Question 1
Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun?
I
Kesengsaraan hidup.
II
Kemenangan di dalam peperangan.
III
Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV
Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.
A.
I, II dan III.
B.
I, II dan IV.
C.
I, III dan IV.
D.
I, II, III, IV
Question 2
Kata asal "tamaddun" yang bermula daripada perkataan "madaniyyah" dalam bahasa Arab adalah kata kerja yang merujuk kepada ________.
A.
Kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
B.
Konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia.
C.
Perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.
D.
Perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan yang memperhalus budi pekerti.
Question 3
Pilih pernyataan yang menerangkan tentang faktor kemerosotan sesebuah tamadun.
I
Berlakunya penindasan dan kezaliman.
II
Wujud jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.
III
Musnahnya penghayatan terhadap nilai dan budi pekerti.
IV
Lahirnya golongan masyarakat yang menitikberatkan ketinggian ilmu pengetahuan.
A.
I, II dan III.
B.
I, II dan IV.
C.
I, III dan IV.
D.
I, II, III, IV
Question 4
Pengamatan dan penghayatan terhadap ilmu ketamadunan akan melahirkan individu dan masyarakat yang __________.
A.
menghayati nilai-nilai murni.
B.
memahami dan menguasai sejarah.
C.
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.
D.
hidup dalam masyarakat tanpa mengubah jati diri serta dapat mendepani cabaran.
Question 5
Antara berikut, yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam bentuk yang negatif?
A.
Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsunami.
B.
Pertembungan tamadun Islam dan tamadun Barat membawa kepada berlakunya Perang Salib (1096-1291).
C.
Perletakan jawatan sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan oleh golongan rakyat.
D.
Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang gagal.
Question 6
Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban yang paling jelas berlaku dalam banyak tamadun. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?
I. Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.
II. Faktor geografi - Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada interaksi contohnya Tamadun Melayu Melaka.
III. Faktor perdagangan - Pengalaman berinteraksi melalui perdagangan meyebabkan tamadun berkenaan lebih terbuka.
IV. Faktor kepimpinan, contohnya Maharaja Jepun - Maharaja Meiji berpendapat untuk mengelak dari dijajah, Jepun berinteraksi dengan Barat.
Jepun hanya mahu ilmu barat sahaja.
A.
I, II dan III
B.
II, III dan IV
C.
I, II dan IV
D.
I, II, III dan IV
Question 7
Yang manakah di antara salah satu daripada kenyataan berikut, bukan merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun?
A.
Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan sistem tulisan yang tersendiri.
B.
Kewujudan sebuah sistem sosial meliputi politik, ekonomi dan pendidikan yang tersusun.
C.
Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.
D.
Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota atau sistem (Madinah).
Question 8
Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun, kecuali _____________________.
A.
Hayat penghidupan stabil dan panjang.
B.
Lahir dan berkembangnya daya kekeratifan dan meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.
C.
Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan anggota masyarakatnya.
D.
Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yangteratur dan sistematik
Question 9
Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun?
I. Kesengsaraan hidup.
II. Kemenangan di dalam peperangan.
III. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV. Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
II, III dan IV
D.
I, II, III dan IV
Question 10
Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai _________.
A.
toleransi peradaban
B.
pertemuan peradaban
C.
interaksi antara peradaban
D.
pertembungan peradaban
Question 11
Berikut adalah benar mengenai hubungan tamadun dengan budaya, kecuali __________________.
A.
Pengaruh tamadun lebih berkekalan berbanding pengaruh budaya.
B.
Pengaruh budaya lebih berkekalan berbanding pengaruh tamadun.
C.
Budaya sering dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.
D.
Tamadun melampaui batas negara dan wilayah.
Question 12
Keruntuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh ____________.
A.
robohnya pusat pemerintahan.
B.
keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
C.
pertembungan budaya timur dan barat.
D.
sekatan terhadap agama dan budaya.
Question 13
Berikut adalah istilah yang sama makna dengan peradaban. Pilih yang betul.
I. Umran
II. Madaniyyah
III. Thaqafah
IV. Hadhari
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
II, III dan IV
D.
I, II, III dan IV
Question 14
Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek dan Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan dan berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut manakah bukan menunjukkan ciri-ciri kepincangan tersebut?
A.
Bencana alam dan penyakit yang teruk.
B.
Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.
C.
Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.
D.
Berlakunya penindasan terhadap golongan bawahan.
Question 15
Tamadun dan budaya merupakan dua perkataan yang berbeza dari segi konsep dan makna. Pilih pernyataan yang betul.
I. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan.
II. Budaya dihubungkan dengan sesebuah negara atau bangsa.
III. Bertamadun dikatakan memiliki kehalusan budi dan moral.
IV. Budaya masyarakat yang tinggi tidak merujuk kepada masyarakat bertamadun.
A.
I dan II
B.
I dan III
C.
II dan III
D.
III dan IV