KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN K33 CASE STUDY MAGS 3111 APPENDECTOMY
NAMA
:
MOHAMAD AMZAR BIN ABDUL HAMID
MATRIK
:
BPP 2013 - 6737
PENEMPATAN
:
DEWAN BEDAH AM , HSB
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKASURAT
1
PENGENALAN
3
2
PERNYATAAN MASALAH
4
3
PENCARIAN LITERATUR
8
4
PERBINCANGAN
9
5
RUMUSAN
10
6
RUJUKAN
11
2
Penyataan Masalah Nama
: CHUAH CHEONG KIN
umur
:
20 TAHUN
Jantina
:
LELAKI
Pekerjaan
:
PELAJAR
Diagnosis
:
ACUTE APPENDICITIS
Prosedur pembedahan
:
APPENDECTOMY
Aduan utama :
Pesakit mengadu mangalami kesakitan di bahagian abdomen
Demam
Muntah 3 hari berturut-turut.
Sejarah penyakit kini :
Pesakit sihat sebelum ini, kemudian pesakit mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen. Kesakitan tersebut bermula di bahagian periumbilikal dan merebak ke bahagian kuadran bawah kanan. Beliau dibawa ke unit kecemasan Hospital Tunku Ampuan Najihah. Suhu pesakit ketika di unit kecemasan adalah 38.3°, bacaan nadi adalah 88bpm dan tekanan darah adalah 130/90mmhg. Pemeriksaan fizikal membuktikan keputusan positif untuk rebound tenderness iaitu kesakitan di bahagian right iliac fossa. Pesakit dimasukkan ke wad surgikal.
Sejarah penyakit lalu :
Tiada sejarah ubatan
Tiada sejarah pembedahan 3
Di wad surgikal, beliau telah melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesahkan diagnosa penyakit beliau. Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah urin FEME, FBC, BUSE dan X-ray abdomen. Keputusan yang diterima oleh pesakit adalah seperti berikut; Full Blood Count Investigasi Red cell count Haemoglobin Haematocrit MCV MCH MCHC RDW Platelet count White cell count
Keputusan 5.57 17.9 52 94 32 34 13.2 235 21.2
Unit X10^12/L g/dL % fL Pg g/dL % X10^9/L X10^9/L
Julat Rujukan (4.5 – 6.0) (13.7 – 18.0) ( 40 - 54) (82 – 100) (27 – 32) (32 – 36) (4.0 – 11.0) (150 – 400) (4.0 – 11.0)
Keputusan 4.7 135 3.8 100
Unit mmol/L mmol/L mmol/L mmol/L
Julat Rujukan (3.2 – 8.0) (137 - 150) (3.5 – 5.3) (99 – 111)
Keputusan Cloudy Yellow 1.028 6.0 Negative Negative 1.5 Trace 10 NIL NIL NIL NIL
Unit
Julat Rujukan Clear Yellow (1.003 – 1.030) (4.6 – 8.0) Negative Normal Negative Negative (0 – 9)
BUSE Investigasi Urea Sodium Potassium Chloride
Urin FEME Investigasi Appearance Colour SP Gravity Ph Albumin Glucose Ketones Blood RBC WBC Epithelial Cells Casts Crystals
0 0 0 0 0 0 /uL
4
Pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan appendektomi. Sebelum itu, di wad, pesakit telah diarahkan untuk berpuasa selama 12 jam untuk mengosongkan gaster bagi tujuan pemberian anestasia dan ‘muscle relaxant’ semasa pembedahan. Ketika pembedahan, satu insisi berukuran dalam dua hingga tiga inci telah dilakukan pada lapisan kulit dan lapisan diding abdomen di kawasan appendiks. Pakar bedah kemudiannya membuka kawasan appendiks yang selalunya berada di baagian bawah kanan abdomen. Selepas memastikan tiada sebarang masalah di kawasan tersebut, appendiks itu dipotong. Ia dibuat dengan cara melepaskan appendiks tersebut daripada lekatan masentrik yang melekatkan appendiks tersebut kepada abdomen dan kolon. Setelah appendiks tersebut dipotong satu jahitan dibuat untuk menutup bukaan di kolon dan akhirnya insisi yang dibuat di abdomen, ditutup dengan jahitan. Selepas pembedahan dilakukan, pesakit dibawa ke kawasan pemulihan di mana tanda vital pesakit diambil setiap 10 minit sebelum pesakit betul-betul stabil dan dibenarkan pulang ke wad. Antara arahan doktor untuk pesakit sebagai perawatan selepas pembedahan ialah
2 ʘ D/saline dan 2 ʘ D5% 24 jam
IV Zinacef 750mg 8 hly
IV Flagyl 500mg 8 hly
IM Pethidine 3cc 6hly PRN Selepas pesakit stabil di bahagian pemulihan, pesakit dihantar pulang ke wad beliau. Ketika
pulang tanda vital pesakit adalah stabil dengan suhu 37.2°, nadi 98, SPO2 99, pernafasan 22 dan kawasan luka pembedahan tidak lembap dan berair.
Appendisitis Appendisitis adalah inflamasi appendiks vermiform dan pertama kali dijumpai oleh Reginald Fitz pada tahun 1886. Ia disebabkan oleh obtruksi yang akan menyebabkan infeksi, bahan asing atau tumor. Appendisitis boleh menyerang tanpa mengira jantina dan umur, tetapi ianya lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki dalam lingkungan umur 10 – 30 tahun. Appendisitis adalah suatu penyakit yang paling kerap berlaku dan biasa berlaku tetapi ia juga antara penyakit yang paling kerap disalahdiagnosa oleh pengamal perubatan. Satu-satunya pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat appendiks ialah appendektomi.
5
Appendektomi, atau lebih dikenali sebagai appendisektomi adalah suatu pembedahan pembuangan surgical appendiks vermiform. Appendektomi adalah rawatan standard untuk kes appensitis akut. Adalah penting untuk melakukan prosedur appendektomi selepas pesakit mendapat diagnosis untuk mengelakkan kejadian komplikasi appendisitis yang mengancam nyawa. Appendektomi boleh dilakukan secara laparoskopi atau pembedahan terbuka. Pembedahan secara laparoskopi adalah lebih kurang kesan sampingan tetapi memakan kos yang tinggi. Pembedahan laparoskopi sering digunakan jika diagnosis pesakit adalah meragukan, atau atas permintaan pesakit sendiri atas sebab-sebab kosmetik. Pembedahan laparoskopik mengambil masa penyembuhan yang sekejap berbanding pembedahan terbuka.
PENCARIAN LITERATUR Menurut buku Textbook of Medical Surgical Nursing edisi ke-11 yang ditulis oleh Brunner dan Suddarth’s, pada tahun 2000 menyatakan bahawa terdapat satu sistem skor klinikal yang digunakan untuk membantu mendiagnosis penyakit appendisitis yang dipanggil Alvarado Score. Sistem penskoran ini mempunyai 6 item klinikal dan 2 ujian makmal yang menjumlahkan 10 markah. Markah 5 – 6 adalah bersesuaian dengan diagnosis appendisitis akut. Markah 7 – 8 menandakan kemungkinan yang tinggi kejadian appendisitis akut, manakala markah 9 – 10 menandakan kepastian penyakit appendisitis akut.
6
Menurut buku ‘Acute and suppurative Appendicitis: Disease Duration and Its Implications’ yang ditulis oleh Hobler K. Spring pada tahun 1998, prognosis pembedahan appendektomi adalah baik, namun ianya boleh menjadi teruk jika pembedahan dilakukan dengan lambat dan peritonitis berlaku. Kadar pemulihan selepas pembedahan pula bergantung kepada umur,jantina, kondisi pesakit dan juga komplikasi yang berlaku semasa pembedahan. Secara amnya, kadar pemulihannya adalah 10 hingga 28 hari. Bagi kanak-kanak pula kadar kepulihannya adalah lebih kurang 3 minggu.
7
PERBINCANGAN Patofisiologi : Appendisitis dikatakan bermula apabila bukaan daripada appendiks didalam cecum tersumbat. Sumbatan ini mungkin berpunca daripada mucus tebal yang terbentuk di dalam appendiks atau najis yang mengeras yang memasuki appendiks melalui cecum. Najis yang mengeras ini dinamakan fecalith. Pada masa yang sama tisu limfatik di dalam appendiks akan membengkak. Selepas penyumbatan berlaku, bakteria akan mula menginfeksi dinding appendiks. Badan akan mula menunjukkan reaksi dan menyerang bakteria dan menyebabkan inflamasi berlaku.
Komplikasi Komplikasi paling kerap pada pesakit appendiks adalah perforasi. Perforasi appendiks boleh menyebabkan periappendiceal abses di mana nanah akan terkumpul di dalam lapisan peritoneum dan menyebabkan peritonitis. Penyebab utama perforasi appendiceal adalah kelambatan pendiagnosaan dan rawatan. Secara amnya, semakin lambat pendiagnosaan dilakukan semakin tinggi kemungkinan untuk berlakunya perforasi.
8
RUMUSAN Berdasarkan kajian kes ini, bolehlah dikatakan appendektomi ini adalah pembedahan yang sering dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun secara sebenarnya pembedahan ini juga mempunyai risiko yang sendiri. Appendisitis itu sendiri juga mempunyai risiko yang tersendiri terutamanya jika ianya lambat mendapat rawatan dan juga lambat didiagnosa. Perforasi boleh berlaku dan jika perforasi berlaku, maka komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku pada pesakit. Selain itu, pesakit yang baru melakukan pembedahan appendektomi juga perlu menjaga tempat jahitan dengan baik agar tempat luka tersebut tidak mengalami infeksi. Selain itu, ketika melakukan pembedahan juga, anggota kesihatan juga perlu mengamalkan teknik aseptik yang betul agar pesakit tidak mengalami septisemia selepas pembedahan. Anggota kesihatan juga perlu memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang penjagaan luka yang betul.
RUJUKAN
1) Brunner, Suddarth., Textbook of Medical Surgical Nursing., Eleventh Edition., 2000. 2) Ross and Wilson Anatomy and Physiology in Health and Illness., Tenth Edition., Elsevier. 3) www.wikipedia/appendectomy.com 4) www.wikipedia/appendicitis.com
9