TAJUK : SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN DI PEKAN MERU,KLANG,SELANGOR DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA JEPUN
NAMA : SYED ALI QASIM TINGKATAN : 3 QUDUS NO I/C : 940525-07-5321 NO ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PN ROHANA TARIKH : TANDATANGAN MURID,
TANDATANGAN GURU,
(…………………………..)
(........................................)
Kegiatan Ekonomi : Satu kajian tentang sumbangan kegiataan ekonomi terhadap pembangunan kawasan di Pekan Meru,Klang,Selangor dan perbandingannya dengan Negara Jepun.
ISI KANDUNGAN
BIL.
KANDUNGAN
1
PENGHARGAAN
2
PENDAHULUAN
3
OBJEKTIF KAJIAN
4
KAWASAN KAJIAN
5
KAEDAH KAJIAN
6
HASIL KAJIAN
7
RUMUSAN
8
LAMPIRAN
9
RUJUKAN
HALAMAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah diizinkan olehNya,maka telah dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2008 dengan jayanya semoga Tugasan Kerja Kursus ini memperoleh b anyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam kajian luar ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan pengetua iaitu Tuan Hj Zainuddin Bin Che Ismail dan guru pembimbing saya iaitu Puan Noraini Binti Ismail yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan,sokongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.Mereka turut membantu menyemak data,laporan dan memberi teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu Aminuddin Bin Mohd Wirsat dan Zurina Binti Y usoff yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.Tidak lupa juga kepada rakan saya,terutamanya Lutfi,Aiman,Hafizuddin dan rakan-rakan saya yang terlibat menjayakan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka,mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini.Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan tenaga,buah fikiran dan wang ringgit.
Selain itu,ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penghulu dan penduduk Pekan Meru, Selangor kerana telah banyak memberi sumbangan dalam pencarian bahan untuk kerja kursus ini.
Sekian, Terima Kasih, Salam Hormat daripada saya-Muhamad Asmui Bin Aminuddin.
Saya manjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Geografi PMR 2008.Melalui kajian ini,saya berharap dapat mengetahui kegiatan ekonomi dan potensinya di kawasan kajian.Kawasan kajian yang saya pilih ialah Pekan Meru,Klang Selangor dan perbandingannya dengan Negara Jepun.Saya telah mejalankan kajian ini secara berkumpulan dan kami telah bersepakat untuk memilih tema kegiatan ekonomi .
Kami telah memilih Pekan Meru sebagai kawasan kajian dan perbandingannya dengan Negara Jepun kerana ia menepati aspek kajian untuk kes kegiatan ekonomi penduduk dan sumbangannya terhadap kawasan kajian.Pengangkutan untuk ke kawasan kajian adalah murah kerana kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan ia memudahkan kerja-kerja kajian yang perlu saya buat.Selain itu,sambutan dan sokongan daripada penduduk di sini agak baik,ramah dan mudah mesra.Meraka juga memberi galakan kepada saya untuk menjalankan kajian ini di Pekan Meru.Malah,pembangunan dan kegiatan ekonomi yang pesat di sekitar Pekan Meru juga seiring dengan negara yang sedang giat membangun seperti Negara Jepun.
Dengan kerjasama,kami dapat menjimatkan masa untuk menjalankan tempoh kajian dan memudakan kajian lapangan.Maklumat dan data yang telah diperolehi saya gunakan untuk menulis laporan lengkap secara individu.Saya telah mengambil masa selama sebulan untuk membuat kajian,menaip laporan dan menyiapkan tugasan mengenai kajian Geografi tempatan.
Dalam menyiapkan Kerja Kursus Geografi,saya telah mempunyai beberapa objektif,antaranya ialah.....
a) Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi di Pekan Meru.
b) Untuk mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi di Pekan Meru.
c) Untuk mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Pekan Meru.
d) Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi teradap alam sekitar di Pekan Meru.
Kawasan kajian saya ialah jenis petempatan di pekan yang terletak daerah Klang,Selangor.Ciri-ciri pandang darat fizikal di kawasan kajian saya adalah tanah pamah dan terdapat sebatang sungai yang berpunca dari Bukit Cherakah yang mengalir hingga ke Selat Melaka.Lokasi kawasan kajian saya adalah sangat strategik kerana berhampiran dengan bandar-bandar yang maju seperti Klang,Shah Alam dan Subang.
Jarak kawasan kajian dari Bandar Klang adalah kira-kira 3 hingga 4 kilometer sahaja dan masa yang diambil untuk ke Bandar Klang adalah kira-kira 5 minit sahaja kerana pengangkutan dan perhubungan jalanraya di sini agak baik.
Jikalau mengikut sejarah,Meru sebenarnya adalah sebuah kampung yang kecil hanya terdapat beberapa buah kedai sahaja.Kini Meru telah berkembang menjadi sebuah pekan yang maju dan saya percaya Meru bakal menjadi sebuah bandar yang maju kerana kini banyak prasarana yang sedang giat dibina di sekitar Pekan Meru.
1) PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN ( KLANG )
PETUNJUK :
Peta Daerah Kawasan Kajian ( Klang ) Sumber : Internet
2) PETA KAWASAN KAJIAN ( PEKAN MERU )
PETUNJUK :
Peta Lakar Kawasan Kajian ( Pekan Meru , Klang ) Sumber : Pemerhatian
3) PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN ( NEGARA Jepun )
PETA NEGARA JEPUN
Sumber : Internet
Saya telah membuat Kajian Geografi Tempatan yang bertajuk “ Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Pekan Meru ” ini dengan beberapa kaedah : a) Kaedah Pemerhatian : Memerhatikan ciri-ciri di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi,tumbuhtumbuhan semulajadi dan potensinya.Saya juga membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri budaya di kawasan kajian seperti petempatan,pengangkutan dan perhubungan,kegiatan ekonomi,sumber dan masalah-masalah yang dihadapi di kawasan kajian.
b) Kaedah Temubual : Menemubual pegawai dan penghulu serta penduduk kawasan kajian.
c) Kaedah Soal selidik : Menemuramah sebanyak 25 orang responden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.
1)JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI : - Di Pekan Meru terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian (6%),perniagaan (28%),perindustrian (51%)dan perkhidmatan (15%) yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan,kewangan & perbankan dan perkhidmatan awam.Penduduk Pekan Meru seharusnya berasa bersyukur dengan keadaan Pekan Meru yang kini bertambah maju dalam kegiatan ekonominya dan memberikan kemudahan yang selesa kepada mereka. - Sektor perindustrian merupakan kegiatan ekonomi terbesar di Pekan Meru kerana Meru merupakan salah satu kawasan penghasilan sarung tangan terbesar di Malaysia.Selain itu,terdapat juga kilang-kilang lain di sekitar Pekan Meru seperti kilang jubin,kilang komponen kenderaan,kilang elektronik dan lain-lain. - Sektor perkhidmatan juga agak tinggi di Pekan Meru yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan (70%),kewangan & perbankan (20%) dan perkhidmatan awam (10%).Sistem pengangkutan & perhubungan di Pekan Meru kini sangat maju dengan pembinaan “highway” di sekelilingnya bagi menghubungkan dengan pusat bandar seperti Klang,Shah Alam,Subang dan juga kawasan-kawasan baru seperti Setia Alam,Puncak Alam dan lain-lain.Selain itu,sistem kewangan & perbankan serta perkhidmatan awam juga agak maju dengan adanya kemudahan seperti bank (RHB dan BSN banks),sekolah (tadika,rendah serta menengah),masjid dan balai raya. - Malah, banyak juga kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya dibina untuk kemudahan penduduk justeru meningkatkan sektor perniagaan di Pekan Meru. - Ciri bentuk muka bumi di Pekan Meru adalah bertanah pamah.yang rata.Namun, penduduk tidak giat mengusahakan pertanian di kawasan mereka dan hanya 6% peratus daripada bilangan penduduk yang mengusahakannya.Pelbagai jenis tanaman yang ditanam di Pekan Meru dan majoriti tanaman di Pekan Meru adalah nanas.
JENIS – JENIS KEGIATAN EKONOMI DI PEKAN MERU
BIL.
JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI
BILANGAN PENDUDUK
PERATUS
1. 2. 3. 4.
PERTANIAN PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN PERKHIDMATAN JUMLAH
2 7 12 4 25
6% 28% 51% 15% 100%
SUMBER:Kaji Selidik Penduduk Pekan Meru
2)SUMBANGAN PEKAN MERU :
KEGIATAN
EKONOMI
TERHADAP
Sebenarnya kegiatan ekonomi telah banyak menyumbang kepada pembangunan Pekan Meru jika dibandingkan Pekan Meru pada tahun 1950-an yang hanya sebuah kampung yang sangat kecil.
PELUANG PELUANG PEKERJAAN PEKERJAAN
SUMBANGAN SUMBANGAN KEGIATAN KEGIATAN EKONOMI EKONOMI TERHADAP TERHADAP KAWASAN KAWASAN KAJIAN KAJIAN PENDAPATAN PENDAPATAN & & PENINGKATAN PENINGKATAN TARAF TARAF HIDUP HIDUP
KEMUDAHAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR INFRASTRUKTUR
2.1) PELUANG PEKERJAAN :
Penduduk Pekan Meru seharusnya bersyukur kerana Meru kini telah berkembang dengan pesat justeru memberikan peluang pekerjaan yang banyak bagi penduduk daripada terus menganggur.Dahulu penduduk Pekan Meru banyak bekerja sebagai pekebun atau petani menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah mereka sendiri.Kini sektor pertanian semakin berkurang kerana banyak tanah digunakan untuk kemudahan dan kilang-kilang. Banyak peluang pekerjaan terbuka luas untuk penduduk terutamanya dalam sektor perindustrian & perkilangan kerana banyak kilang-kilang telah dibina oleh syarikatsyarikat tertentu.Walaupun begitu,sektor perindustrian masih memerlukan ramai lagi tenaga buruh kerana rakyat Malaysia tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut dan mahu mengejar taraf pekerjaan yang lebih tinggi.Oleh itu pihak-pihak di sektor perindustrian terpaksa meminta bantuan pekerja asing bagi mengatasi masalah
kekurangan pekerja mereka.Selalunya pekerja asing terdiri daripada warganegara Indonesia,Thailand,Nepal dan lain-lain lagi kerana gaji mereka di sini lebih lumayan berbanding dengan gaji di tempat mereka.Di Jepun,masalah ini jarang berlaku kerana penduduk Jepun tidak bersikap terlalu memilih untuk bekerja. 2.2) PENDAPATAN & PENINGKATAN TARAF HIDUP :
Rakyat Malaysia seharusnya berasa sangat bangga kerana mendiami sebuah negara yang aman lagi makmur terutamanya penduduk Meru yang kini mempunyai taraf kehidupan mereka yang agak tinggi.Penduduk Meru kini bukan sahaja dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dalam golongan mewah sahaja,tetapi penduduk biasa juga dapat menikmatinya kerana pendapatan di sektor perniagaan dan perindustrian kini juga agak lumayan.Penduduk Jepun kini juga dapat menikmati taraf hidup yang tinggi malah lebih hebat daripada taraf hidup di Malaysia. 2.3) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR :
Pekan Meru kini mempunyai banyak kemudahan infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan penduduknya.Pada peringkat awal,Pekan Meru dikatakan hanya mempunyai beberapa buah kedai,jalanraya yang sempit serta tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang banyak.Kini terdapat banyak deretan kedai,jalanraya berturap,jambatan,jejantas,perumahan dan lain-lain bagi memberi kemudahan kepada penduduk serta meningkatkan lagi imigrasi penduduk ke Pekan Meru ini.Pekan Meru juga mempunyai proses pembandaran yang pesat berdasarkan bilangan penduduk dan fungsinya jika dibandingkan dengan Pekan Meru pada tahun 1950-an.Penduduk Meru seharusya berasa bangga dengan kemajuan di Pekan Meru kini.Jepun merupakan sebuah bandar yang berkembang yang asalnya hanyalah sebuah bandaraya berkembang kepada sebuah metropolis dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat canggih.
3) KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR : 3.
PERUBAHAN PERUBAHAN PANDANG PANDANG DARAT FIZIKAL DARAT FIZIKAL ATAU ATAU LANDSKAP LANDSKAP
KESAN-KESAN KESAN-KESAN KEGIATAN KEGIATAN EKONOMI EKONOMI TERHADAP TERHADAP ALAM ALAM SEKITAR SEKITAR
HUJAN ASID HUJAN ASID
PENCEMARAN PENCEMARAN
1) PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP :
Kegiatan ekonomi dan pembangunan di Pekan Meru telah mengubahkan pandang darat fizikal serta landskap di sekitar Pekan Meru.Tanah yang dahulunya dijadikan sebagai kawasan pertanian untuk menanam sayur-sayuran,buah-buahan kini telah bertukar maenjadi kawasan perindustrian,tapak pembinaan bagi kemudahan infrastruktur dan sebagainya.Selain itu,lorong-lorong kecil dan hutan-hutan juga telah lenyap serta diganti dengan perkara baru seperti jalanraya berturap,”highway”,perumahan dan sebagainya.Manakala bandar-bandar di Jepun kini telah berubah dan terdapat banyak jalanraya bertingkat serta sistem perhubungan di sana telah dinaik taraf kepada sistem perhubungan yang berteknologi tinggi.Pembangunan di Jepun juga telah mengubah
pandang darat fizikal Jepun malah lebih membangun berbanding Pekan Meru. Namun , kita sebagai penduduk seharusnya bersyukur kerana hidup di tempat yang aman lagi makmur seperti Malaysia,Jepun dan sebagainya. 3.2) PENCEMARAN :
Kualiti udara di Pekan Meru kini di sangat tercemar disebabkan oleh asap-asap kilang,kereta dan sebagainya berbanding dengan Pekan Meru pada zaman dahulu yang mana boleh menikmati udara yang segar dari alam semulajadi.Kini jerebu juga kadangkala berlaku disebabkan oleh karbon monoksida yang meningkat sejak akhir-akhir ini.Selain itu,sistem persaliran dan perparitan di Pekan Meru juga ke rapkali tersumbat dan kadangkala mengakibatkan banjir di sekitar Pekan Meru pada setiap kali musim hujan.Pekara ini berlaku kerana sikap pengusaha-pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan sisa toksik ke dalam parit atau sungai-sungai di Pekan Meru.Malah ada juga di kalangan penduduk yang membuang sampah sarap ke dalam sungai sesuka hati.Di Jepun,masalah pencemaran mereka kurang menyerlah berbanding dengan Pekan Meru kerana mereka mempunyai sistem undang-undang yang ketat terhadap kebersihan.Oleh itu,kita sebagai manusia hendaklah menjaga alam yang dianugerahkan oleh tuhan ini agar boleh dinikmati oleh generasi-generasi akan datang. 3.3) HUJAN ASID :
Hujan asid ini berlaku kerana gas-gas kimia daripada asap kilang atau sebagainya bercampur dengan hujan.maka terjadilah hujan asid.Perkara ini seringkali berlaku di Pekan Meru kerana kawasan persekitarannya yang di kelilingi oleh kawasan-kawasan perindustrian dan ia menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Meru terjejas. Hujan asid di Pekan Meru telah menyebabkan beberapa masalah seperti besi-besi bangunan kini semakin berkarat dan tanah juga teroksida kerana terkena hujan asid yang terlalu banyak.Selain itu,ia juga menjejaskan besi-besi di tapak pembinaan yang sedang giat dijalankan,kereta serta petempatan penduduk juga terjejas. Di Jepun,mereka telah dapat mengatasi masalah ini dengan mewajibkan semua pengusaha kilang supaya memasang alat penapis gas-gas kimia di setiap cerombong asap di kilang mereka bagi mengelakkan gas-gas kimia daripada bercampur dengan udara di luar kilang.
4) LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR :
KITAR SEMULA KITAR SEMULA
KEMPEN KEMPEN
LANGKAH – LANGKAH – LANGKAH LANGKAH MENGURANGKAN MENGURANGKAN KESAN KESAN KEGIATAN KEGIATAN EKONOMI EKONOMI TERHADAP TERHADAP ALAM ALAM SEKITAR SEKITAR
PENDIDIKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR ALAM SEKITAR
PENGUATKUASAAN PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG UNDANG - UNDANG
4.1) KITAR SEMULA :
Kini banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan,antaranya ialah kitar semula.Usaha ini telah lama diperkenalkan kepada rakyat Malaysia,namun hanya segelintir yang mengamalkannya kerana mereka menganggap perkara ini remeh temeh sahaja. Oleh itu,pihak kerajaan perlu membuat satu pendekatan baru seperti
memperkenalkan sistem pelupusan sampah berpusat di setiap kawasan-kawasan tertentu kerana ia mungkin dapat memudahkan penduduk untuk membuang sampah serta pihak majlis pembandaran negeri dalam proses pelupusan sampah. Program kitar semula ini sudah pun dilaksanakan di Negara Jepun dengan menyediakan tong kitar semula yang ditempatkan di pelbagai lokasi terutamanya di tempat-tempat awam. 4.2) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR :
Pihak kementerian pelajaran juga perlu memainkan peranan seperti mengadakan satu pelajaran khusus seperti pelajaran alam sekitar di semua peringkat sekolah.Ini juga boleh membantu pihak kerajaan dalam menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid-murid agar mereka dapat mengamalkannya pada masa hadapan.Kata orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Masyarakat di Negara Jepun sebahagian besarnya mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar.Ini terbukti apabila melihat suasana bersih di kawasan bandar dan halaman kediaman.Kebersihan sekitar sikap mesra ala mini perlu dicontohi oleh masyarakat kita.
4.3) KEMPEN :
Pihak kerajaan juga telah banyak melancarkan kempen di seluruh negara bagi menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat awam secara umumnya.Antara kempen yang telah dijalankan ialah kempen kitar semula,”Cintailah Sungai Kita”,cara mengunakan tong sampah mengikut jenisnya dan sebagainya.Ia juga dapat memupuk masyarakat supaya menjaga alam sekitar seperti sungai,landskap atau sebagainya jika usaha digiatkan lagi secara besar-besaran terutamanya kepada penduduk Pekan Meru yang sering menghadapi masalah pencemaran.Di Pekan Meru,penduduk juga boleh mengekalkan kebersihan alam sekitar mereka dengan mengadakan gotongroyong bersama-sama sebulan sekali.Di Jepun,pihak kerajaan mereka juga menjalankan kempen-kempen serta menjalankan kempen menanam secara beramai-ramai kerana landskap di negara mereka sangat kurang berbanding dengan Malaysia
4.4) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG :
Di Malaysia,sistem penguatkuasaan undang-undang terhadap kebersihan adalah sangat longgar.Oleh itu,kerajaan perlu mengadakan satu undang-undang khusus terhadap kebersihan alam sekitar dan menguatkuasakannya dengan tegas serta mengenakan denda atau sebagainya kepada mereka yang melanggar undang-undang berikut.Di Jepun,undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap pengusaha yang mengabaikan tanggungjawab penjagaan terhadap alam sekitar. .
Daripada kajian yang saya lakukan di Pekan Meru,saya dapat mengenalpasti kegiatan ekonomi di sini yang terdiri daripada pertanian,perniagaan,perindustrian dan perkhidmatan.Sebahagian besar ekonomi di Pekan Meru ialah ekonomi di sektor perindustrian dan ia sangat jelas kerana sekitar Pekan Meru memang banyak dengan pelbagai kilang seperti kilang sarung tangan,kilang jubin dan sebagainya. Penduduk Pekan Meru seharusnya berasa bangga kerana dapat lihat pembangunan yang pesat lagi maju di Pekan Meru kini.Perkara ini menunjukkan Pekan Meru berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan mungkin setaraf dengan bandar-bandar di sekelilingnya. Selain itu,kegiatan ekonomi di Pekan Meru dapat memberi manfaat kepada penduduk kerana dapat peluang pekerjaan yang tinggi di sektor perindustrian dan sering mendapat perhatian pejabat daerah untuk kemudahan infrastruktur di Pekan Meru.Kegiatan ekonomi di Pekan Meru juga dapat meyumbang kepada penduduk dalam meningkatkan taraf hidup mereka seimbang dengan pembangunan yang sedang giat dijalankan di Pekan Meru ini. Namun,pembangunan yang pesat telah dicemari oleh sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pekilang,peniaga mahupun penduduk Pekan Meru sendiri yang tamak dengan harta dunia bagi mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Oleh itu,pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik serta tegas dalam melaksanakan undang-undang demi menjamin kehidupan yang sihat lagi cergas pada masa hadapan.ia juga amat penting supaya pembangunan dapat berkembang dengan aman dan selesa. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,kami mendapati masih lagi wujud semangat perpaduan yang kental antara penduduk Pekan Meru yang telah membawa keharmonian dalam kalangan mereka yang berbilang kaum sehingga ke hari ini.Kami telah bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di Pekan Meru dan kami berasa seronok dengan sikap-sikap penduduk Pekan Meru yang sering membantu kami sehingga ada yang sanggup menumpangkan kami ke kawasan kajian dengan kenderaan mereka.Walaubagaimanapun, kami berasa sangat berpuas hati dengan usaha-usaha yang kami lakukan dan bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
SURAT PENGENALAN DIRI Kepada sesiapa yang berkenaan, Tuan, Kerja Kursus Geografi (KKG) Saya Muhamad Asmui Bin Aminuddin .No Kad Pengenalan 931125-14-5015 adalah seorang murid Tingkatan 3 Makkah di Maahad Muhammadi Lilbanin,Kota Bharu,Kelantan .Saya sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,
(Muhamad Asmui Bin Aminuddin) Pelajar 3 Makkah, MML.
SURAT PENGESAHAN IBUBAPA
No 16, Jalan Restu 2, Taman Sri Puteri, Meru,41050 Klang, Selangor D.E _______________________________________________________________________ _ Pengetua, Maahad Muhammadi Lilbanin, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
1 Mei 2008
Ibu/Bapa/Penjaga, Menjalankan Kerja Lapangan, Merujuk perkara di atas,saya Aminuddin Bin Mohd Wirsat ,membenarkan anak saya, Muhamad Asmui Bin Aminuddin pelajar daripada tingkatan 3 Makkah,untuk menjalankan kerja lapangan ini bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya tahu bahawa semasa menjalankan kerja lapangan ini,jika sesuatu yang tidak diingini berlaku,saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.
Sekian,terima kasih,
Yang benar,
(Aminuddin Bin Mohd Wirsat) No I/C:691112-10-5399
SURAT KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN Maahad Muhammadi Lilbanin, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Rujukan : MML . 03/11/9 Tarikh : 5 MAC 2008
Kepada, Semua Ibu Bapa, Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 2008. Tuan/Puan, Kerja Kursus Kajian Geografi Tempatan PMR 2008
Pembawa surat ini,Muhamad Asmui Bin Aminuddin .No Kad Pengenalan 931125-145015 adalah seorang murid Tingkatan 3 Makkah di Maahad Muhammadi Lilbanin,Kota Bharu,Kelantan.Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
Saya yang menurut perintah,
(Hj Zainuddin Bin Che Ismail) Pengetua, Maahad Muhammadi Lilbanin, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
1) BUKU TEKS : - Buku Teks Geografi Tingkatan 3 - Khaw Ah Seng,Habibah Hj. Lateh,Tan Koh Lim,2004 - PTS Publication & Distriburators Sdn. Bhd. Bentong,Pahang.
2) BUKU RUJUKAN ILMIYAH : - Buku Total Pro PMR Geografi - Choi Mui Sen,2007 - Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya,Selangor.
3) ATLAS : - Atlas Eksplorasi Geografi - Goh Chang Leong,2001 - Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam,Selangor
4) INTERNET : - http://kenmzoka.com/20020119MapJapanENCARTA.jpg - http://www.dromoz.com/directory/maps?epid.18461 - http://en.wikipedia.org/wiki/klang - http://www.scribd.com/doc/3105881/Kajian-Geografi-Tempatan-PMR-2008