PENGENALAN
1
Teori adalah suatu set kenyataan atau prinsip yang difikirkan untuk menerangkan
sekumpulan fakta atau fenomena; terutamanya sesuatu yang diuji berkali-kali atau ianya diterima dengan meluas dan boleh digunakan untuk membuat ramalan tentang fenomena semula jadi. Ekonomi adalah suatu sistem atau lingkungan aktiviti yang menguntungkan di sesebuah negara atau rantau atau komuniti. Gabungan antara teori dan ekonomi telah membentuk satu kefahaman yang difikirkan oleh para sarjana di mana satu prinsip tentang ramalan suatu sistem aktiviti yang diaplikasikan dalam sesebuah pasaran. Teori ekonomi penting dalam menerangkan ciri-ciri sistem pasaran yang dijalankan pada ketika itu serta jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku berdasarkan kritikan para pemikir. 2Teori berdasarkan andaian bahawa pelaku ekonomi akan memaksimumkan kepentingan mereka dan pelakupelaku ini akan bertindak rasional setiap masa dalam memaksimakan kepentingan tersebut. Perkembangan teori-teori adalah hasil pemikiran penulis-penulis awal yang telah mengetengahkan perspektif teori ekonomi pasaran dunia iaitu nasionalis, liberalis dan strukturalis. 3
Politik ekonomi antarabangsa(IPE) adalah tentang ekonomi dan politik yang saling
mempengaruhi di dalam hal ehwal dunia. Telah lahir satu persoalan daripada intipati politik ekonomi antarabangsa iaitu apa yang menggerakkan dan menjelaskan acara di dalam ekonomi dunia? Sesetengah mengatakan ianya adalah ibarat pertempuran yang melibatkan ‘negara’ dan ‘pasaran’. Walau bagaimanapun, tanggapan tersebut adalah tidak tepat. ‘Pasaran’ yang dimaksudkan di dalam ekonomi dunia tidaklah seperti bazaar jalanan tempatan di mana segala barangan boleh didagang dan ditukar secara terbuka serta secara bersaing. Hal ini sama 1
www.education.yahoo.com/reference/dictionary retrieved on march 18,2009 Nota kuliah. 3 B. John, S. Steve and O. Patricia. (2008) The globalization of world politics: an introduction to international relations 4th edition. New York. Oxford University Press. page 244. 2
1
seperti situasi di mana ahli-ahli politik tidak boleh campur tangan dalam ekonomi global sebanyak yang mereka inginkan. Pasaran-pasaran dunia dan negara-negara, firma-firma tempatan dan MNC yang mana berdagang dan melabur sesama mereka dibentuk menerusi peraturan-peraturan, norma-norma, undang-undang, organisasi-organisasi juga kebiasaan. Para saintis politik menggelarkan kesemua ini sebagai ciri-ciri institusi sistem. Politik ekonomi antarabangsa sentiasa cuba untuk menjelaskan apakah yng mencipta dan mengekalkan sesebuah institusi dan apakah impak yang bakal dihadapi oleh sesebuah institusi dalam ekonomi dunia.
PERSPEKTIF Terdapat 3 perspektif teori ekonomi pasaran dunia iaitu 1. Merkantilisme 2. Liberalisme 3. Strukturlisme
Terdapat 5 ciri Merkantilisme Dapat disimpulkan bahawa terdapat 5 ciri-ciri Merkantilisme yang dapat dikenal pasti. Antara ciri-cirinya adalah fokus ekonomi, prinsip imbangan perdagangan yang positif, dasar perlindungan perdagangan, bullion sebagai pengukur kekayaan negara dan zero sum.
1. Fokus ekonomi Golongan Merkantilis mengandaikan bahawa medan semula jadi ada konflik dan di dalam dunia yang mengalami konflik ini, kuasa merupakan kuasa perantara politik yang terunggul dan peralihan sumber tenaga negara akan mencorakkan pola perhubungan antara negara-nagara yang bersaing sesama sendiri. Menurut golongan Merkantilis ini juga, tidak ada sebarang kuasa global yang dapat menetapkan peraturan ke atas negera-negara kerana mereka mengandaikan bahawa 2
kepentingan negara adalah bercangggah di antara satu sama lain. Hal ini kerana negara melihat keselamatan sebagai satu elemen yang sangat penting. Ini memberi pengertian bahawa untuk menjamin keperluan sesebuah negara, keselamatan perlu dititik beratkan berikutan negara akan cuba mendapatkan kuasa demi menjamin bekalan sendiri. Kadang kala, untuk mencapai kepentingan negara, sesuatu keadaan yang tidak rasional perlu diambil. 4
Daripada pendapat ini, permainan kebergantungan ekonomi antarabangsa adalah berbahaya.
Keadaan yang ideal untuk keselamatan ekonomi sesebuah negara adalah berkemampuan terhadap diri sendiri yang lengkap.
2. prinsip imbangan perdagangan yang positif 5
Alexander Hamilton mengatakan bahawa daripada intipati Merkantilisme Klasik,
polisi politik dan ekonominya serta pembangunan kekayaan melalui polisi perdagangan telah menggalakkan eksport dan mengurangkan import. Merkantilisme mengamalkan imbangan pembayaran yang positif yang memperlihatkan jumlah barangan eksport adalah lebih berbanding import. Kebergantungan ke atas import bagi barangan yang tidak penting tidak akan menjadi masalah. Walau bagaimanapun, golongan ini akan cuba untuk mengurangkan atau menghapuskan kebergantungan ke atas import bahan mentah utama, barangan-barangan modal serta makanan. Dalam situasi sebegini, alat-alat perlindungan seperti subsidi, tarif dan kouta adalah sangat penting dalam uasaha untuk menggalakkan pengeksportan barangan tempatan dan mengurangkan pengimportan barangan dari luar untuk mendapatkan imbangan perdagangan yang positif. Peranan subsidi penting dalam melindungi industri keluaran tempatan dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada barangan import dari luar. Mengenakan tarif yang tinggi kepada barangan import yang masuk ke dalam negara 4
Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 27 5 C. R. Goddard, J. T. Passe-Smith, J. G. Conklin. (1996). International Political Economy : State-market Relations in the Changing Global Order. Colorado. Lynne Rienner Publisher. Page 75
3
menyebabkan harga keluaran barangan tempatan akan lebih murah daripada barangan import. Selain itu, alat perlindungan seperti kouta juga membolehkan prinsip imbangan perdagangan yang positif terjadi.
3. dasar perlindungan perdagangan (melindungi industri tempatan) Melalui polisi perlindungan perdagangan oleh perspektif merkentilisme ini, kerajaan akan membentuk polisi yang bermatlamat melindungi industri tempatan. Mereka akan lebih memberi perhatian terhadap perlindungan kepada industri di negara mereka yang mengeluarkan barangan yang sama. Mereka turut mengambil kira penumpuan terhadap sektor-sektor yang strategik yang mana sektor-sektor ini masih belum mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, negara-negara yang menghasilkan barangan pertanian yang khususnya terdiri daripada negara-negara sedang membangun akan melindungi sektor-sektor yang strategik seperti sektor pembuatan. Mereka akan bertindak melindungi dan meningkatkan industri pembuatan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan buatan negara-negara maju. Bagi negara-negara maju yang tidak tertumpu kepada industri makanan dan pertanian pula akan cuba melindungi sektor pertanian mereka.
4. bullion sebagai pengukur kekayaan negara. Dalam teori Merkantilisme, jumlah pendapatan sesebuah negara diwakili oleh bullion iaitu emas dan perak. Kekayaan sesebuah negara itu juga diukur melalui perolehan emas dan perak negara tersebut. Sekiranya ada lebihan dagangan, mereka akan menikmati bayaran dalam bentuk bullion. 6Emas dilihat sebagai suatu yang memiliki nilai yang jauh lebih baik daripada barangan lain dan ini menyebabkan pengumpulan simpanan emas menjadi sangat 6
/www.economictheories.org/search/label/Rise Of Mercantilism retrieved on March 18, 2009.
4
penting. Jika emas atau logam berharga lain tidak boleh didapati daripada lombong sesebuah negara maka mereka boleh cuba memperolehinya melalui proses perdagangan. Ini menunjukkan bahawa ketidakadilan berlaku kerana ianya hanya akan memberikan manfaat kepada negara maju yang sememangnya sudah kaya dengan bullion.
5. zero-sum game. Zero-sum game bermaksud hanya satu pihak digelar pemenang dan pihak yang lain gagal dalam mendapatkan faedah. Konsep ini telah dipraktikkan lebih kurang selama dua abad. Golongan Merkantilis percaya, dengan cara ini sahaja keuntungan dapat diperolehi. Dalam hal ini nyata akan wujud satu pihak yang dilihat sebagai pemenang apabila berjaya memperolehi faedah lebih berbanding orang lain. 7Di bawah kondisi ini, kunci soalan kepada perspektif Merkantilis ini adalah bagaimana mungkin arahan di dalam perhubungan antarabangsa? Terdapat pelbagai jawapan bagi persoalan tersebut, tetapi dalam inti pati sistem antarabangsa yang paling stabil adalah satu di mana sebuah negara dunia atau Leviathan global akan mengenakan arahan. Penyelesaian terbaik kedua adalah empayar global atau hegemoni di mana satu bangsa yang sangat berkuasa yang mampu untuk mendisiplinkan yang lain dan mengekalkan keamanan. Penyelesaian perantaraan akan melibatkan kesatuan idea dengan berhati-hati, dan mengekalkan keseimbangan kuasa secara rasional, di mana ianya tidak akan berada dalam kepentingan mana-mana negara.
7
Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 26
5
Ciri-ciri Liberalisme 1. Mengutamakan hak peribadi masyarakat. 8
Sedang realis muncul dengan pemfokusan ke atas Negara Bangsa, pemikir Liberal
melihat individu sebagai unit asas sesebuah analisis. Kuasa motivasi utama di dalam ekonomi adalah interaksi di antara para individu, yang berandaian untuk memaksimakan kepuasan dan penggunaan terutamanya melalui institusi sosial sesebuah pasaran. Kepentingan sendiri membolehkan individu membuat pilihan rasional dalam memenuhi keinginan dan kehendak mereka. Konsep ini telah mewujudkan persaingan antara pengeluar-pengeluar yang akan mengimbangi kepentingan sendiri dan menghalang dari berlakunya kemusnahan kepentingan orang lain. 9Individu yang bersikap rasional mampu untuk menetukan pengerahan terbaik terhadap seseorang, kebolehan produktif, dan diberi ganjaran terhadap usaha-usaha yang produktif. 10Pasaran bebas menyediakan individu –individu dengan keputusan-keputusan andaian yang rasional dan kebebasan dalam memilih apa dan daripada siapa mereka boleh memperoleh keperluan hidup. Apabila pasaran bebas diperkukuhkan oleh kesucian hak barangan, maka individu-individu secara bebas menikmati kebebasan.
2. Pasaran bebas. Pasaran bebas adalah ciri perspektif Liberalisme yg paling utama. Ia menggambarkan kuasa campur tangan pihak kerajaan pada tahap yang minima dan peranan pasaran yang maksima. Golongan liberal menuntut pembukaan pasaran bebas kerana mereka percaya pasaran bebas mampu memperbanyakkan pilihan barang dan perkhidmatan. 11Pasaran secara 8
Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 42 9 R. J. B. Jones. (1995). Globalisation and Interdependence in the International Political Economy. London. Pinter Publishers. Page 20 10 R. J. B. Jones. (1995). Globalisation and Interdependence in the International Political Economy. London. Pinter Publishers. Page 20 11 www.economictheories.org/search/label/The End Of Classical Economics retrieved on March 18, 2009
6
universalnya adalah institusi sosial yang bermanfaat yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi lebih baik, menyediakan pasaran yang berfungsi untuk bersaing dan tanpa rekaan. Pergantungan universal ke atas pasaran tidak dapat dielakkan dan situasi ini perlu untuk penubuhan keharmonian sosial semua kepentingan individu. 12Faedah daripada perdagangan bebas bukan sahaja dapat dilihat dalam memperoleh simpanan untuk individu dan masyarakat sebagai hasil pengeluaran yang menggalakkan oleh pengeluar yang paling efisyen, tambahan pula pekerjaan akan dipindahkan ke sektor ekonomi yang paling efisyen.
3. Keadaan pasaran. 13
Sedang realisme fokus ke arah perlumbaan antara negara, ekonomi liberalisme pula
memfokuskan ke arah persaingan antara firma. Keputusan ekonomi akan dipengaruhi oleh struktur pasaran. Untuk menjelaskan struktur pasaran semula jadi, para ekonomi liberal menggunakan kes ‘ideal-typical’. Persaingan sempurna berlaku apabila adanya pembeli dan penjual yang infiniti, informasi penuh dan pandangan yang sempurna, membayangkan individu pembeli dan penjual adalah ‘price-taker’ dan pengguna adalah ‘sovereign’. Di dalam konteks ini, kuasa pasaran untuk membataskan pembekal-pembekal adalah mutlak. Seterusnya adalah monopoli iaitu satu pembekal dan/atau monopsoni iaitu satu pembeli. Jika keduanya diaplikasikan, monopoli bilateral terjadi. Jika terdapat ramai pembeli tetapi hanya ada satu pembekal, maka monopsonis ada kuasa pasaran ke atas pengguna. Jika terdapat banyak pembekal, tetapi hanya ada satu pembekal maka monopsonis ada kuasa pasaran ke atas penjual. Sememangnya, hampir kesemua pasaran dan industri berada di antara kedua struktur pasaran ini. Struktur oligopoli (yang melibatkan beberapa firma), firma hanya ada sedikit kuasa pasaran. 12
C. R. Goddard, J. T. Passe-Smith, J. G. Conklin. (1996). International Political Economy : State-market Relations in the Changing Global Order. Colorado. Lynne Rienner Publisher. Page 37 13 Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 42
7
4. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang terhad. Skop penglibatan kerajaan dikurangkan atau terhad kepada penubuhan rangka perlu di mana pasaran boleh beroperasi dan memperuntukkan barangan ataupun perkhidmatan yang tidak dibekalkan oleh sektor swasta. Campur tangan kerjaan diperlukan hanya untuk membantu ekonomi negara untuk jangka masa pendek sahaja. Hal ini kerana, campur tangan kerajaan yang banyak dalam pasaran akan membawa keburukan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, campur tangan kerajaan perlu bagi menyelesaikan masalah mekanisme pasaran yang tidak stabil dan memberi bantuan tambahan tetapi dalam kadar yang terhad.
5. Memaksimumkan keuntungan. Liberalisme sememangnye bermatlamatkan keuntungan yang maksima. Hal ini dapat dilihat daripada pasaran bebas atau pasaran universal yang bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan dan keinginan pengguna dengan mempelbagaikan barangan dan memperbanyakkan pilihan.
6. Ahli liberalisme percaya perdagangan membawa keharmonian antara negara. Ciri keenam bagi perspektif liberalisme adalah liberalis percaya bahawa perdagangan mampu membawa keharmonian dan kesejahteraan antara negara yang berdagang. Hal ini kerana keuntungan dan faedah yang diperolehi semasa berdagang menyebabkan setiap negara cenderung untuk menjaga hubungan baik di antara satu sama lain serta bekerjasama supaya
8
tidak merugikan sesama sendiri. 14Sekiranya ada dua negara yang bergantung di antara satu sama lain, maka lebih sukar untuk mereka memisahkan ekonomi mereka daripada memikirkan permasalahan politik antara keduanya. Sebagai contoh, selepas penubuhan Kesetuan Eropah, tidak ada lagi peperangan Eropah Barat tercetus. Ini telah terbukti bahawa perdagangan antarabangsa sebagai salah satu faktor pengekalan keamanan di sesebuah rantau. Namun, terlalu bergantung kepada sesebuah negara akan mewujudkan pemanipulasian negara lain.
7. Liberalisme menggalakkan persaingan. Liberalisme memfokuskan persaingan di antara firma yang melibatkan penjual dan pembeli dalam memaksimakan kepuasan dan keuntungan. Keinginan dan kepuasan dari individu menyebabkan firma-firma bersaing untuk menguasai individu seterusnya menguasai pasaran. Firma-firma juga perlu bersaing dengan barangan keluaran dari firma-firma luar negara yang dilihat memberi lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti. Nilai hidup yang lebih berkualiti menyebabkan individu mempunyai pilihan yang lebih dalam memiliki dan memaksimakan penggunaan barangan. Ini akan menyebabkan firma-firma tempatan terpaksa bersaing dari segi harga, kualiti barangan dan sebagainya. Inilah yang diperjuangkan dan ditegakkan oleh golongan Liberalis iaitu prinsip consumer sovereignty yang bermaksud pengguna adalah golongan yang rasional dan mereka boleh membuat keputusan sendiri ke atas apa yang mereka mahukan, gunakan dan hendak elakkan.
Strukturalisme 14
Nota kuliah
9
1.Pandangan Karl Marx. Dalam perspektif Strukturalisme, Karl Marx dan Lenin mesti diketengahkan, ini kerana mereka banyak menyumbang idea-idea dalam strukturalisme. Pada 1818-1883, Karl Marx banyak membuat analisis berkenaan dengan struktur kelas hasil daripada eksploitasi, konflik kelas dalam ekonomi. Perspektif strukturalisme juga adalah lebih menumpukan perhatian kepada analisis sesuatu masalah, isu dan peristiwa. Karl Marx juga berpendapat bahawa bahawa struktur hubungan manusia ditentukan oleh kilang (pembawa kepada kelas (proletariat dan bourgeoisie) yang menggambarkan seluruh masyarakat dimana ploretariat ialah golongan bawahan dan borguise adalah golongan atasan. Pandangan Karl Marx juga ada menyatakan sendiri tentang ekonomi oloistik domestic berkaitan tentang masyarakat kapitalis. Semua pandangan tentang Marxisme siap bagaimanapun adalah berbeza atau berlainan pendapat tentang dengan tepat dari liberalism klasik dalam keupayaannya pandangan tentang alam berkaitan aktiviti ekonomi dalam dunia kapitalis. Hubungan bersebelahan ekonomi dan politik dapat hidup bersendirian dan bergantung pada kebolehterimaan tentang sistem ekonomi laissez-fare.15 Tentang zaman saling bergantung dan kepentingan tentang aspek menyeluruh iaitu globalisasi dianggap penting.16 Menurut Marx, struktur kelas ada dua peringkat iaitu peringkat pertama golongan atasan dan peringkat kedua golongan bawahan. Golongan atasan dikenali sebagai bourgouise yang mengendalikan ekonomi seperti pengusaha dan peniaga. Manakala, kelas bawahan juga dikenali sebagai proletariat terdiri daripada golongan pekerja. Kewujudan struktur kelas maka dapat dilihat bahawa berlaku kecenderungan perkara-perkara eksploitasi dan penindasan dari pihak bourgeoisie ke atas pihak proletariat sehingga mewujudkan jurang prbezaan ketidakseimbangan kelas yang mengambarkan golongan atasan amat berkuasa, manakala 15
M.C. Howard and J.E. King, (1975) The Political Economy of Marx .Harlow. Longman.
R.J.Barry Jones,(1995) Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain. St. Martin’s Press, Inc. 16
10
golongan bawahan amat miskin. Sumber kekayaan dan harta adalah dimiliki oleh golongan atasan. Marx juga tidak bersetuju dengan konsep Supplay and Demond. Mengikut Marx golongan-golongan Kapitalis akan mengeluarkan barangan berlebihan dan selalunya ada tradisi diantara kapasiti dan keupayaan untuk keluarkan barangan dan kapasiti kepada pengguna membeli barangan tersebut menyebabkan sering berlaku ketidakseimbangan diantara barangan dan penggunaan. Bagi Marx ini menyebabkan kegawatan dan turun naik ekonomi. Akibat daripada ketidakseimbangan kelas dan masalah-masalah seperti eksploitasi dan penindasan Marx telah melakukan ramalan yang menyatakan golongan tertindas iaitu proletariat akan bangkit untuk memberontak terhadap golongan atasan dan sistem ekonomi yang diperaktikkan kapitalis akan mewujudkan persaingan yang menyebabkan para pengusaha mengurangkan kos pengeluaran terutamanya tenaga buruh. Dalam hal ini, pengusaha mengantikan tenaga buruh menerusi alat-alat mesin. Secara tidak sedar, keadaan ini akan meningkatkan kadar pengangguran di kalangan pekerja. Maka, revolusi tentu akan dilancarkan pada puncak ketegangan itu.17
2.Pandangan Lenin. Mengikut pandangan Lenin beliau mengatakanjangkaan atau pandangan Marx tidak jadi kenyataan kerana terdapat perbezaan atau perubahan yang berlaku setelah penulisan Marx sendiri dimana Lenin mengatakan Marx hanya membataskan kapitalisme di Eropah Barat iaitu satu sistem ekonomi yang tertutup. Semasa Low of Motion Marx punya pandangan bahawa kapitalisme terdiri daripada syarikat-syarikat atau industry kecil-kecilan yang kompetitif, walau bagaimanapun semasa Lenin ekonomi kapitalis didominasi oleh gabungan 17
Balaam. David. N.(2005). International To Political Economy, Upper Saddle River, N.J.Pearson/Prentice Hall, page 73-76.
11
syarikat-syarikat atau industry yang dikawal dan disokong oleh industry perbankan yang kuat. Lenin juga turut menyatakan bahawa aktiviti penjajahan akan akhirnya menghancurkan sistem kapitalis antarabangsa.
Pada tahun 1917, V.I Lenin (1870-1924) telah menerbitkan sebuah rumusan iaitu “imperialism: The Highest Stage Of Capitalisme”. Ramalan Marx, bahawa revolusi akan dilakukan tetapi ia tidak berlaku. Sebagai reaksi menyokong marx,Lenin mengemukakan alasan bahawa kapitalis Berjaya melepasi elakkan tersebut menerusi imperialisme. Menurut Lenin, imperialism membolehkan kapitalis memasarkan barangan lebihan di kawasan tanah jajahan mereka. Malah, hasil daripada pelaburan di kawasan tanah jajahan terlalu bergantung kepada para penjajah. Lenin berpendapat bahawa dengan munculnya imperialism, persaingan dalam Negara akan berkurangan dan sebaliknya monopoli akan semakin meningkat. Lenin mengemukakan alasan lagi bahawa kapitalisme melambat-lambatkan lagi krisis yang tidak dapat dielakkan itu.18
Melalui, “modern world system Theory” yang dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein dalam perspektif strukturalisme ianya beranggapan dunia seperti satu bulatan yang terbahagi kepada 3 kawasan iaitu core, semi-periphery. Core bermaksud Negara-negara kapitalis yang maju serta berteknologi, ekonomi yang berlandaskan perindustrian, penggunaan jentera dan mereka telah mengeksploitasi Negara-negara semi-periphery untuk memperoleh bahanmentah serta tenaga manusia. Contoh Negara core ialah Negara G-8 Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan dimana Negara-negara ini terdiri daripada negara maju.
18
Balaam. David. N.(2005). International To Political Economy. Upper Saddle River, N.J. Pearson/Prentice Hall. Page 80-82.
12
Negara-negara membangun serta Negara-negara perindustrian yang dikenali sebagai semi-periphery adalah dianggap Negara yang masih berada di belakang jika dibandingkan dengan Negara-negara maju di core. Negara-negara semi-periphery bergantung kepada Negara core untuk teknologi, pelaburan, dan barangan siap, mereka menyediakan bahanbahan mentah separuh siap serta tenaga buruh kepada Negara maju. Malah mereka dieksploitasi oleh Negara core, tetapi pada masa yang sama, mereka turut mengeksploitasi Negara-negara periphery.Antara contoh Negara semi periphery adalah seperti Malaysia, Argentina, dan Brazil yang juga lebih dikenali sebagai Negara-negara membangun.
Kritikan-kritikan Merkantilisme 1. bullion sebagai pengukur kekayaan negara adalah tidak relevan. 19
Adam Smith tidak bersetuju dengan pendapat Merkantilis di atas penumpuan mereka
terhadap pengumpulan bullion iaitu emas dan perak, dan mengidentifikasikan bullion dengan kekayaan sesebuah negara. Smith percaya, secara faktanya, kebanyakan Merkantilis juga keliru dengan isu ini. Bagi beliau, kekayaan adalah berkaitan dengan aliran barangan dan perkhidmatan bukannya simpanan dan tabungan kumpulan logam berharga. 20Telah diperluaskan hujah bahawa bukannya disebabkan oleh pengimportan emas dan perak yang telah mengkayakan Eropah dengan penemuan Amerika. Pengkritik-pengkritik Merkantilis juga mendebatkan bahawa kemasukan emas dan perak ke dalam negara hanya akan menaikkan persaingan mata wang dalam negara dan menaikkan harga barangan dalam negara berbanding rakan dagangan. Hal ini akan mengakibatkan penduduk tempatan akan beralih
19
www.economictheories.org/2008/07/adam-smith-wealth-of-nations-summary.html retrieved on March 18, 2009 20 C. R. Goddard, J. T. Passe-Smith, J. G. Conklin. (1996). International Political Economy : State-market Relations in the Changing Global Order. Colorado. Lynne Rienner Publisher. Page 38
13
kepada barangan luar negeri yang lebih murah. Ini seterusnya menyebabkan pendapatan negara mengalami defisit akibat daripada import melebihi eksport. 2. ekonomi antarabangsa sebagai zero-sum game. Konsep zero-sum game yang membawa maksud hanya satu pihak digelar pemenang dan pihak yang lain gagal dalam mendapatkan faedah adalah.tidak sesuai untuk dipraktikkan. Selam dua abad golongan Merkantilis percaya bahawa dengan cara ini sahaja keuntungan dapat diperolehi sedangkan dalam hal ini nyata akan wujud satu pihak yang dilihat sebagai pemenang apabila berjaya memperolehi faedah lebih berbanding orang lain. Persepsi ini disangkal hebat oleh Adam Smith apabila beliau mengatakan bahawa setiap individu adalah penting dan individu berhak memiliki kekayaan serta memaksimumkan kepuasan. Menurut Liberalisme, setiap negara yang terlibat dalam perdagangan mesti memperoleh keuntungan walaupun ianya kemungkinan dalam kadar yang tidak sama. Maka persepsi merkantilisme terhadap perdagangan adalah pesimistik dan sempit.
3. pembangunan industri tanpa pasaran merugikan negara. Melihat kepada kritikan merkantilisme juga didapati bahawa pembangunan industri tanpa pasaran antarabangsa turut membawa kepada kerugian terhadap negara. Sebagai contoh seandainya barangan keluaran tempatan tidak dapat dipasarkan secara meluas ke negara luar, maka ianya hanya dapat dipasarkan dalam negara sahaja. Maka barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara tersebut tidak dapat disebarkan mahupun dikembangkan produksinya ke negara lain. Situasi ini memperlihatkan kerugian negara yang nyata. Seterusnya pilihan pengguna terhadap sesuatu barangan permintaan juga akan menjadi terhad dan terbatas. Ini sekali gus menyebabkan individu tidak dapat memaksimakan kepuasan seperti mana yang didokong oleh pandangan Smith iaitu 21
21
individu adalah satu unit asas
Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 41
14
kepada analisis. Motivasi utama dalam ekonomi adalah interaksi persaingan antara individu yang mengandaikan untuk memaksimakan kepuasan mereka atau utiliti, terutamanya melalui institusi sosial pasaran. Manakala penolakan perdagangan bebas turut menyebabkan sesebuah negara tidak berupaya menikmati faedah mutlak dan berbanding dengan apa yang didakwa oleh Adam Smith dan Ricardo.
22
Menurut Smith lagi, ahli-ahli merkantilis telah menokok
tambah tentang kepentingan kuasa nasional sesebuah negara berbanding negara lain, berbanding kondisi dan institusi ekonomi general yang boleh menjadi keuntungan general kepada semua. Merkantilis menempatkan
penekanan ‘uneconomic’ ke atas kepentingan
keselamatan nasional, maka kekayaan sesebuah negara akan berkurangan dalam jangka masa panjang.
LIBERALISME 1. perdagangan bebas. Kritikaan liberalism yang pertama dapat dilihat melalui teorinya yang menggalakkan perdagangan bebas. Dalam konsep liberalisme ianya percaya bahawa perdagangan bebas merupakan satu aktiviti ekonomi yang dapat memberi faedah kepada pengguna dan memaksimumkan kekayaan global. Perdagangan bebas mampu memaksimumkan pilihan pengguna serta menggunakan sumber secara cekap. Namun perdagangan bebas telah mendapat kritikan daripada merkantilisme dan Marxisme. Misalnya, dalam kritikan Merkantilisme ia melihat bahawa aktiviti perdagangan bebas menyebabkan negara bergantung dan lemah. Situasi ini seolah-olah terikat dengan negara yang digantung itu sama ada dari segi barangan ataupun bantuan.
2. campurtangan kerajaan dalam ekonomi. 22
Stephen Gill and David law. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. Page 4
15
Kritikan yang kedua terhadap liberalisme adalah berkaitan dengan campur tangan kerajaan dalam ekonomi Negara. Liberalisme mendakwa bahawa skop penglibatan kerajaan perlu dikurangkan atau terhad kepada penubuhan rangka perlu di mana pasaran boleh beroperasi dan hya perlu memperuntukkan barangan ataupun perkhidmatan yang tidak dibekalkan oleh sektor swasta. Dikatakan campur tangan kerajaan yang banyak dalam pasaran akan membawa keburukan kepada masyarakat. Hakikatnya campur tangan kerajaan diperlukan bagi menyelesaikan masalah mekanisme pasaran yang tidak stabil dan memberi bantuan tambahan. Tanpa kawalan kerajaan akan menyebabkan ketakseimbangan makanisme harga berlaku apabila firma-firma cenderung untuk mendapatkan keuntungan yang maksima dengan menaikkan harga barangan mahupun perkhidmatan. Sifat ketamakan akan menguasai manusia yang akhirnya membawa kepada kesusahan masyarakat. Maka dalam hal ini nyata sekali peranan kerajaan amat perlu untuk campur tangan dalam ekonomi untuk mengelakkan sebarang aktiviti eksploitasi dan penindasan berlaku dalam negara.
3. pengagihan kekayaan yang tidak seimbang Kritikan yang ketiga terhadap liberlisme adalah berkaitan dengan sistem pengagihan kekayaan yang tidak seimbang. Hal ini dapat dilihat bahawa kumpulan yang kaya berada pada bilangan yang kecil maka kumpulan miskin adalah pada bilangan yang besar. Hal ini menyumbang kepada terbentuknya dua kelas social iaitu bourgeoise(golongan kaya) dan proletariat(golongan miskin) berdasarkan perspektif strukturalisme. Keadaan yang tidak seimbang ini juga membawa kepada penindasan dan eksploitasi golongan bourgeoise kepada proletariat. Maka, ekonomi adalah tidak stabil kerana sering berlaku pergelutan dan pertentangan kelas.23 Situasi ini juga dilihat sebagai jurang perbezaan antara bourgouise dan proletariat. 23
Balaam.David.N.(2005). Introduction To International Political Economy. Upper Saddle River ,N.J. Pearson/Prentice Hall.Page 73-76
16
STRUKTURALISME Dalam persepktif strukturalisme teori Marxisme ada mengatakan bahawa konflik adalah dicetuskan oleh sistem kapiatalis. Sebagai contoh, negara kurang membangun juga boleh berperang sesama sendiri dan bukan semestinya dengan negara yang maju. Kemunculan teori Marxisme pada abad ke dua puluh juga telah menarik perhatian segenap masyarakat dunia dalam aspek ekonomi strukturalisme.24 Maka kenyataan ini adalah menentang dan menolak apa yang didakwa Lenin tentang punca perang dunia pertama adalah disebabkan sistem ekonomi yang dipraktikkan oleh kapitalisme. Malah, jika berdasarkan perspektif Strukturalisme, ia kelihatan terlalu pesimistik terhadap ekonomi kapitlisme.
Ekonomi kapitalisme juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang, membawa kepada peperangan, permusuhan negara, dan sebagainya. Jika ia meneliti secara mendalam dalam sistem ekonomi kapitalisme, dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh persepktif strukturalisme juga tidak semesti semuanya benar. Dalam persepktif Liberalisme, ia menggalakkan perdagangan antara negara. Keadaan ini membawa kepada kerjasama dan membentuk satu hubungan berbaik-baik antara negara. Ini kerana, peperangan hanya akan membawa kepada kerugian kerana peperangan yang berlaku menelan perbelanjaan kos yang banyak.
Seterusnya perspektif liberalism ini juga dapat dilihat bahawa penindasan golongan (borgouise) atasan terhadap golongan bawahan (proletariat) seperti yang didakwa oleh strukturalisme juga tidak boleh diterima secara berbulat-bulat. Hal Ini kerana disebabkan aspek kecekapan sering dijadikan perkara yang penting dalam pengeluaran barangan ataupun 24
R.J Barry Jones(2005). Globalization And Interdependence In The International Political Economy. Great Britain. St. Martin’s Press, Inc. page 10.
17
pekerjaan. Maka dalam hal ini penindasan yang berlaku antara kedua-dua kelas golongan atasan dan bawahan juga turut membantutkan kecekapan pekerja, seterusnya menghasilkan produk dan hasil kerja yang tidak berkualiti. Hal ini adalah bertentangan dengan sistem ekoniomi kapitalisme.25
KESIMPULAN Secara kesimpulannya setiap hujah, huraian dan contoh yang dapat kita lihat bahawa ketiga-tiga aspek perspektif iaitu merkantalisme, liberalism dan strukturalisme masing-masing mempunyai idea serta kerasionalannya yang tersendiri. Kesemua aspek ini juga mempunyai 25
G.Robert(1987) The Political Economy of International Relations (Princeton,N.J:Princeton University Press. page 50-53.
18
tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu sistem ekonomi yang dirasakan paling ideal dan sesuai bagi masyarakat pada ketika itu. Dapat disimpulkan di sini bahawa kewujudan ketiga-tiga perspektif ini iaitu merkantilisme, liberalisme dan strukturalisme memperlihatkan bahawa perspektif-perspektif ini hanya hebat secara teorinya sahaja tetapi tidak ada satu pun idea yang ideal ataupun terbaik secara praktikalnya. Namun jika melihat kepada kesesuaian era globalisasi kini, perspektif liberalisme adalah lebih sesuai dipraktikkaan pada masa kini.
BIBLIOGRAFI 1. G.Robert(1987) The Political Economy of International Relations (Princeton,N.J:Princeton University Press. 2. www.education.yahoo.com
19
3. B. John, S. Steve and O. Patricia. (2008) The globalization of world politics: an introduction to international relations 4th edition. New York. Oxford University Press. 4. C. R. Goddard, J. T. Passe-Smith, J. G. Conklin. (1996). International Political Economy : State-market Relations in the Changing Global Order. Colorado. Lynne Rienner Publisher. 5. G. Stephen and L. David. (1988).The Global Political Economy: Perspectives, Problems and Policies. Baltimore. The Johns Hopkins University Press. 6. www.economictheories.org 7. R. J. B. Jones. (1995). Globalisation and Interdependence in the International Political Economy. London. Pinter Publishers. 8. Balaam.David.N.(2005). Introduction To International Political Economy. Upper Saddle River ,N.J. Pearson/Prentice Hall.
20