PENGENALAN
Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu ther io yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita si fat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza berbeza-beza dalam kalangan ahli teori. Berikut dikemukakan beberapa definisi teori yang diberikan oleh sarjana Bar at. Mieke Bal (1985) menyatakan sebelum memahami definisi teori sastera, elok difahami terlebih dahulu makna teori. Beliau telah menyebutkan `a theory is a systematic set of generalized statements about a particular segment of reality.
Menurut Heinan (1985) pula, teori ialah `a group of logically organized laws or relationships that constitute explainnation in a discipline`. Davis (2000) pula menyebutkan `theory `theory is a simply an idea about why people are the way they are and act the way they act ’. ’. Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara pembolehubah. Kerlinger menambah, tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi.
1
Terdapat beberapa teori yang diguna pakai dalam hubungan antarabangsa. Antaranya ialah teori Konservatif, Liberalism, Revolusi, Tingkah-Laku Negara, Interaksi, Integrasi, Konsisten dan lain-lain (Muhammad, 2005). Kesemua teori-teori ini adalah berkaitan dengan hubungan sesebuah negara dengan negara lain tentang peraturan dan strategi dalam menjalinkan hubungan anatarabangsa untuk mendapatkan kepentingan bersama.
2.1 Teori Konsevertif Teori ini menekankan aspek mempertahankan status quo, undang-undang kuasa politik, logik dari kuasa Askar (militari).
2.2 Teori Liberalism Teori Liberalism yang mana bedasarkan teori ini, liberalis t membuat reformasi daripada status quo melalui proses evolusi, keuntungan bersama melalui kebergantungan bersama contohnya, kebebasan perdagangan bebas dan kebebasan pertukaran idea dan pandangan 2.3 Teori Revolusi Transformasi status quo melalui revolusi dan perubahan pesat. Ia memfokuskan kepada ketidakadilan dan eksploitasi aspek dalam hubungan Antarabangsa, nilai kesamarataan, dan perang sebagai produk untuk mengeksploitasi hubungan ekonomi serantau. Tetapi, dalam dunia realiti, politik dunia tercipta hasil dari percampuran 3 perspektif dari pelbagai cara dan kaedah.
2
2.4 Teori-teori Tingkah Laku
Teori ini menumpukan ke atasa sesebuah negara. Pendekatan asas membuat keputusan tertumpu pada pembentuk keputusan di kalangan negara itu. Pendekatan lain tertumpu pada aspek-aspek kemampuan atau institusi . Kumpulan yang lebih baru akanj mengambil berat terhadap nilai matlamat dan kepentingan nasional atau kemahuan. 2.5 Teori Interaksi Teori ini lebih berkaitan dengan generalisasi mengenai bentuk interaksi yang meliputi konflik dan analisis pilihan kerjasama. 2.6 Teori Integrasi Teori Integrasi terbahagi kepada dua iaitu teori Integrasi “dahulu dan sekarang”. Teori Integrasi dahulu adalah lebih kepada peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu dan cara orang zaman dahulu mengadakan hubungan antarabangsa dengan cara mendesak.. Mereka telah mengtakrifkan bahawa masyarakat antarabangsa boleh ditentukan dan diukur melalui saiz yang besar atau kecil, kandungan dan bidang antarabangsa dalam kalangan ahli yang terpengaruh dengan hipotesis (Muhammad, 2005). Malahan teori integrasi pada zaman dahulu bersifat berat sebelah yang mengakibatkan faedah yang berlainan kepada negara yang lebih maju dan mundur. Teori integrasi pada masa sekarang pula adalah melalui pendekatan kepada tiga pendapat utama iaitu federalisme, teori komunikasi dan non-fungsion-alism. Pendekatan non-fungsion-alism adalah lebih kepada isomorfisme[2] identiti fenomena.Pada umumnya pendekatan-pendekatan ini tidaklah memberi ba nyak perubahan kepada teori asal, namun kita boleh meneruskannya secar lebih sistematik
3
berbanding pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, teori integrasi ini masih boleh lagi dikembangkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai bergantung dengan masalah pusat yang dihadapi.
2.7 Teori Konsisten Teori ini adalh berkait rapat dengan kecenderungan imej yang menonjol secara berpanjangan. Sekiranya terdapat gangguan dalam suatu sistem itu, ia boleh menyebabkan ketidak seimbangan berlaku dan memerlukan kegiatan yang simbolik dengan tujuan untuk mendapatkan semula keseimbangan tersebut. Oleh itu mengikut kesannya terhadap peraturan tersebut atau sebagimana yang di istilahkan dalam bahagian sebelumnya, imej strategik ialah unsur-unsur kebenaran yang boleh dilaksana sebagi negative dan berkecuali.
2.8 Teori Konflik Teori konflik mempunyai banyak pendekatan yang berbagai di mana sesetengah teori ini digunakan untuk mendapatkan keamanan. Aliran dan pendekatan yang berbagai ini adalah untuk memperbaiki perjalanan tingkahlaku polisi luar serta keinginan untuk mencari pemahaman yang sebenar. Dalam semua bentuk hubungan yang berbeza-beza, bentuk konflik tidak penting dan dengan itu tingkah laku keduadua negara tidak dapat digolongkana dalam kelas tunggal. Walaupun perbezaan antara harmoni dan konflik sangat penting, ia jarang dikelaskan ke dalam golongan eksklusif sebagaimana seorang individu dikelaskan sebagai baik dan paling buruk.
4
2.9 Teori Permainan Teori permainan adalah melibatkan situasi analisis permaianan di mana orang yang rasional membuat pilihan situasi konflik yang agak bergaya. Teori permainan ini boleh diibaratkan dengn satu cabang matematik di mana sekali digunakan untuk permainan-permainan peluang dan kemudian digunakan kepada tingkah laku sosial. Perlengkapan dalam teori ini melatih otak untuk emmikirkan secara bijaksana dan sesuai untuk situasi kehidupan sebenar. 2.10
Teori Rundingan
Teori ini adalh satu penggunaan teri permainan terhadap perundingan antarabangsa atau juga sebgai ancaman, halangan dan analisis mengenai janji-janji dalam strategi permaianan yang mempunyai motif bercampur (Muhammad, 2005). Dala teori ini terdapat dua peringkat rundingan samaada peringkat komunikasi ataupun peringkat tawar-menawar yang saksama. Dalam peringkat komunikasi, adalah peringkat di mana penerangan yang penuh dilakukan oleh si pelaku kepada sesebuah organisasi yang dijalinkan hubungan. Namun dasar komunikasi agak terhad yang terus menjurus kepada peringkat yang kedua iaitu peringkat tawar-menawar. Peringkat tawar-menawar yang adil meliputi Analisa hubungan halangan dan ancaman yang terlibat antara tingkah laku negara dan orang ramai serta kumpulannya. Tujuan tawar-menawar yang adil ini adalah untuk menikmati kepentingan yang sama mengikut kemahuan yang diingini dari kedua-dua belah pihak. Dengan kata lain, penyesuaiannya hendaklah memudahkan satu pihak yang lain menyetujuinya.
5