diambil dan diuruskan oleh pihak British telah dipulangkan semula kepada Belanda. Jawa diserahkan kepada Belanda pada tahun 1816. Penyerahan Jawa ini menimbulkan semula kebimbangan pihak British kerana Belanda memperkukuhkan semula sistem merkantilisme monopoli di kawasan pengaruhnya. Hal ini kerana, dasar Belanda itu menutup peluang perdagangan dan sumber bahan mentah kepada pihak British terutamanya kerana dominasi Belanda melibatkan keduadua bahagian Selat Melaka. Oleh itu, Perjanjian London diadakan sekali lagi pada tahun 1824 bagi menetapkan sempadan kawasan pengaruh di antara pihak British dengan Belanda di Kepulauan Melayu. Selat Melaka dipersetujui sebagai sempadan pembahagian. Kawasan ke Selatan Selat Melaka menjadi kawasan pengaruh Belanda and pihak British menguasai kawasan sebelah utaranya. Bagi melaksanakan ketetapan itu, maka Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Manakala, British pula menyerahkan Bengkulen di Sumatera kepada Belanda.
2.0
KESAN KEDATANGAN BELANDA DI INDONESIA DALAM ASPEK POLITIK Empayar Belanda di Indonesia bermula sejak akhir abad ke- 18. Kedudukan Belanda
di Kepulauan Indonesia adalah berasaskan kepada perjanjian dan kontrak yang ditandatangani dengan pihak pemerintah kerajaan-kerajaan awal di Indonesia.
Pada awal abad ke-19,
Belanda telah melebarkan pengaruhnya ke seluruh kepulauan tersebut. Belanda berjaya menguasai semula Indonesia berdasarkan perjanjian antara British dengan Belanda yang ditandatangani pada 13 Ogos 1814. Pada tahun 1819, hampir semua milik Belanda di Luar jawa telah diserahkan kembali oleh British kepada Belanda. 1 Aktiviti perluasan kuasa semakin bebas setelah Belanda menandatangani perjanjian persepaduan dengan pihak British pada tahun 1827. Antara tempat yang berjaya dikuasai oleh Belanda ialah Mataram Tengah, Sumatera Barat, Sulawesi Selatan, Kalimantan Selatan, Sumatera Utara dan Aceh.2 1 D.G.E. Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal: 667.
2.1
DASAR PERLUASAN KUASA DI INDONESIA
Pada awal kedatangan, Belanda bertindak tidak melibatkan diri dengan daerah-daerah di luar Jawa. Hal ini kerana Belanda begitu berminat untuk menguasai Jawa jika dibandingkan dengan Maluku yang tidak sesuai dijadikan pangkalan tentera darat. Tambahan pula penguasaan Belanda di Jawa ketika itu mendatangkan hasil yang lumayan kerana kepulauan Jawa kaya dengan bahan mentah dan tanaman atau hasil pertanian misalnya perusahaan perlombongan emas.
Dalam tahun 1825, Perang Jawa telah meletus dan berlarutan sehingga tahun 1830. Perang ini telah menghalang usaha Gabenor Jeneral, Du Bus de Gisignies untuk memperbaiki keadaan kewangan di Belanda . Bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami di Jawa, pemerintah Belanda pada masa itu, Kiang Willion telah membuat keputusan dengan melantik Jahannes Van de Bosch sebagai gabenor bagi menggantikan Du Bus de Gisignies untuk mengatasi masalah kewangan.3 Selain itu,pada tahun 1856 Belanda juga telah melancarkan dasar perluasan kuasa ke wilayah-wilayah kepulauan Indonesia secara meluas untuk membendung kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi yang giat dijalankan di Aceh, Palembang, Bangka hulu dan Lampang. Usaha Ven den Bosch untuk menghidupkan kembali ladang-ladang yang terbiar di Bataloi akhirnya berjaya dan beliaulah yang memperkenalkan “ Sistem Rodi Tanaman” atau “ Sistem Kultur”. Belanda menguasai Sumatera secara sedikit demi sedikit dengan menempatkan pegawai-pegawainya di beberapa wilayah. Di wilayah ini, raja masih berkuasa dan pemerintah Hindia Belanda berusaha untuk mencampuri urusan penduduk setempat. Dalam Perjanjian London yang ditandatangani pada 1824, kedaulatan Aceh dijamin baik oleh Belanda dan British.4 Ini menunjukkan bahawa Aceh adalah sebuah wilayah yang bebas dari mana-mana kuasa asing. Oleh kerana kedudukan Aceh yang tidak begitu penting ketika itu 2 Marcoati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia IV. Jakarta: Departmen Pendidikan dan Kebudayaan. Balai pustaka. Hal: 148 3 D.G. E. Hall.1987. Sejarah Asia Tenggara. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal :672. 4 Marcoati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia IV . Hal: 65.
Belanda dan British bersetuju untuk menghormati kemerdekaan Aceh. Kemerdekaan Aceh telah dicabar apabila ia menjadi jalan utama ke Melaka sedikit demi sedikit Belanda berusaha untuk menguasai Aceh. Perdagangan antara kepulauan Hindia Timur Belanda dengan wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara yang lebih kuat seperti Kesatuan Jerman, Perancis dan beberapa buah Negara lagi turut menggugat kedudukan Belanda di Indonesia. Belanda telah mengambil dasar memperluaskan kuasa secara tegas di Kepulauan Nusantara Indonesia. Jajahan Kampung telah ditawan pada 1856, Wilayah Batak 1868, Palembang 1825 dan Wilayah Bonjol 1837.5 Beberapa tahun kemudian, Belanda telah membuat beberapa perubahan dalam bidang pentadbiran dan kehakiman. Namun beberapa pindaan yang dilakukan bersesuaian dengan orang Belanda yang lebih liberal dan mempunyai sifat kemanusiaan. Ketika mula mengambil alih Indonesia daripada British, Belanda menghadapi masalah kerana usaha Van der Capelen seorang negarawan terkemuka Belanda telah gagal merancang kewangan. Pada tahun 1825, Raja William telah memecat dan menggantikannya dengan Van den Bosh. Berikutan perlantikan Van den Bosh berlakunya Perang Jawa sehingga tahun 1830. 6 Untuk mengelakkan kekacauan lebih teruk, Belanda telah merampas wilayah Banjumas, Bagelan, Medium dan Kediri dari taklukan Jogjakarta dan Surakarta. Pada awal tahun 1828, pemerintah Belanda menghadapi kesukaran politik yang besar. Belanda kekurangan askar kerana peperangan di Rembang dan Diponegaro.
2.2
FAKTOR PERUBAHAN DASAR PERLUASAN KUASA DI KEPULAUAN INDONESIA
Terdapat dua faktor utama yang mengubah dasar perluasan kuasa dan hal ehwal kawasan wilayah yang berada di luar Pulau Jawa . Belanda telah mengambil keputusan untuk memperluaskan kuasa jajahan secara tegas terhadap wilayah-wilayah yang berada di kepulauan Nusantara.
5 D.G. E. Hall.1987. Sejarah Asia Tenggara. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal : 712. 6 Ibid . Hal: 669
Faktor pertama ialah dasar perluasan penjajah dari Eropah ke atas kawasan-kawasan di Asia Tenggara amat membimbangkan Belanda. Contohnya Britain, Perancis, Jerman dan Itali. Malah dasar yang dilakukan oleh James Brooke di Kepulauan Asia Tenggara juga amat mengejutkan pemerintah Belanda. James Brooke, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris telah mendakwa dirinya Raja di Sarawak dan Pulau Labuan. Hal ini hampir menggugat kedudukan Belanda.7 Gabenor general Belanda di Indonesia pada ketika itu, Rochussen (1845-1851) berpendapat bahawa Belanda harus mengubah dasar penjajahannya jika ingin mengekalkan kekuasaannya di Indonesia. Faktor kedua adalah disebabkan oleh bahan mentah. Kepulauan Indonesia sangat kaya dengan bahan mentah, rempah ratus dan hasil pertanian. Jawa kaya dengan hasil tanaman kerana memiliki tanah yang subur dan sesuai dengan tanaman kopi, tebu, teh, tembakau dan lain-lain lagi. Belanda telah menemui sumber bahan mentah yang berharga tinggi di luar daerah Jawa seperti bijih timah (Pulau Bangka, Belitung, Singkap), arang batu (Sumatera Barat) dan emas di Kalimantan Barat.8 Bahan-bahan mentah ini sangat diperlukan untuk membantu perkembangan industri di Eropah. Permintaan untuk bahan-bahan mentah ini sangat tinggi untuk pasaran di Eropah. Faktor- Faktor inilah yang menyebabkan Belanda mengubah dasar perluasan kuasa jajahan untuk campur tangan di Kepulauan Indonesia.
2.3
KESAN PERLUASAN KUASA BELANDA
Kesan ini dapat lihat di mana pihak Belanda mula tidak memandang ringan kemampuan kerajaan-kerajaan yang ada di kepulauan Indonesia. Walaupun Inggeris turut menguasai perdagangan di Indonesia. Apatah lagi peperangan yang meletus antara Belanda dengan Aceh seolah-olah menunjukkan bahawa Aceh mampu menggugat kekuatan Belanda yang terkenal sebagai kuasa Barat yang sangat digeruni. Belanda telah mengambil kesempatan mendekatkan diri dengan penduduk Islam di Kepulauan Indonesia terutamanya di Aceh. Selain itu Belanda mengambil tindakan yang 7 D.G. E. Hall.1987. Sejarah Asia Tenggara. Hal : 42 8 Marcoati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia IV . Hal: 39.
bijak dengan melantik timbalan konsul di Mekah untuk memudahkan penduduk menunaikan haji kerana pada ketika itu akan singgah atau naik kapal di Aceh. Ini adalah satu-satunya cara yang ada untuk mengambil hati penduduk Aceh agar menerima kedatangan Belanda di Aceh. Strategi penaklukan Belanda ke atas kepulauan Aceh mencapai matlamat sebenar pemerintah Belanda. Mereka memperoleh sebuah kepulauan yang kaya dengan hasil bumi dan bahan mentah. Kesan perluasan kuasa yang dijalankan oleh Belanda telah menyebabkan negeri-negeri kecil di kawasan luar dan dalam Kepulauan Indonesia telah berjaya disatukan di bawah naungan Belanda. Pada tahun 1849, Belanda telah berjaya menawan Bali. Belanda berjaya menguasai wilayah atas kawasan-kawasan yang berada di bawah Maluku Tengah, Sumatera Barat, Jawa Tengah dan Timur, Sulawesi Selatan, Kalimantan Selatan, Bali, Aceh dan Sumatera Utara. Penaklukan ini memberi impak kepada Indonesia moden di mana berlakunya perubahan-perubahan dari segi ekonomi, politik dan perubahan terhadap corak sosial masyarakat tradisional.9 Seterusnya Belanda memperkenalkan Dasar Liberal dalam penguasaannya terhadap Indonesia. Dasar ini telah diperkenalkan oleh Baron Van Hoevall, iaitu seorang anggota Dewan Negara Belanda (1849-1862) yang dilihat telah memperjuangkan hak mutlak orang Jawa dan mewujudkan pembangkang kerajaan.10 Dasar Liberal di Indonesia bermula sekitar tahun 1870 sehingga 1900,11 yang berfalsafahkan bahawa kerajaan Belanda mempunyai kewajipan terhadap kebajikan rakyat jelata. Dasar ini dilaksanakan bertujuan untuk mengantikan sistem tanaman paksa yang telah menyebabkan kesan negatif terhadap masyarakat tempatan. Dasar Liberal telah mengantikan sistem Kultur secara berperingkat mulai tahun 1862 dan sehingga tahun 1870 dasar ini berkuatkuasa sepenuhnya di Jawa dan pulau-pulau lain di Hindia Timur.12 Dasar Liberal yang dipekenalkan ini juga telah memberi banyak kesan negatif dalam berbagai-bagai bidang terhadap mereka yang terlibat di Indonesia terutamanya golongan petani yang miskin.
9 Ibid. halaman 40 10 D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2. Perubahan Ekonomi dan Sosial. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm. 55
11 Collin Brown. 2003. A Short History of Indonesia. Singapura: South Wind Production. Hlm.89. 12 Rahim Saad. 1984. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 375.
Antara kesan-kesan negatif Dasar Liberal ialah terdapat peningkatan dalam pendapatan eksport, tetapi pendapatan kerajaan telah berkurangan berbanding dengan pendapatan kerajaan semasa perlaksanaan sistem kultur. Sehinggakan pada tahun 1899, kerajaan Belanda di Indonesia berada di ambang muflis. Hal ini berlaku juga kerana kerajaan Belanda tidak lagi memonopoli hasil pertanian masyarakat. Pendapatan kerajaan adalah bergantung kepada cukai eksport dan import barang-barang sahaja. Manakala tanggungjawab kerajaan semakin bertambah, termasuklah belanja pembiayaian pembinaan sistem perhubungan dan belanja pentadbiran kawasan-kawasan baru di Pulau Jawa. Jika dianalisis dari aspek ekonomi, Dasar Liberal yang telah diluluskan oleh Hindia Timur meningkatkan perkembangan ekonomi Indonesia dan membawa perubahan kepada pulau Jawa.13 Kemunculan pengusaha-pengusaha swasta membuka ladang-ladang dan memperkenalkan tanaman baru seperti koko, kelapa dan getah serta perusahaan ini telah diperluaskan bukan setakat di Jawa tetapi juga ke pulau-pulau luar seperti Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi. Selain daripada itu juga, penindasan dan eksploitasi terhadap golongan petani terus berlanjutan. Masyarakat setempat masih lagi berada dalam suasana kemiskinan sama seperti keadaan semasa di bawah Sistem Kultur dahulu. Contohnya, banyak tanah-tanah petani tergadai kepada pemodal-pemodal Eropah dan Cina. Petani-petani ini juga memerlukan wang tunai untuk kegunaan harian seperti membeli barang keperluan harian dan pembayaran cukai maka setelah tidak lagi mempunyai tanah, kebanyakkan mereka telah menjadi buruh kasar yang bekerja di ladang-ladang swasta dengan kadar upah yang rendah dan terikat dengan kontrak.14 Pelaksanaan Dasar Liberal ini telah berlaku banyak penyelewengan, bagaimana janji golongan Liberal untuk mengawal penyewaan tanah tidak ditepati. Tanah yang disewa oleh pengusaha-pengusaha swasta tidak terbatas kepada tanah-tanah kosong sahaja tetapi turut melibatkan kawasan tanah sawah padi walaupun pada dasarnya terdapat prinsip kawalan dalam Dasar Liberal. Manakala tanaman tebu pula dikatakan telah ditanam ditanah eksport bersilih musim dengan tanaman lain. Ekoran daripada keadaan ini menjadikan golongan petani Jawa telah kehilangan tanah pertanian secara tradisonal, akhirnya mereka terpaksa bekerja diladang-ladang pengusaha swasta disebabkan oleh desakan ekonomi yang melanda 13 Ibid. Hlm. 89 14 M. H. Vinacke. 1976. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Jakarta: Pustaka Jaya. Hlm. 320.
mereka. Apabila mereka bekerja dengan pengusaha swasta, hasil yang diperolehi tidak setimpal berbanding mereka bekerja di atas tanah mereka sendiri. Walaupun dasar ini ditentang oleh masyarakat tempatan, tetapi masih juga wujud masyarakat yang menyokong. Hasilnya, hasil eksport telah meningkat. Pada tahun 1870 hasil eksport ialah 107 juta guilders dan dalam tahun 1900 jumlah ini meningkat kepada 258.2 juta guilders.15 Apa yang menarik dalam dasar ini ialah tamatnya monopoli kerajaan. Hal ini wujud kerana modal persendirian telah berkembang secara besar-besaran. Jadi dari sini monopoli kerajaan terhadap ekonomi telah dipecahkan. Selain itu, telah wujud tanamantanaman baru seperti getah, kelapa sawit, kopra dan koko. Ini secara tidak langsung telah menggalakkan lagi penglibatan masyarakat tempatan. Namun begitu kesan negatif yang lebih menonjol berbanding kesan negatif sehingga menyebabkan berlakunya penentangan. Sistem perdagangan bebas yang diperkenalkan tidak dapat mengubah sama sekali kehidupan rakyat. Mereka tetap tertindas seperti di bawah Sistem Kultur. Akhirnya hasil daripada penentangan ini maka lahir dasar yang baru bagi mengantikan dasar Liberal iaitu Dasar Etika. Dasar etika diperkenalkan pada tahun 1901 menggantikan Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870. Kejayaan golongan yang menentang Dasar Liberal ini telah menguasai parlimen dan membentuk kerajaan. Kerajaan Dr. Abraham Kuyper dalam ucapannya telah mengisytiharkan bahawa “Negeri Belanda mempunyai tanggungjawab moral untuk dipenuhi terhadap rakyat Indonesia”.16 Dengan pengisytiharan ini maka bermulalah Dasar Etika di Indonesia. Dasar ini mempunyai banyak pembaharuan yang baik untuk memajukan ekonomi, meningkatkan taraf sosial dan menyediakan ke arah berkerajaan sendiri. Namun, ketidakjujuran pihak Belanda melaksanakan rancangan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutama mereka yang berpendidikan. Oleh itu di samping perjalanan dasar ini maka kebangkitan nasionalisme rakyat Indonesia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Belanda dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. 15 Rahim Saad. 1984. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 381. 16 Ibid. Hlm. 387.
3.0
KEBIMBANGAN PERSAINGAN KUASA ASING Belanda17 sememangnya bimbang dengan persaingan-persaingan kuasa Barat yang lain
terutamanya pihak British dan Perancis. Pada tahun 1822, persaingan dari pihak British dan Perancis semakin berterusan tanpa ada sekatan. Selepas Belanda mengambil alih pemerintahan di Pulau Jawa pada 181618 daripada Britain, Pesuruhjaya Belanda yang baru telah diarahkan untuk memperbaiki keadaan penduduk Jawa dan menggalakkan penanaman bebas. Akibat daripada Revolusi Perindustrian, berlakunya persaingan kuasa Barat dalam mencari sumber ekonomi terutamanya bahan mentah yang kaya di Asia Tenggara. Kawasan KHT terutamanya Pulau Jawa merupakan antara kawasan yang mempunyai potensi besar untuk menampung keperluan bahan mentah industri di Eropah. Keadaan ini menyebabkan Jawa menjadi rebutan Perancis dan Britain sebagai pembekal bahan mentah. Kesannya British telah menyerang Jawa pada 1811 apabila Perancis cuba mengukuhkan kedudukannya di situ. Bukti ini menunjukkan bahawa kebimbangan Belanda mengenai persaingan kuasa asing berasas.19 Selain itu, kehebatan Belanda, British dan Perancis dalam aspek perdagangan bebas telah menyebabkan persaingan terbuka antara ketiga-tiga kuasa ini. Namun begitu, ketua-ketua Pesuruhjaya Belanda masih bimbang kerana Belanda tidak mampu bersaing dengan mereka dalam aspek pentadbiran ekonomi dan teknologi. Terdapat perbezaan matlamat antara Count 20
17 Antara tahun 1795-1814, Belanda telah dikuasai oleh Perancis dan terbahagi kepada dua puak yang berseteru. Satu pihak menyokong Perancis dan berjaya mengusir raja asalnya ke Britain (setelah Perancis berjaya menakluk Belanda ketika Perang Napoleon) manakala satu pihak lagi menyokong pihak Britain yang juga merupakan penyokong asal raja Belanda. Ibid. 18 Setelah tamat Perang Napoleon melalui perjanjian London pada 1814, tanah-tanah jajahan Belanda yang telah diambil dan diuruskan oleh pihak British dipulangkan semula oleh Belanda manakala Melaka yang diambil sementara oleh Belanda dipulangkan pada 1818. Ibid. Hlm 294
19 Ibid, hlm 4. 20 Nama sebenar beliau ialah Count du bus Gisignies. Beliau merupakan seorang ahli liberal yang menggantikan van der Capellan sebagai gabenor Jawa menjalankan usahanya yang terakhir dalam melaksanakan dasar liberal. D.J.M.Tate. . Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan Sosial.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.Hlm 45
dan Raffles21. Count ingin memperluaskan pengeluarannya walau apa jua cara sekalipun manakala Raffles mengutamakan kebajikan petani supaya produktiviti meningkat dan memberi pulangan lumayan kepada pemerintah. 22 Perbezaan ini menyebabkan berlakunya tentangan terhadap dasar merkantalisme yang digunakan oleh Belanda sebelum ini. Keagungan tentera laut dan keagungan British dalam aspek perdagangan telah mengehadkan perdagangan Belanda kepada Kepulauan Hindia Timur Belanda23 sahaja. Justeru, N.H.M telah ditubuhkan pada 1874 oleh Raja Belanda untuk menentang persaingan British di KHT. KHT iaitu merupakan sebuah syarikat ini bertujuan memainkan peranan sebagai wakil import dan eksport Belanda dan penasihat yang bertanggungjawab menyediakan maklumat perdagangan kepada pedagang dan ahli-ahli perniagaan. 24
4.0
KESAN KEDATANGAN BELANDA DI INDONESIA DALAM ASPEK EKONOMI Penglibatan Belanda dalam Perang Napoleon 1795-1815 telah membebankan ekonomi
Belanda25. Kerajaan Belanda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi serangan Perancis. Bila Belanda dikuasai oleh Perancis pada tahun 1795, segala hasil Belanda telah dibolot oleh Perancis. Semasa Perang Napoleon juga, Belanda kehilangan hasil tanah jajahannya yang terpaksa diserahkan kepada British mengikut Surat Kew 1795. Hutang Belanda yang berjumlah 600 juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 900 juta guilders pada tahun 1830. Faedah tahunan ke atas hutang tersebut yang berjumlah 15 juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 25 juta guilders pada tahun 1830. Bagi mengatasi masalah ekonomi dan muflis , Belanda mula menguasai kawasan Asia Tenggara dengan 21 Raffles pula pernah memerintah Jawa dan mengamalkan dasar Liberal. ( Dilantik oleh pihak British sebagai penguasa sementara.) Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001.Hlm 293 22 Ibid, hlm 45 23 Lihat Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur. Kuala Lumpur: Heineman Educational Books (Asia) Ltd, 1978 Hlm 35
24 D.J.M.Tate.1980 . Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan Sosial. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 45
25 Institut Terjemahan Negara Malaysia (3rd ed),(2010). Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.hlm: 19/149
mendapatkan Indonesia untuk menampung kekuatan ekonomi mereka. Walaupun kuasa barat lain cuba mendapatkan Indonesia namun nasib lebih menyebelahi Belanda. Faktor kejayaan Belanda menguasai Indonesia adalah disebabkan kewujudan dasar monopoli aktiviti ekonomi perdagangan di Kepulauan Melayu .Selain itu juga Belanda berjaya menghakis campur tangan kuasa barat lain yang cuba untuk menguasai Indonesia. Perjanjian Inggeris- Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824, merupakan "turning point" bagi Belanda untuk menguasai wilayah-wilayah di Indonesia. Berbekalkan sikap inilah, Belanda telah dapat menguasai hampir seluruh Indonesia Di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka
seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda26. 4.1
SISTEM KULTUR
Pelbagai perubahan ekonomi Indonesia yang di bawa oleh Belanda. Antaranya ialah Sistem Kultur. Ia mula dilaksanakan di Jawa pada tahun 1830 oleh Van de Bosch di mana telah diarahkan oleh Raja Belanda untuk merangka satu rancangan bagaimana Indonesia dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Beliau mengemukakan rancangannya pada tahun 1828 yang dikenali sebagai Sistem Kultur 27. Bagi memudahkan pelaksanaannya, Van de Bosch telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Jawa pada Januari 1830. Sistem Kultur mempunyai kesamaan dengan Sistem Tanaman Paksa yang dilaksanakan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada abad ke-18., Pada umumnya Sistem Kultur dilaksanakan sehingga 1877 dan dihapuskan sama sekali pada tahun 191528. Dalam sistem ini para petani
dikehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah
mereka untuk tanaman eksport yang ditetapkan oleh kerajaan seperti tebu, kopi, tembakau, 26 R. Moh Ali . 2005. Pengantar Ilmu Sejarah Indonesia. Yogyakarta. PT Lkis Pelangi Aksara . hlm . 171 27 J.M Kahim . 1952. Nationalism And Revolution in Indoensia. Cornell University Press. Hlm. 8 28 Ibid, Hlm. 8
cengkih, kayu manis, teh, kina, nila dan sebagainya. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport dikecualikan dari cukai. Sekiranya tanaman eksport musnah disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan kemarau dan bukannya kecuaian petani, maka kerugiannya akan ditanggung kerajaan. Tanaman padi mesti diutamakan. Petani-petani akan mengerjakan tanaman eksport selepas selesai mengerjakan tanaman padi. Masa yang ditetapkan untuk tanaman eksport ialah 66 hari setahun. Petani-petani akan bekerja di arah arahan pembesarpembesar tempatan yang diawasi oleh penyelia-penyelia Belanda. Pembesar dan penyelia Belanda akan dibayar komisen berdasarkan sistem peratus daripada hasil pengeluaran kawasan masing-masing. Pengkhususan kerja akan dilaksanakan di mana petani-petani ditetapkan sama ada untuk membajak, menanam, menjaga tanaman, menuai, memungut hasil dan sebagainya. Tugas mengeksport hasil pertanian menjadi tanggungjawab Belanda. Syarikat perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1824 diberi monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah. Semua hasil tanaman eksport akan dihantar ke pusat pengumpul. Sekiranya ditafsirkan lebih, maka lebihan hasil akan dipulangkan kepada petani. Petani-petani yang tidak mempunyai tanah dikehendaki bekerja untuk tanaman eksport 66 hari setahun. Sebuah badan pelindung akan ditubuhkan untuk menjaga kebajikan petani-petani di Jawa. Dari segi teorinya, semua pihak, iaitu Kerajaan Belanda dan petani Jawa akan menikmati faedah dari sistem perlaksanaan Kultur. 4.2
KESAN SISTEM KULTUR Sistem Kultur menguntungkan Belanda dari segi ekonomi. Keuntungan tahunan
dianggarkan 20 juta guilders.. Keuntungan ini dapat digunakan oleh Belanda untuk mengatasi masalah ekonominya seperti menjelaskan hutang, menggantikan wang yang digunakan dalam Pemberontakan Belgium, membangunkan Belanda dengan membina jalan raya, jalan keretapi, membiayai pusat dan sebagainya. J.S. Fainival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy” menegaskan Sistem Kultur sebagai “life belt which kept Netherlands of loat”29. Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi sara diri. Belanda telah memperkenalkan tanaman jualan seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis dan sebagainya. Akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport menyebabkan tanaman sara diri khususnya padi mengalami kemerosotan. Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan ekonomi 29 J.S. Fainival,1967. “Netherlands India: A Study of Plural Economy”.New York. Cambridge University Press.hlm 19-20
rakyat Jawa terutamanya di Jawa Tengah seperti Tegal, Cheribon dan Priangan mengalami kemerosotan akibat penyelewengan dalam perlaksanaan sistem tersebut sejak tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa untuk bekerja lebih dari 66 hari setahun untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa bekerja untuk tanaman eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani juga dipaksa memperuntukkan lebih 1/5
atau ¼, 1/3, ½, ¾ tanah mereka untuk tanaman eksport malah ada juga
memperuntukkan semua tanah mereka untuk tanaman eksport. Keadaan bertambah buruk kerana adanya komisen berdasar sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyewa Belanda. Hal ini menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani memperuntukkan lebih masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport untuk menambahkan pengeluaran supaya mereka mendapat komisen yang lebih. Petani-petani juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan, terusan dan sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Belanda supaya petani-petani Jawa menjual hasil tanaman mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan kepada rakyat Jawa untuk membantu ekonomi Belanda. Pelbagai penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan Sistem Kultur. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport juga dikenakan cukai. Pengkhususan kerja tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk tanaman eksport sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga kebajikan petani tidak pernah ditubuhkan tidak memberi peluang pada wujudnya kelas perdagangan tempatan 30. Fungsi ekonomi rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian kepada Kerajaan Belanda. Mereka tidak mempunyai pengalaman perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa. Sistem Kultur memberi keuntungan terhad kepada Jawa. Sistem ini hanya menguntungkan petani-petani di Probolingo, Passoren dan daerah-daerah lain di Jawa Timur kerana di kawasan ini Sistem Kultur dilaksanakan sebagaimana yang dirancang oleh Van de Bosch. Pembesar-pembesar dan penyelia-penyelia Belanda di kawasan ini lebih mengutamakan kebajikan petani. Di kawasan ini, tanaman padi tidak diabaikan. Untuk memudahkan pengangkutan hasil pertanian dan kawasan pengeluaran pelaburan, banyak jalan raya telah dibina di Jawa. 30 J.S. Fainival,1967. “Netherlands India: A Study of Plural Economy”.New York. Cambridge University Press.hlm 25
Akibatnya, seluruh Jawa dapat dihubungi kerana adanya sistem jalan raya yang baik. Lebih banyak tanah dibuka untuk pertanian menyebabkan Jawa muncul sebagai negeri pertanian dan lebih maju daripada pulau-pulau luar. Dalam melaksanakan Sistem Kultur, Belanda telah mempelbagaikan pertanian. Dalam jangka masa panjang, ianya memberi manfaat ekonomi yang berorientasikan pertanian eksport. Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi bebas kerana sistem ini merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa. Kapitaliskapitalis tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Jawa. Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan Betawi muncul sebagai pelabuhan penting pengeksport hasil pertanian Jawa. Belanda telah menjadi pasaran penting di Eropah yang menjual hasil pertanian Jawa. Syarikat Perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1824 telah muncul sebagai syarikat perkapalan yang ke-3 terbesar di Eropah. Syarikat ini telah diberi monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah. Sistem Kultur hanya dilaksanakan di Jawa sedangkan pulau-pulau luar diabaikan. Selain itu, di bawah Sistem Kultur, kegiatan ekonomi hanya tertumpu dalam bidang pertanian sedangkan ekonomi lain tidak dijalankan. 4.3
SISTEM LIBERAL
Dasar Liberal bukan merupakan sistem ekonomi seperti Sistem Kultur. Ianya merupakan
dasar
pentadbiran
dan
perlaksanaannya
merupakan
langkah
ke
arah
menghapuskan Sistem Kultur. Keburukan Sistem Kultur telah mendapat tentangan daripada rakyat Jawa dan juga orang-orang Belanda. Dasar Liberal dilaksanakan dengan tujuan untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur terutamanya rakyat Jawa yang tertindas akibat perlaksanaan Sistem Kultur31. Selain itu, Dasar Liberal bertujuan untuk memberi peluang kepada kapitalis-kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur32. Perlaksanaan Dasar Liberal telah mengakibatkan perkembangan ekonomi di seluruh Hindia Timur akibat penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Perkembangan ekonomi 31 Hadi Soesastro . Pemikiran & Permasalahan Ekonomi Indonesia dalam setengah Abad akhir.Yogyakarta: Penerbit Kanisius SDN BHD, 2005, hlm: 66/67 32 J.M Kahim . 1952. Nationalism And Revolution in Indoensia. Cornell University Press. Hlm. 6
terbukti dengan pertambahan nilai eksport dan import. Tanaman baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko diperkenalkan. Banyak kilang didirikan dan syarikat-syarikat perdagangan serta bank ditubuhkan. Satu sistem ekonomi yang berorientasikan pertanian ladang dan perlombongan mula dijalankan di Hindia Timur. J.F. Cady dalam bukunya, South East Asia: Its Historical Development menegaskan hasil pertanian ladang telah meningkat 10 kali ganda antara 1860-188533. Perlombongan bijih timah juga dijalankan di Bangka dan Belitung. Dasar Liberal, kegiatan ekonomi dijalankan di Jawa dan juga pulau-pulau luar yang sebelumnya diabaikan. Sebagai contoh, pengusaha-pengusaha Belanda telah membuka ladang tembakau di Sumatera Timur dan Selatan. Selain itu, kegiatan ekonomi bukan sahaja tertumpu dalam bidang pertanian, tetapi juga dalam bidang ekonomi lain. Sebagai contoh, pengeluaran arang dijalankan di Kalimantan Selatan dan Sumatera Barat.
Pengeluaran minyak dijalankan di Sumatera dan Kalimantan mulai tahun 1883. Dasar Liberal meninggikan taraf ekonomi rakyat Hindia Timur dan hanya menguntungkan kapitaliskapitalis Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas di bawah Dasar Liberal menyebabkan rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan. Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombonglombong milik kapitalis. Mereka dibayar gaji yang rendah dan bekerja dalam suasana yang menyedihkan. Daya pembelian rakyat Hindia Timur semakin merosot. Selain itu, mereka juga dibebankan dengan pelbagai cukai terutamanya cukai tanah. Sebagai contoh, 80% daripada hasil cukai di Jawa dibayar oleh orang-orang Jawa. Perlaksanaan Dasar Liberal menyebabkan kapitalis mengambil alih penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Kekuatan modal mereka telah membolehkan kapitalis membuka lebih banyak ladang dan lombong di seluruh Hindia Timur.34 4.0
KESAN KEDATANGAN BELANDA DI INDONESIA DALAM ASPEK SOSIAL Kira-kira beberapa tahun lamanya pembaharu-pembaharu Liberal telah memburukkan
sistem perusahaan kerajaan dan buruh paksa. Dengan tidak jemu-jemu mereka telah 33 J.F. Cady.1964. South East Asia: Its Historical Development. New York. the University of Michigan.hlm 275 34 Ibid. halaman 258
menyatakan kepercayaan mereka bahawa hasil-hasil menguntungkan akan diperoleh kalau tenaga-tenaga ekonomi Indonesia dibiarkan bebas, Indonesia dan Belanda akan melihat bertambahnya kekayaan mereka lebih daripada yang dijangka. Tenaga-tenaga ekonomi yang bebas menyebabkan pembangunan ekonomi yang cepat di Eropah dan di Amerika pada kurun kesembilan belas. Kalau cara-cara yang digunakan di Eropah dan di Amerika digunakan pula di timur, mereka akan menggerakkan kuasa pengeluaran yang serupa di sana (Timur), kerana teori persamaan manusia yang digunakan oleh orang-orang Liberal telah membawa kepada kepercayaan yang mengawal manusia di seluruh dunia ini.35 Terdapat tindak balas dalam kehidupan sosial masyarakat. Regen dan ketua kaum bumiputera yang lain, yang menjadi tumpuan masyarakat hilang martabat mereka, rakyat tidak dapat bekerja sepenuhnya tahun ini, tetapi mereka dituduh pemalas. Mereka lebih miskin dari dahulu dan makin kurang lagi peluang bekerja untuk mereka.36 Pada masa yang sama, ketuaketua kaum bumiputera kehilangan martabat mereka, hilang juga kebanyakan hak mereka dan kurang berjaya untuk mengekalkan ketenteraman. Satu akibatnya ialah pertumbuhan jenayah yang memeranjatkan. Walaupun ladang-ladang dimiliki oleh pemilik-pemilik tanpa hadir di kawasan-kawasan dekat Betawi. Iaitu di tempat tiada Regen, dinyatakan dalam laporan tahun 1803 sebagai sarang penjenayah.37 Kedatangan Belanda di Indonesia ini telah membawa pembaharuan dan memberi kesan bukan sahaja daripada pentadbiran semata-mata bahkan dari sudut sosialnya. Banyak kesan dan pembaharuan yang dilakukan dalam sistem sosial masyarakat Indonesia terutamanya dari segi agama, pendidikan dan infrastruktur. 4.1
Agama
Agama Islam yang sebelum ini berkembang di pesisir sahaja, makin banyak masuk ke dalam negeri pula. Agama Kristian juga memperoleh pengikut-pengikut terutama di Minahasa, Ambon, Tapanuli Utara. Dari pesisir makin berkembang pula pengaruh Islam ke dalam kawasan Kraton. Masih terdapat lagi kefahaman atau kepercayaan lama berlaku di kawasan-kawasan desa. Dalam kawasan desa, kepercayaan lama masih kuat, tetapi pengaruh 35 Bernard H. M. Vlekke, 1967. Nusantara : Sejarah Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Hlm. 310. 36 J. S. Furnivall, 1983. Hindia Belanda : Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Hlm. 143. 37 Ibid. Hlm. 144.
Islam juga semakin berkembang. Terdapat fikiran yang dilakukan bagi membersihkan keyakinan Islam. Fikiran itu bagi mendapatkan sokongan dari pergerakan Islam di luar negeri. Sesudah negeri-negeri Arab mundur, kerana jalan Timur-Barat pindah, tidak melalui dunia Arab lagi, melainkan Tanjung Harapan, kebudayaan Islam pun boleh dikatakan berhenti kemajuan, bahkan jadi laju. Salah satu akibatnya ialah pengetahuan tentang agama tidak bertambah atau tidak seberapa bertambah.38 Negeri-negeri Arab dan negeri-negeri Islam pada umumnya berada di bawah kuasa negerinegeri Barat (Inggeris, Perancis, Belanda) malah makin faham mengenai peradaban Barat. Dalam dunia Arab mahupun dunia Islam umumnya telah wujud pergerakan menentang kuasa Barat, di mana bersifat Islam dan kebangsaan. Agama Islam mahu meluaskan perkembangannya lagi di kawasan Indonesia ini. Boleh dikatakan yang memulakan fikiranfikiran baru ialah Ibn Taimijah, yang lahir pada abad ke-14 Masihi di Suria. Fikiran-fikiran itu disebarkan oleh Muhammad Ibn Abdu’l Wahhab di Tanah Arab Tengah pada abad ke-18 Masihi antara pengikut-pengikut mazhab Ibn Hanbal dan kemudian Muhammad Ibn Sa’ud yang meluaskan kuasa pula. Pada abad ke-19 Masihi. Fikiran-fikiran baru telah dijalankan oleh Jamulu’ddin alAfghani di Mesir, lebih bersifat politik. Muridnya Muhammad Abduh pula memikirkan soalsoal agama dan kebudayaan. Pekerjaan Muhammad Abduh dilanjutkan oleh Muhammad Rasyid Rida.39 Fikiran-fikiran baru tersebar telah timbul di seluruh dunia Islam. Di India fikiran-fikiran baru terutama mengenai tasawuf dan falsafah manakala di Indonesia kemajuan Islam makin berkembang. 4.2
Pendidikan
Sejak zaman Hindu, guru itu dihormati dan mempunyai kedudukan tinggi. Menurut tanggapan bangsa Hindu “raga” dilahirkan oleh orang tua sedangkan “jiwa” oleh guru. Dari sebab itu orang yang masih bodoh iaitu yang belum sekolah disebut sebagai anak sedangkan yang pintar iaitu yang mengajar disebut sebagai bapak. Dahulu pendidikan lebih menyentuh mengenai ilmu-ilmu agama. Pada zaman kemasukan agama Islam, Surau, Pesantren banyak 38 Sanusi Pane, 1965. Sedjarah Indonesia II. P. N. Balai Pustaka Djakarta. Hlm. 209. 39 Ibid. Hlm. 209.
orang belajar dan membaca kitab suci. Kemudian sekolah-sekolah agama di dirikan. Di Pesantren hanya ilmu agama yang di ajar. Agak lain bentuk sekolah waktu zaman Portugis. Di sebelah timur kepulauan Indonesia, pendeta-pendeta Portugis mendirikan sekolah.40 Agama Katolik di ajar membaca, menulis dan mengira. Pada zaman V.O.C juga mempunyai sekolah-sekolah mengajar kitab Injil dan mengaji. Pusatpusat perniagaan yang terletak di Maluku sahaja di bina sekolah. Di Jawa, yang terkenal hanya di Jakarta sahaja yang mempunyai sekolah, terutama untuk anak-anak pegawai V.O.C manakala rakyat Indonesia belum di bina. V.O.C masih belum memikirkan mengenai kemajuan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk asli. Pada pertengahan abad ke-19 baru ada perhatian mengenai pendidikan kepada rakyat. Sebab pendidikan itu dihubungkan terutama dengan keperluan pegawai pada pemerintahan dan perusahaanperusahaan asing.41 Pada waktu itu lebih kurang terdapat 100 buah sekolah untuk bangsa Indonesia. Ketika pemerintahan Van Deventer, jumlah sekolah semakin meningkat. Di samping, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang bersifat umum ada juga sekolahsekolah rendah dan menengah vak, seperti Sekolah Teknik, Sekolah Guru, Sekolah Pertanian dan lain. Sekolah-sekolah tersebut mendidik ahli dalam suatu vak. 42 Tidak boleh dilupakan di sini sekolah-sekolah rendah khusus untuk pelajar-pelajar perempuan diberi nama ‘Sekolah Kartini’, sebagai bagi memberi penghargaan kepada seorang pahlawan wanita R. A. Kartini ketika akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang berusaha keras agar pelajar-pelajar perempuan Indonesia diberi pendidikan cukup seperti pelajar lelaki. 4.3 Infrastruktur Pada akhir abad ke-19 memperlihatkan penubuhan secara beransur-ansur yang dilakukan oleh kerajaan Belanda, dalam bidang seperti pendidikan dan pentadbiran awam. Terutamanya berikutan keruntuhan sistem penanaman, kerajaan Belanda kembali ke dalam aktiviti-aktiviti yang lebih tradisional dalam kerajaan yang berkaitan pentadbiran awam dan 40 Sundoro Kartolo, 1960. Sedjarah Indonesia Untuk Sekolah Landjutan. P. T. Pembangunan Djakarta. Hlm. 51. 41 Sanusi Pane, 1965. Sedjarah Indonesia II. P. N. Balai Pustaka Djakarta. Hlm. 210. 42 Ibid. Hlm.51.
penyediaan kerja-kerja awam atau infrastruktur. Di kawasan yang terakhir ini kita lihat aktiviti yang besar pada akhir abad ini, khususnya di Jawa. Oleh itu, kerajaan terlibat dalam pembangunan kereta api, mengembangkan pelabuhan, meningkatkan hubungan komunikasi, membekalkan gas dan elektrik. Peluang-peluang pendidikan juga telah bertambah baik. Kerajaan kolonial membuat peruntukan pertama belanjawan bagi sekolah-sekolah negeri yang dikendalikan pada tahun 1848. Fungsi utama sekolah-sekolah ini adalah untuk menyediakan sekolah untuk muridmurid, kebanyakannya dari golongan bangsawan, untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. Sebuah jabatan Pendidikan, Agama dan Industri telah ditubuhkan pada tahun 1867 dengan tanggungjawab untuk menyelia sistem pendidikan Indonesia.43
Pada akhir abad ke-19 menyaksikan perkembangan besar pendidikan di peringkat rendah. Pada tahun 1882, terdapat 300 buah sekolah rendah untuk rakyat Indonesia di Jawa dan 400 di Kepulauan Luar, dengan pendaftaran sebanyak kira-kira 40 000 pelajar, yang mana 44 adalah perempuan. Sejak 1897, bilangan sekolah menjadi hampir dua kali ganda, dan bilangan murid lebih daripada dua kali ganda. Terdapat kira-kira 150 000 kanak-kanak Indonesia di sekolah rendah satu jenis atau yang lain tetapi perkembangan terbesar bagi persekolahan bukan dilakukan dengan usaha kerajaan tetapi swasta, terutamanya oleh kehadiran Kristian yang bertujuan mengajar mereka di India meningkat secara mendadak selepas kira-kira tahun 1890. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Perang Napoleon yang tercetus di Eropah telah menyebabkan persaingan di antara kuasa-kuasa Barat iaitu Belanda, Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Persaingan ini telah memberi kesan terhadap Asia Tenggara terutamanya di kawasan Indonesia di mana kuasa besar iaitu British telah merebut tabah jajahan Belanda di kawasan Indonesia seperti di Jawa dan Maluku. Hal ini kerana, di kawasan ini terdapatnya bahan mentah yang sangat diperlukan oleh pihak British. Selepas tamatnya Perang Napoleon dan termeterainya Perjanjian London pada tahun 1824, kawasan tanah jajahan Belanda di 43 Colin Brown, 2003. A Short History of Indonesia : The unlikely nation?. Allen & Unwin. Hlm. 103.
Indonesia telah dipulangkan semula oleh pihak British. Belanda berkuasa semula di kawasan tanah jajahan tersebut. Kehadiran Belanda di Indonesia telah memberi kesan negatif terhadap pentadbiran dan ekonomi di Indonesia. Dari segi ekonomi, kehadiran Belanda ini telah mewujudkan Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur di mana sistem ini bertentangan dengan Sistem Liberal yang diperkenalkan oleh Belanda yang pada mulanya diamalkan oleh Belanda di Indonesia. Dasar Liberal seperti Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dasar Liberal merupakan cara yang berlainan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu mengangkut hasil Indonesia ke Belanda. Akibatnya, Dasar Liberal ditentang oleh rakyat Indonesia. terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan konsep “Hindia Timur untuk Hindia Timur”. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Golongan ini mendakwa Belanda mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Indonesia. Oleh itu pada tahun 1901, Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika
BIBLIOGRAFI
D.J.M.Tate. . Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan Sosial.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980 D.G. E. Hall.1987. Sejarah Asia Tenggara. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur. Kuala Lumpur: Heineman Educational Books (Asia) Ltd, 1978 Hadi Soesastro . 2005. Pemikiran & Permasalahan Ekonomi Indonesia dalam setengah Abad akhir.Yogyakarta: Penerbit Kanisius SDN BHD Institut Terjemahan Negara Malaysia (3rd ed),(2010). Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.hlm: 19/149 J.F. Cady.1964. South East Asia: Its Historical Development. New York. the University of Michigan J.M Kahim . 1952. Nationalism And Revolution in Indoensia. Cornell University Press J.S. Fainival,1967. “Netherlands India: A Study of Plural Economy”.New York. Cambridge University Press Marcoati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia R. Moh Ali . 2005. Pengantar Ilmu Sejarah Indonesia. Yogyakarta. PT Lkis Pelangi Aksara Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001