BID AH : ANTARA DUA PENDEKATAN Mohd Aizam bin Masod Cawangan Aqidah Bahagian Penyelidikan JAKIM
Abstrak
Polemik berkenaan persoalan adakah sesuatu amalan itu bid ah ah atau tidak sering kelihatan tenggelam timbul di Negara kita. Memang tidak dinafikan ia cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu dan ditentang pula satu pihak yang lain. Akhirnya isu ini hampir dilihat tiada kesudahannya. Setiap pihak bertegas dengan hujjah masing-masing. Apakah sebenarnya punca masalah ini tidak pernah selesai? Kertas ini digarap dalam rangka cuba mencari titik penyelesaian antara kedua-dua pihak yang bertelagah. Perbincangan dibuat secara terbuka dengan membawa hujjah kedua-dua belah pihak, sama ada golongan yang bertegas dan berkeras mahupun golongan yang mengambil pendekatan sederhana.
Definisi Bid ah
Bidah dari sudut bahasa iaitu apa yang dilakukan tanpa mempunyai misal sebelumnya, 1 antaranya firman Allah SWT: Katakanlah aku bukanlah rasul yang pertama . Adapun dari segi istilah ia mempunyai pelbagai takrifan hasil daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang mentakrifkannya. Berkata Ibnu Daqiq al- Ied dalam Ihkam al-Ahkam: Kami telah menegah perkara perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama, contohnya apa yang direka oleh 2 golongan Rawafidh iaitu perayaan ketiga yang dinamakan sebagai perayaan al-Ghadir . Berkata al-Munawi: (Bidah itu ialah) perkara baru dalam agama selepas sempurnanya agama, dan apa yang direka-reka mengikut hawa nafsu selepas Nabi SAW. Dan dikatakan: Ia kata nama bagi sesiapa yang mereka-reka sesuatu: (iaitu) mencipta atau ahu aw ahdathahu), ahdathahu ), kemudian ia tersebar dengan meluas membuat perkara baru (ikhtara (ikhtara ahu bagi mereka yang tidak memahami hukum syara bahawa ianya perkara yang baik. Dan (juga ditakrifkan bidah itu) ia adalah perkara yang menyalahi dasar Ahli Sunnah Wal 3 Jamaah dalam aqidah sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith (tentang bidah) .
Berkata Mustafa Imarah dalam nota kaki kepada kitab al-Targhib: al-Targhib: Ia adalah setiap apa 4 yang muncul tanpa mempunyai dalil nas atau ijma ijma atau qiyas . 1
Surah al-Ahqaf: 9 Ihkam al-Ahkam, al-Ahkam , jld. 1, hal. 159 3 Faydh al-Qadir , jld. 1, hal. 73-74 4 al-Targhib wa al-Tarhib, al-Tarhib , jld. 1, hal. 78 2
1
Berkata pengarang al-Mannar dalam nota kaki kitab Tahqiq Ma na al-Sunnah: Tidak disyaratkan untuk mensabitkan atau menetapkan (maksud) bidah, meninggalkan sesuatu daripada Sunnah. Bahkan setiap perkara baru dalam agama dan syiar-syiarnya yang direka oleh manusia, sama ada percakapan mahupun perbuatan, yang tidak mempunyai 1 sandaran daripada Nabi SAW, para Sahabahnya maka ia bidah dan kesesatan .
Sulayman al-Nadawi telah meletakkan kaedah untuk kita membezakan antara Sunnah dan bid ah seperti berikut: Setiap perkara yang kita dapati diamalkan pada zaman tersebut (zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa al-Rasyidin) maka kita maklumi bahawa ia daripada agama dan diiktiraf sebagai Sunnah. Manakala setiap perkara baru yang dicipta selepasnya, kita maklumi bahawa ia dibawa masuk ke dalam agama, maka ia digelar 2 bid ah .
Berkata Allal al-Fasi: Di sana terdapat perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW kerana ia tidak wujud pada zamannya dan sebab-sebab untuk mendorong ia wujud juga tiada. Namun kewudunnya pada hari ini adalah antara tanda-tanda perkembangan dalam bidang ilmu dan ketamadunan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita mengatakan ia terkeluar daripada Sunnah, tetapi ia hendaklah dinilai terlebih dahulu menerusi qawa id al-Syariah. Apa-apa yang selari dengannya maka ia diterima dan apa-apa yang menyalahinya maka ia ditolak. Demikian itu adalah bidang ijtihad yang selama-lamanya tidak tertutup, kerana ia hanya mempraktikkan al-qawa id al-Syar iyyah kepada perkara3 perkara cabang agama yang baru yang sememangnya tidak pernah selesai .
Antara takrif bid ah yang termasyhur adalah apa yang ditakrifkan oleh al-Syatibi. Beliau mengatakan bahawa bidah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah 4 SWT . Kesimpulan daripada takrif-takrif bid ah di atas, dapat kita ringkaskan bahawa bidah itu kembali kepada beberapa maksud seperti di bawah:a) Perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam aga ma. b) Perkara-perkara baru yang dicetuskan mengikut hawa nafsu selepas kewafatan Nabi SAW. c) Perkara yang tidak diakui o leh syara tentang kebaikannya. d) Apa yang menyanggahi dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam aqidah. e) Sesuatu yang tidak wujud pada zaman Nabi SAW. f) Apa-apa yang menyalahi perintah Allah dan Ra sulNya. g) Sesuatu yang tiada dalilnya daripada nas at au ijma atau qiyas. h) Setiap apa yang baru dalam agama sama ada perkataan mahupun perbuatan yang tidak ada sandaran daripada Rasulullah SAW dan para Sahabat. 1
Tahqiq Ma na al-Sunnah, hal. 22 Ibid, hal. 24 3 Maqasid al-Syari ah al-Islamiyyah, hal. 182 4 al-I tisam, hal. 27
2
2
i) Setiap perkara baru yang direka selepas zaman Rasulullah dan Khulafa al Rasyidin. j) Apa yang direka yang tidak berasaskan sebarang bukti atau dalil. k) Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Boleh dirumuskan bahawa takrifan-takrifan di atas merujuk kepada dua perkara utama iaitu:Pertama: Menyandarkan maksud bidah kepada makna dari sudut bahasa dan istilah syar i iaitu; setiap apa yang direka selepas zaman Nabi SAW sama ada dari segi aqidah, ibadah mahupun adat. Kedua: Meletakkan ikatan-ikatan bagi apa yang dinamakan bidah, ia kesemuanya kembali kepada ikatan-ikatan yang disebut oleh al-Syatibi. Takrif Lanjut Bid ah Buat Golongan Yang Bertegas ( Mutasyaddidin)
Untuk menjelaskan lagi maksud bidah menurut golongan yang bertegas, dibentangkan di sini dua takrif tambahan yang diletakkan oleh ulama beraliran tersebut dalam memahami konsep bidah. Pertama: Pandangan al-Syatibi yang mengatakan bahawa wujudnya maksud yang mengisyaratkan (kepada bidah), tetapi (bidah itu) tidak disyariatkan. Ini menunjukkan kepada maksud pembuat syariat (al-syari ) yang tidak membenarkan penambahan dilakukan terhadap perkara yang sudah sedia ada sebelumnya, sekiranya ditambah sesuatu tambahan maka jelas ia menyalahi tujuan pembuat syariat (al-syari )1.
Kedua: Pandangan Ibnu Taimiyyah yang menganggap bidah adalah setiap apa yang direka dalam ibadah yang disyariatkan dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dalam mengamalkannya adalah bidah dan kesesatan berdasarkan dua alasan: Pertama, dari sudut dia beritiqad bahawa perkara demikian adalah disyariatkan dan disunatkan. Kedua, dari sudut dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW2. Daripada dua pandangan di atas, jelas menunjukkan bahawa golongan yang bertegas tidak menerima sebarang tambahan baru di dalam urusan agama adalah berdasarkan tiga alasan berikut:a) Sebarang tambahan tersebut sekiranya ia perlu sudah tentu syara pada awal lagi akan mensyariatkan perkara tersebut. Namun apa yang pasti pembuat syara tidak berbuat demikian menunjukkan ia sesuatu yang tercela kerana menyalahi kehendak pembuat syara.
1 2
al-Muwafaqat , jld. 2, hal. 306 Majmu at al-Rasa il al-Kubra, hal. 247
3
b) Setiap tambahan yang dilazimi sentiasa akan membawa kepada anggapan bahawa ianya sunnah dan disyariatkan. c) Melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW juga jelas menunjukkan ia merupakan satu perkara yang bidah. Sebahagian Perkara Bid ah Menurut Persepsi Yang Bertegas
Di sini dibentangkan beberapa contoh perkara yang dianggap bidah oleh golongan yang bertegas, antaranya adalah seperti berikut:a) Al-Syatibi menganggap bahawa perbahasan dalam ilmu falsafah serta mendalaminya secara serius tanpa mempunyai sebarang manfaat dari sudut 1 amalan merupakan sesuatu yang bidah . b) Ibnu Umar r.a. menganggap solat Dhuha sebagai bidah, kerana baginya tidak sabit sebarang dalil tentang solat Dhuha. Beliau juga berpandangan bahawa solat tersebut tidak boleh dimasukkan di bawah keumuman solat. Demikian juga beliau 2 berpendapat doa qunut tidak disunatkan . c) Abdullah ibn al-Mughaffal telah berkata kepada anaknya ketika mendengar 3 anaknya membaca basmalah secara kuat ( jahr ): Awas daripada mereka-reka . d) Daripada Said ibn al-Musayyib r.a., bahawa beliau telah melihat seorang lelaki yang solat sunat dengan banyak selepas azan Subuh. Lalu beliau melontarnya dengan batu kelikir sambil berkata: Sesungguhnya tiada solat selepas azan Subuh melainkan dua rakaat, maka berhentilah! Berkata lelaki tersebut: Wahai Abu Muhammad, adakah kamu bimbang aku diazab oleh Allah disebabkan banyaknya solat? Lalu Said menjawab: Tidak, bahkan aku bimbang kamu diazab oleh 4 Allah kerana meninggalkan Sunnah . e) Sesungguhnya Sunnah telah mengakui tentang kemakruhan mengkhususkan bulan Rejab untuk berpuasa, begitu juga mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa serta melakukan qiyam pada malamnya. Ini bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang menjurus kepada syariat yang tidak diizinkan Allah; iaitu dengan mengkhususkan masa tertentu atau tempat tertentu yang tidak dikhususkan oleh 5 Allah dan RasulNya . f) Imam Malik mengatakan tentang kemakruhan sujud syukur. Berkata Ibnu Rusyd: Kerana beliau berpandangan ia tidak bersumber daripada hukum syara, tidak 6 fardhu dan tidak sunat . 1
al-Muwafaqat , jld. 1, hal. 22 al-Ihkam, jld. 1, hal. 159 3 Ibid., jld. 1, hal 160 4 al-Faqih wa al-Mutafaqqih, jld. 1, hal. 147 5 I lam al-Muwaqqi in, jld. 3, hal. 145 6 al-Muwafaqat , jld. 2, hal. 306 2
4
g) Antara perkara-perkara bidah iaitu berdoa dalam bentuk beramai-ramai selepas 1 selesai solat dengan satu suara . h) Antara perkara bidah iaitu apa yang dikatakan oleh sesetengah ahli tasawuf dan golongan batiniyah bahawa hukum-hakam syara merupakan sesuatu yang dikhususkan untuk golongan awam2. i) Al-Syatibi berkata lagi: Dan antara perkara bidah itu bahawa Ibn Masud telah memarahi golongan yang bertasbih di dalam masjid dengan menggunakan batu tasbih dan beliau menganggapnya sebagai golongan ahli bidah..dan antaranya juga bahawa Imam Malik membenci menyusuli Ramadhan dengan puasa enam Syawal dan ia dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah. Ini kerana takutkan bidah serta bimbang orang akan menganggapnya satu kefardhuan atau menganggapnya 3 sebahagian daripada puasa Ramadhan . j) Berkata Dr. Muhammad Muhammad Abu Syahbah: Dan adapun apa yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam menghidupkan malam Nisfu Sya ban iaitu dengan membaca surah Ya Sin kemudian berdoa dengan doa yang masyhur, kemudian solat enam rakaat dengan niat panjang umur, dijauhi bala dan memohon pelepasan daripada kebergantungan kepada manusia. Perbuatan ini merupakan bid ah yang buruk yang tidak ada asalnya dalam hadith-hadith serta athar 4 daripada Sahabah dan Tabiin . Justifikasi Golongan Yang Bertegas Dalam Soal Bid ah
Daripada contoh-contoh di atas kita boleh mengambil beberapa justifikasi yang dibuat oleh golongan yang bertegas dalam memahami konsep bidah. Ia dapat dirumuskan seperti berikut:a) Berpegang kepada zahir riwayat hadith-hadith tentang bidah dan berpandangan ianya mutlak daripada sebarang ikatan. Ia juga meliputi kesemua perkara baru yang direka-reka selari dengan lafaz umumnya. Seperti hadith (man ahdtha) bermaksud sesiapa yang mereka-reka, lafaznya umum, serta (wa kullu muhdithatin bid ah) bermaksud dan setiap yang baru direka-reka itu bidah, lafaznya juga umum seperti sebelumnya.
b) Perkhabaran daripada Allah SWT tentang kesempurnaan syariatNya sebagaimana firmanNya Pada hari ini aku sempurnakan buat kamu agama kamu. Maka setiap perkara baru yang direka-reka adalah menafikan sifat kesempurnaan agama
1
Ibid., jld. 1, hal. 305 al-I tisam, jld. 2, hal. 44 3 Ibid., jld. 2, hal. 27, 32 4 Majalah Rabitah al- Alam al-Islami, Bil. 7, Tahun 7/1389H, hal. 11 2
5
seperti yang digambarkan ayat ini. Berkata al-Syatibi: Dan bidah itu hasilnya 1 adalah menyalahi itiqad tentang kesempurnaan syariat . c) Perbuatan bidah juga boleh membawa kepada tohmahan ke atas Rasulullah SAW serta Salafus Soleh. Mereka juga mungkin ditohmah sebagai lalai dalam menyampaikan syariat. Bahkan mungkin juga dianggap pengkhianatan Nabi SAW terhadap agama dan amanah2. d) Berhati-hati dalam memelihara agama. Ini memandangkan banyak agama lain mula terpesong apabila ia ditokok tambah dengan perkara-perkara baru di dalamnya. Lantaran itu, Imam Malik membenci perkara-perkara bidah walaupun pada perkara yang baik sebagaimana dinyatakan sebelum ini. Ia bertujuan untuk 3 menyekat jalan-jalan yang boleh mengubah keaslian agama . e) Perbuatan bidah merupakan perosak agama sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah: Bahawa rosaknya agama itu sama ada dengan terjebak ke dalam aqidah yang batil serta membahaskannya, ini ialah bidah, atau terlibat dalam melakukan sesuatu amalan yang menyalahi kebenaran, ini adalah mengikut nafsu. Yang pertama adalah dari sudut syubuhat (perkara yang meragukan) dan 4 kedua adalah dari segi syahawat (nafsu syahwat) . f) Perbuatan bidah merupakan antara sebab perpecahan, perbalahan dan perselisihan yang tercela di dalam umat ini. Ia sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith berkenaan bidah. g) Kesungguhan Nabi SAW memberi amaran supaya umatnya menghindarkan diri daripada perkara bidah. Antaranya dengan sentiasa mengingatkannya setiap kali Baginda SAW memulakan ucapan.
Bid ah Menurut Golongan Sederhana ( Mu tadilin )
Hakikatnya, kesederhanaan dalam persoalan bidah tidak terhad kepada zaman mutakhir sahaja sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Namun ia juga masyhur di kalangan para ulama terdahulu yang terkenal. Bahkan pada semua zaman, hatta pada sebaik-baik zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu zaman Sahabah. Di sini dinyatakan sebahagian pandangan, dalil-dalil serta praktis-praktis terhadap aliran sederhana ini supaya kita mendapat gambaran yang lengkap tentang kedua-dua aliran. Seterusnya
1
al- Itisam, jld. 2, hal. 62 Berkata Imam Malik: Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam ummah ini yang tidak pernah dibuat oleh golongan Salaf sebelumnya, maka ia telah menganggap bahawa Nabi SAW telah mengkhianati agamanya. (al-I tisam, jld. 2, hal. 53) 3 Berkata al-Syatibi: Setiap perbuatan yang asalnya sabit dari sudut syara melainkan pada menzahirkan amalannya dan sentiasa melaziminya sehingga ditakuti ia dianggap sebagai Sunnah, maka ia dituntut supaya meninggalkannya secara keseluruhan bertujuan untuk menyekat jalan-jalan bidah. (al-I tisam, jld. 2, hal. 32) 4 I lam al-Muwaqqi in, jld. 1, hal. 136
2
6
supaya perkara yang serius ini dapat ditangani dengan maklumat yang sempurna dan meyakinkan. Ia adalah seperti berikut:a) Ibnu Jaziyy al-Maliki berkata: Suatu ketika dahulu, para ulama terdahulu mencela bidah secara mutlak, manakala para ulama terkemudian pula mengatakan bidah itu di atas lima bahagian: wajib, sunat, haram, makruh dan harus1. Ia mengisyaratkan dengan pandangannya itu kepada Imam al-Izz ibn Abd al-Salam tentang pembahagian bidah kepada lima bahagian yang disebutkan. Al-Izz telah berkata: Jalan (kaedah) untuk mengenali bidah: Hendaklah dikemukakan perkara bidah itu menurut pertimbangan Qawa id alSyariah, sekiranya ia termasuk ke dalam qawa id al-ijab maka ia wajib, atau 2 tahrim maka ia haramdan seterusnya .
b) Imam al-Munawi berkata: Dan adapun apa yang dipuji oleh akal dan tidak 3 dimungkiri oleh Usul al-Syariah maka ia baik (diamalkan) . c) Al-Khattabi pula berkata: Apa yang terbina di atas Qawa id al-Usul , ia bukan bid ah dan tidak juga sesat. Terdapat dalam Lisan al- Arab pandangan Ibnu alAthir iaitu: Bidah itu dua; bidah huda (petunjuk) dan bidah dhalalah (sesat)maka apa yang berlaku di bawah keumuman apa yang diharuskan oleh Allah atau RasulNya dan ia tidak mempunyai misal sebelumnya maka ia terpuji. Dan ia berkata lagi: Dan antara jenis (bidah huda) ini iaitu ucapan Umar r.a.: Senikmat-nikmat bidah adalah ini (mengerjakan tarawih 20 rakaat secara berjamaah)4.
d) Al-Munawi berkata: Yang sebenar (al-tahqiq), bidah itu sekiranya ia terletak di bawah perkara yang ditolak oleh syara maka ia tertolak, dan sekiranya termasuk di bawah perkara yang diterima baik oleh syara maka ia sesuatu yang baik, 5 sekiranya tidak (di bawah kedua-duanya) ia kekal harus . e) Al-Nawawi berkata: Perkara-perkara baru itu dua bentuk: Pertama; perkara baru yang menyalahi al-Qur an dan al-Sunnah atau athar atau ijma, maka ini merupakan kesesatan. Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf di kalangan ulama dalam perkara ini, maka ini merupakan perkara baru yang tidak dicela6. Ia Ia juga dipegang oleh Imam al-Syafii. f) Ibn Daqiq al-Ied berkata: Apa yang kami sebut tentang tegahan, kadang-kadang ia membawa makna tegahan haram dan kadang-kadang membawa makna tegahan makruh. Yang demikian itu berbeza memandangkan ia bergantung kepada nas-nas syara sendiri yang amat tegas dalam perkara-perkara bidah. Tidakkah sekiranya 1
Qawa id al-Ahkam al-Syar iyyah, hal. 19 Qawa id al-Ahkam, jld. 2, hal. 205 3 Faydh al-Qadir , jld. 1, hal. 84 4 Lihat Lisan al- Arab madah bid ah / lihat juga Faydh al-Qadir , jld. 1, hal. 84 nukilannya tentang pendapat Ibnu al-Atsir daripada al-Nihayah 5 Ibid., hal. 83 6 Ibid., hal. 83
2
7
kita melihat kepada perkara-perkara bidah yang berkaitan urusan duniawi, ia tidak sama dengan bidah dalam perkara berkaitan hukum-hakam far iyyah dalam syariat. Yang pertama mungkin kita boleh katakan ia memang pada asalnya langsung tidak makruh. Jika kita meninjau pula bid ah dalam perkara-perkara cabang ia juga tidak sama dengan bidah dalam perkara-perkara berkaitan usul 1 aqidah . g) Ibnu Hajar al-Haithami pula berpandangan tentang hadith: Setiap yang bid ah itu sesat Ia membawa maksud kepada perkara-perkara yang diharamkan, tidak 2 selainnya. Juga telah dinukilkan pendapat ini daripada al-Izz bin Abd al-Salam .
h) Berkata al-Nawawi: Sekiranya seseorang itu berkata selepas keluar daripada tandas, Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepadamu kenikmatan secara kelembutan, dan doa-doa selainnya, maka ia tidak mengapa3. Dan berkata lagi Imam al-Nawawi: Adapun yang selalu dibuat oleh orang iaitu bersalaman selepas solat Subuh dan solat Asar, ia tidak ada asalnya dalam hukum syara dalam bentuk ini, namun ia tidak mengapa, kerana asal bersalaman itu adalah sunnahkemudian beliau (al-Nawawi) mengambil dalil daripada pandangan al4 Izz ibn Abd al-Salam . i) Ibn Allan telah berkata da lam komentar (hamisy) kitab al-Azkar: Makruh duduk untuk mengucapkan takziah di sisi ulama Syafiiyyah kerana ianya perkara baru dan ia bidah. Berkata Imam al-Nawawi: Ini merupakan karahah tanzih (makruh sahaja tidak haram), sekiranya tidak ada bersamanya perkara baru lain yang 5 haram, sekiranya ada maka ia berubah menjadi haram . j) Kata Imam al-Nawawi: Diriwayatkan begitu banyak daripada ulama Syafiiyyah tentang pendapat bahawa talqin mayat itu adalah digalakkan (istihbab) selepas pengebumian dan ia tidak diingkari. Bahkan zahir perkataannya bahawa ianya (pendapat membolehkan ini) disokong, walaupun ia bidah, dan ia juga dinukilkan 6 daripada Ibnu al-Solah bahawa dia mengakuinya . k) Imam al-Nawawi berkata lagi: Berdoa di atas anggota-anggota wudhu itu tidak ada sebarang dalil daripada Nabi SAW, namun ia disebut oleh (sebahagian) fuqaha bahawa disunatkan (istihbab) padanya doa-doa yang datang daripada 7 (sebahagian) Salaf . l) Dan telah berkata al-Nawawi: Telah berpandangan para sabahat kita (Imamimam dalam Mazhab al-Syafii) bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid dan 1 2
al-Ihkam, jld. 1, hal. 159 al-Fatawa al-Hadithiyyah, hal. 150, 151
3
al-Azkar , hal. 237 al-Azkar , hal. 237 5 Ibid., hal. 136 6 Ibid., hal. 148 7 Ibid., hal. 30 4
8
tidak berkesempatan untuk solat tahiyyatul masjid disebabkan oleh berhadas atau kesibukan, disunatkan (istihbab) baginya untuk membaca zikir ini sebanyak empat kali: Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Wallahu Akbar . Ianya telah diperkatakan oleh sebahagian Salaf. Kata al-Nawawi: Amalan ini 1 tidak mengapa dengannya . m) Dan berkata al-Nawawi: Telah berpandangan sebahagian sahabat kita, disunatkan (istihbab) bagi orang yang berwudhu untuk membaca pada awal wudhunya selepas basmalah: Asyhadu an Lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadan Abduhu wa rasuluh. Kemudian berkata al-Nawawi: Ini tidak mengapa, melainkan ia tidak mempunyai asalnya dari sudut sunnah dan kita tidak 2 mengetahui seorang pun berpandangan sedemikian .
n) Berkata Ibn Hazm: Antara bidah-bidah, ada yang tidak diberi pahala kepada pelakunya, dan dimaafkan kerana niatnya yang mahukan kebaikan. Dan antaranya bid ah yang diberikan pahala, ianya adalah baik, iaitu sesuatu yang asalnya adalah harus. Dalam erti apa-apa perbuatan yang baik yang terdapat nas tentang kesunatannya secara umum, walaupun tidak terdapat amalannya di dalam nas 3 (secara khusus). Dan antaranya yang mazmum (dikeji) . o) Berkata Allal al-Fasi: Dan tidak termasuk bidah, fatwa-fatwa para ulama mujtahid, walaupun mereka mengeluarkan pandangan yang belum pernah 4 didahului sebelumnya dengan syarat bersandarkan dalil-dalil syar i . p) Berkata Ibn Taimiyyah: Adapun adat, ia adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang di dunia dan mereka memerlukannya. Maka asal sesuatu adat itu adalah dimaafkan dan tidak haram5. q) Al-Qarrafi juga mengikut al-Izz ibn Abd al-Salam tentang pandangan terhadap 6 pembahagian bidah . Dan antara mereka yang juga berpandangan tentang pembahagian bidah kepada bidah hasanah (baik) dan bidah qabihah (buruk) ialah al-Ghazali, Ibn al-Jauzi dan ramai lagi di kalangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. r) Berkata Syaikh Abu al-Faraj ibn al-Jauzi: Telah terbukti wujud perkara-perkara baru yang tidak bertentangan dengan syariat, mereka tidak memandang ia sebagai sesuatu yang perlu dikhuatiri jika dilakukan. Dan ia sebagaimana yang disebut oleh al-Hasan al-Basri tentang bidah cerita-cerita di dalam masjid. Beliau berkata: Betapa ramai orang yang mendapat manfaat, dan dakwah yang diterima. Ini kerana memberi peringatan itu adalah dituntut oleh syara, oleh itu selagimana 1
Ibid., hal. 34 Ibid., hal. 29 3 al-Ihkam, jld.1, hal. 43 4 Maqasid al-Syari ah, hal. 184 5 Daripada artikel Ustaz Abdul Salam al-Basyuni dalam Majalah Mannar al-Islam bil.11/10/1405H. 6 al-I tisam, jld. 1, hal. 190 2
9
seseorang (yang mereka-reka itu) berpegang kepada asas yang disyariatkan, ia 1 tidak dicela . Meninjau Pandangan al-Syatibi Tentang Bid ah
Al-Syatibi telah menerima pembahagian bidah kepada 2 bahagian: a) Bidah al-Idhafiyyah: Iaitu bidah yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak, seperti meletakkan mashaf-mashaf al-Qur an di masjid untuk bacaan selepas solat Subuh dan pada hari Jumaat. Membaca al-Qur an di masjid memang disyariatkan pada umumnya, namun mengkhususkan masjid sebagai tempat untuk membacanya adalah sesuatu perkara yang baru direka. b) Bid ah al-Haqiqiyyah: Iaitu bidah yang tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syar i2.
Al-Syatibi juga mengatakan tidak menjadi tradisi para ulama memutlakkan lafaz bidah kepada perkara cabang yang diijtihadkan. Demikian itu, tidak disebut bidah kepada perkara-perkara cabang yang terperinci dalam ilmu akhlaq, kerana semuanya kembali 3 kepada usul yang disyariatkan, antaranya adalah ilmu tasawwuf . Kata al-Syatibi lagi: Kadang-kadang sesuatu amalan itu mempunyai asas yang disyariatkan tetapi ia dimasukkan ke dalam perkara bidah dengan tujuan untuk menyekat jalan-jalan kerosakan. Misalnya: Melazimi berkumpul untuk menunaikan solat sunat secara berjemaah dalam satu bentuk yang tertentu di dalam masjid (seperti solat hajat4 penulis) . Al-Syatibi juga berpendapat antara lain bahawa ilmu Usul telah menetapkan bahawa hukum-hakam syar i itu ada lima. Dikeluarkan tiga daripadanya dan bakinya adalah hukum makruh dan haram. Oleh itu terdapat dua kemungkinan bahawa bidah itu ada dua 5 bahagian; makruh dan haram . Namun pembahagian ini terdapat kemusykilan sekiranya mahu diselaraskan dengan hadith Rasulullah SAW yang mengatakan (setiap yang bidah itu sesat). Untuk keluar daripada permasalahan ini maka digunapakai pembahagian makruh yang disebut oleh ulama Usul iaitu pembahagian makruh kepada tahrimiyyah dan tanzihiyyah. Lalu dikuatkan maksud bidah makruh iaitu makruh tahrim supaya ia sesuai diletakkan di bawah makna sesat (sebagaimana dalam hadith). Al-Syatibi juga mengatakan, untuk menentukan bahawa maksud bidah itu sebagai bidah makruh yang membawa makna menafikan dosa adalah suatu penentuan yang tidak ditentukan dengan sebarang dalil 6 syar i . 1
Talbis Iblis, hal. 27-28 al-I tisam, jld. 1, hal. 172 3 al-I tisam, jld. 1, hal. 208 4 Ibid., jld. 1, hal. 344 5 Ibid., jld. 2, hal. 36 6 Ibid., jld. 2, hal. 50-51 2
10
Seterus al-Syatibi juga menyebut bahawa bidah yang haram terbahagi kepada dua pembahagian dosa. Dosa kecil dan dosa besar. Bidah membabitkan dosa besar iaitu apaapa yang mencacatkan mana-mana asas yang menjadi dharuriyat dalam agama (perkara yang wajib diketahui dalam agama). Apa yang selainnya termasuk dosa-dosa kecil, tetapi 1 ia termasuk dalam perlakuan sama ada haram ataupun makruh . Kemudian al-Syatibi juga membahagikan bidah kepada apa yang termasuk ke dalam bid ah yang menyeluruh dalam syariat seperti bidah membaik dan memburukkan dengan akal. Kedua, bidah juz iyyah iaitu bidah pada bahagian tertentu seperti bidah melakukan iqamah untuk solat dua hari raya, dan ia dianggap sebagai dosa kecil yang 2 diharapkan keampunan .
Dapat difahami daripada pembahagian ini, terdapat percanggahan untuk memasukkan bid ah juz iyyah di bawah mafhum hadith yang mengatakan hukuman buat pelaku bidah itu adalah neraka. Oleh itu boleh dikatakan bahawa apabila terkumpul dua sifat dalam bid ah itu iaitu juz iyyah (sebahagian) dan tawil, maka ia dihukumkan sebagai bidah dosa kecil, seperti orang yang bernazar puasa berdiri atau bernazar untuk mengharamkan buat dirinya sebarang kenikmatan dunia yang harus.
Dengan itu para ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk mengatakan sesuatu bid ah adalah dosa kecil selagimana ianya menepati syarat-syarat berikut:a) b) c) d)
Tidak sentiasa dilazimi Tidak menyeru orang lain melakukannya Tidak menzahirkannya di khalayak orang ramai Tidak memandangnya sebagai sesuatu yang remeh
Kesimpulan daripada apa yang dikemukakan oleh al-Syatibi, kita dapati bahawa alSyatibi mengakui bahawa bidah itu juga terbahagi kepada bahagian tertentu. Namun begitu beliau tetap tidak mengiktiraf pengertian bid ah kepada baik atau buruk memandangkan hadith Rasulullah SAW yang memutlakkan lafaz kesemua bidah itu adalah sesat dan sesat itu tempatnya di dalam neraka. Oleh itu beliau mengambil pendekatan tawarru (berhati-hati) dan memilih bahawa kesemua bidah adalah tercela dan tidak diterima di dalam agama.
Konsep Bid ah Berasaskan Metod Salafiyyah Manhajiyyah
Dr. Rajih Abdul Hamid al-Kurdi, Ketua Jabatan aqidah dan Dakwah, Universiti Jordan, dalam bukunya berjudul Aliran Salafi: Antara Tulen dan Masakini, telah membicarakan apakah maksud Salafiyyah yang sebenar. Beliau telah membahagikan Salafiyyah kepada tiga golongan3.
1
Ibid., jld. 2, hal. 57-59 Ibid., jld. 2, hal. 59 3 al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mu asarah, hal. 12-17 2
11
Pertama, golongan yang dinamakan Salafiyyah Zamaniyyah. Mereka ialah kalangan Sahabah, Tabiin dan Tabi al-Tabiin pada tiga kurun yang pertama. Dalil tentang keutamaan golongan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih nya, daripada Ibnu Masud, Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka. Walau bagaimana pun golongan ini telah pun berakhir dengan berakhirnya tiga kurun pertama sebaga imana yang disebut oleh Rasulullah SAW. Kedua, Salafiyyah Manhajiyyah, iaitu golongan yang mengikuti jejak langkah golongan Salaf yang berada dalam tiga kurun pertama secara manhaj. Penyandaran kalimah manhaj kepada Salafiyyah jenis ini memandangkan mereka mengekalkan manhaj yang telah dirintis oleh golongan terdahulu dalam menjad ikan al-Qur an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama. Mereka berpegang kuat kepada disiplin Qawa id Usuliyyah (kaedah-kaedah dalam ilmu usul al-fiqh) dalam memahami segala perintah dan larangan yang termaktub di dalam alKitab dan al-Sunnah. Mereka adalah golongan usuliyyun (ahli usul) dan manhajiyyun (ahli manhaj) dalam berpegang teguh kepada sumber-sumber hukum dan kaedah-kaedah memahaminya.
Ketiga, iaitu golongan Salafiyyah Madhmuniyyah atau Fikriyyah yang mengambil pendapat dan pendekatan golongan Salafiyyah Manhajiyyah yang terdahulu dan mempratikkannya dalam kehidupan mereka tanpa sebarang penilaian semula atau penyesuaian. Pemahaman Salafiyyah jenis ini agak sempit dan rigid berbanding Salafiyyah Manhajiyyah. Bagi Salafiyyah Manhajiyyah, mereka telah mengekalkan manhaj yang digunakan oleh golongan Salaf terdahulu tetapi melalui pendekatan yang berbeza sesuai dengan situasi semasa, keadaan manusia dan perubahan zaman. Dengan pendekatan yang meraikan keadaan sekeliling maka Salafiyyah Manhajiyyah cenderung untuk menghasilkan suatu pemikiran atau fiqh baru sesuai dengan keadaan semasa tanpa mencabuli asas-asas manhaj golongan Salaf. Salafiyyah jenis yang ketiga inilah akhirnya menjadi metod utama dalam banyak gerakan-gerakan Islam yang wujud di dunia Islam pada hari ini. Salah satu gerakan Islam tersebut adalah Ikhwan al-Muslimin yang diasaskan oleh tokoh Islam tersohor al-Syahid Hasan al-Banna. Dalam al-Usul al- Isyrin (usul dua puluh) yang digariskan oleh al-Banna di bawah rukun baiah Ikhwan al-Muslimin yang pertama iaitu kefahaman, beliau antara lain telah menyebut beberapa perkara penting seperti berikut:
a)
Pendapat seorang ketua dan naibnya yang tidak mempunyai sebarang nas, memiliki pelbagai bentuk dan berkaitan dengan al-masalih al-mursalah, boleh diamalkan selagimana tidak bercanggah dengan qaidah Syar iyyah. Ia boleh jadi berubah berdasarkan keadaan, budaya dan adat. Sedangkan asal pada ibadah
12
adalah untuk pengabdian tanpa melihat kepada makna manakala asal pada perkara kebiasaan yang lain adalah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah-hikmah dan 1 maksud-maksudnya . b)
Perbezaan pendapat fiqh dalam perkara cabang tidak boleh dijadikan alasan untuk berpecah belah dalam agama. Ia juga tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan bahkan setiap mujtahid baginya satu pahala. Malah tiada tegahan untuk membuat kajian ilmiyah secara terperinci dalam masalah khilaf. Ia hendaklah atas dasar cinta kepada Allah SWT dan saling membantu untuk 2 mencapai kepada hakikat sebenar tanpa terselit rasa sombong dan taassub .
c)
Setiap bidah dalam agama Allah yang tidak mempunyai sebarang asas tetapi dipandang baik oleh manusia dengan hawa nafsu mereka (sama ada dengan menambah atau mengurangkan sesuatu) adalah sesat. Wajib memeranginya dan menghapuskannya dengan cara terbaik yang tidak menyebabkan berlaku apa yang 3 lebih buruk daripadanya .
d)
Adapun bidah idhafiyyah, bidah tarkiyyah dan beriltizam dengan ibadahibadah mutlaq, ia adalah perselisihan pendapat fiqh. Setiap orang mempunyai dalil masing-masing dan tidak mengapa untuk mencari hakikat sebenar 4 berasaskan dalil dan bukti .
Pandangan al-Banna pada perkara (d) jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat sederhana dalam menangani persoalan bidah. Bagi beliau ketiga-tiga jenis bidah 5 iaitu bidah idhafiyyah, bidah tarkiyyah dan beriltizam dengan ibadah-ibadah mutlaq adalah termasuk dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Ia boleh berkisar soal yang mana yang rajih atau marjuh. Oleh itu saudara sesama Islam perlu berhemah dan berpada-pada dalam membincangkan perkara tersebut untuk mengelakkan sebarang mudarat yang lebih besar seperti perbalahan dan perpecahan. Pandangan al-Qaradawi Tentang Bid ah
Dr. Yusof al-Qaradawi juga adalah salah seorang yang mempratikkan kesederhanaan dalam memahami konsep bidah. Beliau dilihat berpegang kepada manhaj golongan Salafiyyah Manhajiyyah dalam kegiatan dakwahnya. Dalam bukunya Fiqh Keutamaan beliau telah menggariskan bahawa bidah itu mempunyai tingkatan tertentu dan tidak boleh disamaratakan kesemua sekali. Beliau berkata: Bahawa bidah itu bukanlah semua sekali berada dalam satu tingkatan, di sana terdapat bidah mughallazah (sangat berat), bidah mukhaffafah (ringan), bidah 1
Majmu at al-Rasa il , hal. 12 Ibid., hal. 13 3 Ibid., hal. 14 4 Ibid. 5 Iaitu seperti seseorang yang meninggalkan sesuatu yang dihalalkan oleh syara atas dasar memelihara agama. Contohnya, seseorang tidak berkahwin hanya kerana mahu menekuni ibadahnya kepada Allah SWT.
2
13
1
muttafaq alaiha (disepakati ulama) dan bidah mukhtalaf fiha (diperselisih ulama) . Bidah- bidah tersebut diringkaskan seperti berikut:
a) Bidah mughallazah (sangat berat): Iaitu bid ah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang menyanggahi usul al- aqidah termasuk antaranya kumpulan Nusairiyah, Duruz dan Ismailiyyah Batiniyyah.
b) Bidah ghalizah (berat): Iaitu bidah yang agak berat tetapi tidak mengeluarkan pelakunya daripada Islam. Ia sekadar menyebabkan pelakunya menjadi fasiq dan berdosa. Kefasiqan itu pula berlaku pada aqidah bukan pada amalan. Boleh jadi ia banyak melakukan solat tetapi aqidahnya disaluti dosa, ia termasuk kumpulan Khawarij dan Mutazilah. c) Bidah ringan: Iaitu bid ah yang berlaku disebabkan kesilapan dalam berijtihad, atau kekeliruan dalam mengambil hukum daripada nas. Ia dikira termasuk dosadosa kecil dalam bab masiat. d) Bidah yang diperselisihi ulama: Iaitu bid ah yang diakui oleh satu puak dan dimungkiri oleh puak yang lain. Contohnya seperti hukum tawassul dengan Nabi SAW. Ia sebenarnya bukan termasuk perkara aqidah sebaliknya hanya merupakan soal cabang fiqh. Begitu juga tentang masalah melazimi sesuatu ibadah tertentu. Berlaku khilaf di kalangan umat, ini menunjukkan ia hanyalah perbezaan pendapat dalam masalah cabang hukum syara yang dibenarkan. Pendekatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dalam Persoalan Bid ah
Dalam menangani isu-isu bidah JAKIM telah mengambil pendekatan dengan mengkaji secara teliti dan mendalam setiap perkara yang dikatakan bidah tersebut. JAKIM juga membezakan antara bidah pada perkara usul atau asas aqidah dan ibadah serta bidah yang berlaku kepada cabang ibadah dan adat atau kebudayaan. Sebagai contoh dalam menangani perkara bidah pada usul aqidah, JAKIM telah mengambil pendekatan menolak sebarang konsep tasawuf teosofi yang menyeleweng yang ditambah di dalam aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu JAKIM menolak konsep Wahdat al-Wujud, Martabat Tujuh dan Nur Muhammad, dengan tujuan untuk 2 menyekat jalan-jalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam secara umum . Adapun dalam perkara cabang ibadat seperti membaca talqin ke atas mayat, tahlil arwah, 3 upah membaca al-Qur an , wirid berjamaah selepas solat dan sebagainya, itu semua dianggap sebagai tidak termasuk perkara bidah bahkan diharuskan untuk melakukannya. Manakala perkara-perkara adat seperti bersalaman selepas solat lima waktu, mengadakan
1
Fi al-Fiqh al-Awwaliyyat , hal. 196-197. Berlandaskan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM. 3 Lihat buku : Penjelasan Hukum, JAKIM, 1998. 2
14
upacara sambutan Maulid Rasul dan sebagainya ia juga tidak termasuk perkara bidah selagimana kandungan majlis tersebut tidak menyalahi mana-mana huku m syara. Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa untuk mentakrifkan setiap perkara bidah itu sebagai sesat adalah merupakan sesuatu yang amat sukar. Ia menjadi sedemikian kerana definisi bidah itu sendiri sering dirujuk kepada dua manhaj atau pendekatan utama. Pertama, iaitu golongan ulama yang mentakrifkan bidah dari sudut bahasa yang am. Kedua, golongan ulama yang melihat bidah dari sudut istilah yang lebih khusus. Bagi golongan yang menggunakan manhaj bahasa, mereka berpandangan bidah iaitu setiap perkara yang direka-reka yang tidak mempunyai misal sebelumnya. Dalam erti kata lain ia adalah perkara baru selepas zaman Nabi SAW dan kurun-kurun yang diakui kebaikannya. Takrifan ini secara amnya, memasukkan apa-apa sahaja yang baik mahupun tidak baik atau pun berbentuk ibadah mahupun bukan ibadah. Punca kesemua unsur-unsur tersebut dimasukkan adalah kerana terdapat lafaz bidah yang terkadang menunjukkan makna celaan dan terkadang menunjukkan makna pujian. Oleh yang demikian maka bidah membawa dua pengertian sekaligus, sama ada yang tercela atau pun yang terpuji. Imam al-Syafii berkata: Perkara-kara baru itu terbahagi kepada dua. Pertama, perkara baru yang menyalahi al-Qur an, al-Sunnah, athar atau ijma ulama, maka ini adalah bidah yang sesat. Kedua, perkara baru yang baik, maka ia perkara baru yang tidak dicela. Melalui manhaj pertama ini yang meliputi makna perkara baru yang tercela dan terpuji, maka Izz al-Din ibn Abd al-Salam telah membahagikan bidah kepada lima hukum syara. Wajib, seperti menyusun disiplin ilmu bahasa Arab. Sunat, seperti mendirikan sekolah-sekolah. Haram, seperti melagukan al-Qur an sehingga mengubah lafaz-lafaz bahasa Arab. Makruh, seperti keterlaluan menghiasi masjid. Harus, seperti menyediakan makanan yang pelbagai jenis untuk hidangan. Adapun golongan yang berpegang kepada manhaj kedua mentakrifkan bidah sebagai satu jalan yang direka-reka atas dasar ia adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia langsung tiada kaitan dengan agama. Atau sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Syatibi: Bidah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya sebagaimana tujuan mengamalkan apa yang mengikut jalan syara. Termasuk dalam pengertian ini ialah segala jenis perbuatan sama ada ibadah atau bukan ibadah. Sebahagian ulama hanya menghadkan kepada jenis ibadah sahaja. Berdasarkan takrifan ini maka kesemua bidah adalah tercela dalam apa jua keadaan dan ia tidak terikat dengan pembahagian lima hukum syara. Dengan pengertian al-Syatibi ini juga, ia menepati hadith Rasulullah SAW yang menyebut: Setiap bidah itu sesat. Ia juga menepati kata-kata Imam Malik: Sesiapa
15
yang mereka-reka sesuatu bidah dalam Islam yang dilihat baik oleh dirinya, maka (seolah-olah) dia mendakwa Muhammad SAW telah mengkhianati (amanah dalam menyampaikan) risalahnya. Golongan ini juga menganggap hadith Umar tentang bidah solat tarawih tidak lain hanya membawa makna dari sudut bahasa sahaja. Sekiranya diteliti apa yang menjadi permasalahan adalah kesukaran para ulama dalam membezakan antara apa yang dikatakan dengan urusan agama dan urusan dunia. Ini mungkin disebabkan oleh kesyumulan hukum-hakam Islam yang meliputi segenap urusan manusia. Berpunca dari sini ada sebahagian ulama yang menganggap bidah hanya berlaku kepada perkara ibadah sahaja sedangkan sebahagian yang lain menganggap ia berlaku kepada segenap bidang kehidupan manusia sama ada ibadah mahupun bukan ibadah. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah berada di tengah-tengah antara golongan yang bertegas dan golongan yang langsung mengambil ringan terhadap perkara bidah. Dalam perkara aqidah dan ibadat, yang terbaik adalah apa yang telah digariskan oleh syara tanpa sebarang penambahan dan pengurangan. Ini kerana soal aqidah dan ibadat adalah perkara yang tidak diketahui illah (tujuan dan sebab) pekerjaan tersebut melainkan ia dilakukan sebagai kepatuhan dan perhambaan kita kepada Allah SWT.
Manakala perkara-perkara selain aqidah dan ibadat, iaitu perkara-perkara harus yang didiamkan oleh syara serta tidak disebut sama ada dituntut atau ditegah, maka ia terbuka luas untuk sebarang penambahan selagimana tidak bercanggah dengan mana-mana hukum syara. Persoalan yang berbaki, perkara-perkara yang dilihat bercampur aduk antara adat dan ibadat hingga mengelirukan sesetengah orang. Oleh itu, perkara ini perlu dirujuk kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang mahir sebagaimana yang telah disebut dan dibentangkan oleh penulis dalam kertas ini. Apa yang penting setiap orang berhak untuk memilih menjadi tegas (mutasyaddid ) atau sederhana (mu tadil ) dalam soal bidah, tetapi yang penting jangan sampai salah menyalahi antara satu sama lain.
BIBLIOGRAFI
al-Azkar, al-Nawawi. al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Ibn al-Khatib al-Baghdadi al-Fatawa al-Hadithiyyah, Ibnu Hajar al-Haithami, Dar al-Marifat, Beyrut. al-I tisam,Abu Ishaq al-Syatibi, Dar al-Marifat, Beyrut. al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abu Muhammad Ali ibn Hazm al-Andalusi. al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mu asarah, Rajih Abd al-Hamid al-Kurdi, Dar Ammar, 1989. al-Muwafaqat , Abu Ishaq al-Syatibi. al-Targhib wa al-Tarhib, al-Hafiz al-Munzari, cet. 2, 1373H. Faydh al-Qadir, Abd al-Rauf al-Munawi Fi al-Fiqh al-Awwaliyyat, Yusof al-Qaradawi, Maktabat Wahbah, 1995.
16
I lam al-Muwaqqi in, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, 1968. Ihkam al-Ahkam Syarh Umdat al-Ahkam, Ibn Daqiq al- Ied, cet. 1, 1976. Majmu at al-Rasa il al-Kubra, Ibn Taimiyyah, Beyrut. Majmu at al-Rasa il, al-Syahid Hasan al-Banna. Maqasid al-Syari ah al-Islamiyyah Allal al-Fasi, al-Dar al-Baydha. Penjelasan Hukum, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, cet.1, 1998. Qawa id al-Ahkam al-Syar iyyah, ,Ibnu Jaziyy al-Maliki. Qawa id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, al-Izz ibn Abd al-Salam, 1968. Tahqiq Ma na al-Sunnah wa Bayan al-Hajat Ilayh,Sulayman al-Nadawi, al-Qahirah, 1377H. Talbis Iblis, Ibn al-Jawzi.
17