“Semoga Usaha Kita Mendapat Keberkatan daripada Tuhan” SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DON BOSCO PETI SURAT 352, 89308 RANAU, SABAH. Email :
[email protected] TEL: 088-888098 _________________________________________________________________________________ Tarikh : 20 Ogos 2014 Kepada, SEMUA IBU BAPA/PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6 Tuan/Puan , PROGRAM POPOGIROT SUNDUAN UPSR 2014 Adalah saya diarah dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan berhubung dengan perkara diatas; Sukacita dimaklumkan bahawa Program Popogirot Sunduan UPSR 2014 akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh Tempat Masa
: 05 September 2014 (Jumaat) : Gereja St. Pius (X), Bundu Tuhan Dewan Mini SRK Don Bosco : Jam 7.00am- 11.30 am
03. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin mengalu-alukan kehadiran pihak tuan/puan untuk menyaksikan program tersebut dan menyediakan makanan untuk jamuan makan bersama murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Semoga anak-anak tahun enam akan berjaya menghadapi UPSR dan mendapat kejayaan cemerlang berkat usaha dan doa bersama. Sila rujuk lampiran aturcara sebagai persediaan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Bersama Melonjakkan Kecemerlangan SRK Don Bosco” Saya yang menurut perintah,
........................................... ( JOSEPH MUYUK ) GURU BESAR SRK Don Bosco S.K Fail