CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI MINGGU PERTAMA
WAKTU / HARI
ISNIN
SELASA
KHAMIS
Perhimpunanringkas Pengurusan di Dewan Budiman kelas / kenali rakan sekelas
1.20 – 2.20
Suai kenal dengan rakan / guru
2.20 – 3.20
3.20 – 3.40
RABU
REHAT
REHAT
REHAT
JUMAAT
- Cerita Teladan - Mengenal huruf besar / kecil
Mengenal Mewarna Jalur warnadan Gemilang mewarna gambar
REHAT
REHAT
Lawatan ke pejabat Mengenal benda guru , surau , blk Maujud dalam kaunseling , blk muzik kelas dan luar . tandas , kantin kelas
3.40 – 4.40
Nyanyian Lagu Sekolah
1.40 – 5.40
Perhimpunan rasmi 5.40 – 6.40
Taklimat peraturan sekolah dari guru penasihat badan pengawas Nyanyian Lagu Nyanyian lagu Negara Ku Jalur Gemilang Negeri Selangor Taklimat Kaunselor sekolah
Mengenal huruf vokal
CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI MINGGU KE 2
WAKTU / HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
TEMA
HAIWAN
BENTUK ANGGOTA KELUARGA BENDA WARNA BADAN WAUJUD DAN SAIZ Cerita teladan / Cerita teladan / Cerita teladan / Mencari gambar Bahasa 1.20 – 2.20 cari ganbar cari benda cari benda tersembunyi Malaysia tersembunyi tersembunyi tersembunyi Suku kata Bahasa Dunia Sains 2.20 – 3.20 Malaysia Bentuk Mengecam bunyi / lakukan gerakan 3.20 – 3.40
REHAT
Dunia sains 3.40 – 4.40 Menamakan bahagian tubuh badan
REHAT Pend. Seni Visual Corak dan rekaan
Dunia Sains Mencari gambar Bahasa Menggenal tersembunyi Inggeris anggota badan Numbers
REHAT Pend. Seni Visual Boneka tapak tangan
Pend. Seni 1.40 – 5.40 Visual Membuat topeng haiwan
Matematik Bahasa Banyak / sedikitInggeris Corak Parts of the Mewarna body nombor Nyanyian Nyanyian Nyanyian 5.40 – 6.40 Bunyi Binatang Buah buahan Kiri dan kanan Malaysia
UJIAN DIGNOSTIK
REHAT
REHAT
Nyanyian Pend. Moral / Lagu – Papa ku Agama pulang dan warna Ciptaan tuhan / gambar manusia Matematik Mengenal nombor 1 - 10
Sukanika
Bahasa Inggeris Sukanika Family members
Peraturan Sekolah
PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN 1.1 Loceng Pertama akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi. Semua murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan untuk Pra PdP. 1.2 Tepat jam 7.30 pagi, semua murid akan berada di dalam kelas untuk memulakan Pembelajaran 1.3 Loceng Rehat 1.3.1
Waktu rehat selama 20 minit.
1.3.2
Masa Rehat: Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ) 9.30 pagi hingga 09.50 pagi Tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6 ) 10.00 pagi hingga 10.20 pagi
1.3.3
Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.
1.3.4
Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.
1.3.5
Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masingmasing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.
1.4 Waktu Balik : 01.20 tengah hari. Sebelum balik, jam 1.15 tengah hari, bacaan doa akan dibacakan dan semua murid akan mengaminkan doa. Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.
PERKARA 2:
PERHIMPUNAN MINGGUAN
2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. Perhimpunan mingguan akan dijalankan setiap minggu pada hari Isnin bermula jam 07.30 pagi hingga 08.00 2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. 2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil perhatian dengan sepenuhnya. 2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas. 2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap.
PERKARA 3:
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah. 3.1
Pakaian Murid Lelaki 3.1.1 Baju Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek. 3.1.2
Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua. -Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan. 3.1.3
Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm. Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru. 3.1.3
Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.
Istilah pendek ialah : -
Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
-
Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
-
Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis tengah hidung.
-
Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.
3.2
Pakaian Murid Perempuan
3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat. 3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua. 3.2.3 Tudung / Mini Telekung Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang sesuai. 3.2.4 Rambut / Kuku /Riben -
Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
-
Rambut tidak boleh mencecah bahu.
-
Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan menggunakan riben hitam atau biru.
-
Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku dan sebagainya.
3.2.5
Alat-alat solek
-Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis. 3.2.7 Barang-barang Kemas Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai leher,antinganting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.
3.3 3.3.1
Kasut dan Sarung kaki Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih Sarung kaki hendaklah berwarna putih.
3.4
Pakaian Seragam Pengawas sekolah
3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher berwarna merah tua. 3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan bertudung biru. Gaun / blaus warna biru gelap.
3.5
Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
3.5.1
Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang (track
bottom / pendek (bola sepak). Sewaktu pendidikan jasmani, murid dibolehkan memakai pakaian senaman sehingga selesai pembelajaran ( Waktu Balik )
PERKARA 4 : 4.1
KEDATANGAN
Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
4.1.1
Pada semua waktu persekolahan.
4.1.2
Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3
Aktiviti kokurikulum.
4.2
Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada
ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng. 4.3
Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta
memberi penjelasan. 4.4
Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan. 4.5
Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga,
diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.
PERKARA 5 : 5.1
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
Bilik Darjah
5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah. 5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan akademik. 5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis kipas dan lampu. 5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.
5.2
Kawasan Sekolah
5.2.1
Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2
Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
5.2.3
Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4
Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
5.2.5
Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6
Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7
Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.
5.3
Tandas Sekolah
5.3.1
Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
5.3.2
Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan.
5.3.3
5.4
Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.
Papan Kenyataan
5.4.1
Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
5.4.2
Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
5.4.3
Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
5.4.4
Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak memindah atau merosakkannya.
5.5
Harta Benda Sekolah.
5.5.1
Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.
5.5.2
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
5.5.3
Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
5.5.4
Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERKARA 6 : 6.1
KAWASAN LARANGAN
Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru. 6.2
Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang ditetapkan.
PERKARA 7 :
KANTIN
7.1
Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.
7.2
Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas-bekas
yang disediakan selepas digunakan. 7.3
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.
7.4
Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
7.5
Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.
PERKARA 8 :
TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1
Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
8.2
Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama pelajar
8.3
Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi yang
bukan Islam. 8.4
Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama
baik sekolah. 8.5
Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.
PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.
9.1
Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2
Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
9.3
Memukul guru-guru.
9.4
Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5
Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
pejabat Pelajaran. 9.6
Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
9.7
Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.8
Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
9.9
Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.10
Berjudi.
9.11
Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.
9.12
Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.
9.13
Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar.
9.14
Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.
PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB 10.1
Nasihat / Kaunseling
10.2
Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3
Amaran
10.4
Rotan satu kali
10.5
Rotan dua kali
10.6
Rotan tiga kali
10.7
Rotan melebihi tiga kali
10.8
Digantung sekolah
10.9
Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10
Dibuang sekolah (dicadang)
10.11
Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undangundang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
PERKARA 11: KOKURIKULUM 11.1.1
Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut :
11.1.1
Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2
Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3
Sukan / Permainan
11.2
Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang diambil.
11.3
Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4
Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .
PERKARA 12 :
PEPERIKSAAN
12.1
Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
12.2
Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan
berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.
PERKARA 13 :
PERTUKARAN SEKOLAH
13.1
Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
13.2
Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah memastikan
pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 14 : 14.1
YURAN
Bayaran buku tulis mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.
PERKARA 15 :
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
15.1
Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
15.2
Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik : 15.2.1 pada akhir tahun
15.3
15.2.2
apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3
sebelum bertukar sekolah
15.2.4
apabila diarah oleh pihak sekolah.
Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.
PERKARA 16 :
PUSAT SUMBER SEKOLAH
16.1
Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
16.2
Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di dalam
pusat sumber. 16.3
Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4
Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
16.5
Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan tersusun.
16.6
Jaga kebersihan pusat sumber.
PERKARA 17 : 17.1
PELAWAT
Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pejabat, minta
kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.
PERKARA 18 : 18.1
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti dengan
satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi. 18.2
Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan apa
sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian. 18.3
Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
18.4
Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta semak
dan bantu dalam pelajarannya. 18.5
Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan pelajaran
serta kelakuan anak di sekolah. 18.6
Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah mendapat
kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat. 18.7
Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
18.8
Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
18.9
Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid lain.
18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran. 18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas. 18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid. 18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran. 18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan. 18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku. 18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran. 18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.
PERKARA 19 : 19.1
HAL-HAL LAIN
Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta kebenaran guru
dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa / waktu. 19.2
Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau majalah
hiburan ke sekolah. 19.3
Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam kawasan sekolah.
19.4
Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
19.5
Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
19.6
Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa
persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas. 19.7
Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu rehat..
19.8
Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain semasa
atau antara pertukaran masa. 19.9
Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau pelawat
masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar. 19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan serius) 19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan. 19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH. 19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik. 19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA 2013. PENGERUSI : ENCIK SHARKAWI BIN ANNUAR NAIB PENGERUSI : PUAN ROHANAH BT HJ KUHAMMAD (PK 1) PUAN NAIMAH BT MATARANG (PKHEM) ENCIK AWANG BASUANDI BIN AWANG AHMAD (PKK) SETIAUSAHA : PUAN NOR’AZAH BT ABDULLAH PENYELARAS : PUAN AISAH BT MARACAN PIBG : ENCIK ZAIDEL BIN BUJANG SENARAI NAMA GURU KELAS TAHUN1 2013 PUAN SITI AISAH BT MARACAN (TAHUN 1 AMANAH)
PUAN MARIA KAYAN (TAHUN 1 BESTARI) PUAN DAYANG AZLIZAWATI BT ABG JOSMANI (TAHUN 1CEKAL) PUAN LEE SIEW THIEN (TAHUN 1DINAMIK) PUAN HAJJAH NORMADIAH BT DRAHMAN (TAHUN 1 ELIT) ISNIN 5 NOVEMBER 2012-Mesyuarat Perancangan Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun 1 2013. JUMAAT 9 NOVEMBER 2012-Perbincangan mengenai Program yang akan dilaksanakan mengikut subjek masing-masing dan menghantar lembaran aktiviti. 29 DISEMBER 2012- Menceriakan kelas Tahun 1 sebagai persiapan bagi tahun 2013, mengemas dan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran. 1 JANUARI 2013- Persediaan mengajar bagi Tahun 2013 2 JANUARI 2013- Pelancaran Program Transisi dan Guru Penyayang .Guru besar memberikan taklimat. 25 JANUARI 2013- Majlis Penutupan Program Transisi jam 8.30 pagi. MENGAPA KITA MENGADAKAN PROGRAM TRANSISI? Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani muridmurid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. APAKAH TUJUAN PROGRAM TRANSISI? Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah. APAKAH TEMA PROGRAM TRANSISI? ”MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA” MINDA CERDAS: Membina dan mengaplikasi kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti terancang menunjukkan minda yang cerdas. MATA BERCAHAYA: Dapat membina semangat dan terbentuk perasaan gembira hendak belajar bersama kawankawan dalam suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.SIAPAKAH ANGGOTA JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSISI? PERSEDIAAN AWAL Membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk: pendaftaran murid-murid Tahun 1 taklimat kepada ibu bapa minggu suai kenal program pengajaran & pembelajaran aktiviti lanjutan untuk murid-murid BILA PROGRAM TRANSISI PERLU DILAKSANAKAN?
MINGGU SUAI KENAL: Aktiviti yang berteraskan prinsip menyambung pengalaman prasekolah: dan memperkenalkan sekolah kepada murid-murid Tahun 1 MINGGU DINAMIKA KUMPULAN: Aktiviti yang berteraskan prinsip membina hubungan mesra di kalangan murid di samping memperkenalkan persekitaran dan budaya sekolah: aktiviti dinamika kumpulan pengukuhan sosialisasi motivasi diri pemupukan nilai murni pemupukan sosio-emosi AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN murid-murid Tahun 1 sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam
suasana yang menyeronokkan. sudah dapat menguasai kemahiran asaS motor kasar dan halus, bahasa, estetika,
kreativiti, keagamaan dan ketatanegaraan. proses pengajaran & pembelajaran
BAGAIMANAKAH MERANCANG JADUAL WAKTU PROGRAM TRANSISI? Masa : waktu 1 hingga 9 (juga rehat) Aktiviti 1. Mencapai matlamat: ü Siapa saya? ü Siapa kawan saya? ü Siapa guru-guru saya? ü Sekolah saya? Aktiviti 2. Mencapai matlamat: ü Apakah yang kami dapat buat bersama-sama? Matlamat kolaboratif: ”kelas saya yang bersih, ceria dan seronok belajar ” Aktiviti 3. Mencapai matlamat: ”KAMI BELAJAR DENGAN YAKIN DAN SERONOK” PROGRAM TRANSISI SET INDUKSI: Bersalaman Bertanya khabar Ucapan tahniah Beri pujian dan pengukuhan Tepuk tangan untuk diri sendiri MEMBINA HUBUNGAN: Tepuk bersatu Bersalaman dengan rakan baru di kiri dan kanan Galak murid-murid memberi ucapan salam dan senyuman KENALI RAKAN:
Berkumpul mengikut tinggi, saiz badan, abjad hadapan nama dsb.nya Nyanyi dalam kumpulan Murid-murid berkenalan dan bersalaman antara satu dengan yang lain
MEMBINA KUMPULAN: Berkumpul mengikut tinggi rupa bentuk segi empat, segi tiga, bujur dll Bersalaman dan berkenalan Pertandingan berkumpulan (susun rupa bentuk supaya menjadi objek) Lukis bentuk di atas kertas warna, sapukan gam dan susun cantik-cantik di atas kertas lukisan BERKENALAN DENGAN MESRA: Duduk dalam kumpulan Murid-murid bersalaman Murid-murid memperkenalkan diri Haiwan kesayangan (pet) PENUTUP DAN RUMUSAN: Nyanyian Tanya murid-murid tentang aktiviti hari itu Galak murid-murid datang esok Murid bersalaman