Latar Belakang Organisasi Sejarah Pada tahun 1908, Pengasas kepada AJINOMOTO iaitu Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo, telah membuat satu penemuan yang hebat iaitu suatu rasa untuk menyedapkan makanan dan baik untuk kesihatan manusia. Pengasas AJINOMOTO itu telah mengasingkan glutamat daripada rumpai laut. Setahun selepas itu beliau setelah beberapa eksperimen di jalankan, pengasas Ajinomoto itu telah memasarkan produk barunya itu di pasaran sebagai produk berbentu perisa makanan. Nama saintifik bagi ajinomoto ini adalah Monosodium Glutamat lebih dikenali dengan MSG. Ajinomoto kini menjadi salah satu pengeluar MSG terbesar dunia, yang mana 1/3 daripada pasaran dunia di miliki oleh organisasi ini, serta beroperasi dengan 15 buah kilang di seluruh dunia. Ajinomoto Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1961, ini merupakan antara perjanjian usahasama Malaysia dengan Negara jepun yang terawal. Syarikat ini mula beroperasi sebagai pengilang dan penjual MSG. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJINOMOTO merupakan bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia. Skop Perniagaan Operasi utama Ajinomoto Malaysia Berhad adalah mengeluar dan memasarkan produkproduk MSG, dan juga produk perisa makanan yang lain. Berikut merupakan senarai produk runcit Ajinomoto: -
AJINOMOTO MSG
-
TUMIX stock seasoning powder
-
VONO cup soup
-
SERI-AJI
-
AJI-SHIO
-
PAL SWEET
-
AJI MIX seasoning.
-
HVP
-
AJI-AROMA
-
AJI-PLUS and AJIMATE.
Pasaran adalah tertumpu kepada pasaran di Malaysia, timur tengah dan juga beberapa Negara Asian yang lain. Aspek Kewangan Ajinomoto merupakan sebuah salah sebuah syarikat yang di senaraikan di bursa saham Malaysia pada papan utama. Ini menunjukkan Ajinomoto Malaysia Berhad adalah merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan dipercayai oleh ramai pelabur. Melihat kepada Laporan tahunan syarikat ini menghasilkan keuntungan di setiap tahun, sepanjang 5 tahun lepas (skop kajian) syarikat ini tidak pernah mengalami kerugian, malah walaupun pada tahun 2006, mereka mengalami sedikit penurunan dari aspek keuntungan namun tiada sebarang kerugian berlaku. Ajinomoto Malaysia Berhad juga tidak mengamalkan pelaburan ke cabang-cabang perniagaan yang lain, mereka hanyak focus kepada asas perniagaan mereka iaitu MSG, Cuma mempelbagaikan lagi produk-produk perisa makanan, dan ini masih berada pada asas yang sama. Bagi mereka focus kepada sesuatu bidang itu akan menjadikan sesiapa jua dalam tersebut menjadi kepada pakar. Merujuk kepada pemerhatian dan kajian yang dibuat terhadap laporan tahunan Ajinomoto Malaysia Berhad ini, tidak ada membuat sebarang pinjaman pada mana-mana bank atau pun institusi kewangan yang lain. Ini merupakan alaman mereka sejak dahulu lagi. Setakat ini juga belum ada lagi pelaburan besar daripada AJINOMOTO yang keluar daripada konsep atau bentuk perniagaannya yang asal. Mereka masih lagi mengekalkan operasi utama mereka sebagai pengeluar dan penjual MSG di dunia.
PERANAN PENGURUS AKAUN Definisi Pengurusan Akaun Pengurusan akaun merujuk kepada cabang kepada bidang akaun yang menyediakan maklumat berkenaan dengan ekonomi dan kewangan yang diperlukan oleh seorang pengurus. Secara amnya, pengurus dalam sesebuah organisasi perniagaan memerlukan maklumat tersebut untuk memastikan penggunaan sumber-sumber dapat dimanfaatkan dengan efektif dan efisyen. Dalam satu-satu organisasi kedudukan pengurusan akaun dapat dilihat dengan memahami tanggungjawab seorang pengurus akaun. Pengurus akaun adalah individu yang bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat pengurusan akaun secara sepenuhnya dengan tujuan membantu pihak pengurusan melaksanakan apa jua perancangan yang dibuat serta membuat keputusan dan seterusnya mencapai objektif organisasi, ini adalah termasuk membuat dan menyediakan laporan kewangan, menyediakan bajet, membuat jangkaan dalam semua aspek yang diperlukan oleh organisasi, berperanan sebagai alat kawalan organisasi, dan juga sebagai alat sokongan Kepada organisasi.
Membantu dalam membuat pengawalan Organisasi menggunakan alat yang dikenali sebagai bajet untuk memastikan mereka tidak membelanjakan berlebihan daripada yang sepatutnya untuk menghasilkan keuntungan, dalam sesuatu pengeluaran produk atau perkhidmatan. Pengurus akaun akan menyediakan bajet kepada setiap bahagian dan kemudian mencampur semua bajet-bajet tersebut ke dalam satu bajet organisasi atau ‘master bajet’. Pengurus akaun juga bertanggungjawab dalam menguruskan bajet dan mengesan perbelanjaan yang berlebihan dengan perbelanjaan bajet. Selalunya bajet akan dibuat secara tahunan dan ada juga yang dibuat secara suku tahun dan kemudian jumlahkan kepada tahunan. Membantu dalam membuat perancangan Menyediakan
maklumat
kepada
pengurus
dalam
membantu
proses
perancangan dan dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, sebuah organisasi ingin membuat bajet baru iaitu bajet tahun hadapan, di mana dalam menyediakan bajet ini beberapa maklumat diperlukan. Contoh
organisasi hendak menyediakan bajet bagi jualan. Maka maklumat mengenai standard kos sebagai panduan bajet. Adalah diperlukan, dengan adanya maklumat-maklumat ini pengurus akan mampu merancang segala proses.
Membantu dalam Pengurusan Pengurusan akaun akan membantu organisasi dengan membuat penilaian terhadap pelaburan yang dibuat atau akan dibuat oleh organisasi. Sesebuah organisasi akan membuat pelaburan terhadap sesuatu projek yang akan membawa keuntungan pada masa hadapan, dengan mengambil kira penigkatan dalam aliran tunai, dan kira-kira serta analisa akan dilakukan oleh pengurus akaun dan akan di hantar ke pengurusan eksekutif. Kebanyak pelaburan adalah berisiko dan memerlukan modal yang banyak oleh yang demikian analisa sebaik mungkin adalah diperlukan. Selalunya organisasi akan memberikan pemilihan keatas projek yang mempunyai risiko yang rendah dan pulangan yang sederhana berbanding dengan risiko yang tinggi dan pulangan yang tinggi, Oleh yang demikian ini adalah bergantung kepada pengurus akaun bagi mengkalsifikasikan dengan memberikan maklumat terhadap projek-projek tersebut.
Membantu dalam membuat jangkaan Membuat sesuatu jangkaan pada jumlah jualan yang boleh di buat oleh sesebuah syarikat berdasarkan tahap operasi semasa dan juga kemudahan pengeluaran adalah proses yang agak kritikal. Pengurusan akaun akan membuat analisa terhadap pasaran dan menentukan tahap syarikat dalam sesebuah kitaran perniagaan. Sekiranya industri berada di tahap yang menurun, pengurusan akaun memberikan maklumat kepada syarikat untuk membolehkan pengurus membuat pemilihan terhadap pasaran yang baru. Jangkaan ini juga meliputi membuat analisa terhadap pesaing-pesaing dan juga mencari jalan baru dalam menembusi pasaran pesaing melalui perkembangan produk yang baru. Memotivasi para pengurus
Semua maklumat yang datangnya daripada pengurus akaun adalah lebih merupakan kepada maklumat angka-angka, dan ini merupakan satu maklumat yang berbeza dengan
maklumat-maklumat dalam bentuk esei, artikel dan sebagainya, kerana maklumat ini lebih tepat, jitu dan juga realistic. Atas sifat itu maklumat ini akan dianggap oleh kebanyakan pengurus adalah sebagai tepat, oleh yang demikian ini akan membina keyakinan kepada para pengurus dengan membuat perancangan yang lebih rapi dan seterusnya dapat mencapai objektif organisasi. Membantu dalam menilai pencapaian dan keputusan organisasi Pengurus akaun juga berperanan dalam membantu organisasi menilai setakat mana pencapaian dan keputusan yang dibuat oleh organisasi mencapai objektif jangka masa pendek organisasi tersebut. Segala pulangan akan dinilai dengan menggunakan perbandingan bajet dan juga aktiviti sebenar.
KLASIFIKASI KOS Dalam sistem perakauanan akan membuat penilaian kos yang mana akan digunakan kemudian, untuk beberapa tujuan iaitu, menentukan keuntungan, penilaian prestasi, nilai inventori, dan juga mengawal kos. Kenyataan di atas menunjukkan kos adalah sangat subjektif dan mempunyai banyak maksud dalam satu-satu kitaran perakaunan organisasi perniagaan.
Klasifikasi Kos
Functional
Manufacturing Cost
Behavoir
Period
Fixed Cost
Product Cost
Non – Manufacturing Cost
Financial Statement
Period Cost
Variable Cost
Mixed Cost
Klasifikasi Kos Mengikut Fungsi Perniagaan. Ini merupakan klasifikasi asas dalam perakaunan, Kos ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kos pengilangan dan kos bukan pengilangan. Kos pengilangan adalah meliputi kos sumber lansung, buruh langsung dan juga kos overhead, manakala kos bukan pengilangan terdiri daripada kos jualan dan kos pentadbiran. Laporan tahunan syarikat akan menyiarkan penyata kewangan kepada pihak ke tiga iaitu pelabur, pemiutang dan lain-lain lagi, format kepada laporan ini akan disediakan mengikut kos berdasarkan fungsi perniagaan ini, bagi membuat perbandingan dalaman. Klasifikasi kos mengikut gelagat Apakah yang berlaku kepada kos sesebuah syarikat apabila pengeluaran syarikat itu mencecah dua kali ganda? Kemungkinan ianya akan tetap sama atau juga meningkat dua kali ganda ataupun, berada di tengah-tengah. Ini semuanya bergantung kepada gelagat kos yang merujuk kepada bagaimana kos akan memberi kesan terhadap perubahan dalam pengeluaran. Sekiranya kos itu diandaikan
tetap, seperti di sebuah University,penambahan pelajar sebanyak dua kali ganda tidak akan memberikan kesan besar kepada jumlah kos, ini disebabkan, masih juga digunakan sumber yang sama seperti, pensyarah yang sama, kelas yang sama, kemudahan yang sama dan sebagainya. Tetapi keadaan ini akan berbeza sekiranya kos yang paling besar adalah direct material maka, pengeluaran yang dua kali ganda itu akan menyebabkan kos meningkat juga dua kali ganda. Selain daripada itu contoh kes lain seperti stesen jana kuasa eletrik, peningkatan dalam kos operasi tidak akan menjejaskan kos tetap yang mana masih lagi sama. Kos Tetap Kos yang tidak berkaitan dengan pengeluaran dikenali sebagai kos tetap. Kos tetap tidak akan berubah sekiranya berlaku pelbagai perubahan dalam pengeluaran. Kos Berubah Apa jua yang berubah setelah berlaku penurunan atau peningkatan dalam pengeluaran dikenali sebagai kos berubah. Kos Campuran Sebagai contoh disini, sekiranya kita menggunakan telefon selama satu bulan, dan bila bil telefon itu dating, ia masih lagi mencatatkan jumlah tertentu yang tetap kita kena bayar sebagai sewa talian.dan sewa itu adalah sebagai kos tetap manakala bil panggilan itu adalah kos berubah. Klasfikasi kos mengikut Masa Kategori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kos produk dan juga kos masa. Mengklasifikasikan samada sesuatu kos itu meruapakan sebahagian daripada produk itu sendiri yang mana produk tersebut berada dalam bentuk fizikal yang boleh disimpan sekiranya tidak terjual. Oleh itu ada kos yang boleh di klasifikasi sebagai kos produk atau pun kos pengilangan termasuk kos sumber langsung, kos buruh langsung dan juga kos overhead. Contoh: Di andaikan sebuah syarikat membuat pengeluaran sebanyak 1000 kerusi dalam setahun, dan hanya 200 buah kerusi yang terjual, dan
selebihnya disimpan di dalam stor. Apakah nilai yang mewakili 800 buah kerusi yang tidak terjual itu,ini akan diselesaikan oleh unit kos, yang dikira mengikut kos masa.
BAJET DAN STANDARD COSTING Bajet Bajet adalah merupakan satu alat dalam ilmu perakaunan yang digunakan oleh organisasi untuk membantu mereka dalam membuat perancangan, pengawalan dan juga pengurusan organisasi supaya lebih efektif dalam menggunakan sumber-sumber yang terhad, dan seterusnya dapat mencapai objektif organisasi dalam keadaan yang berterusan. Bajet organisasi perniagaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bajet operasi dan bajet kewangan. Pada bajet operasi adalah fokus kepada Penyata pendapatan dan juga jadual sokongan yang lain dalam penyediaan belanjawan. Ajinomoto sebagai organisasi pengilangan mempunyai belanjawan seperti belanjawan jualan, belanjawan pengeluaran, belanjawan pemasaran, belanjawan pengurusan dan juga penyata pendapatan. Bajet kewangan pula merujuk kepada perancangan yang menunjukkan penggunaan sumber kewangan untuk membiayai kos operasi sesebuah perniagaan. Belanjawan kewangan adalah termasuk belanjawan tunai dan juga belanjawan Imbangan duga. Kos Standard Kos Standard pula merupakan kos jangkaan, yang menjadi kos panduan kepada sesuatu pengeluaran produk atau perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai kos yang dirancang, atau kos jangkaan. Penentuan kos standard ini adalah sesuatu yang paling penting dan kritikal. Ini bertujuan menentukan organisasi sentiasa berada pada landasan yang betul dalam mencapai objektifnya.
.
Cara penggunaan teknik pengurusan akaun – Bajet Terdapat beberapa jenis bajet dibawah kategori ini, mari kita lihat satu per satu dan bagaimana AJINOMOTO menggunakan alat atau teknik pengurusan akaun ini. Bajet Jualan Kriteria yang perlu ada pada bajet jualan ini adalah bajet jualan itu sendiri, ini merupakan dasar kepada penyediaan bajet jualan. AJINOMOTO perlu membuat anggaran jualan MSG pada masa akan datang. Satu lagi criteria yang perlu ada adalah tunai yang diperolehi semasa proses jualan itu berlaku, ini kerana sudah menjadi kelaziman hutang juga perlu ada pada setiap urus niaga.
Contoh :
Jualan Unit Hasil Tunai : 60% bulan
Suku 1
Suku 2
Suku 3
Suku 4
Total
500,000 450,000
600,000 540,000
800,000 720,000
1,000,000 900,000
2,900,000 2,610,000
270,000
324,000
432,000
540,000
1,566,000
180,000
216,000
288,000
684,000
504,000
648,000
828,000
2,250,000
semasa 40 % bulan sebelum Total (RM)
270,000
Ini merupakan bajet jualan bagi AJINOMOTO pada tahun 2009, yang mana harga bagi satu paket 200g GSM adalah RM0.90. Bajet Pengeluaran ( Production Budget )
AJINNOMOTO adalah pengilangan membuat perisa makanan dan juga ada menjalankan aktiviti menjual produk mereka sendiri. Oleh itu, selepas membuat anggaran jualan seunit pada setiap suku tahunan pertama, bajet pengeluaran perlu di sediakan. Bajet pengeluaran ini akan membantu syarikat dalam menentukan tahap pengeluaran bergantung kepada permintaan semasa. Bajet ini juga dapat membantu pengurus dalam membuat kawalan terhadap tahap inventori, untuk mengelakan pembaziran. Tiada kawalan dalam tahap inventori akan menyebabkan masalah yang mana syarikat akan menanggung kos penyimpan yang tinggi. AJINOMOTO menggunakan pengekalan kepada peratusan inventori akhir adalah tetap berbanding jualan untuk masa yang seterusnya, ini adalah untuk mengelakkan masalah pengeluaran berlaku. Kerana setiap inventori akhir pada masa suku sebelumnya adalah senang untuk dikendalikan. Contoh Jualan Inventori Akhir Total Tunai : Inventori
Suku 1 500,000 5000
Suku 2 600,000 5500
Suku 3 800,000 6000
Suku 4 1,000,000 7000
Total 2,900,000 23, 500
505,000
605,000
806,000
1,007,000
2,923,000
(5000)
(5500)
(6000)
(165,000)
600,000
800,500
1,001,000
2,758,000
Awal Unit Pengeluaran
Bajet Sumber langsung
Selepas mengetahui unit pengeluaran, penyediaan kepada bajet mendapatkan sumber langsung perlu dibuat. Kriteria yang perlu diambil kira adalah unit pengeluran pada satu masa. Contoh: Sebagai contoh AJINOMOTO menggunakan ubi kayu sebagai sumber utama dalam membuat produk utamanya iaitu MSG, setiap unit pengeluaran akan memerlukan 0.1 kg, ubi kayu, dan ubi kayu ini boleh diperolehi dengan harga RM3 sekilogram. Di andaikan pembelian di bayar dengan tunai dan tidak ada urusniaga kredit. Tiada akhir atau permulaan inventori. Oleh itu bajet yang diperlukan untuk satu unit pengeluaran adalah = Rujukan pengeluaran suku tahun 1 = 500,000 x 0.1 = 50,000 kg x RM3 = RM150,000 RM 150,000 ini merupakan bajet yang diperlukan kepada pengeluaran suku tahun 1 iaitu pada pengeluaran 500,000 unit produk. Bajet ini adalah penting bagi pengurus membuat keputusan berkenaan dengan perancangan operasi dan juga keseluruhan bagi masa yang akan datang. Bajet Buruh langsung (direct labour) Bagi pembuat bajet ini, syarikat perlu ada maklumat berkenaan dengan jumlah bilangan jam bekerja dan juga kadar upah untuk satu jam bekerja. Diandaikan AJINOMOTO memerlukan 15 minit waktu bekerja (0.25 hrs) dan RM5 untuk satu jam bekerja. Oleh yang demikian : Bagi pengeluaran 500,000 unit = 500,000 x 0.25 = 125,000 jam bekerja x RM5 = RM625,000 RM 625, 000 ini adalah bajet untuk gaji buruh pada keluaran 500,000 produk. Overhead Bajet Bajet overhead ini terbahagi kepada dua iaitu tetap dan berubah . Overhead tetap adalah gaji / upah penyelia kilang, dan juga susut nilai sesebuah mesin, manakala overhead yang berubah pula adalah termasuk Buruh secara tidak langsung dan sumber yang tidak secara langsung.
Contoh: Diandaikan overhead berubah bagi AJINOMOTO adalah RM1.00 untuk setiap jam bekerja, dan overhead tetap adalah RM8000, pada setiap suku. (diandaikan susutnilai tidak dimasukkan). Oleh yang demikian: 125,000 jam bekerja x RM 1 = 125,000 + RM8000 = RM133,000 ini merupakan bajet kepada overhead bagi 125,000 jam bekerja.
Kos Standard ( Standard Costing ) Kos standard adalah kos yang telah ditentukan, ianya di kira berdasarkan tahap pengurusan yang standard dan mencapai operasi yang effisyen dengan menggunakan keperluan yang berkaitan. Kos standard ini adalah satu lagi alat atau teknik pengurusan akaun. Secara terperinci lagi kos standard ini adalah bajet kepada satu unit pengeluaran. Kos standard kepada satu unit pengeluaran itu adalah bajet pengeluaran untuk unit tersebut. Kos sebenar hanya akan diketahui apabila operasi berjalan dengan sebenar, oleh itu perbezaan yang terdapat di antara bajet dan sebenar dipanggil variasi, yang mana maklumat ini amat penting untuk pengurus untuk membuat keputusan dan sebagainya. Kos standard diwujudkan adalah berdasarkan kepada effisiensi dan juga dasar kebolehan untuk mencapai sesuatu pengeluaran itu. Penetapan kos standard sumber langsung Secara keseluruhannya apabila kita hendak membeli bahan utama pada produk kita, sudah semestilah kita ingin mencari kepada sesuatu sumber yang berkualiti, dan pada harga yang sesuai. Dua kriteria ini akan di ambil kira apabila membuat penetapan standard sumber. Pemilihan harga sumber yang sesuai perlu di buat secara perbincangan diantara semua bahagian dalam syarikat. Kerana ini merupakan keadaan paling kritikal dalam sesebuah organisasi perniagaan. Penggunaan kos standard bagi sumber ini adalah sebagai panduan kepada bajet yang telah dibincangkan di atas tadi. Ini melibatkan kadar standard yang dikenakan untuk
setiap unit pengeluaran produk. Kadar ini mungkin berbeza dengan bajet yang telah dibuat kerana bajet adalah bergantung kepada faktor-faktor lain, seperti peningkatan dan penurunan aktiviti manakala kos standard ia akan terus tetap dan tidak berubah-ubah. Ketiadaan kos standard untuk sumber langsung yang menjadi pengukur, and membawa kepada bajet yang tidak mempunyai arah. Kos standard bagi sumber langsung terbahagi kepada dua kategori iaitu kos standard sumber daripada segi harga , dan juga kos standard sumber langsung daripada aspek kuantiti. Penetapan kos standard – Buruh Langsung Kebiasaannya ini merujuk kepada penetapan kadar upah pada setiap jam bekerja, tetapi syarikat akan lebih produktif sekiranya juga menetapkan kadar standard jam bekerja bagi setiap unit. Bagi membuat penetapan jenis ini, pengurus perlu mengambil kira tentang, elaun, komisyen, kerja lebih masa dan seumpanya. Cadangan AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD masih lagi menggunakan bajet secara tetap (fixed budget), dan keadaan ini adalah kurang sesuai digunakan pada era ini, kerana kehidupan kini semakin pantas, dan banyak berlaku aktiviti-akviti yang tidak diduga akan berlaku, yang mana daripada aspek perniagaan akviti turun naik itu semakin kerap berlaku, ini mungkin disebabkan oleh factor-faktor luar yang lain. Cadangan disini adalah mereka boleh bertukar atau menambah lagi satu kaedah atau teknik dalam membuat bajet iaitu “flexible budget”. Bajet kaedah ini akan membolehkan AJINOMOTO menetapkan lebih daripada satu bajet dan ini adalah penting untuk mereka kerana kaedah ini akan dapat menyelesaikan masalah turun naik aktiviti yang berlaku masa kini.
Fixed budget adalah menjurus kepada tidak mengambil kira aktiviti-akviti yang berlaku di sekitar perniagaannya. Ini akan menjadikan bajet itu mungkin terasar jauh daripada obejktif syarikat yang sebenarnya.
RUJUKAN 1.
Oum Module, (2009), Accounting Management, meteor doc, Selangor
2.
Malaysia Accounting Standards Board MASB 2. Inventories. Kuala Lumpur: MASB.
3.
Malaysian Accounting Standards Board, MASB 3: Net profit or loss for the period, fundamental errors and changes in a Accounting policies. Kuala Lumpur: MASB.
4. Shamsul Nahar Abdullah (2000). Perakaunan pengurusan; Warren Carl S., Reeve, James M., and Fess, Phillip E., (1999). Accounting. (19th ed.). International Thompson Publishing. UUM, Sintok: Penerbit UUM.