Materi Administrasi infrastrukturJaringan kelas XIFull description
Tugas Agama Katolik
uyiyuyioFull description
sirkulasiDeskripsi lengkap
supercritical
leafletDeskripsi lengkap
Apa itu Algebra
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang pengetahuan yang sangat penting. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss mengatakan "Mathematics is the Queen of Science". Ia merangkumi bentuk, simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti aritmetik, calculus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan algebra. Algebra ialah salah satu cabang matematik yang membincangkan tentang prinsip operasi dan hubungan. Perkataan algebra berasal dari perkataan Arab iaitu AlJabr. Tidak dapat dinafikan lagi ilmu algebra bermula dan berkembang pesat dari negara Arab. Antara cabang algebra ialah elementary algebra, abstract algebra, linear algebra danuniversal
algebra. Elementary
algebra memperkenalkan
konsep
pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan. .
Selain daripada itu, algebra juga boleh dikatakan satu teknik yang menggunakan
penyataan matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit , masa dan lain-lain. Setiap penyataan matematik bagi menghubungkan dua kuantiti tersebut biasanya di sertakan dengan penggunaan simbol abjad (biasanya x ,y atau z) untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan kuantiti yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan sahaja melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari penyelesaian terhadap masalah di dalam kehidupan seharian. Namun demikian terdapat berbagai pendapat dari ahli-ahli metematik tentang algebra. Antara beberapa pendapat mereka tentang algebra adalah seperti berikut : i)
Menurut Usiskin(1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada 5 aspek yang utama iaitu anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan hubungan.
ii)
Vance ( 1988) pula berpendapat, Algebra boleh dikatakan sebagai pengembangan arimetik atau satu bahasa untuk menghuraikan tentang arimatik. Walau bagaimanapun
algebra juga mempunyai berbagai cara untuk memanipulasi simbol dan ia juga merupakan satu cara berfikir. Walaupun begitu, algebra itu sendiri merupakan bidang yang lebih luas dari konsep pemboleh ubah ini. Terdapat pelbagai lagi ilmu dalam cabang algebra. Contohnya, abstract tentang algebraic
algebra atau
dipanggil
juga modern
structuresseperti group, ring dan field.
algebra. Ia
Linear
mengkaji
algebra mengkaji
tentang vector termasuk matrices. Aplikasi asas untuk linear algebra ialah penyelesaian sistem persamaan linear dengan beberapa pemalar. Universal algebra pula mengkaji tentang algebraic structures itu sendiri. Tambahan lagi, algebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya dalam perbandingan harga, proses jual beli dan sebaggainya. Ia juga digunakan dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang kimia, fizik, dan forensik. Anda bolehlah membaca artikel 'Anatomi & Algebra' untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi penggunaan algebra dalam penyiasatan kes jenayah oleh ahli forensik.