Rata-rata umat Islam hari ini tidak mengetahui tentang adanya usul dan furu` dalam `aqidah. Mereka menyangka feqah dan lain-lain cabang ilmu agama sahaja mempunyai usul dan furu`nya. Lebih mendukacitakan apabila ramai di kalangan yang berpendidikan agama juga didapati tidak menyedari dan memahami hakikat ini. Akibatnya sebahagian Sunni disisih mereka dari kalangan Ahli as-Sunnah, kerana semata-mata berbeza dalam furu` `aqidah. Walhal perbezaan dalam furu` `aqidah di kalangan `ulama‟ silam dapat dikesan dengan begitu banyak sekali. Apa yang mengikat mereka dalam ikatan Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah hanyalah persamaan dalam usul `aqidah bukan dalam furu`nya. Umat Islam kebelakangan ini juga malangnya tidak mengetahui apa sebenarnya perkara yang harus diterima sebagai usul `aqidah dan dan apa pula sebagai furu` `aqidah. Sebagai akibatnya lahirlah berbagai-bagai kecelaruan pemikiran, sangka buruk dan tuduh menuduh antara sesama Ahli as-Sunnah. Kertas kerja ini disusun untuk merungkai kemusykilan dan persoalan berkenaan dengan serba ringkas. 1.1 Di bawah ini dikemukakan beberapa sahaja daripada contoh-contoh penerimaan dan pengiktirafan oleh tokoh-tokoh `ulama‟ Sunni tentang istilah usul dan furu` `aqidah. 1.1.1 - Imam Nawawi (m.676H) di dalam al-Majmu` Syarah Muhazzabnya menulis:
1
Bermaksud: Sekiranya seseorang ragu terhadap mana-mana usul `aqidah yang tidak dapat tidak mesti dipercayai, dan keraguannya tidak hilang melainkan dengan mempelajari dalil-dalil mutakallimin, wajiblah atasnya mempelajari dalil-dalil itu demi menghilangkan keraguan dan mendapatkan usul tersebut. (lihat al-Majmu` j.1 m/s 25). 1.1.2 - Abu Hayyaan al-Andalusi (m.745H) di dalam Tafsirnya al-Bahru al-Muhith ketika mentafsirkan firman Allah }
{ menulis:
}
Bermaksud: Perkataan
{
di dalam firman Allah ini mungkin juga mengisyaratkan
kepada jalan-jalan yang diikuti para nabi tersebut berupa mentauhidkan Allah s.w.t. ialah jalan dan laluan yang sama. Tiada khilaf padanya dalam usul `aqidah. Malah apa yang dibawakan oleh para nabi itulah juga jalan (yang diikuti) Muhammad s.a.w. (lihat al-Bahru al-Muhith j.8 m/s 197) 1.1.3 - Ibnu `Ajibah (Ahmad bin Muhammad bin al-Mahdi m.1224H) di dalam Tafsirnya al-Bahru al-Madid ketika mentafsirkan firman Allah }
{
menulis: :
}
{
:
}
{
Bermaksud: Jalan dan ugama yang kamu ikuti itu adalah sama dalam usul `aqidahnya. Ia tidak berubah dengan berubahnya masa, iaitu tauhid dan lain-lain usul `aqidah. (lihat al-Bahru al-Madid j.4 m/s 186). 1.1.4 - al-`Allamah Mahmud al-Aalusi (m.1270H) di dalam Tafsirnya Ruhul Ma`ani ketika mentafsirkan firman Allah
2
menulis:
Maksudnya: Pernah saya lihat sebuah buku. Saya tidak pasti sekarang namanya, bahawa Nuh a.s. tidak diutuskan selain untuk membawa ajaran tauhid dan lainlain usul `aqidah. Baginda tidak diutuskan membawa ajaran furu`. (lihat Mahmud al-Aalusi-Ruhul Ma`ani j.17 m/s 149) 1.1.5 - Ketika ditanya tentang orang mati yang dikatakan diseksa dan dib eri ni`mat di dalam kuburnya itu adakah tubuhnya atau ruhnya atau kedua-dua sekali yang merasai azab atau ni`mat itu? Al-Allamah Rasyid Ridha (m.1354H) setelah mengemukakan perbedaan pendapat `ulama‟ tentangnya, menulis:
Maksudnya: Syukur kepada Allah s.w.t. kerana mereka (para `ulama‟) tidak menganggap masalah ini sebagai salah satu usul `aqidah yang dihukum kafir orang yang tidak mempercayainya. (lihat Majallah al-Manaar j.8 m/s 256). 1.1.6 - `Allamah `Abdur Rahman al-Mu`allimi al-Yamani (m.1386H) di dalam bukunya „at-Tankil bima fi Ta‟nib al-Kautsari minal Abaathil‟ menulis:
Maksudnya: Perkara ini hanya diperlukan dalam furu` `aqidah yang tidak mengapa tidak mempercayainya. (lihat at- Tankil Bima Fi Ta‟nib al -Kautsari Minal Abaathil j.3 m/s 282).
2.1 - Usul `aqidah ialah perkara-perkara yang mesti dipercayai dan ia menentukan Islam atau tidaknya seseorang. 2.2 - Usul `aqidah adalah perkara-perkara yang diterima oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jama`ah sebagai `aqidah pokok dan usul bagi Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 2.3 - Ayat-ayat al-Qur‟an yang muhkam dan Qath`i dalalahnya sahaja merupakan satu-satunya sumber usul `aqidah yang disepakati oleh semua golongan Ahli asSunnah. 2.4 - Antara usul `aqidah yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah:
3
2.4.1 - Percaya kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifatNya yang sempurna. Maha suci Ia daripada segala kekurangan. Tidak ada suatu apa pun yang menyerupaiNya. 2.4.2 - Percaya bahawa tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib secara mutlaq selain Allah. 2.4.3 - Percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi lagi rasul dan beliau adalah utusan Allah yang terakhir. 2.4.4 - Percaya akan adanya hari kemudian dan hari pembalasan, merangkumi alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka sebagai perkara-perkara yang benar. 2.4.5 - Mempercayai adanya dosa dan pahala bagi amalan baik atau buruk yang dilakukan oleh manusia mukallaf. 2.4.6 - Mempercayai bahawa Allah ada mengutuskan sekian banyak hambahambaNya dari kalangan manusia sebagai nabi-nabi dan rasul-rasul untuk membimbing manusia di dunia ini. 2.4.7 - Mempercayai Allah ada menurunkan kitab-kitab suciNya kepada rasulrasul tertentu sebagai hidayat kepada kaum mereka masing-masing. Antaranya ialah kitab Taurat, Zabur dan Injil. 2.4.8 - Mempercayai Al-Quran sebagai kitab dari Allah yang terakhir dan ia terpelihara daripada sebarang tokok tambah dan penyelewengan. 2.4.9 - Mempercayai kewujudan Malaikat dan mempercayai bahawa mereka adalah makhluk Allah yang sangat ta`at kepadaNya. Mereka sama sekali tidak menderhakai Allah. 2.4.10 - Mempercayai qadha‟ dan qadar (taqdir), baik dan buruknya adalah daripada Allah s.w.t. 2.4.11 - Percaya tentang adanya makhluk-makhluk lain yang terlindung dari pandangan mata kasar manusia seperti jin syaitan dan lain-lain. 2.4.12 - Percaya tentang para rasul ada dikurniakan mu`jizat-mu`jizat tertentu oleh Allah `Azza wa jalla. 2.4.13 - dan lain-lain. 4
Furu` `aqidah ialah perkara-perkara `aqidah yang tidak disepakati di kalangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Ia tidak menentukan Islam dan Kufurnya seseorang. Berbeda pendapat tentangnya juga tidak mengeluarkan seseorang dari daerah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 3.1 - Al-Qur‟an yang tidak qath`i dalalahnya dan hadits-hadits yang sahih merupakan sumber furu` `aqidah. 3.2 - Antara usul dan furu` `aqidah, furu` terbukti lebih banyak dan lebih luas berbanding dengan usul `aqidah. 3.3 - Perbezaan dalam furu` `aqidah tidak menjadikan seseorang kafir dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Paling tinggi pun dalam setengah-setengah perkara ia membawa seseorang menjadi ahli al-bid`ah wal al-ahwa` atau pendapatnya dianggap syaz (ganjil) sahaja, tetapi ia masih lagi Islam. 3.4 - Termasuk di bawah furu` `aqidah antara lainnya ialah kepercayaankepercayaan dan perkara-perkara berikut: 3.4.1 - Iman itu basithkah atau murakkab dan adakah ia boleh bertambah dan berkurang? 3.4.2 - Dapat atau tidak manusia melihat Allah semasa hidup di dunia ini. 3.4.3 - Nabi-nabi, adakah terdiri dari kalangan laki-laki sahaja atau ada juga dari kalangan perempuan. 3.4.4 - Setelah mati apakah semua bahagian tubuh manusia akan binasa atau ada yang tidak binasa. 3.4.5 - Kalam Allah itu bersuarakah atau ia tidak berhuruf dan bersuara. 3.4.6 - Ibu bapa nabi kita Muhammad s.a.w. telah meninggal dunia sebagai muslim atau tidak? 3.4.7 - Adakah Allah s.w.t. itu „sesuatu‟ atau tidak? 3.4.8 - Sifat-sifat Allah itu adakah ia `ain zatNya (zat Allah itu sendirikah) atau bukan `ain zatNya. 3.4.9 - Khadhir yang tersebut di dalam hadits-hadits sahih dan hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s. itu adakah nabi atau wali atau malaikat? 5
3.4.10 - Bahkan kepercayaan tentang akan muncul di akhir zaman Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan lain-lain, meskipun sahih berdasarkan Hadits Mutawatir ma`nawi, namun masih lagi dianggap oleh sekumpulan besar `ulama‟ sunni sebagai furu` `aqidah.
4.1 - Perbedaan pendapat dalam menentukan elok atau tidak eloknya sesuatu. Adakah ia bergantung kepada ketentuan `aqal atau Syara`. Maturidiyah berpendapat ia bergantung kepada ketentuan `aqal. Asya`irah pula berpendapat ia bergantung kepada ketentuan Syara`. 4.2 - Kedua-dua golongan, Asya`irah dan Maturidiyah menerima kalam Allah yang sebenarnya ialah kalam nafsiNya. Tetapi adakah kalam nafsi Allah itu boleh didengar atau tidak. Kata Maturidiyah, tidak boleh didengar. Apa yang didengar oleh Nabi Musa a.s. misalnya hanyalah sesuatu yang menunjukkan kalam nafsi Allah sahaja. Asya`irah pula berpendapat ia boleh didengar. 4.3 - Allah tidak mentaklifkan (membebankan) manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Asya`irah pula berpendapat, ia (menurut `aqal) boleh jadi berlaku. Al-Isfiraini dan al-Ghazali adalah antara tokoh Asya`irah yang tidak bersetuju dengan Asya`irah dalam masalah ini. 4.4 - Menurut Maturidiyah, Allah tidak berlaku zalim. Mustahil pada akal Tuhan berlaku zalim. Asya`irah pula berpendapat, tidak mustahil (pada akal). 4.5 - Menurut Maturidiyah, mengenal Allah wajib atas seseorang dengan sebab ia berakal (ada akal). Menurut Asya`irah pula ia wajib dengan sebab Syara`, bukan dengan sebab akal semata-mata. 4.6 - Menurut Maturidiyah, setiap perbuatan Allah mesti ada hikmat dan illatnya. Sedangkan Asya`irah berpendapat tidak, malah tidak boleh dikatakan begitu. 4.7 - Maturidiyah berpendapat, iman muqallid (orang yang mengikut orang lain semata-mata tanpa menggunakan pemikiran sendiri) adalah sah. Asya`irah pula berpendapat tidak sah. Kerana syarat sah iman di sisi mereka ialah mengetahui setiap masalah `aqidah dengan dalil `aqli yang putus.
6
4.8 - Manusia mempunyai usaha )
( dan ikhtiar dalam melakukan sesuatu perkara.
Usaha dan ikhtiarnyalah yang memberi bekas terhadap sesuatu yang dibuatnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Tetapi Asya`irah berpendapat, semua perbuatan ikhtiari manusia berlaku dengan kudrat Allah semata-mata. Allah jualah yang memberi bekas pada semua perbuatannya. 4.9 - Menurut
Maturidiyah iman tidak bertambah dan berkurang. Sedangkan
menurut pendapat yang masyhur dan popular di kalangan Asya`irah ialah iman boleh bertambah dan berkurang. 4.10 - Asya`irah berpendapat, taubat orang yang sedang naza` tidak diterima Allah. Sedangkan Maturidiyah berpendapat taubatnya masih diterima Allah. 4.11 - Menurut Maturidiyah, menanggap dan merasai sesuatu dengan pancaindera bukanlah ilmu. Ia ia tidak lebih daripada sarana untuk mendapat ilmu. Sedangkan Asya`irah sudah mengiranya sebagai ilmu. 4.12 - Kata Maturidiyah, orang celaka boleh menjadi bahagia dan orang yang bahagia pula boleh menjadi celaka. Sementara golongan Asya`irah pula berpendapat, kecelakaan dan kebahagiaan seseorang itu hanya akan pasti ketika ia meninggal dunia. Penghujung hidupnyalah yang menentukan sama ada ia seorang bahagia atau celaka. 4.13 - Bagi Maturidiyah, orang kafir tidak boleh dimaafkan (diampunkan) Allah menurut (hukum) akal. Sedangkan bagi Asya`irah, kalau menurut akal boleh saja. Tetapi menurut Syara` pula tidak boleh. 4.14 - Menurut Maturidiyah sifat takwin adalah sifat zat yang azali bagi Allah s.w.t. Takwin di sisi mereka bukan mukawwan. Bagi Asya`irah, ia adalah sifat fi`il Allah. Justeru ia merupakan sesuatu yang haadits. 4.15 - Di sisi Maturidiyah, tidak harus pada `aqal dan Syara` Allah menyalahi janji baik atau janji buruk yang dibuatNya, misalnya dengan mengekalkan orang-orang mu‟min di dalam neraka dan mengekalkan orang-orang kafir di dalam syurga. Di sisi
Asya`irah, meskipun semua itu harus pada akal, namun ia tidak harus pada Syara`. 4.16 - Maturidiyah dan Asya`irah berbeda pendapat tentang sifat „kun‟ ) ( yang dengannya Allah menjadikan segala sesuatu. Maturidiyah berpendapat ia kinayah kepada segeranya penciptaan Allah. Ia bukan perkataan sebenar. Dikatakan 7
perkataan hanya secara majaaz sahaja. Asya`irah pula berpendapat, kejadia segala sesuatu berkait dengan kalam azali Allah s.w.t. Dan perkataan „kun‟ ) ( itu menunjukkannya. 4.17 - Maturidiyah berpendapat, taufiq bererti Allah memudahkan dan menolong seseorang. Menurut Asya`irah pula taufiq bererti Allah menjadikan kemampuan di dalam diri hambaNya untuk melakukan keta`atan. 4.18 - Maturidiyah dan Asya`irah berbeda pendapat tentang amalan orang murtad yang terhapus dengan sebab kemurtadannya. Adakah ia dikira semula setelah si murtad itu kembali memeluk agama semula atau tidak? Maturidiyah berpendapat, ia dikira semula. Asya`irah pula berpendapat, tidak, malah ia terhapus terus. 4.19 - Maturidiyah dan Asya`irah berbeda pendapat tentang orang-orang kafir, adakah mereka akan diseksa kerana meninggalkan segala perkara yang difardhukan dan diwajibkan, di samping kerana kekufuran mereka? Maturidiyah berpendapat, mereka akan diseksa kerana kekufuran, bukan kerana meninggalkan perkara-perkara yang difardhu dan diwajibkan. Asya`irah pula berpendapat, mereka akan disekasa kerana meninggalkan kedua-duanya. 4.20 - Mereka berbeda pendapat tentang kema`shuman )
( para nabi. Asya`irah
menafikan kemungkinan para nabi melakukan dosa-dosa besar secara mutlaq. Mereka hanya mengharuskan berlaku dosa-dosa kecil pada para nabi secara tidak sedar. Ada juga di kalangan Asya`irah orang-orang yang menafikan kemungkinan para nabi ada melakukan dosa-dosa secara mutlaq, seperti al-Isfiraini dan Qadhi `Iyaadh. Begitulah pendapat Maturidiyah.
5.1 - Asya`irah berbeda dengan Imam Bukhari daripada segi menanggap kalam Allah itu tidak berhuruf dan bersuara. Adapun Bukhari, beliau mempercayai kalam Allah itu bersuara, hanya ia tidak berhuruf sahaja. 5.2 - Jumhur Asya`irah dan Maturidiyah berbeda dengan Ibnu Hazam daripada segi mereka misalnya tidak menerima adanya nabi-nabi dari kalangan wanita. Sedangkan Ibnu Hazam berpendapat ada juga wanita yang dipilih menjadi nabi seperti ibu Nabi Musa a.s. dan ibu Nabi Isa, Maryam a.s.
8
5.3 - Ahlu Hadits dan Salafiyah menerima tauhid al-Uluhiyah, rububiyah dan alAsmaa‟ wa as-Sifat sebagai landasan `aqidahnya. Asya`irah pula menerima 20 sifat
Tuhan yang wajib diimani. Pada asalnya mereka menerima hanya 13 sifat Tuhan sahaja. Setelah ditambah dengan 7 sifat ma`nawiyah yang diterima Maturidiyah, jadilah 20 kesemuanya. 5.4 - Asya`irah dan Maturidiyah tidak menerima hadits ahaad sebagai sandaran dalam bab `aqidah, sedangkan Salafiyah dan Ahli al-Hadits menerimanya. 5.5 - Qadha‟ dan qadar menurut Asyairah terbahagi kepada mu`allaq dan mubram. Salafiyah dan Ahli al-Hadits pula membahagikannya kepada kauni dan syar`i. Ibnu al-Qayyim telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perbezaan pembahagian seperti itu di dalam kitabnya Syifaa‟ al-`Alil. 5.6 - Asya`irah pada umumnya memakai qaedah t a‟wil apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan hadits-hadits mutasyabihat. Golongan Salafiyah pula mentafwidhkan terus (menyerahkan) ma`nanya kepada Allah. Sementara segolongan Salafiyah yang lain pula mengitsbatkan terlebih dahulu ma`na asalnya, kemudian baru diserahkan hakikat ma`nanya kepada Allah. Bagaimanapun kesemua mereka tetap tidak menyerupakan Allah dengan sekalian makhlukNya.
6.1 - Tidak memahami konsep usul dan furu` `aqidah dengan baik. 6.2 - Asya`irah dianggap golongan yang mesti menta‟wil ayat-ayat dan hadits-hadits mutasyabihat. Padahal mereka adakalanya menerima saja ayat-ayat dan hadits-hadits itu tanpa sebarang ta‟wilan. Sementara golongan Salafiyah pula dianggap langsung
tidak menerima kaedah ta‟wil. Padahal mereka juga adakalanya tidak dapat mengelak diri daripada ta‟wil. 6.3 - Penggunaan istilah-istilah oleh `ulama‟ tertentu yang disalah ertikan. Misalnya penggunaan istilah Ahlus Sunnah Wal Jama`ah untuk kumpulan mereka sahaja, penggunaan perkataan
atau
dan sebagainya.
6.4 - Ta`sub, jumud, tidak mahu menerima langsung perbezaan dalam perkaraperkara yang masih boleh berbeza. 9
7.1 - Meraikan setiap perbezaan antara aliran-aliran Ahli Sunnah Wal Jama`ah dalam permasalahan furu` `aqidah. 7.2 - Saling bantu membantu antara kesemua aliran Ahli Sunnah Wal Jama`ah dalam usaha menegakkan Islam. 7.3 - Menegur secara bijaksana dan berhemah jika berlaku kesilapan. 7.4 - Tidak mentohmah, memfitnah, menuduh, mencerca, dan memaki hamun antara sesama Ahli Sunnah Wal Jama`ah, sebaliknya memperakui dan mengenang setiap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh setiap `ulama‟ dari setiap aliran. 7.5 - Mengenepikan perbezaan furu` `aqidah antara Ahli Sunnah Wal Jama`ah dan memberi sepenuh tumpuan kepada ancaman sebenar terhadap Islam. 7.6 - Meneladani tokoh-tokoh `ulama‟ Sunni di seluruh pelosok dunia yang berfikiran terbuka dan bersangka baik terhadap semua aliran Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 7.7 - Mempelajari kitab-kitab `aqidah semua aliran Sunni dengan saksama. Lebih baik lagi jika kesemuanya dimasukkan dalam sukatan pengajian di pusat-pusat pengajian. Beberapa jawapan berupa ta`rif dan pengenalan telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan persoalan ini. Di bawah ini dikemukakan dua sahaja daripadanya: 8.1 - Ahlus Sunnah Wal Jama`ah itu terdiri daripada tiga golongan (1) Ahlu alHadits wa al-atsar (2) al-Asya`irah dan (3) al-Maturidiyah. Demikianlah pengenalan yang diberikan oleh as-Safaarini dan lain-lain. 8.2 - Ahlus Sunnah Wal Jama`ah itu terdiri dari tiga golongan. Mereka ialah (1) Ahlu ar-Ra‟yi wa an-Nazar (2) Ahlu al-Hadits wa al-atsar dan (3) Ahlu al-Kasyfi wa alWijdaan (Ahli Tasauf). Demikianlah pengenalan yang diberikan oleh Murtadha az-Zubaidi (m.1205H). 8.3 - Dan banyak lagi yang lain.
10
8.4 - Sebaik-baik ta`rif Ahlus Sunnah Wal Jama`ah ialah yang diberikan oleh rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda s.a.w. bersabda:
Bermaksud: Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 puakdan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya di neraka melainkan satu puak sahaja. Para sahabat bertanya: “Siapakah satu puak itu wahai Rasulallah?” Jawab Baginda s.a.w.: “Ia adalah puak yang berada di atas landasanku dan landasan para sahabatku.”
(Hadits riwayat Tirmizi, Thabaraani, al-Haakim dan lain-lain). Jika hadis Rasulullah s.a.w. ini dijadikan panduan, nescaya ta`rif Ahlus Sunnah itu dapat menampung lebih banyak jumlah pengikutnya dan lebih luas konsep penerimaannya. Ia tentunya akan merangkumi golongan Asya`irah dan Maturidiyah yang mewakili Ahli ar-R a‟yi wa an-Nazar dan juga golongan Salafiyyah yang mewakili Ahli al-Hadits wa al-Atsar. 8.5 - Jika Ahli Sunnah hanya Asya`irah dan Maturidiyah sahaja, bagaimana dengan orang-orang yang telah berlalu sebelumnya seperti Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi`e Ahmad dan lain-lain. Adakah mereka itu bukan Ahlus Sunnah kerana pada masa itu belum wujud lagi Asya`irah dan Maturidiyah atau mereka itu juga Ahlus Sunnah? Jika mereka itu diterima sebagai Ahlus Sunnah, apakah nama yang sesuai untuk mereka? Berdasarkan bukti sejarah, mereka dikenali sebagai golongan Salaf atau Salafiyyah
Kesatuan dan kesefahaman antara golongan-golongan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah sangat perlu bagi menjamin keharmonian umat Islam. Kesepakatan mereka boleh membentuk satu kuasa besar untuk menghadapi pelbagai cabaran terhadap agama Islam. Untuk itu mereka mestilah saling berkasih sayang, tolong menolong, bertolak ansur, mencari titik persefahaman, tidak tuduh menuduh dan tidak mengkritik tokoh-tokoh setiap aliran sebagai sesat dan menyeleweng.
11
.