SULUK ( TAUSUNG )
LATAR BELAKANG KAUM
Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sebutan Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.
Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.
Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluknya dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Kagayan, Bugis, Jawa, Jawa, Cina dan Arab. Arab.
Pulau
Tambisan telah melahirkan pemimpin yang di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
Perkahwinan
Pakaian kematian
Alatan muzik
Tarian Makanan
Kelahiran
Kehidupan seharian
Adat Perkahwinan Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat banyak adat-adat dan tatasusila yang masih di ikuti sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang ini.Sudah menjadi kebiasaan Adat permintaan wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita adalah sangat tinggi mengikut golongan-golongan status yang menunjukkan status mereka sebagai golongan yang dihormati. Permintaan hantaran Sukat Ungsud daripada pihak wanita seperti Mas Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka Kumpul Bulawan, Sapi / Kerbau Sapi Mandangan / kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai ( Mahligai ialah sebuah Rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Tamat Qatam Al-Quran ) bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Terdapat empat peringkat dalam Adat perkawinan suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum dan selepas perkawinan seperti Pag-Pasihil, PagPangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali Pag-Tiaun.
Pakaian Tradisi Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis keramaian.
Pakaian Lelaki Baju Lapi/kuput Berino Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.
Pakaian Wanita Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian Baju Samrah Baju samrah dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju samrah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan lembut. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau pelikat Tadjung.
Alat-Alat Muzik Tradisi
Kulintangan Kulintangan terdapat 8 hinga 11 gong kecil yang dimainkan bersama dengan Gendang Gandang, Gong Besar Agong Tunggalan, 2 buah Gong Nipis Agong Duwahan dan sekurang-kurangnya 5 orang pemain Kulintangan.
Gabbang dan Biola Gabbang dan Biola adalah seiring dimainkan oleh pemain muzik tradisional suku kaum Suluk .Gabbang adalah muzik yang paling unik dan popular sering dimainkan di majlis keramaian seperti Perkahwinan, Pertunangan, dan majlis keramaian yang lain. Gabbang mempunyai 17 hingga 24 key not yang berlainan bunyi menarik.Gabbang dimainkan oleh wanita dengan nyanyian Lagu Lugu tradisional suluk dan seiring dengan Biola oleh pemain Lelaki.
Tarian Pangalay Salah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay / Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan, pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.
Makanan Tempatan Makanan tempatan suku kaum Suluk yang paling popular adalah sup hitam Tiyula Itum ia daripada Daging dan dimasak dengan Kelapa bakar yang sudah dihancur sebagai perencah kepada sup. Tiyula Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua suku kaum suluk jika ada perayaan seperti Perkawinan dan ia jarang-jarang dimasak kecuali perayaan besarbesaran.selain itu makanan-makanan tempatan suku kaum suluk adalah seperti.
Makanan a. Tiyula Itum, Tiyula Istah, Piyalam, Piyaksu – jenis-jenis makanan yang berkuah b. Piyuto, Bianban, Sianglag- makanan daripada ubi kayu c. Kinilau, Agar-agar, Gamay, Tihi-tihi- jenis makanan yang mentah d. Otak-otak, kagang e. Istah piritu, istah diyangdang- jenis masakan ikan f.
Kari-kari, kurma, piassak, - jenis masakan daging/ ayam/ikan
g. Tamu, Punjung
Kuih-Muih
Durul, Bawlo, Bangbang Hantak, Ja, Panganan, Panyam Wadjit, Apam, Palikambing, Tabid-tabid, Panggi-Panggi, Daral, Pitis, Bibingka, Jualan, Daub-daya, Piyangsuhan, Putli mandi, Libusau, Biyaki, kuih cinta, Suman Latik, Patolakan
PANTANG LARANG
Kematian
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Semasa Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Qamat/Azan
Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat suluk dan bajau rata-ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu.
Menanam Tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.
Selepas Kelahiran
Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.
Semasa Ibu mengandung
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah;
I.
Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
II.
Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak
III.
Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
IV.
Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.
V.
Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan.
PANTANG LARANG LAIN-LAIN
I.
larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit
II.
larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi
III.
larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun
IV.
larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
V.
larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah
VI.
larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu
VII.
larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri
VIII.
barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus
IX.
anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu
X.
larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri
XI.
larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku
KESESUAIAN PANTANG LARANG DAN ADAT RESAM
Secara keseluruhannya kesemua pantang larang maupun adat yang wujud dalam suku kaum suluk ini sebenarnya menginginkan kaumnya sentiasa mengamalkan adat yang ada dalam kaumnya agar adat tersebut tidak hilang dek zaman. Contonhnya, tarian pangalay yang masih dimainkan sehingga hari ini. Malah tarian tersebut makin lama makin dikenali oleh masyarakat luar bukan sahaja kaum suluk. Adat yang wujud dalam suku kaum suluk ini juga masih bersesuaian dalam masyarakat era kali ini. Buktinya adat perkahwinan suku kaum suluk masih diaplikasikan dalam mana-mana perkahwinan suku kaum suluk ini.
Dari segi pantang larang pula, secara logiknya kesemua pantang larang yang wujud dalam suku kaum suluk ini juga sebenarnya bertujuan untuk menjaga seseorang individu itu dari ditimpa musibah atau masalah. Contohnya, larangan untuk membawa bayi pada waktu malam kerana takut ditimpa penyakit. Secara logiknya kebenaran pantang larang ini boleh dipercayai kerana pada waktu malam, cuaca adalah lebih sejuk berbanding waktu pagi. Perakara ini akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti selesma atau demam. Selain itu, waktu malam juga merupakan waktu nyamuk lebih aktif, oleh itu risiko untuk bayi terkena gigitan nyamuk adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa pantang larang ini adalah masih bersesuaian dengan kehidupan masyarakat hari ini.
Selain itu, pantang larang atau adat seperti melaungkan azan di teling bayi lelaki dan qamat di telinga bayi perempuan adalah adat yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Adat ini adalah berkaitan dengan kepercayaan dalam agama. Memandangkan majoriti suku kaum suluk adalah beragama islam maka adat ini masih diguna sehingga hari ini. Malah ianya juga diamalkan oleh semua penganut agama islam dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, adat ini masih sesuai untuk diamalkan dalam masyarkat hari ini.
Secara kesimpulannya, kebanyakan adat dan pantang larang yang diamalkan dalam suku kaum suluk ini masih sesuai atau relevan untuk digunapakai pada zaman ini. Buktinya, adat atau pantang larang tersebut majoritinya membawa kesan yang positif kepada individu.
IMPLIKASI
KEPELBAGAIAN
SOSIO-BUDAYA
TERHADAP
PERANAN
GURU
DI
SEKOLAH
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Namun kepelbagaian ini telah menyebabkan banyak implikasi dalam sistem pentadbiran Negara khususnya peranan guru dalam pendidikan. Implikasi ini telah mempengaruhi.
Antara implikasinya kepelbagaian sosiobudaya terhadap peranan
guru ialah
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi
renggang
dan
hilang
minat
untuk
meneruskan
pembelajaran.
Guru
bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.
Selain itu, guru berperanan dalam membina persefahaman di Antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan Antara kaum, mengejek ,menghina di Antara satu sama yang lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitive yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan , nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman Antara murid.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pnp perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktivit pembelajaran. Guru perlu menggunakan Bahasa standard Bahasa kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek Bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahsa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dimbimbing untuk memhami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. I ni akan dapat membuatkan tersebut merasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sunggu dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di Antara guru dengan murid guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya.
Guru juga perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan, selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan
perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebaginya bagi memastikan kejayaan tersebut.
Sebagai tambahan guru seharusnya tidak hanya memfokus kepada bahagian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tetapi, guru juga haruslah memfokus kepada pembinaan rohaniah atau disiplin diri sendiri. Pepatah guru kencing berdiri murid kencing berlari merupakan pepatah yang menujukkan bahawa guru itu sebenarnya menjadi contoh kepada muridnya. Oleh itu,
Guru haruslah menunjukkan peribadi dan disiplin yang baik
kepada murid-murid. Contohnya, kedatangan ke kelas, pemakaian, cara pertuturan, tidak berat sebelah dan banyak lagi. Peribadi yang ditunjukkan ini sebenarnya menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Maka, murid-murid akan lebih berdisiplin dan posiitf. Maka perbezaan sosio-budaya di dalam kelas tidak akan menyebabkan apa-apa masalah.
Rohand meighan (1986) ada menyatakan bahawa kelas social mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Oleh itu, perbezaan sosio-budaya ini bukan sahaja melibatkan etnik atau bangsa. Ianya juga melibatkan status social contohnya, tahap ekonomi keluarga murid tersebut. Maka peranan guru dalam mengendalikan kelas social murid juga haruslah dilaksanakan dengan bijak. Guru haruslah mewujudkan pergaulan yang bebas , iaitu tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya atau kelas social. Dengan ini, suatu pembelajaran yang interaktif dan suasana kelas yang kondusif akan terhasil.
Perbezaan sosio-budaya ini juga akan menyebabkan banyak perbezaan dari segi kepercayaan dan budaya hidup dikalangan murid di dalam kelas. Oleh itu Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. perkara ini adalah untuk mengelakkan masalah isu sensitive wujud.
Guru juga haruslah bijak bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas social dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di Antara satu sama lain. Contohnya , guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesame sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompiok dan tanpa sekatan budaya dan masayarakat.
Dalam kepelbagaian sosio-budaya ini juga, guru haruslah bijak merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberikan peluang yang sama pada setiap murid untuk menerokai pembelajaran. Contohnya Bagi murid yang mengalami kecelaruan jantin, menjadi tanggungjawab guru untuk membetulkan persektif murid-murid di dalam kelas t ersebut untuk tidak mewujudkan diskriminasi terhadap murid yang mempunyai masalah kecelaruan ini. Namun, guru juga haruslah pandai mengubah murid yang kecelaruan jantina ini untuk mengatasi masalahnya.
Latar belakang yang berbeza dikalangan murid ini akan mewujudkan banyak pemahaman yang berbeza dikalangan murid, selain itu ia akan menimbulkan banyak konflik dalam diri murid mengenai pemahamannya. Perkara ini akan menyebabkan wujudnya sifat rendah diri dan sebagainya. Maka, disini kemahiran komunikasi guru untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan Antara murid haruslah diaplikasikan. Komunikasi yang berkesan bermaksud sauasana kelas yang sentiasa aktif dan positif. Guru mesti pandai merancang satu komunikasi yang berkesan agar suasana kelas sentiasa proaktif meskipun murid datang dari latar belakang yang berbeza-beza.
RUJUKAN