SOROTAN KARYA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah organisasi yang memainkan peranan yang amat penting ketika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini dimana hanya mereka yang betul-betul terlatih boleh menanganinya. Tindakan pantas pihak Bomba dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Dalam usaha menyelamatkan nyawa seseorang yang dalam bahaya atau luka parah, kepantasan dan perkiraan masa sama ada cepat, lambat atau tepat mampu memberi perbezaan yang besar. . Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, Jabatan Bomba menghadapi banyak cabaran-cabaran yang besar. Antara cabaran besar yang sedang dan bakal dihadapi adalah masalah “response time”.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam teks ucapannya yang bertajuk “Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – Dulu, Kini dan Masa Depan” pada 26 Oktober 2001 mengakui bahawa kejayaan atau kegagalan sesuatu
operasi kebakaran dan menyelamat banyak bergantung kepada faktor ‘masa’. Lebih
lama kejadian berlaku lebih tipis peluang untuk pihak Bomba menyelamatkan keadaan. Kelewatan juga tidak menguntungkan pasukan Bomba kerana lebih lewat mereka tiba, lebih banyak usaha diperlukan untuk memadam kebakaran. Beliau juga menjelaskan bahawa kelewatan Bomba tiba banyak bergantung kepada taburan Balai Bomba yang masih belum mencukupi di seluruh negara dan kesukaran bagi bagi Bomba menempatkan menempatkan lokasi lokasi balai di tempat yang yang strategik. Lokasi yang strategik bermakna balai bomba terletak di kawasan dimana wujudnya risiko yang tinggi. Kelewatan pihak Bomba ke tempat kejadian telah menyebabkan banyak kerugian di pihak mangsa. Kerugian ini dapat dielakkan jika pihak Bomba memberikan respon yang pantas dan tiba ke lokasi kejadian tepat pada masanya. Ini dapat dilihat di dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 April 2009 yang bertajuk “Rumah gagal diselamatkan” dimana
seorang kontraktor mendakwa pasukan
bomba dan penyelamat lewat sampai untuk memadamkan kebakaran sehingga rumahnya di Jinjang Utara di sini, yang terbakar, gagal diselamatkan. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, keseluruhan rumah yang didiaminya sejak 30
tahun lalu musnah dijilat api dan mengakibatkan kerugian hampir RM50,000. Lebih menyedihkan kebakaran itu merupakan kali kedua berlaku dengan yang pertama terjadi pada dua tahun lalu dan juga gagal diselamatkan bomba kerana tekanan air rendah. Mangsa percaya rumahnya itu dapat diselamatkan atau sekurangkurangnya tidak musnah jika bomba tiba lebih awal untuk memadamkan kebakaran. Perkara yang sama juga berlaku di Kuching, Sarawak pada 16 November 2009 di mana mangsa mendakwa kelewatan pihak bomba tiba di lokasi kejadian kebakaran menjadi punca sepasang suami isteri warga emas mati dalam kebakaran rumah mereka di Skim Penempatan Semula Stampin kira-kira jam 3 pagi. Beberapa penduduk setempat menuding jari kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mendakwa bahawa anggota bomba hanya tiba 20 minit setelah api merebak ke tahap yang lebih teruk (http://www.mysarawak.org/2010/11/16/mangsa-rentungbomba-dipersalah). Bagi menangani masalah kelewatan ini, pihak Bomba telah pun berusaha menambahbaik
perkhimatannya
dengan
mewujudkan
satu
unit
response
bermotosikal, yang mana dijangka dapat membantu mempercepatkan bantuan asas tiba di lokasi kejadian dengan pantas. Pasukan yang dinamakan Pasukan Unit Tindakan Cepat Bermotosikal (RIM) dilengkapi dengan alatan penyelamat, saluran getah air serta pam yang digunakan bagi kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku kebakaran. RIM ditubuhkan bertujuan mempermudahkan anggota bergerak terutama dalam keadaan kesesakan jalan raya atau di kawasan setinggan dan pedalaman sekali gus merupakan satu cara alternatif pantas ke tempat kejadian. (Berita Harian, 25 November 2005). Walau bagaimana pun, hakikat yang perlu di ambil perhatian oleh pihak Bomba ialah bukan sekadar kepantasan ke tempat kejadian, tetapi pengetahuan setiap personel mengenai laluan atau jalan terpendek ke lokasi yang memainkan peranan yang besar dalam usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda. Setiap personel perlu arif
dengan
kawasan
operasinya,
radius
perkhidmatan
serta
sempadan
perkhidmatannya. Jika berlaku sesuatu kebakaran di satu-satu lokasi, pemandu perlu mengetahui laluan terbaik untuk mengelak kesesakan, terutama di waktu puncak. Kajian oleh Othman Embong (2001) bertajuk Sistem Laluan (Kecemasan) Terpendek Bagi Unit Kecemasan dari Hospital ke Lokasi Kecemasan Sekitar
Bandaraya Johor Bharu menyatakan bahawa Kebiasaannya dalam satu sistem jaringan jalan raya yang kompleks, laluan yang terpendek yang melibatkan faktor jarak, masa dan kos terkecil, sudah tentunya akan menjadi pilihan utama untuk ke lokasi yang di tuju. Masalah untuk mencari laluan terpendek di dalam rangkaian ini dikenali sebagai “ masalah laluan terpendek". Kajian yang dijalankan ini, adalah bertujuan unttk rnendekati masalah sebenar yang dihadapi oleh Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dalam memberi sumbangannya terhadap masyarakat. Oleh itu Sistem Laluan Kecemasan bagi kenderaan- kenderaan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah untuk ke lokasi kecemasan akan cuba dibangunkan bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh unit tersebut khususnya kepada para pemandu jenis rangkaian yang terdapat dalam sistem ini. Analisa laluan terpendek adalah penting dalam perancangan dan penganalisaan sesuatu rangkaian jalanraya. Azrulhizam Bin Haji Shapi’i (2001) di dalam kajiannya
yang bertajuk Sistem Maklumat Laluan Terpendek Bagi Penghantaran Produk Sin Wah Industries Berhad menyatakan bahawa penggunaan analisa ini juga biasanya berlaku di kilang-kilang pembuatan terutama semasa hendak menghantar produk siap ke destinasi-destinasi tertentu. Rangkaian jalanraya biasanya adalah rangkaian yang besar dan kos penghantaran produk pula adalah tinggi. Kos-kos yang terlibat adalah seperti kos minyak dan kos penyenggaraan.
Untuk meminimumkan kos
semasa penghantaran produk, analisa rangkaian perlu dilakukan. Tujuan utama kajian tersebut ialah menganalisa rangkaian jalanraya untuk mendapatkan laluan terpendek di antara dua destinasi iaitu bermula dari kilang ke kedai-kedai tertentu.
Penggunaan teknologi moden dalam mencari rangkaian laluan terpendek telah menyebabkan masalah pencarian laluan terpendek antara dua lokasi dapat diselesaikan. Ramlan, Rohaizan (2005) Penilaian kaedah laluan terpendek : rangkaian jalan raya kajian kes : Negeri Johor dan Melaka berpendapat bahawa k ebanyakan kajian laluan terpendek menggunakan rangkaian yang dijana secara rawak yang mana tidak mempunyai sifat rangkaian jalan raya yang sebenar. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mencari laluan terpendek. Akan tetapi
setiap kaedah mempunyai kekangan dan kelebihan untuk diimplementasi
kepada rangkaian jalan raya sebenar.. Berdasarkan penilaian, satu kaedah terbaik
bagi mencari laluan terpendek rangkaianjalan raya bagi negeri Johor dan Melaka boleh dikenalpasti. Sorotan karya yang ditekankan ini kebanyakannya menekankan pemboleh ubah jaringan jalanraya serta masa yang menjadi faktor penentu analisis yang bakal dijalankan. Oleh yang demikian, sorotan karya ini boleh digunakan sebagai pokok rujukan bagi mendapatkan persoalan dan permasalahan kajian yang dijalankan ini.