Safety Officer Exam Paper 1. Contoh SialanFull description
soalan bmFull description
soalan pjk tingkatan 1
soalan pjk tingkatan 1
BM PT3 SAMPLE ANSWERS
Soalan Pendidikan Moral Tahun 1
SOALAN ESEIFull description
SOALAN AKHIR TAHUN
soalan moral
Full description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Semester 4 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NO. KOD
:
EDUP3063
ANGKA GILIRAN: GILIR AN: IPG KAMPUS
TARIKH:
MEI 2018
MASA
2 JAM 30 MINIT
:
:
ARAHAN KEPADA CALON 1.
Buku soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A : 4 soalan struktur Bahagian B : 3 soalan esei
2.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B.
3.
Jawab soalan: Bahagian A pada ruang yang disediakan dalam buku soalan. Bahagian B pada kertas jawapan yang disediakan.
4.
Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama bersama-sam a buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN A ( 40 markah ) B ( 60 markah )
NO. SOALAN/ MARKAH 1
2
1
JUMLAH
3
2
JUMLAH KESELURUHAN
4
3
No. Kod:
EDUP3063
SP BAHAGIAN A ( 40 markah )
Jawab semua soalan. 1.
a
Seorang guru perlu membuat pentaksiran bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid di dalam bilik darjah. Terangkan satu ciri pentaksiran untuk pembelajaran [5 markah]
b
Penyemakan satu skrip ujian yang dilakukan oleh pemeriksa yang ramai menunjukkan bahawa beberapa pemeriksa memberikan skor yang berbeza. Kemukakan tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan keobjektifan dalam penskoran oleh pemeriksa dalam pentaksiran di bilik darjah. [10 markah]
2.
a
Pentaksiran di sekolah seharus dapat menguji pencapaian dan potensi murid dengan tepat. Oleh itu pendidikan di Malaysia menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah menekankan pentaksiran yang bersifat berterusan seperti pentaksiran formatif. Jelaskan satu sebab guru perlu menggunakan pentaksiran formatif. [5 markah]
b
Penjajaran konstruktif digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran untuk mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Berdasarkan satu topik mata pelajaran, bina langkah-langkah penjajaran konstruktif. [10 markah]
3.
a
Item objektif sangat popular di kalangan guru sebagai satu kaedah pentaksiran di bilik darjah. Item ini merangkumi item yang mengemukakan respons dan memilih respons. Terankan kelebihan guru menggubal item objektif dalam pentaksiran di bilik darjah. [5 markah]
b
Pembinaan item ujian merupakan bahagian penting dalam mentaksir kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran dan tahap kompetensi mereka. Ujian yang digubal dengan baik dapat memotivasikan murid dan mengukuhkan pembelajaran mereka. Perincikan langkah-langkah yang perlu guru beri perhatian semasa membina item ujian. [10 markah]
2
SULIT
No. Kod:
EDUP3063
SP
Pilihan Jawapan Kumpulan Murid
A
B*
C
D
Tinggi
1
5
5
0
Rendah
3
2
1
0
Murid Lain
3
6
2
0
Jadual 1 4.
a
Jadual 1 menunjukkan respons 30 orang murid terhadap satu item objektif termasuk pilihan jawapan murid dalam kumpulan atas dan bawah. Jawapan yang betul ialah B. Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item obejktif tersebut. [5 markah]
b
Kemukakan tiga tahap analisis bagi item objektif dalam ujian tersebut. [10 markah]
3
SULIT
No. Kod:
EDUP3063
SP BAHAGIAN B ( 60 markah )
Jawab semua soalan. 1.
Pada tahun 2011, pentaksiran di Malaysia telah melalui transformasi di mana pentaksiran autentik telah diperkenalkan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Langkah ini bertujuan bagi mengantikan pentaksiran tradisional yang di dapati tidak mampu mengukur potensi sebenar murid sepenuhnya. Nilaikan sejauh manakah pentaksiran autentik berkesan diamalkan di dalam bilik darjah di Malaysia. [ 20 markah]
2.
Prosedur melapor dalam sistem sekolah Malaysia sedang dalam proses penambah baik. Ini kerana amalan tradisional mempunyai kelemahan kerana maklumat yang diberi terlalu ringkas dan tidak menunjukkan kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran. Cadangkan strategi untuk mengatasi masalah tersebut. [20 markah]
3.
Dalam pendidikan abad 21,pentaksiran secara formatif menjadi trend dalam dunia pendidikan pada masa kini. Antara amalan yang digunakan dalam pentaksiran formatif adalah penggunaan pentaksiran secara atas talian. Bincangkan sejauh mana pentaksiran atas talian dapat dilaksanakan secara berkesan di sekolah rendah di Malaysia. [20 markah]