15
TUGASAN 1- BERPASANGAN
BAHAGIAN A: TAKSONOMI BLOOM & BAHAGIAN B: SOALAN KEFAHAMAN
___________________________________________________________________
BMK 3033
KETERAMPILAN MEMBACA
BIL
NAMA
N0. MATRIK
1
ASMAWANIE BINTI ASRI
D20141067651
2
SITI NURFATIHAH BINTI MUHAMMAD
D20141067648
KUMPULAN: A
TARIKH HANTAR: 04 NOVEMBER 2015
NAMA PENSYARAH: DR MAKMUR
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
HALAMAN
1.0
Bahagian A
Pengenalan
3
2.0
Taksonomi Bloom
2.1 Sejarah Penubuhan Taksonomi Bloom
2.2 Semakan Semula Taksonomi Bloom
2.3 Hierarki Taksonomi Bloom
2.4 Kekuatan Taksonomi Bloom
2.5 Kelemahan Taksonomi Bloom
3
9
11
17
17
3.0
Kesimpulan
18
4.0
Bahagian B
Soalan kefahaman
19
21
Bibliografi
30
Pengenalan
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Taksonomi dalam bidang pendidikan sejak lahirnya kurikulum memberi kesedaran kepada para guru bahawa tujuan pembelajaran harus dirumuskan sebelum proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Tujuan pembelajaran perlu diketahui oleh para pelajar bagi mengenal pasti pembelajaran yang penting dan mana yang tidak penting. Keperluan kepada pembangunan taksonomi berkaitan pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Apabila setiap guru memahami kegunaan rumusan tujuan ini maka guru dapat mengajar secara efektif. Ada yang berpendapat bahawa jika hasil pendidikan merupakan sesuatu yang penting tetapi ia tidak dapat diukur jadi tujuan itu yang harus diubah.
2.0 TAKSONOMI BLOOM
2.1 SEJARAH PENUBUHAN TAKSONOMI BLOOM
Menurut Retno Utari dalam Apa dan Bagaimana Menggunakan Taksonomi Bloom menyatakan bahawa taksonomi berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani iaitu tassein yang bererti mengklasifikasikan dan nomos yang bermakna aturan. Taksonomi merupakan hierarki yang klasifikasi atas prinsip dasar atau aturan. Benjamin Samuel Bloom iaitu seorang psikologi dalam bidang pendidikan menggunakan istilah ini dan kemudian melakukan penelitian dan pengembangan mengenai kemampuan berfikir dalam proses pembelajaran. Bloom, lahir pada 21 Februari 1913 di Lansford, Pennsylvania dan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang pendidikan dari The University of Chicago pada tahun 1942.
Beliau juga sebagai perunding dan aktivis antarabangsa dalam bidang pendidikan dan berjaya membuat perubahan besar dalam sistem pendidikan di India. Beliau menubuhkan The International Association for the Evaluation of Educational Achievement, the IEA dan membangunkan the Measurement, Evaluation, and Statistical Analysis (MESA) program di University of Chicago. Bloom pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Research and Development Committees of the College Entrance Examination Board dan The President of the American Educational Research Association. Bloom meninggal dunia pada 13 September 1999.
Sejarah taksonomi Bloom bermula ketika awal tahun 1950-an, dalam Persidangan Persatuan Psikologi Amerika, Bloom dan kawan-kawan mengemukakan bahawa penaksiran hasil pembelajaran yang banyak disusun di sekolah, peratusan soalan yang diajukan hanya meminta pelajar menyatakan apa yang mereka hafal sahaja. Persidangan tersebut merupakan lanjutan dari persidangan yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, teknik menghafal sebenarnya merupakan peringkat rendah dalam kemampuan berfikir. Terdapat banyak peringkat atau tahap yang lebih tinggi yang harus dicapai agar proses pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidangnya.
Pada tahun 1956, Bloom, Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl memperkenalkan Taksonomi Bloom atau konsep kemampuan berfikir. Taksonomi Bloom adalah struktur hierarki yang mengenal pasti kemahiran dari peringkat yang rendah sehingga peringkat yang tinggi. Bagi mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, terlebih dahulu peringkat yang rendah perlu dipenuhi. Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor dalam tujuan pendidikan ini.
Dalam domain kognitif, Blooms telah mengidentifikasikan enam aras kognitif iaitu; aras pengetahuan, aras, kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Adalah didapati keenam-enam arah domain kognitif didapati relevan dalam membentuk objektif dalam melaksanakan program pembangunan pelajar. Aras Pengetahuan memerlukan seseorang itu mengingati dan mengeluarkan maklumat berbentuk fakta yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran yang telah berlaku. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk mengidentifikasikan, menyenaraikan, menerangkan, memberitahu dan sebagainya.
Aras Kefahaman memerlukan seseorang memahami maklumat yang diperoleh. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk menerangkan, menganggarkan, meramal, membezakan dan sebagainya. Aras Aplikasi memerlukan seseorang itu mengaplikasikan pembelajaran yang telah diperoleh. Dalam arah ini seseorang itu berupaya untuk membuat aplikasi pengetahuan, membuat ilustrasi, menunjukkan, menyelesaikan mengklasifikasikan, membuat uji kaji dan sebagainya.
Aras Analisis memerlukan seseorang itu merungkaikan bahagian atau meneliti (bagi memahami sesuatu struktur) hasil daripada pembelajaran yang telah diperoleh. Dalam aras ini seseorang itu, berupaya membuat analisis, membuat banding beza, membuat perbandingan, mengklasifikasikan, menyusun dan sebagainya. Aras Sintesis memerlukan seseorang itu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencantumkan elemen-elemen yang telah dipelajari. Dalam aras ini seseorang itu berupaya mencantumkan, menyusun semula, mengganti, mencipta, mereka bentuk, dan sebagainya. Aras Penilaian memerlukan seseorang itu membuat penghakiman ataupun penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Dalam arah ini seseorang itu berupaya membuat kesimpulan, menerangkan, mengukur, membanding, rumusan, keputusan dan sebagainya. Dalam Rajah 1 di bawah terdapat aras kognitif domain.
Rajah 1: Aras Kognitif Domain
Sumber: Anderson, L.W, & Krathwohl, D.R. (2001).
Dalam domain afektif merangkumi aspek emosi misalnya perasaan, nilai, penghargaan, semangat, minat, motivasi dan sikap. Lima kategori domain afektif dari tingkah laku sederhana hingga kompleks.
No
Kategori
Penjelasan
Kata kerja kunci
1
Penerimaan
Kemampuan untuk menunjukkan penerimaan dan penghargaan terhadap orang lain
Contoh: mendengar pendapat orang lain, mengingat nama seseorang
Menanyakan, mengikuti, memberi, menahan / mengendalikan diri, mengenal pasti, memperhatikan, menjawab.
2
Responsif
Kemampuan turut serta secara aktif dalam pembelajaran dan selalu motivasi untuk segera bereaksi dan mengambil tindakan atas suatu perbincangan.
Contoh: Dalam perbincangan sesuatu topik di kelas.
Menjawab, membantu, mematuhi, memenuhi, menyetujui, membincang, melakukan, memilih, mempersembahkan, melaporkan, menceritakan, menulis, menginterpretasikan, menyelesaikan, mempraktikkan.
3
Nilai diri
Kemampuan menunjukkan nilai yang diamalkan untuk membezakan mana yang baik dan buruk terhadap suatu kejadian/objek, dan nilai tersebut ditunjukkan dalam perilaku.
Menunjukkan, memilih, membezakan, mengikuti, meminta, memenuhi, menjelaskan, membentuk, berinisiatif, melaksanakan, menjustifikasikan, mengusulkan, melaporkan, menginterpretasikan, membenarkan, menolak, menyatakan / mempertahankan pendapat.
4
Organisasi
Kemampuan membentuk sistem nilai dan budaya organisasi dengan mengharmonikan perbezaan nilai.
Contoh: Bersepakat dan mematuhi etika profesion,
Mematuhi, merancang, mengatur, mengenal pasti, mengkombinasikan, mengorganisasikan, merumuskan, menyamakan, mempertahankan, menghubungkan, mengintegrasikan, menjelaskan, mengaitkan, menggabungkan, memperbaiki,
mengakui keseimbangan antara
kebebasan dan tanggungjawab
menyusun, menyempurnakan, menyatukan pendapat, menyesuaikan, melengkapi, membandingkan.
5
Perwatakan
Kemampuan mengendalikan tingkah laku berdasarkan nilai murni dan memperbaiki hubungan intrapersonal, interpersonal dan sosial.
Contoh: Menunjukkan kepercayaan ketika bekerja sendiri, bekerjasama dalam kelompok
Melakukan, melaksanakan, memperlihatkan membezakan, memisahkan, menunjukkan, mempengaruhi, mendengarkan, mempraktikkan, mengusulkan, semakan semula, memperbaiki, membatasi, bertanyakan, mempersoalkan, menyatakan, bertindak, membuktikan, dan mempertimbangkan.
Domain psikomotor merangkumi pergerakan dan penyelarasan jasmani, keterampilan motor dan kemampuan fizikal. Keterampilan ini dapat diasah jika melakukannya dengan acap kali. Perkembangan Psikomotor di ukur dari sudut kepantasan, ketepatan, jarak, cara atau teknik pelaksanaan. Tujuh kategori dalam domain psikomotor.
No.
Kategori
Penjelasan
Kata kerja kunci
1
Persepsi
Kemampuan menggunakan saraf sensor dalam menginterpretasikan nya dalam mengirakan sesuatu Contoh: menurunkan suhu penyaman udara ketika suhu di kawasan itu panas.
Mengesan, mempersiapkan diri, memilih, menghubungkan, menggambarkan, mengenal pasti, membezakan memilih.
2
Persiapan
Kemampuan untuk mempersiapkan diri, baik dari segi mental, fizikal, dan emosi, dalam menghadapi sesuatu. Contoh: melakukan pekerjaan yang sesuai, menerima kelebihan dan kekurangan seseorang.
Memulai, mengawal, membantu, memperlihatkan mempersiapkan diri, menunjukkan.
3
Reaksi yang diarahkan
Kemampuan untuk memulakan keterampilan yang kompleks dengan bantuan / bimbingan dengan meniru dan uji. Contoh: Mengikuti arahan dari orang atasan.
Meniru, mentafsir, mengikuti, mencuba, mempraktikkan, mengerjakan, membuat, memperlihatkan, memasang, bereaksi, menanggapkan.
4
Reaksi natural (mekanisme)
Kemampuan untuk melakukan kegiatan pada tingkat keterampilan tahap yang lebih sulit. Melalui tahap ini diharapkan pelajar akan biasa melakukan tugas hariannya. Contoh: menggunakan komputer.
Mengoperasi, membangun, memasang, membongkar, memperbaiki, melaksanakan sesuai standard, mengerjakan, menggunakan, mengendalikan, mempercepat, mempertajam, menangani.
5
Reaksi yang kompleks
Kemampuan untuk melakukan kemahirannya dalam melakukan sesuatu, di mana hal ini terlihat dari kepantasan, ketepatan, dan keberkesanan. Semua tindakan dilakukan secara spontan, lancar, cepat, tanpa ragu. Contoh: Keahlian bermain piano.
Mengoperasi, membangun, memasang, membongkar, memperbaiki, melaksanakan sesuai standard mengerjakan, menggunakan, mengendalikan, mempercepat, mencampur, menangani, mengorganisasikan, membuat draft/sketsa, mengukur
6
Adaptasi
Kemampuan mengembangkan keahlian, dan modifikasi pola sesuai dengan yang diperlukan,
Mengubah, mengadaptasikan, memvariasikan, mengatur kembali, merancang kembali,
Contoh: Melakukan perubahan secara cepat dan tepat terhadap kejadian tak terduga tanpa merosak pola yang ada.
memodifikasi.
7
Kreativiti
Kemampuan untuk menciptakan pola baru yang sesuai dengan keadaan/situasi tertentu dan juga kemampuan mengatasi masalah dengan eksplorasi kreativiti diri. Contoh: membuat formula baru, inovasi, produk baru.
Merancang, membangun, menciptakan, mengkombinasikan, dan membuat.
2.2 SEMAKAN SEMULA TAKSONOMI BLOOM
Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli psikologi aliran kognitif memperbaiki taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman. Hasil daripada penambahbaikan tersebut barulah diterbitkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Semakan semula hanya dilakukan pada domain kognitif.
Semakan semula tersebut meliputi perubahan kata kunci dari kata benda menjadi kata kerja untuk setiap tahap taksonomi dan perubahan hampir terjadi pada semua tahap hierarki, namun urutan tahap masih sama iaitu dari peringkat yang terendah hingga tertinggi. Perubahan pada tahap 5 dan 6. Perubahan- perubahan tersebut dapat dijelaskan sebagai berikut:
Pada tahap 1, knowledge diubah menjadi remembering (mengingat).
Pada tahap 2, comprehension menjadi understanding (memahami).
Pada tahap 3, application diubah menjadi applying (menerapkan).
Pada tahap 4, analysis menjadi analyze (menganalisis).
Pada tahap 5, synthesis menjadi level 6 tetapi dengan perubahan mendasar, iaitu creating (mencipta).
Pada tahap 6, Evaluation menjadi level 5, dengan sebutan evaluating (menilai).
Jadi, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri dari enam tahap: remembering (mengingat), understanding (memahami), applying (menerapkan), analyze (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating (mencipta). Dapat dilihat dalam Rajah 2 di bawah.
Rajah 2: Semakan semula Taksonomi Bloom
Sumber: (Daripada http://www4.uwsp.edu/education/lwilson/curric/newtaxonomy.htm)
Sama dengan sebelum Revisi, tiga tahap pertama (terbawah) merupakan Lower Order Thinking Skills, dan tiga tahap berikutnya Higher Order Thinking Skill. Jadi, dalam menginterprestasikan piramid di atas, secara logiknya adalah sebagai berikut:
Sebelum kita memahami sebuah konsep maka kita harus mengingati terlebih dahulu.
Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya.
Sebelum kita menganalisis maka kita harus menerapkan dulu.
Sebelum kita menilai maka kita harus menganalisis dulu.
Sebelum kita mereka atau menciptakan sesuatu, maka kita harus mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisis dan menilai.
Domain afektif dan psikomotor belum mendapat perhatian. Kemahiran menekankan aspek psikomotor yang memerlukan penyelarasan jasmani sehingga lebih tepet dipraktikkan bukannya dipelajari. Sikap juga merupakan faktor yang sukar diubah selama proses pembelajaran kerana sikap terbentuk sejak lahir. Sebab mengapa revisi baru dilakukan pada kognitif domain yang difokuskan pada knowledge.
2.3 Hierarki Taksonomi Bloom
Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain kognitif Bloom dikelaskan kepada enam jenis kemahiran berfikir (Meyer, 1988; Som et al., 1998; Widad dan Kandar, 2006). Kemahiran berfikir aras rendah terdiri daripada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala kemahiran berfikir aras tinggi pula terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian (Tee et al, 2009a).
Taksonomi Bloom boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Domain Kognitif
Pengetahuan
Pemahaman
Penerapan
Analisis
Sintesis
Penilaian
Domain Afektif
Penerimaan
Gerak balas
Penilaian
Organisasi
Pembentukan Pola Hidup
Domain Psikomotor
Persepsi
Persiapan
Gerak Balas Berpandu
Gerak Balas Automatik
Penyesuaian Pola Gerakan
Kreativiti
DOMAIN KOGNITIF – PENGETAHUAN
BIL
KATEGORI
HURAIAN
KUNCI KATA KERJA
1
Pengetahuan
Tahap muda bagi pelajar dalam domain kognisi ialah mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contohnya, menyatakan kebijaksanaan.
Mendefinisikan, menyusun daftar, menamakan, menyatakan, mengetahui, menyebutkan, dan menggambarkan.
2
Pemahaman
Kemampuan untuk memahami masalah, menginterpretasikan dan menyatakan kembali dengan ayat sendiri.
Contohnya, menyalin semula.
Menerangkan, menjelaskan, menghuraikan, membezakan, meramalkan dan menyatakan semula.
3
Penerapan
Kemampuan untuk menerapkan suatu kaedah atau cara untuk menyelesaikan masalah kehidupan yang nyata pada suatu khusus atau masalah yang baru.
Contohnya, menggunakan aturan dalam menghitung gaji pegawai.
Menerapkan, mengubah, menghitung, membuktikan, memanipulasikan, menyesuaikan, menghasilkan, membandingkan, memisahkan, menghubungkan dan menemukan.
4
Analisis
Memerlukan seseorang itu merungkaikan bahagian atau meneliti hasil daripada pembelajaran yang telah diperoleh.
Contohnya, menganalisis penyebab peningkatan penjualan harga rokok dengan membahagikan kepada beberapa komponen.
Menganalisis, membezakan, membandingkan, menghubungkan, menunjukkan hubungan, memilih dan mempertentangkan.
5
Sintesis
Kemampuan untuk menempatkan bahagian-bahagian bersama-sama untuk membentuk unik baru atau koheren.
Contohnya, menyusun kurikulum dengan mengintegrasikan pendapat dari beberapa sumber.
Mengkategorikan, mengintegrasikan, menyusun semula, menyalin semula, menghubungkan dan merancang.
6
Penilaian
Kemampuan untuk menilai sesuatu berdasarkan kepada norma, acuan atau kriteria.
Contohnya, membandingkan hasil ujian siswa dengan skema jawapan.
Mengulang kaji, membandingkan, menyimpulkan, mengkritik, mempertahankan, menghasilkan dan menyesuaikan.
DOMAIN AFAKTIF – SIKAP
BIL
KATEGORI
HURAIAN
KUNCI KATA KERJA
1
Penerimaan
Kemampuan untuk menunjukkan penghargaan kepada orang lain.
Contohnya, mendengar pendapat orang lain dan mengingati nama seseorang.
Menanyakan, mengikuti, memberi, menahan, mengendalikan diri dan menjawab.
2
Gerak Balas
Kemampuan untuk bersifat aktif dalam pembelajaran dan sentiasa motivasi untuk segera bereaksi dan mengambil tindakan atas sesuatu kejadian.
Contohnya, aktif dalam kelas.
Menjawab, membantu, memenuhi, menyetujui, melakukan, memilih, melaporkan, menceritakan, menulis dan menyelesaikan.
3
Penilaian
Kemampuan untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik terhadap sesuatu kejadian dan nilai tersebut diamalkan dalam tingkah laku.
Contohnya, mengusulkan kegiatan Corporate Social Responsibility yang sesuai dengan nilai yang berlaku dan komitmen dalam perusahaan.
Menunjukkan, membezakan, meminta, mengikuti, memenuhi, menjelaskan, membentuk, melaksanakan, mengusulkan, melaporkan, membenarkan, menyatakan dan mempertahankan pendapat.
4
Organisasi
Kemampuan untuk membentuk sistem nilai dan budaya dalam organisasi dengan membezakan nilai.
Contohnya, mengikuti etika profesion dan mengakui perlunya keseimbangan antara kebebasan dengan tanggungjawab.
Mentaati, mematuhi, merancang, mengatur, mengkombinasikan, merumuskan, menyamakan, menggabungkan, memperbaiki, menyepakati, menyatukan pendapat,, melengkapi, membandingkan dan menjelaskan.
5
Pergerakan Pola Hidup
Kemampuan untuk mengendalikan tingkah laku berdasarkan nilai yang dimiliki dan memperbaiki hubungan intrapersonal, interpersonal dan social.
Contohnya, menunjukkan rasa keyakinan dalam diri semasa bekerja dan koperatif dalam aktiviti berkumpulan.
Melakukan, melaksanakan, memperlihatkan perbezaan, memisahkan, mendengarkan, mempraktikkan, mengusulkan, memperbaiki, membatasi, menyatakan, bertindak, membuktikan dan mempertimbangkan.
DOMAIN PSIKOMOTOR – KETERAMPILAN
BIL
KATEGORI
HURAIAN
KUNCI KATA KERJA
1
Persepsi
Kemampuan untuk menggunakan saraf dalam menentukan sesuatu.
Contohnya, menurunkan suhu,
Mempersiapkan diri, menghubungkan, menggambarkan dan membezakan.
2
Persiapan
Kemampuan untuk mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan emosi dalam menghadapi sesuatu.
Contohnya, melakukan pekerjaan sesuai dengan urutan, dan menerima kelebihan dan kelemahan seseorang.
Memulakan, mengawalkan, membantu, mempersiapkan diri, menunjukkan dan mendemonstrasikan.
3
Gerak Balas Berpandu
Kemampuan untuk memulakan keterampilan yang kompleks dengan bantuan dan bimbingan berdasarkan kepada ujian.
Contohnya, mengikuti segala arahan.
Meniru, mentafsir, mengikuti, mencuba, mengerjakan, membuat, memperlihatkan, memasang dan beraksi.
4
Gerak Balas Automatik
Kemampuan untuk melakukan kegiatan pada tahap keterampilan yang lebih sukar. Melalui tahap ini diharapkan siswa akan biasa melakukan rutin hariannya.
Contohnya, menggunakan komputer.
Membangun, memasang, membongkar, memperbaiki, mengerjakan, menggunakan, mengendalikan, mempercepat dan menangani.
5
Penyesuaian Pola Gerakan
Kemampuan untuk mengembangkan keahlian dan membuat pola sesuai dengan yang diperlukan.
Contohnya, melakukan perubahan secara cepat dan tepat terhadap kejadian yang tidak disangka tanpa mengubah pola.
Mengubah, mengadaptasikan, menyusun semula dan merancang semula.
6
Kreativiti
Kemampuan untuk menciptakan pola baru yang sesuai dengan keadaan dan juga kemampuan untuk mengatasi masalah dengan menunjukkan kreativiti sendiri.
Contohnya, membuat formula baru, inovasi dan produk baru.
Merancang, membangun, menciptakan dan membuat.
2.4 KEKUATAN TAKSONOMI BLOOM
Kekuatan terbesar taksonomi Bloom adalah taksonomi tersebut mengangkat topik yang sangat penting yang berkaitan dengan proses berfikir dan menempatkan sebuah struktur yang bermanfaat bagi para pendidik. Banyak guru yang menggunakan kaedah ini semasa belajar dan mengajar secara terangsang dengan menghubungkannya dengan pelbagai tingkat yang terdapat pada taksonomi Bloom. Hal ini akan dapat memastikan semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik terutamanya untuk mewujudkan kemampuan berfikir dengan tingkat keteraturan yang lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan guru lain yang tidak mempunyai alat bantuan mengajar yang lain.
2.5 KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM
Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom iaitu, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli psikologi aliran kognitif telah membaik pulih Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman. Hasil daripada pembaikan taksonomi Bloom tersebut baru dipamerkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Revisi ini hanya dilakukan pada domain kognitif sahaja. Revisi tersebut merangkumi:
Perubahan pada kata kunci daripada kata sifat menjadi kata kerja untuk setiap peringkat taksonomi.
Perubahan hampir berlaku pada semua peringkat hierarki namun, urutan level masih sama iaitu daripada urutan terendah kepada urutan tertinggi. Perubahan yang ketara terletak pada peringkat 5 dan 6.
Perubahan-perubahan tersebut boleh diterangkan seperti berikut:
Pada level 1, knowledge diubah menjadi remembering iaitu, mengingat.
Pada level 2, comprehension diperluas menjadi understanding iaitu, memahami.
Pada level 3, application diubah menjadi applying iaitu, menerapkan.
Pada level 4, analysis menjadi analyzing iaitu, menganalisis.
Pada level 5, synthesis dinaikkan peringkatnya menjadi level 6 tetapi dengan perubahan mendasar, iaitu creating (mencipta).
Pada level 6, Evaluation turun kedudukannya menjadi level 5, dengan sebutan evaluating iaitu, menilai.
Jadi, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri daripada enam level iaitu, remembering (mengingat), understanding (memahami), applying (menerapkan), analyzing (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating (mencipta). Revisi Krathwohl ini sering digunakan untuk merumuskan tujuan belajar yang sering kita kenal dengan istilah C1 sampai dengan C6.
3.0 Kesimpulan
Taksonomi ialah pengelasan atau pengelompokan benda mengikut ciri-ciri tertentu. Taksonomi dalam bidang pendidikan digunakan untuk tujuan pembelajaran, penampilan, atau sasaran untuk belajar. Taksonomi untuk tujuan ini terdapatnya hierarki yang dimulai pada kedudukan yang paling bawah sehingga ke kedudukan tertinggi. Sekiranya kedudukan yang paling bawah tidak berjaya, maka kedudukan yang paling tinggi turut tidak akan berjaya. Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan kepada domain kognitif. Domain kognitif merupakan salah satu kerangka dasar untuk tujuan pendidikan, penyusunan teks dan kurikulum.
Aras taksonomi Bloom ialah pengetahuan (knowledge), pemahaman (comprehension), penerapan (application), analisis (analysis), sintesis (synthesis), dan penilaian (evaluation). Aras-aras tersebut telah digunakan hampir setengah abad sebagai dasar untuk penyusunan tujuan-tujuan pendidikan, penyusunan teks dan kurikulum.
Pembaharuan dilakukan terhadap taksonomi Bloom iaitu, perubahan dari kata benda (dalam taksonomi Bloom) menjadi kata kerja (dalam taksonomi baru). Perubahan ini dibuat agar ianya sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan. Tujuan-tujuan pendidikan beranggapan bahawa para pelajar akan dapat melakukan sesuatu berdasarkan kepada kata benda dan kata kerja. Pembaharuan dilakukan oleh Kratwohl dan Anderson yang membahagikan taksonomi kepada mengingat (remember), memahami (understand), mengaplikasikan (apply), menganalisis (analyze), menilai (evaluate) dan mencipta (create).
Bahagian B
EROPAH SELEPAS KEJATUHAN ROME
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN ROME BARAT
Empayar Rome Barat mengalami kejatuhan dan akhirnya lenyap pada abad ke-5. Pemerintahan empayar Rome Barat ketika itu Augustus Romeulus gagal untuk mempertahankan kemantapan Empayar Rome Barat akhirnya telah mengundung kepada keruntuhan Empayar Rome Barat di Eropah. Namun, selain faktor pentadbiran empayar mengundang kapada kejatuhan Empayar Rome Barat sebenarnya terdapat satu lagi faktor yang turut mempercepatkan kejatuhan Empayar Rome Barat iaitu serangan orang Gasar.
Serangan Orang Gasar Di Wilayah Empayar Rome Barat
Zaman Migrasi juga dipanggil zaman pencerobohan orang Gasar atau "Volkerwanderung" adalah zaman yang diberikan oleh ahli sejarah merujuk kepada zaman migrasi antara 300M-700M di Eropah yang membawa kepada perpindahan zaman silam kepada zaman awal pertengahan.
Orang Gasar atau orang berbarisan merupakan gelaran yang diberikan kepada satu masyarakat manusia yang tidak bertamadum. Kehidupan masyarakatnya kea rah keganasan membawa kepada kehidupan yang kucar-kacir. Antara ciri-ciri orang Gasar ialah:
Gemar berperang antara ras dan suku: Semua suku dan ras bermusuhan dan saling memerangi tanpa henti. Setiap masyarakat berperang atas nama dewa dan patung ciptaan mereka masing-masing.
Kehidupan bersifat kekerasan: Dalam masyarakat pagan, mengobarkan pertumpahan darah, penderitaan, dan penyeksaan dipandang sebagai tindakan heroik yang menyenangkan "dewa-dewa perang" mereka.
Menjelang keruntuhan empayar Rome, ia telah diterajui oleh dua orang pemerintah iaitu Dioletion (284M-305M) dan Constantine (324M-337M), pada asalnya untuk mengukuhkan Empayar Rome, tetapi akhirnya dianggap membebankan dan seterusnya telah membawa kepada kejatuhan Empayar Rome. Pemerintahan Rome terakhir, Romeulus Agustus (476M), turut tidak dapat mengembalikan pada zaman pax Romana iaitu zaman kegemilangan Rome.
Terdapat pelbagai faktor yang dikemukakan oleh sejarawan mengenai kejatuah Empayar Rome termasukklah faktor faktor politik, ekonomi dan sosial. Malah, ada juga dinyatakan berlaku kekeliruan yang mana terdapatnya faktor lain yang turut dikemukakan dalam mentafsirkan sebab dan alas an di sebalik kejatuhan empayar ini.
Masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke 3M iaitu di Afrika merupakan orang-orang Mooras atau barbar (di Asia Barat), Arab dan Parsi (tanah tinggi Asia), Caspian dan orang nomad Ural Alttaic. Kehidupan mereka bergantung kepada alam sekitar yang digunakan untuk keperluan hidup mereka. Mereka tidak tahu untuk mengurus san mentadbir. Orang Huns dianggap oleh Peradaban Rome sebagai penentang kepada kemajuan, hidup secara kuno, sangat membahayakan dan mempunyai bentuk fixikal yang sering digambarkan sebagai hodoh, buruk dan menjijikkan. Serangan orang-orang Gasar telah membawa Eropah ke zaman pertengahan awal (500M-1050M). Rome Barat jatuh ke tangan orang-orang Gasar sementara Rome Timur pula iaitu Byzantine masih teguh dan kekal sehingga tahun 1453M. Pencapaian Rome merosot menyebabkan zaman klasik (Greek dan Rome) terganggu. Orang-orang Gasar terbahagi kepada beberapa suku iaitu Goths, Huns, Vandals, Franks dan Lombards. Mereka tidak bertamadun dan menetap di utara Rhine dan Danube. Golongan Gasar ini telah menyerang Rome dari abad 3M hingga 5M.
Pada tahun 378M, golongan tersebut bersedia untuk mengalahkan Rome. Alaric mengumpul semua tentera pada tahun 410M, Rome berjaya ditawan dan Gaul (Perancis) dan Itali. Di bawah pemerintahan yang lemah (anak Honorius dan Arcaduis) dalam masa dua tahun setengah Empayar Rome hanyut dan jauh terpisah serta berlaku keadaan huru-hara di tengah empayar Rome. Utara Gaul pernah diduduki oleh Franks, Alamans dan Burgandians. Sementara Vandal dan sekutunya mengambil Aquitaine dan Sepanyol.
Serangan orang-orang Gasar ini dilakukan dengan pelbagai cara. Mereka telah memusnahkan kebudayaan Rome. Ia bermula dari zaman Augustus apabila ia mengambil orang-orang Gasar untuk menjadikan mereka tentera. Secara tidak langsung, mereka mempercepatkan proses kejatuhan Empayar Rome. Anglo Saxon (suku kaum Jerman) yang membantu pembentukan Britain moden hari ini, mengambil alih England daripada Rome dan menguasai penduduk awal England iaitu Briton.
Menjelang akhir abad ke-5M, kerajaan Rome lenyap dalam empayar Rome Barat mulai diserap denga unsur-unsur Kristian. Kedudukannya diambil alih oleh beberapa kerajaan orang-orang Gasar, antaranya Visigoth di Sepanyol (410M), Vandals di Afrika (439), Franks di Perancis di bawah Clovis I (481M-511M) dan Anglo Saxon di England.
(619 patah perkataan)
Soalan
Aras
Justifikasi
Soalan pelbagai pilihan
Apakah faktor-faktor kejatuhan empayar Rome.
Augustus Remeulus gagal untuk mempertahankan kemantapan Empayar Rome.
Kehidupan masyarakat terhadap keganasan.
Berlaku zaman migrasi orang Gasar pada tahun 400M-700M.
Pergelutan antara pemimpin.
Berikut merupakan ciri-ciri orang Gasar kecuali.
Gemar berperang antara ras dan suku.
Kehidupan bersifat kekerasan.
Manusia yang bertamadun.
Dikenali juga sebagai orang barbarian.
Kesan kejatuhan empayar Rome.
Peradaban Rome beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan Oligaki.
Wilayah seperti Hispania, Gaul, dan Itali berpisah menjadi kerajaan yang merdeka.
Empayar Barat berpusat di Constantinople.
Menjadi sebuah komuniti pertanian yang kecil.
Terdapat golongan masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke-3M iaitu:
Moors atau barbar di Afrika.
Arab dan Parsi di Asia Barat.
Caspian dan orang nomad Ural Alttaic.
Gaul dan Itali
I dan II
I, II dan III
II dan III
III dan IV
Pada tahun berapakah orang Gasar bersedia mengalahkan Rome?
410M
481M
511M
378M
Orang Gasar terbahagi kepada beberapa suku iaitu:
Goths
Huns
Vandals
Franks
Lombards
I II dan III
II III dan IV
III IV dan IV
I II III IV dan V
Soalan struktur
Senaraikan faktor yang menyebabkan kejatuhan Rome Barat.
………………..
……………......
………………..
Huraikan ciri-ciri orang Gasar yang menunjukkan gelaran yang diberikan kepada masyarakat manusia yang tidak bertamadun.
…………………
………………...
Nyatakan masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke 3M.
…………………
………………....
…………………
………………...
………………...
Cara serangan yang dilakukan oleh orang-orang gasar.
………………..
……………….
………………..
Apakah yang berlaku kepada empayar Rome semasa dibawah pemerintahan anak Honorius dan Arcaduis?
………………..
………………..
………………..
Senaraikan kerajaan yang mengambil alih kedudukan empayar Rome Barat pada akhir abad ke-5M.
……………….
……………….
……………….
……………….
Soalan esei
Huraikan kehidupan masyarakat orang gasar atau barbarian yang menunjukkan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun.
Orang Huns dianggap sebagai penentang kepada kemajuan oleh Peradaban Rome. Bincangkan.
Terangkan serangan orang-orang gasar yang telah membawa Eropah ke zaman pertengahan awal.
Apakah yang anda faham tentang Rome. Bincangkan.
Kejatuhan Rome barat adalah disebabkan oleh serangan orang Gasar. Huraikan.
Apakah yang anda faham tentang orang Gasar. Jelaskan.
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sentisis
Penilaian
Kefahaman
Analisis
Pengetahuan
Aplikasi
Pengetahuan
Analisis
Kefahaman
Analisis
Pengetahuan
Analisis
Kefahaman
Penilaian
Faktor penting yang menyebabkan empayar Rome jatuh.
Menerangkan tentang ciri-ciri orang Gasar.
Mengangarkan kesan kejatuhan empayar Rome.
Perbandingan masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke-3M.
Persediaan orang Gasar mengalahkan Rome
Suku kaum orang Gasar.
Faktor Rome jatuh
Ciri orang Gasar
Kelompok masyarakat
Serangan orang Gasar
Peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Honorius dan Arcaduis
Kerajaan yang mengambil alih empayar Rome
Kebudayaan kehidupan orang Gasar yang tidak bertamadun
Faktor penentangan orang Huns
Perubahan Eropah ke zaman pertengahan
Latar belakang Rome
Faktor kejatuhan Rome
Apa itu orang Gasar
Rubrik jawapan bagi soalan kefahaman subjektif struktur
Senaraikan faktor yang menyebabkan kejatuhan Rome Barat.
Augustus Romeulus gagal untuk mempertahankan kemantapan Empayar Rome Barat.
Pentadbiran yang lemah
Serangan orang Gasar.
Huraikan ciri-ciri orang Gasar yang menunjukkan gelaran yang diberikan kepada masyarakat manusia yang tidak bertamadun.
Gemar berperang perang antara ras dan suku.
Kehidupan bersifat kekerasan.
Nyatakan masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke 3M.
Orang-orang Moors atau barbar (di Asia Barat), Arab dan Parsi (tanah tinggi Asia)
Orang Caspian
Orang nomad Ural Alttaic
Cara serangan yang dilakukan oleh orang-orang Gasar.
Memusnahkan kebudayaan Rome
Anglo Saxon (suku kaum Jerman) mengambil alih England daripada Rome
Menguasai penduduk awal England iaitu Briton
Apakah yang berlaku kepada empayar Rome semasa dibawah pemerintahan anak Honorius dan Arcaduis?
Empayar Rome hanyut dan jauh terpisah
Berlaku keadaan huru-hara di tengah empayar Rome
Utara Gaul pernah diduduki oleh Franks, Alamans dan Burgandians
Vandal dan sekutunya mengambil Aquitaine dan Sepanyol
Senaraikan kerajaan yang mengambil alih kedudukan empayar Rome Barat pada akhir abad ke-5M.
Visigoth di Sepanyol (410M)
Vandals di Afrika (439M)
Franks di Perancis di bawah Clovis I (481M-511M)
Anglo Saxon di Englan
Rubrik jawapan bagi soalan kefahaman subjektif esei
Huraikan kehidupan masyarakat orang gasar atau barbarian yang menunjukkan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun.
- Kehidupan masyarakatnya ke arah keganasan membawa kepada kehidupan kucar-kacir.
-Gemar berperang antara ras dan suku iaitu semua suku dan ras bermusuhan dan saling memerangi tanpa henti.
-Setiap masyarakat berperang atas nama dewa dan patung ciptaan mereka masing-masing.
-Kehidupan mereka bersifat kekerasan
-Dalam masyarakat pagan, mengorbankan pertumpahan darah, penderitaan, dan penyiksaan dipandang sebagai tindakan heroik.
Orang Huns dianggap sebagai penentang kepada kemajuan oleh Peradaban Rome. Bincangkan.
-Orang huns dianggap sebagai penentang kemajuan
-Mereka hidup secara kuno
-Kehidupan mereka sangat membahayakan
-Mempunyai bentuk fizikal yang sering digambarkan sebagai sangat hodoh, buruk dan menjijikkan
Terangkan serangan orang-orang gasar yang telah membawa Eropah ke zaman pertengahan awal.
- Orang-orang gasar telah memusnahkan kebudayaan Rome.
- Bermula pada zaman Augustus apabila ia mengambil orang-orang gasar untuk menjadikan mereka tentera.
- Secara tidak langsung, mereka mempercepatkan proses kejatuhan Empayar Rome.
- Anglo Saxon iaitu suku kaum Jerman yang membantu pembentukkan Britain moden hari ini.
- Beliau juga mengambil alih England daripada Rome
- Dan menguasai penduduk awal England iaitu Briton.
4. Apakah yang anda faham tentang Rome. Bincangkan.
- merupakan suatu peradaban yang tumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil.
- dalam abad ke-12 peradaban Rome beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik.
-empayar Rome menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.
-empayar Rome akhirnya merosot apabila wilayahnya seperti Hispania, Gaul, dan Itali berpisah menjadi kerajaan merdeka.
5. Kejatuhan Rome barat adalah disebabkan oleh serangan orang Gasar. Huraikan.
- bermula dari zaman Augustus apabila ia mengambil orang-orang Gasar untuk menjadikan mereka merdeka.
- orang Gasar terbahagi kepada lima suku iaitu Goths, Huns, Vandals, Franks dan Lombards.
- orang Gasar menyerang Rome pada tahun 378M.
- Alaric mengumpul semua tentera pada tahun 410M, Rome berjaya ditawan.
- dalam masa setengah empayar Rome hanyut dan jatuh terpisah serta berlaku keadaan huru-hara.
- menjelang akhir abad ke-5M kerajaan Rome lenyap.
6. Apakah yang anda faham tentang orang Gasar. Jelaskan.
- dikenali juga orang barbarian
- merupakan masyarakat yang tidak bertamadun
- gemar berperang antara ras dan suku
- kehidupan bersifat kekerasan
Skala bagi Soalan Struktur
Skala
1
Lemah
2
Sederhana
3
Baik
4
Cemerlang
Skala
Soalan
1
2
3
4
Senaraikan faktor yang menyebabkan kejatuhan Rome Barat.
Huraikan ciri-ciri orang Gasar yang menunjukkan gelaran yang diberikan kepada masyarakat manusia yang tidak bertamadun.
Nyatakan masyarakat yang mendiami sempadan Rome pada abad ke 3M.
Cara serangan yang dilakukan oleh orang-orang gasar.
Apakah yang berlaku kepada empayar Rome semasa dibawah pemerintahan anak Honorius dan Arcaduis?
Senaraikan kerajaan yang mengambil alih kedudukan empayar Rome Barat pada akhir abad ke-5M.
Skala bagi Soalan Esei
Skala
1
Lemah
2
Sederhana
3
Baik
4
Cemerlang
Skala
Soalan
1
2
3
4
Huraikan kehidupan masyarakat orang gasar atau barbarian yang menunjukkan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun.
Orang Huns dianggap sebagai penentang kepada kemajuan oleh Peradaban Rome. Bincangkan.
Terangkan serangan orang-orang gasar yang telah membawa Eropah ke zaman pertengahan awal.
Apakah yang anda faham tentang Rome. Bincangkan.
Kejatuhan Rome barat adalah disebabkan oleh serangan orang Gasar. Huraikan.
Apakah yang anda faham tentang orang Gasar. Jelaskan.
BIBLIOGRAFI
Anderson, L.W, & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and
Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives. New York:
Longman
Anwar Ridhwan. (6 Januari 2015). Budaya Hidup Tentukan Nasib Alam Sekitar. Berita Harian Online. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/node/27354
Bloom, B.S., (Ed.). 1956. Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals: Handbook I, cognitive domain. New York: Longman.
Imam Gunawan et al., (2008). Taksonomi Bloom – Revisi Ranah Kognitif: Kerangka Landasan untuk Pembelajaran, Pengajaran dan Penilaian. Diambil daripada https://akhmadsudrajat.files.wordpress.com/2008/01/revisi-taksonomi-bloom.pdf
Mohd Hashim Othman (2006). Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Mereka Bentuk Program Pembangunan Pelajar. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Diambil daripada http://eprints.utm.my/513/1/MohamadHashimOthman2006_Aplikasitaksonomibloomsdalammerekabentuk.pdf
Meyer, G. R. (1988). "Modules from Design to Implementation" 2nd ed. Filipina:
Colombo Plan Staff College For Technician Education.
Retno Utari. (15 April 2015). Taksonomi Bloom: Apa dan Bagaimana Menggunakannya?. Diambil daripada http://www.bppk.depkeu.go.id/webpkn/attachments/766_1-Taksonomi%20Bloom%20-%20Retno-ok-mima.pdf
Som et al., (1998). "Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif"
Selangor: Longman. pp. 304-305, 318-321, 323-324.
Sri Esti Wuryani Djiwandono (1989). Psikologi Pendidikan. Diambil daripada https://books.google.com.my/books?id=TNs2aM5LqKQC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false
Suppiah Nachiappan (2013). Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tee et al., (2011). Pembangunan dan Penilaian Kualiti Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diambil daripada http://eprints.uthm.edu.my/3331/1/5.pdf
Tee et al., (2009a). "Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi
Ujian SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Proceedings
of Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi". Batu Pahat:
Malaysia. pp. 26-27.
Widad O. dan Kandar S. (2006). "Types of Learning in Module Teaching Methods in
Technical and Vocational Education". Kuala Lumpur: PD Offset Sdn. Bhd.
pp.73-75.