SMK AYER B
CONTOH PENULISAN FOLIO REKA CIPTA SPM 3763/2 Untuk Kegunaan Guru Reka Cipta Sahaja
MAJLIS GURU GURU REKA CIPTA KEBANGSAAN EDISI PERTAMA (JUN 2015) MGRCK @ 2015
KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izinnya dapat dihasilkan Panduan Penulisan Folio Reka Cipta SPM 3763/2. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua panel pembina dan penilai yang telah bekerja keras untuk menghasilkan panduan ini. Semoga ia akan memberi manfaat kepada semua guru Reka Cipta dalam menghasilkan penulisan folio yang betul, berkualiti dan menepati kriteria pentaksiran. Komitmen semua guru Reka Cipta amat dihargai bagi memastikan kecemerlangan mata pelajaran ini. Abdul Aziz B Elias Ahmad Penolong Pengarah, (Pegawai Pembina Mata Pelajaran Reka Cipta), Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional (SPUTV), Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan Syukur kehadrat Ilahi Panduan Penulisan Folio Reka Cipta SPM 3763/2 telah berjaya disiapkan. Diharap dengan adanya panduan ini akan dapat membantu guru dan dijadikan salah satu rujukan dalam proses menghasilkan folio Reka Cipta mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam MPKK. Diharap dengan adanya panduan ini kerja kursus Reka Cipta akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan ataupun lebih awal. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru Reka Cipta yang memberikan komitmen dan sokongan yang tinggi terhadap mata pelajaran ini. Semoga Reka Cipta terus cemerlang. Zainal B Ali Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Mata Pelajaran Reka Cipta 3763.
2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA FOLIO REKA CIPTA 2016 3763/2
NAMA
:
NO. KAD PENGENALAN : NO. ANGKA GILIRAN
:
3
BORANG PENGEMUKAAN BERPERINGKAT Nama Angka Giliran No. KP Tingkatan
ABDUL AZIZ BIN ELIAS AHMAD JG021 A001 800617-01-8081 4RC (2015) DAN 5RC (2016)
Perkara
Tarikh
13/7/15 20/7/15
: : : :
1.1 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4
Tandatangan Calon
Tahun
Nama Guru
2015
EN ZULKURNAIN B. ABDUL RAHMAN
2016
EN ZULKURNAIN B. ABDUL RAHMAN
Tarikh
Tandatangan Calon
Perkara
1.5 MERANCANG DAN MENGORGANISASI 1.5.1 Rekod Kerja (Diari) Dan Carta Alir Kerja Individu 1.5.2 Senaraikan Bahan/Komponen Dan Anggaran Kos Pebinaan Reka Ciptaan Sebenar 1.5.3 Sistem Dalam Aplikasi Reka Ciptaan Sebenar 1.5.4 Menghasilkan Folio Mengikut Format
MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH
Penyataan Masalah Pengumpulan Data Atau Maklumat Berkaitan Masalah Huraian Data Rumusan
1.2 MENYELIDIK DAN MENYIASAT PRODUK SEDIA ADA 1.2.1 Pengumpulan Data Atau Maklumat Reka Ciptaan Sedia Ada 1.2.2 Analisis Fungsi Reka Ciptaan Sedia Ada 1.2.3 Senarai Hasil Dapatan 1.2.4 Rumusan
1.6 MEMBINA REKA CIPTAAN 1.6.1 Langkah Pembinaan Reka Ciptaan Sebenar 1.6.2 Senarai Peralatan Kerja 1.6.3 Spesifikasi Reka Ciptaan 1.6.4 Cadangan Pengubahsuaian
1.3 MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI IDEA 1.3.1 Penjanaan Idea 1.3.2 Perkembangan Idea 1.3.3 Perbandingan Kefungsian Idea 1.3.4 Sintesis Idea 1.4 MENCIPTA DAN MEREKA BENTUK REKA CIPTAAN 1.4.1 Perkembangan Reka Bentuk 1.4.2 Gabaran Awal Reka Ciptaan 1.4.3 Lakaran Reka Bentuk Sebenar Secara Terperinci 1.4.4 Lukisan Rendering
8/6/16 15/6/16 15/7/15 15/6/16
4 i
2.5 LUKISAN KERJA 2D DAN 3D 2.5.1 Lukisan Ortografik 2.5.2 Lukisan Isometrik 2.5.3 Lukisan Oblik 2.5.4 Lukisan Ceraian Brosur dan Manual Pengguna Borang Soal Selidik Rujukan / Bibliografi
PENTING Lengkapkan tarikh dan tandatangan calon
MAKLUMAT AM
Nama
:
ABDUL AZIZ BIN ELIAS AHMAD
Angka Giliran
:
.………………….
No. KP
:
800617-01-8081
Tema
:
PELUPUSAN
Nama Artifak
:
DOC (DENT OF CAN)
SINOPSIS
DOC (Dent of Can) merupakan satu reka ciptaan yang bertemakan pelupusan. DOC berfungsi sebagai alat untuk melakukan kerja melupuskan tin minuman. Tin minuman akan dilupuskan menjadi bentuk yang lebih kecil dengan mudah walaupun dalam kuantiti yang banyak. DOC mampu melupuskan tin minuman dengan mudah, cepat, selamat dan berkesan.
5 ii
KANDUNGAN Bil.
Perkara Borang Pengemukaan Berperingkat Maklumat Am dan Sinopsis Kandungan Carta Alir Kerja Individu Penghargaan Pengenalan
1.1 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4
MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH Penyataan Masalah Pengumpulan Data Atau Maklumat Berkaitan Dengan Masalah Huraian Data Rumusan
1.2 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4
MENYELIDIK DAN MENYIASATAN PRODUK SEDIA ADA Pengumpulan Data Atau Maklumat Reka Ciptaan Yang Sedia Ada Analisis Fungsi Reka Ciptaan Sedia Ada Senarai Hasil Dapatan Rumusan
1.3 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4
MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI IDEA Penjanaan Idea Perkembangan Idea Perbandingan Kefungsian Idea Sintesis Idea 6 iii
M/S i ii iii v vii viii
1 2 3 4
PENTING Lengkapkan muka surat
Bil.
Perkara
1.4 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4
MENCIPTA DAN MEREKA BENTUK REKA CIPTAAN Perkembangan Reka Bentuk Gambaran Awal Reka Ciptaan Lakaran Reka Bentuk Sebenar Secara Terperinci Lukisan Rendering
1.5 1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4
MERANCANG DAN MENGORGANISASI Rekod Kerja (Diari) Dan Carta Alir Kerja Individu Senarai Bahan/Komponen dan Anggaran Kos Pembinaan Reka Ciptaan Sebenar Sistem Dalam Aplikasi Reka Ciptaan Sebenar Menghasilkan Folio Mengikut Format
1.6 1.6.1 1.6.2 1.6.3 1.6.4
MEMBINA REKA CIPTAAN Langkah Pembinaan Reka Ciptaan Sebenar Senarai Peralatan Kerja Spesifikasi Reka Ciptaan Cadangan Pengubahsuaian
2.5 2.5.1 2.5.2 2.5.3 2.5.4
LAMPIRAN LUKISAN KERJA 2D DAN 3D Lukisan Ortografik Lukisan Isometrik Lukisan Oblik Lukisan Ceraian Brosur Manual Pengguna Borang Soal Selidik Rujukan / Bibliografi Borang Soal Selidik Jawapan Responden
M/S
-
7 iv
CARTA ALIR KERJA INDIVIDU Pemilihan Tema Pelupusan
Perbincangan Tema Bersama Cikgu Zulkurnain
Mengenal Pasti Masalah Pelupusan Tin Minuman
Tidak sentuh dan senget
Pengumpulan Data dan Maklumat Berkaitan masalah Melupuskan Tin Minuman
Menilai Data Ya Penyiasatan Produk Sedia Ada Untuk Melupuskan Tin
A 8 v
Tidak
PENTING Pastikan simbol betul Pastikan anak panah betul Buat dengan kemas Anak panah sentuh tepat Carta alir bersifat individu
A
Menjana Idea dan Membuat Lakaran
Tidak Menilai Idea
Ya Perkembagan Idea dan Lakaran
Menilai Lakaran
Tidak
Ya Pembinaan Artifak
Menilai Kefungsian
Ya Membuat Kemasan
Dent Of Can Siap
9
Dengan Jayanya
Tidak
PENGHARGAAN Saya Abdul Aziz B Elias Ahmad pelajar tingkatan 5RC tahun 2016 terlebih dahulu ingin meluahkan rasa bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia dan keberkatannya dapat saya menyiapkan kerja kursus Reka Cipta SPM 2016 ini dengan jayanya. Saya juga merakamkan sekalung penghargaan kepada Puan Fareeza Bt Ghaffar selaku Pengetua SMK Ayer Baloi yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru Reka Cipta saya iaitu En Zulkurnain B Abd Rahman yang telah banyak membimbing saya dengan cemerlang dalam penghasilan folio dan artifak kerja kursus Reka Cipta SPM 2016. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan galakan, dorongan dan semangat kepada saya. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang turut sama membantu dan memberikan saya semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus Reka Cipta SPM 2016 saya ini. Terima Kasih.
10 vii
PENGENALAN Kerja kursus 3763/2 SPM 2016 terdiri daripada dua komponen utama iaitu penghasilan folio dan artifak, yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi syarat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Folio ini merupakan dokumentasi untuk menerangkan proses mereka cipta projek saya bertajuk………….. Folio ini mengandungi enam aspek proses mereka cipta iaitu dimulai dengan aspek mengenal pasti masalah serta menganalisis masalah yang dihadapi. Selain itu folio ini juga mengandungi kajian tentang reka ciptaan sedia ada yang boleh menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti. Terdapat juga beberapa lakaraan penjanaan idea, lakaran perkembangan reka bentuk, dan lukisan kerja projek yang telah saya hasilkan.
Pada akhir folio ini juga dinyatakan cara mempromosi produk yang dicipta dengan menggunakan brosur. Saya berharap produk yang dicipta ini dapat memberi manfaat kepada pengguna serta dapat dipasarkan. Setelah saya menghasilkan folio ini diharapkan dapat dijadikan rujukan untuk menghasilkan reka ciptaan yang lebih baik pada masa akan datang.
11 viii
MENGENALPASTI DAN MENGANALISIS MASALAH
Penyataan Masalah
Pengumplan Data Atau Maklumat
Huraian Data
Rumusan 12
1.1
MENGENALPASTI DAN MENGANALISIS MASALAH YANG MEMERLUKAN PENYELESAIAN MENERUSI SATU REKA CIPTAAN
1.1.1
Penyataaan Masalah Yang Hendak Diselesaikan Dengan Jelas Pakcik saya seorang pengusaha kedai makan di Bandar Pontian, Johor. Di kedai pakcik saya
Pengenalan :
Situasi : Siapa? Dimana? Apa?
terdapat berbagai-bagai jenis makanan dan minuman yang dijual. Salah satu jenis minuman yang digemari pelanggan adalah minuman dalam tin seperti Coca-cola, Pepsi, F&N dan lain-lain. Selepas pelanggan menghabiskan minuman, pakcik saya akan melupuskan tin minuman tersebut untuk dikitar semula. Akan tetapi pakcik saya menghadapi kesukaran untuk melupuskan tin minuman tersebut. Pakcik saya mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin tersebut kerana sifatnya yang keras dan saiznya yang kecil untuk dipegang. Hal ini melambatkan kerja pelupusan dan menyebabkan
Isi : Sebab / Kesan / Akibat menjelaskan
kata kunci
kerja-kerja lain terganggu. Pakcik juga berasa lenguh pada tangan, bahu dan pinggang kerana perlu berulang kali mengetuk tin tersebut dalam kuantiti yang banyak. Pakcik juga pernah mengalami kecederaan pada jari akibat terketuk ketika melupuskan tin. Tin minuman yang tidak dilupuskan akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Hasil dan kualiti tin yang dilupuskan juga tidak memuaskan kerana masih terdapat tin yang tidak kemek sepenuhnya. Hal ini akan memerlukan ruang penyimpanan.
Penutup : Rumusan
Daripada situasi di atas, pakcik saya menghadapi kesukaran untuk melupuskan tin-tin minuman TIPS !
dengan mudah, cepat, selamat dan berkesan. Rujuk / Berdasarkan Kata Kunci 13 1
Sebaik-baiknya 3 perenggan (Pengenalan, Isi, Penutup) Tidak boleh diulas produk sedia ada pada 1.1
PENTING Kandungan Penyataan Masalah: Situasi (menunjukkan masalah) Kata kunci Sebab / Kesan / Akibat
Tulis salah satu bergantung pada kaedah yg digunakan
1.1.2 Pengumpulan Data / Maklumat Yang Berkaitan Dengan Masalah Saya telah menjalankan satu soal selidik berkaitan masalah melupuskan tin minuman dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pekerja kantin sekolah, pekerja kebersihan dan pengusaha restoran sekitar bandar Pontian pada 15 Julai 2015 dan PENTING
mengumpulnya semula selepas itu.
Contoh borang soal selidik dilampirkan pada muka surat ____. Hasil dapatan kaji selidik yang telah dibuat, dirumuskan seperti Jadual 1.
Bil. Responden Bil.
Masalah Yang Dihadapi
Kaedah dan Sumber dinyatakan Contoh borang soal selidik / lain - lain disertakan pada helaian berikutnya dan pada lampiran Bina jadual pengumpulan data Eviden perlu dilampirkan (Minimum 10 eviden utk soal selidik/temubual & 5 utk kaedah yg lain
Peratus Responden
Ya
Tidak
Ya
Tidak
1
Mengambil masa yang lama
18
2
90%
10%
2
Berasa lenguh dan penat
17
3
85%
15%
3
Hasil pelupusan kurang memuaskan
19
1
95%
5%
4
Pernah tercedera
15
5
75%
25%
Jadual 1: Maklum balas responden terhadap masalah melupuskan tin minuman 14 2
SMK AYER BALOI, PONTIAN JOHOR BORANG SOAL SELIDIK BERKENAAN MASALAH MELUPUSKAN TIN MINUMAN
PENTING
Eviden perlu dilampirkan (Minimum 10 eviden utk soal selidik/temubual & 5 utk kaedah yg lain dimasukkan dalam envelop di halam terakhir folio)
A. LATAR BELAKANG
Saya Abdul Aziz B Elias Ahmad, pelajar mata pelajaran Reka Cipta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2016 sedang menyiapkan kerja kursus bagi memenuhi syarat Kertas 2 Reka Cipta (3763/2). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah melupuskan tin minuman. Borang selidik ini adalah bertujuan memperolehi data dan maklumat untuk proses menganalisis dapatan kajian. Segala data dan maklumat adalah sulit dan hanya untuk kegunaan kajian sahaja. Sekian Terima Kasih. TIPS !
B.
SILA TANDAKAN ( ) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN. Umur : _________ tahun
Bil.
Jantina : L / P (bulatkan)
Masalah Yang Dihadapi
Minimum 3 soalan tetapi sebaik-baiknya lebih daripada 3 soalan berkaitan masalah Soalan mestilah jelas dan tepat
Ya
1
Saya mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin minuman
2
Saya berasa lenguh dan penat ketika melupuskan tin
3
Hasil tin minuman minuman yang saya lupuskan kurang memuaskan
4
Saya pernah tercedera semasa melupuskan tin minuman.
Tidak
TIPS ! 15 3
Boleh diterima: Adakah anda mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin minuman?
1.1.3 Huraian Data / Maklumat Dengan Jelas Dan Tepat GRAF MAKLUM BALAS RESPONDEN TERHADAP MASALAH MELUPUSAN TIN MINUMAN Peratus Responden (%)
(19) 100
(18) (17)
90
(15)
TIPS !
80
60
50
70
40
Graf menunjukkan : Tajuk Petunjuk Label pada paksi X dan Y Dilukis jelas (tidak semestinya 3D) Graf mesti dilukis mengikut disiplin yg betul
(5)
30 20
(2)
(3) (1)
10 0 Mengambil masa yang lama
Berasa lenguh dan penat
Hasil kurang memuaskan
16 4
Pernah tercedera
Masalah Dihadapi
1.1.3 Sambungan Huraian Data Berdasarkan data yang diperolehi seramai 95% responden (19 orang) menyatakan bahawa mereka mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin minuman, manakala 5% responden (1 orang) menyatakan tidak menghadapi masalah tersebut. Seramai 85% responden (17 orang) menyatakan mereka berasa lenguh pada bahagian tangan dan lutut ketika melupuskan tin, manakala 15% responden (3 orang) menyatakan sebaliknya. Didapati seramai 90% responden (18 orang) menyatakan hasil pelupusan tidak memuaskan, sebaliknya 10% responden (2 orang) tidak menghadapi masalah itu. Seramai 75% reponden (15 orang) pernah tercedera semasa melupuskan tin minuman berbanding 25% lagi responden (5 orang) menyatakan sebaliknya. PENTING Ada menunjukkan kekerapan, peratusan, perbandingan dan disokong oleh histogram / carta pai / carta bar dan lain-lain
17 5
1.1.4 Rumusan Masalah Dengan Jelas Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat, didapati majoriti responden mengalami kesukaran untuk melupuskan tin minuman. TIPS ! Majoriti atau sebilangan besar Walaupun 1.1.4 tulisannya sedikit tetapi tidak boleh dicampurkan dengan muka surat tajuk yang lain.
18 6
MENYELIDIK DAN MENYIASAT PRODUK SEDIA ADA
Pengumpulan Data Atau Maklumat
Analisis Fungsi Reka Ciptaan
Hasil Dapatan
Rumusan
19
1.2WMEMBUAT PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN
BERHUBUNG DENGAN REKA CIPTAAN YANG MERUPAKAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH YANG TELAH DIKENAL PASTI
1.2.1 Pengumpulan Data Atau Maklumat Reka Ciptaan Sedia Ada / Baharu Saya telah menjalankan kajian produk sedia ada menggunakan media elektronik dengan melayari laman sesawang internet untuk mencari maklumat. Saya mendapati produk sedia ada untuk melupuskan tin minuman adalah seperti di berikut : PENTING Nama produk ditulis dan gambar ditampal Nyatakan sumber dan data
Produk 1
Produk 2
TIPS ! Sebaikbaiknya 2 produk yang kontra (berlainan saiz, cara guna, elektrik dll)
Nama produk : Handy Can Crush
Nama produk : Ultimate Can Crasher
Sumber : http://www. e-mart.com/cancrusher
Sumber maklumat : http://www.google.com/ search ‘recycle machine for can’ 20 7
1.2.2 Analisis Fungsi Reka Ciptaan Sedia Ada Dengan Jelas
Nama Produk
Cara Berfungsi Handy Can Crush melupuskan dengan cara pengguna meletakkan tin minuman pada tempat letak tin. Pengguna akan menarik bahagian
Handy Can Crush
pemegang ke bawah dan seterusnya pemampat akan bergerak ke bawah untuk memampatkan tin minuman. Selepas itu pengguna akan menolak pemegang ke atas semula dan mengeluarkan tin minuman yang telah dilupuskan.
Ultimate Can Crusher melupuskan dengan cara pengguna memasukkan Ultimate Can Crasher
tin minuman ke tempat letak tin. Pengguna menghidupkan suis dan sistem hidraulik akan menggerakkan pemampat untuk memampatkan tin minuman hingga ke saiz yang kecil. Kemudian tin yang telah dilupuskan akan keluar melalui ruang keluar mesin tersebut.
PENTING 21 8
Terangkan cara menggunakan produk / berfungsi
1.2.3 Senarai Hasil Dapatan Berdasarkan Maklumat Yang Diperoleh Nama Produk
Handy Can Crush
Ultimate Can Crasher
Kekuatan
Kelemahan
Mudah untuk digunakan dikendalikan. Pengguna hanya perlu menarik pemegang untuk melupuskan tin minuman. Mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil. Mudah untuk mengeluarkan tin yang telah dilupuskan.
Mengambil masa yang cepat untuk melupuskan tin minuman. Lebih banyak hasil dapat diperolehi dalam masa yang singkat. Mesra pengguna. Pengguna tidak memerlukan tenaga yang lebih kerana dibantu oleh sistem hidraulik untuk melupuskan tin minuman.
PENTING
TIPS ! Sebaiknya ulasan kelemahan melebihi kekuatan.
Hasil tin minuman yang dilupuskan kurang memuaskan. Memerlukan tenaga yang banyak untuk menarik pegang. Ini akan memenatkan pengguna. Mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin minuman. Kuantiti tin minuman yang sedikit sahaja dapat dilupuskan dalam tempoh masa tertentu. Boleh mendatangkan bahaya sekiranya tin yang dilupuskan terpelanting semasa dilupuskan. Memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi. Sistem hidraulik tidak dapat berfungsi jika tiada bekalan sumber kuasa. Sukar untuk diubah kedudukan kerana saiznya yang besar. Memerlukan penyelenggaraan yang tinggi pada sistem hiraulik. Pengguna perlukan pengetahuan untuk mengendalikan produk. Memerlukan kos untuk beroperasi iaitu penggunaan tenaga elektrik.
22 9
Ulas dari segi fungsi sahaja bukannya sifat bahan seperti berat, ringan dll. Mudah dibawa bukan fungsi produk.
1.2.4 Rumusan Hasil Dapatan Dengan Jelas
Berdasarkan penyelidikan dan penyiasatan yang telah saya buat berhubung reka ciptaan sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, didapati produk untuk melupuskan tin minuman yang sedia ada tidak mampu untuk melupuskan tin minuman dengan mudah, cepat, jimat, selamat dan berkesan. Oleh itu, satu inovasi reka ciptaan untuk melupuskan tin minuman yang baharu perlu dihasilkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
23 10
MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI IDEA
Penjanaan Idea
Perkembangan Idea
Perbandingan Kefungsian Idea
Sintesis Idea
24
1.3
MENJANA DAN MEMBENTUK PELBAGAI IDEA YANG MENJURUS KEPADA PENYELESAIAN MASALAH YANG DIKENALPASTI
1.3.1 Penjanaan Idea Dalam Bentuk Lakaran Berlabel Melalui Dua Kaedah Yang Berbeza PENTING
IDEA 1 Kaedah : Menghentam
Kaedah Idea 1 tidak boleh sama dengan idea 2 Minimum Dua bahagian / komponen dilabelkan Lakaran mesti dalam bentuk 3D (perspektif, isometrik, 3D bebas)
TIPS !
25 11
Sebaiknya lakaran menggunakan ¾ ruang kertas Lakaran mesti menunjukkan kaedah yang dipilih
IDEA 2 Kaedah : Memampat
TIPS !
Sebaiknya label tunjuk tepat / sentuh bahagian yang hendak ditunjuk
26 12
1.3.2 Lakaran Perkembangan Penjanaan Idea
Penjanaan Idea 1
TIPS ! Sebaiknya nyatakan sebab perkembangan dibuat
27 13
PENTING Dua idea di jana dengan sekurang-kurangnya dua peringkat perkembangan bg setiap idea Idea Asal Lakaran 1 Lakaran 2 Idea akhir perlu dinyatakan fungsi operasi
Fungsi Operasi : Letakkan tin di ruang letak tin. Tarik pemegang dan lepaskan, kemudian besi penghentam akan ditarik oleh spring ke bawah dan meghentam tin minuman
Penjanaan Idea 2 Keratan Rentas
Fungsi Operasi : Letakkan tin di ruang letak tin. Tarik pemegang ke bawah, kemudian besi pemampat akan bergerak untuk memampatkan tin minuman
28 14
1.3.3 Perbandingan Kefungsian Idea
Idea
Idea 1
Idea 2
Kekuatan
Kelemahan
Tidak memerlukan tenaga yang banyak kerana sistem spring membantu menghentam dengan baik. Boleh melupuskan empat tin minuman pada satu masa. Tin tidak mudah terpelanting kerana ada dinding tepi semasa proses memampatkan tin dilakukan.
Hasilnya kurang memuaskan kerana tidak kesemua tin lupus dengan sempurna. Memerlukan hentaman yang kuat untuk menghentam tin sebelum tin dilupuskan.
Pemampat yang berkesan memudahkan proses pelupusan tin minuman. Tin yang dimampatkan dapat dilupuskan dengan sempurna Boleh melupuskan dua tin sekaligus dengan mudah dan cepat.
Memerlukan tenaga yang kuat untuk memampatkan tin minuman kerana penukul dibuat daripada besi. Hanya boleh melupuskan dua tin minuman pada satu masa sahaja.
PENTING Ulas dari segi fungsi sahaja bukannya sifat bahan seperti berat, ringan dll. Minimum 1 kekuatan dan 1 kelemahan untuk setiap Idea.
TIPS ! Sebaiknya ulasan kekuatan melebihi kelemahan. 29 15
1.3.4 Sintesis Idea Yang Telah Dijana Dengan Menunjukkan Hasil Gabungan Dalam Bentuk Lakaran Berlabel Pemegang
Spring
Pemampat
Hasil Perkembangan Penjanaan Idea 1
Hasil Perkembangan Penjanaan Idea 2
TIPS !
PENTING
Minimum Dua bahagian / komponen dilabelkan
Gabungan boleh dalam bentuk : - Kaedah dengan Kaedah - Bentuk dengan Bentuk - Kaedah dengan Bentuk
Kerangka
Sebaiknya bahagian yang hendak disintesis / gabung dilabelkan
30 16
Hasil Sintesis Idea 1 dan Idea 2
MENCIPTA DAN MEREKA BENTUK REKA CIPTAAN
Perkembangan Reka Bentuk
Gambaran Awal Reka Ciptaan
Lakaran Reka Bentuk Sebenar
Lukisan Rendering
31
1.4
MENCIPTA DAN MEREKA BENTUK CIPTAAN
1.4.1 Lakaran Perkembangan Reka Bentuk Yang Berlabel TIPS ! Sebaiknya nyatakan sebab perkembangan dibuat Lakaran tambahan (keratan rentas) boleh dilakar supaya lebih jelas
PENTING Sekurang-kurangnya Dua perkembangan reka bentuk dihasilkan Sekurang-kurangnya Satu lukisan perspektif Minimum Dua bahagian / komponen dilabelkan Keratan Rentas
Rupa pemegang dipanjangkan supaya dapat meringankan beban
Ruang keluar tin minuman diubahsuai supaya tin lebih mudah untuk dimampatkan dan dikeluarkan
Pemegang lebih ergonomik dan mesra pengguna
Keratan Rentas
32 17
Rupa kerangka diubahsuai supaya lebih tegap, kukuh dan stabil
1.4.2 Gambaran Awal Reka Ciptaan Yang Berlabel PENTING
Minimum Dua bahagian / komponen dilabelkan Lakaran mesti dalam bentuk 3D (perspektif, isometrik, 3D bebas)
Pemegang
Struktur badan / kerangka Tempat masuk tin
Pemampat / pelupus
Tempat tin keluar / yang sudah dilupus
TIPS !
33 18
Sebaiknya diwarnakan atau boleh guna teknik lain seperti blushing dll
1.4.3 Lakaran Reka Bentuk Reka Ciptaan Sebenar Secara Terperinci Dan Menerangkan Cara Berfungsi Cara Berfungsi : Tin minuman diletakkan di dalam tempat masuk tin. Kemudian pengguna akan menekan pemegang ke bawah dan seterusnya akan menggerakkan pemampat bergerak ke bawah untuk melupuskan tin. Apabila pemegang dilepaskan, spring akan menolak pemegang kembali kepada kedudukan asal. Tin yang telah dilupuskan akan keluar melalui tempat keluar.
PENTING
Pemegang (getah)
TIPS ! Minimum DUA bahagian labelkan Dimensi yang baik : - Panjang X Lebar X Tinggi - Keratan Rentas (diameter) - Panjang, lebar, tinggi keseluruhan - Bahagian penting didimensikan Anak panah dan cara mendimensi hendaklah betul Pandangan bantuan (2D) boleh ditambah untuk menjelaskan dimensi
Lakaran terperinci (berlabel dan berdimensi) Label merujuk bahan SEBENAR dicadangkan Lakaran mesti dalam bentuk 3D (perspektif, isometrik, 3D bebas)
Spring (besi anjal) 450
Pemampat (besi) 150
kerangka (besi)
300
34 19
Unit : Milimeter (mm)
1.4.4 Aplikasikan Rupa Bentuk Reka Ciptaan Sebenar Secara Lukisan Rendering
PENTING Ciri perlu ada : Ada muka taip (nama artifak) Diwarnakan Lukisan latar belakang Warna sama dengan reka ciptaan akhir
TIPS !
DOC
Melupuskan tin dengan berkesan
Dent Of Can 35 20
Lukisan rendering mengandungi : - Arah cahaya - Ton - Bayang Warna artifak mestilah terserlah. Latar belakang jangan menenggelamkan artifak Sebaiknya letakkan slogan dan logo Kombinasi pemilihan warna dan teknik yang betul akan meningkatkan kualiti rendering. Cth : warna terang gelap, panas sejuk, dominan minor Cara mudah mendapatkan muka taip yang betul, rujuk font dalam perisian Microsoft Word
MERANCANG DAN MENGORGANISASI
Rekod Kerja (Diari)
Senarai Bahan / Komponen Dan Anggaran Kos
Sistem Dalam Reka Ciptaan
Format 36
1.5
PERANCANGAN PEMBINAAN REKA CIPTAAN PENTING
1.5.1 Rekod Kerja (Diari) Individu
Lengkapkan tarikh,
Rekod Kerja 2015 Tarikh
Masa
Tempat
02.07.2O15
8.50-10.10
Bengkel RC
Perkara 1.1 Mengenal Pasti Dan Menganalisis Masalah Perbincangan Tema Bersama Cikgu Zulkurnain Membuat Carta Alir Kerja Individu Mengenal Pasti Masalah Yang Dihadapi Mengumpul Maklumat Berkaitan Masalah Yang Dihadapi Melayari Internet Untuk Mengumpul Maklumat Membuat Borang Soal Selidik Membuat Graf Dan Menghuraikan Data Membuat Rumusan 1.2 Penyiasatan Produk Sedia Ada Mengumpul Reka Ciptaan Sedia Ada Menganalisis Fungsi Reka Ciptaan Sedia Ada Menyenaraikan Hasil Dapatan Kajian Menhasilkan Rumusan 1.3 Menjana Dan Membentuk Berbagai Idea Menjana Idea Melalui Dua Kaedah Yang Berbeza Melakar Perkembangan Idea Yang Dijana Membanding Kefungsian Idea Mensintesis Idea 37 21
masa, tempat dan tandatangan guru
T.T Guru
Rekod Kerja 2016 Tarikh
Masa
Tempat
Perkara 1.4 Mencipta Dan Mereka Bentuk Reka Ciptaan Membuat Perkembangan Reka Bentuk Membuat Gambaran Awal Reka Ciptaan Membuat Lakaran Reka Bentuk Sebenar Secara Terperinci Membuat Lukisan Rendering DOC 1.5 Merancang Dan Mengorganisasi Menyediakan Rekod Kerja (Diari) Individu Menyenaraikan Bahan Dan Menganggarkan Kos Pembinaan Reka Ciptaan Sebenar Menerangkan Sistem Dalam Aplikasi Reka Ciptaan Sebenar 1.6 Pembinaan Reka Ciptaan Menerangkan Langkah Pembinaan Reka Ciptaan Dengan Lakaran Berlabel Menyenarai Peralatan Kerja Pembinaan Menyatakan Spesifikasi Reka Ciptaan Mencadangkan Pengubahsuaian Reka Ciptaan 2.5 Lukisan Kerja 2D Dan 3D Lukisan Ortografik Lukisan Isometrik Lukisan Oblik Lukisan Ceraian Membuat Brosur Membuat Manual Pengguna Membuat Rujukan Dan Bibliografi 38 22
T.T Guru
1.5.2 Senaraikan Bahan/Komponen Dan Anggaran Kos Pembinaan Reka Ciptaan Sebenar
Bil 1 2 3 4 5 6 7
Bahan Besi paip 2’ x 50mm Besi paip 1’ x 40mm Kotak besi Besi Getah pemegang Cat Spray Spring
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Jumlah (RM)
1 batang 1 batang 1 1 1 2 tin 1
6.00 3.50 8.00 5.80 5.00 5.00 5.00
6.00 3.50 8.00 5.80 5.00 10.00 5.00
Jumlah
RM43.30
A. Kos Bahan
= RM 43.30
B. Kos Upah
= RM 10.00
C. Kos Sampingan
= Kos Penggunaan Elektrik + Kos Penggunaan Air = RM 2.00 + RM 0.50 TIPS ! = RM 2.50 Nilai hanyalah anggaran sahaja
D. Kos Pengeluaran
= Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = RM 43.30 + 10.00 + 2.50 = RM 55.80
39 23
tidak semestinya tepat tetapi biarlah logik dan berpatutan
PENTING Anggaran berdasarkan bahan SEBENAR Meliputi kos bahan, kos upah dan kos sampingan Bahan / komponen rujuk 1.4 (iii)
1.5.3 Sistem Yang Diaplikasikan Dalam Reka Ciptaan Sebenar Sistem Tuas Sistem yang diaplikasikan dalam reka ciptaan yang sebenar adalah sistem tuas kelas kedua. Sistem tuas ini beroperasi apabila pemegang ditekan ke bawah maka penukul akan bergerak memampatkan tin. Daya daripada tangan yang digunakan untuk menekan pemegang dan daya dipindahkan menjadi daya mampatan kepada beban. Fulkrum pada bahagian hujung dicantumkan bersama kerangka akan menambah kestabilan semasa sistem diaplikasikan. Daya mampatan akan lebih besar dan ringan apabila pemegang menjauhi beban dan mendekati fulkrum. Sistem ini membantu meringankan kerja pengguna dan memberikan hasil yang lebih baik. PENTING
BEBAN DAYA
Sistem / kaedah diaplikasikan dalam rekaan SEBENAR Rujuk 1.4 (iii)
FULKRUM Pemegang
Daya
Beban Fulkrum
Pemampat
TIPS !
40 24
Gambarajah menjelaskan di mana sistem bertindak Menerangkan bagaimana sistem berfungsi bukannya cara guna guna artifak
Kaedah Memampat Dengan Spring Spring bersifat anjal dan akan kembali kepada bentuk asal apabila diregangkan berdasarkan hukum Hooke. Prinsip ini digunakan kerana dapat memudahkan pengguna untuk memasukkan tin dan proses memapatkan tin. Pada keadaan awal kedudukan spring berada pada kedudukan X1. Apabila pemegang ditekan ke bawah menggunakan daya F1 daripada pengguna, spring akan termampat dan berada pada kedudukan X2, Apabila pemegang dilepaskan sifat keanjalan yang ada pada spring akan menghasilkan daya F2 untuk menolak pemegang kembali ke kedudukan asal. Kaedah ini sangat ergonomik, mesra pengguna dan membantu mempercepatkan kerja pengguna.
Daya F1 Pemegang
X1 F1 = -kX1 k = pemalar spring
Spring
F1 = F2 F2 = -kX2 Daya F2
X2 41 25
1.5.4 Menghasilkan Folio Mengikut Format (Rujuk Lampiran A dan B) A.
Susunan 1.0
Kulit hadapan
2.0
Borang Pengemukaan Berperingkat
3.0
Maklumat Am
4.0
Carta Alir Individu
5.0
Penghargaan
6.0
Pengenalan
7.0
Helaian Kerja
8.0
Lampiran
9.0
Rujukan/Bibliografi
10.0
B.
Evidens
Tulisan dan Lukisan Penulisan mesti ditulis tangan dan menggunakan kertas A3 dalam bentuk landskap. Sebarang
penulisan, lukisan dan lakaran yang ditampal tidak dibenarkan kecuali : - contoh borang soal selidik - gambar/foto sedia ada
TIPS !
42 26
Muka surat ini tidak perlu dibuat tetapi lebih baik ada
MEMBINA REKA CIPTAAN
Langkah Pembinaan
Senarai Peralatan
Spesifikasi
Cadangan Pengubahsuaian
43
1.6 PEMBINAAN REKA CIPTAAN 1.6.1 Langkah Pembinaan / Pemasangan Reka Ciptaan Sebenar Dengan Lakaran Berlabel
Rod besi
6. Memasang kerangka utama
Pembaris besi
Kepingan logam Kerangka besi
TIPS !
4427
Sebaiknya peralatan untuk membuat kerja dilukis, contoh : grinder tangan Antara langkah kerja asas yang boleh digunakan : tanda & ukur, potong @ moulding, cantum, dan kemasan
Pemampat
Bahagian diwelding
8. Memasang spring, pemegang dan bahagian yang lain
bolt
Spring
7. Memasang (welding) tempat memasukkan tin dan pemampat
TIPS !
Bermula daripada awal hingga akhir pembinaan / pemasangan reka ciptaan sebenar
45 28
1.6.2
Senaraikan Peralatan Kerja Pembinaan Bil.
Nama Alatan / Mesin
1
Spanar boleh laras
2
Pemutar skru
3
Gergaji
4
Grinder
5
Kikir besi
6
Mesin welding / pateri
7
Ragum Meja
8
Gandin Getah
9
Pita pengukur
10
Pembaris besi
11
Playar
12
Apit G TIPS !
4629
Peralatan pembinaan berdasarkan pembinaan / pemasangan reka ciptaan sebenar Sebaiknya tulis peralatan yang ada di bengkel
1.6.3 Spesifikasi Reka Ciptaan
A. Fungsi
:
Reka ciptaan ini berfungsi untuk melupuskan tin minuman dengan menggunakan sistem tuas dan kaedah keanjalan spring. Sistem ini berfungsi apabila tin dimasukkan ke dalam ruang meletakkan tin, kemudian tin tersebut dimampat dengan menekan pemegang yang akan menggerakkan pemampat untuk memapatkan tin. Tin yang telah siap dimampat (dilupuskan) akan keluar dengan sendirinya melalui ruang keluar yang ada. Spring yang ada membantu pemegang untuk kembali kepada kedudukan asal setelah tin selesai dilupuskan.
TIPS !
B. Saiz Keseluruhan
:
Panjang X Lebar X Tinggi =1000mm X 350mm X 350mm
C. Had Kemampuan
:
Minimum DUA dinyatakan (A, B atau C) Spesifikasi berdasarkan reka ciptaan yang SEBENAR Bagi bentuk silinder = Tinggi X Diameter
Reka ciptaan ini boleh melupuskan 2 tin dalam satu masa.
4730
1.6.4 Cadangan Pengubahsuaian Reka Ciptaan
Saya mencadangkan pengubahsuaian dilakukan kepada reka ciptaan ini dari aspek:
Bentuk -
Diubah suai kepada bentuk dan saiz yang lebih besar supaya lebih banyak kuantiti tin minuman dapat dilupuskan.
Bahan -
Diubah suai pemampat supaya lebih kuat dan badan atau kerangka diubahsuai supaya lebih ringan dan tahan.
Sistem -
Diubah suai menggunakan sistem elektrik (motor elektrik) bagi membolehkan kerja pelupusan dibuat dengan cepat dan pantas serta hasil pelupusan yang lebih memuaskan. Ia menjimatkan tenaga manusia (mesra pengguna) serta kurang risiko mendapat kecederaan (keselamatan). TIPS !
Cadangan daripada segi proses / kaedah / bahan DLL Sekurang-kurangnya satu cadangan diberikan
48 31
LAMPIRAN
Lukisan Ortografik Lukisan Isometrik Lukisan Oblik Lukisan Ceraian Brosur Manual Pengguna Borang Soal Selidik Rujukan / Bibliografi Borang Soal Selidik Jawapan Responden 49
2.5
LUKISAN KERJA 2D DAN 3D
2.5.1 Lukisan Ortografik Unjuran Sudut Ketiga Menggunakan CAD (Berskala Dan Berdimensi)
PENTING
CONTOH LUKISAN INI TIDAK MENGIKUT SKALA. Pelajar perlu print terus daripada perisian CAD supaya skalanya TEPAT. Skala dan dimensi pada lukisan mestilah tepat.
Maksud Skala Tepat Jika panjang sebenar prototaip adalah 500 mm dan skala yang digunakan adalah 13, tinggi objek yang dilukis sepatutnya 39 mm bukannya 58 mm seperti yang dilukis disebelah ini.
TIPS !
58 mm
Dimensi yang baik : - Panjang X Lebar X Tinggi - Keratan Rentas (diameter) - Panjang, lebar, tinggi keseluruhan - Bahagian penting didimensikan Anak panah dan cara mendimensi hendaklah betul. Lebih kemas jika dibuat frame/ border seperti dibawah.
50 32
2.5.2 Lukisan Isometri Menggunakan CAD (Berskala Dan Berdimensi) TIPS ! Dimensi seperti ini tidak dibenarkan. Pelajar seharusnya merancang skala dan penggunaan ruang kertas lukisan.
Skala 1:3 51
33
2.5.3 Lukisan Oblik Menggunakan CAD (Berskala Dan Berdimensi)
52
34
2.5.4 Menghasilkan Lukisan Ceraian Artifak
TIPS ! Komponen yang bercerai dilabelkan. Komponen yang dilukis sebaiknya jangan bertindih dengan komponen yang lain.
53 35
TIPS ! Brosur / manual pengguna dicetak dan ditampal di sini Satu Salinan dilekatkan pada artifak
BROSUR
54 36
BROSUR
55 37
MANUAL PENGGUNA
56 38
BORANG SOAL SELIDIK SMK AYER BALOI, PONTIAN JOHOR BORANG SOAL SELIDIK BERKENAAN MASALAH MELUPUSKAN TIN MINUMAN
PENTING
Eviden perlu dilampirkan (Minimum 10 eviden utk soal selidik/temubual & 5 utk kaedah yg lain dimasukkan dalam envelop di dalam terakhir folio)
A. LATAR BELAKANG
Saya Abdul Aziz B Elias Ahmad, pelajar mata pelajaran Reka Cipta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2016 sedang menyiapkan kerja kursus bagi memenuhi syarat Kertas 2 Reka Cipta (3763/2). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah melupuskan tin minuman. Borang selidik ini adalah bertujuan memperolehi data dan maklumat untuk proses menganalisis dapatan kajian. Segala data dan maklumat adalah sulit dan hanya untuk kegunaan kajian sahaja. Sekian Terima Kasih.
B.
SILA TANDAKAN ( ) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN. Umur : _________ tahun
Bil.
TIPS ! Sebaik-baiknya lebih daripada 3 soalan Soalan mestilah jelas dan tepat
Jantina : L / P (bulatkan)
Masalah Yang Dihadapi
1
Saya mengambil masa yang lama untuk melupuskan tin minuman
2
Saya berasa lenguh dan penat ketika melupuskan tin
3
Hasil tin minuman minuman yang saya lupuskan kurang memuaskan
4
Saya pernah tercedera semasa melupuskan tin minuman. 57 39
Ya
Tidak
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI Rujukan Bertulis 1. Hasni Bin Rais, Jamil Bin Abd Baser.( 2007). Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5. Cerdik Publication Sdn. Bhd. Shah Alam. 2. Mohd Noh, Md Nasir.( 2002). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 3. Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2009). Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta (3763/2). Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur. 4. Zulkurnain, Abdul Aziz, (2009). Lembaran Kerja dan Contoh Penulisan Folio Reka Cipta SPM. Panitia Reka Cipta SMK Ayer Baloi. Ayer Baloi.
Rujukan Internet 1. 2. 3. 4.
NOTA
Http://www.wikiepedia.com Http://www.yahoo.com/image cockle Http://www.myipo.gov.my Http://www.mrm.gov.my
Borang soal selidik jawapan responden dimasukkan dalam envelop saiz A4 dan lekatkan pada sebelah kiri, bahagian dalam kulit belakang folio. Borang PKC(F) ditampal di sebelah envelop dan PKC(A) pada artifak.
TIPS ! Tulis semua rujukan / bibliografi yang digunakan. Boleh juga disertakan gambar foto artifak yang telah siap bersama pelajar untuk dilampirkan selepas muka surat ini.
Kulit Hadapan
Kulit Belakang Borang Soal Selidik Jawapan Respon den
TAMAT 58 40
PKC (F)
Contoh-contoh rendering / hasil kerja pelajar (tiada kaitan dengan folio utk dihantar, sekadar rujukan guru shj)
TIPS ! Lukisan yang terbaik sepatutnya dapat mengaplikasikan rupa, bentuk, cahaya, ton, bayang, kedudukan bayang (sebelah belakang), latar belakang (tidak menenggelamkan objek), pemilihan warna panas sejuk, terang gelap, dominan minor, perspektif dan sudut lakaran yang baik.
59
60
Anda yang boleh mengubah nasib diri anda, bertindak segera sebelum terlambat 61
62
63
64
65
PENGHARGAAN
Penyunting / Pengarah Projek
Panel Pembina
Panel Penilai dan Jaminan Kualiti
Pegawai Pembina MP Reka Cipta Lembaga Peperiksaan
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Ketua-ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Guru Cemerlang (GC) dan Jurulatih Utama (JU) Reka Cipta
Panel Penasihat daripada Institusi Pengajian Tinggi / Badan Berkanun / Profesional
Pakar Perunding Reka Bentuk / Arkitek / Jurutera / Inovasi
Sekolah dan Guru-guru Reka Cipta Yang Terlibat
Tokoh-tokoh Pereka Cipta dan Inovasi
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLIS GURU GURU REKA CIPTA KEBANGSAAN
66