Selamat petang dan selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha pengerusi jawatankuasa penduduk Taman Mutiara, Tuan Haji Masro Bin Hamdan, tuan-tuan dan puan-puan. puan-puan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penduduk taman ini kerana sudi mengundang saya ke maills lnl. Saya yakin bahawa majlis ini diadakan kerana tuan-tuan sedar akan bahaya arak dalam kehidupan kita. Kementerian Kesihatan mengalu-alukan usaha seperti ini serta sentiasa bersedia untuk menghulurkan apa-apa juga bantuan yang diperlukan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Semua Semua orang mengetahui arak ialah sejenis sejenis minuman yang memabukkan. memabukkan. Arak dibuat daripada jus buah-buahan, buah-buahan, terutamanya terut amanya buah anggur. Arak berbeza daripada jus yang selalu kita minum. Jus buah-buahn yang selalu kita minum masih asli dan tidak berubah, kerana itulah kita tidak akan mabuk walaupun minum banyak jus buah.
Tak tahulah saya kalau
ada yang mabuk kerana minum jus tembikai.
Memang Memang tidak dapat dinafikan bahawa arak memb membahayakan ahayakan kesihatan tubuh badan manusia. Beberapa kajian perubatan yang telah dijalankan membuktikan membuktikan bahawa bahawa arak menjadi menjadi punca punca berbagai berbagai
penyakit, penyakit, terutamanya terutamanya
berhubung dengan jantung manusia. Banyak kematian berlaku kerana pesakit telah parah kesan daripada amalan meminum arak.
Arak akan merosakkan kehidupan manusia. Banyak
perbalahan yang
ber1aku antara anggota masyarakat berpunca daripada fikiran yang se1a1u berkhaya1 dan mabuk. Kejadian jenayah pun banyak yang berlaku kerana
arak. Banyak rumah tangga kucar-kacir kerana anggota keluarga kaki arak. Terdapat isteri dan anak yang hidup menderita kerana suami atau bapa yang sentiasa ketagih arak. Tidak kurang juga kemalangan yang berlaku di jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu yang mabuk.
Arak menyebabkan ketagihan yang bukan sahaja dapat merosakkan badan, malah yang lebih utama ialah arak merosakkan fikiran manusia. Selalunya orang yang menjadi kaki arak tidak berperikemanusiaan. Masyarakat akan menjadi susah jika terdapat penagih arak di kalangan mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa semua agama melarang penganutnya minum arak.
Hadirin sekalian,
Jelaslah bahawa arak memang tidak mendatangkan sebarang kebaikan, sebaliknya menyebabkan kemudaratan. Oleh itu, jauhilah arak dan kepada mereka yang telah menjadi kaki arak, saya menasihatkan mereka supaya bertaubat dan menghentikan perbuatan buruk itu. Mereka boleh mendapatkan bantuan daripada doktor untuk menghentikan tabiat itu. Bertindaklah segera sebelum terlambat.