FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS KOGNITIF TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 KOD KURSUS NAMA KURSUS PERINGKAT
: MPU 3312 : ETIKA PERBANDINGAN : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
: ASLINDA KARMILA
NO. MATRIKULASI
: E30409130087
FASILITATOR AKADEMIK
: PN. RUSILAWATI
PUSAT PEMBELAJARAN
: KOLEJ INSANIAH, ALOR SETAR
ISI KANDUNGAN
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Bil.
Isi Kandungan
muka surat
1. 2. 3. 4.
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4
2 hingga 9 10 hingga 14 15 hingga 20 21 hingga 27
SOALAN 1
1
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN PERUBATAN, PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN 1.0
PENGENALAN
Islam adalah cara hidup yang menyeluruh, dan akhlak (moral) adalah salah satu batu asas penting dalam Islam. Akhlak adalah salah satu sumber asas kekuatan sesebuah negara Islam, sama seperti tidak bermoral adalah salah satu punca utama kemusnahan negara. Islam telah menetapkan beberapa hak-hak asasi sejagat untuk umat manusia secara menyeluruh, yang mana ianya perlu dijaga dalam semua keadaan. Untuk menegakkan hak-hak ini, Islam telah menyediakan bukan sahaja perlindungan undang-undang, tetapi juga sistem moral yang amat berkesan. Oleh itu, apa sahaja yang membawa kepada kebajikan individu atau masyarakat dan tidak menentang mana-mana kaedah-kaedah agama itu adalah dari segi moralnya baik dalam Islam, dan apa yang berbahaya dari segi moral adalah buruk. Ciri-ciri yang paling asas seorang muslim adalah takwa dan merendah diri. Islam mesti merendah diri terhadap orang lain sebagaimana terhadap Allah SWT:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri" "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" Akhlak dalam Islam wujud pada setiap aspek kehidupan seorang Muslim, dari memberi salam kepada hubungan antarabangsa. Ia bersifat universal dalam skop dan dalam aplikasinya. Akhlak itu adalah penghalang nafsu mementingkan diri sendiri, kesia-siaan dan 2
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
tabiat buruk. Seorang Muslim itu bukan sahaja perlu menjadi mulia, tetapi mereka juga perlu menyuruh berbuat kebaikan.
2.0
HUBUNGAN ETIKA ISLAM
2.1
Hubungan Etika Islam Terhadap Sains Dan Perubatan
Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad s.a.w. Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, yang merupakan bapa Kimia Arab,
dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk
membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan. Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. pendekatan kedua ialah pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia. Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya .dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sanis dan teknologi. Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh. Maqasid Syariah merupakan satu teori yang dapat membantu 3
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
seseorang perawat mengetahui hukum halal haram sesuatu tindakan perubatan terhadap pesakitnya dan demi mencapai redha Allah. Imam Ghazali antara yang terawal membahaskan teori ini yang menyatakan bahawa tujuan hukum syariah adalah penting untuk memelihara 5 perkara asas yang penting:
Agama / Ad-din
Nyawa
Keturunan
Akal / Intelek
Harta
1. Memelihara Agama. Rawatan perubatan menyumbang secara langsung kepada tujuan penciptaan manusia iaitu ibadah kepada Allah. Badan yang lemah / sakit tentunya menyukarkan penyempurnaan ibadah. Ibadah mesti diteruskan walaupun dalam keadaan sakit selagi fikiran waras. 2. Memelihara nyawa. Tujuan utama perubatan ialah memelihara nyawa. Perubatan tidak dapat menunda kematian ataupun menghalang kematian kerana hal itu adalah di dalam kekuasaan Allah swt. Ia hanya berperanan untuk meningkatkan kualiti hidup sebelum tibanya ajal. Kemajuan perubatan menyumbang kepada kesejahteraan hidup dengan memastikan fungsi fisiologikal terpelihara. Ilmu perubatan bermanfaat di dalam pencegahan, perawatan dan juga pemulihan kesihatan manusia. 3. Memelihara Keturunan. Kemajuan perubatan menyumbang kepada kelangsungan kehidupan manusia. Penjagaan kesihatan kanak-kanak sangat penting demi memastikan mereka membesar menjadi manusia dewasa yang sihat. Rawatan kesuburan bermanfaat telah berjaya memberikan anak kepada pasangan yang mandul. Penjagaan rawatan ante-natal, intra partum care dan post-partum memastikan kesihatan ibu berada tahap yang optimum. 4. Memelihara Akal.
4
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Kemajuan ilmu perubatan mampu berperanan memelihara akal. Penyembuhan penyakit fizikal menghilangkan tekanan yang mengganggu fikiran. Rawatan penagihan alkohol dan arak mampu mencegah dan mengembalikan tahap kecerdasan minda. 5. Memelihara Harta. Kekayaan sesebuah masyarakat itu berkait rapat dengan daya produktiviti warganya yang sihat. Program pencegahan penyakit seperti immunisasi, promosi gaya hidup sihat dan rawatan penyakit adalah usaha penting untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Walaubagaimanapun, rawatan terhadap pesakit kritikal memerlukan biaya yang tinggi. Ini boleh menimbulkan isu etika kerana dana untuk rawatan mungkin lebih bermanfaat untuk digunakan pada pesakit lain yang menghidap penyakit yang boleh disembuhkan. Perubatan Islam semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat dewasa ini. Isu ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah menjadi bualan dari kedai-kedai kopi hingga ke media massa dan elektronik dalam usaha mendapatkan rawatan yang lebih berkesan. Masyarakat kini mula beralih dari perawatan alternatif berbanding perawatan moden yang memerlukan kos yang tinggi selain jenis penyakit yang lebih bersifat spiritual dan sukar dikesan melalui perubatan moden. Sebagai muslim, kita wajib meyakini bahawa segala perkara telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT. Namun begitu, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit adalah amat digalakkan oleh agama. Perubatan Islam menitikberatkan dalam prinsip penggunaan bahan-bahan, cara, kaedah, bacaan, yang diaplikasi di dalam rawatan selari dengan ajaran Islam. Istilah perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith itu sendiri. Selain itu, soal akhlak dan etika yang harus ditekankan oleh pengamal perubatan Islam semasa memberi rawatan. Contohnya, pengamal ini tidak dibenarkan untuk mendedahkan pihak tertentu sebagai orang yang melakukan sihir terhadap pesakit. Mereka juga mesti menjaga batas aurat dan pandangan mata jika pesakit berlainan jantina. Selain itu, para perawat hendaklah merahsiakan segala aib yang terjadi semasa perawatan daripada pengetahuan orang lain. Perawat perubatan Islam adalah tidak wajar mengambil kesempatan untuk mengenakan bayaran yang tinggi atau tidak munasabah setelah selesai sesi perawatan. 2.2
Hubungan Etika Islam Terhadap Perniagaan dan Perdagangan
5
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan. Syed Sabiq, pula mendefinisikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Islam memang menghalalkan usaha perdagangan, perniagaan dan atau jual beli. Namun tentu saja untuk orang yang menjalankan usaha perdagangan secara Islam, dituntut menggunakan tata cara khusus, ada aturan mainnya yang mengatur bagaimana seharusnya seorang Muslim berusaha di bidang perdagangan agar mendapatkan berkah dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Aturan perdagangan dalam Islam, menjelaskan berbagai etika yang harus dilakukan oleh para pedagang Muslim dalam melaksanakan jual beli. Dan diharapkan dengan menggunakan dan mematuhi etika perdagangan Islam tersebut, suatu usaha perdagangan dan seorang Muslim akan maju dan berkembang pesat lantaran selalu mendapat berkah Allah SWT di dunia dan di akhirat. Etika perdagangan Islam menjamin, baik pedagang maupun pembeli, masing-masing akan saling mendapat keuntungan. Seorang pedagang wajib berlaku jujur dalam melakukan usaha jual beli. Jujur dalam erti yang luas. Tidak berbohong, tidak menipu, tidak mengada-ngadakan fakta, tidak bekhianat, serta tidak pernah ingkar janji dan lain sebagainya. Mengapa harus jujur? Karena berbagai tindakan tidak jujur selain merupakan perbuatan yang jelas-jelas berdosa, – jika biasa dilakukan dalam berdagang– juga akan mewarnai dan memberi pengaruh negatif kepada kehidupan peribadi dan keluarga pedagang itu sendiri. Bahkan lebih jauh lagi, sikap dan tindakan yang seperti itu akan mewarnai dan mempengaruhi kehidupan bermasyarakat. Dalam Al Qur’an, keharusan bersikap jujur dalam berdagang, berniaga dan atau jual beli, sudah diterangkan dengan sangat jelas dan tegas yang antara lain kejujuran tersebu – di beberapa ayat – dihubungkan dengan pelaksanaan timbangan, sebagaimana firman Allah SWT: ل تنذكللتتتف ذنمفاستتا ا إإ ل ل ذتمقذرتباوم ا ذم اذل املذزيإتزيم إإ ل ل إب اللإتي إهذي أذمحذاستن ذحلتي ى ذيمبلتذغ أذتشلدته ذوأذموتفاوم ا املذكمزيذل ذو املإمزيذز اذن إب املإقماستتإط ذ ذو ذ ل تومستتذعذه ا ذوإإذذ ا تقملتتتمم إ ص اتكم إبإه لذذعللتكمم ذتذذلكتروذن ذف امعإدتلاوم ا ذولذماو ذك اذن ذذ ا تقمرذبي ى ذوإبذعمهإد اللإ أذموتفاوم ا ذذإلتكمم ذو ل "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil".Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya 6
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
"dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)"(Q.S Al An’aam: 152) 2.3
Hubungan Etika Islam Terhadap Perhubungan antara Individu dan Masyarakat
Islam telah menggariskan beberapa adab etika di dalam kehidupan harian yang di antara lain berusaha untuk memartabatkan agama yang diakui oleh Allah SWT sebagai contoh Islam telah menggariskan etika tentang perhubungan antara individu mahupun masyarakat yang pada dasarnya adalah bertujuan melahirkan keamanan, ketenteraman dan merapatkan hubungan silaturrahim di antara jiran. Umat Islam dilarang menyakiti hati atau mengkhianati jiran tetangga. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 27-28 yang bermaksud : 'wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu terlebih dahulu meminta izinnya dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu), maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa yang berhak memberi kebenaran maka janganlah kamu masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi keizinannya dan jika dikatakan kepada kamu, pulanglah maka hendaklah kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan ingatlah Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan' Daripada maksud ayat di atas dapatlah difahami bahawa Allah telah menggariskan adab dan peraturan untuk berziarah atau bertamu supaya perkara yang tidak diingini berlaku terutama sekali semasa ketiadaan ketua rumah yang berhak memberikan keizinannya. Ini adalah kerana Islam berkehendakkan masyarakatnya dalam keadaan harmoni dan kesentosaan hidup yang akhirnya melahirkan kehalusan budi pekerti umat Islam serta ketinggian maruah mereka. Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik dan unggul dalam menghormati dan menunaikan hak-hak jiran. Baginda menetapkan beberapa peraturan tertentu sebagai aturan Islam dalam urusan berjiran, bersahabat, bermasyarakat dan bernegara. Namun ada yang tidak menghormati dan memusuhi jiran, kita lupa dengan pesanan Allah yang terkandung dalam surah An-Nur ayat 27-30 yang di antara intisarinya ialah: 7
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Meminta izin dan memberi salam.
Mematuhi arahan tuan rumah.
Menjaga pandangan mata daripada melihat benda-benda haram dan memelihara kehormatan jiran.
3.0
RUJUKAN 1
Ismail Nor. 2000. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.-Pengurusan Altruistik: model ikutan sepanjang masa. Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan pengurusan Semasa. Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
8
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
2
Watt. Muhammad at Medina and R. B. Serjeant "The Constitution of Medina." Islamic Quarterly 8 (1964) p.4.
3
Maqasid As-Syariah & Qawaid As-Syariah dalam Amalan Perubatan / Kejururawatan, Dr Hj Ariff Bin Osman, International Islamic University Malaysia, Pahang.
4
Surah Luqman, ayat 18-19.
5
Surah Al-An’aam, ayat 152.
6
Surah An-Nur ayat 27-28
SOALAN 2 ETIKA DALAM KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN SERTA FUNGSINYA TERHADAP KEAMANAN 1.0
PENGENALAN
Jika kita percaya bahawa kehidupan sosial adalah sifat semula jadi semua manusia, maka kita perlu menerima bahawa manusia makhluk kadang-kadang terpaksa hidup dengan orang lain yang berbeza daripada mereka dalam idea-idea mereka, sikap, kepercayaan dan prinsip teori dan keagamaan. Menurut kamus dewan konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama–sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu .Masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.Oleh itu gabungan kedua-dua istilah Masyarakat majmuk yang membawa maksud mayarakat yang mengandungi 9
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
beberapa kumpulan etnik yang hidup bersama-sama dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Apa-apa fenomena pun boleh dilihat dari sudut kebaikan mahupun keburukan dan sebagai objektif kepada realiti. Apabila membincangkan tentang hidup berdampingan secara damai, kepelbagaian agama dan persepsi adalah merupakan realiti objektif. Baik Islam, Kristian, Hindu, Buddha mahupun yang lain-lain, semua mengajar manusia untuk hidup dalam perdamaian. Cuma Islam sahaja merupakan satu-satunya agama samawi yang menggariskan panduan cara serta kaedah bagaimana untuk hidup secara perdamaian, walaupun kini ia telah dipermain-mainkan oleh Barat sebagai Agama Terrorist. Malangnya pemimpin Islam juga lebih rela mensekularkan negaranya dari dilabel sebagai negara terrorist. Pergaulan dan perhubungan dalam pelbagai keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan pegangan ini merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas untuk memelihara hubungan tersebut demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Nilainilai agama yang dianuti oleh setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat bagi mewujudkan kesederhanaan, toleransi, kesefahaman, hormat-menghormati, kesabaran, keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai itu tercetus dari akar tradisi setiap bangsa dan semua kaum yang mampu mewujudkan kekuatan perpaduan masyarakat. Setiap sentimen agama perlu dikawal agar tidak merosakkan hubungan yang sekian lama dijalin. Isu-isu agama yang pernah wujud boleh mempengaruhi kestabilan dan perpaduan sesebuah negara dan mengancam keamanan negara itu jika tidak dibendung secara matang dengan fikiran yang waras. 2.0
ETIKA DAN AGAMA; PEMACU MASYARAKAT MAJMUK
Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat. Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam. Kesemua tamadun ini bergerak dan membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Ia bukan sahaja
10
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka. Dalam sejarah manusia, Tuhan telah menurunkan berbagai agama, di antaranya tiga agama serumpun yang dibawah oleh keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abraham) Bapa Bani Israel dan Arab iaitu Yahudi, Kristian (Katholik dan Protestan), dan Islam. Ketiga agama tersebut masih wujud dan merupakan agama terbesar di dunia sekarang, Dua agama besar yang lain, iaitu Hindu dan Buddha diklasifikasikan oleh para ahli sejarah agama sebagai agama budaya (ciptaan) atau agama wad’i iaitu bukan melalui wahyu. Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan. Nabi Muhammad saw juga pernah menyeru kepada perpaduan tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun agama, serta kalau boleh semua disatukan sebagai 'Satu Ummah'. Malahan sesama Islam pun, tanpa mengira bangsa. Baginda telah memberi larangan keras terhadap perpecahan; Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang tidak mematuhi iman dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyyah, dan sesiapa yang berperang di bawah bendera ( panji ) buta dan marah ( bermusuhan ) kerana asobiyyah dan menyeru kepadanya atau membantu kerananya ( asobiyyah ) maka kematiannya adalah mati jahiliyyah, dan sesiapa yang keluar dari umatku, membunuh orang-orang yang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuat, maka orang itu juga bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya'-Riwayat Muslim, nasaie dan Ibnu Majah (Lafaz oleh Muslim). Kepelbagaian agama dan juga etnik, menyebabkan susunan masyarakat dunia, termasuk majmuk, menjadi plural dan majmuk. Keadaan demikian, seringkali menimbulkan ketegangan antara umat beragama dan antara etnik. Konflik “abadi” antara Israel dengan Arab (umat Yahudi dengan Muslim dan Kristiani) di Palestin, permusuhan antara puak Katholik dan puak Protestan di Ireland Utara, ketegangan antara umat Hindu dan Muslim di India yang seakan-akan tidak mungkin reda, dan rentetan daripada konflik-konflik itu 11
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
memberi tanggapan seolah-olah agama merupakan salah satu faktor terjadinya konflik itu. Jika keadaan demikian dibiarkan, maka pada akhirnya agama akan mengalami stigmatisasi dalam masyarakat global. Agama tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat akan kembali menganggap bahwa agama itu tidak hanya sebagai the opium for the people tetapi lebih dari itu sebagai homo homoni lupus bagi sesama umat beragama. Sudah tentu pandangan negatif terhadap agama seperti itu tidak benar. Tetapi realiti sosial seperti digambarkan di atas, menunjukkan adanya perbezaan antara doktrin agama dengan sikap dan perilaku umatnya serta terdapat kekeliruan dalam memahami beberapa prinsip asas agama. Prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan bermasyarakat, pada hakikatnya sama pada semua agama. Dengan demikian, perbezaan antara satu agama dengan agama lainnya bukan merupakan faktor penghalang dalam kehidupan bermasyarakat. Pada era globalisasi seperti sekarang ini terdapat peluang untuk terbentuknya masyarakat pluralistik terutama dari segi agama dan etnik. Meskipun migrasi penduduk secara besarbesaran telah terhenti sejak beberapa abad yang lalu, tetapi pada masa keterbukaan dan informasi serta komunikasi yang maju seperti sekarang ini, memungkinkan terjadinya mobilisasi penduduk dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pelbagai alasan. Setelah Perang Dunia II, sebahagian orang Asia dan Afrika berpindah ke Amerika dan Eropah dan membentuk komuniti minoriti dengan etnik dan agama yang berbeza dengan masyarakat setempat. Proses pembentukan masyarakat pluralistik dan majmuk seperti ini akan terus berlangsung pada era globalisasi, sehinggakan batas-batas wilayah atau negara tidak mampu lagi mencegah terjadinya perpindahan penduduk dan menyebabkan munculnya masyarakat majmuk dipelbagai kawasan dunia ini. Bahkan masyarakat majmuk akan menjadi pertanda utama dari suatu masyarakat yang telah maju. 3.0
KESIMPULAN
Secara amnya peranan agama dalam masyarakat ialah membantu dalam menyembuhkan seseorang individu,apabila individu telah sembuh daripada penyakit-penyakit sosial,maka keluarganya pula akan sembuh dan seterusnya masyarakat pula akan sembuh. Kebanyakan penyakit-penyakit dan gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan Ten Commanments dalam ajaran Kristian mahupun Yahudi. Kehidupan satu-satu masyarakat itu 12
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
akan berkualiti dan harmoni jika ianya berlandaskan ajaran Tuhan.Agama sebenarnya ialah makanan yang amat diperlukan oleh jiwa yang mana keperluan jiwa ini lebih penting dan lebih besar daripada keperluan fizikal manusia. Selain itu juga,agama berperanan kepada masyarakat melalui sistem yang membina iaitu sistem pendidikan agama, dengan penglibatan badan-badan agama dan kerajaan memberi kesan langsung atau tidak langsung dalam masyarakat menambah pengetahuan agama dan berpotensi dalam meningkatkan kefahaman kepada masyarakat dan penelesaiaian yang baik melalui sistem pendidikan .Dengan ini pendidikan agama dapat menjadikan masyarakat lebih konsisten dengan prinsip agama yang masyarakat anuti disamping melatih dan mendidik masyarakat mematuhi dan mengamalkan nilai prinsip agama masing-masing. Di samping itu juga agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam masyarakat ,hal ini dapat dilihat melalui adat resam masyarakat dan amalan agama yang di praktikkan oleh masyarakat itu sendiri.hal ini juga pengaruh nilai agama dapat memelihara keharmonian agama dikalangan setiap penganut agama itu sendiri .yang mana setiap penganutnya di seru kepada pendamaian ,kerukunan hidup sesama manusia.
4.0
RUJUKAN 1
http://www.academia.edu/539377/A_Brief_Look_at_MacIntyres_Virtue_Ethics_and_
2
Theological_Application Allen, Douglas. "Phenomenolgy of Religion." In The Routledge Companion of the
3
Study of Religion, by John R. Hinnel. London & New York: Routledge, 2005. Simon, Blackburn (2001). Ethics: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford
4
University Press. ISBN 978-0-19-280442-6. Damien Keown The Nature of Buddhist Ethics Macmillan 1992; Peter Harvey An
5
Introduction to Buddhist Ethics Cambridge University Press 2000 http://www.ethicalsociety.org/article/37/about-wes/ethical-culture-our-religious-
6
heritage/faqs-about-ethical-culture/what-does-it-mean-to-be-an-ethics-based-religion Yousif, Ahmed F. "Studying the Other: Challenges and Prospects of Muslim Scholarship on World Religions." Studies In Contemporary Islam, 2000: 1-27. 13
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
SOALAN 3 HURAIKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ETIKA BERASASKAN AGAMA BUDDHISME DAN HINDUISME DAN BAGAIMANA IA DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVAN. 1.0
PNGENALAN
Secara amnya, etika merujuk kepada panduan akhlak; yang mana akhlak pula dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Mengikut ilmu akhlak ialah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, hukum & tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat.
14
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Paling tepat; Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang
ditentukan untuk memperbaiki sesuatu
keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.
2.0
PANDANGAN ETIKA; ANTARA HINDU DAN BUDDHA
2.1
Hinduisme
Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda-tanda kebaikan dalam agama Hindu ialah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Tanda-tanda kejahatan pula ialah perhambaan, sakit, fakir dan kecelakaan. Prinsip etika Hindu ialah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip “Brahma” yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat. Ia bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian, benar, sederhana dan suci. Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua
15
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
aspek kehidupan manusia. Brahma merupakan salah satu matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang. Ajaran Hindu tidak memakai istilah dogmatik baik dan jahat atau syurga dengan neraka melainkan memiliki etika-etika yang berdasar kerana kepentingan untuk menyelaraskan keinginan individu, emosi, dan ambisi untuk mengarahkannya kepada sebuah kehidupan yang harmonis di bumi dengan tujuan mutlak terhadap agama Hindu untuk menyedari keberadaan diri sendiri. Kesedaran diri menurut pandangan Hindu adalah kesedaran pada diri kita dengan Tuhan, sebagai sumber dan intisari dari keberadaan manusia dan kebebasannya. Dalam kitab Hindu menyatakan bahwa setiap individu yang terdiri dari tubuh fizik (sarira), fikiran (manas), intelek (buddhi), dan diri (atman). Berdasarkan 4 hal itu, setiap individu mementingkan hal-hal keduniaan (artha) untuk dapat mempertahankan tubuh fizikal dan memuaskan segala keperluan keluarga dengan kebergantungannya. Untuk memuaskan pemikiran dan intelek, keperluan untuk memenuhi keinginannya dan pengejaran intelek (kama) atau penyatuan dengan Tuhan merupakan tujuan utama dalam kehidupan manusia.
2.2
Buddhisme
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu: Hidup manusia penuh penderitaan. Manusia menderita kerana nafsu. Manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana. Penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia. Pada dasarnya, menurut ajaran Budha, prinsip-prinsip etika dan moral diatur dengan memeriksa apakah suatu tindakan tertentu, apakah terhubung ke tubuh atau pidato yang mungkin membahayakan diri sendiri atau untuk orang lain dan dengan demikian menghindari tindakan yang mungkin berbahaya. Dalam Buddhisme, ada banyak pembicaraan dari pikiran 16
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
yang terampil. Batin yang terampil menghindari tindakan yang mungkin menyebabkan penderitaan atau penyesalan. Agama telah menjadi ada sebagai hasil dari perjuangan manusia untuk memecahkan masalah dasar kehidupan, yaitu penderitaan. "Jika tidak ada kelahiran, pembusukan dan kematian," kata Buddha, "Yang Tercerahkan mungkin tidak terjadi di dunia dan ajaran-ajarannya tidak akan menyebar di luar negeri." Dia juga menyatakan lagi dan lagi bahwa seorang Buddha muncul di dunia ini untuk kebaikan dan kebahagiaan dari banyak, karena kasihan bagi dunia, untuk keuntungan, untuk keuntungan dan untuk kebahagiaan para dewa dan manusia. Ini sama dengan pemberitaan Dharma, lastingness dari Dispensasi dan solidaritas Sangha. Jadi, sebagaimana nilai kedokteran terletak pada penyembuhan penyakit, sehingga nilai agama dipastikan oleh kemanjurannya dalam kemiskinan dan penghapusan penderitaan manusia. Secara umum, ketika sebuah agama membantu orang untuk hidup bersama dalam damai dan membantu individu untuk berdamai dengan dirinya sendiri, dapat dikatakan telah memenuhi fungsinya. Namun, yang masih samar-samar gambar dari fungsi agama. Gambarannya akan menjadi lebih jelas hanya ketika kita melihat lebih dalam untuk melihat apa pandangan agama telah pada manusia dan penderitaan dan bagaimana hal itu berfungsi untuk mengurangi atau menghilangkan penderitaan itu. Semua manusia dilahirkan sama, tetapi hanya dalam beberapa hal. Dalam hal lainnya, tidak ada orang yang lahir sama dengan orang lain. Penganiayaan manusia, atau sikap yang salah terhadap kesetaraan ini dan ketidak setaraan telah menimbulkan segala macam masalah, dari sosial dengan yang rohani. Menurut agama Buddha, semua manusia adalah sama dalam bahwa mereka semua tunduk pada hukum alam yang sama. Semua tergantung dari kelahiran, usia tua dan kematian. Hukum Karma adalah mengikat semua orang. Semua orang menuai apa yang ia menabur dan dunia terus terjadi setelah kegiatan Karma dijalinkan oleh semua orang. Menurut agama Buddha tradisional, landasan etika Buddha bagi orang awam adalah Pancasila: tidak membunuh, mencuri, berbohong, pelecehan seksual, atau minuman keras. Dalam menjadi seorang Buddhis, atau menegaskan komitmen seseorang terhadap agama Buddha, orang awam didorong untuk bersumpah untuk menjauhkan diri dari tindakan-tindakan negatif. Rahib dan biarawati mengambil ratusan lebih sumpah (lihat vinaya).
17
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Ketergantungan tunggal pada formula tradisional atau praktek, bagaimanapun, dapat dipertanyakan oleh Buddhis Barat yang perhatian yang utamanya adalah solusi praktis dari masalah-masalah moral yang kompleks dalam dunia modern. Untuk menemukan pendekatan yang dibenarkan untuk masalah tersebut mungkin perlu tidak hanya untuk menarik sila atau vinaya, tetapi untuk menggunakan ajaran Buddha yang lebih mendasar (seperti Jalan Tengah) untuk membantu interpretasi ajaran dan menemukan pembenaran lebih mendasar untuk kegunaan mereka yang relevan untuk semua pengalaman manusia. Pendekatan ini menghindari mendasarkan etika Buddhis hanya pada iman pencerahan Buddha atau tradisi Buddhis, dan memungkinkan lebih universal non-Buddha akses ke wawasan yang ditawarkan oleh etika Buddha.
2.3
Persamaan Etikal
Walaupun Hindu mempercayai akan konsep kepelbagaian Tuhan dan Buddha pula tidak percaya langsung akan konsep ketuhanan, namun kedua-dua percaya akan kitaran kelahiran semula. Kedua-duanya akan melakukan apa saja untuk menamatkan kitaran kehidupan mereka dengan melakukan kebaikan. Untuk tempoh 3 ribu tahun, tradisi India memandang anti-keganasan sebagai tingkat akhlak serta etika yang paling tinggi darjatnya. Malahan dalam latihan seni yoga, 'Ahimsa' ataupun keadaan aman dilakukan sebelum amalan yang lain, ini kerana mereka percaya akhlak yang baik akan membawa kepada keamanan. Amalan ini begitu dititik beratkan secara spiritual, sehinggakan mereka menerima azab orang lain sebagai tingkat disiplin spiritual mereka sendiri. Baik Hinduisme mahupun Buddhisme menjadikan anti keganasan serta keamanan bukan sekadar teori semata-mata, mereka mengamalkannya sebagai sebahagian dari etika kehidupan seharian mereka. Keduanya juga mempercayai serta melakukan nilai-nilai moral serta etika biasa manusia, seperti kejujuran, amanah, kebaikan, bercakap benar dan lain-lain lagi. Penganut hindu mahupun buddha juga mengakui bahawa, nafsu manusia terhadap kebendaan akan membawa manusia ke jalan kecelakaan. ‘Attachment is the origin, the root of suffering; hence it is the cause of suffering.’-Dalai Lama (1). Kenapa terdapatnya persamaan ini? Ini kerana Hinduism dan Buddhisme, mempunyai sejarah asal yang sama iaitu kedua-duanya berasal daripada Kebudayaan Ganges (Agama Kebudayaan) dari Utara India. Yang mana kemunculannya dari apa yang dikenali sebagai 18
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
"second urbanisation" kira-kira 500 SM. 'Ia berkongsi kepercayaan sejajar yang wujud sekian lama; bersama-sama wujud, tetapi menyatakan yang ianya berbeza' - Y. Masih (2000).
3.0
KESIMPULAN
Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini samada bersifat agama samawi (agama yang datang berasaskan wahyu dari Tuhan) dan agama budaya (agama yang lahir berasaskan pengalaman tokoh dan kehidupan) semuanya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bertitik tolak dari fakta ini, saya akan menganalisa secara deskriptif pendekatan pelbagai agama yang dominan di Malaysia khususnya berkaitan dengan persoalan nilai dan etika. Ajaran agama yang berkaitan sistem nilai ini akan dibahaskan dan dibuat perbandingan bagi menampakkan persamaan dalam persoaaan etika. Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dan etika dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.
4.0
RUJUKAN 1) (1)The Dalai Lama at Harvard, 1988, Snow Lion USA, p.37 2) Y. Masih (2000) In : A Comparative Study of Religions, Motilal Banarsidass Publ : Delhi, ISBN 81-208-0815-0 Page 18. 3) Sahakian, William S. & Sahakian, Mabel Lewis. Ideas of the Great Philosophers. pg 31. Barnes and Noble Books (1993). ISBN 978-1-56619-271-2. 4) http://en.wikipedia.org/wiki/Buddhism_and_Hinduism 19
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
5) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Hinduism 6) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Buddhism 7) http://homeoint.org/morrell/buddhism/nonatt.htm
SOALAN 4 HURAIKAN ETIKA BERASASKAN AGAMA ISLAM DAN BAGAIMANA IA DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVAN. 1.0
PENGENALAN
Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Ahmad Amin (1975) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan 20
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsepkonsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat. Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat. 2.0
ETIKA DALAM ISLAM; ANTARA ETIKA, MORAL DAN AKHLAK
Akhlak secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara itu, etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat pula dinamakan moral. Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia, manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. Akhlak juga mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain. Moral pula hanya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai yang terdapat dalam 21
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara. Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif Islam ialah dari segi pemakaian, pemakaian bagi seseorang muslim mengikut Islam mestilah menutup aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat, mereka dikatakan tidak berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan moral jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, mereka masih dianggap bermoral. Kemoralan atau etika perlu mempunyai kandungan yang terdiri daripada peraturan masyarakat dan sifat keperibadian mulia. Setiap kelompok masyarakat mesti mempunyai peraturan untuk membolehkan manusia dapat hidup dan berfungsi dengan baik dengan persekitarannya. Justeru kemoralan tidak boleh lari daripada peraturan, norma, tradisi atau adat kebiasaan dalam masyarakat. Oleh sebab itu sebagaimana yang dijelaskan oleh John Wilson (1973), peraturan masyarakat dan sifat keperibadian mulia perlu difahami oleh setiap individu kerana pemikiran moral tidak berkembang dalam keadaan vakum. Tanpa peraturan, kehidupan sosial manusia tidak dapat diteruskan kerana ia juga merupakan kayu pengukur untuk menilai sesuatu aktiviti sosial (Wright, 1971). Disamping bermatlamat untuk memelihara kemuliaan manusia, peraturan juga menjimatkan tenaga dan masa manusia daripada terpaksa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan. Namun begitu insan moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Oleh itu insan bermoral perlu peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat (Abdul Rahman Aroff, 1986). Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan kepada alasan yang munasabah. Individu yang melakukan sesuatu kerana kebiasaan, takut atau mengikut keadaan tanpa berfikir tidak dikira sebagai insan yang mempunyai kematangan moral atau dikatakan tidak melakukan sesuatu secara bermoral. Etika serta sistem moral Islam datangnya dari kepercayaan utama, iaitu Kepercayaan terhadap Allah Tuhan yang Satu, Yang Maha Pencipta dan Peguasa Seluruh Alam. Islam meyakini bahawa manusia adalah sebahagian daripada penciptaan Allah SWT, dan merupakan hamba-NYA. Dari perspektif ini secara Islamnya, tujuan utama manusia adalah untuk menyembah Allah SWT, dengan menjalani kehidupan duniawi harmoni dengan kehendak Ilahi, dan dengan itu mencapai keamanan di dunia ini, dan kejayaan yang berkekalan dalam kehidupan akhirat. Islam melihat kepada Al-Quran dan sunnah Nabi sebagai panduan moral mereka.
22
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Surah Al-A Araf, Ayat 33; Bermaksud: 'Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".' Adalah menarik bahawa al-Quran merujuk kepada "perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar". Ia adalah satu tanda rahmat Allah kepada setiap manusia, rasa moral yang semula jadi. Rasa seperti moral, apabila tidak bercela oleh keluarga atau masyarakat, adalah apa yang membawa orang kepada perbuatan kebaikan yang terpuji. Etika dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan dan menguatkan pengertian moral dalam setiap manusia dan menghiasi watak individu dengan nilai-nilai mulia.
2.1
Etika Islam dalam Kehidupan
Etika Islam (bahasa Arab: )أخل ق إسليميةatau "Adab dan Akhlak Islamiyah" adalah etika dan moral yang dianjurkan di dalam ajaran Islam yang tercantum di dalam Al-Quran dan Sunnah, dengan mengikuti contoh dari teladan Nabi Muhammad S.A.W yang di dalam akidah Islamiyah dinyatakan sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya. Terdapat banyak dalil dalam Al-Quran yang menunjukkan betapa pentingnya manusia yang berakhlak mulia; " " الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس وال يحب المحسنين "(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."- Surah Ali-Imran: 134. Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut. Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya.
23
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di akhirat. Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah daripada iman. Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu ahli pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam membezakan antara manusia dan binatang. Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh menjual negara, bangsa dan agama. Akhlak merupakan manifestos! yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. Akhlak semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu akhlak bagi diri seseorang. Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua; akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri 24
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A.W ke dunia ini. Kriteria baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan piawainya oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain. Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang zaman.
3.0
KESIMPULAN
Konsep Etika di dalam Islam adalah luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Etika adalah nilai Islam yang penting kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk membina keperibadian dan memajukan masyarakat. Kod Etika dalam Islam merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan, mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya. Akidah pula merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada Allah. Manakala ibadah pula mengambil berat tentang gerak langkah manusia bagi ikatan tersebut supaya pertaliannya selalu rapat serta teguh dengan Allah. 25
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
Matlamat ibadah dalam Islam ialah melaksanakan tujuan wujudnya manusia sebagai khalifah Allah di bumi untuk membina dan memajukan alam ini. Ibadah juga mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlaki, Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik, bersopan dan juga berakhlak mulia. Namun begitu, kemuncak pembangunan rohani hanya mampu juga dicapai oleh individu yang benar-benar menghampiri diri kepada Allah melalui ibadat khusus dan umum. Seorang muslim tidak diajarkan untuk menyandarkan hanya kepada usahanya dirinya sendiri tetapi juga harus diiringi dengan doa. Doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W adalah; "Allahumma kamaa hassanta khalqi, fahassin khuluqi (Ya Allah, sebagaimana Engkau telah membaguskan tubuhku, maka baguskanlah akhlakku)" Moraliti dalam Islam wujud disetiap aspek kehidupan seorang muslim, samada hubungan biasa hinggakan kehubungan antarabangsa. Skopnya universal serta mencakupi segala aspek kebolehgunaannya. Seorang muslim bukan sahaja perlu berkeperibadian yang suci, malahan disuruh berbuat kebaikan. Mereka bukan sahaja perlu menahan diri daripada kejahatan dan maksiat, tetapi juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam meminta orang ramai untuk menjauhkan diri mereka dari berbuat kejahatan dan maksiat. Dalam erti kata lain, mereka bukan sahaja perlu dari segi moral sihat, tetapi juga mesti menyumbang kepada kesihatan moral masyarakat secara keseluruhannya.
4.0
RUJUKAN 1
Amin, Ahmad, Etika (Ilmu Akhlak), Jakarta: Bulan Bintang.1975
2
Abdul Fatah Hassan (2001). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3
Wilson, John. (1973). A Teacher’s Guide To Moral Education. London: Geoffrey Chapman.
4
Wright, Derek. (1971). The Psychology of Moral Behaviour. Hazell Watson & Viney Ltd. 26
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN E30409130087
5
Abdul Rahman Md Aroff. (1986). Makna Moral. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia.
6
Choudhury, G. 1993. The Prophet Muhammad: His Life and Eternal Message. Kuala Lumpur: WHS Publications Sdn Bhd.
7
Baharudim Yatim dan Sulaiman Noordin. Islam al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.
27