KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PANDUAN PENG AJARAN
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN SATU
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
2016
Diusahakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan Pertama 2016 @Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Muka Surat Pendahuluan
viii
Penghargaan
ix
Maklumat Setiap Unit
xi
MODUL KEMAHIRAN Unit 1
Gimnastik Asas
1
Unit 2
Pergerakan Berirama
11
Unit 3
Kategori Serangan; Bola Sepak
19
Unit 4
Kategori Serangan; Bola Jaring
27
Unit 5
Kategori Jaring; Bola Tampar
39
Unit 6
Kategori Jaring; Badminton
45
Unit 7
Olahraga Asas
57
Unit 8
Rekreasi dan Kesenggangan
69
Unit 9
Komponen Kecergasan
75
Lampiran A
Senarai Cadangan Peralatan Pendidikan Jasmani
89
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
v
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini merupakan usaha Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan pelbagai pihak yang telahsekali menyumbang tenaga bagi membantu guru Pendidikan Jasmani terutama guru-guru masa bukandan opsyen mengajar mata pelajaran ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini, guru hendaklah merancang sendiri aktiviti p&p. Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini mengandungi 9 unit bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu. Unit-unit pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh setahun Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas kurikulum, kaedah inkuiri, dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran, dan berpengetahuan, serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri. Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
vii
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini. Antara panel yang terlibat ialah: Cik Kamariah binti Mohd Yassin En. Nawi bin Razali En. Mohd Irwan bin Miskob
Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT KURIKULUM Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Dr. Kok Lian Yee Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor Universiti Putra Malaysia, Selangor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
GIMNASTIK ASAS Tn. Syed Muhd Kamal bin S A Bakar En. Poniran bin Salamon Pn. Maizan binti Alias En. Mohd Irwan bin Miskob
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor SMK Taman Ehsan, Selangor Bahagian Pembangunan Kurikulum
PERGERAKAN BERIRAMA Pn. Kok Mong Lin En. Fakhri bin Mohd Nor Cik Norlizan Kismawati binti Ismail
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SK Bangsar, Kuala Lumpur SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
KEMAHIRAN KATEGORI SERANGAN Bola Sepak En. Ghazali bin Sulong En. Azhar bin Ariffin En. Mohd Isnizam bin Mahamud En. Azulhaimi bin Ahmad Tn. Hj. Abdul Razak bin Sulaiman En. Rosly bin Yusoff
SMK Cabang Empat, Kelantan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang SMK Seksyen 11, Selangor IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan SMK Seri Indah, Selangor SMK Abdul Rahim, Sabah
Bola Jaring
Cik Noorrul Afniza binti Ahmad Jamaludin SSN SMK Seri Kota, Melaka
Cik Saidatul Erni binti Saiful Bahari Pn. Nurhidayah binti Mustafar Cik Azizah binti Md Amin
SMK Sultan Abdul Aziz Shah SMK Tunku Ampuan Naji Hah, Negeri Sembilan IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
ix
KEMAHIRAN KATEGORI JARING Bola Tampar En. Zool Hilmi bin Abu Bakar En. Mohd Hafizi bin Mohd Bahawi En. Ahmad Rodzli bin Hashim En. Adib bin Sulaiman
SMK Tengku Lela Segara, Terengganu SMK Seksyen 1, Selangor IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor
Badminton En. Shamsul Bahri bin Ismail En. Azulhaimi bin Ahmad En. Lim Teng Hooi En. Kua Eh Jun
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan SMK Seri Desa, Selangor SMK Penambang, Kelantan
REKREASI DAN KESENGGANGAN En. Ahmad Shaker bin Abdul Majeed En. Othman bin Che Man Pn. Jasmin binti Julaihi En. Wan Adzlean Shah bin Wan Abdullah
SMK Ayer Hangat, Langkawi IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang SMK Taman Selayang, Selangor SMkK Zainab 2, Kelantan
OLAHRAGA ASAS En. Chia Chiow Ming En. Gopal A/L Raman En. Shankaralingam A/L Ramalingam En. Abdul Razak bin Sulaiman
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SMK Puchong Permai, Selangor SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur SMK Seri Indah, Selangor
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KECERGASAN En. Chia Chiow Ming En. Gopal A/L Raman En. Shankaralingam A/L Ramalingam En. Abdul Razak bin Sulaiman En. Noorhidayat bin Mat Rahim En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin ILUSTRATOR En. Mohammed Syahrir bin Talib En. Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul Ariffin En. Suhaimi bin Isa En. Mohd Noor Idham bin Musa
IPG Kampus Ilmu Khas SMK Puchong Permai, Selangor SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur SMK Seri Indah, Selangor SMK Abdullah Munshi Pulau Pinang Bahagian Pembangunan Kurikulum
SMK USJ 13, Selangor SMK Taman Desaminium, Selangor SK Tengkera 1, Melaka SK Danau Kota, Selangor
x
Tajuk dan cadangan masa setiap modul
Huraian modul secara keseluruhan kemahiran yang hendak dicapai dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).
Standard kandungan dan standard pembelajaran (SP) dalam setiap modul.
Cadangan soalan-soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep, dan perbahasan. Cadangan Strategi p&p yang dipilih berdasarkan kesesuaian kemahiran yang diajar. Cadangan aktiviti mencapai SP; perlu dilakukan seperti berikut: 1. Memanaskan badan 2. Penyampaian SP 3. Permainan Kecil atau persembahan 4. Menyejukkan badan.
Cadangan pentaksiran formatif di setiap modul.
Cadangan pentaksiran sumatif di setiap modul.
xi
xii
Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh mengintegrasikan konsep putaran, imbangan, dan kawalan badan dalam aktiviti dengan efisien. Murid juga boleh berinteraksi dalam kumpulan bagi mereka cipta rutin pergerakan yang mempunyai nilai estetika dan mempersembahkan hasil idea kreatif mereka dengan yakin, seronok, dan berekspresi di dalam ruang pergerakan yang selamat.
Mari Melantun (1 jam) 1.1.1 Melakukan kemahiran lantunan menggunakan pelbagai bahagian badan di atas trampolin dan berhenti dengan selamat. 2.1.1 Menyatakan postur badan yang sesuai untuk mengekalkan kawalan badan semasa layangan. 5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
Mari Beraksi (2 jam) 1.1.2 Membuat bentuk badan tuck, pike, dan straddle semasa layangan di atas trampolin. 1.1.3 Melakukan pelbagai putaran semasa melakukan layangan di atas trampolin. 2.1.2 Menerangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi. 2.1.3 Mengenal pasti ketinggian layangan yang sesuai untuk melakukan putaran dan bentuk badan di atas trampolin. 5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti dalam pelbagai situasi. 5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.
1
Persembahan Trampolin (3 jam) 1.1.4 1.1.5 2.1.4 5.3.4 5.4.2
Mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan, putaran, dan bentuk badan di atas trampolin. Melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta. Mengenal pasti gabungan kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran yang sesuai digunakan semasa mereka cipta rutin pergerakan di atas trampolin. Mengenal pasti dan menentukan peranan setiap ahli semasa melakukan aktiviti fizikal. Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.
Berdasarkan Fakta 1. Apakah cara untuk memberhentikan lantunan di atas trampolin? 2. Apakah bahagian tubuh badan yang digunakan sewaktu melakukan lantunan? 3. Apakah bentuk badan yang dapat dihasilkan semasa melakukan lantunan di atas trampolin?
Berdasarkan Konsep 1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi. 2. Bagaimanakah menghasilkan daya lantunan yang tinggi di atas trampolin? 3. Mengapakah kawalan badan penting semasa melakukan pendaratan di atas trampolin? 4. Bagaimanakah faktor daya dapat mempengaruhi putaran? 5. Bandingkan antara bentuk-bentuk badan di udara semasa melakukan aksi-aksi?
2
Berdasarkan Perbahasan 1.
Bincangkan cara untuk menghasilkan putaran yang mempunyai nilai estetika.
2.
Bagaimanakah anatomi trampolin dapat memberikan kesan terhadap lakuan lantunan?
3.
Bagaimanakah cara menghasilkan pergerakan yang berestetika semasa melakukan aktiviti di atas trampolin?
4.
Bincangkan penambahbaikan rutin pergerakan yang telah direka cipta berkaitan dengan aktiviti lantunan dan layangan?
1.
Guru menunjuk cara atau mempamerkan video pelbagai bentuk lantunan di atas trampolin. Guru membimbing murid mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis trampolin.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Murid meniru pelbagai bentuk lantunan di atas trampolin. Guru merangsang murid menyatakan konsep daya dalam melakukan lantunan, putaran, dan kawalan badan. Guru membimbing murid untuk mencipta berbagai bentuk pergerakan seperti tuck, pike, dan straddle. Guru membimbing murid melakukan berbagai jenis putaran semasa layangan di atas trampolin. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing untuk menghasilkan daya lantunan yang tinggi. Murid meneroka pergerakan badan yang sesuai untuk menghasilkan ketinggian layangan. Murid dalam kumpulan mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan, putaran, dan bentuk badan di atas trampolin. Murid melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta. Murid melakukan persembahan rutin pergerakan yang dicipta di atas trampolin. Guru membimbing murid memberi penghargaan terhadap rakan yang berjaya melakukan aktiviti. Guru membimbing murid membuat refleksi bagi menambahbaik persembahan rutin pergerakan di atas trampolin.
3
Aktiviti 1: Mari Melantun Murid duduk di atas trampolin. Punggung dan tapak tangan menyentuh permukaan trampolin. Murid melantunkan badan dan cuba untuk berhenti. Ulang beberapa kali. Ulang aktiviti melantun dengan pelbagai bahagian badan seperti kaki, lutut, abdomen, dan belakang badan.
Aktiviti 2: Mari Beraksi
Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil. Setiap murid dalam kumpulan berdiri di atas kerusi secara bergilir-gilir untuk melakukan aktiviti. Setiap murid akan melakukan layangan dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran, dan mendarat di atas tilam mengikut giliran.
:
Murid
: Kerusi : Tilam
4
Aktiviti 3: Aksi Layangan
Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil. Secara bergilir-gilir melompat dari atas kerusi ke trampolin dan membuat layangan dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran, dan mendarat ke atas tilam mengikut giliran.
Langkah Keselamatan 1. Guru sentiasa berada di sisi murid semasa melakukan aktiviti. 2. Pastikan peralatan yang digunakan selamat.
Aktiviti 4: Aksi Trampolin Murid melakukan aktiviti secara individu. Melakukan rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan dan layangan dengan membuat pelbagai bentuk badan seperti tuck, straddle, pike, dan putaran secara berterusan sebelum mendarat dengan selamat di atas trampolin.
5
Aktiviti 5: Tiru Ga ya Saya 1. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil. 2. Murid pertama akan melakukan satu aksi di atas trampolin. 3. Murid kedua akan mengulang aksi pelaku yang pertama dan melakukan satu aksi tambahan. 4. Aktiviti diteruskan dengan setiap murid mengulang aktiviti 3 dan aktiviti diberhentikan sekiranya murid gagal mengikut aksi-aksi pelaku yang sebelumnya dengan betul.
Aktiviti 6: Persembahan 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Merancang satu rutin pergerakan dengan iringan muzik yang sesuai. 3. Mempersembahkan rutin pergerakan mengikut kumpulan. 4. Kumpulan lain membuat penilaian berdasarkan borang penilaian yang disediakan oleh guru.
6
BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan mereka cipta satu rutin pergerakan yang mengandungi kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran menggunakan trampolin. 3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rutin pergerakan yang direka cipta. 4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Borang Penilaian Nama Kumpulan: ____________________________
Cemerlang
Sederhana
Pemulihan
(8-10 markah)
(4-7 markah)
(1-3 markah)
Rutin pergerakan sangat lancar.
/3
Melibatkan 3 variasi bentuk badan dan putaran dalam kemahiran lantunan.
Pergerakan yang sangat seragam dengan muzik. /3
/2
/3
Rutin pergerakan lancar.
Melibatkan 2 variasi bentuk badan dan putaran yang sederhana dalam kemahiran lantunan.
/1
/2
Pergerakan yang seragam dengan muzik. /2 JUMLAH
/9
7
Rutin pergerakan yang kurang lancar.
Melibatkan 1 variasi bentuk badan dan putaran dalam kemahiran lantunan.
/1
Pergerakan yang kurang seragam dengan muzik. /1
PENILAIAN FORMATIF BORANG PENILAIAN AKTIVITI MURID PENILAIAN 1 Aktiviti Bil 1
Nama Huzaimi
Tuck
Pike
√
√
Stradle
√X
Pusingan 180º
Pusingan 360º
X
Penilaian
3/5
2 3 4 5 6 7
/5 /5 /5 /5 /5 /5
PENILAIAN 2 Bil
Nama
Bukaan kaki di atas trampolin
Ketegangan badan
Ayunan tangan
SOALAN LISAN 1. Bagaimanakah daya membantu dalam menghasilkan lantunan, putaran, dan layangan? 2. Terangkan lakuan yang boleh meningkatkan ketinggian lantunan?
8
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menyatakan maksud istilah-istilah gimnastik yang digunakan. 2. Merancang dan mereka cipta rutin pergerakan yang melibatkan lantunan, bentuk badan, dan putaran yang sesuai. 3. Melakukan ujian amali persembahan berdasarkan rutin pergerakan yang telah direka cipta.
9
10
Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasi konsep pergerakan bagi mereka cipta rutin pergerakan mengikut muzik yang didengar. Murid juga boleh mempersembah pergerakan berestetika yang melibatkan langkah-langkah dalam tarian rakyat di Malaysia seperti joget dan sumazau. Menerusi bidang ini juga murid mendapat pendedahan tentang warisan budaya masyarakat di Malaysia.
Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam) 1.2.1 2.1.1 5.2.1 5.3.2
Melakukan langkah dalam tarian joget dan sumazau mengikut muzik yang didengar. Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan konsep pergerakan yang digunakan dalam tarian joget dan sumazau. Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
Mereka Cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan (3 jam) 1.2.2 2.2.2 5.1.1 5.4.1
Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah joget dan sumazau serta mempersembahkan mengikut muzik. Menjelaskan perkaitan antara konsep pergerakan dengan nilai estetika berdasarkan rutin pergerakan tarian yang direka cipta. Bersedia dari segi pakaian, peralatan, dan kawasan yang selamat dan sesuai. Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan aktiviti fizikal dalam kumpulan.
11
Berdasarkan Fakta 1. Apakah jenis-jenis pergerakan yang terlibat dalam tarian joget dan sumazau? 2. Apakah konsep pergerakan yang terdapat dalam kesedaran ruang semasa mencipta rutin pergerakan? 3. Apakah langkah-langkah tarian yang terlibat? 4. Apakah asal usul tarian joget dan sumazau? 5. Apakah konsep pergerakan yang melibatkan kualiti pergerakan? 6. Apakah formasi pergerakan dalam mencipta rutin pergerakan?
Berdasarkan Konsep 1. Bagaimana konsep pergerakan dapat menyumbang kepada nilai estetika dalam rutin pergerakan? 2. Bagaimana mencipta rutin pergerakan dengan menggunakan konsep pergerakan? 3. Bagaimana anda membuat pemilihan muzik yang sesuai untuk rutin pergerakan? 4. Bagaimana anda menganalisis dan menilai rutin pergerakan yang kreatif? 5. Apakah prosedur yang paling berkesan semasa mencipta rutin pergerakan? 6. Bagaimana kualiti konsep pergerakan terlibat semasa mencipta rutin pergerakan? 7. Bagaimana hubungan dalam konsep pergerakan boleh diintegrasikan dalam mencipta rutin pergerakan? 8. Apakah perbezaan antara kesedaran tubuh dan kesedaran ruang dalam mencipta rutin pergerakan?
Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan tahap kecergasan? 2. Bagaimana kita boleh mencipta rutin pergerakan yang menarik? 3. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta rutin pergerakan? 4. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan kemahiran interpersonal seseorang? 5. Mengapa penghargaan estetika sangat penting dalam rutin pergerakan? 6. Bagaimana anda menjana idea dalam merancang rutin pergerakan? 7. Apakah sumbangan muzik dalam mereka cipta rutin secara estetika? 8. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu?
12
1. 2. 3. 4.
Guru menunjuk ajar langkah-langkah tarian joget dan tarian sumazau tanpa muzik dan mengikut muzik. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian joget dan tarian sumazau tanpa muzik dan mengikut muzik. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian joget dan sumazau. Guru menggunakan muzik rentak joget dan sumazau yang bersesuaian untuk
mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan tarian rakyat. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta rutin pergerakan serta muzik dan prop yang sesuai yang akan digunakan dalam persembahan. 6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam rutin pergerakan. 7. Murid mencuba jaya rutin pergerakan serta muzik dan prop yang dipilih. 8. Murid mendokumenkan rutin pergerakan yang dipilih menggunakan pelan persembahan. 9. Murid membuat persembahan dan akan dinilai oleh kumpulan lain menggunakan senarai semak. 10. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi maklum balas. 11. Guru mengambil kira penggunaan visual, audio atau kinestetik dalam persembahan murid. 5.
13
1. Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam) A) Langkah-langkah Asas Joget: Langkah Setempat Langkah ‘Toe-Touch’ setempat.
Langkah Maju Undur Langkah ‘Toe-Touch’ maju ke hadapan dan undur.
Langkah Empat Penjuru Langkah ‘Toe-Touch’ mengikut arah jam ke keempat-empat penjuru. Balas ke arah lawan jam.
Langkah Terancang Setempat Langkah ‘Heel–Toe’ kaki kanan ke arah 45° 2 kali. Langkah ‘Heel-Toe’ kaki kiri ke arah 45° 2 kali.
Langkah Terancang Lompat Sama dengan Terancang Setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan dengan melompat sebelah kaki setempat.
Langkah Kunang-kunang Mabuk Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, menyilang kaki kiri di belakang kaki kanan. Kaki kanan dibuka ke sisi. Pusing badan 90° ke arah ikut jam, meletak kaki kiri di sisi. Silangkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Membuka dan meletak kaki kiri di sisi dan pusing 360° lawan jam dengan membuka kaki kiri di sisi. Ulang ragam yang sama sekali lagi.
14
B) Asas Tarian Joget Malaysia 1. Pengenalan: Tepuk tangan setempat. 2. Langkah Asas Setempat. 3. Langkah Empat Penjuru. 4. Langkah Maju. 5. Langkah Undur. 6. Langkah Maju. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.
Langkah Undur. Langkah Terancang Setempat. Ulang langkah Terancang Setempat sekali. Ulang lakuan (2) hingga (9). Langkah Kunang-kunang Mabuk. Langkah Terancang Setempat. Ulang langkah Terancang Setempat Sekali. Langkah Terancang Lompat. Ulang Langkah Terancang Lompat Sekali. Tamat dengan Pose Sendiri.
Kiraan 4 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 1 x 8 Kiraan 1 x 8 Kiraan 1 x 8 Kiraan 1 x 6 Kiraan 2 x 8 Kiraan 1 x 4 Kiraan 2 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 1 x 4 Kiraan 4 x 8 Kiraan 1 x 4
C) Langkah-langkah Asas Sumazau: Langkah Tumindak Berat badan di kaki kiri, kaki kanan difleksi, dan mengenjut berterusan. Langkah Kumizod Kaki kanan menapak ke kanan sambil diseretkan kaki kiri ke sisi kanan. Tumit kaki kanan dijengkitkan. Ulang ke sebelah kiri. Langkah Mengambai Kaki seperti Langkah Tumindak. Tangan lelaki didepang pada aras bahu dan digenggam, manakala tapak tangan perempuan dibuka menghala ke depan.
15
D) Asas Tarian Sumazau 1. Murid dalam kumpulan kecil menghadap ke depan. 2. Pengenalan: Mengenjut kaki setempat. 3. Langkah Tumindak setempat. 4. Langkah Kumizod maju. 5. Langkah Kumizod undur. 6. Ulang lakuan (4) dan (5). 7. Langkah Kumizod membentuk bulatan. 8. Langkah Mengambai sambil membentuk dua barisan menyerong. 9. Langkah Mengambai menjadi satu barisan dan bertukar tempat. 10.Ulang lakuan (9) dan balik ke tempat asal. 11.Langkah Mengambai setempat. 12.Tamat dengan pose penamat.
Kiraan 4 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 4 x 8 Kiraan 6 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 4 x 8 Kiraan 2 x 8 Kiraan 1 x 8
2. Mereka cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan Mereka cipta dan mempersembahkan tarian joget dan sumazau: a. b. c. d.
Dalam kumpulan kecil, ciptalagu satu rutin menggunakan langkah-langkah asas joget mereka berdasarkan rentak jogettarian dan rentak sumazau yang dipilih sendiri. Berbincang tentang konsep pergerakan yang akan digunakan. Memilih prop dan pakaian yang sesuai. Menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin pergerakan. Mempersembahkan rutin tarian joget dan tarian sumazau yang direka cipta mengikut kumpulan. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak.
16
SENARAI SEMAK PERSEMBAHAN KUMPULAN TARIAN JOGET ATAU SUMAZAU Kenal pasti dan nyatakan aspek-aspek yang ditetapkan dalam jadual berikut berdasarkan persembahan kumpulan. Kumpulan K1
Aspek
K2
K3
K4
Jenis Lokomotor Jenis Bukan Lokomotor Langkah Joget atau Sumazau Arah Laluan atau Formasi Pelan Lantai Pakaian atau Prop Kesesuaian Muzik
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Nilai Estetika Maklum Balas dan Cadangan
1. Mengenal pasti langkah dalam rutin pergerakan secara lisan. 2. Menyenaraikan nama setiap langkah dalam rutin pergerakan secara bertulis. 3. Mengenal pasti konsep pergerakan yang terlibat semasa melakukan tarian rakyat, dan semasa mereka cipta rangkaian pergerakan. 4. Memilih muzik, prop, dan pakaian yang sesuai semasa mereka cipta rangkaian pergerakan. 5. Mengenal pasti elemen estetika yang menyumbang kepada rangkaian pergerakan yang kreatif dan estetik. 6. Mengenal pasti perbezaan budaya dan implikasinya semasa melakukan tarian rakyat dan mereka cipta rangkai pergerakan yang berunsurkan tarian rakyat.
17
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam rutin pergerakan dan pemilihan langkah-langkah semasa mencipta pergerakan tarian rakyat. 2. Mereka cipta langkah tarian rakyat yang mudah, berestetika melalui penerokaan pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan di dalam peruntukan masa yang diberi. 3. Membuat persembahan tarian rakyat berestetika dalam kumpulan kecil menggunakan muzik, prop dan pakaian yang sesuai. 4. Menilai sendiri dan merumuskannya untuk memperbaiki dan mentaksir persembahan rakan menggunakan senarai semak.
18
5 JAM
Menerusi modul pengajaran bola sepak, murid boleh mengaplikasi prinsip mekanik dan konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bola sepak. Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
Kemahiran Hantar dan Serkap Bola (2 jam) 1.3.1 Melakukan kemahiran menghantar bola secara leret dan lambung dalam situasi permainan. 1.3.2 Melakukan kemahiran menyerkap bola leret dan bola tinggi dalam situasi permainan. 2.3.1 Memerihalkan penggunaan daya semasa melakukan kemahiran menghantar bola. 2.3.2 Mengenal pasti mekanik lakuan untuk menyerkap bola leret dan bola tinggi serta menangkap bola dalam situasi permainan. 5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Kemahiran Menanduk (1 jam) 1.3.3 Melakukan kemahiran menanduk bola ke pelbagai arah dan aras dalam situasi menghantar, bertahan dan menjaring. 2.3.3 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran menanduk dalam permainan. 5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu. 5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.
19
Kemahiran Mengelecek dan Takel (1 jam) 1.3.4
Melakukan kemahiran mengelecek bola dalam situasi permainan.
1.3.5
Melakukan kemahiran takel depan dan takel sisi dalam situasi permainan.
2.3.4
Menerangkan cara mengawal bola semasa mengelecek untuk melepasi lawan.
2.3.5
Mengenal pasti kemahiran takel yang sesuai digunakan dalam situasi permainan.
5.2.1
Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.3.3
Memberi penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan .
Kemahiran Menjaring dan Menjaga Gawang (1 jam)
1.3.6
Melakukan pelbagai kemahiran menjaring dengan menggunakan tendangan leret, tendangan lambung, dan menanduk dalam situasi permainan.
1.3.7
Melakukan kemahiran menjaga gawang dengan cara menangkap, menepis, menumbuk, dan menutup ruang yang melibatkan pelbagai arah dan aras dalam situasi permainan.
2.3.6
Menegenal pasti kemahiran menjaring yang sesuai untuk dilakukan dalam situasi permainan.
2.3.7
Mengenal pasti kemahiran menjaga gawang yang sesuai digunakan dalam situasi permainan.
5.3.2
Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
5.4.2
Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.
20
Berdasarkan Fakta 1. 2. 3. 4.
Apakah kemahiran asas dalam permainan bola sepak? Nyatakan posisi pemain dalam permainan bola sepak? Apakah fungsi pemain posisi pertahanan? Apakah shielding?
5. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol dalam permainan bola sepak.
Berdasarkan Konsep 1. 2. 3. 4. 5.
Bagaimana mewujudkan ruang semasa bermain bola sepak? Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan? Bagaimana situasi bertahan boleh bertukar kepada situasi menyerang? Mengapakah faktor ketinggian penting bagi seorang penjaga gol bola sepak? Apakah perkaitan antara kestabilan dengan pemindahan pusat graviti semasa mengelecek?
6. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran? 7. Apakah perbezaan titik kontak bola semasa melakukan hantaran leret dan hantaran lambung?
Berdasarkan Perbahasan 1. Mengapa menyerang itu adalah pertahanan yang terbaik? 2. Bincangkan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan bola sepak?
21
1. Murid membuat perbincangan berkaitan kemahiran asas bola sepak yang digunakan dalam situasi menyerang dan bertahan. 2. Murid mencari bahan berkaitan kemahiran asas bola sepak dari pelbagai sumber dan menyediakan bahan untuk pembentangan. 3. Murid membuat pembentangan berkaitan kemahiran asas bola sepak dengan menggunakan media cetak dan media elektronik. 4. Murid membuat demonstrasi kemahiran asas bola sepak. 5. Murid menyediakan senarai semak tentang lakuan kemahiran asas bola sepak. 6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola sepak yang telah dilaksanakan.
Aktiviti 1: Kemahiran Hantaran dan Serkap Bola gawang
1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Bermain dalam situasi permainan dengan empat gawang di penjuru padang. 3. Pemain dikehendaki membuat sekurang-kurangnya tiga hantaran sebelum melakukan jaringan. 4. Penyerang boleh menjaringkan mana-mana dua gawang di bahagian pihak lawan. 5. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan serangan. 6. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
22
Aktiviti 2: Kemahiran Menanduk 1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Pasukan menyerang atau bertahan dibenarkan menggunakan pelbagai kemahiran hantaran dalam permainan. 3. Jaringan mesti dilakukan dengan menggunakan kemahiran menanduk melepasi garisan gol pasukan lawan. gelung
Garisan gol
Aktiviti 3: Kemahiran Mengelecek dan Takel 1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Pasukan menyerang dan bertahan dibenarkan menggunakan semua kemahiran yang dipelajari. 3. Pemain mesti mengelecek melepasi sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan atau membuat jaringan. 4. Pemain pertahanan boleh menggunakan kemahiran takel untuk merampas bola pasukan lawan. 5. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
23
Aktiviti 4: Kemahiran Menjaring dan Kemahiran Menjaga Gawang
1. Murid dalam tiga kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang. 2. Kumpulan A lawan kumpulan B, dan kumpulan C sebagai penjaga gawang. 3. Seterusnya kumpulan B lawan kumpulan C, dan kumpulan A menjaga gawang dan akhirnya kumpulan C lawan kumpulan A, dan kumpulan B sebagai penjaga gawang. 4. Pemain menyerang akan melakukan cubaan menjaring dengan pelbagai variasi tendangan dan tandukan pada kedudukan dan sudut jaringan berbeza. 5. Pasukan yang memperoleh perbezaan jaringan dan bolos yang tertinggi dikira sebagai pemenang.
gawang
24
SENARAI SEMAK
Arahan: Tandakan (√) pada ruang yang disediakan berkaitan kemahiran hantaran. Bil
Nama
Hantaran Leret kontak bola
kedudukan kaki sokongan
ikut lajak
Hantaran Lambung kontak bola
kedudukan kaki sokongan
ikut lajak
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menjelaskan secara lisan kemahiran asas bola sepak. 2. Melakukan ujian kemahiran asas bola sepak dalam situasi permainan bertahan dan menyerang berdasarkan senarai semak. 3. Menganalisis data dan melaporkan prestasi pencapaian ujian kemahiran asas menyerang dan bertahan menggunakan buku log.
25
26
Menerusi modul pengajaran bola jaring, murid boleh mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam situasi permainan. Murid juga boleh membuat pilihan terhadap kemahiran yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
Menghantar dan Menerima (2 jam) 1.4.1 1.4.2 2.4.1 2.4.2 2.4.3 5.1.3 5.2.1
Melakukan kemahiran menghantar bola aras dada, aras bahu, atas kepala, lantun sisi, dan lob ke pelbagai arah dalam situasi permainan. Melakukan kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan dan sebelah tangan dari pelbagai arah dan aras dalam situasi permainan. Menerangkan penggunaan daya semasa menghantar dan menjaring bola. Mengenal pasti kemahiran menghantar bola yang sesuai digunakan mengikut situasi permainan. Menjelaskan mekanik lakuan yang betul semasa menerima bola dari pelbagai arah dan aras. Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Gerak Kaki (1 jam) 1.4.3
2.4.4 2.4.5 5.2.2 5.2.4
Melakukan kemahiran gerak kaki dengan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki; sebelah kaki dan 1 ½ langkah setelah menangkap bola dalam situasi permainan. Mengenal pasti kaki yang akan melangkah selepas mendarat sebelum menghantar bola. Memerihal peranan pivot dalam kemahiran gerak kaki. Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan. Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
27
Menjaring (1 jam) 1.4.4 Melakukan kemahiran menjaring secara statik dan menjaring gerak selangkah dari pelbagai jarak dalam situasi permainan. 2.4.6 Menjelaskan kemahiran menjaring yang sesuai digunakan berdasarkan situasi permainan. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
Mengadang dan Mengacah (1 jam) 1.4.5 Melakukan kemahiran mengadang dari posisi belakang, posisi sisi dan posisi depan dalam situasi permainan. 1.4.6 Melakukan kemahiran mengacah dengan dodge dalam situasi permainan. 2.4.7 Mengenal pasti kemahiran mengadang yang sesuai digunakan berdasarkan situasi permainan. 2.4.8 Menerangkan cara melakukan kemahiran mengacah yang sesuai digunakan berdasarkan situasi permainan. 5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan aktiviti fizikal dalam kumpulan. 5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.
28
Berdasarkan Fakta 1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola jaring? 2. Apakah peranan pemain di setiap posisi dalam permainan bola jaring? 3. Apakah peraturan untuk mengadang bola dan pemain? 4. Apakah jenis hantaran dalam permainan bola jaring? 5. Apakah kepentingan kemahiran pivot dalam permainan bola jaring? 6. Apakah kepentingan serapan daya semasa melakukan kemahiran menerima bola?
Berdasarkan Konsep 1. Apakah perbezaan penggunaan daya antara lakuan jaringan jarak dekat dengan lakuan jaringan jarak jauh? 2. Bagaimana menjaring apabila berhadapan dengan pertahanan yang tinggi? 3. Bilakah situasi yang sesuai untuk menggunakan 1 ½ langkah? 4. Apakah perbezaan mekanik lakuan antara menjaring menggunakan satu tangan dengan menjaring menggunakan dua tangan? 5. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran? 6. Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan?
Berdasarkan Perbahasan 1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras. 2. Bagaimanakah anda menentukan hantaran yang sesuai kepada rakan sepasukan pada jarak yang berbeza dengan adangan pemain lawan? 3. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan? 4. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain yang akan menerima bola untuk melepasi halangan pihak lawan? 5. Apakah kelebihan penggunaan 1 ½ langkah dalam permainan bola jaring ?
29
1. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang dan bertahan dalam kumpulan. 2. Murid menjalani pembelajaran koperatif dengan mencari bahan mengenai kemahiran asas bola jaring dari pelbagai sumber dan menyediakan dapatan bahan untuk digunakan dalam pembentangan seperti power point, gallery walk, dan persembahan video. 3. Murid yang mendengar pembentangan akan membuat sumbang saran dan catatan. 4. Guru merancang sesi pembelajaran yang melibatkan penggunaan kemahiran asas semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. 5. Murid melakukan kemahiran asas dalam situasi permainan yang melibatkan permainan modifikasi. 6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola jaring yang telah dilaksanakan.
30
Aktiviti 1: Serang dan Tawan
1. 2. 3.
4. 5.
Murid dalam kumpulan kecil bertiga (kumpulan A dan B). Kumpulan A memulakan permainan dari kawasan gol. Kumpulan A menyerang dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran bola kepada ahli pasukan sehingga bola berjaya disentuh di kawasan gol B. Manakala kumpulan B bertahan dan cuba mendapatkan bola. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan serangan. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Nota guru: Jangka masa permainan selama lima minit. Permainan ini boleh diubah suai mengikut bilangan murid.
31
Aktiviti 2: Jangan Sentuh
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Pemain A dan B akan memulakan permainan dengan menghantar bola antara satu sama lain. 3. Semasa menghantar bola di antara mereka berdua, pemain A dan B juga perlu mengejar mana-mana pemain lain sehingga bola yang dipegang menyentuh pemain yang dikejar. 4. Pemain yang telah disentuh akan bergabung dengan pemain A dan B untuk meneruskan permainan. 5. Permainan diteruskan sehingga semua pemain disentuh dengan bola. Nota guru: Kemahiran gerak kaki perlu ditekankan. Peraturan gerak kaki dalam permainan bola jaring perlu dipatuhi.
32
Aktiviti 3: 3 Lawan 3
1. 2. 3. 4.
Murid dalam kumpulan kecil bertiga. Pemain perlu berada di kedudukan asal permainan seperti dalam rajah. Pemainan dimulakan di kawasan 1 secara bergilir-gilir. Setiap pasukan perlu melakukan sekurang-kurangnya dua hantaran sebelum bola sampai ke dalam bulatan gol.
5. Hanya pemain sahaja bagi setiap pasukan dibenarkan berada di dalam bulatanseorang gol. 6. Pasukan yang menerima bola di kawasan gol diberi satu mata. 7. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
33
Aktiviti 4: Serang dan Adang
1. 2. 3. 4.
Dalam kumpulan kecil seramai empat orang sepasukan. Kumpulan terdiri daripada pasukan A, B, C, dan D. Pasukan A (menyerang) akan memulakan permainan dengan seorang sahaja berada di garisan mula. Manakala yang lain sudah berada di kawasan 1. Pasukan B, C dan D perlu berada di kawasan 1, 2, dan 3 sebagai pengadang.
5.
Pasukan A perlu membuat hantaran melalui ketiga-tiga kawasan sehingga melepasi garisan penamat. Sekiranya bola dapat dirampas oleh pihak pengadang sebelum sampai garisan penamat, pasukan A perlu memulakan permainan semula (hanya tiga kali ulangan sahaja). 7. Pemainan diteruskan dengan pasukan lain menjadi penyerang. 6.
34
Semak kendiri pencapaian kemahiran menjaring. Nama: ____________________________________ Kelas: ____________ Tarikh: _____________
Kemahiran: Menjaring
Arahan: Semak lakuan rakan bagi kemahiran menjaring. Tandakan (√) pada ruang sesuai. LAKUAN
YA
Badan dalam kedudukan seimbang Mata fokus pada hadapan gelung gol Pergelangan tangan dan siku perlu selari dengan tiang Lutut fleksi Flick bola dengan hujung jari
Jari dan pergelangan tangan ikut lajak
35
TIDAK
CATATAN
Analisis Kemahiran
Analisis pergerakan dalam situasi permainan.
Nama Penilai: ____________________________________________________
Arahan: Tandakan (X) pada setiap kesalahan menghantar dan menerima bola yang dilakukan oleh pemain mengikut setiap posisi. Kesalahan semasa menghantar bola
Kesalahan semasa menerima bola
Bola tidak sampai.
Gagal menangkap bola.
Bola keluar kawasan atau gelanggang.
Drop ball.
Bola dirampas atau ditepis oleh pihak lawan.
Posisi Pemain
KEMAHIRAN YANG DINILAI Menghantar bola Menerima bola
GS GA WA C WD GD GK
36
Catatan
Nama: ____________________________________
Kelas: ____________
Tarikh: _____________
Jawab soalan di bawah:
1. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
2. Rakan kamu di X hendak membuat hantaran kepada kamu yang berada di Y. Tandakan dua arah larian yang boleh kamu lakukan untuk menerima bola. Jelaskan mengapa kamu memilih untuk berlari ke arah tersebut?
37
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Membuat pembentangan mengenai kemahiran yang terdapat dalam permainan bola jaring dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai digunakan mengikut situasi dalam permainan. 2. Melakukan ujian kemahiran bola jaring menerusi situasi permainan yang melibatkan kemahiran asas dalam bola jaring. 3. Penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan bertahan.
38
5 JAM
Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga mengadaptasi kemahiran bola tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan berdasarkan situasi permainan mengikut posisi pemain.
Kemahiran Servis (2 jam) 1.5.3 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan. 2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga, mengumpan, servis, dan merejam. 2.5.2 Memerihal mekanik lakuan semasa menyangga, mengumpan, servis, dan merejam. 5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan, dan kawasan yang selamat dan sesuai. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Kemahiran Bertahan (1 jam) 1.5.1 Melakukan kemahiran menyangga bola semasa menghantar dan menerima mengikut situasi permainan. 1.5.5 Melakukan kemahiran mengadang bola dalam situasi permainan. 2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga, mengumpan, servis, dan merejam. 2.5.4 Menerangkan faktor-faktor yang membantu rejaman yang berkesan. 2.5.6 Menjelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang. 5.3.4 Mengenal pasti dan menentukan peranan setiap ahli semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.
39
Kemahiran Menyerang (2 jam) 1.5.2 Melakukan kemahiran mengumpan bola semasa menghantar dan menerima mengikut situasi permainan. 1.5.4 Melakukan kemahiran merejam bola dalam situasi permainan. 2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga, mengumpan, servis, dan merejam. 2.5.3 Mengenal pasti pilihan servis yang sesuai digunakan dalam situasi permainan. 2.5.5 Menjelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang. 5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Berdasarkan Fakta 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Apakah kemahiran asas dalam bola tampar? Apakah kemahiran yang sesuai semasa menyerang? Apakah kemahiran yang sesuai semasa bertahan? Bagaimana postur badan kamu ketika menyangga? Bagaimana postur badan kamu ketika mengumpan? Manakah posisi yang sesuai untuk menerima servis atas dan servis bawah?
Berdasarkan Konsep 1. Bincangkan sistem tuas yang terlibat semasa menyangga. 2. Apakah perbezaan antara servis atas dengan servis bawah?
Berdasarkan Perbahasan 1. 2. 3.
Bincangkan pemasaan yang sesuai digunakan dalam kemahiran mengadang. Bincangkan kemahiran adang yang sesuai untuk mengadang rejaman dari pihak lawan? Bagaimana cara pemain penyerang mengelak dari diadang oleh pihak lawan ketika melakukan rejaman?
40
1. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang dan bertahan dalam kumpulan. 2. Murid mendapatkan maklumat mengenai kemahiran asas bola tampar dari pelbagai sumber. 3. Guru membimbing murid melakukan kemahiran bola tampar semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. 4. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola tampar dalam situasi menyerang dan bertahan. 5. Guru membimbing murid membuat refleksi berkaitan kemahiran asas bola tampar yang digunakan dalam situasi menyerang dan bertahan.
Kemahiran Servis Aktiviti 1: 3 lawan 3 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan membuat servis melepasi jaring secara bergilir-gilir. 3. Pemain yang menerima bola servis perlu menyangga kepada rakan yang lain sebanyak dua kali sebelum menghantar melepasi jaring ke gelanggang lawan. 4. Pasukan yang gagal menyangga menyebabkan pasukan lawan mendapat mata begitu juga bagi pasukan yang gagal melakukan servis.
41
Kemahiran Bertahan Aktiviti 1: Adang dan Sangga 1. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan menyangga bola melepasi jaring ke gelanggang lawan. 2. Kumpulan yang menerima bola perlu mengadang dan menyangga bola yang terlepas serta menghantar kepada pihak lawan. Kumpulan boleh menyangga lebih daripada tiga kali. 3. Mata diberikan seperti berikut: dua mata jika berjaya mengadang satu mata jika berjaya menyangga
Kemahiran Menyerang Aktiviti 1: Umpan dan Rejam 1. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan mengumpan dan merejam bola melepasi jaring ke pihak lawan. 2. Kumpulan yang menerima bola perlu mengadang, menyangga, mengumpan dan merejam bola kepada pihak lawan. Kumpulan boleh menyangga lebih daripada tiga kali. 3. Mata diberikan seperti berikut:
empat mata jika berjaya merejam tiga mata jika berjaya mengadang dua mata jika berjaya mengumpan satu mata jika berjaya menyangga
42
1. Senarai semak lakuan servis: Nama
Kedudukan Kaki Ya
Tidak
Persediaan Ya
Tidak
Titik Sentuhan Ya
Tidak
Ikut Lajak Ya
Tidak
2. Senarai semak lakuan merejam: Nama
Kedudukan Kaki Ya
Tidak
Persediaan Ya
Tidak
Titik Sentuhan Ya
Tidak
Ikut Lajak Ya
Tidak
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar dan menjelaskan mekanik lakuan dalam permainan bola tampar. 2. Melakukan ujian kemahiran bola tampar dalam permainan kecil tentang kemahiran menyerang dan kemahiran bertahan. 3. Menganalisis borang skor keputusan ujian kemahiran.
43
44
Menerusi modul pengajaran badminton, murid boleh membuat keputusan untuk melakukan sesuatu kemahiran dalam badminton berdasarkan situasi yang tidak dijangka dalam gelanggang. Memahami prinsip saintifik berkaitan penggunaan daya dan mekanik lakuan semasa melakukan kemahiran dan pergerakan.
Melakukan kemahiran servis (1 jam) 1.6.1 Melakukan kemahiran servis tinggi dan servis rendah. 1.6.2 Melakukan kemahiran menerima servis tinggi dan servis rendah dalam situasi permainan. 2.6.1 Menerangkan mekanik lakuan servis tinggi dan servis rendah. 2.6.2 Menyatakan justifikasi terhadap pilihan kemahiran yang dilakukan semasa menerima servis. 5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai. 5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Melakukan kemahiran menyerang (2 jam) 1.6.2 Melakukan kemahiran menerima servis tinggi dan servis rendah dalam situasi permainan. 1.6.3 Melakukan kemahiran bermain di jaring, smesy, dan pukulan drop semasa menyerang. 2.6.2 Menyatakan justifikasi terhadap pilihan kemahiran yang dilakukan semasa menerima servis. 2.6.3 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran menyerang yang melibatkan kemahiran bermain di jaring, smesy, dan pukulan drop dalam permainan. 5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Melakukan kemahiran bertahan (2 jam) 1.6.4 Melakukan kemahiran pukulan lob, blok, dan underarm lift semasa bertahan. 2.6.4 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran bertahan yang melibatkan pukulan lob, blok, dan underarm lift dalam permainan. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
45
Berdasarkan Fakta 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Apakah kemahiran asas dalam permainan badminton? Apakah kemahiran yang boleh digunakan semasa situasi menyerang? Apakah kemahiran yang boleh digunakan semasa situasi bertahan? Bagaimanakah cara genggaman raket dalam permainan badminton? Di manakah titik kontak yang sesuai pada raket semasa melakukan smesy? Bagaimanakah anda melakukan kemahiran asas pukulan lob?
Berdasarkan Konsep 1. Nyatakan perbezaan antara servis rendah dengan servis kuis? 2. Nyatakan perbezaan antara penggunaan daya semasa melakukan pukulan drop dan pukulan smesy? 3. Jelaskan perkaitan antara daya dengan kelajuan pergerakan bulu tangkis?
Berdasarkan Perbahasan 1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan anda untuk melakukan kemahiran menyerang ke gelanggang lawan? 2. Bincangkan jenis pukulan balas yang boleh digunakan jika anda menerima pukulan lob? 3. Bincangkan jenis pukulan balas yang boleh digunakan jika anda menerima servis pendek? 4. Mengapakah anda melakukan pukulan lob ke garisan belakang gelanggang? 5. Bagaimanakah anda mengenal pasti servis yang akan digunakan untuk memulakan permainan?
46
1. Guru merakam lakuan kemahiran servis tinggi dan servis rendah. 2. Murid mengenal pasti kesilapan dan mencadangkan pembetulan mekanik lakuan servis tinggi dan servis rendah dalam kemahiran badminton berdasarkan rakaman video. 3. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang dan bertahan dalam kumpulan. 4. Guru membimbing murid melakukan kemahiran menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. 5. Guru membimbing murid membuat refleksi berkaitan kemahiran asas badminton yang digunakan dalam situasi menyerang dan bertahan.
47
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran Servis Aktiviti 1: Servis Rendah Masuk Gelung
1. 2. 3. 4.
Murid dalam kumpulan kecil. Murid dari pasukan A akan membuat servis rendah melalui antara dua tali. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. Tukar peranan.
Aktiviti 2: Menerima Servis Rendah Hantar ke Kawasan Petak Belakang
3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. 4. Tukar peranan.
48
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 3: Servis Tinggi ke Kawasan
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid dari Pasukan A akan membuat servis tinggi melepasi tali yang diikat antara dua tiang. 3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. 4. Tukar peranan.
Permainan Kecil: Rali Satu Pukulan
1. Murid melakukan kemahiran dalam kumpulan kecil. 2. Permainan dimulakan oleh salah seorang ahli kumpulan membuat servis rendah atau tinggi ke gelanggang lawan. 3. Kumpulan yang menerima servis menghantar kembali bulu tangkis ke gelanggang lawan. 4. Rali satu pukulan diteruskan sehingga bulu tangkis gagal dikembalikan. 5. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata. 6. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.
49
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran Menyerang Aktiviti 1: Smesy dan Drop
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Seorang murid dari pasukan A akan membuat servis tinggi, dan rakan akan melakukan kemahiran smesy melepasi jaring. 3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. 4. Tukar peranan.
b) Aktiviti drop 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Seorang murid dari pasukan A akan membuat servis tinggi, dan rakan akan melakukan kemahiran drop melepasi jaring. 3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. 4. Tukar peranan.
50
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 2: Lepasi Jaring
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid dari Pasukan A akan memulakan permainan dengan servis rendah, penerima servis dari Pasukan B akan menggunakan kemahiran permainan jaring dengan murid Pasukan A. 3. Jika mana-mana pasukan gagal mengembalikan bulu tangkis semula, pasukan lawan akan mendapat satu mata. 4. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata akan dikira sebagai pemenang.
Permainan Kecil: Serang-serang
1. Perlawanan antara dua pasukan dengan menggunakan gabungan kemahiran yang telah dipelajari. 2. Pasukan pertama akan memulakan permainan dengan membuat servis ke gelanggang lawan dan pihak lawan akan menerima servis dan menghantar kembali ke gelanggang lawannya. 3. Setiap pemain hanya boleh membuat dua pukulan dalam rali mengikut giliran. 4. Pasukan yang berjaya menghantar bulu tangkis ke gelanggang lawan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari sehingga gagal dikembalikan semula dikira menang. 5. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata. 6. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.
51
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran Bertahan Aktiviti 1: Lob
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Pasukan A akan membuat servis tinggi melepasi tali yang diikat antara dua tiang. 3. Rakan sepasukan akan mengembalikan bulu tangkis ke belakang gelanggang dengan menggunakan kemahiran lob. 4. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah. 5. Tukar peranan.
Aktiviti 2: Lift dan Blok
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Pasukan A akan membuat servis tinggi, dan Pemain B akan melakukan smesy ke pemain A. 3. Pemain A akan cuba menggunakan kemahiran blok atau lift mengembalikan semula bulu tangkis ke gelanggang pemain B. 4. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam kawasan pihak lawan. 5. Tukar peranan.
52
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Permainan Kecil: Serang - Tahan - Serang
1. 2. 3. 4. 5. 5. 6.
Situasi permainan sebenar tetapi hanya menggunakan separuh gelanggang. Perlawanan antara dua pasukan dengan menggunakan gabungan kemahiran yang telah dipelajari. Pasukan pertama akan memulakan permainan dengan membuat servis ke gelanggang lawan. Pasukan lawan akan menerima servis dan kembalikan bulu tangkis ke gelanggang. Lawan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari sehingga gagal dikembalikan semula. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.
53
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF
NAMA :___________________________ ____ TINGKATAN :____________________ KEMAHIRAN: BADMINTON SENARAI SEMAK
Tandakan ( √ ) pada petak bagi lakuan yang betul. SERVIS RENDAH
BIL 1
FASA PERSEDIAAN
2
FASA PERLAKSANAAN
3
FASA IKUT LAJAK
4
KETEPATAN
SERVIS TINGGI
SMESY
DROP
NET
LOB
LIFT
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF NAMA :___________________________ ____ TINGKATAN :____________________ KEMAHIRAN: BADMINTON 1. Lorekkan servis rendah dan servis tinggi bagi kawasan jatuhan bulu tangkis yang betul pada petak semasa melakukan servis.
2. Mengapakah servis tinggi jarang digunakan dalam permainan beregu? ......................................................................................................................
54
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF NAMA :___________________________ ____ TINGKATAN :____________________ KEMAHIRAN: BADMINTON 1. Jelaskan perkaitan antara daya dengan kelajuan pergerakan bulu tangkis.
————————————————————————————————————— —————————————————————————————————————2. Tandakan (X) pada permukaan raket bagi titik sentuh yang paling berkesan semasa melakukan smesy.
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menghadapi ujian lisan untuk menguji pengetahuan dari segi pelbagai kemahiran, peralatan, gelanggang dan pakaian semasa bermain badminton. 2. Melakukan ujian kemahiran badminton dalam situasi bertahan dan menyerang berdasarkan senarai semak.
55
56
6 JAM
Menerusi modul pengajaran olahraga asas, murid boleh mengadaptasi prinsip biomekanik dan perkaitannya dengan memperhalus teknik lakuan olahraga untuk meningkatkan prestasi.
Berlari (3 jam) 1.7.1 Melakukan lari pecut dengan menggunakan blok permulaan. 1.7.2 Melakukan pertukaran baton gaya visual dan gaya tanpa visual dalam lari berganti-ganti. 2.7.1
Mengenal pasti kedudukan pusat graviti semasa kedudukan ‘ke garisan’ dan ‘sedia’.
2.7.2 Menerangkan strategi memilih turutan pelari dalam acara yang memerlukan pertukaran baton gaya visual dan gaya tanpa visual. 5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti dalam pelbagai situasi.
Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop (2 jam) 1.7.3 Melakukan kemahiran lompat tinggi dengan menggunakan gaya Fosbury Flop. 2.7.3
Menerangkan peranan larian landas berbentuk ‘J’ dalam kemahiran lompat tinggi gaya Fosbury Flop.
5.1.2 Mengenal
pasti peralatan keselamatan yang
boleh
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
57
mengurangkan
risiko
Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien (1 jam) 1.7.4 Melakukan kemahiran lontar peluru dengan menggunakan gaya Parry O’Brien. 2.7.4 Menjelaskan kepentingan pergerakan menggelongsor kemahiran lontar peluru gaya Parry O’Brien.
semasa
melalukan
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan aktiviti fizikal dalam kumpulan.
Berdasarkan Fakta 1. Apakah cara untuk menentukan kedudukan blok permulaan semasa permulaan gaya dekam? 2. Nyatakan Hukum Newton yang diaplikasi dalam permulaan gaya dekam. 3. Berapakah jarak zon pertukaran baton? 4. Nyatakan gaya pertukaran baton? Di manakah kedudukan pusat graviti semasa badan berada di atas palang lompat tinggi gaya Fosbury Flop?
Apa yang dimaksudkan dengan “power position” dalam lontar peluru gaya Parry
Berdasarkan Konsep 1. Terangkan teknik permulaan gaya dekam yang betul? 2. Bagaimanakah kedudukan pusat graviti semasa “sedia” dalam teknik permulaan dekam mempengaruhi masa tindak balas? 3. Bezakan kedudukan pusat graviti semasa keadaan “ke garisan” dengan semasa
keadaan “sedia” dalam teknik permulaan gaya dekam. 4. Bagaimana anda melakukan pertukaran baton gaya visual? 5. Bagaimana anda melakukan pertukaran baton gaya tanpa visual? 6. Bagaimanakah pecutan memberi kesan terhadap pertukaran baton gaya tanpa visual?
58
gaya
7. Mengapakah baton dibawa secara berselang-seli semasa berlari 4 x 100m? 8. Mengapa larian landas adalah berbentuk “J” dalam lompat tinggi gayaFosbury Flop? 9. Huraikan mekanik larian landas untuk lompat tinggi gaya Fosbury Flop? 10. Apakah perbezaan kedudukan pusat graviti antara lompat tinggi gaya Fosbury Flop dengan gaya lompatan yang lain? 11. Apakah kepentingan fasa gelongsoran dalam lontaran peluru gaya Parry O’Brien? 12. Apakah perkaitan sudut lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru gaya O’Brien? 13. Parry Apakah perkaitan ketinggian lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru gaya Parry O’Brien? 14. Apakah perkaitan halaju lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru gaya Parry O’Brien?
Berdasarkan Perbahasan 1. Kaki manakah yang menjana lebih daya dalam permulaan gaya dekam? 2. Bagaimanakah kamu menentukan turutan pelari dalam acara lari berganti-ganti? 3. Apakah ciri-ciri seorang pelompat yang baik untuk lompat tinggi gaya Fosbury Flop?
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1. Murid menonton rakaman video tentang lakuan permulaan dekam, lari berganti-ganti, lompat tinggi gaya Fosbury Flop, dan lontar peluru gaya Parry O’Brien. Murid mengenal pasti dan menerangkan kelemahan dan kekuatan lakuan berdasarkan prinsip-prinsip biomekanik, dan mencadangkan respon yang dapat memperbaiki lakuan berkenaan. 2. Murid praktis dan memperhalus teknik lakuan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfokus kepada prinsip-prinsip biomekanik untuk tujuan kemajuan. 3. Rakan murid akan membuat rakaman video ke atas murid yang melakukan lakuan teknik olahraga untuk tujuan analisis, dan akan menyampaikan maklum balas secara lisan untuk memperbaiki teknik lakuan.
59
Berlari Aktiviti 1: Reaksi Pancaindera 1. Murid berada di belakang garisan A dalam posisi duduk. 2. Murid berlari ke garisan B apabila mendengar isyarat . 3. Ulang aktiviti dengan variasi posisi murid dan variasi isyarat. Cadangan variasi posisi murid:
Melunjur Berbaring Berdiri Meniarap
Cadangan variasi isyarat:
Tepuk tangan
Bendera
Sentuhan rakan
Wisel
60
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 2: “Ke Garisan dan Sedia”
“Ke garisan” 1. Murid meletakkan kaki hadapan 1 ½ tapak ke belakang dari garisan permulaan. 2. Murid meletakkan kaki belakang 3 tapak ke belakang dari garisan permulaan dan melutut. 3. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang garisan permulaan, seluas bahu. 4. Kepala dalam keadaan relaks. “Posisi sedia” 1. Tumit tekan ke belakang. 2. Lutut kaki hadapan pada sudut 90°. o 3. Lutut kaki belakang pada sudut 120 hingga 140°. 4. Kedudukan bahu adalah sedikit di hadapan tangan.
Aktiviti 3: Blok dan Lari 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. M1 akan berperanan sebagai blok permulaan dengan kaki untuk M2. 3. M2 berlari terus ke garisan M3, dan seterusnya berperanan sebagai blok permulaan dengan kaki untuk M3. 4. M3 berlari terus ke garisan M4, dan seterusnya berperanan sebagai blok permulaan dengan kaki untuk M4. 5. M4 berlari terus kepada garisan tamat. 6. Ulangi aktiviti untuk beberapa pusingan.
61
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 4: Bertukar Baton 1. 2. 3. 4.
Murid dalam kumpulan berempat. Murid berada dalam lorong, kanan dan kiri berselang-seli. M1 memegang baton dengan tangan kanan. Serah baton kepada M2 yang akan mengangkat tangan
setelah mendengar isyarat “up” dari M1. 5. Aktiviti berterusan hingga ke M4. 6. Ulang aktiviti dengan bertukar posisi murid. Cadangan variasi aktiviti:
Setempat Berjalan Berjoging
Aktiviti 5: Lari Ganti 1. Murid berpasangan. 2. M1 berlari ke arah M2, sementara M2 bersedia sambil memerhatikan penanda. Apabila M1 tiba di penanda, M2 akan memulakan larian 3.
dengan pantas.
M1 akan memberi isyarat “up” (untuk M2 menaikkan
tangan) apabila menghampiri M2 dan menyerahkan baton kepadanya. 4. Ulangi aktiviti untuk beberapa pusingan. Cadangan variasi aktiviti: Dalam kumpulan berempat Variasikan jarak 4x50m atau 4x75m Variasikan kelajuan (perlahan, sederhana, pantas)
62
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Lompat Tinggi Gaya Fosbury Aktiviti 1: Lumba “S” Berganti -ganti 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Seorang murid dari kumpulan A akan berlari pantas dan terkawal ke kumpulan B, mencuit rakannya untuk meneruskan aktiviti larian, mengikut giliran.
Aktiviti 2: Lumba “8” Berganti-ganti 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2.
Murid berlari dalam bentuk “8” dan mencuit rakan untuk ulangi aktiviti mengikut giliran.
Aktiviti 3: Bentuk “J” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid berlari lengkung, melompat, dan menyentuh sasaran dari sebelah kanan. 3. Ulang aktiviti dengan arah larian dari sebelah kiri. Cadangan variasi:
Pelbagaikan ketinggian sasaran.
63
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 4: Layangan 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri membelakang tilam, lonjak dan mendarat. 3. Mendarat di bahagian belakang (bawah bahu). 4. Ulang aktiviti dengan pelbagai aras ketinggian palang dan aras ketinggian mula lompatan dengan bangku.
Aktiviti 5: Lompat Gunting 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berlari landas dan melompat gaya gunting. 3. Pelbagaikan aras ketinggian palang.
Aktiviti 6: Lompat Gaya Fosbury Flop 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid berlari landas dan melompat gaya Fosbury Flop.
64
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien Aktiviti 1: Lontar Statik 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid melakukan pegangan peluru dan peletakan peluru yang betul. 1. Murid melontar peluru dari kedudukan statik menghadap sektor lontaran.
Aktiviti 2: Lontar “Power Position” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid melontar peluru dengan melangkah kaki kiri ke hadapan. 3. Murid melontar peluru dengan melangkah kaki kanan ke belakang. 4. Murid melontar peluru dari “power position”.
Aktiviti 3: Gelongsor-Rotasi 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid melakukan aktiviti gelongsor dan rotasi pinggul dengan sokongan tangan rakan tanpa melontar.
Aktiviti 4: Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid melontar peluru mengikut turutan lengkap.
65
Berlari
Senarai Semak Permulaan Dekam
Arahan: Tandakan ( √ ) pada ruang yang berkaitan. Nama murid
Posisi blok permulaan
Posisi
Posisi
“Ke garisan”
“Sedia”
Reaksi Pantas
Lambat
Berlari
Senarai Semak Lari Berganti-Ganti Arahan: Tandakan (√) pada ruang yang berkaitan. Aspek
Ya
1
Berlari dengan memegang ⅓ baton.
2
Menghantar dan menerima baton dalam zon penerimaan baton.
3
Terima baton ⅓ bahagian baton.
4
Penerima baton memandang ke hadapan semasa menerima baton. Pelari mengekalkan kelajuan larian semasa menghantar baton.
5
66
Tidak
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF Lompat tinggi gaya Fosbury
Senarai Semak Lompat Tinggi GayaFosbury
Arahan: Tandakan ( √ ) pada ruang yang berkaitan. Nama
Larian Landas
Lonjakan
Layangan
Mendarat
“J”
Lontar peluru gaya Parry O’Brien
Senarai Semak Lontar Peluru Parry O’Brien Arahan: Tandakan ( √ ) pada ruang yang berkaitan. Nama
Pegangan Peluru
Gelongsoran
67
“Power Position”
Rotasi Pinggul
Sudut lontaran
Ikut lajak
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Murid menjelaskan secara lisan prinsip-prinsip biomekanik untuk meningkatkan teknik lakuan permulaan gaya dekam, lari berganti-ganti, lompat tinggi gaya Fosbury, dan lontar peluru gaya Parry O’Brien. 2. Murid mengaplikasikan prinsip biomekanik melalui senarai semak untuk meningkatkan teknik lakuan dalam permulaan gaya dekam, lari berganti-ganti, lompat tinggi gaya Fosbury, dan lontar peluru gaya Parry O’Brien. 3. Murid menganalisis lakuan kemahiran rakan melalui rakaman video dan memberi maklum balas tentang prinsip-prinsip biomekanik untuk memperbaiki teknik lakuan.
68
4 JAM
Menerusi modul pengajaran rekreasi dan kesenggangan, murid boleh melakukan aktiviti secara berkumpulan secara efektif. Semua kumpulan berfungsiberkesan mengikut peranan dan boleh berinteraksi secara lisan dan ahli bukan lisan dengan semasa merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan menilai sesuatu perkara berdasarkan aktiviti rekreasi dan kesenggangan yang dipelajari.
Aktiviti Kemahiran Tali Aras Rendah (2 jam) 1.8.1 2.8.1 5.2.1 5.2.2 5.3.1
Melakukan aktiviti tali aras rendah (low element course) seperti spider-web, alligator swamp dan giant finger secara berkumpulan. Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali aras rendah, frisbee dan sepak raga ratus dalam kumpulan. Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan. Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.
Kemahiran Permaina Frisbee (1 jam) 1.8.2 2.8.1 2.8.2 5.2.5 5.3.1 5.3.2
Melakukan kemahiran asas melempar dan menangkap dalam permainan frisbee. Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali aras rendah, frisbee, dan sepak raga ratus dalam kumpulan. Menjelaskan teknik melempar dan menangkap frisbee. Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti dalam pelbagai situasi. Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti. Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
69
Kemahiran Permainan Sepak Raga Ratus (1 jam) 1.8.3 2.8.1 2.8.3 5.4.2
Melakukan kemahiran permainan tradisional sepak raga ratus. Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali aras rendah, frisbee, dan sepak raga ratus dalam kumpulan. Mengenal pasti cara mengawal bola untuk mendapatkan bilangan terbanyak sepak raga ratus. Bekerjasama menyelesaikan masalah penyelesaian. yang berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan bersepakat dalam membuat
Berdasarkan Fakta Mengapa komunikasi itu penting dalam kumpulan yang melakukan aktiviti tali aras rendah (low element course)? 2. Apakah halangan dalam menghasilkan komunikasi berkesan semasa melakukan aktiviti tersebut? 3. Apakah ciri-ciri seorang ketua yang baik semasa mengetuai kumpulan? 1.
4. tertinggi? Apakah tanggung jawab setiap ahli pemain sepak raga ratus untuk mendapat skor
Berdasarkan Konsep 1.
2.
Apakah perbezaan semasa membuat keputusan secara berkumpulan berbanding secara individu dalam melaksanakan aktiviti? Adakah komunikasi secara lisan lebih membantu kemahiran menghantar frisbee kepada rakan berbanding komunikasi bukan lisan?
Berdasarkan Perbahasan 1.
Bagaimana keputusan yang dibuat dapat mencapai matlamat kumpulan? Bagaimana sebuah pasukan berpeluang dapat mencapai matlamat jika ahlinya gagal berperanan dengan baik? Adakah keputusan seorang ketua dapat membantu pencapaian pasukan?
70
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENG ALAMAN PEMBELAJARAN
Konstruktivisme Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai Cuba Jaya Contoh 1 1. Murid melakukan kerja secara kumpulan. 2. Murid dimaklumkan objektif yang perlu dicapai. 3. Murid dalam kumpulan membuat strategi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi secara: Berdialog : intrapersonal dan interpersonal. Sumbang saran : intrapersonal dan interpersonal. 4. Membina strategi. 5. Murid akan membuat inkuri dalam membuat keputusan dalam kumpulan. 6. Setiap murid ada peranan semasa melaksanakan tugasan dan akan dinilai. Spider-Web : Secara pembentangan kumpulan. Alligator Swamp : Membina lakaran pergerakan/menganalisa perancangan berjaya atau tidak. Giant Finger : Pertandingan. 7. Setiap aktiviti akan diambil masa untuk menimbulkan elemen pertandingan.
Contoh 2 1. Murid diberi idea secara demonstrasi lakuan dan cuba jaya. Cara- cara melempar frisbee. Cara menangkap frisbee. 2. Strategi pertandingan. 3. Penilaian - Pertandingan antara kumpulan Frisbee golf. Five to Five. 4. Murid menjadi pengadil. 5. Ada kawalan masa.
Contoh 3 1. 2. 3. 4.
Murid telah mempunyai pengalaman untuk menimbang bola. Murid dalam kumpulan melakukan cuba jaya untuk menimbang. Penilaian - pertandingan menimbang berkumpulan. Pengadil - murid dari kumpulan lain.
71
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti Low-element Course Secara Stesen Aktiviti Spider Web 1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8 orang. 2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah yang diberi. 3. Semua peserta mesti melepasi spider-web. 4. Peserta yang melalui spider-web dan terkena tali atau spider-web perlu dilakukan semula. 5. Masa diambil bermula dari ahli pertama dan dihentikan bila peserta terakhir selesai melepasi spider-web.
Aktiviti Alligator Swamp 1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8 orang. 2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah yang diberi. 3. Semua peserta mesti melepasi kawasan yang ditetapkan . 4. Pasukan dibekal kayu sepanjang 6 kaki (kayu 3”x 2”). 5. Sekiranya peserta jatuh, pasukan akan melakukan semula di tapak sebelumnya. 6. Masa diambil dari mula hingga tamat perlakuan.
Aktiviti Giant Finger 1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8 orang. 2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah yang diberi. 3. Semua peserta mesti terlibat untuk mengeluarkan gelung dari tiang dan memasukan gelung yang sama ke tiang yang satu lagi. 4. Pasukan dibekal kayu atau rotan sepanjang 1 kaki setiap orang. 5. Sekiranya gelung jatuh, pasukan akan berlari mengelilinggi tiang pertama sebelum boleh menggangkat kembali gelung tadi.
72
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF
Semasa dan di akhir aktiviti Spider-Web, Aligator Swamp, dan Giant Finger, murid dapat:
K1 1
K2
K3
K4
K5
K6
Pembentukan Kumpulan Pemilihan ketua Keputusan kolaboratif Peranan ahli
2
Komunikasi Lisan Bukan Lisan
3
Penyelesaian masalah Strategi Kolaboratif Masa keseluruhan
x
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1.
2.
3.
4.
Membentang secara berkumpulan isu berkaitan pengagihan tugas berdasarkan perbezaan bentuk tubuh badan semasa melakukan aktiviti spider-web. Menyediakan lakaran pergerakan yang dirancang secara berkumpulan untuk aktiviti alligator swamp dengan menggunakan objek yang disediakan. Menganalisis dan menilai keberkesanan lakaran pergerakan yang dirancang untuk aktiviti alligator swamp. Menyertai pertandingan untuk mencapai tahap kedudukan terbaik antara kumpulan bagi permainan:
Sepak raga ratus Giant finger Frisbee
Menyatakan secara lisan peranan yang dimainkan semasa menjayakan aktiviti.
73
74
13 JAM
Menerusi modul pengajaran komponen kecergasan, murid boleh memilih senaman dan mengamalkan senaman bersesuaian dengan terdapat di persekitaran mereka untuk mengekalkan kecergasan. Muridkemudahan juga boleh yang memahami hubungan antara fungsi tubuh badan dengan senaman yang sesuai mengikut komponen kecergasan berasaskan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan hidup.
Kapasiti aerobik (3 jam) 3.1.1 Mengira kadar nadi rehat dan kadar nadi maksimum diri sendiri untuk mendapatkan kadar nadi latihan. 3.1.2 Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik tiga hingga enam kali seminggu berdasarkan prinsip frekuensi, intensiti, jangka masa aktiviti dan jenis aktiviti (FITT). 4.1.1 Mengenal pasti kaedah pengiraan kadar nadi latihan. 4.1.2 Mengenal pasti frekuensi, intensiti, jangka masa aktiviti dan jenis aktiviti yang boleh meningkatkan kapasiti aerobik. 5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.2 Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan.
Kelenturan (2 jam) 3.2.1 Melakukan senaman meningkatkan kelenturan berdasarkan prinsip FITT. 4.2.1 Mengenal pasti prinsip FITT yang digunakan untuk meningkatkan kelenturan. 4.2.2 Mengenal pasti senaman kelenturan yang boleh memberi risiko kecederaan. 5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
75
Kekuatan dan Daya Tahan Otot (2 jam) 3.3.1 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot teras yang melibatkan rectus abdominis,internal oblique, external oblique, tranverse abdominis, erector spinae, dan multifidus dengan lakuan yang betul. 3.3.2 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan otot berdasarkan prinsip FITT. 4.3.1 Menjelaskan peranan otot teras dalam kehidupan seharian. 4.3.2 Menyenaraikan senaman yang sesuai untuk otot-otot teras berdasarkan pencarian maklumat. 4.3.3 Mengenal pasti prinsip FITT yang digunakan untuk meningkatkan daya tahan otot. 5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.
Komposisi Badan (3 jam) 3.4.1 Mengukur lipatan kulit menggunakan caliper pada 2 titik cubitan di otot trisep dan otot gastroknemius. 4.4.1 Menerangkan prosedur mengukur peratus lemak badan menggunakan kaliper. 4.4.2 Mengenal pasti peratus kandungan lemak badan sendiri berdasarkan carta jumlah lipatan kulit pada dua titik cubitan dan peratusan lemak [skinfold measurement and body fat percentages (sum of triceps plus calf skinfolds)]. 4.4.3 Membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan julat peratus lemak badan yang ideal (Rating Chart : Body Fatness). 5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.
Pentaksiran Kecergasan Fizikal - SEGAK (3 jam) 3.5.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan bateri ujian SEGAK mengikut prosedur yang betul. 3.5.2 Merekodkan keputusan ujian SEGAK. 3.5.3 Melakukan aktiviti kecergasan sebagai tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK. 4.5.1 Mengenal pasti tahap kecergasan berdasarkan keputusan SEGAK. 4.5.2 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan SEGAK. 5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
76
Berdasarkan Fakta 1. 2. 3. 4. 5.
Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kapasiti aerobik? Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot? Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot? Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kelenturan? Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mentaksir komposisi badan?
6. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan senaman untuk kesihatan? 7. Di manakah titik cubitan yang sesuai untuk mengukur ketebalan lipatan kulit? Berdasarkan Konsep 1. 2. 3. 4.
Apakah perbezaan di antara kekuatan otot dengan daya tahan otot? Apakah perbezaan di antara senaman daya tahan dengan senaman kekuatan? Mengapa kesejahteraan hidup adalah penting? Bagaimanakah anda mengenal pasti senaman yang sesuai untuk kesihatan badan?
Berdasarkan Perbahasan 1. Apakah senaman untuk komponen kecergasan yang boleh dilakukan di rumah berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada? 2. Bagaimanakah kondisi persekitaran menentukan kesesuaian senaman untuk kesihatan? 3. Apakah yang membentuk fungsi-fungsi badan yang sihat? 4. Mengapa sesetengah senaman boleh menyebabkan kecederaan? Mengapa penting untuk memilih dan mengamalkan senaman yang sesuai? Bagaimanakah otot teras yang kuat membantu dalam kesejahteraan hidup?
1. Murid merancang, mereka bentuk, melaksana, dan menilai satu program komponen berasaskan kesihatan berpandukan kepada prinsipberasaskan FITT. 2. kecergasan Murid menetapkan matlamat untuk dengan meningkatkan program kecergasan kesihatan dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti untuk dilaksana bagi mencapai matlamat tersebut. 3. Guru membimbing murid menyediakan buku log berkaitan aktiviti kecergasan fizikal.
77
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kapasiti Aerobik Aktiviti 1: Larian Diagonal
1. Murid dalam kumpulan kecil di empat stesen yang telah ditetapkan. 2. Kira dan catatkan kadar nadi di dalam borang yang disediakan sebelum melakukan aktiviti. 3. Apabila isyarat diberi: Murid di stesen A akan berlari ke stesen C, dan melakukan aktiviti lompat tali sebanyak 10 ulangan. Murid di stesen C akan berjalan pantas ke stesen B, dan melakukan aktiviti lompat tali sebanyak 10 ulangan. Murid di stesen B akan berlari ke stesen D, dan melakukan aktiviti lompat tali sebanyak 10 ulangan. Murid di stesen D akan berjalan pantas ke stesen A, dan melakukan aktiviti lompat tali sebanyak 10 ulangan. 4. Ulang aktiviti sehingga kumpulan tiba ke stesen asal masing-masing.
Ringkuk tubi
78
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 2: Larian Naga 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berbaris dengan meletakkan tangan di atas bahu rakan hadapan. 3. Murid pertama dalam barisan adalah ketua. 4. Murid akan bergerak dalam barisan mengikut pergerakan ketua sehingga isyarat diberikan untuk murid belakang berlari ke hadapan dan menjadi ketua. 5. Lakukan aktiviti selama 10 minit.
Variasi larian :
Jalan
Lari
skip
79
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kelenturan Aktiviti 1: Kelenturan Dengan Tuala
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid mengenal pasti dan melakukan senaman menggunakan tuala berdasarkan otot-otot berikut; Hamstrings stretch Quadriceps stretch Triceps stretch Trunk rotation and lower back stretch gastrocnemius 3. Setiap senaman akan dilakukan selama 15 saat.
Aktiviti 2: Sirkit 8 1. Murid berpasangan dan berada di stesen aktiviti. 2. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan di setiap stesen berdasarkan senaman berikut: Stesen 1 - Hamstrings stretch
Stesen 2 - Quadriceps stretch
Stesen 3 - Trunk rotation and lower back stretch
Stesen 4 - Triceps stretch
80
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Stesen 5 - Upper-back stretch
Stesen 6 - Arm stretch
Stesen 7 - Neck stretch
Stesen 8 - Heel stretch
3. Murid pertama melakukan aktiviti dengan bantuan rakannya. Tukar peranan. 4. Bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut turutan.
Nota: Pastikan tekanan tidak mendatangkan kecederaan kepada pelaku.
81
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Kekuatan dan Daya Tahan Otot Aktiviti 2: Kad Kuat dan Tahan Otot 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Sediakan kad-kad yang mengandungi gambar otot rectus abdominis, internal oblique, external oblique, tranverse abdominis, erector spinae, dan multifidus. 3. Letakkan semua kad di tengah-tengah kawasan permainan berbentuk segiempat atau bulatan. 4. Pastikan semua kumpulan yang bermain berada di jarak yang sama dari tengah kawasan permainan. 5. Peraturan permainan ialah: Seorang pemain sahaja boleh berlari ke tengah kawasan permainan untuk mengambil satu kad. Pemain perlu mengambil kad dengan segera (tanpa melihat kandungan) dan membawa terus kepada kumpulannya. Kumpulan perlu merancang dan melakukan senaman berdasarkan gambar otot.
Permainan diteruskan sehingga semua pemain mengambil kad dan melakukan aktiviti dalam kad.
82
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 1: Sirkit 6 1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada di enam stesen aktiviti. 2. Melakukan aktiviti di setiap stesen berdasarkan maklumat yang dipaparkan. 3. Aktiviti yang dicadangkan ialah senaman meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot teras yang melibatkan rectus abdominis,internal oblique, external oblique, tranverse abdominis, erector spinae, dan multifidus. 4. Bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut turutan.
Aktiviti 3: Bola Segar 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid berdiri dan melontar bola segar secara sisi kepada rakan di sebelah kanannya. 3. Murid perlu menangkap bola lontaran ini dan melontarnya kepada rakan di sebelah kanannya juga. 4. Ulang aktiviti sehingga semua telah melontar dan menangkap bola segar tersebut. 5. Lakukan aktiviti yang sama tetapi melontar ke rakan di sebelah kiri pula. 6. Murid duduk memegang bola segar dan mengilas ke sebelah kanan dan kiri selama 30 saat. 7. Murid perlu mengira bilangan lakuan ke kanan dan ke kiri dalam tempoh masa yang telah diberikan.
83
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Komposisi Badan Aktiviti 1: Lipatan Trisep 1. Murid berpasangan sesama jantina dengan penguji berada di belakang rakan yang diuji. 2. Tandakan (+) di bahagian tengah kulit otot trisep pada tangan dominan. 3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak. Pastikan lengan murid diuji berkeadaan relaks. 4. Kepitkan kaliper pada 2 – 3 cm bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan bacaan pada kaliper selama 3 saat. 5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Bacaan penengah dari 3 bacaan akan dikira sebagai pencapaian ujian.
Aktiviti 2: Lipatan Betis 1. Murid berpasangan sesama jantina . 2. Murid yang diuji berdiri dan meletakkan kaki dominannya di atas kerusi supaya otot dalam keadaan relaks. 3. Tandakan (+) di bahagian lilitan terbesar otot betis. 4. Tandaan dibuat di bahagian sisi otot. 5. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak. Pastikan cubitan tidak terlalu kuat. 6. Kepitkan kaliper pada 2 – 3 cm bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan bacaan pada kaliper selama 3 saat. 7. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Bacaan penengah dari 3 bacaan akan dikira sebagai pencapaian ujian.
84
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Aktiviti 3: Peratusan Lemak 1. Jumlahkan bacaan lipatan trisep dan lipatan betis yang diperoleh. 2. Rujuk jumlah bacaan lipatan tersebut dengan Carta Peratusan Lemak untuk mendapatkan peratusan peribadi. 3. Rujuk peratusan lemak yang diperoleh dengan jadual “Body Fatness” bagi menentukan kadar kegemukan badan.
Carta Peratusan Lemak Carta Kegemukan Badan Status Lemak
Peratus Lemak Lelaki
Perempuan
Sangat Rendah
<6
< 12
Prestasi Tinggi
6 - 9.9
12 - 14.9
Sihat
10 - 19.9
15 - 24.9
Berlebihan Lemak
20 - 24.9
25 - 29.9
Sangat Tinggi
25 +
30 +
85
BORANG AKTIVITI KAPASITI AEROBIK Kadar nadi maksimum (KNM)
= 207 – (0.7 x umur) = 207 – (0.7 x ____) = _____ denyutan seminit
Kadar nadi rehat (KNR) = _____ denyutan seminit Kadar nadi simpanan (KNS) = KNM – KNR = _____ – _____ = _____ denyutan Intensiti senaman (In) = KNS x %In + KNR 30% In = _____ x 0.3 + _____ = ______ denyutan seminit 40% In = _____ x 0.4 + _____ = ______ denyutan seminit 60% In = _____ x 0.6 + _____ = ______ denyutan seminit 85% In = _____ x 0.85 + _____ = ______ denyutan seminit Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti rendah (30% ke 40% In): ______ ke ______ denyutan seminit. Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti sederhana (40% ke 60% In): ______ ke ______ denyutan seminit. Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti tinggi (60% ke 85% In): ______ ke ______ denyutan seminit. Senaraikan aktiviti aerobik yang anda akan laksanakan di waktu kesenggangan. ___________________________________________________________________ Tempoh senaman yang anda akan lakukan: _________ Frekuensi/kekerapan senaman: _______ Huraikan kesihatankesan diri. melakukan aktiviti dalam meningkatkan kapasiti aerobik kepada ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
86
KELENTURAN Tandakan (√) pada senaman kelenturan yang membawa risiko kecederaan:
87
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Murid menduduki satu ujian bertulis yang menguji pengetahuan dari segi istilah kecergasan berasaskan kesihatan, jenis-jenis senaman dan mengira peratus lemak badan berdasarkan ukuran lipatan kulit. 2. Murid memilih dan merancang senaman yang bersesuaian untuk satu komponen kecergasan berdasarkan prinsip FITT dan sumber-sumber yang sedia ada dalam persekitaran. 3. Murid menganalisis dan menilai program kecergasan berdasarkan hasil program yang telah dirancang. 4. Murid berkebolehan menerang dan memimpin satu kumpulan kecil untuk melaksana satu program kecergasan. 5. Murid mentaksir tahap kecergasan kendiri berdasarkan norma SEGAK dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan untuk mencapai kesejahteraan hidup. 6. Murid berkebolehan mentaksir komposisi tubuh berdasarkan kiraan ukuran lipatan kulit.
88
LAMPIRAN A
Bil. Nama Alatan 1
Trampolin
2
Prop
3
Bola sepak atau bola getah
4
Bola jarring atau bola getah
5
Bola tampar
6
Bola sepak takraw atau bola getah ringan
7
Bulu tangkis
8
Bola segar
9
Jaring
10
Raket
11
Tali atau gelang getah
12 13
Palang Tiang
14
Kon kecil
15
Blok permulaan
16
Baton
17
Peluru ubah suai
18
Tilam lompat tinggi
19
Frisbee
20
Gelung tayar
21
Tuala kecil
22
Kaliper
23
Kad tugasan Peralatan Ujian SEGAK
24
Pengukur tinggi
25
Penimbang berat
26
Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)
89
LAMPIRAN A
Bil.
Nama Alatan
27
Peralatan Ujian SEGAK
28
Penanda 15 cm seperti straw minuman
29
Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm
30
Kalkulator
31
Bangku dengan ketinggian 30.5 cm (1 kaki) yang sesuai dan selamat
32
Jam randik
33
Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit dan 50 detik seminit
34
Pemain CD atau komputer
35
Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi
36
Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat)
37
Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar
38
Pita ukur sekurang-kurangnya 5 meter
Nota:
Alatan yang disediakan hendaklah mengambil kira bilangan murid di dalam sebuah kelas.
90
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ARAS 4-8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA