PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN AJARAN SESAT SESAT DI MALAYS MALAYSIA IA
BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1426H/2005M
1
PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA TUJUAN Penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia ini disediakan untuk memberi maklumat yang jelas kepada umat Islam mengenai ajaran sesat yang telah disenaraikan, berdasarkan maklumat dan hasil kajian yang telah dibuat oleh para pegawai di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, selama beberapa tahun. Dengan itu diharapkan ia dapatlah dijadikan sebagai panduan bagi mengelakkan diri masing-masing dari tercebur ke dalam perangkap ajaran sesat .
KRITERIAKRITERIA- KRITERIA KRITERIA AJARAN AJARAN SESAT Sebelum diberikan penjelasan terhadap 58 ciri ajaran sesat terlebih dahulu dibawakan kriteria-kriteria yang boleh dijadikan garis panduan menentukan sesuatu ajaran itu sesat atau tidak, sebagaimana yang dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Resmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura sebagaimana dinyatakan didalam buku Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994 seperti berikut; (i) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan bertentangan dan tidak tidak selara selaras s dengan dengan akidah akidah Ahli Ahli Sunnah Sunnah wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansukhkan kitab suci al-Quran, mempercayai ada lagi kiblat lain selain dari Kaabah dan seumpamanya. (ii) Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadis yang diakui sahih oleh ulama’ hadis. (iii) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntadzar, atau lain-lain istilah yang seumpamanya. (iv) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia. (v) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, 2
PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA TUJUAN Penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia ini disediakan untuk memberi maklumat yang jelas kepada umat Islam mengenai ajaran sesat yang telah disenaraikan, berdasarkan maklumat dan hasil kajian yang telah dibuat oleh para pegawai di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, selama beberapa tahun. Dengan itu diharapkan ia dapatlah dijadikan sebagai panduan bagi mengelakkan diri masing-masing dari tercebur ke dalam perangkap ajaran sesat .
KRITERIAKRITERIA- KRITERIA KRITERIA AJARAN AJARAN SESAT Sebelum diberikan penjelasan terhadap 58 ciri ajaran sesat terlebih dahulu dibawakan kriteria-kriteria yang boleh dijadikan garis panduan menentukan sesuatu ajaran itu sesat atau tidak, sebagaimana yang dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Resmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura sebagaimana dinyatakan didalam buku Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994 seperti berikut; (i) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan bertentangan dan tidak tidak selara selaras s dengan dengan akidah akidah Ahli Ahli Sunnah Sunnah wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansukhkan kitab suci al-Quran, mempercayai ada lagi kiblat lain selain dari Kaabah dan seumpamanya. (ii) Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadis yang diakui sahih oleh ulama’ hadis. (iii) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntadzar, atau lain-lain istilah yang seumpamanya. (iv) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia. (v) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, 2
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat. (vi) Mengadakan bid’ah dan pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat’i dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan,menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya. (vii) Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan atau al-Hadis mengikut sesuka hati
PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT 1.
Memp Memper erca caya yaii baha bahawa wa se semu mua a agam agama a adal adalah ah sa sama ma
Asal: Dalam ajaran sesat Crypto yang ditaja oleh Mukhtar Hasan Pulau Pinang ada menyatakan semua agama adalah sama.
Sebab kesalahan: Menyamakan semua agama sebagai suatu kebenaran adalah salah dan menyeleweng, kerana hanya agama Islam yang benar dan diredhai oleh Allah.
Hujah dan alasan : Apa yang diajarkan oleh Crypto adalah amat bertentangan dengan nas al- Quran :
maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah ialah Islam. Islam. Dan orang-orang orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih 3
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka penget pengetahu ahuan an yang yang sah sah tentang tentang kebena kebenarann rannya; ya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. ( Surah Al-Imran ayat 19) firman-Nya lagi ;
maksudnya: “dan sesiapa yang mencari agama selain agama Isla Islam, m,ma maka ka tida tidak k akan akan dit diteri erima ma da dari ripa pada dany nya,d a,dan an ia ia pada hari akhirat akhirat kelak kelak dari orang-orang orang-orang yang rugi rugi ” ( Surah Al-Imran ayat 85 ) Selain dari itu kita dapati antara faktor kesesatan yang diijma’kan ialah mengingkari hakikat Islam sama ada sengaja, jahil atau ikut-ikut, jadi sesiapa yang menganggapkan semua jenis agama dan kepercayaan bukan Islam disamakan dengan Islam atau dianggap benar belaka adalah salah dan boleh boleh terbatal imannya imannya..
2.
Memp Memper erca caya yaii bah bahaw awa a gur guru u mer merek eka a bol boleh eh mene menebu bus s dos dosa a dengan wang
Asal. Antara ajaran sesat yang mengeluarkan ciri begini ialah ajaran al-Mas atau Ikhwan dan ajaran Abu Bakar Bappo mereka juga ada mengamalkan ciri ini. Banyak ajaran sesat lain telah menawarkan pakej seperti ini untuk mengaut wang secara mudah daripada pengikutnya tanpa dipersoalkan ajaran berkenaan sama ada betul atau salah. Selain itu guru dapat mengikat hati pengikutnya agar tidak menarik diri dari kumpulannya.
4
Sebab kesalahan Kepercayaan begini amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana agama Islam tidak pernah membenarkan sesiapa saja menggunakan wang untuk menebus dosa. Dalam Islam persoalan dosa boleh diampunkan Allah dengan memohon ampun dan taubat melalui cara dan syarat tertentu.
Hujah dan alasan: Pengampunan dosa manusia adalah kuasa Allah semata-mata, sebagaimana firman-Nya :
maksudnya; “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba- hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa SesungguhNya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah az-Zumar ayat 53) Ayat di atas menunjukkan bahawa hak pengampunan adalah kepunyaan Allah saja. Dia yang berkuasa memberi keampunan terhadap dosa hamba-Nya. Ertinya sesiapa yang berbuat “seperti kuasa Allah” ia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Sedangkan Allah tidak sekali-kali menerima sogokan dengan wang atau kebendaan.
3.
Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru
Asal Ciri sesat ini pernah dibawa juga oleh ajaran Crypto. Ajaran ini sudah tidak wujud lagi pada masa ini.
Sebab kesalahan Islam tidak termansukh atau terbatal sama sekali oleh mana-mana pihak atau agama lain, kerana Islam sebagai agama terakhir telah 5
menasakhkan semua agama langit yang lain. Islam adalah agama yang paling baik dan sempurna lagi diredhai oleh Allah. Yang sebenarnya Islam yang memansukhkan bukan dimansukh.
Hujah dan alasan : Islam agama terakhir dan tiada agama baru lagi selainnya. Ada sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah r.a. yang diriwayat Imam Muslim bahawa Nabi Isa a.s. akan turun dan memimpin manusia dengan menurut al-Quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.(lihat hadis 15 Mastika Hadis, Jld. 1) Hadith ini menunjukkan bahawa agama Islam tetap wujud dan kekal hingga datangnya kiamat dan ia tidak dibatalkan.
4.
Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga
Asal Ciri sesat ini pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan Anak Rimau dan ajaran Arifin bin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu.
Sebab Kesalahan Persoalan syurga adalah suatu yang ghaib, hanya Allah saja yang boleh menguasainya. Dalam hal ini tidak seorang pun boleh masuk campur tangan, apatah lagi untuk memegang kuncinya. Ajaran ini telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai manusia, sedangkan syurga adalah dalam kuasa mutlak Allah.
Hujah dan alasan Hari kiamat dan perkara yang berkait dengannya seperti syurga dan neraka adalah mutlak milik Allah, ini berdasarkan ayat;
maksudnya, “Allah yang memiliki hari kiamat “ (al- Fatihah ayat 4) 6
Ayat ini menjelaskan bahawa pada hari kiamat kelak Allah sebagai pemilik dan raja ke atas seluruh alam. Pada masa itu akan diadakan hitungan hisab dan keadilan dilakukan di mahkamah Allah. Semua manusia tidak dikecuali dari perbicaraan agung itu. Amalan yang pertama ditanya ialah sembahyang fardhu, jika berjaya maka selamatlah orang berkenaan, sebaliknya jika sembahyang tidak diterima maka rugilah (lihat hadis 113 dalam Mastika Hadis jld.1). Sesiapa pun tidak dapat membantu yang lain, tidak ada kunci istimewa ketika itu, kecuali syafaat dari Rasulullah s.a.w. sahaja dan mereka yang disebut dalam hadis riwayat Muslim,Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah (lihat hadis 104 Mastika Hadis jlld.1 dan keterangannya selepas itu).
5.
Mengaku Allah menjelma dalam diri guru atau seseorang
Asal: Ciri ini pernah wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini, antaranya ajaran Tajalli atau Hakikat Insan di Kelantan.
Sebab kesalahan Ajaran ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu dengan makhluk.
Hujah dan alasan Allah tidak mengambil ruang atau tempat kerana Dia bukan makhluk, Firman Allah
maksudnya, “Dialah menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak 7
pasangan-pasangan )bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua.Tiada sesuatupun yang sebanding dengan DzatNya, sifat-sifatNya. Dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” ( al- Syura ayat 11). Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagunganNya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang disepakati daripada Islam.
6.
Percaya makhluk-makhluk seperti kayu, batu, atau lain-lain ada kuasa mutlak Asal : Kepercayaan tahyul dan karut seperti ini adalah amat bertentangan dengan ajaran tauhid yand dibawa oleh Islam. Ciri ini adalah satu perkara syirik yang amat ditentang oleh Islam. Ini didapati berlaku di kalangan sesetengah pengamal ilmu kedukunan cara lama.
Sebab kesalahan: Percaya perkara seperti di atas adalah syirik.
Hujah dan alasan: Islam melarang mempercayai ada kuasa yang lain dari kuasa Allah SWT. Ayat al-Quran :
8
Maksudnya: Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kami-lah yang memberi rezeki kepada dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itu Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya” (ayat 151 surah al-An’aam) Sekutukan Allah dalam ayat diatas adalah termasuk menjadikan benda sebagai yang mempunyai kuasa seperti Allah.
7.
Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah Asal: Menghalal atau mengharamkan sesuatu adalah hak Allah sematamata. Sesiapa yang melanggar batas ini bererti telah mencabul hak Allah dan ia dihukum kufur. Ajaran Crypto pernah melakukan perkara ini. Begitu juga dengan ajaran sesat lain yang mengadakan nikah batin.
Sebab kesalahan: Adalah suatu perkara yang syirik jika menghalal atau mengharamkan sesuatu hak Allah semata-mata. Sesiapa yang melanggar batas ini bererti telah mencabul hak Allah dan ia dihukum kufur.
Hujah dan alasan : Hak Allah dicabuli oleh manusia, sedangkan Allah tidak membenarkan kuasa menghalal dan mengharam dibuat sesuka hati oleh seseorang manusia. Firman Allah:
9
maksudnya, “Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:” Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya” . (al-Nahl, ayat 116)
8.
Menghalalkan nikah adik beradik Asal : Ciri ini ada berlaku pada ajaran yang dibawa oleh bomoh Kamarudin dari Melaka.
Sebab Kesalahan: Perkara seperti Ini tentu bertentangan dengan Islam dan bertentangan dengan tabi’i manusia yang memandang adik beradik sebagai orang yang perlu dikawali bukan untuk dijadikan sebagai isteri.
Hujah dan alasan : Islam menegah berkahwin dengan adik-beradik. Jika seseorang menghalal perkara yang diharamkan agama adalah suatu dari kerja kufur dan dilaknati Allah Ta'ala. Seperti dalam ayat 116 surah al-Nahl di atas.
10
9.
Meminta pertolongan terus dari orang yang telah mati
Asal : Dalam amalan orang Arqam pada satu masa dahulu sebelum diharamkan pada tahun 1994 dikalangan mereka terdapat yang melakukan perkara ini.
Sebab Kesalahan: Agama Islam tidak membenarkan seseorang memohon pertolongan dengan roh orang yang telah meninggal dunia, kerana ia terjebak dalam mensyirikkan Allah. Hujah dan alasan: Roh seorang yang telah mati tiada kuasa untuk menolong orang yang masih hidup, memohon sesuatu urusan dari orang yang telah mati adalah suatu yang amat dilarang oleh agama Islam kerana ia merupakan suatu perbuatan syirik kepada Allah. Firman Allah dalam al-Quran;
bermaksud; “ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang- orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (surah Yunus ayat 106) Ayat ini menjelaskan bahawa orang telah mati tidaklah berupaya melakukan sesuatu kerana ia telah terputus dengan dunia ini dan hidupnya di alam lain yang dinamakan alam barzakh.
11
10.
Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat Asal : Dalam ajaran Ahmadiah Qadiani ada kepercayaan bahawa gurunya sebagai nabi.
Sebab Kesalahan: Adalah jelas sekali ajaran seperti ini bertentangan dengan Islam, kerana tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Hujah dan alasan: Tidaklah boleh seseorang mengaku bahawa dia menjadi rasul bagi umat tertentu hanya dengan memakai ayat al-Qur’an surah Yunus ayat 47 berikut;
maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, dan mereka tidak dianiaya” kerana amat bertentangan pula dengan ajaran Islam dalam surah al Ahzab ayat 40. Firman Allah
maksudnya: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah 12
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu-”. Dengan ayat di atas jelas sekali bahawa tiada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w. Dakwaan sebagai nabi selepas nabi Muhammad adalah tertolak dan orang berkenaan telah mencabuli ayat diatas serta dianggap sebagai orang yang sesat jalan, lebeh jauh lagi terkeluar dari Islam, kerana terbatal syahadahnya.
11.
Mempercayai ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Asal: Ajaran Qadiani atau Ahmadiah yang dibawa oleh Ghulam Ahmad di India percaya dengan ciri ini. Begitu juga dengan Hj. Kahar di Hulu Kelang Selangor yang mendakwakan dirinya sebagai nabi bagi kalangan bangsa Melayu.
Sebab Kesalahan: Tiada lagi nabi sesudah nabi Muhammad s.a.w, kerana baginda adalah rasul dan nabi yang terakhir sebelum datang hari kiamat.
Hujah dan alasan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 40
maksudnya:
“ Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu”.
13
12.
Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya nabi Muhammad s .a.w.
Asal: Kepercayaan seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Ajaran Qadiani yang dibawa oleh Ghulam Ahmad dari Qadiani India telah mendakwa dirinya sebagai nabi yang terakhir.
Sebab Kesalahan: Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para Nabi dan Rasul. Oleh yang demikian orang yang mendakwa menerima wahyu itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi Nabi dan Rasul setelah wafat Nabi Muhammad s.a.w.
Hujah dan alasan: Bertentangan dengan firman Allah
maksudnya:
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu” (surah al-Ahzab ayat 40) 13.
Mengaku diri sebagai Nabi Isa a.s.
Asal Dakwaan seseorang sebagai Nabi Isa a.s adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kerana sesuatu dakwaan perlu kepada bukti dan 14
sebenarnya tiada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w serta biasanya orang yang mendakwa itu adalah terbukti pembohong besar. Ajaran Qadiani juga percaya Ghulam Ahmad sebagai Nabi Isa. Begitu juga dengan ajaran sesat dari kalangan orang Melayu. Sejak berkurun yang lalu ramai orang Islam mendakwa diri mereka sebagai nabi Isa a.s. tetapi semuanya adalah palsu belaka.
Sebab Kesalahan: Mendakwa menjadi nabi Isa adalah satu perkara yang salah dari segi akidah kerana ia bukan suatu yang boleh didakwakan.
Hujah dan alasan: Islam tidak membenarkan seseorang mengaku dirinya menjadi Nabi Isa. Nabi Muhammad s.a.w telah menerangkan bahawa nabi Isa dibangkitkan atau diturunkan sebelum datangnya kiamat dengan bukti yang jelas sepertimana tersebut dalam kitab hadis sahih Muslim:hadith;2940(lihat Mustika Hadith , jil. 2, hadith; 83). Ia bukan suatu yang boleh didakwakan begitu saja. Dalam Islam ta’rif istilah mukjizat ialah “ Perkara khawariq (menyalahi undang-undang alam) berlaku pada nabi bila dicabar membuktikan bahawa ianya nabi,tetapi nabi palsu tiada bukti kukuh dengan mukjizat.
14.
Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
Asal: Ada ajaran sesat yang mendakwakan guru atau syeikhnya mempunyai mukjizat.
Sebab Kesalahan: Kepalsuan ajaran seperti ini adalah amat jelas sekali kerana dalam ajaran Islam tidak akan berlaku lagi sesuatu mukjizat ke atas seseorang pun selepas kewafatan nabi Muhammad saw. Banyak yang keliru antara mukjizat dengan keramat. Kedua perkara ini seakan sama tetapi bukan secara usaha sendiri dan bukan boleh diundangkan.
Hujah dan alasan:
15
Mukjizat hanya berlaku kepada nabi dan rasul. Tidak bagi orang lain. Jika ada yang mendakwakan bahawa seseorang mempunyai mukjizat maka perlulah diuji dan dipatahkan hujahnya.
15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya. Asal : Memang ada orang yang memohon pertolongan dengan roh-roh orang yang telah meninggal dunia, antaranya tok-tok bomoh tukang tilik dan pemuja kubur untuk mendapatkan wang dan sebagainya.
Sebab Kesalahan: Ciri ini juga merupakan suatu perkara yang tidak diajar oleh nabi. Ia adalah suatu perkara kufur terhadap Allah Ta'ala.
Hujah dan alasan: Kepercayaan begini amat dicela oleh Allah kerana berunsur kufur dan syirik terhadapNya.
16.
Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa a.s.
Asal: Nordin Puteh pernah mengaku sebagai Imam Mahdi dan telah didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dan dijatuhkan hukuman penjara. Ajaran lain pernah terlibat dengan ciri ini ialah ajaran Mohamad Nasir Ismail Kemboja di Batu Pahat Johor.
Sebab Kesalahan: Biasanya orang yang mendakwa demikian adalah orang berkepentingan dunia, sama ada kerana kedudukan dan wang serta kemudahan. Persoalan al-Mahdi bukan boleh dibuat-buat atau didakwa-dakwakan sesuka hati saja. Begitu pula nabi Isa a.s. Sesiapa yang berbuat demikian adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui had yang disuruh dalam agama Islam. 16
Hujah dan alasan : Nabi s.a.w. tidak memberi kebenaran untuk sesiapa pun meramal atau mendakwa sebagai Imam Mahadi atau nabi Isa a.s. Bahkan tiada satu nas dari al-Qur’an atau hadis yang menunjukkan keizinan berkenaan.
17.
Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru/khalifah tarekatnya dan boleh menjamin dapat ampunan Allah Ta'ala ke atas dosa pengikutnya
Asal: Ada tarekat yang sesat dan menyeleweng dari syariat Islam mendakwakan demikian.
Sebab Kesalahan: Sesuatu perkara yang sudah jelas dalam agama sama ada halal atau haram tidak boleh dinafikan lagi oleh sesiapa pun. Orang yang melanggar dan mendakwakan dirinya tidak berdosa dengan perbuatan haram itu adalah tergolong daripada orang yang ingkar dan murtad.
Hujah dan alasan: Perbuatan haram sedemikian memang sudah jelas bertentangan dengan akal dan syarak.
18.
Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain juga boleh Asal: Ajaran Qadiani dan Bahai ada membuat dakwaan begini.
Sebab Kesalahan: Meletakkan asas-asas agama Islam bukan berdasarkan nas syara’ atau dengan sesuka hati amat bertentangan dengan Islam. Oleh itu orang yang mendakwa sedemikian adalah tergolong dalam kalangan orang yang mencabul hak Allah Ta'ala. 17
Hujah dan alasan: Perkara ini jelas sekali amat bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah. Ibadat haji hanya boleh dilakukan di Mekah. Tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan di tempat lain.
19.
Sembahyang tidak perlu berjamaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
Asal: Ada ajaran sesat yang mengajarkan begini untuk menunjukkan ia suatu ajaran baru.
Sebab Kesalahan : Memang jelas ia bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran sebegini menunjukkan gurunya sengaja melawan hukum syarak.
Hujah dan alasan: Ia adalah amat bertentangan dengan ajaran dan hukum syarak. Mengadap kiblat wajib berdasarkan ayat al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w. Sembahyang berjamaah pula adalah berdasarkan Sunnah Nabi. Barangsiapa yang tidak mahu mengamalkan sunnah nabi maka ia dianggap bukanlah dari kalangan umat nabi Muhammad.
20.
Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib, menilik nasib seseorang
Asal: Antara ajaran sesat yang mendakwa seperti di atas ialah ajaran Hakikat Insan, ajaran Ayah Pin, ajaran Ilmu Ladunni, ajaran Haji Banuar. Selain ajaran sesat di atas terdapat juga dikalangan bomoh dan tukang tenung yang turut mendakwa sedemikian. Begitu juga dengan amalan menilik nasib adalah amat ditentang oleh Islam.
Sebab Kesalahan:
18
Seseorang yang mengaku dan mendakwa mengetahui perkara yang ghaib adalah dianggap telah kufur.
Hujah dan alasan: Perkara diatas adalah bertentangan dengan firmaAllah Ta'ala yang berfirman dalam al-Qur’an,
maksudnya:
“Katakan (ya Muhammad) tiada siapa yang mengetahui di langit dan di bumi suatu yang ghaib itu kecuali Allah, dan mereka tidak merasai bilakah dibangkitkan”. (surah al-Naml, ayat 65) 21.
Islam seseorang itu tidak sah jika tidak di Islamkan oleh gurunya
Asal Ciri ajaran sesat seperti ini pernah dibawa oleh ajaran Ikhwan atau sekarang dikenali sebagai Al-Mas yang bergerak di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Sebab kesalahan: Ajaran ini tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Islam semua orang Islam yang mengenal erti keislaman boleh mengislamkan siapa saja. Tidak semestinya orang itu dari keturunan nabi atau bukan. Ini jelas suatu penipuan dan menyekat pengembangan ajaran Islam dari tersebar secara meluas.
19
Hujah dan alasan: Nabi Muhammad saw. tidak pernah berwasiatkan hanya anak cucunya saja yang boleh berdakwah atau mengislamkan. Baginda pernah bersabda ;
ﱢﯿ ﱢﯾ
ﱠ ﱠ ﱠ
ﮫ
ﱠ
ﮫﯿ ﮫﱠ ﱠ (
ﱠ ﱠ ) .ﮫ
Maksudnya: Dari Abi Bakrah dari Nabi s.a.w. telah bersabda” semoga (orang yang menyampaikan itu) dapat menyampaikan kepada orang yang lebih faham mengenainya daripadanya” (Hadith riwayat Bukhari) 22.
Semua manusia melihat Allah di dunia ini Asal: Ajaran yang terlibat dengan ciri ini ialah ajaran Hasan Anak Rimau.
Sebab kesalahan: Ini satu ajaran yang amat bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasululullah saw kerana menurut aqidah Ahli Sunnah umat Islam hanya dapat melihat Allah Ta'ala semasa di akhirat saja, sedangkan di dunia ini tidak boleh. Mungkin juga ajaran karut ini terpengaruh dengan ajaran Wehdatul Wujud yang sememangnya bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah.
Hujah dan alasan Orang Islam telah dimaklum oleh Rasulullah saw. bahawa mereka akan dapat melihat Allah di akhirat kelak, Di atas dunia ini tiada sesiapa pun dapat melihat Allah. Sebuah hadis sahih yang dibawa oleh Suhaib r.a. riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Malik sabda Nabi saw. bermaksud:
20
“…..maka pada saat itu ( dalam syurga) dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya,” ( Mustika Hadis jil.1, hadth 123)
23. Pengikut diwajib merahsiakan ajaran kalau tidak, akan ditimpa bala Asal Salah satu ciri utama dalam ajaran sesat di mana-mana saja ialah kerahsiaan ajarannya. Setiap guru akan menyuruh pengikutnya berbuat sedemikian untuk mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa agama. Dengan berlangsungnya kerahsiaan itu mereka dapat meneruskan ajaran berkenaan, kadang-kadang mereka menggunakan taktik berpindah rumah atau lokasi operasi. Inilah di antara kesukaran suatu ajaran itu untuk dikesan dan ditumpaskan oleh pihak yang berkuasa.
Sebab kesalahan: Islam tidak mengajar supaya dirahsiakan ajaran daripada nabi. sekiranya ada yang mengatakan Islam menyuruh rahsia adalah bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Hujah dan alasan: Rasulullah saw menyuruh umatnya menyampaikan ajaran Islam kepada sesiapa saja di muka bumi ini. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim seperti dalam penjelasan ciri bilangan dua puluh satu (21) menjelaskan perkara ini.
24. Guru wahyu
atau
murid
membuat pengakuan
menerima
Asal: Ajaran yang terlibat dengan ciri ini seperti Ajaran Hj. Kahar bin Ahmad, Hulu Kelang Selangor.
Sebab Kesalahan: Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para Nabi dan 21
Rasul. Oleh yang demikian orang yang mendakwa menerima wahyu itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi Nabi dan Rasul setelah wafat Nabi Muhammad saw.
Hujah dan alasan: Allah berfirman;
maksudnya: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi . Dan (Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu”. (surah al-Ahzab ayat 40) Dari ayat ini menunjukkan tidak ada lagi nabi atau rasul selepas Muhammad saw. kerana hanya rasul dan nabi sahaja yang boleh menerima wahyu dari Allah Ta'ala. Dengan itu jelas bagi kita bahawa orang yang mendakwakan itu bertentangan dengan syara’ dan itu adalah nabi palsu.
25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai memberi syafaat kepada muridnya.
wakil
nabi
boleh
Asal: Ciri ajaran yang mendakwa sebagai wakil nabi dan boleh memberikan syafaat kepada murid adalah suatu mainan guru-guru ajaran sesat walau di mana pun beroperasi. Gunanya ialah untuk mengikat tali hubungan mereka agar tidak terputus dan senang untuk mengarahkan sesuatu. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Antara ajaran sesat yang membawa ciri ini ialah ajaran al-Mas.
Sebab Kesalahan: 22
Nabi Muhammad saw tidak melantik sesiapa pun sebagai wakil nabi untuk semua, tetapi ada sahabat tertentu dilantik sebagai Gabenor di tempat tertentu di zaman baginda masih hidup. Dakwaan sebagai wakil nabi sekarang atau akan datang adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Hujah dan alasan: Dakwaan tentang wakil Nabi adalah suatu kekeliruan dan ia adalah suatu penyelewengan dari ajaran Islam. Kerana nabi tidak melantik sesiapa pun sebagai wakil.
26.
Mengaku dirinya atau gurunya maksum Asal: Ada ajaran seperti ini yang mendakwa sebagai maksum, antaranya ialah golongan syiah yang menganggap semua Imam mereka adalah ma’sum.
Sebab Kesalahan: Pengakuan sebagai orang yang tidak berdosa atau maksum adalah suatu yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana tidak ada yang maksum kecuali nabi dan rasul. Bagi orang biasa atau awam mereka tidak terpelihara dari melakukan dosa-dosa. Orang yang mengaku diri sebagai maksum sama hukumnya dengan orang syiah, sedangkan mereka telah difatwakan sebagai orang yang melakukan bid’ah.
Hujah dan alasan Bagi Ahli Sunnah tidak ada seorang pun yang dianggap maksum kecuali nabi dan rasul.
27.
Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
Asal: Ajaran Abu Bakar Bappo di Batu Pahat Johor pernah mendakwa sedemikian. 23
Sebab Kesalahan: Ajaran seperti ini tidak berasal dari ajaran Islam bahkan dari agama bukan Islam, seperti agama Hindu dan lain-lain. Oleh yang demikian kepercayaan seperti ini adalah tertolak.
Hujah dan alasan: Kepercayaan seseorang berpindah roh dari seorang yang lain dianggap sebagai tanasukh arwah yang bukan dari ajaran Islam.
28.
Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir
Asal: Dalam ajaran sesat terdapat juga pihak yang dikatakan boleh memanggil roh orang mati melalui pelbagai cara, sama ada dengan tahdhir arwah atau sebagainya, sebenarnya bukan berdasarkan ajaran nabi atau para ulama’, kerana amalan sedemikian merupakan suatu dakwaan semata-mata, kerana yang datang semasa roh itu dipanggil adalah makhluk lain dari roh orang mati, ia sebenarnya sama ada jin atau pun qarin bagi seseorang. Semasa roh si mati berada di alam barzakh roh itu sama ada sibuk dengan soal jawab kubur atau sedang sibuk dengan kenikmatan, seperti mana yang dinyatakan dalam hadith sahih. Lagi pula roh adalah urusan Allah Ta'ala.
Sebab Kesalahan: Memanggil roh bukan dari ajaran Islam. Islam melarang kerja begini kerana membabitkan diri mencampuri urusan Allah. Tambahan pula yang dipanggil bukan roh orang mati yang sebenar bahkan makhluk lain seperti jin dan syaitan. Selain daripada itu memohon pertolongan dengan makhluk tersebut adalah dilarang dalam Islam.
Hujah dan alasan: Pekerjaan ini bukan dari ajaran Islam
29.Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat 24
Asal: Dalam ajaran Arqam ada ramalan sebegini.
Sebab Kesalahan: Meramal perkara yang ghaib seperti kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat bukan suatu amalan yang diajar oleh nabi. Kita disuruh untuk bersedia dan mempersiapkan diri untuk alam akhirat, bilakah hari kiamat bukan urusan kita dan tak siapa pun diberitahu masanya.
Hujah dan alasan: Amalan ramalan seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Baginda sendiri pernah ditanya tentang masa kedatangan kiamat tetapi beliau menjawab tidak tahu masanya sebaliknya hanya menerangkan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar akan berlaku kiamat. Begitu juga dengan Imam Mahdi baginda ada menjelas sifat dan nama tetapi tidak meramalnya.
30.
Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi
Asal: Kumpulan Arqam telah menganggapkan bahawa Syeikh Suhaimi sebagai ghaib ketika diisytiharkan mati di Kelang pada tahun 1924 dan mempercayai akan datang semula sebagai Imam Mahdi akhir zaman.
Sebab Kesalahan: Perkara ini adalah suatu dakwaan yang amat berlawanan dengan kehendak syarak, kerana orang yang telah meninggal tidak berupaya untuk kembali semula ke alam dunia ini, ia berada di alam barzakh. Dakwaan belum mati dan berada dalam alam ghaib adalah suatu dakwaan yang perlu pembuktian yang nyata dan boleh ditunjukkan.
Hujah dan alasan:
25
Tiada satu bukti dari al-Qur’an dan al-sunnah yang menyokong dakwaan di atas. Islam tidak menyuruh umatnya melakukan perkara ini.
31.
Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang bukan pengikut ajaran itu
Asal: Ciri ini ada dikatakan berlaku dalam ajaran Ikhwan atau al-Mas.
Sebab Kesalahan: Perkara seperti ini ternyata salah kerana mengharamkan sesuatu yang tidak diharam oleh syarak. Islam amat melarang umatnya melakukan perkara ini kerana ia menambah satu hukum baru yang diada-adakan.
Hujah dan alasan: Perkara ini adalah ternyata salah dan berlawanan dengan hukum syarak. Ia dianggap bida’ah dalam agama.
32.
Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
Asal: Dalam ajaran tarekat tertentu memang ada ajaran seperti ini.
Sebab Kesalahan: Suatu yang tidak dilarang syara’ telah ditambah hukumnya adalah merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah Ta'ala. Kebanyakan ajaran sesat ada menetapkan syarat seperti ini.
Hujah dan alasan:
26
Menambah suatu hukum dalam Islam adalah salah. Melarang dalam erti kata haram atau dianggap salah adalah perbuatan yang amat berlawanan dengan Islam.
33.Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang seperti:Muhammad ) Nyawa Muhammad ) Hati Muhammad ) Rahsia Muhammad ) dan -
kepala dua tangan punggung dua kaki
) ) ) )
Asal Banyak juga ajaran sesat yang menggunakan konsep sesat seperti ini, antaranya ialah ajaran Hakikat Insan Ahmad Laksemana, ajaran Taslim dan ajaran Pak Cu Bahrin Kuala Pilah. Ciri ini adalah dari ajaran Batiniah yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak terdapat dalam ajaran sesat di Malaysia telah mengambil kaedah seperti ini untuk memperkuatkan pegangan dan hujjah mereka. Yang sebenarnya mereka tiada hujjah yang benar dari sumber Islam lalu terjumpa dengan sumber asing. Dalam hal ini kebanyakan mereka tidak mengenal ajaran Batiniah, oleh itu mereka menganggap ianya suatu yang murni dan baik untuk diajar dan dipegang pula oleh pengikut mereka. Ciri seperti inilah menjadi darah daging dalam ajaran sesat di Malaysia. Sebab Kesalahan: Perkara seperti ini yang menggunakan huruf angka atau nombor tertentu adalan bukan dari ajaran Islam tetapi salah satu dari ciri ajaran Batiniah yang sememangnya yang merosakkan ajaran Islam.
Hujah dan alasan: Ajaran Batiniah bukan dari ajaran Islam. Ini pernah difatwakan oleh alImam al-Ghazali dalam kitabnya Fadha’ih Batiniyyah . Prinsip batin dan takwil ini menepati maksud semboyan bagi Batiniah iaitu:
ﯾ
ﯾ
Maksudnya: 27
‘Tiap-tiap benda yang zahir itu ada batinnya, dan bagi tiap-tiap ayat yang diturunkan itu ada takwilnya’. (Hamka, Perkembangan Kebatinan di Indonesia,(Djakarta:Bulan Bintang, 1971), hlm.9.) Maksud di sini ialah bahawa tiap-tiap perkara yang zahir, apa lagi yang mengenai syariat Islam seperti sembahyang dan puasa dan bendabenda lain seperti badan, kepala dan sebagainya ada batinnya; dan bagi ayat -ayat (al-Quran) yang diturunkan dan hadis Nabi itu ada takwil maknanya. Al-Hanafi mengatakan erti batin dan takwil ini ditentukan oleh kehendak hawa nafsu mereka (tanpa kaedah tertentu). Kononnya, kata mereka, yang mengetahui takwilan dan batin itu ialah Imam maksum (atau guru mursyid) iaitu Imam maksum yang sengaja diadaadakan.( Uthman Ibn ‘Abdillah al-‘Iraqi al-Hanafi, “al-Firaq al-Muftariqat Bayn Ahl al-Zayghi Wa al-Zandaqat”, (Turki: Antara Universiti Ilahiyat Fakultes, Nur Matbaasi, 1961), hlm. 101 )
34.
Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir Asal: Antara ajaran seperti ini ialah ajaran Hakikat Insan. Ciri inilah juga menjadi salah satu dari ajaran utama Batiniah yang meletakkan asas bahawa setiap yang zahir ada batin dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya. Imam Al-Ghazali telah memfatwakan ajaran seperti ini adalah sesat dan bukan dari ajaran Islam. Ajaran Batiniah ini telah dibawa masuk ke dalam masyarakat umat Islam oleh pihak musuh Islam, terutama dalam ajaran tasawuf.
Sebab kesalahan: Ajaran seperti ini bukan dari ajaran Islam sebenar. Ajaran ini adalah mengarahkan kepada merosakkan syariat Islam yang berpandukan nas-nas zahir dari al-Qur’an dan hadis, sedangkan ajaran ini telah merosakkan nas berkenaan. Matlamat mereka ialah menolak syariat Islam secara halus
Hujah dan alasan: Islam menolak ajaran yang direka atau tafsiran yang karut dan mengikut nafsu seperti itu. Dakwaan setengah orang bahawa alQur’an itu ada makna batin yang menyalahi makna yang zahir atau makna yang batin itu hanya diketahui oleh orang tertentu saja melalui ilham yang didakwakan itu. Dakwaan itu adalah membatalkan Syariat 28
Islam dengan membatalkan nas-nasnya, sebab tidak akan wujud lagi pokok yang boleh dikembalikan kepadanya atau pun kaedah-kaedah dari bahasa Arab yang dipegang kepadanya, sedangkan al-Quran itu diturunkan dengan lisan bahasa Arab yang jelas.
35.
Islam itu ada zahir ada batin; batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi
Asal: Inilah ciri sesat ajaran Batiniah dan ajaran inilah yang telah dikembangkan ke alam masyarakat Islam dan telah diterima oleh sebahagian pengamal tasawuf. Lebih jauh lagi dalam bidang tasawuf teosofi mereka telah meletakkan bahawa zahir itu syariat at au kulit dan batin itu hakikat dan ma’rifat atau isi. Apabila telah dapat isi maka kulit tidak diperlukan atau tidak berguna lagi. Perkara ini sudah tentu suatu yang jelas menghina Islam secara halus serta merosakkannya dari dalam. Antara ajaran sesat yang melakukannya ialah ajaran Hakikat Insan di Kelantan, ajaran Taslim di Pulau Pinang, ajaran Khatijah Ali di Pucong, ajaran Hj. Banuar di Selangor dan lain-lain.
Sebab kesalahan: Adalah jelas sekali ajaran ini tidak datang dari ajaran Islam bahkan ia dibawa oleh musuh Islam terutama ajaran Qaramitah atau Batiniah dengan memasukkannya ke dalam kumpulan tertentu yang mengamalkan amalan tasawuf yang akhirnya merosakkan agama Islam dari dalam.
Hujah dan alasan: Tiada satu bukti nas yang menunjukkan ajaran seperti ini dari ajaran Islam.
36. Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun temurun ke dalam badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan imamimam (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang tidak berakhir. 29
Asal: Dalam Ajaran Syiah ada ajaran seperti ini dan unsur yang sama ada juga terdapat dalam Tarekat Pimpinan Kadirun Yahya. Sebab Kesalahan: Dakwaan seperti ini tidak dapat dibuktikan dengan nas syarak dan bertentangan pula dengan akal yang waras. Dalam persoalan syarak tentulah perlu kepada sumber yang asli. Dalam hal ini tidak terdapat sumber yang menunjukkan ianya benar dan boleh diterima mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hujah dan alasan: Perkara ini tiada bukti bahawa ianya berasal dari ajaran Islam.
37.
Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat nabi
Asal : Memang ada orang mendakwa begini. Pernah berlaku pada satu ketika dalam tahun 1980-an di Batu Pahat Johor. Abu Bakar Bappo seorang keturunan mamak telah mendakwa sedemikian.
Sebab Kesalahan: Dakwaan sebegini amat sukar dipercayai oleh orang yang normal dan waras akalnya, kerana selain ia bertentangan dengan ajaran Islam ia juga merupakan suatu dakwaan yang palsu. Penjelmaan seseorang kepada orang lain adalah bukan dari ajaran agama Islam. Dalam ajaran Hindu kepercayaan begini dikenali sebagai Inkernasi atau tanasukh arwah . Mereka percaya roh orang yang telah mati berpndah mengambil tempat di jasad orang lain.
Hujah dan alasan: Dakwaan seperti ini bukan dari ajaran Islam.
38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin Asal: 30
Ciri seperti ini pernah berlaku dalam ajaran sesat Taslim.
Sebab Kesalahan: Melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syarak seperti melakukan nikah batin adalah tergolong dalam kategori sesat lagi menyesatkan, bahkan membawa kepada ingkar hukum Allah dan rasul-Nya. Ciri ini juga adalah salah satu dari ajaran Batiniah.
Hujah dan alasan: Syarak telah meletakkan asas yang kukuh dalam urusan nikah dan cerai, perkara ini telah jelas dalam al-Qur’an dan hadis nabi. Oleh itu ia bertentangan dengan dasar Islam.
39.
Ibadat sembahyang berpada dengan “niat” (terlintas dihati)
Asal: Ajaran Taslim dikatakan mengamalkan ajaran ini. Begitu juga dengan sesetengah ajaran tasawuf yang menyeleweng Sebab Kesalahan: Salah satu ajaran yang sedang bergerak di kampung-kampung ialah sembahyang hanya dengan niat tanpa perbuatan. Ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Orang yang mendakwakan ini sebagai ajaran Islam adalah tergolong dalam dajjal agama.
Hujah dan alasan : Tiada satu ayat al-Qur'an atau hadis yang menerangkan demikian. Sebaliknya ajaran begini adalah dimasuki oleh ajaran Batiniah Qaramitah yang mementingkan takwilan yang palsu dan batil, yang sememangnya mengada-ngadakan ajaran yang bertentangan dengan ajaran dari Rasulullah s.aw.
40. Penyerahan ruhani / jasmani kepada guru melalui cara nikah batin Asal : Salah satu keberanian guru ajaran sesat ialah pencabulan terhadap wanita dengan menggunakan unsur kerohanian dan nikah batin. Hal 31
ini banyak berlaku dalam masyarakat tetapi amat jarang ditemui mangsa terlibat yang datang tampil kehadapan untuk membongkar rahsia ini. Mungkin ramai dari mangsa atau ibu bapa rasa malu atau sebagainya. Perkara ini amat sukar dibanteraskan sekiranya tidak ada kerjasama dari semua pihak.
Sebab Kesalahan: Perkara ini sudah jelas bertentangan dengan hukum syarak. Islam melarang umatnya melakukan pergaulan bebas lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.
Hujah dan alasan: Bertentangan dengan nas syarak yang sememangnya tidak mensyariatkan ajaran nikah lain dari nikah sepertimana nikah menurut hukum syarak. Mana- penambahan nikah dengan nama lain sama ada nikah batin atau sebagainya adalah satu ajaran palsu dan dilaknat oleh Allah.
41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak isteri dan harta benda kepada gurunya Asal : Ciri sesat ini dikatakan ada berlaku di dalam ajaran Taslim pada suatu masa dulu dan ajaran Ayah Pin di Besut.
Sebab Kesalahan : Jelas sekali perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan nas Syarak.
Hujah dan alasan ;
42.
Perkara ini adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan hadis. Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat
Asal 32
Ajaran ini pernah dibawa oleh Tarekat Naqsyabandiah pimpinan Kadirun Yahya, Medan, Indonesia.
Sebab Kesalahan. Masalah kiamat tidak boleh ditentukan atau dikuasai oleh sesiapa pun kecuali Allah sahaja. Dalam hal zikir yang ditonjolkan oleh tarikat tertentu itu telah menidakkan kekuasaan Allah ke atas alam maya ini. Sekiranya perkara ini dianggap boleh diterima seolah-olah makhluk boleh memaksakan Allah wajib mendengarnya.
Hujah dan alasan Allah berfirman
Maksudnya, “ Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu yang menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah ayat 284) Dari ayat diatas menunjukkan bahawa tidak ada suatu daya usaha pun dari makhluk untuk masuk campur kekusaan Allah terhadap milikNya termasuklah dalam urusan kiamat dan perkara yang berkaitan dengannya.
43.
Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga 33
Asal Menentukan hanya kumpulan mereka saja yang betul dan menafikan yang lain seolah-olah meletakkan bahawa Islam hanya kepunyaan tarekat tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam adalah hak semua manusia dan sesiapa saja yang memeluk agama benar ini ia akan selamat. Inilah di antara penyelewengan dalam pegangan dan amalan tarekat di Malaysia yang menimbulkan pelbagai persoalan yang ganjil dan bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci. Dalam ajaran tarekat sesat seperti ajaran Hasan Anak Rimau atau ajaran Ratib Kuatnya dan ajaran Ayah Pin di Besut yang mengaku dirinya ada Kunci Syurga boleh menjamin pengikut-pengikutnya masuk syurga.
Sebab Kesalahan Hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan samada seseorang itu dimasukkan ke syurga atau tidak, jadi sekiranya ada pihak lain yang masuk campur tangan dalam urusan Allah, menunjukkan dia mensyirik akan Allah SWT.
Hujah dan Alasan Firman Allah
Maksudnya: “… untuk orang-orang yang menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia; dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, kekal di dalamnya selama- lamanya” . ( Surah Yunus ayat 26) Dalam hadith Suhaib r.a. riwayat Imam Muslim, Tirmidzi dan Ahmad, Rasulullah s.a.w. menerangkan maksud ayat itu dengan menyebutkan balasan baik sebagai syurga dan tambahan itu pula bermaksud dapat memandang wajah Allah kelak (Mustika Hadith Jilid Satu hadith 123). 34
Tidak ada ayat atau hadis yang menunjukkan golongan atau tarekat tertentu dijamin masuk syurga.
sesuatu
44. Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk Asal Guru tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya pernah dikatakan melakukan perkara seperti ini.
Sebab kesalahan Kepercayaan dan keyakinan seperti ini adalah suatu perkara yang bertentangan dengan prinsip Islam yang menentukan bahawa sesuatu ibadat termasuk zikir dan lain-lain bukanlah untuk keduniaan atau memperoleh sesuatu benda atau maksu yang tidak dikehendaki syarak dengan ibadat itu. Selain itu kepercayaan ini meletakkan bahawa zikir tertentu memberi kesan secara langsung dan menafikan Allah yang berkuasa memberi kesan terhadap sesuatu. Juga dibimbangi dengan kepercayaan itu membawa suatu pegangan pada seseorang pengikut bahawa orang berkenaan ada suatu kuasa yang sama dengan kuasa Allah dan boleh membawa kepada timbul perasaan fanatik terhadapnya. Begitu juga dengan dakwaan itu seolah-olah Allah dipaksa untuk menerima hajat dan dipastikan ia berlaku disebabkan zikir.
Hujah dan alasan Allah yang menentukan buruk atau baik bagi sesuatu perkara dan bukannya manusia. Firman-Nya
maksudnya: “Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu”. 35
( al-Ra’ad ayat 8) Ayat ini menjelaskan bahawa semua perkara yang berlaku di dunia ini adalah dibawah kekuasaan Allah dan tiada campur tangan dari makhluk. Sekiranya perkara seperti ini termasuk dalam urusan manusia seolah-olah Allah dipaksa menlakukan mengikut kehendak kita sebagai makhluk Nya.
45. Mempercayai bahawa dirinya (guru) atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat mau’nah (pertolongan) Allah Asal : Ada ajaran silat atau kumpulan mempertahankan diri mendakwakan ciri ini, antaranya Nasrulhakq al- Ma’unah dan lain-lain.
Sebab kesalahan : Mau’nah adalah hak Allah dan ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Tidak ada satu bukti pun dari ayat alQuran atau hadis yang mengkhususkan mau’nah untuk kumpulan tertentu saja. Oleh itu jelas sekali itu satu pembohongan besar dari ajaran sesat.
Hujah dan alasan : Ajaran ini suatu rekaan semata juga satu dakwaan yang palsu.
45.
Pengikutnya boleh menerima kekuatan luar biasa dari guru
Asal: Perkara luar biasa yang boleh dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain ada berlaku dalam amalan sihir atau pemujaan. Tentang ciri ajaran ini ia bukan daripada amalan Islam dan amat bertentangan dengan aqidah Islamiah. Ciri ini pernah berlaku dalam kumpulan Nasrulhaq dan Al- Mau’nah yang diharamkan. Kerana kalau benar ia dari ajaran Islam tentulah ia diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Sebab Kesalahan :
36
Rasulullah tak pernah mengajar umatnya dengan perkara seperti itu. Ini adalah datang dari pengaruh luar Islam.
Hujah dan alasan : Ajaran ini bukan dari ajaran Islam. Nabi Muhammad tidak mengajar umatnya dengan perkara begini.
47. Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada dalam dirinya. Asal : Pengakuan seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah biasa terdapat dalam ajaran tarekat dan amalan tasawuf, sama ada dulu atau sekarang. Inilah yang bercanggah dengan ajaran biasa umat Islam kerana ajaran sedemikian adalah suatu yang tidak diajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan Nur Muhammad yang sememangnya tidak boleh diiktiraf oleh ulama’, bahkan bertentangan dengan metodologi hadis. Ajaran seperti ini pernah dibawa oleh tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya seperti dalam ajaran konsep frequansi tak terhingganya.
Sebab Kesalahan : Perkara ini adalah salah kerana berhubung dengan Allah tidak perlu kepada perantaraan sesuatu nur, kita dikehendaki beribadat terus kepada Allah Ta'ala. Juga salah meletakkan Nur Muhammad sebagai penghubung atau dalam erti kata lain dibuat semacam frequansi tak terhingga dengan menjadikan nur sebagai stesyen untuk mencari frequansi bagi radio atau tv. Tambahan pula konsep Nur Muhammad bukan suatu kepastian datang dari ajaran Islam, bahkan tiada satu nas yang qati’e tentangnya. Sebaliknya yang sahihnya ia adalah datang dari luar Islam.
Hujah dan alasan : Berpegang kepada Nur Muhammad adalah suatu kesalahan kerana ia bukan berdasarkan hujah yang sahih dari nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya ia adalah suatu perkara yang dibawa dari luar. Dakwaan 37
tentang Nur Muhammad ada dalam diri adalah sesuatu yang tiada bukti dan jauh sekali dari nas syarak.
48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas rasul diamanahkan kepadanya. Asal : Ajaran Al-Mas atau Ikhwan ada mempunyai ciri seperti ini.
Sebab Kesalahan : Masalah amanah dari nabi untuk menjalankan tugas menyampaikan ajaran Islam bukan saja dikhaskan kepada seorang yang tertentu, bahkan ia adalah ditugaskan untuk semua umat Islam. Tugas rasul ialah menyampaikan kebenaran iaitu al-Qur’an dan Sunnah, juga mengajar dan mendidik ke jalan yang lurus. Dakwaan tentang amanah seperti ini jelas menyalahi logik akal dan syarak.
Hujah dan alasan : Tiada bukti nas dalam perkara dakwaan seperti ini. Ia dianggapkan sebagai dakwaan palsu, kerana Rasulullah tidak memberi kuasa kepada sesiapa untuk melakukan perkara seperti ini.
49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu-satu hajat. Asal : Ciri ini bukan dari ajaran Islam,tetapi ia ada berlaku dalam ajaran dan ilmu mempertahankan diri atau ajaran yoga.
Sebab Kesalahan : Perbuatan seperti ini adalah bukan dari ajaran Islam. Ada unsur pengosongan diri dan ketika itu peluang untuk dimasuki oleh unsur lain seperti jin dan syaitan.
Hujah dan alasan : Perbuatan ini ternyata bukan dari ajaran Islam. Mana-mana amalan berkaitan kerohanian yang bukan dari Rasulullah adalah tertolak. Umat 38
Islam diingatkan supaya menjauhkan diri dari amalan dan perbuatan yang sia-sia yang boleh dipengaruhi syaitan dan jin.
50. Sebelum naik Haji ke Mekah hendaklah bersuluk di Panca Budi di Medan atau di Medan sahaja. Asal : Ciri ini dikatakan pernah berlaku pada tarekat pimpinan Kadirun Yahya.
Sebab Kesalahan : Amalan sebegini bertentangan dengan amalan dalam Islam, kerana amalan bersuluk bukan disyariatkan dalam Islam, sebaliknya amalan haji adalah menjadi rukun Islam
Hujah dan alasan : Islam tidak membenarkan sesuatu tambahan dalam perkara ini, kerana dengan menambah satu lagi amalan bersuluk ia memberi satu syariat lagi dan amat bertentangan dengan ajaran Rasulullah
51. Mendakwa jadi wali sedangkan ianya bergelumang dengan maksiat. Asal : Seorang wali adalah orang yang suci dan bersih daripada noda dan dosa. Wali biasanya tidak mendakwa ianya suci lagi wali. Inilah satu petanda bahawa amalan seseorang itu tidak ikhlas terhadap Allah. Dakwaan seperti ini berlaku pada Hasan Anak Rimau di Kelantan.
Sebab Kesalahan : Biasanya seorang wali tidak tahu dia adalah wali. Apatah lagi seorang yang melakukan dosa dan penuh dengan maksiat mengaku sebagai wali adalah suatu yang amat jauh dari kebenaran.
Hujah dan alasan : Suatu yang berlawanan dengan realiti keagamaan adalah suatu yang palsu dan perlu ditolak. Orang yang melakukan dosa hendaklah bertaubat terhadap Allah dan tidak lagi melakukan dosa dan maksiat 39
sama ada kecil atau besar. Seseorang menjadi wali atau sebagai orang alim dan warak perlulah dengan niat dan berusaha secara ikhlas kerana Allah tanpa menonjolkan diri sebagai itu dan ini. Biasanya seseorang wali tidak mengetahui dirinya sebagai wali, sebaliknya ia bimbang akan menimbulkan penyakit ria’ dan ujub yang akan membatalkan segala pahala diri sendiri.
52. Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita yang diminati oleh gurunya. Asal : Ciri ini merupakan suatu tambahan hukum baru dalam ajaran sesetengah tarekat.
Sebab Kesalahan : Mengikut hukum syarak hanya wanita yang telah dipinang saja haram dipinang oleh orang lain atau dikahwinkan dengan orang lain, kerana ia adalah sesuatu yang berlawanan dengan ajaran Islam.
Hujah dan alasan : Perkara ini adalah jelas bertentangan dengan hukum syarak, kerana semua larangan termaktub dalam al-Quran dan Hadis, sedangkan Islam tidak melarang umatnya mengahwini bekas isteri guru.
53.
Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamal suluk.
Asal : Tarekat Naqsyabandiah dikatakan mengamalkan amalan sedemikian. Alasan meninggalkan solat Jumaat kerana ada sakit batin.
Sebab Kesalahan : Sembahyang Jumaat adalah fardhu ain sedangkan bersuluk bukan suatu yang fardhu. Amat salah sama sekali jika solat Jumaat ditinggalkan semata-mata untuk bersuluk. Tarekat Naqsyabandiah dikatakan mengamalkan amalan sedemikian. Alasan meninggalkan solat Jumaat kerana ada sakit batin tidak boleh diterima syarak, kerana ia bersifat rohani dan nisbi, sedangkan yang dibenarkan mengikut syarak ialah sakit yang diketahui umum. 40
Hujah dan alasan : Perbuatan ini adalah berlawanan dengan perintah Allah Ta'ala dalam surah al-Jumaat yang menyuruh umat Islam supaya menunaikan solat Jumaat dengan meninggalkan pekerjaan masing-masing. Bersuluk bukan daripada perintah wajib dalam Islam.
54. Mengagong-agongkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi. Asal : Ciri ini pernah menjadi sebahagian daripada ajaran Crypto oleh Mukhtar Hasan dari Pulau Pinang. Ajaran seperti ini tidak wujud dalam Islam.
Sebab Kesalahan : Membanggakan suatu bangsa yang jelas banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah iaitu bangsa Yahudi adalah suatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Hujah dan alasan : Perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan realiti, di mana bangsa yang dikutuk dalam al-Qur’an ialah bangsa Yahudi, yang taksub dengan bangsa sendiri, sedangkan Allah menyuruh supaya kita saling kenal mengenal antara satu dengan lain dan yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertakwa kepadaNya.
55. Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru. Asal : Ada guru tasawuf mengamal sikap sedemikian, kerana bimbang apa yang diajarkan tidak memenuhi kehendak murid yang akhirnya akan beralih-arah kepada guru atau ajaran lain.
Sebab Kesalahan : Berbincang sesama murid amat digalakkan dalam Islam, bergantung kepada masa yang sesuai kerana berbincang sesama pelajar boleh 41
menimbulkan berbagai kebaikan. Larangan sedemikian berlawanan dengan semangat pembelajaran menurut Islam.
adalah
Hujah dan alasan : Perbuatan sedemikian adalah tidak mengikut kaedah pembelajaran yang betul dan mengarah kepada sikap taksub dan fanatik terhadap guru. Islam amat mengalu-alukan seseorang itu melakukan sesuatu yang terbaik untuk kebajikan diri dan agamanya, lebih-lebih lagi dalam pendidikan . Allah berfirman bermaksud;
“Maka bertanyalah kamu kepada orang yang ahli dalam bidang ilmu jika kamu tidak mengetahui” 56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah s.a.w. secara jaga. Asal : Dakwaan ini pernah berlaku pada Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh kumpulan Arqam.
Sebab Kesalahan : Setiap perkara agama bukan boleh disebut dengan cara biasa apatah lagi dikaitkan dengan nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah wafat maka tiada dakwaan yang boleh dipertanggungjawabkan kepada Rasulullah s.a.w. tambahan pula tiada suatu bukti dari hadis yang sahih mengenainya. Memang ada tarekat yang mendakwakan bahawa guru asal tarekat telah mener ima dari nabi dalam keadaan jaga atau yaqazah.
Hujah dan alasan : Penerimaan konsep Yaqazah atau bertemu dengan nabi dalam keadaan jaga adalah satu dakwaan yang tidak boleh dibuktikan oleh sesiapa pun, oleh itu ia dianggap sebagai perkara yang tidak boleh dipakai. Dakwaan seperti ini ditolak oleh para ulama’ muktabar dan dianggap dakwaan batil semata-mata. Sekiranya apa yang berlaku itu dianggap benar maka ia membawa Implikasi besar iaitu nabi tidak menyampaikan sesuatu perkara agama semasa hidupnya, ini membawa erti nabi tidak amanah dan tidak tabligh. Itu tentu menyalahi hakikat sebenar sifat Rasulullah. 42
57. Mematuhi membuta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa. Asal : Perkara seperti ini pernah berlaku dalam ajaran tarekat.
Sebab Kesalahan : Cara ini bukan daripada ajaran Islam kerana sikap fanatik terhadap orang tertentu itulah yang membawa kepada penyelewengan yang lebih jauh. Islam amat menekankan penggunaan akal fikiran yang waras dan sebaliknya nabi Muhammad s.a.w. amat melarang sebarang perbuatan yang dilakukan secara ikut-ikutan tanpa dalil.
Hujah dan alasan : Islam melarang umatnya daripada mengikuti atau bertaqlid dengan membuta tuli kerana ia amat berlawanan dengan ajaran Islam . Rasulullah telah bersabda maksudnya; “Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara maksiat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki diuji di dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan guru tadi semasa di dalam bilik tersebut.
Asal : Ciri ini dikatakan ada berlaku dalam ajaran Taslim .
Sebab Kesalahan : Perkara ini adalah suatu yang bertentangan dengan syariat Islam yang maha suci yang mahukan umatnya sentiasa dalam keadaan bersih daripada dosa dan noda. Perbuatan seperti di atas memang terdedah kepada perkara maksiat lebih-lebih lagi apabila berlaku diantara lelaki dengan perempuan. Apabila ada syarat seperti ini dalam suatu ajaran menunjukkan bahawa ajaran berkenaan jauh menyimpang dari ajaran yang diredhai Allah.
Hujah dan alasan : 43