UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
UNIT 6
DASAR-DASAR & HALA TUJU PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH NAMA NUR AISYAKIRIN BINTI ABU BAKAR
NO. MATRIK D20162076023
KUMPULAN : P PENSYARAH : DR. ROSMAH OSMAN
KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH & DASAR
SEMESTER 2 SESI 2016/201 2016/ 2017 7
Siri Pembelajaran Aktif
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
UNIT 6
SINOPSIS
Hasil Pembelajaran Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat: i. Menerangkan jenis dan hala tuju perkembangan pendidikan pendidikan mengikut era ii. Membincangkan kriteria dasar & hala tuju pendidikan era masyarakat tradisional. iii. Menganalisis perkembangan pendidikan semasa era penjajahan. iv. Membandingbezakan Membandingbezakan matlamat pendidikan terhadap pembangunan insan dan negara pada pada era sebelum dan selepas merdeka.
Kandungan
Halaman
6.0 Pemetaan Ringkasan Kandungan.
2
6.1 Hubungkait falsafah pendidikan, dasar pendidikan & sistem pendidikan
3
Malaysia. 6.2 Kepentingan dasar-dasar pendidikan di Malaysia.
4
6.3 Pengaruh dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan insan
5
dan negara. 6.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)
6
6.5 Dasar-dasar pendidikan di Malaysia
7
1
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Rujukan: http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf UNIT 6
6.0
Pemetaan Ringkasan Kandungan
UNIT 6 Hubungkait Falsafah Pendidikan, Dasar Pendidikan & Sistem Pendidikan
2
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Sistem Pendidikan Malaysia
FALSAFAH PENDIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
Falsafah Pendidikan dan Dasar Pendidikan Memperkenalkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Mewujudkan insan yang setanding dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai contoh KBSM dan KSSR
SISTEM PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIKAN Falsafah pendidikan dibentuk berdasarkan sistem pendidikan yang ada bagi memastikan murid memperkembangkan potensi mereka dengan baik
3
DASAR PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIDKAN Sistem pendidikan adalah suatu strategi atau cara yang akan digunakan untuk melakukan proses belajar dan mengajar untuk mencapai tujuan agar para pelajar tersebut dapat secara aktif berdasarkan dasar-dasar yang telah digubal. Sebagai contoh Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah MenengahPeringkat Tertinggi
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
NIT 6
6.2 Kepentingan Dasar -dasar Pendidikan di Malaysia i. _Dasar ______ kawalan _
iv. Dasar Inovasi _
DASARDASAR PENDIDIKAN
ii Dasar Kebajikan
iii. Dasar Solusi
Dasar Pendidikan i. . Kebajikan
4
Keterangan
Contoh
- Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu -Yuran pendidikan merupakan suatu kebajikan. Pendidikan percuma merupakan hak asasi kanak-kanak kerana -Pemberian pendidikan merupakan agen perubahan dan pinjaman buku teks sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah secara menyeluruh mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan - PTPTN kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi. - Biasiswa Pendidikan dapat mengubah status individu - RMT dan struktur sosial, ekonomi dan politik. -Skim Insurans - Menerusi pendidikan dasar ini berkaitan Pelajar dengan usaha memperbaiki kebajikan & - KWAMP perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. - Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini,
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan.
ii. Solusi
- Solusi adalah penyelesaian masalah. Dasar - Dasar 60 pelajar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah Sains dan 40 yang memberi tumpuan kepada aspek sosial pelajar sastera. dan ekonomi. Dasar ini terbentuk reaktif - Dasar 1 pelajar 1 kerana bertujuan untuk mengatasi masalah sukan yang timbul. - Dasar PPSMI - Hal ini disebabkan trend atau perkembangan - Dasar MBMMBI semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan - Dasar Keciciran prioriti manusia dan ekonomi semasa. Sifar Pendidikan merupakan proses yang - Dasar Integrasi melibatkan interaksi di antara sesame Nasional manusia, manusia dengan persekitaran dan - Dasar Sekolah manusia dengan sistem. Interaksi yang Selamat berlaku tidak selalunya lancer, kerap kali - Dasar Sekolah interaksi yang berlaku mengalami gangguan Khas dan halangan. - Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan.
iii. Kawalan
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. - Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. - Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah kesinambungan
5
- Rang UndangUndang Pendidikan - Akta Pendidikan (1961 & 1996) - Peraturan & Tatatertib Dalam Pendidikan - Undang-undang Pendidikan - Tatacara Disiplin
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur.
iv. Inovasi
-Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. - Dasar jenis ini bersifat futuristic-pragmatik kerana cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. - Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini.
UNIT 6
6.3
Pengaruh Dasar-dasar Pendidikan Terhadap Pembangunan Insan dan Negara
6
1) Jenis sekolah : - Sekolah Bestari - Sekolah Kluster - Sekolah Berprestasi Tinggi 2) Tumpuan sekolah : - Sekolah Sukan - Sekolah Seni 3) Bahan pengajaran : - Berasaskan IT dan multimedia 4) Kurikulum : - ICT dalam pendidikan 5) Pentaksiran : - Pentaksiran Berasaskan Sekolah 6) Profesionalisme : - Latihan dalam perkhidmatan & pembelajaran berterusan
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
7
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
1 murid 1 sukan iaitu mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya 1 sukan. Sebagai contoh sukan tahunan sekolah. Seterusnya ialah MBMMBI. Membina insan yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Sebagai contoh bidang media IST. Selain itu ialah, Korikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam modul pengajaran. Tambahan lagi ialah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini bagi mewujudkan insan holistik dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek seperti membuat aktiviti kokurikulum. Seterusnya ialah NKEA. NKEA ialah untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja dipertingkatkan seperti pendidikan kemahiran. Selain itu juga ialah NKRA. NKRA ini ditubuhkan untuk memastikan anak bangsa mendapat akses pendidikan yang berkualiti, berfikiran kretif dan inovatif seperti celik ICT. Akhir sekali ialah, Transformasi Pendidikan Vokasional. Dasar pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan rakyat yang berfikiran kritis dan mempunyai sahsiah diri dan juga interpersonal diri yang tinggi. Sebagai contoh Sistem Latihan Dual Nasional.
8
1 murid 1 sukan iaitu Inisiatif yang membolehkan murid mencapai dan menyampaikan kemahiran serta ilmu. Sebagai contoh di peringkat ASEAN. Seterusnya ialah, MBMMBI. MBMMBI ialah untuk membentuk jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa seperti di PPSMI. Seterusnya ialah Korikulum Standard Sekolah Rendah. Ini diwujudkan untuk memastika anak bangsa dipupuk dengan semangat cinta akan Negara dengan ketrampilan diri. Selain daripada itu ialah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini untuk meningkatkan dan menjamin mutu pendidikan Negara. Dengan pendidikan bertaraf antarabangsa. Seterusnya ialah NKEA. NKEA ini adaah bertujuan untuk berusaha kea rah mentransformasikan Negara untuk menjadi sebuah Negara yang berpendapatan tinggi. Seperti program transformasi Negara. Akhir sekali ialah, Transformasi Pendidikan Vokasional. Ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan memenuhi kehendak komersial dan industri. Seperti sijil kemahiran Malaysia.
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Apakah DPK?
Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan negara, sosial, ekonomi dan politik selaras prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bagaimanakah DPK dibentuk?
Sejarah pembentukan DPK bermula apabila wujud kesedaran tentang kepentingan pembentukan suatu sistem pendidikan baru bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang tidak mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identity kebangsaan dan perpaduan negara. Melalui kesedaran ini lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun Dasar Pendidikan telah disemak semula pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 Apakah objektif DPK?
- untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara. - menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. - memenuhi keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat berdisiplin, bersatu adu dan terlatih. Apakah kesan pelaksanaan DPK?
- Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan dan Bahasa pengantar yang
utama - Kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia diadakan - Sistem peperiksaan yang sama untuk rakyat Malaysia - Menyediakan pendidikan seimbang dan bersatu padu untuk para pelajar - Pendidikan asas untuk setiap kanak-kanak ditetapkan sembilan tahun - Memberi peruntukan kepada pelajar yang kurang bernasib dan pelajar kawasan luar bandar - UNIT Melahirkan individu yang seimbang melalui Sistem Kurikulum Berasaskan 6 Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 dan Sistem Kurikulum Bersepadu 9 Sekoah Menengah pada tahun 1989
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
6.4
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)
10
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
(MBMMBI ) Apakah MBMMBI ?
MBMMBI ialah sebuah dasar kerajaan Malaysia dalam m engembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajarnya.
Bagaimanakah MBM MBI dibentuk?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 menggantikan PPSMI. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan BI dan / atau Bahasa pengantar masing-masing dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 tahun 2011-Lampiran 1). Proses ini bertujuan membantu guru dan murid untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Apakah objektif MBMMBI ?
- Untuk meningkatkan penguasaan dalam BM dan BI. - Untuk menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan kompetensi guru BM dan BI. - Untuk meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam P & P BM dan BI.
Bagaimanakah objektif
dasar MBMMBI dapat dilaksana & dicapai?
Mentranformasikan kurikulum BM dan BI - Memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati dan guru kontrak - Memperluaskan bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam BM dan BI - Menempatkan guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas - Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti Bahasa - Mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS)
Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris UNIT 6 11
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Apakah dasar 1M1S? Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-
Bagaimanakah dasar 1M1S dibentuk? Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. - Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid sekurangkurangnya satu jenis sukan disekolah. - Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Apakah objektif dasar 1M1S? 1)
Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
2)
Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3)
Untuk memupuk perpaduan di antara kaum
4)
Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
5)
Untuk memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal
6)
Untuk memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7)
Untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Bagaimanakah objektif 1M1S dapat dilaksana & dicapai? - Melaksanakn tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. - Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan - Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditaarkan samada dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan. - Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid. - Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah. - Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul L atihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM) - Mengguna sumber kepakaran/kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah. - Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang lebih selamat.
UNIT 6 12
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Latihan Esei Tajuk
Soalan 6.1 Jelaskan hubungkaitan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan di Malaysia.
6
6.2 Apakah yang dimaksudkan dasar pendidikan? Bincangkan kepentingannya terhadap sistem pendidikan negara.
Dasar-Dasar 6.3 Banyak dasar berkaitan pendidikan & Hala Tuju telah dibentuk di Malaysia. Nilaikan Pendidikan implikasi pelaksanaan dasar-dasar Malaysia pendidikan tersebut terhadap pembangunan insan dan negara 6.4 Merujuk kepada mana-mana satu (1) dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Bincangkan latar belakang pembentukan, pelaksanaan dan pencapaiannya.
13
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
SOALAN 6.1 Jelaskan hubungkaitan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan di Malaysia.
Falsafah pendidikan ialah kajian tentang makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan, pembelajaran. Ianya juga merupakan kajian semula jadi minda yang serba tahu tabiat semula jadi soalan mengenai kuasa dan pentaksiran diantara pendidikan dan masyarakat. Seterusnya ialah berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia. Sebagai contoh ialah falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dan falsafah pendidikan guru(FPG). Manakala dasar pendidikan diwujudkan pula untuk menyelesaikan masalah dari segi aspek sosial dan ekonomi. Selain itu ialah dasar kebajikan dalam pendidikan. Tujuan dasar kebajikan ini ialah untuk mengubah tahap keilmuan dan kemanusiaan dan dasar yang berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan. Sebagai contoh ialah dasar 1 murid , yuran pendidikan percuma, ptptn, dan juga biasiswa. Akhir sekali ialah sistem pendidikan. Sistem penidikan ini diterajui oleh 2 kementerian iaitu kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan kementerian pengajian tinggi (KPT). KPM ini bertanggungjawab dalam prasekolah, rendah, menengah dan lepasan menengah. Sebagai contoh ialah pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan lepasan menengah. Sebagai rumusan setiap kajian dan penambahbaikan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaikkan sistem pendidikan negara agar setarah dengan sistem pendidikan negara-negara lain dan mampu menyediakan tenaga kerja yang berkualiti tinggi.
14
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
SOALAN 6.2 Apakah yang dimaksudkan dasar pendidikan? Bincangkan kepentingannya terhadap sistem pendidikan negara. Menurut Prof Dr. Muhammad Naquib mendifinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan berlaku secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pendidikan merupakan elemen yang penting bagi mengukur pembangunan dan kemajuan dari aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah Negara. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang disusun dalam DPK. Rasional DPK dibuat kerana tidak tercapai matlamat pembangunan rakyat disebabkan sistem pendidikan terpisah, orang melayu bersekolah pondok manakala kaum cina dan india mempunyai sekolah semdiri menggunakan buku, ilmu dan guru yang dibawa dari Negara as al mereka. Oleh itu, tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rational dan kritis berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk rukun Negara. FPK merupakan satu usaha yang berterusan kea rah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada keperca yaan dan kepatuhan kepada tuhan. FPK digubal secara rapid an teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan Negara. Seterusnya ialah, FPK juga menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warga Negara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara. Seterusnya ialah FPK juga berasaskan kepercayaan kepada tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmoni dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekaligus dapati ciri-ciri asas seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
15
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
6.3 Banyak dasar berkaitan pendidikan telah dibentuk di Malaysia. Nilaikan implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan tersebut terhadap pembangunan insan dan Negara. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satuaspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada ma syarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajar an yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara mencapai kemerdekaann ya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai – nilai integrasi antara kaum ini.
16
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru – guru yangmengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruanyang sama. Ketiga – tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam danamalan – amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian , makasistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia. “ mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak inginmelihat tercapainya cita-cita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada 2020 nanti” Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan tersebut terhadap pembangunan insan dan Negara. KBSR Dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan matlamat pendididkan kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum, kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini,prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dandihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan,pendidikan, sosial dan ekonomi ti dak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Malah, sebagai rakyat Malaysia,kita harus berusaha
17
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
untuk merapatkan jurang perbezaan ini untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis dan sejahtera.
SOALAN 6.4
Merujuk kepada mana-mana satu (1) dasar pendidikan yang
dilaksanakan di Malaysia. Bincangkan latar belakang pembentukan, pelaksanaan dan pencapaiannya.
Dasar yang saya pilih ialah dasar 1 murid 1 sukan. Ini ialah suatu dasar yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan yang ada di sekolah. Dasar ini juga adalah dasar yang menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini juga selaras dengan dasar sukan Negara iaitu sukan untuk semua. Rasional dasar ini ialah mendokong dasar sukan untuk semua. Ia juga menitikberatkan penglibatan murid dalam pelba gai aktiviti dan peringkat sukan. Ianya juga dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kemenerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia nuga menyumbang kepada pengalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meingkatkan nilai moral dan fizikal. Hal ini demikian dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada murid untuk melibatkan diri secara terurus dan terancang. Matlamat dasar ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan modal insan dari kalangan murid melalui penyertaan menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun dan juga untuk memupuk budaya bersukan di kalangan murid. Konsep yang dibuat ialah mewajibkan setiap murid tahap 2 sekolah rendah (tahun 4,5,6) dan sekolah menengah ( tingkatan peralihantingkatan 6) mengikuti sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan yang dikendalikan secara sistematik dan terancang. Ianya juga perlulah berteraskan prinsip asas perkembangan fizikal murid. Prinsip pelaksanaannya ialah setiap murid termasuk murid yang berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib mengambil bahagian sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Dasar ini juga diwajibkan kepada semua murid dari tahun 4 hingga tingkatan 6.D murid pra sekolah hingga tahun 3 digalakkan untuk menyertai berdasarkan kemampuan sekolah. Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid
18
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.
Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah
19
Dasar-dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia
pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudahmudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat J enin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.
20