Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Bahasa Malaysia
Objektif Utama
1. Jalan raya kompleks dan berbahaya. 2. Perbatasan kematangan kognitif dan fizikal kanakkanak menyebabkan mereka terdedah kepada
bahaya. 3. Penggunaan tali pinggang keledar dan topi keledar membantu mengurangkan tahap kecederaan.
Tajuk-tajuk Utama PKJR Tahun 2
Unit 1 - Pelbagai Pengguna Jalan Raya Unit 2 - Peraturan Jalan Raya Unit 3 - Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan Raya Unit 4 - Kebolehlihatan di Jalan Raya Unit 5 - Mengimbas Lalu Lintas Unit 6 - Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab Unit 7 - Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah Unit 8 - Melintas dengan Selamat
UNIT 1 Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Objektif Unit 1
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: • meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dengan mengenali pelbagai pengguna jalan raya dan prosedur melintas dengan selamat.
• memahami bahawa kawasan tempat letak kereta adalah berbahaya bagi pejalan kaki.
Rasional Unit 1
Kesan trauma jalan raya melibatkan semua pengguna jalan raya. • Secara langsung: − fizikal dan psikologi(mangsa/keluarga) − beban kewangan − kerugian kepada negara (pembangunan/ekonomi).
• Secara tidak langsung (kesan fobia): − takut (menggunakan jalan raya)
− tidak membenarkan anak-anak berjalan, berbasikal atau menaiki bas.
Tajuk-tajuk Unit 1
1. Mengenali Pengguna Jalan Raya 2. Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza 3. Semua Orang ialah Pejalan Kaki
4. Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta
Tajuk 1 – Mengenali Pengguna Jalan Raya
• Berbual tentang pelbagai pengguna jalan raya berdasarkan poster (Media 1.1): − apa yang dilihat − apa yang dilakukan − membaca perkataan yang diberi.
• Mengenal pasti melalui poster dan membaca kad imbasan. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 1, 2 dan 3 ).
Tajuk 2 – Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza • Berbincang pengalaman menjadi pengguna jalan raya yang berbeza (Media 1.1 dan peta minda) − destinasi perjalanan
− aspek keselamatan − perlakuan − menjadi lebih dari satu pengguna jalan raya.
• Menjelaskan 2 konsep: − semua pengguna ialah pejalan kaki − menjadi lebih dari satu pengguna.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 4 ).
Tajuk 2 – Peta Minda samb.
Pimpin tangan – minta bantuan orang dewasa Lihat kereta yang mengundur – lihat kanan, kiri, kanan dan belakang Perhatikan kenderaan yang lalu-lalang sebelum keluar Pakai tali pinggang keledar Masuk dari bebendul jalan
Jangan ganggu pemandu
Tunggu orang dewasa untuk membantu anda keluar dari kereta ke bebendul jalan
Tajuk 3 – Semua Orang ialah Pejalan Kaki
• Bernyanyi – Media 1.3: − menyatakan 5 langkah melintas dengan selamat
− simulasi 5 langkah melintas − berbincang amalan melintas dengan selamat.
• Menjawab soalan untuk menerangkan 5 langkah melintas dengan selamat.
• Buku Aktiviti ( Aktiviti 5 & 6 ).
Tajuk 4 – Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta • Bersoal jawab berdasarkan posterTempat Letak Kereta (Media 1.4): − dikongsi pelbagai pengguna jalan raya
− bahaya dan langkah keselamatan − bagaimana mengetahui kereta sedang mengundur − demonstrasi di tempat letak kereta.
• Menyatakan 2 perkara: − tempat letak kereta berbahaya (pejalan kaki) − langkah keselamatan di tempat letak kereta.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 7 ).
UNIT 2 Peraturan Jalan Raya
Objektif Unit 2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng
motosikal dan penumpang.
Rasional Unit 2
• Kanak-kanak sentiasa diingatkan tentang maksud jalan raya berbahaya. • Didik secara berterusan berkenaan langkah
keselamatan. • Perlu mengelaskan peraturan mengikut kesesuaian: − belum mampu menentukan perlakuan dan langkah
keselamatan yang betul − kemampuan sosial yang terhad perlu pendidikan berterusan.
Tajuk-tajuk Unit 2
1. Patuhi Peraturan Jalan Raya 2. Amalkan Peraturan Jalan Raya 3. Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu 4. Patuhi Peraturan Jalan Raya
Tajuk 1 – Patuhi Peraturan Jalan Raya
• Berbincang dengan murid berdasarkan poster (Media 2.1): − kepentingan peraturan dan mematuhinya − menyenaraikan peraturan untuk pengguna yang berbeza.
• Menyatakan 2 perkara: − peraturan asas jalan raya − kepentingannya kepada penguna jalan raya.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 8 ).
Tajuk 2 – Amalkan Peraturan Jalan Raya
• Menyenarai, melakonkan dan mengklasifikasikan peraturan jalan raya berdasarkan Media 2.1. • Membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna
jalan raya yang berbeza. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 9 & 10 ).
Tajuk 3 – Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu • Berbincang tentang peraturan berdasarkan Media 2.3. • Mengenal pasti peraturan yang relevan di persekitaran jalan raya yang berbeza. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 11 ).
Tajuk 4 – Patuhi Peraturan Jalan Raya
• Menghubung kait peraturan jalan raya berdasarkan poster (Media 2.4) dengan peraturan. • Menyatakan 2 perkara: − peraturan jalan raya yang relevan (berdasarkan situasi) − peraturan jalan raya boleh meningkatkan keselamatan.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 12 ).
UNIT 3 Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan Raya
Objektif Unit 3
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan maksud dan memberi respons terhadap tanda, isyarat dan penanda jalan. • menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.
Rasional Unit 3
Bahagian jalan raya yang mengatur/mengurus trafik: • papan tanda • lampu isyarat
• penanda jalan raya.
Tajuk-tajuk Unit 3
1. Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan Raya 2. Wajib, Amaran dan Larangan Jalan Raya 3. Ambil Langkah Bijak
4. Jom, Jalan-Jalan
Tajuk 1 – Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan Raya • Berbincang tentang perbezaan papan tanda, isyarat dan penanda. • Bersoal jawab maksud dan tujuan tanda/penanda
yang diperkenalkan. • Mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya membantu meningkatkan keselamatan. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 13 & 14 ).
Tajuk 2 – Wajib, Amaran dan Larangan di Jalan Raya • Memperkenal dan menjelaskan tanda/penanda yang terdapat di dalam Buku Bergambar. • Mengklasifikasikan tanda/penanda mengikut
kesesuaian pengguna jalan raya. • Melakar papan tanda kategori wajib, amaran dan larangan. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 15 & 16 ).
Tajuk 3 – Ambil Langkah Bijak
• Bermain dan menjalankan aktiviti simulasi. • Menyatakan kepentingan tanda, isyarat dan penanda jalan raya: − mengurus trafik − meningkatkan keselamatan.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 17 ).
Tajuk 4 – Jom Jalan-Jalan
• Pemerhatian luar kelas. • Berbincang fungsi penanda jalan.
• Menyatakan 2 perkara:
− kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya − fungsi penanda jalan.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 18 & 19 ).
UNIT 4 Kebolehlihatan di Jalan Raya
Objektif Unit 4
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • membezakan keadaan cuaca dan waktu yang mempengaruhi kebolehlihatan melalui uji kaji
• mengenal pasti perabot jalan raya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan • menyatakan situasi bahaya di antara kereta yang diparkir dan fizikal kanak-kanak boleh mempengaruhi kebolehlihatan.
Rasional Unit 4
• Boleh dilihat (kebolehlihatan) faktor penting meningkatkan keselamatan: − jarak jauh (pakaian cerah) − waktu kurang pencahayaan (mendung, hujan, kabus, jerebu) − waktu gelap (malam, subuh).
• Alat/pakaian pemantul cahaya sebagai langkah keselamatan: − lima kali ganda lebih mudah dilihat − pakai di kepala, pergelangan tangan atau kaki.
Tajuk-tajuk Unit 4
1. Boleh Dilihat dan Lebih Selamat 2. Cuaca dan Waktu
3. Perabot Jalan 4. Kebolehlihatan di antara Dua Kereta yang Diletakkan
Tajuk 1 – Boleh Dilihat dan Lebih Selamat
• Demonstrasi dan soal jawab tentang mudah dilihat. • Mempelajari konsep penyamaran dan jalur pemantul cahaya (poster Kebolehlihatan). • Berbual tentang faktor pejalan kaki sukar dilihat: − penyamaran − kebolehlihatan (jalur pemantul cahaya)
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 20 ).
Tajuk 2 – Cuaca dan Waktu
• Berbincang kesan cahaya dan cuaca terhadap kebolehlihatan (Media 4.2). • Menjalankan tiga eksperimen bagaimana kesan cahaya, waktu, warna dan saiz objek mempengaruhi kebolehlihatan. • Merumuskan (pembentangan berkumpulan) bahawa berpakaian cerah atau jalur/pakaian pemantul cahaya penting untuk keselamatan. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 21 ).
Tajuk 3 – Perabot Jalan Raya
• Menamakan perabot jalan raya – kad imbasan gambar. • Membuat kesimpulan bahawa sesetengah perabot
jalan raya boleh menghalang kebolehlihatan pejalan kaki. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 22, 23 & 24 ).
Tajuk 4 – Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan •Tontonan video "Kebolehlihatan“ (7.44 – 8.28 minit) dan perbincangan: − melintas di antara dua buah kenderaan − warna pakaian − berdiri di cerun bukit − faktor fizikal.
• Menyatakan situasi bahaya berdiri antara dua buah kereta yang diletakkan – sukar dilihat dan melihat. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 25 ).
UNIT 5 Mengimbas Lalu Lintas
Objektif Unit 5
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan jalan raya adalah kompleks dan berbahaya.
• menyatakan maksud mengimbas lalu lintas serta mengenal pasti arah lalu lintas.
Rasional Unit 5
• Kemahiran mengimbas trafik perlu dilatih secara berterusan kerana perbatasan kanak-kanak: − medan penglihatan − kemahiran mengesan arah bunyi − sukar menganggar laju dan jarak kenderaan − kurang sabar dan impulsif − pemikiran fokus dan konkrit.
Rasional Unit 5
samb.
• Mengimbas melibatkan: − − − −
melihat kanan, kiri, kanan dan belakang melihat persekitaran jalan raya memberi perhatian penuh mengumpul maklumat/petunjuk (melalui komunikasi mata ke mata / „eye contact‟) − menilai keadaan risiko atau bahaya.
Tajuk-tajuk Unit 5
1. Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya 2. Mengimbas Lalu Lintas 3. Mencari Petunjuk
4. Pemerhatian Lalu Lintas
Tajuk 1 – Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya • Membaca dan bersoal jawab tentang mesej dari pantun nasihat. • Penggunaan poster Blok Pertengahan dan Jenis-jenis
Jalan : kenderaan − arahRaya datang − arah memerhati kenderaan.
Tajuk 1 – Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya samb. • Melalui permainan “tag” (jalan sempit dan lebar) murid boleh: − membandingkan dengan keadaan jalan raya − mengaitkan dengan tahap kesukaran melintas − apa yang diperhatikan? − bagaimana memerhati?
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 26 ).
Tajuk 2 – Mengimbas Lalu Lintas
• Menonton video "Pengenalan“ (0.00 – 0.50 minit) dan berbincang: − bagaimanakah pergerakan kenderaan?
− terangkan perlakuan melihat kenderaan adalah mengimbas lalu lintas sebelum melintas.
• Menyatakan bahawa mengimbas: − bukan hanya melihat kenderaan − melibatkan mencari petunjuk keadaan bahaya − memerlukan tumpuan.
Tajuk 2 – Mengimbas Lalu Lintas
samb.
• Menyatakan akibat tidak „nampak‟ sewaktu sedang „melihat‟. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 27 & 28 ).
Tajuk 3 – Mencari Petunjuk
• Bersoal jawab tentang: − bagaimana mengetahui kenderaan yang akan bergerak/melahu? − bagaimana mengetahui kenderaan menghampiri/ menjauhi? − kepentingan mengetahui arah kenderaan bergerak?
• Aktiviti kelas untuk menunjukkan komunikasi mata ke mata / ‘eye contact’. • Mengaitkan aktiviti ‘eye contact’ dengan keselamatan di jalan raya.
Tajuk 3 – Mencari Petunjuk
samb.
• Menerangkan bahawa pancaindera lihat dan dengar kerap digunakan untuk mengumpul maklumat semasa mengimbas lalu lintas. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 29 ).
Tajuk 4 – Pemerhatian Lalu Lintas
• Memerhati dan mencatat keadaan lalu lintas. • Berbincang tentang: − keadaan lalu lintas (lengang/sibuk) berdasarkan waktu cuacapejalan kaki mengikut keadaan lalu lintas − dan perlakuan − keadaan lalu lintas tidak semestinya selamat walaupun lengang atau tiada kenderaan.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 30 & 31 ).
UNIT 6 Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab
Objektif Unit 6
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan kepentingan penggunaan tali pinggang keledar dan perlakuan sebagai penumpang yang
selamat dan bertanggungjawab.
Rasional Unit 6
• Kanak-kanak ialah golongan yang paling mudah terdedah kepada bahaya. • Impak nahas yang melibatkan kanak-kanak jika tidak
memakai tali pinggang keledar: − kecederaan parah − maut.
• Tali pinggang keledar wajib digunakan pada setiap masa.
Tajuk-tajuk Unit 6
• Tali Pinggang Keledar • Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab
Tajuk 1 – Tali Pinggang Keledar
• Berbincang berdasarkan tayangan video "Tali Pinggang Keledar“ (9.20 – 10.05 minit). • Menjalankan eksperimen tali pinggang keledar. • Mengaitkan eksperimen dengan kepentingan memakai tali pinggang keledar. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 32 ).
Tajuk 2 – Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab • Bersoal jawab perlakuan penumpang berdasarkan tayangan video: − sikap penumpang yang bertanggungjawab?
− memakai tali pinggang keledar dengan betul? − mengapa perlu memakai dengan betul?
• Menerangkan perlakuan penumpang yang selamat dan bertanggungjawab. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 33 & 34 ).
UNIT 7 Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
Objektif Unit 7
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya menjadi pengguna yang
berhemah.
Rasional Unit 7
• Kepentingan menjadi pengguna jalan raya berhemah sebagai: − pejalan kaki − penumpang.
• Kesan kepada pengguna jalan raya lain sekiranya tidak berhemah: − mengganggu ketenteraman awam − membahayakan diri dan orang lain.
• Kesan jika perlakuan berhemah tidak dididik dari peringkat usia yang muda.
Tajuk-tajuk Unit 7
1. Pengguna Jalan Raya yang Berhemah 2. Berhemah di Jalan Raya
Tajuk 1 – Pengguna Jalan Raya yang Berhemah • Bersoal jawab tentang pengalaman masing-masing. • Menyatakan nilai murni berdasarkan tayangan video "Upih" (0.00 – 0.31 minit) dan bernyanyi. • Menyatakan ciri-ciri (nilai-nilai murni) dan kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 36 ).
Tajuk 2 – Berhemah di Jalan Raya
• Bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. • Menonton video "Potong Q“ (0.00 – 0.29 minit). • Berbincang akibat sesuatu perlakuan dan memberi cadangan mengelakkan bahaya.
Tajuk 2 – Berhemah di Jalan Raya
samb.
• Bersoal jawab berdasarkan situasi dan mengaplikasi sikap berhemah untuk meningkatkan keselamatan. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 37 ).
UNIT 8 Melintas dengan Selamat
Objektif Unit 8
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • menyatakan arah yang paling selamat untuk berjalan
• mengenal pasti tempat yang paling selamat untuk melintas dan menerangkan bahagian-bahagian persekitaran jalan raya yang dapat meningkatkan keselamatan sewaktu melintas. • menyatakan lima langkah melintas jalan raya dengan selamat di persekitaran jalan raya yang sebenar.
Rasional Unit 8
Perkara yang perlu diketahui oleh kanak-kanak: • memahami bahawa jalan raya berbahaya dan kompleks pada setiap masa • sentiasa mengutamakan keselamatan diri • masih melalui perkembangan kognitif dan fizikal; oleh itu belum bersedia berdikari di jalan raya.
Tajuk-tajuk Unit 8
• Melintas dengan Selamat • Langkah Cermat, Jiwa Selamat
Tajuk 1 – Melintas dengan Selamat
• Bersoal jawab dan sumbang saran berkaitan kemahiran pejalan kaki: − bahagian-bahagian jalan raya yang selamat untuk
melintas − arah berjalan yang selamat − bagaimana melintas jalan dengan selamat.
• Menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya yang selamat digunakan untuk melintas. • Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 28 & 39 ).
Tajuk 2 – Langkah Cermat Jiwa Selamat
• Simulasi melintas jalan raya dengan selamat: − melaksanakan prosedur melintas dengan berpimpin
tangan orang dewasa − menyatakan prosedur melintas dan kepentingannya.
• Melintas jalan dengan selamat menggunakan lima langkah melintas dengan pengawasan guru.
• Buku Aktiviti 2 ( Aktiviti 40 & 41 ).