3. Adat Kematian Dan Pantang Larang Kaum Cina Pengenalan
Orang Cina merupakan satu masyarakat ang bersifat etnosentrik iaitu sangat mengagungkan budaya budaya dan warisannya. Mereka meletakkan adat resam d an tradisi yang diwarisi sebagai lebih penting dan mengatasi agama serta kepercayaan yang dianutinya. Mana-mana agama atau kepercayaan yang dianuti akan disesuaikan dengan adat resam dan budaya mereka. Justeru itu, sebarang agama dan keperca yaan yang menghakis serta menghilangkan budaya dan tradisi mereka akan ditolak dan ditentang oleh orang Cina. Setiap adat itu perlu dihormati daripada adat kelahiran, perkahwinan sampailah kepada kematian. Terdapat tatacara tertentu berhubung dengan setiap adat yang diamalkan. (Ann Wan Seng, Adat Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Upacara Pengebumian Orang Orang Cina; Cina ; 1994) Begitu juga dengan pantang larang yang perlu dipatuhi. Apa yang lebih penting ialah setiap perbuatan dan perkara yang dilakukan mengandungi makna dan manifestasinya yang tersendiri. Orang Cina suka bermain dengan simbol. Setiap perlambangan mempunyai signifikasinya. Ada yang mempunyai hubungan dengan agama dan kepercayaan yang dianuti. Ada yang hanya berdasarkan kepada tanggapan semata-mata. Namun apa yang dilakukan ada rasionalnya dan mempunyai memiliki penjelasan yang memerlukan huraian yang mendalam. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia Xiong, Ensiklopedia Cina Dalam Dunia; 2000) Dunia; 2000) Orang Cina mempunyai sejarah dan peradaban yang lama iaitu melebihi 5000 tahun. Orang Cina kaya dengan warisan waris an dan tradisi yang mempunyai hubungan dengan nilai moral dan akhlak. Adat resam dan pantang larang yang diamalkan mempunyai pertalian yang rapat dengan nilai-nilai tersebut yang berlandaskan kepada falsafah dan ajaran etika Taoisme, Confucianisme dan Buddhisme. Ketiga-tiga kepercayaan itu sebenarnya bukan merupakan satu agama tetapi merupakan satu ajaran falsafah moral dan etika yang membentuk etos dan pandangan hidup orang Cina sehingga ke hari ini. (Ann Wan Seng, Adat Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Upacara Pengebumian Orang Cina ; 1994) Upacara kematian adalah salah satu upacara yang terpenting bagi kaum Cina. Adat kematian kaum Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran falsafah serta etika dari ahli- ahli fikir zaman kuno seperti Konfusianisme, Taoisme, dan Buddhisme. Adat kematian kaum Cina di Malaysia juga dipengaruhi oleh agama yang berlainan, tempat asal dan wila yah yang menghasilkan adat dan pantang larang yang berbeza. Walau bagaimanapun, setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. (Lee tersendiri. (Lee Xiu Hwa, 2015) Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja yang besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu i bu bapanya. Prestasi ketidaksamaan bandarluar bandar (atau perbezaan masa) dalam pemakaman adalah disebabkan oleh
penduduk bandar yang lebih memperhatikan kualiti perkhidmatan, penduduk luar bandar lebih memperhatikan pantang-larang, dan orang tua memberi perhatian lebih kepada paterniti, orang muda memberi perhatian lebih kepada kemudahan, dan keluarga besar memberi lebih perhatian kepada hubungan anatara manusia dan sesetengah orang akan memberi perhatian kepada feng shui, upacara kuno dan tabu purba, dan sebagainya. (Li Heng, 2015) Upacara kematian Cina boleh dibahagikan kepada lima fasa, iaitu zu (kematian), lian (masukkan mayat ke dalam keranda), bin (upacara kematian), zang (pengebumian) dan ji (penyembahan). Setiap fasa pada zaman ini lebih mudah dibandingkan dengan masa dahulu disebabkan oleh kebanyakkan adat dan pantang larang kematian telah disampaikan secara lisan turun-temurun. (Lee Xiu Hwa, 2015)
Semasa Kematian (zu 卒)
Masukkan mayat ke dalam keranda
Upacara kematian (bin 殡)
Pengebumian (zang葬)
Penyembahan ( ji 祭)
(lian殮 )
Semasa Kematian ( zu 卒)
Apabila berlaku kematian, ahli keluaraga mula menghubungi perniagaan pengebumian, mendapatkan sijil kematian, menyusun tempat berkabung dan menyelaraskan perkara pemakamam. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia Cina Dalam Dunia; 2000)
Masukkan Mayat Ke Dalam Keranda (lian 殮 )
Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. (Miss Iza, 2010) Seterusnya, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. (Wan Ramli Wan Muhamad, Adat Resam Masyarakat Malaysia; 2006)
Gambar 1: Keranda (Sumber: Jioda Sercive Sdn Bhd) Semuanya akan dijalankan oleh anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatikan oleh seorang tukang tilik. (Lee Xiu Hwa, 2015)
Upacara Kematian (bin 殡)
Upacara kematian dipengaruhi oleh umur si mati. Secara amnya, upacara ini diadakan selama 3 hingga 5 hari (bergantung kepada kekayaan keluarga tersebut). Orang muda, belum berkahwin atau yang berumur di bawah 60 tahun akan diadakan selama 1 hari sahaja. Ahli keluarga si mati akan membuat iklan di surat khabar dan menggantung kain putih di hadapan pintu rumah. Ini adalah untuk memberit ahu orang lain bahawa kematian si mati. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan dikebumikan pada satu hari ganjil. Pembakaraan colok dan alatan diperbuat dari kertas akan dijalankan untuk memberi bekalan hidup si mati di akhirat. (Ho Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing; 2008)
Gambar 2 : Rumah diperbuat daripada kertas (Sumber:Lian Cheng Paper Work Art) Menangis, meraung dan meratapi kematian adalah satu kewajipan bagi anak, menantu dan sanak saudara yang rapat. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan
menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. (Siti Zhafirah Binti Roslan, 2013) Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, dia hendaklah membongkokkan badannya sedikit ke hala si mati sebagai tanda hormat. Pelawat keturunan Cina selalunya membawa bersama sepasang lilin putih, “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarge si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberi derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadangkala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan men yediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberi seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu ialah warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan. (Haji Mohtar bin H.Md.Dom, Adat Istiadat Masyarakt Malaysia; 1977)
Gambar 3: Duit kertas (Sumber : Kit Mei Xiang Service) Pengebumian ( zang 葬)
Kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh bagaimana dan cara seseorang itu mati. Upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-besaran khususnya
kepada orang tua. (Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina; 1994) Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Keranda akan dibawa dengan van. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat. (Rashidah Zakaria,2012) Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai pakaian dengan warna tertentu menandakan kedudukan dalam keluarga dan hubungannya dengan si mati. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan, iaitu kertas duit. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. (Ho Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing; 2008)
Gambar 4: Mengiringi keranda ke tanah perkuburan (Sumber: Xiao Fei Blogspot) Cara letak keranda dan perjalanan ke kubur perlu dibuat dengan cermat dan tertib. Semasa pengebumian, mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah
penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. (Rashidah Zakaria,2012) Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan pe ranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang. (Siti Zhafirah Binti Roslan, 2013) Selain itu, tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia. (Miss Iza, 2010)
Gambar 5: Kubur bagi keluarga berada (Sumber: Bao Shuang Long) Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama si mati. Bagi sesetengah masyarakat Cina, anak cucu si mati akan berbisik di tepi keranda untuk menasihati si mati agar melafazkan nama seorang Dewa atau Buddha secara berterusan dalam masa lapan jam selepas kematian. Hal ini demikian kerana dipercayai Dewa atau Buddha akan datang menjemput roh si mati ke syurga jika si
mati berbuat demikian secara ikhlasnya. Ahli keluarga terdekat si mati harus berulang kali berkata di tepi keranda untuk memanggil roh si mati mengikut cahaya putih yang terang dan menghindarkan cahaya kelam dan kabur. Cahaya yang terang dianggap jalan ke syurga dan cahaya yang kabur ialah jalan ke neraka. (Ho Fang Chuan, Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing; 2008)
Penyembahan ( ji 祭)
Selepas kematian, ahli keluarga akan memakai baju hitam beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung. Ahli keluarga perlulah menyembah roh si mati setiap 7 hari sehingga hari ke-49. (Rashidah Zakaria,2012) Tanpa kepercayaan khususs tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping “Papan Peringatan” yang dicatatkan nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong. (Ckin Rahim. Adat Resam Pelbagai Kaum; 2018)
Gambar 6: Penyembahan roh nenek moyang (Sumber: China News)
Pantang Larang Kematian Kaum Cina Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi berhubung dengan kematian orang Cina. Di antaranya : 1. Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna merah. 2. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas. 3. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas. 4. Keranda tidak boleh dibuat main. 5. Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati. 6. Para tetamu dan ahli keluarga tidak dibenarkan memakai pakaian merah. 7. Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan. 8. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air yang dicampur daun limau Bali untuk menolak bala.
Gambar 7: Air yang dicampur dengan limau Bali. (Sumber: KK News) 9. Tidak dibenarkan tarian singa dan pembakaran mercun semasa upacara kematian. 10. Apabila menghadiri upacara kematian, para tetamu tidak boleh menafsirkan tempat pengebumian dan potret si mati, tidak boleh bertepuk tangan. 11. Pengantin, wanita hamil dan kanak-kanak boleh memil ih untuk tidak mengambil bahagian dalam upacara kematian. (Hal ini adalah untuk mengelakkan keletihan dan muda emosi yang menyebabkan kesan buruk pada mereka sendiri dan kesihatan janin.) 12. Orang yang mati di luar rumah tidak boleh masuk ke rumah. (Dari sudut pandangan pencegahan wabak purba, ini adalah untuk mengelakkan mayat menyebarkan wabak itu ke rumah.) 13. Si mati yang belum berkahwin, atau muda, atau ibu bapa yang masih hidup tidak boleh disembah oleh orang yang lebih tua. Bagi ahli keluarga Si Mati,
1. Tidak dibenarkan masuk atau keluar dari tokong, mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan, bermain dan menghiburkan, mengambil bahagian dalam perkahwinan dan acara pengebumian, mencukur rambut mereka, menyolek, memakai barang kemas, boleh makan di sekeliling meja bersama-s ama dalam tempoh berkabung. (Tujuan pantang larang ini adalah untuk mengurangkan hiburan sosial dan untuk menyatakan kesedihan kehilangan ahli keluarga yang tersayang, tetapi kebanyakkan masyarakat memikir itu akan membawa nasib buruk kepada orang lain.) 2. Tidak boleh menyertai aktiviti pernikahan dan pengebumian dalam tempoh tertentu. 3. Tidak boleh menyambut sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian selepas upacara pengebumian. (Ann Wan Seng, Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina ; 1994) Kesimpulan
Upacara kematian dan adat istiadat pengebumian orang Cina mempunyai kepentingan untuk melanjutkan institusi kekeluargaan dan menjamin keutuhan sistem kemasyarakatan. Kematian menyatu-padukan orang Cina dan menimbulkan keinsafan kepada orang Cina bahawa kematian merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Yang akan tinggal ialah institusi keluarga yang perlu dipertahankan. Dalam masyarakat Cina, kematian membawa erti perpaduan dan melanjutkan keseimbangan sistem sosial supaya terus ber kekalan walau di mana sahaja mereka berada. (Mao Qi Xiong, Ensiklopedia Cina Dalam Dunia; 2000)
Rujukan
1. Ann Wan Seng. Adat Kematioan Dan Upacara Pengebumian Orang Cina. Penerbit Fajar Bakti ;1994 2. Wan Ramli Wan Muhamad. Adat Resam Masyarakat Malaysia. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara; 2006. 3. Ho Fang Chuan. Sejarah Pertukaran Budaya Cina dan Asing. International Culture Publishing Company; 2008 4. Mao Qi Xiong. Ensiklopedia Cina Dalam Dunia. China Overseas Chinese Press; 2000 5. Haji Mohtar bin H.Md.Dom, Adat Istiadat Masyarakt Malaysia; Federal Publications; 1977 6. Lee Xiu Hwa. Adat Kematian: Upacara yang terakhir . Daily Sin Chew; 30 Disember 2015 http://www.sinchew.com.my/node/1542281 7. Siti Zhafirah Binti Roslan. Upacara Dan Adat Kematian Masyarakat Cina; 27 Mac 2013 https://prezi.com/oo-ehnvr8sng/upacara-dan-adat-kematian-masyarakat-cina/ 8. Ckin Rahim. Adat Resam Pelbagai Kaum; 7 Mei 2018
https://www.scribd.com/document/378415016/ADAT-RESAM-PELBAGAIKAUM-doc 9. Li Heng. Adat resam orang Cina. Guang Hua Daily; 2 April 2015 http://epaper.gmw.cn/gmrb/html/2015-02/04/nw.D110000gmrb_20150204_114.htm 10. Miss Iza. Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat Cina; 2 Februari 2010 https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-LarangMasyarakat-Cina 11. Rashidah Zakaria. Adat resam kaum; 27 Julai 2012 https://www.slideshare.net/syideyza/adat-resam-kaum 12. Jioda Sercive Sdn Bhd http://www.jioda.com.tw/service_03a.html 13. Lian Cheng Paper Work Art http://www.lczgy.com/ 14. Kit Mei Xiang Service https://tw.buy.yahoo.com/gdsale/%E5%90%89%E7%BE%8E%E9%A6%99%E5%9C%9F%E5%9C%B0%E5%85%AC-%E4%BC%81%E6%A5%AD% E9%96%8B%E5%B7%A5%E8%B6%85%E8%B1%AA%E8%8F%AF%E5 %9E%8B%E7%92%B0%E4%BF%9D%E9%87%91%E7%B4%99%E7%B5 %84-2297792.html 15. Xiao Fei Blogspot http://sonic616.blogspot.my/2018/02/blog-post_25.html 16. Bao Shuang Long http://baoshuanglong.cn/mudi/1193.html 17. China News http://www.chinanews.com/tw/2011/10-15/3391204.shtml 18. KK News https://kknews.cc/zh-hk/news/6e5b9m.html