CONTOH TEKS BAHAS ALAPARLIMEN CONTOH USUL BAHAS ALA PARLIMEN Assalamu alaikum warahmatullahi wabar akatuh Selamat sejahtera dan selamat petang Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Pegawai-pegawai Persidangan Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Rancangan Realiti Televisyen mampu melahirkan Masyarakat Madani”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan. Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan, Rancangan Realiti Televisyen bermaksud program atau siaran televisyen bersifat interaktif yang dijayakan sebilangan peserta yang telah melalui proses saringan dan tapisan yang tertentu. Rancangan realiti mempunyai fokus tertentu seperti pencarian bakat hiburan popular dan alternatif, ilmu, interaksi sosial, sukan, dan lain-lain. Masyarakat madani ialah suatu sistem sosial yang mementingkan ketertiban, kerukunan dan pematuhan terhadap keperluan hidup yang sejahtera. “Mampu melahirkan” membawa maksud kebolehan atau prospek pembentukan, pembinaan, dan penyempurnaan sesuatu hasrat. Pendek kata, usul kerajaan kali ini secara mudah bererti bahawa siaran interaktif televisyen yang memungkinkan harapan terbentuknya sebuah masyarakat yang serba sejahtera. Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri Kedua, Yang Berhormat Dato’ Seri ________________________ akan meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang Berhorm at Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan dan punah ranah bagaikan puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia. Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan, Hujah utama kerajaan ialah pembentukan jati diri dalam kalangan peserta rancangan realiti dan para penonton yang menjadi pengundi. Para peserta perlu menyiapkan diri mengikut tema tertentu dengan menerapkan elemen kreativiti dan komitmen dalam persembahan demi untuk memancing perhatian dan memenangi sebanyak mungkin undian. Di pihak pengundi yang menjangkau segenap pelosok negara, pada akhirnya akan memenangkan peserta yang benar-benar memiliki bakat dan ciri pemenang sejati, setelah mengambil kira ulasan juri profesional usai persembahan setiap seorang peserta. Jelaslah
bahawa peserta mesti menampilkan aksi yang terbaik, unik dan memukau. Keyakinan diri dan daya saing akan jadi taruhan. Para pengundi yang menjadi hakim perlu menjadi jauhari yang mengenal maknikam. Dalam jangka masa panjang, faktor emosi yang mungkin mempengaruhi pola undian akan berada pada skala yang kecil sahaja. Sebagai contoh, Mawi sebagai produk Akademi Fantasia berjaya mendekatkan masyarakat Malaysia kepada hiburan yang santai tetapi sarat mesej. Begitu juga rancangan realiti televisyen yang lain seperti Akademi al-Quran, Akademi Nasyid, Gadis Melayu, Mencari Menantu, Pesona Nona dan sebagainya yang memupuk jati diri dalam kalangan peserta dan penonton yang menjadi pengundi. Ini belum termasuk pihak penganjur yang berhempas pulas menyajikan format, dan konsep rancangan realiti televisyen yang diterima, serta mempunyai sejumlah besar pengikut yang setia. Jelaslah bahawa konsep rancangan televisyen kita memiliki acuan sendiri, dan tidak sama sekali meniru rancangan realiti televisyen Barat yang menjurus kepada budaya hedonisme dan hawa nafsu. Pihak kerajaan memberi jaminan bahawa apa-apa jua kelemahan dan kekurangan yang mungkin cuba diuaruarkan oleh pihak pembangkang tidak berupaya menghapuskan gemerlap kebaikan rancangan realiti televisyen yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat madani yang sama-sama kita impikan. Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan, Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Sebab itu, saya ingin menegaskan buat kesekian kalinya bahawa rancangan realiti telivisyen mampu melahirkan masyarakat madani. Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.
MENTERI KE-2 Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua, Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Tuan Yang Dipertua, Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Tuan Yang Dipertua, Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha pengusaha kantin sekolah yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi, sepatutnya pihak berkuasa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pe mantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah iaitu, sebelum nasi menjadi bubur . Tuan Yang Dipertua, Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan pula perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal untuk memastikan kebersihan dan keselamatannya. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlulah mematuhi syarat-syarat atau garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah-langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan murid sekolah tidak akan berlaku. Tuan Yang Dipertua, Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan pekerja yang
menyediakan makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya, di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah sediakan payung sebelum hujan ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan daripada berlaku kepada muridmurid sekolah. Tuan Yang Dipertua, Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin sekolah. Dengan perkataan lain, sudah tentu mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada muridmurid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya dipakai semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan memakai penutup rambut. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi dengan efektif. Tuan Yang Dipertua, Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti. Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.
teks perbahasan ala parlimen menteri 3 bismillahhirahmanirrahim terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua,barisan kerajaan,perwakilan pembangkang dan ahli2 yang berhormat sekalian. assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,salam sejahtera dan selamat bersidang. tuang yang dipertua,ahli2 yg berhorm at sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian di bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan. tuan yg dipertua, berdirinya sya disini ingim membidas segala hujah pihak pembangkang pertama dan pembangkang kedua.sebelum saya membidas segala hujah pihak p embangkang,sya ingin mengulangi usul yang hangat diperbahaskan pada hari ini yang berbunyi__________________________________________________________________ ______ ______________________________________________ ______________________baiklah disini sya akan membidas hujah yang disampaikan oleh pihak PEMBANGKANG 2...pembangkang kedua mengatakan_____________________________________ __________________________________________ _____________________ ______________________________________________ _________________ yang berhormat, ______________________________________________ __________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ___________________ bidasan bagi hujah pembangkang 2 telah berlalu,sekarang tiba masanya saya ingin membidas hujah yang disampaikan oleh PEMBANGKANG 1. pembangkang 1 mengatakan_____________________________________________ ______________________________________________ ___________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________.. tetapi yang berhormat__________________________________________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________ ______________________________________________ ____________________.
bidasan saya sudah berakhir,dan tibanya masa saya untuk memperkukuhkan kes kerajaan.perdana menteri mengatakan ________________________________ dan saya menyokong 100% hujah tersebut kerana _____________________________________ ______________________________________________ ___________________. menteri kedua telah memberikan hujah pertama dan hujah kedua.hujah yg kedua ialah ______________________________________________ ______________-.hujah yg ketiga ialah______________________________________________________
tegasnya__________________________________dapat memberikan____________________________________________________ sebelum sya mengundur diri,saya megulas semula pendirian kerajaan iaitu______________ ______________________________________________ ____________________
tidak perlu definisi....definisi untuk perdana menteri dengn m enteri kedua,,, tidak salah klo mmberi definisi,,, tp merugikan msa,dan x dpt mrkah yg byak ckp nada yg tegas ktika bidasan mmbuat usul lwak sedikit,tp jgn keterlaluan.
mghafal dan fhm tjuk hujah step yg ditunjukkan adalah btul.....
8 minit diperuntukan ketika berckap...
Teks Ucapan Penggulungan Bahas Ala Parlimen PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua, Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan membidas ketiga-tiga
hujah pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah kerajaan. Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu bangunan bersejarah itu memerlukan kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah. Sebenarnya, kita perlu sedar bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi, bangunan tersebut sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau musnah kerana bangunan tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu kerana bangunan yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal. Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu . Pembangkang mengatakan
bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana adanya faktor saingan dengan bangunan baharu. Saya membidas hujah ini kerana kita sedia maklum bahawa bangunan baharu sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih. Namun demikian, bangunan yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina banyak bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut? Sudah tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan berbanding dengan bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat dengan unsur sejarah yang tidak boleh ditukar ganti dengan bangunan baharu. Tuan Yang Dipertua, Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk mengekalkan keaslian akibat dipulihara. Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana memang sukar untuk mengekalkan keaslian bangunan tersebut akibat proses pemuliharaan yang dilakukan
terhadap bangunan tersebut. Semasa proses memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah berlaku kerosakan pada bangunan tersebut. Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut sudah lama mungkin ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas hujah pembangkang ini kerana semasa pemuliharaan dijalankan, pihak kerajaan akan memastikan pekerja-pekerja yang menjalankan
tentu akan dibina dan kerja-kerja kerja-kerja
pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Jadi, pihak kerajaan akan memastikan bahawa langkah ini akan dijalankan semata-mata untuk mengekalkan keaslian bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Tuan Yang Dipertua, Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi
pertama sebentar tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada negara kita, malahan kepada dunia. Hal ini jelas terbukti dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini sudah tentu memilih kedua-dua buah negeri tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat bangunan yang bersejarah dan nilai sejarahnya itu amat tinggi. Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang tinggi ini. Para pengkaji atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh masyarakat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek atau jurubina pada zaman dahulu. Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Para pelancong yang datang ke negara kita pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi, bangunan-bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai bila bila, seperti kata pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ”, dan boleh disaksikan oleh generasi yang akan datang. Tuan Yang Dipertua, Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya
nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.
KERAJAAN 2 Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan. Sayang-sayang Buah Kepayang, Sayang Hujah Pembangkang Pincang, Jaga-jaga Pihak Pembangkang, Menteri Ketiga, datang bertandang.
Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya mendatangkan banyak keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih seia dan sekata, menyokong Usul pada pagi ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian kami bahawa Media massa mendatangkan keburukan.
Tuan Yang Dipertua, Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihakPembangkang, saya akan mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan Pembangkang sebentar tadi.
Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak Pembangkang ialah…
Kelemahan kedua yang dilakukan oleh p ihak pembangkang pula ialah… Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah. Tuan Yang Dipertua, Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti baru melalui aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.
Ahli dewan yang saya muliakan, Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan oelh rakyat Malaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai Namewee. Beliau telah memuat naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15 januari 2007 ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam video ini, beliau telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I Love My Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah diguna kan sebagai medium untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana lebih SATU MILLION penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka, Kebebasan Media massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri. Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,
Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu jenayah besar iaitu menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan. Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri, yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.
Hadirin yang saya hormati, Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga. Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak, kebanyakan berpunca daripada pengaruh media elektronik. Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah yan saya katakan tadi. Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencadangkan kepada ayahnya memberikan gurunya sebungkus gula-gula beracun. Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan memberi markah rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah siapa yang mengajarnya berbuat demikian, si anak pantas menjawab, ‘’Saya menonton satu adegan di televisyen’’
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini merisikokan nyawa seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya sahaja. Wajarkah guru menerima Arus kebebasan media massa ini dengan menggadaikan nyawanya sendiri?
Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetap Menyokong Usul yang dibentangkan pada hari ini,
Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Mencadang.
PEMBANGKANG 2 Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.
Tuan yang dipertua,
Usul masih tetap sama iaitu KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL. Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.
Tuan yang dipertua,
Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi yang dibuat oleh ketua pembangkang sebentar tadi secara ringkas.
Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu, Wikipedia Malaysia, Sains dan Teknologiialah pengetahuan berkaitan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Bukan didefinisi menurut kamus dewan edisi ke 4 sebagai sebenarnya tidak manakala punca sebagai sumber atau asal. Seterusnya, kami takrifkan peningkatan sebagai sesuatu yang sedang berlaku dan masih berterusan. Frasa gejala sosial menurut Puan Ramlah Yong, Pengarah Kesuma JAKIM sebagai perubahan negatif dan jelik yang berlaku dalam aspek kemasyarakatan seperti pergaulan, persahabatan atau aktiviti sosial.
Tuan yang dipertua,
Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tiga hujah pihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.
(bidas ketiga-tiga usul pihak kerajaan)
Tuan yang dipertua,
Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju dengan usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.
Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan kami.
Hujah kedua kami dibawah kata kunci sains dan teknologi pemberi maklumat dan informasi. Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batu ke sekolah. Selepas pengenalan pensil dan kertas, sistem ini dianggap maju. Kini zaman semakin berubah, dimana sesetengah pelajar hanya perlu membawa komputer riba. Semua nota dan latihan yang diberikan hanya perlu dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing Unit) – mohon tuan yang dipertua. Lihatlah betapa moden dan canggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih memudahkan pendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Pelajar-pelajar di sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi mudah mendapat bahan untuk tugasan mereka melalui jaringan internet. Segalanya hanya di hujung jari. Lebih membanggakan, kita diperkenalkan dengan sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau lebih dikenali sebagai pendidikan atas talian membolehkan penuntut hanya duduk di rumah dan boleh mengikuti kuliah masing-masing melalui sistem ini. Jel as tuan yang dipertua kemajuan sains dan teknologi tidak mendatangkan gejala sosial sebaliknya banyak mendatangkan faedah atau manfaat kepada masyarakat.
Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contoh ke dua. Tuan yang dipertua, dewasa ini, pelajar tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk membuat rujukan sebaliknya hanya dengan satu sentuhan tangan, semua judul buku yang terdapat dalam sebuah perpustakaan akan terpampang di skrin komputer. Sistem ini dikenali sebagai ‘on-line library’ – mohon tuan yang dipertua. Maklumat mengenai buku-buku dimasukkan dan bagaikan kilat, buku yang dicari dapat ditemui. Tuan yang dipertua, jelaslah bahawa sains dan tekologi pemberi maklumat dan informasi. Seterusnya tuan yang dipertua,
Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.
Yang berhormat rakan-rakan lama dari pihak kerajaan, sudah terang lagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak memberi kemudahan kepada manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkan urusan kerja manusia seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik, penghawa dingin dan sebagainya telah banyak berjasa kepada kita semua. Semua alat-alat moden ciptaan kemajuan sains dan teknologi banyak berjasa kepada manusia. Selain itu, urusan-urusan pembayaran juga boleh dijalankan di mesin-mesin ATM –mohon tuan yang dipertua dan juga melalui pembayaran di internet. Jelas kita lihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan medatangkan kesan buruk kepada sosial manusia.
Contoh seterusnya, tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains dan teknologi juga segala urusan sama ada dalam bentuk perniagaan dan perdagangan menjadi mudah. Pada zaman
pascamerdeka ini, pelbagai ciptaan baru wujud bagi memudahkan urusan perniagaan. Contohnya, mesin faksimile, e-mel atau surat elektronik dan sebagainya memudahkan peniagapeniaga membuat urusan jual beli barangan tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Dengan hanya menekan beberapa butang tertentu, urusan perniagaan dapat dijalankan. Melalui sistem ini, masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan. Nah! Sudah jelas dan nyata bahawa sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.
Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia. Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak menerima usul perdebatan pada hari ini. Justeru, kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.
Tuan yang dipertua,
Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami pada hari ini. Maka, usul SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL, wajar ditolak dan tidak diterima pakai demi kesejahteraan insan sejagat.
Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.
Terima kasih.
TEKS DEBAT ALA PARLIMEN USUL: PEPERIKSAAN AWAM ,UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN. Hujah daripada Pencadang ( Ketua Menteri) Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari ini. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini . Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian.
Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan pendidikan di negara kita. Tuan Yang Dipertua, Usul pada hari ini berbunyi, “ Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan”. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, i zinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan “ Peperiksaan awam” bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. “UPSR” pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia. “PMR” pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia. “ Wajar Dimansuhkan” pula bermaksud, wajar dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian. Tuan Yang Dipertua, Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakana ialah kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Sejak zaman – berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para pelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang tersendiri bukan? Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian, pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah t ingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat m enggalakkan penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh i tu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum. Tuan Yang Dipertua, Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muh yiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini. Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang sa ya muliakan sekalian, Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk terus mencadang. Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang). Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah l ogik dan benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi. Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah -hujah yang membantah sekeras-kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak wajar dimansuhkan.
Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi. Tuan Yang Dipertua, Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah ti ada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajardalam bidangbidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart. Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan. Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian, Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini t urut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada pelajar lain supaya
mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bi langan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun i nisiatif untuk saling bersaing antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali ti dak pernah terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini dapat dimansuhkan dengan segera. Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian, berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR amatlah t idak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.
Teks Ucapan Penggulungan Bahas Ala Parlimen PEMBANGKANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua, Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan membidas ketiga-tiga
hujah pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah kerajaan. Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu bangunan bersejarah itu memerlukan kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah. Sebenarnya, kita perlu sedar bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi, bangunan tersebut sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau musnah kerana bangunan tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu kerana bangunan yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal. Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu . Pembangkang mengatakan
bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana adanya faktor saingan dengan bangunan baharu. Saya membidas hujah i ni kerana kita sedia maklum bahawa bangunan baharu sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih. Namun demikian, bangunan yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina banyak bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut? Sudah tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan berbanding dengan bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat dengan unsur sejarah yang tidak bol eh ditukar ganti dengan bangunan baharu. Tuan Yang Dipertua, Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk mengekalkan keaslian akibat dipulihara. Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana memang sukar untuk mengekalkan keaslian bangunan tersebut akibat proses pemuliharaan yang dilakukan
terhadap bangunan tersebut. Semasa proses memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah berlaku kerosakan pada bangunan tersebut. Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut sudah lama mungkin ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas hujah pembangkang ini kerana semasa pemuliharaan dijalankan, pihak kerajaan akan memastikan pekerja-pekerja yang menjalankan pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam
tentu akan dibina dan kerja-kerja kerja-kerja kerja-kerja
pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Jadi, pihak kerajaan akan memastikan bahawa langkah ini akan dijalankan semata-mata untuk mengekalkan keaslian bangunan bersejar ah yang terdapat di negara kita. Tuan Yang Dipertua, Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi
pertama sebentar tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada negara kita, malahan kepada dunia. Hal ini jelas terbukti dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini sudah tentu memilih kedua-dua buah negeri tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat bangunan yang bersejarah dan nilai sejarahnya itu amat tinggi. Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang tinggi ini. Para pengkaji atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh masyarakat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek atau jurubina pada zaman dahulu. Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Para pelancong yang datang ke negara kita pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi, bangunan-bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai bila bila, seperti kata pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ”, dan boleh disaksikan oleh generasi yang akan datang. Tuan Yang Dipertua, Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya
nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.