Tajuk 9.2 – Dasar British Terhadap Ekonomi Negara Dan Kesannya Soalan : Keadaan ekonomi semasa penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap ekonomi negara kita. Bincangkan. Soalan 1
2
Isi Dan Huraian Pengenalan Jelaskan maksud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan Ekonomi tradisional adalah ekonomi berasaskan sara diri Melombong Bercucuk tanam Memungut hasil hutan Menternak binatang Menangkap ikan secara kecil-kecilan kecil-kec ilan Ekonomi dagangan adalah kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran pemasaran pemasaran Berskala besar Mengguna tenaga buruh yang ramai Modal besar Teknologi yang tinggi Pemasaran luas Ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan
* E konomi Tradisi onal onal -
Pelbagai kegiatan ekonomi. Berjaja/berniaga/berdagang. Melombong Bercucuk tanam Memungut hasil hutan Menternak binatang Menangkap ikan Mengusahakan tanaman sampingan Ekonomi sara diri Skala pengeluaran kecil Menggunakan teknologi yang rendah Modal yang kecil Modal terhad Buruh terhad Pasaran kecil Lebihan hasil digunakan keluarga/kumpulan keluarga/kum pulan masyarakat Hasil lebih ditukar dengan barangan lain Hasil yang lebih digunakan untuk kendurikendara/zakat/sedekah/hadiah/simpanan. Tiada pengkhususan pekerjaan Pembahagian kerja melibatkan perbezaan jantina dan umur Kraftangan/sutera/kain Kraftangan/sutera/k ain kapas/senjata/tembaga kapas/senjata/t embaga Tenunan
Markah 5 markah
30 markah
* E konomi Dag ang an -
3
Bertujuan pemasaran/eksport Berskala besar Buruh ramai Modal besar Teknologi tinggi Pasaran luas Contoh tanaman getah/gambir/lada hitam/tebu/ubi kayu/kopi/tembakau/kelapa sawit/ teh/ kelapa. - Dwiekonomi - Pecah dan perintah - Melibatkan orang barat/india/cina/pemodal Eropah - Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden - Mengadakan pameran - Mengagihkan benih getah secara percuma - Memperkenalkan sisitem torehan secara Ibedem - Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan - Memberi galakkan/sokongan kepada pemodal asing - Industri Perlombongan - Industri Kewangan - Industri Pertanian Usaha-usaha British memperkenalkan ekonomi dagangan - Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden - Mengadakan pameran - Mengagihkan benih getah secara percuma - Memperkenalkan sisitem torehan secara Ibedem - Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan - Memberi galakkan/sokongan kepada pemodal asing - Mengagihkan benih getah secara percuma - Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing - Memberi kadar sewa tanah - Memberi tarif cukai yang rendah - Cukai Eksport dikeculaikan selama 50 tahun - Memperkenalkan rancangan sekatan Stevenson - Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa. - Penyediaaan modal/insentif modal - Teknologi kapal korek - Meluluskan enakmen / undang-undang untuk menguasai lombong - Menggalakkan kemasukan buruh luar - Membawa masuk buruh luar - Buruh Cina dalam sector perlombongan - Buruh India dalam sector perladangan - Mewujudkan jawatan pegawai perlindungan buruh - Meluluskan undang-undang untuk membaiki system pengambilan buruh - Sistem pengambilan kakitangan/rumah kongsi menggantikan sistem tiket kredit - Menaja kemasukan imigran Cina / Foochow ke Sarawak - Menguatkuasakan undang-undang Tabung Imigresen India - Memperkenalkan penggunaan mata wang asing
15 markah
4
5
- Menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas - Wang kertas digunakan untuk perdagangan di Negeri Selat - Menubuhkan institusi kewangan/bank - Memperkenalkan system kewangan moden yang berorientasikan keuntungan/ kadar faedah yang tinggi - Memperkenalkan system rekod tanah - Memperkenalkan Enakmen Tanah Persekutuan - Memperkenalkan Enakmen Tanaman Padi Kuasa Residen untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah - Memperkenalkan kadar cukai mengikut jenis tanah - Mengekalkan orang Melayu sebagai petani - Dasar perlindungan kepada pemodal dan pengusaha Eropah / Sekatan Stevenson - Menaikkan harga getah di pasaran Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai tarikan pelabur asing ; Mengekalkan perpaduan kaum Kreatif dan inovatif Menambah tenaga mahir Menaik taraf infrastruktur Merperkukuh pusat kewangan persisir pantai Mewujudkan perdagangan bebas Memberikan bantuan modal Meluaskan pasaran / mencari pasaran baru Meluaskan dagangan dua hala Menjadikan negara hub hala Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi Memperluaskan hubungan diplomatik Mengadakan pertukaran teknologi Mempelopori penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam Menjamin keamanan dan kedaulatan negara Memajukan pelancongan Perkongsian ilmu pengetahuan ( mana-mana munasabah ) Kejayaan Malaysia dalam ekonomi di peringkat global.
Perindustrian ; -
Pembuatan otomobil/industri berat Sektor perkilangan Menyediakan zon perdagangan bebas Koridor raya multimedia Industri elektronik
Pertanian ; -
Bioteknologi Pusat pengeluaran herba Pengeluar komoditi dunia Menjadikan pertanian satu industry
Perlombong an ; -
Petrokimia Carigali minyak
15 markah
10 markah
Pus at Kewang an ; -
Pusat pengeluar makanan halal dunia Pelopor hub halal dunia Pusat tumpuan ekonomi dunia Sistem bank yang kukuh Pusat kewangan Islam
S is tem peng ang kutan dan perhubung an ; -
Industri perkapalan Pengangkutan tambang murah Perkhidmatan cemerlang peringkat dunia Perluasan penggunaan internet Jalur lebar
Pelancong an ; -
6
Memelihara bandar warisan dunia Menarik pelabur asing
( mana-mana munasabah ) Cabaran dan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020
* Cabaran i) Kewangan - Kekurangan modal - Nilai mata wang turun naik/spekulasi ii) Pelaburan - Kejatuhan pasaran saham - Pelabur berpindah ke Negara lain - Masalah menarik pelabur asing iii) Teknologi - Teknologi masih rendah - Masih bergantung kepada teknologi luar iv ) Globalisasi - Persaingan dengan Negara maju - Pengiktirafan oleh Negara maju - Salah guna laman sesawang v) Pasaran - Menembusi pasaran antarabangsa - Pasaran terhad - Tekanan/sekatan Negara maju vi) Tenaga kerja - Kurang mahir - Bergantung kepada Negara luar - Ramai tenaga mahir berkhidmat di luar Negara - Kurang pengetahuan vii) Gejala social - Keruntuhan akhlak - Dadah - Nilai-nilai kemanusiaan pudar
10 markah
* Langkah-langkah
7
i) Penguasaan ilmu - menjadi hak pendidikan - mengubah suai kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa - pendidikan sepanjang hayat - melahirkan modal insane - pendidikan maya - pendidikan kel luar Negara ii) Kemahiran - penguasaan ICT - menambah bilangan tenaga professional dalam/luar Negara - menambah pusat pengajian tinggi yang berkaitan kemahiran - mendapat latihan di luar Negara iii) R& D - menghasil produk tinggi - memperuntukkkan dana - mendapat hak milik/patern - meneroka bidang baru iv) Kewangan - penggabungan bank - tambatan mata wang - memperkenalkan dinar emas - memperluaskan perbankan Islam v) Pasaran - meningkatkan kualiti barangan - mencari pasaran baru - mengadakan promosi/pameran - e-dagang vi) Modal Insan - memperkukuhkan jati diri/PLKN - menerapkan integriti/anti rasuah - memperkasa sekolah agama - konsep 1 Malaysia - merealisasikan wawasan 2020 - mendaulat Bahasa Melayu/memperkasa BI Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara Berkemahiran Bersyukur Rajin Berusaha bersungguh-sungguh Berani Bijak memanfaat peluang Kreatif Inovatif Berdaya saing Jati diri yang tinggi Perpaduan Kerjasama
10 markah
-
8
Kebijaksanaan pemimpin
( mana-mana munasabah ) Rumusan Pengetahuan yang diperolehi Iktibar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
3.2 EKONOMI Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi. Perluasan kuasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersial pula diperkenalkan . Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20 terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Hal ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport seterusnya mendorong pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi. Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan. Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar-bandar baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan oleh kewujudan system pengangkutan darat. Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Hal ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar. Dalam sistem ekonomi komersial juga , Inggeris telah menghapuskan amalan pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila penyusunan sistem kutipan cukai dilakukan oleh J.W.W Birch di mana pembesar dilarang untuk memungut cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah kelolaannya. Tindakan J.W.W Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan adat istiadat Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ. Kesan-Kesan Dasar Ekonomi 1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.
2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk, pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza. 3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah ditubuhkan iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal mereka. 4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan untuk pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang kasut getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China. 5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 – menghubungkan Port Weld ke Taiping dan 1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara juga diperkenalkan. 6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala Lumpur, Perak dan negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990 untuk membuat kajian mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar. BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional. F1
Mengamalkan ekonomi secukup hidup.
F2
Aktiviti ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam,memungut hasil hutan, menternak dan menangkap
ikan. F3
Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan, kenduri-
kendara, pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh. F4
Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
F5
Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber
F6
Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti
F7
Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
F8
Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
F9
Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
bekalan makanan.
tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
F10 Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. F11 Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
Maksud ekonomi dagangan F1
Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
F2
Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
F3
Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
F4
Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
F5
Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
F6
Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
F7
Melibatkan lebihan pengeluaran.
Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu. F1
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan
yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. F2
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
F3
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
F4
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan
pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. F5
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan
industri perlombongan. F6
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA Ekonomi Tradisional ► Senaraikan
kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional?
i) Bercucuk tanam ii) Menangkap ikan iii) Menternak binatang iv) Perlombongan v) Memungut hasil hutan ► Apakah
yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?
1. Merujuk kepada ekonomi sara diri dalam masyarakat Melayu. 2. Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan. 3. Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan, kenduri kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh. 4. Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa. 5. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan. 6. Menggunakan teknologi mudah, peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal dan tenggala. 7. Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan. 8. Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.Kawasan penangkapan di laut, sungai atau sawah padi. 9. Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian. 10. Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. 11. Aktiviti ekonomi,biasannya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli keluarga sahaja.
12. Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
Ekonomi Dagangan ► Apakah
yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?
1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah. 2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar. 3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang. 4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. 5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah. 6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah. 7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah. 8. Melibatkan lebihan pengeluaran. ► Senaraikan
kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.
i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan ► Senaraikan
jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.
i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah ► Jelaskan
kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.
1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. 2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan. 3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan. 4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. 5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan. 6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.
CABARAN DALAM WAWASAN 2020 Cabaran Wawasan 2020 menggariskan sembilan (9) cabaran yang menjadi panduan arah dasar luas ke arah pembentukan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat Wawasan 2020 hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran meliputi pelbagai aspek pembangunan negara ke arah negara maju sepenuhnya. Enam cabaran daripada sembilan cabaran akan dihuraikan dengan lebih lanjut seperti berikut: Cabaran Pertama, pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Ianya merangkumi aspek politik iaitu
ü
membentuk sebuah negara bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan dikongsi bersama termasuklah membentuk sebuah negara yang sejahtera, bersatu antara wilayah dan kumpulan etnik, menikmati kehidupan yang harmonis berdasarkan persamaan hak dan keadilan, membentuk bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan dedikasi terhadap bangsa tersebut. Cabaran kedua, pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Cabaran ini adalah dari
ü
aspek minda dan intelek iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin pada diri, bangga dengan keadaan semasa dan segala yang telah dicapainya serta cukup tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan. Mempunyai sifat mengejar kecemerlangan, sedar dan tahu akan potensi, bebas jiwa dan dihormati oleh bangsa lain. Cabaran ketiga, pembentukan masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini adalah dari aspek politik
ü
iaitu memupuk dan membangunkan sebuah masyarakat demokratis yang matang. Termasuklah mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat, musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain. Cabaran keempat, pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh. Cabaran ini menyentuh aspek rohani iaitu mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi pekerti yang luhur. ü
Cabaran kelima, pembentukan masyarakat yang toleran. Cabaran ini pula adalah dari aspek minda dan
ü
intelek iaitu pembentukan masyarakat yang matang, liberal dan saling memahami. Semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa rasa tersisih daripada bangsanya. Cabaran keenam, pembentukan masyarakat yang saintifik dan maju. Cabaran kali ini memfokuskan sejauh mana kemampuan minda dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia berasaskan sains dan yang progresif, serta berdaya cipta dan berpandangan jauh. Termasuklah membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi tetapi turut menyumbang kepada sains dan teknologi pada masa hadapan. ü
4.0 PERBINCANGAN Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi menerapkan Wawasan 2020 dalam perkhidmatan awam. Tiga peranan perkhidmatan awam dalam mencapai Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan di masa hadapan iaitu pertama, penggunaan sains dan teknologi canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan. Kedua, penjawat awam dapat mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu, mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya. Ketiga,
setiap individu perlu merentasi halangan mental yang mempunyai tanggapan bahawa keupayaan dan kemampuan adalah terhad. Sebaliknya, setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan yang ada dan kegagalan lalu serta mengorak langkah yang membawa kepada kejayaan. Aspek keyakinan diri penting agar kita sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan telus dan benar. Jika kita takut mengambil risiko, tidak ada kemajuan yang akan tercapai. Beberapa cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 telah digariskan untuk panduan umum. Pertama, penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri iaitu selain daripada pencapaian negara. Kedua, mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan dan membuat perbandingan paradigma lampau dan kini. Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dan meningkatkan kecekapan yang sesuai dengan paradigma baru serta penuh yakin bahawa mereka mempuyai kebolehan supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Keempat, penjawat awam harus bersedia untuk meningkatkan kendiri dan mengekalkan budaya mesra pelanggan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Piagam pelanggan bukan sahaja dipamerkan tetapi perlu diterapkan dalam perkhidmatan setiap penjawat awam. Kelima, penjawat awam perlu sentiasa memikirkan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikirkan sumbangan kerajaan kepada dirinya. Mereka harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus dan sempurna di samping mengutamakan koordinasi dalam pasukan untuk mengubah mentaliti selaras dengan keperluan semasa. Ini akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi, jabatan dan negara amnya. Dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020, cabaran ekonomi adalah jelas untuk dicapai. Pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, satu bangsa Malaysia, kesetiaan politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci. Bangsa Malaysia adalah bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi. Termasuklah mempunyai penduduk yang mempunyai psikologikal dan ideologi yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan. Pencapaian matlamat pula memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat. 5.0 KESIMPULAN Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing. Kini, negara telah mengecapi kemerdekaan mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara langsung yang mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi impak yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Seterusnya, merealisasikan impian dan Wawasan 2020.
a. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia. b. Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah. c. Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina. d. Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis. e. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi. f. Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.
g. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang. h. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun. i.
Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.
Penutup Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.
WAWASAN 2020 : ISU PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA (LANGKAH YANG PERLU DIMAINKAN OLEH IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA) Antara langkah yang perlu di mainkan oleh ibu bapa dalam pembentukan keluarga bahagia ialah dengan memberikan didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan benteng yang paling utuh dalam memastikan anak-anak terhindar daripada perkara yang tidak baik. Ajaran agama yang diberikan oleh ibu bapa juga mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak secara tidak langsung. Misalnya, agama akan mendidik anak-anak supaya menghormati golongan tua, bercakap dengan sopan, dan penerapan nilai kasih sayang yang penting dalam pembentukan keluarga bahagia. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada anak-anak agar pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai. Ibu bapa wajar menyediakan tempat tinggal yang kondusif kepada anak-anak bagi mewujudkan suasana yang harmonis. Ibu bapa juga harus menghidangkan anak-anak mereka dengan makanan yang berkhasiat dan halal bagi keluarga beragama Islam. Keperluan asas yang di sediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mampu mengembangkan pemikiran anak-anak ke arah yang lebih positif. Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik untuk anak-anak. Hal ini penting kerana pada usia muda dan remaja, anak-anak lebih cenderung mengikut perwatakan ibu bapa mereka. Seandainya ibu bapa menunjukkan sikap-sikap yang positif maka tidak hairanlah jika anak-anak yang di asuh akan menjadi baik ketika mereka dewasa kelak. Ibu bapa boleh menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dengan cara melaksanakan segala perintah dan seruan agama, menjaga percakapan, perbuatan, dan tingkah laku mereka. Seterusnya, keluarga yang bahagia juga boleh dibentuk melalui peranan ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa wajar memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka tidak berasa tersisih dan diabaikan. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, ambillah sedikit kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah ataupun membawa mereka melancong. Ibu bapa seharusnya bersikap adil dalam memberikan kasih sayang kepada setiap anak-anaknya agar sesebuah keluarga yang bahagia dapat dibentuk. Langkah berikutnya, ibu bapa perlu mempunyai ilmu keibubapaan dalam mewujudkan sesebuah keluarga yang bahagia. Ilmu keibubapaan ini boleh diperolehi melalui program-program motivasi, buku-buku, dan ceramah agama. Ilmu keibubapaan wajar dipelajari oleh semua ibu bapa agar mereka faham akan cara mendidik anak-anak dengan cara yang sesuai. Ilmu keibubapaan ini juga perlu diberikan dan dipelajari oleh golongan berstatus bujang yang ingin mendirikan rumah tangga agar masalah dalam rumah tangga seperti penderaan anak-anak dan penceraian tidak berlaku di kemudian hari. Kesimpulannya, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sewajarnya bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana, Wawasan 2020 yang menggariskan cabaran dalam pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai dengan jayanya.