“Kita perlu mengambil kira unsur kerohanian dalam menentukan kayu pengukur pencapaian sesebuah tamadun”
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kita perlu mengambil kira unsur kerohanian dalam menentukan kayu pengukur pencapaian sesebuah tamadun.Saya bersetuju dengan pernyataan
eperc ayaan n dan tersebut kerana ciri-ciri asas tamadun termasuklah s is tem k epercayaa agam ag ama. a. Contohnya ialah Tamadun Islam. Islam. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha memastikan memastikan kehidupan mereka mencapai mencapai kesempurnaan kesempurnaan kemanusiaan, kemanusiaan, agar mendapat melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun.Kemunculan tamadun Islam di Madinah contohnya, begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang
‘
menyeluruh’ beserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.
Islam tidak sekadar agama yang mengatur hal-hal kerohanian bahkan Islam adalah cara hidup ( way of life) yang life) yang menyediakan panduan dalam segenap
aspek kehidupan manusia. Justeru tidak berlaku pemisahan di antara hal-hal keduniaan dengan hal-hal kerohanian. Konsep keimanan atau kepercayaan dalam Islam berbeza dengan konsep kepercayaan yang ada pada agama yang lain kerana umat Islam tidak sekadar mengiktiraf Allah S.W.T sebagai pencipta di dalam hati dan kata-kata tetapi menterjemahkannya dengan perlakuan melalui pelaksanaan terhadap suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, sama ada yang berkaitan dengan hal keduniaan mahupun keagamaan. Ini bermakna tamadun Islam dibina di atas dasar keimanan kepada Allah S.W.T, justeru setiap apa yang dibangunkan, ditingkatkan dan dicapai hendaklah tidak bercanggah dengan konsep keimanan kepada Allah.
Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi
Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasullullah S.A.W. , mengandungi prinsipprinsip asas agama Islam dan ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh manusia bagi membangunkan ketamadunan mereka. Ia meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun seperti akidah, syariah, akhlak, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ekonomi, sosial, budaya, dan sebagainya.
Tamadun Islam adalah tamadun yang transenden iaitu bersifat kewahyuan yang berpaksikan Quran dan Sunnah. Peranan Quran dan Sunnah begitu penting dalam memberikan jawapan tentang ketuhanan, syariat, nilai-nilai dan prinsip kehidupan manusia. Ini menunjukkan bahawa tamadun Islam bukanlah sesuatu yang lahir dari cetusan fikiran manusia, atau dorongan nafsu manusia semata-mata tetapi berkembang subur di bawah lindungan dan bimbingan wahyu Allah dan Sunnah Nabi. Oleh itu persoalan prinsip, dasar dan nilai tamadun Islam itu adalah bersifat tetap. Dengan cara itu, tamadun Islam walaupun berkembang tetapi tetap terkawal kerana ia mempunyai ikatan yang paling kuat dengan aspek agama dan ketuhanan. Kepercayaan dan agama ( kerohanian) merupakan aspek yang penting dalam kajian ketamadunan. Oleh sebab itu, peranan agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia.Tamadun pula merujuk kepada suatu taraf pencapaian daripada segi pembangunan sosial, keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi yang bertamadun.
Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan kerohanian,, perbincangan harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai penggerak tamadun yang luhur. Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan
sejarah tamadun-tamadun besar besar dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria Babylonia,, Mesir Purba, China, Lembah Indus misalnya mempunyai system kepercayaan yang membentuk tamadun tersebut ( Osman Bakar, 2009:10) Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Dari tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana kepercayaan dan agama
mempunyai
talian
yang
begitu
rapat
dengan
tamadun.Bukti-bukti
peninggalan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan yang berasaskan kepercayaan dan beragama.
Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memisahkan nilainilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang
lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri daripada kalangan orang Islam. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa kemajuan umat Islam tercapai dengan
ketinggian
penyusunan
birokrasi,ketenteraan,
ekonomi,
kesenian,
keintelektualan dan perkembangan saintifik yang ditentukan oleh ajaran Islam iaitu berlandaskan A qidah, S yariah, dan A khlak. Muhammad Abduh (m. 1905) mengatakan asas peradaban adalah berpusat kepada Rasul, Nabi dan Petunjuk Agama ( M.A.J. Beg, 19885:31). Dalam bukunya Tafsir al- Manar, beliau membuat satu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama.
K esimpulannya, uns ur k erohanian adalah as pek penting dalam menentukan kayu peng ukur pencapaian s es ebuah tamadun.