HSM3033 - Sejarah Sosioekonomi Malaysia Tajuk : Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
Kumpulan : D Masa : 2.00PM - 4.00PM Tempat : B01-1-BK08 Nama pensyarah : Dr Khairi bin Ariffin
NAMA
NO.MATRIK
SITI NAQIAH FARAIAN BINTI OMAR
D20112052049
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
AGNESTINA BINTI BONIFACE
D20112052064 D201120520 64
SAINS KEMANUSIAAN
DING AN QI
D20112052058
SAINS KEMANUSIAAN
NOR HASWINA HASWINA BINTI ZAHARI ZAHARI
D20112052062
SAINS KEMANUSIAAN
MOHD ZULKARNAIN BIN MAHMAT
D20112052070
SAINS KEMANUSIAAN
1.0 Pendahuluan
Kajian kes ini merupakan kajian terhadap sosioekonomi dengan memberi tumpuan yang khusus terhadap penempatan di FELDA Sg. Behrang. Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan salah satu kawasan yang strategik kerana wujudnya pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat. Apa yang menarik perhatian kami, kesemua aktiviti sama ada dari segi ekonomi, perkhidmatan dan kemasyarakatan dilakukan sendiri oleh masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengalami sendiri kegiatan ekonomi dan sosial yang diusahakan oleh masyarakat di kawasan FELDA Sg Behrang. Behrang. Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberi memberi pengetahuan yang luas kepada kami untuk mengetahui lebih mendalam mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan FELDA Sg. Behrang.
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati bahawa masyarakat FELDA Sg Behrang menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang terdiri daripada perladangan, penternakan, usahawan dan perniagaan dan sebagainya. Selain terlibat dengan aktiviti ekonomi, masyarakat setempat juga menjalankan pelbagai kegiatan sosial yang dianjurkan oleh pentadbiran FELDA Sg. Behrang seperti aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, aktiviti gotong royong, program pengambilan anak angkat, Program Jelajah Aktiviti anjuran FELDA dan sebagainya. FELDA Sg Behrang juga merupakan sebuah kawasan yang dianggap strategik kerana wujudnya kemudahan serta infrastruktur yang lengkap seperti sekolah, klinik, tempat rekreasi seperti taman permainan dan juga gelanggang futsal dan bola tampar.
Pelbagai kajian digunakan semasa menjalankan kajian di kawasan ini. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah penilaian dan kaedah pembacaan.
1.0 Pendahuluan
Kajian kes ini merupakan kajian terhadap sosioekonomi dengan memberi tumpuan yang khusus terhadap penempatan di FELDA Sg. Behrang. Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan salah satu kawasan yang strategik kerana wujudnya pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat. Apa yang menarik perhatian kami, kesemua aktiviti sama ada dari segi ekonomi, perkhidmatan dan kemasyarakatan dilakukan sendiri oleh masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengalami sendiri kegiatan ekonomi dan sosial yang diusahakan oleh masyarakat di kawasan FELDA Sg Behrang. Behrang. Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberi memberi pengetahuan yang luas kepada kami untuk mengetahui lebih mendalam mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan FELDA Sg. Behrang.
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati bahawa masyarakat FELDA Sg Behrang menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang terdiri daripada perladangan, penternakan, usahawan dan perniagaan dan sebagainya. Selain terlibat dengan aktiviti ekonomi, masyarakat setempat juga menjalankan pelbagai kegiatan sosial yang dianjurkan oleh pentadbiran FELDA Sg. Behrang seperti aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, aktiviti gotong royong, program pengambilan anak angkat, Program Jelajah Aktiviti anjuran FELDA dan sebagainya. FELDA Sg Behrang juga merupakan sebuah kawasan yang dianggap strategik kerana wujudnya kemudahan serta infrastruktur yang lengkap seperti sekolah, klinik, tempat rekreasi seperti taman permainan dan juga gelanggang futsal dan bola tampar.
Pelbagai kajian digunakan semasa menjalankan kajian di kawasan ini. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah penilaian dan kaedah pembacaan.
2.0 Penghargaan
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ILLAHI dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami, akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kami kepada pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin kerana dengan tunjuk ajak serta bimbingan beliau, akhirnya dapat membuka ruang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih buat kedua ibu bapa kami kerana sentiasa memberi sokongan moral kepada kami untuk sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi cabaran dan liku-liku sebagai seorang pelajar. Tanpa mereka, mungkin kami tidak berada mampu untuk berada di sini pada hari ini. Terima kasih juga buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi bantuan kepada kami dari sudut kewangan bagi memudahkan kami untuk menjalankan kajiankajian di kawasan yang dipilih yang sememangnya memerlukan sedikit perbelanjaan sepanjang tempoh dalam membuat kajian tersebut. Seterusnya, ucapan penghargaan ditujukan kepada penduduk kampung FELDA Sungai Behrang yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Penduduk FELDA Sungai Behrang banyak membantu kami dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan berkaitan dengan kampung tersebut. Mereka banyak meluangkan masa untuk u ntuk kami dan memberi kesempatan kepada kami untuk merasai pengalaman di kampung tersebut. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan memudahkan kami semua menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan tugasan ini. Terima kasih.
.
3.0 Objektif kajian
1. Mengetahui lebih dalam tentang perkembangan FeldaSg. Behrang mengikut kronologinya. 2. Mengkaji aktiviti ekonomi yang dapat mempengaruhi sosial masyarakat di FELDA Sg. Behrang. 3. Menjelaskan hubungan di antara ekonomi dan masyarakat di sesuatu kawasan. 4. Menganalisis struktur sosioekonomi di FELDA Sg. Behrang. 5. Mengeratkan hubungan ukhuwah pelajar universiti dengan para peneroka di FELDA Sg. Behrang. 4.0 Kaedah kajian Kami menggunakan kaedah kajian seperti berikut dalam menyiapkan kerja kumpulan berkaitan sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang. 1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, kami telah menemu bual penduduk FELDA Sungai Behrang untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Kami telah melawat kawasan FELDA Sungai Behrang selama dua hari. Kami dapat mengkaji bentuk muka bumi tempat tersebut, ekonomi yang dijalankan oleh penduduk dan memahami gaya hidup mereka. Banyak maklumat berguna dapat diperoleh berdasarkan pemerhatian kami di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Kami juga turut merujuk dokumen dari pejabat FELDA Sungai Behrang untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Kami juga turut mengunjungi perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian kami.
5. Muat turun internet
Kami turut menggunakan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman web produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Kami juga turut menggunakan kaedah audio visual dalam kajian ini. Kami merakam temu bual dengan penduduk tempatan dan mengambil gambar kawasan kampung FELDA Sungai Behrang. Dengan maklumat yang diperoleh lagi kajian yang saya lakukan.
5.0 Latar belakang kawasan kajian
FELDA Sungai Behrang merupakan salah satu rancangan FELDA di Malaysia. FELDA Sg. Behrang ini terletak di Bantang Padang, Tanjung Malim. Selain itu, FELDA ini terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Tanjung Malim, 5 km dari Behrang 2020 dan 10 km dari Slim River. Jarak dari ibu negeri iaitu Bandar Ipoh adalah sejauh 110 km dan jarak dari ibu negara Kuala Lumpur adalah sejauh 104 km. Selain itu, FELDA Sungai Behrang berada dalam kawasan Majlis Daerah Tanjung Malim, Dewan Undangan Negeri Kawasan Behrang Dan Parlimen Bahagian Tanjung Malim. Lokasi yang paling hampir adalah Politeknik Sultan Azlan Shah. Sehubungan dengan itu, plaza tol yang terdekat adalah Plaza Tol Behrang (124), Projek Lebuh ra ya Utara Selatan (PLUS) dan jarak dari plaza tol tersebut ke FELDA Sungai Behrang adalah sejauh 5 km. Dari segi kuantiti peneroka, FELDA Sg. Behrang terdiri daripada lebih 400 buah keluarga yang kebanyakannya berbangsa Melayu. Oleh itu, jumlah penduduk pada masa kini adalah lebih kurang 2700 orang termasuk ahli keluarga para peneroka. FELDA ini dibuka pada tahun 1968 apabila kumpulan peneroka pertama untuk mengusahakan ladang getah. FELDA Sungai Behrang pernah keluar dari Tanah Rancangan FELDA bermula tahun 2000 hingga 2005. Dalam tempoh itu, FELDA Sungai Behrang telah dikenali sebagai Kampung Sungai Behrang. Pada tahun 2006, FELDA Sungai Behrang telah disenaraikan semula sebagai salah satu tanah rancangan FELDA di negeri Perak.
Kawasan tanah rancangan FELDA merupakan kawasan yang berpotensi berekonomi yang dapat menguntungkan dua pihak. Menurut Muhammad Sulong dalam bukunya Penempatan FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa, keluasan ditentukan bagi pembahagian mengikut suatu saiz ekonomi yang ingin dikerjakan atas tanah rancangan FELDA bagi para 1
2
peneroka. Keluasan rancangan FELDA Sg. Behrang ini adalah 2,259.69km . keluasan ini termasuklah kawasan tanaman kelapa sawit, getah dan kawasan kampung peneroka FELDA. Dalam FELDA ini bukan saja bagi tanaman kelapa sawit dan getah malah sesetengah peneroka turut mengerjakan penternakan seperti lembu dan ikan. Keluasan bagi tanaman kelapa sawit 2
2
adalah seluas 907.54km . Keluasan tanah bagi tanaman getah sejumlah 1221.132km . Dengan keluasan yang ada, seorang peneroka akan dibekalkan 10 ekar tanah dan setengah ekar bagi tapak rumah yang dapat menempatkan seramai 4 orang ahli keluarga. Selain itu, keluasan bagi 2
kawasan kampung pula adalah seluas 166.73km . Keluasan kawasan kampung ini dapat menampung sebanyak 4 buah kampung iaitu Kampung Bahagia, Kampung Tengah, Kampung Sekolah dan Kampung. Setiap kampung mempunyai 24 blok dan setiap blok mempunyai kirakira 20 lebih buah rumah. Menurut salah seorang ketua blok di kampung FELDA ini, pembahagian blok sebegini adalah bagi memudahkan pengurusan peneroka agar tidak tercicir bantuan atau ketidakseimbangan pengurusan. Keberterusan rancangan FELDA ini disokong dengan adanya infrastruktur bagi keselesaan para peneroka. Antara infrastruktur yang terdapat di FELDA Sg. Behrang adalah sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah tadika, masjid, 4 buah surau, klinik desa, padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang serba guna, taman permainan kanak-kanak, tanah perkuburan, pasar ikan, rumah rehat dan beberapa kedai runcit dan kedai 2
makan.
1
Mohamad Sulong. 1985. Petempatan Felda : Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Mala ysia : University Of California. Hal 19. 2
http://feldasungaibehrang.wordpress.com/. Diasses pada 7 Oktober 2013.
6.0 Hasil kajian - Pemantauan aktiviti sosioekonomi penduduk 6.1 Komuniti FELDA Sungai Behrang
Komuniti merupakan suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan saling bergantung antara satu sama lain. Keadaan ini dipengaruhi oleh penglibatan mengerjakan sesuatu tugas yang sukar dikerjakan oleh satu tenaga atau seorang sahaja. Sebagai contoh, suatu kelompok komuniti perlu menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka agar proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah. Tambahan pula, seiring dengan era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan yang kritis (k-ekonomi), sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks dan kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesaikan masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Misalnya, secara realitinya manusia berada di merata tempat, bekerja di pejabat dan luar pejabat perlu berhubungan melalui telefon dan internet. Selain itu, sesuatu kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan 3
geografi. Namun kadangkala terdapat beberapa halangan seperti aplikasi komunikasi yang kurang ramah antara pengguna atau komuniti, peralatan perhubungan yang kurang berkesan, infrastruktur yang tidak sempurna akan mengecewakan pengguna. Menurut , terdapat beberapa kategori komuniti yang membentuk sesebuah organisasi. Pertama, komuniti sematlamat. Komuniti jenis ini merupakan sekumpulan manusia dari berbagai disiplin bekerjasama dalam merentasi organisasi secara formal dalam sesuatu tempoh masa projek yang telah ditetapkan. Misalnya, projek pembangunan. Kedua, komuniti pengamal yang dapat diertikan dengan sekumpulan manusia dari disiplin profesional yang sama bersatu untuk berkongsi belajar secara tidak formal, menyelesaikan masalah, rangkaian profesional dan saling bantu membantu. Contohnya, pengurusan komuniti sesebuah kampung. Ketiga, komuniti pelanggan adalah organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai penyampaian maklumat yang biasanya dalam perdagangan. Ahli-ahli komuniti akan memberi
3
Nicolaas Warouw. Jurnal Analisis Sosial Vol. 10 No. 2 Oktober 2005. Hal 75.
maklum balas, membantu mengenal pasti masalah dan mengemukakan pandangan-pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran. Seterusnya, keempat, komuniti rantai penyumbang. Komuniti jenis ini merupakan organisasi yang menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan kos operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih berkesan. Kelima, komuniti pembelajaran yang melibatkan sekumpulan manusia yang bersedia untuk berbahas dan mengikuti secara formal pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam komuniti pengamal. Akhir sekali ialah komuniti bergabung yang melibatkan sekumpulan manusia yang berkongsi minat membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan, berhubung, berbincang tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian masalah. Tuntas nya, pembentukan komuniti memberi faedah kepada sesuatu organisasi kerana hasil dari pengalaman bekerja lebih meningkat, mendapat kepuasan daripada hubungan peribadi, membentuk kumpulan yang lebih rapat dan membina jati diri dan identiti. FELDA Sungai Behrang mempunyai pengurusan yang sistematik dan kondusif. Dalam FELDA ini bukan sahaja menguruskan dan meneruskan misi Rancangan Malaysia ke- 4 dalam Dasar Ekonomi Baru tetapi bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat di 4
Malaysia. Namun ianya juga menyentuh kepentingan komoditi dalam FELDA Sungai Behrang. Pengurusan komuniti yang baik tidak menghairankan kita apabila seluruh peneroka dalam FELDA ini memiliki nilai-nilai yang disanjung. Misalnya, semasa penyelidikan kami ke FELDA Sungai Behrang, kami disambut dengan hati terbuka. Kami juga dilayan seperti anak-anak mereka sendiri seperti menyediakan tempat tinggal, makanan dan turut bekerjasama dalam memberikan maklumat tentang perkembangan FELDA ini sejak 1963 sehingga kini. Selain itu, pembangunan komuniti FELDA Sungai Behrang semakin meningkat. Hal ini demikian supaya para peneroka tidak berasa kosong dengan hanya mengerjakan penanaman dan perladangan, penternakan dan sebagainya. Pembangunan komuniti ini dijalankan bagi penglibatan orang dewasa, belia dan kanak-kanak di samping menjalin ikatan ukhuwah antara
4
Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 1991. Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekomoni Orang Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hal 92-98.
mereka mahupun dengan FELDA lain. Sebagai contoh, pembangunan komuniti yang pernah dilaksanakan di FELDA Sungai Behrang sejak 2009 iaitu kutip dan angkut sampah di perkampungan, menebas dan meracun kawasan kampung, pembinaan landskap, penjagaan pokok, membina wakaf di Taman Selesa dan sebagainya. FELDA Sungai Behrang juga melaksanakan pelbagai program dalam pembangunan komuniti. Pendek kata, aktiviti sosial dalam kalangan para peneroka FELDA Sungai Behrang. Menurut Pembantu Pengurus, aktiviti komuniti dan sosial yang dilaksanakan sekurangkurangnya sebulan sekali. Dengan itu, penulis mengkategorikan pembangunan komuniti ini kepada beberapa pengurusan seperti fisiologi atau keperluan infrastruktur bagi keselesaan para peneroka FELDA Sg. Behrang, keselamatan dan kebersihan komuniti, kebajikan komuniti dan penghargaan kepada komuniti yang terdapat dalam FELDA ini i ) Pengurusan Fisiologi Atau Keperluan Infrastruktur. Pengurusan fisiologi dapat kita lihat dalam perkhidmatan yang disediakan dalam komuniti di FELDA Sg. Behrang seperti diskusi untuk berbincang topik berkaitan perkhidmatan, rujukan pakar untuk nasihat dan penyelesaian masalah, bantuan untuk pertolongan rakan komuniti, polisi dan garis panduan ICT kerajaan, pembangunan kerjaya, URL pilihan, FAQ pengguna baru. Selain itu, dalam keperluan infrastruktur pula, FELDA ini mempelbagaikan aktiviti keagamaan bagi mendekatkan masyarakat kepada akidah dan syariah serta menjadikan masjid sebagai perantaraan ukhuwah seluruh warga peneroka di FELDA Sungai Behrang. Sebagai contoh, pengukuhan masjid dilaksanakan memandangkan semua peneroka FELDA Sg. Behrang beragama Islam. Pelaksanaan program pengukuhan masjid pada April 2011 ini melibatkan seluruh warga peneroka dan rancangan. Oleh itu, menurut Ketua Blok dan juga AJK Biro Pendidikan, Puan Dan, ekoran pengukuhan keagamaan di Kampung Sekolah, terdapatnya aktiviti nasyid dan kompang dijalankan yang disertai oleh remaja sekolah dan juga golongan suri rumah. ii ) Pengurusan Keselamatan Dan Kebersihan Komuniti Tahap kebersihan FELDA Sungai Behrang turut terjaga. Contohnya Program GotongRoyong yang biasanya dijalankan dalam bulan April, Jun, September dan Disember. Program ini
bertujuan menggalakkan warga peneroka mengamalkan program gotong-royong yang pernah dijalankan di awal kemasukan rancangan. Dalam program ini melibatkan semua warga Felda. Keceriaan kawasan kampung juga dijalankan bagi mewujudkan persekitaran kawasan kampung yang selari dengan konsep dan pendekatan rancangan felda. Seluruh warga peneroka dan rancangan melibatkan diri dalam program keceriaan kawasan kampung. Selain itu juga, keselamatan komuniti terjamin dengan adanya perondaan sekitar kampung yang bermula pukul 12 malam oleh pengawal keselamatan dan juga para pengurusan yang bertanggungjawab bagi menjamin keselamatan para peneroka. Dengan ini, para peneroka berasa aman dan damai sejahtera. iii ) Pengurusan Kebajikan Komuniti Lantaran itu, Program Pelaburan Peneroka (KPF) dilaksanakan sepanjang tahun yang melibatkan seluruh warga peneroka dan generasi muda FELDA Sungai Behrang. Program ini merupakan salah satu pengurusan di FELDA ini bagi menjaga kebajikan komuniti mereka. Malahan, program ini menambah peluang pendapatan melalui pulangan dividen tahun KPF. Sehubungan dengan itu, pengurusan rancangan FELDA Sungai Behrang sangat prihatin terhadap kesihatan warga peneroka. Hal ini kerana pengurusan rancangan FELDA Sungai Behrang hendak menjadikan warga FELDA yang sihat dan menjaga kesihatan. Oleh itu salah satu program yang dilaksanakan di FELDA ini adalah Program Kesihatan yang dijalankan sepanjang bulan April hingga Julai 2011. Selain itu, Timbalan Pengerusi dan Pengerusi GPW ( Gerakan Persatuan Wanita), ketuaketua Blok yang terlibat dan petugas-petugas turut menganjurkan program Lawatan ke rumah peneroka pada setiap hari Rabu. Program ini dijalankan sepanjang tahun kerana ianya bertujuan mewujudkan hubungan baik dan mesra di antara pengurusan FELDA dengan warga FELDA dan menyampaikan maklumat terkini program dan aktiviti FELDA. Pengurusan rancangan FELDA Sungai Behrang bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi seluruh warga peneroka. Oleh itu, Program Isu dan Aduan dijalankan sepanjang tahun bagi menangani masalah secara cekap dan tepat bagi setiap permasalahan yang timbul di
peringkat rancangan. Pengurusan rancangan program ini melibatkan AJK JKKR, GPW dan pengurusan rancangan FELDA. Sehubungan dengan itu, Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka yang melibatkan para pengurusan rancangan turut dijalankan sepanjang tahun. Program ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat keperluan dan keutamaan bagi membantu warga peneroka yang memerlukan. iv ) Pengurusan Penghargaan Komuniti Bagi menghargai jasa dan perit menjayakan keberterusan FELDA ini, maka Program Kepimpinan Peneroka yang bertujuan memberi latihan kepimpinan dan nilai tambah kepada barisan kepimpinan JKKR dan GPW. Program ini melibatkan semua ketua blok JKKR atau GPW serta AJK JKKR. Selain itu, AJK JKKR dan pengurusan rancangan FELDA juga menyertai dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan di peringkat Parlimen seperti program Urusan Parlimen. Dengan adanya nilai tambah dalam kepimpinan dan pengurusan tanah rancangan FELDA, maka FELDA Sungai Behrang bukan sahaja terdapat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah, penternakan dan perkhidmatan malah keusahawanan juga dilaksanakan. Oleh itu, pengurusan rancangan FELDA mewujudkan Program Bidang Keusahawanan yang melibatkan warga peneroka dan generasi-generasi peneroka. Program yang melibatkan seluruh warga peneroka dan generasi ini memberi peluang kepada warga peneroka menambah pendapatan selain mendapat hasil dari ladang dan penternakan. Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi melahirkan bakal generasi peneroka yang berkualiti.
6.2 Sektor Perladangan I.
Getah
Sektor perladangan merupakan kegiatan utama masyarakat FELDA Sungai Behrang. Hal ini dapat dilihat daripada penduduknya yang majoritinya terdiri daripada peneroka. Peneroka FELDA majoritinya berumur 70 tahun dan ke atas. Mereka ini ialah peneroka terawal pada peringkat pertama dan kedua yang memasuki tanah rancangan FELDA pada awal tahun 1968. Peneroka pada peringkat ketiga pula memasuki tanah rancangan FELDA pada penghujung tahun 1968. Manakala peneroka pada peringkat keempat pula memasuki tanah rancangan FELDA pada tahun 1981. Dasar kerajaan mengenai kemajuan tanah di negara ini adalah untuk memenuhi dua objektif utama iaitu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan golongan yang tidak mempunyai tanah. Penubuhan agensi-agensi berkaitan dengan kemajuan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah untuk mencapai objektifobjektif tersebut.
5
Kegiatan perladangan yang diusahakan oleh penduduk kampong FELDA Sungai Behrang ialah perladangan getah dan kelapa sawit. Namun kegiatan penanaman getah dijalankan terlebih dahulu pada peringkat awal pembukaan tanah rancangan FELDA Sungai Behrang. Maklumat yang diperoleh dalam kajian ini banyak diperoleh melalui kaedah temu bual yang dilakukan terhadap salah penduduk-penduduk kampong FELDA Sungai Behrang. Antaranya ialah encik Mohd Badridulzaman. Beliau menceritakan tentang pengetahuan dan pengalaman beliau sepanjang beliau terlibat dalam kegiatan perladangan di kawasan tanah rancangan FELDA di kawasan tersebut. Menurut encik Mohd Badridulzaman, setiap peneroka diberikan 10 ekar tanah untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Setiap peneroka juga akan diberikan suku ekar/ 0.25 ekar tanah untuk membina penempatan mereka di sebuah kampung terancang yang dibina oleh FELDA. Keadaan ini bagi memudahkan mereka menguruskan tanah perladangan mereka. Menurut encik Mohd Badridulzaman lagi, getah mula ditanam secara
5
Mohd Taib Osman, Wan Kadir Tusoff (1986). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ms 168
besar-besaran pada bulan November tahun 1969.Selepas 5 tahun daripada tempoh tersebut, getah mula mengeluarkan hasil. Sejak FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA merupakan agensi pembangunan tanah yang terbesar di negara ini. Misalnya dalam masa 18 tahun dari tahun 1956 sehingga tahun 1975, FELDA telah berjaya membuka seluas 730,000 ekar tanah, menempatkan 34,000 keluarga peneroka dalam 167 buah rancangan yang terbesar di seluruh negara. Felda bertanggungjawab besar dalam menguruskan perladangan di negara ini. Antaranya, FELDA bertanggungjawab dalam mencari buruh-buruh/ tenaga kerja untuk menguruskan ladang tersebut dan FELDA juga bertanggungjawab dalam membekalkan segala kemudahan untuk perladangan seperti baja dan sebagainya. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, terdapat kira-kira 11,247 peluang pekerjaan 6
yang disediakan oleh FELDA. Matlamat pembangunan yang dijalankan oleh ialah bercorak sosio-ekonomi. Di samping menukar kawasan-kawasan hutan kepada lading-ladang yang boleh mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi. FELDA juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti-komuniti yang maju dan stabil dari segi sosial, responsif kepada perubahan dan cabaran moden di kawasan-kawasan penempatannya. FELDA juga telah membantu peneroka-peneroka melalui program pembangunan peneroka di mana FELDA telah memperkenalkan pengetahuan-pengetahuan teknik yang moden kepada peneroka supaya mereka dapat menghasilkan pengeluaran yang maksimum dari lading-ladang mereka. FELDA juga bertujuan memupuk semangat berdikari supaya mereka betul-betul menjadi peneroka yang bertanggungjawab dan maju kepada perubahan dan cabaran moden. Selain itu, menurut encik Mohd Badridulzaman yang pernah menjadi penoreh getah pada satu ketika dahulu, beliau telah menceritakan banyak pengalaman beliau yang mula menoreh getah pada usia 11 tahun. Selain menoreh getah, beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga ladang getah, meracun lalang dan membersihkan kawasan sekitar ladang. Gaji yang diperoleh beliau pada ketika itu ialah sebanyak RM 1.80 sehari untuk tempoh lapan jam bekerja. Menurut encik Mohd Badridulzaman lagi, pada tahun 1974, getah mula mengeluarkan hasilnya setelah hampir 5 tahun ia ditanam. Pada ketika itu juga, encik Mohd Badridulzaman juga bertanggungjawab menjaga stor pengumpulan getah, selain bertanggungjawab mengangkat
6
Ibid. Ms 169
getah, menimbang getah dan mengukur kepekatan susu getah. Pendapatan yang diterima beliau pada ketika itu telah meningkat sebanyak RM 3.00 sehari. Walau bagaimanapun, pada tahun 1978, encik Mohd Badridulzaman telah memasuki bidang ketenteraan dan telah meninggalkan kerjayanya sebagai penoreh getah. Tambah encik Mohd Badridulzaman, pada tahun 2012, tanaman kelapa sawit mula ditanam di FELDA Sungai Behrang kerana hasilnya yang lebih cepat diperoleh berbanding dengan tanaman getah. Hasil daripada temu bual daripada encik Mohd Badridulzaman dan penduduk kampung FELDA Sungai Behrang, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dengan penanaman tanaman getah. Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah kecurian getah sekerap. Hal ini berlaku terutamanya semasa berlaku kenaikan harga getah. Masalah ini menimbulkan kebimbangan kepada pekebun-pekebun kecil getah dan peneroka-peneroka khususnya bagi mereka yang menjual hasil torehan dalam bentuk getah sekerap. Walau pun kerjanya agak mudah, tetapi ia berdepan dengan risiko kecurian. Misalnya, apabila menoreh di waktu pagi, pencuri akan datang mengutip hasil tanaman pada sebelah petang. Apab ila menoreh pada sebelah petang pula, pencuri akan datang mencuri pada sebelah malam. Oleh itu, disebabkan masalah ini, ramai di kalangan pekebun kecil dan peneroka yang lebih suka menjual hasil torehan dalam bentuk susu cair (latex) bagi mengelakkan hasil kerja mereka dicuri terutamanya semasa harga getah melambung tinggi. Walau bagaimanapun, kerja ini agak remeh dan memakan masa yang lama untuk pekebun berada di ladang, tetapi ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya kecurian susu getah. Selain daripada itu, masalah lain yang dihadapi oleh peneroka dan pekebun-pekebun kecil ialah harga getah yang tidak menentu dan sering berubah-berubah serta masa yang diambil terlalu lama untuk pokok getah mengeluarkan hasil. Keadaan ini memberi impak kepada pendapatan pekebun dan peneroka. Jumlah pendapatan mereka tidak tetap dan sering berubah berubah mengikut harga getah semasa.Ini kerana harga getah berkait rapat dengan harga di pasaran dunia. Kenaikan harga getah biasanya berkait rapat dengan kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa. Keadaan ini menyebabkan tumpuan pengeluar barangan berasas getah sintetik yang diperbuat daripada petroleum bertikar kepada getah asli. Maka permintaan terhadap getah asli meningkat secara mendadak dan menyebabkan harganya juga meningkat. Pastinya harga getah akan menurun semula sekiranya berlaku penurunan terhadap harga petroleum di
pasaran antarabangsa. Selain itu, pokok getah dapat ditoreh setelah berusia empat setengah tahun di mana purata peningkatan ukur lilit ialah 10 sentimeter setahun. Keadaan ini merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh penoreh dan peneroka dalam memperoleh hasil daripada tanaman ini.
II.
Kelapa Sawit
Tanaman kelapa sawit mula ditanam di FELDA Sungai Behrang pada tahun 2012.Menurut penduduk kampung FELDA Sungai Behrang, tanaman kelapa sawit ditanam bagi menggantikan tanaman getah yang mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasilnya. Namun, walaupun tanaman kelapa sawit ditanam, tanaman getah masih terus ditanam. Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Menurut temu bual daripada penduduk kampung, buah kelapa sawit memakan masa hampir 5-6 bulan untuk masak dari pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak dengan biji tunggal yang juga kaya dengan minyak. Penanaman kelapa sawit adalah melalui penyemaian biji-biji. Kelapa sawit termasuk dalam tumbuhan pohon. Bunga dan buahnya berupa tandan serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila ma sak berwarna merah kehitaman. Isi dan kulitnya mengandungi minyak. Minyaknya dapat digunakan sebagai minyak goreng, sabun dan lilin. Hampasnya dapat dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan awam. Tempurungnya pula dapat digunakan sebagai bahan bakar dan arang. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Kelembapan yang tinggi itu antaranya ditentukan dengan adanya curah hujan yang tinggi sekitar 2000-2500 mm setahun. Kesimpulannya, peneroka di kampung FELDA Sungai Behrang ini telah menjalankan dua jenis kegiatan perladangan iaitu getah dan kelapa sawit. Getah merupakan tanaman yang mulamula sekali ditanam di kawasan tersebut. Memandangkan getah mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil, peneroka di sini beralih pula kepada tanaman kelapa sawit. Terdapat juga cabaran-cabaran tertentu yang terpaksa dilalui oleh peneroka-peneroka ini dalam menguruskan tanaman mereka ini. Walau bagaimanapun peneroka di sini sentiasa mendapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan untuk sentiasa terus memajukan kegiatan penanaman
ini. Selain tanaman lain, getah dan kelapa sawit sememangnya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara. 6.2 Penternakan
Aktiviti penternakan di FELDA Sg. Behrang terdiri daripada penternakan Lembu , kambing dan penternakan air tawar. Pada permulaan aktiviti penternakan ini bermula secara persendirian bermula dari hobi sehingga menjana pendapatan yang tetap kepada peneroka seterusnya diteruskan oleh generasi seterusnya. Penternakan lembu telah memenuhi permintaan untuk ibadah korban dan kenduri kahwin penduduk sekitar FELDA.
Gambar 1 : Penternakan Lembu di FELDA Sg. Behrang. Ahmad Fuad Bin Yasin, 35 merupakan anak peneroka FELDA Sg. Behrang yang bermula menternak lembu sekitar 5 tahun yang lalu bermula dengan menternak 3 ekor lembu sahaja pada mulanya kini bilangan ternakan mencecah 30 ekor. Beliau menjadikan aktiviti penternakan sebagai pekerjaan sampingan sebelah petang dan bekerja tetap sebagai penyelenggara di lebuh raya PLUS. Kesihatan penternakannya dipantau secara berkala oleh Jabatan Veterinar dan beliau dibekalkan vitamin khas untuk kesihatan lembu bagi menjamin kesihatan ternakan. Menurut beliau, penternakan lembu memerlukan kesabaran dan kecekalan secara berlaku sebarang perkara di luar jangkaan sekiranya ternakan mengalami jangkitan. Penternakan yang diusahakan
oleh beliau dipantau oleh pihak FELDA dalam usaha untuk menyalurkan modal tambahan sebanyak RM14,000 kepada beliau untuk menambah lagi jumlah ternakan. Di sekitar kawasan penternakan lembu, terdapat kolam ternak ikan air tawar seperti ternakan ikan puyu. Hanya beberapa kolam sahaja yang beroperasi dan terpaksa ditutup disebabkan keskes tertentu. Terdapat juga, ternakan ikan yang diusahakan sendiri di belakang kediaman mereka. Ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan memenuhi keperluan penduduk FELDA tanpa mengharap sepenuhnya keperluan asas terhadap pasaran luar.
Penternakan kambing juga diusahakan di FELDA Sg.Behrang. Penternakan kambing diusahakan secara kecil-kecilan di mana dananya disuntik sekitar RM1,000 kepada penternak untuk memajukan penternakan kambing. Permintaan kambing diperlukan untuk ibadah aqiqah dan kenduri kecil-kecilan di samping dapat memenuhi permintaan penduduk setempat. Selain itu juga, penternakan ini dapat dipasarkan sekitar kawasan Behrang untuk menjamin pendapatan yang berterusan kepada peneroka.
6.3 Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan adalah keperluan yang perlu ada dalam kehidupan FELDA Sungai Behrang. Kemudahan di FELDA Sungai Behrang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan dan memberikan keselesaan peneroka. Penyediaan pelbagai kemudahan awam dan sosial umumnya telah disediakan lebih awal di FELDA Sungai Behrang. Jalan raya yang dibina telah membolehkan penduduk bergerak ke kawasan-kawasan lain. Telefon talian tetap dan telefon bimbit juga boleh diperoleh dengan mudah. Kemudahan elektrik dan air tidak menjadi masalah kepada semua peneroka kerana ia disalurkan sepanjang masa. Usaha untuk mempertingkatkan kemudahan awam ini sentiasa diteruskan selaras dengan perkembangan penduduk yang semakin bertambah. Antara kemudahan dan kemudahan yang terdapat di FELDA Sungai Behrang adalah sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah tadika, masjid, 4 buah surau, klinik desa, padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang serba guna, taman permainan kanak-kanak, tanah perkuburan, tanah perkuburan, pasar basah, home stay dan beberapa kedai runcit dan kedai makan. Pendidikan Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang (S.K.S.B)
Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang (S.K.S.B) telah mula beroperasi pada tahun 1968. Sekolah ini terletak di Jalan L, Felda Sungai Behrang dan berada di kawasan bukit. Pada 6 Mei 1968, S.K.S.B hanya terdiri daripada 3 buah bangunan, 9 bilik darjah, pejabat kantin, tandas , 3 buah rumah guru dan padang sukan. Bilangan murid pada waktu itu sebanyak 99 orang dan bilangan guru sebanyak 3 orang. Pada tahun 190, bilangan murid telah bertambah kepada 405 orang dan sekolah mula dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Pada April 2002, sebuah blok 4 tingkat telah disiapkan dan ini merangkumi penggunaan bagi 8 bilik darjah, bilik muzik, bilik computer, bengkel kemahiran hidup, bilik guru, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, bilik sains dan dewan terbuka. Makmal komputer telah didirikan dengan permulaan sebanyak 11 buah komputer. Pada awal 2003 pula, kelas pra sekolah, Pra Wawasan telah mula dibuka dan bilangan murid yang pertama menjalani kelas tersebut ialah seramai 25 orang. Pada tahun 2004, Bilik J-
Qaf telah mula beroperasi dan kelas pra sekolah telah ditambah, Pra Gemilang. Pusat akses telah diwujudkan pada tahun 2008 dengan menggunakan 10 buah computer.
Gambar 1.1 Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Pusat akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang
Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang mengamalkan konsep ala “cyber café” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning ) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri. Matlamat & Objektif Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang ini ditubuhkan adalah:
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan komputer oleh murid
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan. Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk :
Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
Berkomunikasi dengan guru dan murid melalui e-mel
Berkolaborasi dengan murid lain.
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah ini. Taman rekreaksi
FELDA Sungai Behrang mempunyai sebuah taman rekreasi. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk tujuan beriadah. Lokasi taman ini adalah bersebelahan dengan jalan utama dan ini menjadikan tempat ini mudah dikunjungi oleh warga tempatan. Penduduk tempatan menamakan tanah ini dengan nama „Taman Selesa‟. Taman ini juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan aktiviti kekeluargaan. Taman ini juga dilengkapi dengan trek pejalan kaki yang boleh digunakan untuk aktiviti jogging. Selain itu, kawasan ini dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh digunakan untuk tujuan berehat serta beberapa kemudahan permainan kanak-kanak.
Padang bola sepak
FELDA Sungai Behrang juga mempunyai sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan kawasan Sekolah Agama Rakyat. Padang ini lebih dikenali dengan nama „Padang Botak‟ mengikut kebiasaan panggilan oleh penduduk tempatan. Beberapa kejohanan bola sepak tempatan pernah dijalankan di padang bola sepak ini. Kebiasaannya, padang bola sepak ini sering digunakan oleh belia-belia pada waktu petang. Gelanggang sukan pelbagai guna
FELDA Sungai Behrang mempunyai sebuah gelanggang sukan pelbagai guna yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Gelanggang sukan pelbagai guna ini boleh digunakan dalam aktiviti sukan futsal, sepak takraw dan bola jaring. Gelanggang sukan ini terletak bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak yang terletak bersebelahan jalan utama di FELDA Sungai Behrang. Seperti yang diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan, gelanggang sukan pelbagai guna ini diuruskan dan dikendalikan oleh persatuan penduduk dan persatuan belia setempat. Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan berharap agar ia dapat memupuk minat persatuan penduduk dan persatuan belia setempat bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti sukan di kawasan yang terlibat. Pihak pengurusan akan terus berkhidmat dari semasa bagi menguruskan dan mengendalikan gelanggang pelbagai guna ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan agar objektif pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna ini dapat mencapai maklumat yang diharapkan.
Gambar 1.2 Gelanggang Sukan Pelbagai Guna ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Dewan JKKR
Dewan JKKR terletak bersebelahan dengan pejabat Sungai Behrang. Dewan ini digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti mesyuarat, taklimat, perbincangan, jamuan dan sebagainya Metadata Stesen Meteorologi
Felda Sungai Behrang adalah satu kawasan yang bertuah kerana memiliki sebuah stesen meteorology yang dikendalikan oleh kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Antara peralatan meteorologi yang terlibat di stesen tersebut adalah tolok hujan dan AWS. Stesen ini terletak di hadapan pejabat Felda, Felda Sungai Behrang. Klinik Desa Felda Sungai Behrang
Klinik Desa Felda Sungai Behrang terletak di sebelah gelanggang sukan pelbagai guna menjadikannya pilihan penduduk untuk mendapat kemudahan kesihatan. Kemudahan rawatan bagi ibu mengandung, kanak-kanak, luka kecil atau sakit ringan disediakan di sini. Peneroka yang mendaftar sebagai pesakit luar akan dikenakan bayaran RM1.00. Bagi pengawai dan kakitangan kerajaan yang membawa surat akuan jabatan, boleh mendapatkan rawatan kesihatan dengan percuma. Penduduk di kampung juga sentiasa memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Selain menjalankan aktiviti senaman dan mengamalkan gaya hidup
sihat, mereka juga turut mendapat nasihat daripada Jururawat Masyarakat yang bertugas jika terdapat sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Gambar 1.3 Klinik Desa FELDA Sungai Behrang ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Keselamatan
Dalam FELDA Sungai Behrang, keselamatan kawasan dijaga oleh polis bantuan dan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR). Ini adalah untuk memastikan satu kawasan yang selamat dan aman. Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu JKKR dan polis bantuan untuk menjaga keamanan FELDA Sungai Behrang. Rondaan secara berkala akan dibuat bersama-sama dengan JKKR, FELDA Sungai Behrang bagi memastikan tiada aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.
6.4 Keusahawanan
Tenaga manusia merupakan salah satu input utama yang mempengaruhi perkembangan sosioekonomi bagi kawasan FELDA Behrang. Melalui dapatan kajian yang telah kami laksanakan, kami mendapati bahawa suasana liberalisasi ekonomi yang berlaku dalam kawasan FELDA Behrang telah mengakibatkan berlaku persaingan hebat dalam pasaran tempatan sama ada dalam kawasan FELDA Behrang itu sendiri mahupun kawasan luar FELDA. Jika dilihat pada latar belakang sejarah penubuhan FELDA Behrang mendapati bahawa masyarakat di FELDA Behrang hanya mengusahakan tanaman getah sebagai sumber pertanian mereka. Namun pada hari, Felda Behrang bukan sahaja mengusahakan tanaman getah malahan turut mewujudkan tanaman kelapa sawit di setiap ladang-ladang yang telah diperuntukkan oleh FELDA kepada setiap peneroka. Kajian ini berbentuk kajian kes ke atas 3 usahawan yang dipilih secara rawak daripada senarai ahli yang berdaftar di bawah FELDA Sungai Behrang. Metodologi kajian adalah berdasarkan kaedah soal selidik dan pemerhatian yang dilakukan ke atas semua usahawan terpilih. Usahawan di kawasan ini mempunyai keupayaan yang tinggi berkaitan dengan kemahiran membentuk hubungan manusia yang baik dan menentukan keperluan pelanggan. Secara amnya, usahawan di kawasan ini berkeupayaan sederhana tinggi dalam aspek mengendalikan kemahiran pengurusan. Namun tidak dapat dinafikan juga, terdapat segelintir usahawan yang lebih berjaya hasil usaha mereka sendiri. Melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian, kami telah menemu bual tiga orang usahawan FELDA Sg. Behrang yang terdiri daripada usahawan kek lapis Sarawak dan FCC (Farmasi Colour Cosmetic), usahawan kerepek dan makanan ringan serta usahawan sulam dan jahitan. i)
Usahawan Kek Lapis dan FCC ( Farmasi Colour Cosmetics)
ii)
Usahawan Kerepek dan Kuih Tradisional
iii)
Usahawan Jahitan dan Sulaman
a) Usahawan Kek Lapis dan FCC (Farmasi Colour Cosmetics)
i.
Latar Belakang Usahawan Nama
: Siti Noraishah Binti Sulong Jamil
Umur
: 27 Tahun
Asal
: Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan
: Ann Nur Niaga
Lokasi perniagaan
: Pekan Tg Malim (Belakang Agro Bank) dan sekitar Felda Sg Behrang.
Pengusaha kek lapis dan FCC merupakan salah seorang usahawan yang dianggap berjaya dan membanggakan seluruh warga FELDA Sungai Behrang. Dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM2000.00 sahaja, usahawan ini mampu menjadikan perniagaannya maju dan terus mendapat sokongan daripada pelanggannya. Beliau baru sahaja memulakan perniagaannya pada tahun 2012 selepas mengikuti beberapa kursus yang telah dianjurkan pelbagai pihak termasuklah dari UPSI. Pada asalnya, lokasi perniagaan hanya terletak di sekitar kawasan FELDA Sg Behrang sahaja, namun sehingga hari ini usahawan ini mampu meluaskan cawangannya ke daerah lain. Sebagai contoh, beliau telah melebarkan sayap perniagaannya yang terletak di Pekan Tanjung Malim (belakang Agro Bank).
Bukan sahaja menyediakan
perniagaan kek lapis malahan beliau juga turut menjual dan menyediakan perkhidmatan kosmetik kepada pelanggannya. Produk kosmetik yang berasal dari Istanbul, Turki merupakan produk keluaran FCC yang mampu menjamin kualiti kepada pengguna kerana ianya merupakan salah satu produk halal yang dijual di pasaran.
Ann Nur Niaga juga terdiri daripada tiga pemilik iaitu Maidatul Akmal, Nor Raihan dan Normah. Ketiga-tiga individu ini bertanggungjawab dalam mengusahakan perniagaan mereka. Pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan bagi memajukan dan meluaskan sayap perniagaannya mereka. Sebagai contoh, mereka menggunakan kaedah pengiklanan mengguna media sosial seperti facebook dan juga blog. Selain itu, mereka juga menggunakan khidmat tenaga dari beberapa individu lain yang menjadi
pengedar untuk memasarkan produk mereka. Hasil pendapatan yang diperoleh oleh usahawan ini hampir mencecah RM2000.00 sehari dan ianya merupakan satu tahap yang sangat menguntungkan bagi perniagaan ini.
b) Usahawan Kerepek dan Kuih Tradisional
i.
Latar Belakang Usahawaan Nama
: Saadoh Binti Ahmad
Umur
: 42 Tahun
Asal
: Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan
: Zaza Sri Kandi Resource
Lokasi perniagaan
: No.20, Jalan T, Felda Sungai Behrang, Slim River
Pn.Saadoh atau lebih dikenali sebagai Cik Nab juga merupakan salah seorang usahawan dalam rancangan FELDA Sg.Behrang. Perniagaan yang telah dijalankan selama 3 tahun ini memberi peluang kepada usahawan ini untuk terus berkecimpung dalam bidang ini. Sebagai permulaan kepada perniagaannya, beliau menggunakan modal sendiri dengan berbekalkan RM1000.00 sahaja selain mendapat pinjaman dari agensi lain seperti Amanah Ikhtiar. Semua peralatan atau mesin yang digunakan untuk memproses kerepek dan kuih adalah hasil dari permohonan yang dibuat terhadap beberapa agensi termasuklah FELDA dan 1AZAM. Di samping itu, beliau turut dibantu oleh ahli keluarga terutama anak-anak dan suami sebagai tenaga pekerja dan penyokong kepada beliau dalam menjalankan perniagaan beliau.
Selain mengusahakan kerepek, beliau juga turut menyediakan beberapa jenis kuih tradisional. Antaranya ialah kuih goyang, kuih tiram, keropok jejari atau keropok gunting dan maruku. Produk atau hasil keluaran beliau bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan penduduk FELDA Sg Behrang namun beliau juga turut memasarkan produknya ke luar kawasan atau daerah termasuklah daerah Gopeng dan Shah Alam. Pelbagai kaedah digunakan untuk memasarkan produk beliau seperti penjualan secara online seperti blog, facebook dan sebagainya. Pendapatan untuk hasil penjualan produk beliau boleh mencecah RM1000.00 dan
melalui hasil tersebut beliau menggunakannya semula sebagai modal pusingan untuk memproses produk beliau. Selain mengusahakan produk ini, beliau juga turut membuat kerja sampingan seperti menorah getah di kebun milik ayah dan ibu beliau yang terletak tidak jauh dari FELDA Sg, Behrang.
c) Usahawan Jahitan dan Sulaman
i.
Latar Belakang Usahawan Nama
: Nurhamijan Binti Hamidin
Umur
: 51 Tahun
Asal
: Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan
:-
Lokasi perniagaan
: Jalan T, FELDA Sungai Behrang, Slim River
Usahawan kelahiran Bagan Datoh, Perak ini mula berjinak-jinak dalam aktiviti jahitan sejak sebelum beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1981. Beliau yang juga merupakan anak kepada peneroka FELDA Sg Behrang dan dikategorikan sebagai peringkat kedua dalam FELDA. Beliau mengambil upah menjahit untuk masyarakat setempat. Antara jahitan yang diusahakan oleh beliau ialah jahitan baju kurung, baju kebaya dan semua jenis baju kurung. Beliau menjahit baju kurung dengan menerima upah sebanyak RM23.00 sehelai. Selain menjahit baju kurung, beliau juga baru mula berjinak-jinak dalam aktiviti sulaman. Beliau telah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti atau kursus sulaman yang dianjurkan oleh beberapa agensi lain seperti Giat Mara, P1, Kemas dan turut termasuk beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh FELDA Sg.Behrang. Selain itu, beliau juga turut mengikuti beberapa pertandingan gubahan bunga dan hiasan kek yang dianjurkan oleh beberapa pihak termasuklah UPSI.
7.0 Kesimpulan Syukur alhamdulillah, kumpulan kami telah menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin. Beliau telah banyak memberi panduan dan ilmu kepada kami untuk menjalankan kajian di FELDA Sg. Behrang untuk mengenal pasti aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati kegiatan ekonomi di FELDA Sg. Behrang tertumpu pada sektor perladangan kelapa sawit, diikuti dengan tanaman getah yang merupakan nadi utama peneroka FELDA. Sektor penternakan pula, dipelopori oleh generasi kedua FELDA dengan mendapat suntikan modal dan bantuan daripada pihak FELDA di samping dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu juga, aktiviti keusahawanan juga membantu meningkatkan taraf hidup keluarga peneroka di samping dapat mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Pihak FELDA juga memberi kursus kemahiran sepenuhnya kepada generasi muda FELDA untuk menceburi bidang keusahawanan dengan harapan mereka menggunakan peluang yang ada. Dalam sektor perkhidmatan pula, kemudahan yang terdapat di FELDA Sg. Behrang sangat memuaskan. Perkhidmatan seperti Klinik Kerajaan, Dewan, sekolah dan kemudahan yang lain telah memudahkan penduduk. Perkhidmatan jalur lebar 1 Malaysia juga menjadi nadi kepada generasi muda celik IT di kawasan ini. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh penduduk untuk tidak ketinggalan untuk memperoleh maklumat dan membantu usahawan untuk mempromosikan produk mereka luar dari kawasan FELDA.
Antara kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data daripada pihak pengurusan FELDA Sg. Behrang. Dalam kajian ini, kami telah meneliti hubung kait aktiviti ekonomi yang berbeza terhadap kehidupan masyarakat peneroka di samping melihat lebih dekat kehidupan masyarakat FELDA. Kami juga berkesempatan untuk bermalam di rumah peneroka semasa menjalankan kajian ini. Layanan yang diberikan oleh warga FELDA sepanjang kajian kami, sangat baik dan mereka sentiasa meraikan kehadiran kami pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, kajian ini membuatkan kami lebih faham secara terperinci mengenai perkembangan sosioekonomi masyarakat FELDA Sg. Behrang. Kami dapat mengenal pasti jenis-jenis ekonomi yang dijalankan dan impaknya kepada mereka serta dapat mengetahui aktiviti/kegiatan sosial yang dilalui oleh warga peneroka.
Hasil kerjasama kami berlima, bimbingan daripada pensyarah, warga peneroka dan kerjasama pengurusan FELDA Sungai Behrang yang menerangkan sedikit sebanyak tentang sosioekonomi kawasan kajian telah membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.
7.0 Bibliografi
http://feldasungaibehrang.wordpress.com/. Diasses pada 7 Oktober 2013. Nicolaas Warouw. Jurnal Analisis Sosial Vol. 10 No. 2 Oktober 2005. Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 1991. Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekomoni Orang Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamad Sulong. 1985. Petempatan Felda : Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Mala ysia : University Of California. Rujukan tambahan Zhulaiha Bt. Abdul Aziz.Pemberian Hakmilik Tanah Dan Kesannya Ke Atas Felda Sungai Behrang Dan Trolak, Utara Perak, 1962-1997. Penyelia : Prof Madya Dr. Mahayudin Hj. Yahya [1997/98].http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/lkpfelda.htm. Diasses pada 5 Oktober 2013. Mustaffa Kamal Idris, FELDA : Sejarah Penubahan, Perkembangan dan Peranannya Dalam Sosio-Ekonomi
Bumiputera.
Penyelia
:
En.
Yahya
Abu
Bakar.
[1991/92].http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/lkpfelda.htm. Diasses pada 5 Oktober 2013.
8.0 Lampiran Gambar-gambar kemudahan yang terdapat di Sungai FELDA Sg. Behrang
Gambar 1.4 Masjib di Felda Sungai Behrang ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.5 Pusat internet Malaysia( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.6 Mini market D’ Mart( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.7 Pejabat Felda Sungai Behrang( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.8 Kedai runcit yang dibuka oleh peneroka ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)