BENGKEL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN AADK (TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIRI 1/2018)
Deskripsi lengkap
Sejarah sabah dan sarawakFull description
pembelajaran sepanjang hayatFull description
practice
Full description
karangan bm stpmFull description
assignmentFull description
Full description
EseiFull description
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2014/2015 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
Pengajian Am STPM Penggal 2 – Bahagian C Soalan-soalan Ulangkaji dan Latihan menjelang peperiksaan No. Soalan
Soalan-soalan
1.
Bidang sukan dibangunkan oleh negara secara terancang ke arah memantapkan integrasi nasional. Selain usaha ini negara juga proaktif melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut. Bincangkan.
2.
Budibahasa menjadi teras utama dalam membina generasi muda masa hadapan. Ulaskan.
3.
Amalan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh penduduk di Malaysia mempunyai peranan membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara, namun langkahlangkah bagi memastikan amalan agama dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat terus kekal stabil perlu diambil. Bincangkan.
4.
Gejala kehidupan songsang dalam kalangan remaja semakin menular di negara ini. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan gejala ini tidak merebak semakin meluas perlu diambil. Bincangkan.
5.
Budaya hedonisme kian mengancam masyarakat hari ini. Oleh itu, langkah-langkah perlu bagi memastikan gejala ini tidak menjadi semakin serius. Bincangkan.
6.
Kes jenayah kejam yang berlaku hari ini telah mengugat kehidupan masyarakat masa kini dan usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. Bincangkan. atau Jenayah kejam yang berlaku hari ini telah mengancam keharmonian hidup masyarakat dan keselamatan negara. Ulaskan.
7.
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah mengatasi masalah perumahan, pembeli-pembeli masih lagi menghadapi pelbagai cabaran. Langkahlangkah perlu dilakukan untuk menanganinya. Bincangkan. atau Masalah perumahan di bandar-bandar utama di Malaysia masih lagi berterusan berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Huraikan.
8.
Sektor pertanian dan industri asas tani menghadapi pelbagai kekangan untuk menjadi sektor yang lebih moden, dinamik, dan berdaya saing. Oleh itu, tranformasi perlu dilakukan sebagai jalan penyelesaiannya. Jelaskan.
9.
Industri perikanan akuakultur telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian, namun aktiviti ini juga menghadapi pelbagai cabaran tertentu. Jelaskan.
10.
Sistem pengangkutan awam yang cekap menjadi nadi kepada kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, langkah-langkah sewajarnya mesti dilakukan untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Huraikan.
11.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat telah mempercepatkan kemajuan pembangunan negara, namun teknologi ini juga boleh mendatangkan ancaman kepada masyarakat. Bincangkan.
12.
Industri inap desa merupakan dimensi baharu dalam industri pelancongan di negara ini yang kian mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing khasnya, namun industri ini tidak mudah untuk dijayakan kerana terpaksa menghadapi pelbagai kekangan. Huraikan.
Catatan
______________________________________________________________________________________ AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara
1
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2014/2015 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
13.
Sektor automotif adalah diantara industri yang terpenting penyumbang kepada KDNK negara. Bagi memajukan lagi industri ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Automotif Negara 2014 (DAN 2014) dan pelbagai langkah lain. Jelaskan.
14.
Pertambahan penduduk di Malaysia terutamanya di kawasan kepadatan pembangunan telah menyebabkan di kawasan tersebut menjadi sesak dan padat yang akhirnya menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Jelaskan.
15.
Kempen Beli Barang Buatan Malaysia ialah strategi yang dilaksanakan melalui Dasar Belilah Barang Buatan Malaysia untuk membantu memantapkan pembangunan negara, namun usaha ini menghadapi cabaran dalam pelaksanaannya. Huraikan.
16.
Kemajuan bidang bioteknologi telah menjadi pilihan negara untuk terus memacu pembangunan negara, namun bidang ini juga boleh memberi pelbagai impak negatif. Jelaskan. atau Pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara telah menjadi petunjuk baharu kepada kemajuan bioteknologi untuk pembangunan negara. Huraikan. atau Bidang bioteknologi kian mendapat perhatian di Malaysia, namun kejayaannya tidak mudah untuk dicapai. Jelaskan.
17.
Teknologi Hijau merupakan teknologi alternatif yang menjadi pilihan utama negara masa kini. Jelaskan.
18.
Banyak kejadian bencana alam berpunca daripada perubahan cuaca dan kesannya terhadap kehidupan manusia. Huraikan.
19.
Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpastikan menyebabkan pencemaran air, masalah ini telah memberi pelbagai implikasi kepada penduduk. Bincangkan. atau Usaha kerajaan melindungi sumber air negara merupakan langkah penting kerana mendapatkan bekalan air bersih begitu penting untuk kesihatan rakyat demi kemajuan negara. Ulaskan.
20.
Harga minyak dunia semakin meningkat. Peningkatan ini memberi kesan kepada pengguna dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan beban rakyat. Bincangkan.
21.
Sikap pengguna merupakan antara punca yang merangsang masalah kenaikan harga barangan keperluan harian pada setiap kali musim perayaan. Fenomena ini turut juga dipengaruhi oleh rangsangan lain. Jelaskan.
22.
Pengguna dan pihak berkuasa pada hakikatnya memiliki kuasa untuk menentukan turun naik harga barangan semasa. Bincangkan.
Disediakan oleh : Cikgu SEZALI DIN 1991~2014 30 April 2014 4.12 pm
______________________________________________________________________________________ AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara