Laporan Kajian Hazard Di Tapak Projek Pembinaan ….. …………………………xxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Di Dalam Industri Pembinaan Oleh No. Index: NS 6606 No. KP: XXXXXX-XX-XXXX Peperiksaan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (4/2011) Kertas IV Bhg 1: Kertas Tugasan Tempat Kerja 13 June 2011– 26 July 2011
PERAKUAN TUGASAN TEMPAT KERJA WORKPLACE ASSIGNMENT VERIFICATION
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa dokumen ini yang disediakan untuk Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan adalah berdasarkan hasil kerja asal saya sendiri dan maklumat diperolehi hasil lawatan tapak ke tempat kerja yang berkenaan kecuali sedutan atau petikan yang dinyatakan. I hereby certify that this document prepared for the Safety and Health Officer Examination is based on my original work and information are gathered from the site visit except for citation and quotation made.
Tandatangan Signature
: _______________________
No. Kad Pengenalan I.C. No.
: ______________________
No. Indeks Index No.
: ______________________
Tarikh Date
: _______________________
KANDUNGAN
1.0
ABSTRAK
2.0
PENGENALAN
MUKASURAT
1
2.1
Profil Syarikat
2
2.2
Struktur Organisasi
2
2.3
Aktiviti Dan Proses Kerja
3
2.4
Persekitaran Kerja
3
3.0
OBJEKTIF
4
4.0
KAEDAH
4.1
Mengenalpasti Hazard
5
4.2
Kaedah Penaksiran Risiko
8
5.0
HASIL DAN PERBINCANGAN 5.1
Senarai Hazard Yang Dikenalpasti
12
5.2
Keutamaan Hazard
13
5.3
Kesan Dari Hazard Paling Kritikal Kepada Organisasi
KANDUNGAN
15
MUKASURAT
6.0
SARANAN 6.1
Langkah Kawalan
17
6.2
Langkah Semakan Semula
22
6.3
Manfaat Langkah Kawalan Keselamatan
26
Dan Kesihatan
7.0
KESIMPULAN
28
8.0
RUJUKAN
29
4
1.0
ABSTRAK
Aspek-aspek keselamatan dan kesihatan adalah amat penting untuk diberi perhatian utama. Bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti dan proses yang dijalankan di tapak pembinaan, kesemua hazard yang wujud perlulah dikenalpasti, dinilai dan dikawal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan terhadap pekerja dan orang yang berada di tapak pembinaan. Ini juga bagi menjamin inspirasi dan matlamat Kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadikan budaya kerja selamat dan sihat menjadi amalan di semua sektor pekerjaan di Malaysia.
Satu kajian telah dilakukan di tapak pembinaan Kilang Pengeluaran Komponen Badan Kereta Di Bandar Proton Mukim Ulu Bernam Timur, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan Untuk Tetuan Miyazu Malaysia Sdn Bhd (selepas ini di panggil Kilang Miyazu) yang bertujuan untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya yang terdapat dan terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja, menentukan hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan, mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan serta keberkesanannya dan akhirnya bagi mencadangkan kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan terhadap hazard yang telah dikenalpasti sangat kritikal.Kajian ini dilakukan dengan
mengkaji peruntukan undang-undang dan piawaian yang ada, membuat
pemeriksaan dan audit di tempat kerja serta mengkaji data dan maklumat kemalangan di tempat kerja.
Hasil dari kajian yang dilakukan didapati hazard yang paling kritikal di tapak pembinaan XXXXX XXXXX ialah jatuh dari tempat
tinggi yang berlainan bagi hazard keselamatan dan hazard
ergonomik ( mengangkat objek secara manual) bagi hazard kesihatan. Sehubungan dengan itu,
5
beberapa saranan dan cadangan kawalan telah diberikan di dalam laporan kajian ini berdasarkan kepada faktor-faktor hazard yang wujud di tempat kajian.
Langkah-langkah kawalan dan
pencegahan yang diambil akhirnya akan memberi manfaat kepada majikan di samping para pekerja juga terpelihara dari terdedah kepada hazard keselamatan dan kesihatan di dalam melakukan kerja mereka pada setiap hari.
2.0 PENGENALAN 2.1
Profil Syarikat
Syarikat Kencana Torsco Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan kelas A. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan merupakan sebuah syarikat pembinaan berkelas G7. Alamat Ibu Pejabat di Level 9, Menara Kencana Petroleum, Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur .
Syarikat Kencana Torsco Sdn Bhd amat komited dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kawasan tapak pembinaan. Komitmen ini ditunjukkan dengan perlantikan Pengurus dan Penyelia Keselamatan dan Kesihatan, menguatkuasaan peraturaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu syarikat ini turut mempunyai Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Rujuk Lampiran 1).
2.2 Struktur Organisasi Struktur Organisasi syarikat seperti ditunjukkan dalam Lampiran 2
6
2.3 Aktiviti Dan Proses Kerja Aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan kajian adalah berdasarkan skop kerja yang telah ditetapkan iaitu menyiapkan 1 blok kilang utama dan bangunan utiliti yang lain. Secara amnya, aktiviti di kawasan kajian ini boleh dibahagikan kepada 5 aktiviti utama iaitu:
a) b) c)
Kerja Sub-struktur – penyediaan asas bangunan, ground beam, tapak lantai bawah. Kerja Superstruktur – Struktur Besi dan Penyiapan bumbung . Kerja Architectural – pemasangan kemasan pada lantai, dinding bumbung dan
d)
sebagainya. Kerja Mekanikal dan Elektrikal – pemasangan pendawaian, peralatan elektrik, sistem
e)
bekalan air dan sebagainya Kerja Sivil – pembinaan jalan, pagar, longkang dan lain-lain.
2.4 Persekitaran kerja Aktiviti di tapak pembinaan banyak bergantung kepada persekitarannya dan ia juga turut mempengaruhi faktor-faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Persekitaran kerja di tapak pembinaan boleh dibahagikan kepada dua situasi utama iaitu persekitaran ketika waktu siang dan cerah (Panas, silau berhabuk dan berdebu) dan pada waktu hujan (Berlumpur / Licin dan berair/air bertakung ). Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati persekitaran kerja di kawasan kajian berada dalam keadaan baik kerana berada jauh dari orang awam selain terletak di kawasan pembinaan yang lapang dan dibantu oleh Penyelia dan Pengurus Keselamatan dan Kesihatan yang kompeten dan berdaftar. Kerja-kerja housekeeping sentiasa dijalankan bagi memastikan kawasan kerja bersih, dan selamat. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu di atasi seperti masalah disiplin pekerja yang mempunyai latarbelakang yang berbeza
7
3.0 OBJEKTIF 3.1 Objektif Kajian Setiap kajian yang akan dijalankan mestilah mempunyai objektif agar kajian yang dilakukan tidak terkeluar dari skop yang dikehendaki. Berikut adalah objektif bagi kajian yang dijalankan di Projek XXXXXXXXXXXXXX..
Objektif utama kajiselidik dan laporan ini adalah seperti berikut : i) Untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya yang wujud dan terhasil daripada kerja-kerja yang dijalankan di tempat kerja.
ii) Untuk menilai dan menafsir jenis-jenis bahaya yang terdapat di tempat kerja dan menentukan hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan.
iii) Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan, pencegahan dan penghapusan serta punca-punca bahaya yang terdapat di tempat kerja.
iv) Untuk
menilai
keberkesanan
kaedah-kaedah
pengawalan,
pencegahan
dan
penghapusan yang telah dijalankan.
v) Untuk mencadangkan kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan yang baru sekiranya perlu untuk memastikan semua hazard, risiko dan bahaya yang terdapat di tempat kerja dapat dikawal, dicegah atau dihapuskan dengan cara yang sempurna
8
supaya orang yang sedang bekerja atau orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti dan proses yang dijalankan.
4.0 KAEDAH 4.1 Mengenalpasti Hazard Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang tersebut di atas, adalah penting terlebih dahulu mengetahui makna beberapa perkataan penting yang digunakan sebelum membuat sebarang penilaian terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat
i)
Hazard – Punca atau keadaan yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, pencemaran kepada persekitaran atau kombinasi kesemuanya.
ii)
Risiko – Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dalam jangka masa atau situasi tertentu dan keterukan kecederaan atau penyakit kepada kesihatan manusia, harta, persekitaran atau kombinasi di atas akibat kejadian tersebut.
iii)
Bahaya – Pendedahan relative kepada hazard.
iv)
Penaksiran risiko – Proses menaksir risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang disebabkan hazard di tempat kerja.
Bagi memastikan pekerja dan orang lain tidak terjejas dari segi keselamatan dan kesihatan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja. Semua hazard yang wujud di
9
tempat kerja haruslah dikenalpasti. Bagi memudahkan mengenalpasti hazard yang terdapat di tempat kerja, ianya bolehlah dikenalpasti mengikut kategori seperti berikut :
i)
Mekanikal – Kejadian terjatuh, terlanggar, tersepit, tercucuk
ii)
Elektrikal – Kejutan elektrik, terbakar, kebakaran
iii)
Biologi – virus Nipah, Zoonosis (anthrax)
iv)
Ergonomik – Kedudukan anggota badan, kerja secara manual, bebanan kerja, kerja yang sama berterusan,
v)
Psiko-sosial – Ketegangan dan keletihan
Bagi mengenalpasti hazard-hazard yang wujud di tempat kerja, kombinasi atau kaedah seperti di bawah haruslah digunapakai :
4.1.1
Mengkaji Peruntukan Undang-undang dan Piawaian
Melalui kaedah ini, Akta, Peraturan dan Garispanduan
yang terdapat berkaitan dengan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dinilai dari segi peruntukan dan pematuhan di dalam aktiviti pembinaan seperti Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (OSHA) dan Akta Kilang Dan Jentera, 1967 (FMA)..
Dalam kajian ini juga turut melihat piawaian yang ada bagi memastikan perkara mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan diambil kira dalam aktiviti pembinaan yang dilakukan seperti mengenalpasti bahaya dan prosedur yang berkaitan. Bagi projek Pembinaan Kilang. Sehubungan dengan itu terdapat prosedur yang berkaitan keselamatan dan kesihatan yang perlu
10
dipatuhi iaitu Prosedur Perundangan dan Lain-lain Keperluan, Prosedur Latihan, Kesedaran dan Kompetensi dan Prosedur Persediaan dan Tindakan kecemasan.
4.1.2
Pemeriksaan dan Audit Di Tempat Kerja
Pemeriksaan dan audit yang dilakukan di tempat kerja adalah berdasarkan kepada senarai pemeriksaan dan audit
yang perlu dijalankan di tempat kerja bagi memeriksa kawasan kerja,
peralatan, mesin dan sebagainya selamat dan boleh digunakan tanpa memudaratkan keselamatan , kesihatan dan alam sekitar. Pemerhatian di tapak pembinaan juga dilakukan untuk mengenalpasti bahaya yang wujud dan sekiranya ada masalah atau perkara-perkara diluar jangkaan seperti tabiat pekerja yang tidak selamat semasa sesuatu aktiviti kerja dilakukan. Lampiran 3 menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa melakukan pemerhatian di tempat kerja.
4.1.3
Mengkaji Data dan Maklumat Kemalangan
Mengkaji/menilai semua data dan maklumat daripada kejadian kemalangan dan jenis kecederaan. Oleh yang demikian adalah penting bagi semua jenis kemalangan dari sekecil-kecil kemalangan termasuk kemalangan nyaris hendaklah dilaporkan dan disiasat dengan segera supaya dapat dipastikan semua punca yang menyebabkan kepada kemalangan tersebut berlaku. Satu prosedur melaporkan kemalangan yang tersusun dan teratur hendaklah disediakan bagi memudahkan pekerja melaporkan kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Lampiran 5 menunjukkan contoh proses aliran laporan kemalangan.
4.2 Kaedah penilaian dan penaksiran risiko.
11
Risiko adalah suatu kombinasi daripada kecenderungan berlakunya kejadian berhazard dengan menghasilkan kecederaan, keterukan/keparahan atau penyakit kepada manusia atau alam sekitar disebabkan oleh kejadian itu. Penaksiran risiko boleh diterangkan dalam beberapa cara untuk memaklumkan hasil analisa serta membuat keputusan bagaimana untuk mengawal risiko tersebut. Satu kaedah kualitatif digunakan kerana ianya sangat berkesan dan mudah difahami jika dimaklumkan kepada pekerja dinyatakan seperti di bawah:
SKOR
KEMUNGKINAN
HURAIAN
4
Sangat Mungkin
Boleh berlaku dengan kerap (setiap hari)
3
Mungkin
Boleh berlaku sekali sekala (setiap minggu)
2
Tidak Mungkin
Boleh berlaku tetapi jarang (setiap bulan)
1
Sangat Tidak Mungkin
Boleh berlaku tetapi kemungkinan tidak (setiap tahun)
Jadual 1 : Jadual Skor Kemungkinan
SKOR
KEPARAHAN/KETERUKAN
HURAIAN
4
Kematian
Kematian/hilang upaya kekal.
3
Kecederaan Teruk
Cuti sakit lebih 4 hari/ hilang upaya sementara.
2
Kecederaan Ringan
Cuti sakit maksima 4 hari
1
Kecederaan Yang Boleh Di Abai
Kemalangan hampir/First Aid.
Jadual 2 : Jadual Skor Keparahan/Keterukan.
Berdasarkan kepada jadual skor kemungkinan dan jadual skor keparahan/keterukan diatas, pengiraan risiko boleh dilakukan dengan menggunakan formula iaitu :
12
RISIKO = KEMUNGKINAN x KEPARAHAN. Contoh dibawah menunjukkan bagaimana pengiraan risiko dilakukan: a) Hazard Keselamatan – Jatuh dari tempat tinggi. Risiko = Kemungkinan x Keparahan. =3x4 = 12 b) Hazard Kesihatan – Mengangkat objek berat secara manual Risiko = Kemungkinan x Keparahan. =4x3 = 12
`KEPARAHAN AKIBAT
Sangat Mungkin (4) Mungkin (3)
Kematian
Kecederaan
Kecederaan
Kecederaan
(4)
Teruk (3)
Ringan (2)
First Aid (1)
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Rendah
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Rendah
13
Sederhana
Sederhana
Rendah
Rendah
Sangat Tidak Mungkin (1)
Rendah
Rendah
Rendah
Rendah
KEMUNGKINAN
Tidak Mungkin (2)
Suatu Jadual Matriks Penaksiran Risiko (Kualitatif) boleh dibuat dengan menyimpulkan hasil dari gabungan dan perkara tersebut dibawah:
Jadual 3 : Jadual Matriks Penaksiran Risiko (Kualitatif)
HAZARD
KEMUNGKINAN (a)
KETERUKAN (b)
RISIKO (a) x (b) = c
KEUTAMAAN
Jatuh dari tempat tinggi
3
4
12
TINGGI
Ditimpa objek
2
4
8
SEDERHANA
Terkena jentera
2
3
6
SEDERHANA
Jatuh dari aras yang sama
3
3
9
SEDERHANA
Mengangkat objek berat secara manual
4
3
12
TINGGI
Panas lampau dan tegasan haba
3
2
6
SEDERHANA
Jadual 4: Jadual Matriks Penaksiran Risiko Kuantitatif Berdasarkan kepada Jadual Matrik Penaksiran Risiko diatas, kadar risiko boleh dinilai dan di klasifikasikan seperti di bawah :
No
Kadar Risiko
Persamaan Risiko
14
Tidak begitu membahayakan tetapi terdapat langkah 1.
1–5 (Rendah)
kawalan yang mencukupi dan praktik untuk mengurangkan risiko. Risiko yang boleh diterima selepas penilaian risiko telah dilakukan dan langkah kawalan diambil secara
2.
6–9 (Sederhana)
berkala untuk mengurangkan risiko. Tindakan yang diambil perlu didokumenkan didalam form penaksiran risiko bersama-sama tarikh siap. Aktiviti perlu dihapuskan atau diubahsuai untuk mengurangkan tahap risiko, boleh diteruskan jika
3.
10 – 16 (Tinggi)
terdapat sebab yang spesifik dan releven. Tindakan yang diambil perlu didokumenkan didalam form penaksiran risiko bersama-sama tarikh siap. Jadual 4 : Jadual Tindakan Risiko.
5.0
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1
Senarai Hazard Yang Dikenalpasti
Hasil dari penaksiran yang dilakukan ke atas hazard di tempat kerja melalui Jadual Risiko Kualitatif dan Jadual Matriks Penaksiran Risiko, didapati bahawa terdapat 6 hazard yang perlu diberi perhatian oleh majikan dalam mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan
15
pekerjaan di tapak pembinaan. Hazard-hazard tersebut terdiri daripada 4 hazard keselamatan dan 2 hazard kesihatan.
No
Hazard Keselamatan
Hazard Kesihatan
1
Jatuh dari tempat tinggi
Mengangkat objek berat secara manual
2
Ditimpa objek
Panas lampau dan tegasan haba
3
Terkena Jentera
4
Jatuh dari aras yang sama
5.2
Keutamaan Hazard
Setelah hazard dikenalpasti, proses penaksiran risiko dibuat dengan menggunakan Jadual Matriks Penaksiran Risiko Kuantitatif. Berikut adalah rating risiko yang diperolehi mengikut keutamaan: NO
HAZARD
SKOR RISIKO
1
Jatuh dari tempat tinggi
12
2
Mengangkat objek berat secara manual
12
3
Jatuh dari aras yang sama
9
4
Ditimpa objek
8
6
Panas lampau dan tegasan haba
6
16
5.3
HAZARD YANG PALING KRITIKAL
Hasil daripada penyenaraian hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja dan penilaian yang dilakukan telah dapat mengenalpasti dua (2) hazard yang perlu diberi perhatian utama seperti yang dibincangkan di bawah.
5.3.1
Hazard Keselamatan
Hazard keselamatan yang paling kritikal ialah jatuh dari tempat tinggi. Hazard ini merupakan salah satu hazard utama di tapak binaan. Kerja-kerja binaan bangunan melibatkan banyak aktiviti dijalankan di aras yang lebih tinggi, contohnya kerja-kerja pemasangan perancah, pemasangan struktur bumbung dan sebagainya. Akibat yang paling teruk melibatkan hazard ini ialah kematian dan hilang upaya kekal. Akibat dari hazard ini bukan sahaja mengakibatkan penderitaan kepada mangsa dan ahli keluarga, malah turut menjejaskan produktiviti kerja, menjejaskan keuntungan syarikat, merosakkan imej syarikat dan tindakan perundangan ke atas syarikat yang melibatkan kos yang tinggi.
5.3.2
Hazard Kesihatan
Kerja-kerja mengangkat objek berat secara manual boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: a) b) c)
Statik – mengangkat barang di satu lokasi yang tetap Dinamik – mengangkat objek dari satu lokasi ke lokasi yang lain Kombinasi di antara static dan dinamik
17
Mengangkat objek berat secara manual banyak mendatangkan masalah kesihatan kepada pekerja. Hazard ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pekerja, malah ia turut mengakibatkan penurunan produktiviti dan kualiti kerja kerja. Antara akibat dari hazard ini kepad pekerja ialah: a) b) c) d) e) f)
Sakit atau bengkak pada bahagian kaki Sakit dan lenguh-lenguh pada otot Varicose Vein (urat timbul) Sakit pada bahagian belakang dan pinggang Stress pada bahagian bahu, tengkuk dan bahagian lain Kecederaan lain yang mungkin diakibatkan ole hazard ini ialah seperti radang sendi, terseliuh, slipped disc dan lain-lain
Berdasarkan perbincangan mengenai kedua-dua hazard yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa kerja seharian yang dilakukan oleh para pekerja di kawasan kajian amatlah berbahaya dan berisiko tinggi. Keadaan ini memerlukan perhatian serius dari pihak majikan bagi memastikan para pekerja berada dalam keadaaan sihat dan selamat.
5.4
KESAN DARI HAZARD PALING KRITIKAL KEPADA ORGANISASI
Di dalam kebanyakan sistem kerja, apabila unsur-unsur keselamatan dan kesihatan tidak diambilkira, akhirnya nanti ia akan memberi masalah kepada majikan. Apabila berlaku kemalangan atau kecederaan yang mengakibatkan kesan yang teruk seperti kematian atau hilang upaya kekal, majikan akan kerugian kerana kehilangan seorang pekerja yang mungkin mahir untuk sesuatu tugasan dan sukar untuk mencari penggantinya. Ini akan merugikan kerana mereka selalunya adalah pekerja yang telah mahir dan tidak perlu dilatih lagi untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
18
Pengambilan pekerja baru memerlukan pelbagai latihan diberikan kepada mereka, disamping menghantar mereka menghadiri untuk mendapatkan ‘green card’ di CIDB sebelum membolehkan mereka bekerja di tapak pembinaan. Latihan-latihan lain yang diperlukan ialah latihan induksi, latihan keselamatan dan juga latihan bagi melaksanakan tugasan seharian mereka.
Mereka ini
memerlukan masa untuk menjadi seorang pekerja yang cekap dan boleh menyebabkan berlakunya kelewatan di dalam menyiapkan tugasan mereka dan seterusnya akan turut mempengaruhi pencapaian progres projek secara keseluruhannya.
Selain itu majikan juga kemungkinan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membayar kos rawatan dan kos untuk rawatan susulan. Wang pampasan kepada ahli keluarga mangsa juga perlu dikeluarkan jika berlaku kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan teruk sehingga hilang upaya kekal.
Kemalangan yang berlaku yang memberi akibat yang teruk seperti kematian atau hilang upaya kekal biasanya akan menyebabkan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (JKKP) akan mengeluarkan arahan supaya menghentikan operasi untuk beberapa ketika bagi melakukan siasatan dan pihak majikan perlu mengambil langkah-langkah segera untuk memperbaiki keadaan tersebut. Apabila mendapat arahan menghentikan operasi buat sementara, ia memberi kerugian yang besar kepada syarikat kerana syarikat perlu menanggung kos-kos seperti penyewaan mesin dan gaji pekerja. Ia juga akan menyebabkan kelewatan projek yang dibina.
Projek yang lambat siap pembinaan akan menyebabkan syarikat perlu mengeluarkan kos tambahan. Apabila projek lambat siap dari tarikh yang ditetapkan syarikat akan terpaksa membayar “Gantirugi
19
Kelewatan Kerja” di mana kos ini biasanya melibatkan jumlah yang besar dan ini pasti akan merugikan syarikat.
Apabila berlaku sesuatu kemalangan yang memberi kesan yang teruk ia pasti akan menjejaskan imej syarikat.
Ia seolah-olah menggambarkan syarikat tidak mengambil berat terhadap isu-isu
keselamatan dan kesihatan pekerja.
Jika kemalangan tersebut melibatkan kes kematian dan
kemalangan yang mengerikan kemungkinan ia untuk didedahkan oleh pihak akhbar adalah tinggi. Siasatan lanjut juga akan dilakukan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Jabatan Kesihatan.
Jika banyak kemalangan ngeri dan melibatkan banyak kematian, ia boleh juga menyebabkan kepercayaan pihak yang berkenaan untuk memberi projek-projek baru kepada syarikat adalah kurang. Keadaan ini pasti akan menjejaskan prestasi kemajuan syarikat.
6.0
SARANAN DAN SEMAKAN SEMULA 6.1
Langkah Kawalan
Setelah proses pengenalpastian dan penaksiran risiko yang telah dijalankan, langkah-langkah bagi mengawal hazard-hazard tersebut perlu dilaksanakan. Biasanya langkah kawalan dibuat berdasarkan hirarki kawalan, iaitu: a) b) c) d) e) f)
Penghapusan Penggantian Pengasingan Kawalan Kejuruteraanan Kawalan Pengurusan Penggunaan Alat Perlindungan diri (PPE)
20
6.1.1
Hazard Keselamatan (Bekerja DitempatTinggi)
a)
Penghapusan Adalah mustahil untuk menghapuskan aktiviti kerja di tempat tinggi di dalam industri pembinaan kerana industri ini memerlukan pekerja bagi melakukan aktiviti kerja pada aras ketinggian mengikut kehendak dan cadangan pembangunan.
b)
Penggantian Langkah penggantian tidak boleh dilakukan semasa kerja dijalankan, namun ianya boleh dilakukan di peringkat rekabentuk. Penggunaan Industrial Building System (IBS) dapat mengurangkan bilangan pekerja yang terlibat dalam aktiviti kerja di tempat tinggi. Namun begitu, sistem ini masih lagi kurang mendapat sambutan kerana kontraktor di Malaysia masih selesa menggunakan sistem pembinaan konvensional.
c)
Pengasingan Langkah pengasingan boleh dilakukan dengan pemasangan pengadang, pita keselamatan, papan tanda amaran dan sebagainya bagi mengelakkan pekerja daripada terjatuh.
d)
Kawalan Kejuruteraan Pemasangan safetynett boleh diaplikasikasikan bagi mengelak atau menahan pekerja daripada terjatuh. Namun begitu, di kawasan kajian ini, tiada peruntukan yang disediakan oleh kontraktor utama untuk memasang safetynett tersebut.
e)
Kawalan Pentadbiran
21
Pengurusan memainkan peranan besar dalam mengawal hazard yang wujud di kawasan kajian ini. Antara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dalam mengawal hazard yang wujud ialah: i)
Mengadakan Toolbox Briefing kepada para pekerja mengenai risiko ketika berada di tempat tinggi, mengadakan latihan yang bersesuaian dan menghadkan kepada pekerja yang kompeten dan terlatih sahaja untuk bekerja di tempat
ii)
tersebut. Setiap aktiviti dikaji dan dikenalpasti risikodan langkah pencegahan dan pengawalan risiko, contohnya dengan menggunakan Analisis Kerja Selamat
f)
iii)
(JSA). Menyediakan Prosedur Kerja Selamat (SOP) bagi kerja-kerja yang melibatkan
iv)
ketinggian. Pemasangan perancah dilakukan dan diperiksa oleh orang yang kompeten.
Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian seperti safety harness dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa jika terjatuh.
6.1.2
Hazard Kesihatan (Mengangkat Objek Berat Secara Manual)
a)
Penghapusan Keadaan yang menyumbang kepada masalah ergonomic tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal dam dikurangkan.
b)
Penggantian Penggunaan jentera seperti loader, backhoe, forklift dan sistem takal bagi menggantikan tenaga manusia adalah munasabah tetapi terhad dalam keadaan tertentu
22
sahaja. Selain itu kos penggunaan jentera yang tinggi antara faktor kenapa ianya jarang digunakan.
c)
Pengasingan Kaedah ini tidak relevan bagi mengawal hazard berkaitan masalah ergonomik.
d)
Kawalan Kejuruteraan Penggunaan alatan mudah seperti sistem takal, kereta sorong dan jentera dapat membantu kerja-kerja mengangkat objek ini dingan mengurangkan penggunaan tenaga manusia.
e)
Kawalan Pentadbiran Pengurusan memainkan peranan besar dalam mengawal hazard yang wujud di kawasan kajian ini. Antara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dalam mengawal hazard yang wujud ialah: i)
Mengadakan program latihan bagi menerangkan teknik mengangkat yang betul dan menerangkan akibat-akibat yang mungkin berlaku kepada kepada mereka
ii) iii)
daripada aktiviti tersebut. Menggalakkkan para pekerja melakukan regangan sebelum memulakan kerja. Memberi kesedaran kepada pekerja kepentingan melaporkan sebarang tanda
iv) v)
berlakunya gejala yang berkaitan dengan kerja mengangkat baraang berat. Menyediakan waktu rehat yang kerap bagi menghilangkan stress fizikal. Mengadakan sistem penggiliran kerja.
23
f)
Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian seperti sarung tangan.
Langkah kawalan yang dicadangkan bukanlah penyelesaian menyeluruh kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia memerlukan kerjasama dari seluruh organisasi yang terlibat termasuk klien, pengeluar, pembekal, pengguna, pekerja atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini jelas terkandung dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu di bawah Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri dan Kewajipan Am Pekerja. Oleh itu, pihak pengurusan perlu memberikan komitmen sepenuhnya dan mengambil langkah dalam menghapuskan atau mengawal risiko melalui: a) Mengkaji dan menyemak semula program keselamatan dan kesihatan dengan kerap dan mengubahnya jika perlu. b) Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. c) Menggunakan maklumat terkini atau laporan dari organisasi seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan sebagainya. d) Menyediakan penyelia kompeten dengan secukupnya supaya kerja dapat diatur dengan berkesan, tidak menggunakan jalan pintas dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. e) Menggunakan penanda aras serta tataamalan yang baik. f) Mengadakan pemantauan berkala bagi memastikan keadaan sentaiasa dalam keadaan selamat dan mengambiltindakan pencegahan dengan segera.
24
g) Menjalankan kajian semula jika langkah yang diambil didapati tidak berkesan dengan keadaan semasa.
6.2
LANGKAH SEMAKAN SEMULA
6.2.1
Mengkaji dan menilai peruntukan Undang-undang, Peraturan, Garispanduan dan
Piawaian. Dalam sesuatau sistem pengurusan adalah amat penting untuk melakukan semakan semula terhadap keperluan peruntukan Undang-undang, Peraturan, Garispanduan dan Piawaian.
Ini adalah bagi
memastikan segala langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil memenuhi keperluan pematuhan kepada peruntukan dan piawaian yang ada.
Contohnya seperti peruntukan untuk memasang
perancah.
6.2.2
Mengkaji maklumbalas pekerja
Adalah amat penting di dalam mengambil langkah kawalan keselamatan dan kesihatan, turut memberi perhatian kepada maklumbalas yang diberikan oleh pekerja kerana para pekerja lah yang sentiasa berhadapan dengan risiko setiap hari. Mereka juga yang melakukan segala kerja di tapak binaan.
Kemungkinan maklumbalas yang diberikan adalah baik dan sesuai untuk dilaksanakan di
tapak projek seperti contoh pemakaian alat perlindungan diri (PPE).
6.2.3
Minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
25
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali mempunyai isu-isu yang perlu diberi perhatian. Segala isu-isu keselamatan dan kesihatan yang dibangkitkan perlu dibawa kepada pengetahuan pihak pengurusan supaya langkah sewajarnya boleh diambil dan diketahui umum serta dapat dilasanakan dengan mudah.
6.2.4
Mengkaji hasil pemeriksaan dan audit di tempat kerja
Bagi melakukan semakan semula, hasil pemeriksaan dan audit yang dilakukan di tempat kerja boleh dinilai untuk melihat di manakah isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar sering berlaku. Dengan mengenalpasti di mana isu-isu tersebut sering berlaku, majikan lebih mudah mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan dan mengawal hazard-hazrad yang terdapat di tapak pembinaan.
6.2.5
Mengkaji dan menilai proses kerja
Setiap proses kerja mempunyai hazard dan risiko yang berlainan. Oleh itu adalah penting untuk mengkaji setiap proses yang terlibat supaya semua aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa diambil perhatian. Dengan itu langkah kawalan yang khusus dapat diambil bagi mencegah dari berlakunya kemalangan di tapak pembinaan.
6.2.6
Menyediakan borang maklumbalas latihan dan kemahiran
26
Majikan boleh menyediakan borang maklumbalas latihan bagi mengetahui tahap kefahaman pekerja setelah mereka menjalani latihan.
Borang maklumbalas boleh digunakan sama ada pekerja
mengikuti latihan secara dalaman/ ‘in-housetraining’ atau yang mengikuti latihan secara luaran. Borang maklumbalas kemahiran pula boleh disediakan bagi diisi oleh pekerja setelah tiga atau enam bulan mereka menjalani latihan. Melalui kaedah ini majikan akan mengetahui tahap kemahiran pekerja dan tahap pengetahuan mereka terhadap aspek-aspek keselamatan dan kesihatan dan mereka benar-benar terlatih untuk melakukan kerja yang diperlukan.
6.2.7
Mengkaji rekod kemalangan dan kesihatan
Rekod kemalangan yang ada perlu dikaji dan dianalisa bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan, kawasan kemalangan, masa berlaku dan jenis kecederaan. Maklumat yang diperolehi dari rekod tersebut boleh dijadikan landasan kepada majikan untuk mengetahui kelemahan sistem yang ada dan seterusnya tindakan pembetulan dan pencegahan boleh diambil.
6.2.8
Menyemak rekod kecederaan, penyakit dan keracunan
Setiap kecederaan, penyakit dan kes keracunan perlu direkodkan bagi membolehkan kajian lanjut dilakukan terhadap kes yang berlaku. Ia juga boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan dan rujukan pada masa akan datang selain sebagai panduan kepada langkah kawalan yang hendak diambil.
6.2.9
Memeriksa rekod jentera/mesin
27
Semua rekod jentera dan mesin perlu disimpan dengan baik kerana jika berlaku sesuatu kemalangan, ia diperlukan sebagai maklumat penting dalam siasatan yang dilakukan. Oleh itu rekod-rekod yang berkaitan dengan jentera dan mesin perlu diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selenggaraan hendaklah dilakukan mengikut tempoh masa yang ditentukan oleh pengeluar atau peruntukan perundangan.
6.2.10 Menyemak rekod latihan pekerja Bekerja di tapak pembinaan bukan lah kerja yang boleh dilakukan dengan sambil lewa sahaja, sebaliknya pekerja perlu diberi latihan bersesuaian dengan kerja yang dilakukan di samping mengikuti latihan induksi dan khusus untuk ‘green card’.
Jika terdapat pekerja yang belum
mengikuti latihan yang diperlukan, majikan bertanggungjawab mengambil tindakan untuk memastikan mereka dihantar mengikuti latihan yang berkaitan.
6.3
MANFAAT LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Setiap usaha yang diambil untuk pengawalan, pencegahan, dan penghapusan hazard keselamatan dan kesihatan mempunyai manfaatnya.
Manfaat yang diperolehi oleh majikan
hasil dari langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil adalah banyak terutamanya dari segi kos yang tersembunyi.
Berikut adalah antara manfaat yang diperolehi hasil daripada langkah-langkah yang
telah diambil.
28
Manfaat yang paling ketara yang akan diperolehi ialah pengurangan jumlah kemalangan di tempat kerja. Ini akan memelihara imej syarikat dan akan meningkatkan keyakinan kerajaan kerana syarikat dapat menyiapkan projek pembinaan dengan baik tanpa melibatkan banyak kemalangan terutamanya kemalangan serius yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.
Kemalangan yang kurang berlaku di tapak pembinaan akan membolehkan syarikat menggunakan sepenuhnya tenaga pekerja yang ada dan perbelanjaan untuk bayaran gaji
pekerja dapat
dimanfaatkan sepenuhnya. Para pekerja dapat melakukan kerja dengan efektif tanpa ada gangguan dari segi pembaziran masa bekerja seperti cuti sakit, kecederaan dan kerugian dari segi harta benda.
Tahap keselamatan dan kesihatan pekerja akan meningkat. Mereka dapat melaksanakan tugas setiap hari tanpa rasa kurang selesa dan terancam dengan hazard yang ada. Ini akan meningkatkan motivasi para pekerja kerana mereka tidak rasa bimbang terhadap bahaya di tempat kerja dan secara tidak langsung mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja mereka. Keadaan ini merupakan situasi yang baik kepada syarikat kerana tidak menghadapi masalah disiplin atau motivasi yang rendah para pekerja.
Selain daripada itu, syarikat juga tidak memerlukan peruntukan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kos rawatan perubatan pekerja yang tercedera, kehilangan masa bekerja para pekerja. Syarikat juga tidak perlu membayar wang pampasan jika melibatkan kemalangan yang serius dan pekerja terpaksa berhenti kerja kerana sudah tidak berupaya untuk bekerja lagi atau pun melibatkan kematian pekerja.
29
Syarikat juga dapat mengelakkan dari membayar saman yang mungkin dikeluarkan oleh pihak Kerajaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga bebas dari notis atau arahan untuk mengambil beberapa langkah segera bagi tindakan pembetulan atau menghentikan operasi buat sementara waktu yang pastinya akan turut melibatkan kos yang merugikan syarikat.
Semakin lama seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, maka kemahirannya juga akan turut semakin tinggi. Untuk mendapatkan seorang pekerja yang mahir adalah sangat tinggi kosnya. Oleh itu, melalui program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan, secara tidak langsung syarikat dapat memastikan pekerja yang mempunyai kemahiran ini dapat terus bekerja dengan baik tanpa menimbulkan masalah seperti berlaku kemalangan. Dengan itu syarikat tidak perlu mengambil pekerja yang baru dan mengeluarkan perbelanjaan untuk melatihnya bagi memastikan pekerja tersebut benar-benar mahir.
Komitmen syarikat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin di tapak pembinaan kemungkinan akan membolehkan syarikat menerima penghargaan dan anugerah –anugerah seperti dari aspek keselamatan dan kesihatan atau alam sekitar yang diberikan oleh agensi kerajaan atau persatuan seperti Persatuan Pegawai Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH). 7.0 KESIMPULAN Pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah berkait rapat dengan pencegahan kemalangan, penyakit dan keracunan serta kebajikan orang yang sedang bekerja. Selain itu, semua pihak mesti berusaha untuk melindungi orang lain yang tidak berkaitan dengan sesuatu pekerjaan terlibat dengan kemalangan dari sesuatu aktiviti pekerjaan perusahaan yang dilakukan.
30
Pihak pengurusan mestilah memastikan semua kegiatan pekerjaan sama ada jentera, mesin, bahan yang digunakan dan sebagainya tidak membahayakan pekerja dan orang lain sejajar dengan cita-cita Negara untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Sementara itu para pekerja juga perlu turut sama menjaga keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja agar mereka terus dapat mencari rezeki tanpa memudaratkan keselamatan dan kesihatan mereka. Sebagaimana Allah memerintahkan supaya kita menjadikan semua kegiatan hidup sebagai beribadah kepada Allah menepati firmannya yang bermaksud “Dan ingatlah aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada aku”.
7.0
RUJUKAN/SUMBER 1. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan-Peraturan. MDC publisher Sdn Bhd. 2004.
31
2. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. Ergonomic Hazard
for
each
trade.
2005
http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000113/d000113.html 3. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. An Analysis of Fatal
Events
in
the
Construction
Industry
2003.
2005
http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0600/d000689/d000689.html 4. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. Fall – The Number
One
Cause
of
Construction
Deaths.
2005
http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000145/d000145.html 5. Factory And Machinery Act With Regulations. MDC Publishers Sdn Bhd. 2004 6. Manual Kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Modul 1, Modul 2, modul 3, Modul 4. 7. World
Weather
Information
Services.
2007
http://www.wordweather.org/020/c00078.htm 8. Dosh Guide Line for Hirarc 2008.
32