contoh surat perjanjian kontrak kerjaFull description
Surat Kontrak Kerja
contoh surat perjanjian politik
contoh surat sambung kontrak
Surat acuan membuat kontrakFull description
Surat acuan membuat kontrak
surat kontrak untuk talent
Full description
latihan membuat surat perjanjian kontrak kerja
Surat Perjanjian Kontrak Kerja Jasa Arsitek Dan Kontraktor
sedrdtrfsdFull description
contoh surat kontrak pelatih teaterFull description
contoh surat perjanjian kontrak kerjaDeskripsi lengkap
contoh perjanjian kontrakFull description
contoh surat perjanjian kontrak kerja dengan supir
contoh surat perjanjian politik
contoh surat perjanjian politikFull description
KONTRAK KERJADeskripsi lengkap
Surat Pemberhentian Kontrak KerjasamaFull description
Kontrak Pekerjaan Perjanjian Ini Dibuat Pada _________, bulan _____________, ________ di antara:(dengan ini dipanggil “Majikan”) Di satu pihak dengan, Nama: ________________________ No. Paspot : ________________ (dengan ini dipanggil “Pekerja”) Bagi pihak yang satu lagi. Majikan dengan ini telah bersetuju melantik (nama), (no paspot) dengan syarat-syarat dan terma pekerjaan seperti dibawah. 1.
Jawatan
:
2.
Tempoh Kontrak
:
3.
Lokasi Kerja
:
4.
Waktu Bekerja
:
Dimana sahaja projek pembinaan diseluruh Semanjung Malaysia di bawah kelolaan Majikan.
Bekerja selama 8 jam sehari dan 6 hari seminggu dan jadual kerja akan diatur oleh majikan. 5.
Gaji Pekerja akan dibayar gaji harian sebanyak ____________sehari. Gaji akan dibayar sekali pada setiap bulan. Pihak Majikan tidak akan membayar sebarang gaji pada hari dimana pekerja gagal menghadirkan diri untuk bekerja.
6.
Penempatan Majikan akan menyediakan tempat penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan asas secara percuma sepanjang tempoh pekerjaan.
7.
Cuti Majikan akan memberikan cuti kerja kepada Pekerja bersesuaian dengan UndangUndang Kerajaan Malaysia seperti berikut : I. Cuti Am (Public Holiday) selama sepuluh (10) hari setahun bergaji. Jika bekerja, kerja lebih masa (OT) akan dibayar II. Cuti Sakit / MC bergaji sebanyak empat belas (14) hari setahun. III. Cuti Rawatan Wad adalah tiga puluh (30) hari dan gaji dibayar IV. Cuti Tahunan disediakan sebanyak lapan (8) hari setahun. V. Cuti Rehat Mingguan sebanyak satu (1) hari dalam seminggu dan gaji tidak dibayar
8.
Pengangkutan Dari Dan Ke Tempat Kerja Pengangkutan Pekerja dari tempat penginapan ke tempat kerja pergi dan balik akan disediakan jika jaraknya jauh dari tempat kerja dan tidak disediakan jika jaraknya berhampiran.
9.
Levi, PLKS, Visa, Bayaran Proses Dan ‘Security Bond’ Kerajaan Pihak Majikan haruslah menaggung sepenuhnya pembayaran untuk Levi, PLKS, Visa, bayaran proses Imigresen Malaysia dan juga ’Security Bond’ kerajaan Malaysia, seperti yang telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia.
10.
Pengangkutan I. Majikan akan menyediakan tiket balik percuma ke Indonesia setelah pekerja tamat kontrak pekerjaan selama 24 (dua puluh empat) bulan jika majikan tidak lagi mahu menyambung kontrak pekerjaan. II. Pekerja yang telah tamat kontrak pekerjaan mestilah berlepas pulang ke Indonesia selepas pengurusan keluar diaturkan oleh majkan melalui Jabatan Imigresen III. Majikan hanya akan menyediakan tiket pergi dan balik kepada pekerja yang ingin bercuti, setelah menamatkan masa kontrak selama dua (2) tahun pertama, yang mana Majikan ingin menyambung lagi kontrak kerja pekerja tersebut. IV. Pekerja yang ingin menamatkan kontrak pekerjaan sebelum tamat tempoh kontrak pekerjaan mesti membiayai tiket pulang mereka sendiri.
11.
Peralatan Dan Alat Keselamatan Kerja I. Peralatan kerja diberikan kepada Pekerja mengikut kesesuaian bidang pekerjaan II. Pakaian seragam kerja tidak disediakan oleh Majikan III. Alat keselamatan kerja disediakan oleh Majikan seperti mask / penutup hidung dan sarung tangan mengikut kesesuaian bidang pekerjaan. Dan dengan sengaja hilang, lalai, atau dirosakkan akan dipertanggungjawabkan kepada Pekerja.
12.
Upah Kerja Lebih Masa Akan dibayar mengikut yang termaktub di dalam Akta Pekerjaan 1955
13.
Kecederaan Semua Pekerja akan dilindungi dengan insurans kemalangan selama 24 jam (di dalam atau di luar waktu kerja) di bawah skim Foreign Workmen’s Compensation 1952.
14.
Jika Berlaku Kematian Majikan akan menguruskan persiapan dan perbelanjaan pemulangan jenazah pekerja kepada keluarga di Indonesia jika pekerja meninggal dunia semasa di dalam tempoh kontrak pekerjaan. Majikan akan membantu mendapatkan dan mengirimkan wang pampasan dari skim Pampasan Pekerja Asing kepada ahli waris pekerja di Indonesia (jika ada).
15.
Latihan Latihan sambil bekerja akan diberi.
16.
Larangan-Larangan I. Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan mana-mana rakyat Malaysia atau penduduk tetap Malaysia semasa tempoh pekerjaan. II. Pekerja tidak boleh diiringi oleh ahli keluarganya semasa dalam tempoh pekerjaan. III. Pekerja tidak dibenarkan melakukan apa-apa perbuatan keji atau sumbang menurut adat-istiadat masyarakat setempat, atau melanggar mana-mana peraturan kerja semasa dalam tempoh pekerjaan. IV. Pekerja tidak boleh melakukan apa-apa kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia. V. Pekerja tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan haram/mogok kerja semasa dalam tempoh bekerja. VI. Pekerja tidak dibenarkan untuk mendapatkan keuntungan dan faedah dalam perjanjian berasingan atau bersama dengan individu, institusi atau organisasi lain semasa bekerja dengan pihak majikan.
17.
Penamatan Kontrak Pekerjaan Majikan berhak untuk memutuskan perjanjian kerja jika mendapati pekerja telah melanggar terma-terma dan syarat perkhidmatan atau mendapati pekerja telah melanggar undang-undang Malaysia. Majikan juga berhak menamatkan kontrak ini tanpa notis jika perkara-perkara berikut berlaku:a) Pas lawatan pekerja sementara kepunyaan pekerja ditarik balik atas sebab kesalahan pekerja. b) Pekerja tidak hadir bekerja selama dua (2) hari berturut-turut tanpa sebab. c) Pekerja melakukan satu atau lebih larangan seperti yang dinyatakan di klausa 16.
18. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Undang-Undang Pekerjaan Malaysia. Dengan ini, pihak Majikan dan Pekerja telah bersetuju dengan segala apa yang termaktub di dalam kontrak ini.
PENGAKUAN PEKERJA: Saya, .............................. (Nama Pekerja), pemegang passport bernombor ....................... dengan ini mengakui telah membaca dan memahami dan dengan ini bersetuju segala syarat-syarat perkhidmatan seperti yang termaktub di atas. ................................... (Tandatangan Pekerja)