Contoh karangan: “Ibu saya” Pendahuluan :
nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir
Isi-isi :
pendidikan yang diterima ibu bekerja sebagai seorang guru ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan penyabar
Penutup :
mengenang dan menghargai jasa ibu
Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan. Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu. Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang. Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adikadik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.
Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami. Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.
Contoh karangan: “Bapa saya”
Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati. Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak. Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawankawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya. Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami. Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat.
Tajuk : Sambutan Hari Jadi Saya (1) Saya lahir pada 15 September 2000. Pada 15 September 2006 yang lalu, ibu saya telah mengadakansatu majlis sambutan hari jadi untuk saya. Majlis itutelah diadakan di rumah saya. Pada ketika itu saya menyambut hari jadi yang ke-8 tahun. Ibu telah menempah sebiji kek yangberbentuk bulat. Selain daripada kek ada juga makanan yang lain seperti mi goreng, ayam goreng, keropokdan minuman. Majlis hari jadi saya dihadiri oleh saudara-mara dan kawan-kawan say. Mereka datangmembawa hadiah. Saya sangat gembira kerana dapat menyambuthari jadi saya. Saya telah mendapat banyak hadiah seperti kereta mainan, kotak pensel, buku cerita dan sebagainya. Saya berharap dapat menyambut hari jadisaya pada setiap tahun.
( 107 patah perkataan )
Tajuk : Sambutan Hari Jadi Saya (2) Pada suatu hari, saya balik ke rumah. Apabila saya sampai, saya membuka pintu. Saya terperanjat kerana keluarga saya dan kawan-kawan menyambut hari lahir saya. Keluarga saya membelikan kek. Selepas itu, semua orang pergi ke ruang tamu. Semua orang menyanyikan lagu hari lahir untuk saya. Saya meniup api lilin lalu semua orang bertepuk tangan. Saya juga bertepuk tangan. Selepas itu, saya memotong kek. Saya memberi semua orang kek untuk makan. Semua orang sedang makan. Saya memotong kek menggunakan pisau plastik. Selepas itu, keluarga saya memberi hadiah. Saya membuka hadiah itu. Selepas itu, semua orang tepuk tangan lalu balik ke rumah. Saya mengucapkan terima kasih kerana datang menyambut hari lahir saya. Saya pun memberi mereka beg cenderahati.