BURUNG NG TERB ANG SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURU DIPIPI DI PIPISK SK AN LADA cikguphong(1) B aca petikan di bawah bawah deng an tel teliti iti k emudia emudian n jawab s oa oala lan n yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam . Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk (tunduk) kepadanya, maka Paduka Bubunya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap 预备 akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya 将领, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai 无从计算 的 lagi. Maka dipersembahkan 呈报 orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan 命令 hulubalang 武官, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau[daerah sekeliling, jajahan] berhimpun berhimpun ke Melaka. Melaka. Dan akan akan Tun Perak membawa membawa orang orang Kelang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah 奏 kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap 拜见 dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” 1.Berikan maksud terlalu banyak tiada terpemanai lagi. [2] .... tiada terkira (banyaknya); sangat banyak (ramai)
i.Berikan maksud tiada takluk kepadanya. ...belum menjadi negara jajahan di bawah pemerintahan Raja Bubunnya. ii.Nyatakan faktor-faktor Raja Benua Siam bertindak untuk menyerang Melaka. [3 markah] ...raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, ... Melaka negeri besar yang tiada takluk (tunduk) kepadanya ...Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. iii.Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah negeri Siam ...ialah SM mempunyai pemerintahan yang kukuh. Rakyatnya sanggup berjuang dan mempertahankan negeri Melaka. Kedudukan Melaka akan menjadi rendah apabila memberikan surat sembah kepada Siam.
BURUNG NG TERB ANG SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURU DIPIPI DI PIPISK SK AN LADA cikguphong(2) B aca petikan di bawah bawah deng an tel teliti iti k emudia emudian n jawab s oa oala lan n yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Syahadan 之后, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil 行动 tuan?” Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan tuan hamba 你 dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan 保护, jangan diberi berkarat 生锈, jangan kemakanan kemakanan matanya. Akan Akan pekerjaan pekerjaan kami kami orang bekerja ini, ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkalas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab 理睬, 计算 pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya 必定 berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan 对抗 Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh. ”
i.Berikan maksud maka demikian fiil tuan.[2 markah] Kelakuan Tuan Perak yag bertentangan dengan orang lain. ii.Nyatakan alasan Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan kaum wanita dibawa menghadapi peperangan.[3] ...Jarak Selat Kelang yang sangat jauh dan bimbang keselamatan kaum wanita. ...Sekiranya berlaku sesuatu kepada negeri Melaka maka tiada jaminan untuk mereka ...mereka akan berperang dengan bersungguh-sungguh kerana anak isteri ada bersama dengan mereka iii.Pada pandangan anda, apakah peranan yang dapat dimainkan oleh kaum wanita ketika berlakunya peperangan?[3] ...Membantu menyediakan makan minum untuk yang berperang ...Merawat mereka yang cedera dalam peperangan ...Memberikan semangat dan motivasi kepada golongan lelaki yang sedang berperang.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(3) B aca petikan di bawah deng an teliti k emudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Hatta 然后, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah 失败. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya 一面 ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya 抛 di hulu 头 Muar. Maka rotan itu pun tumbuh 生长; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan 手铐 kayu ara 无花果类的植物 itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang 一种钩 Siam tempat bertanak 煮饭 itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara. Maka ada seorang orang Kelang mengatakan(mengadu) dirinya teraniaya 虐待 oleh Tun Perak sedikit. Maka 然后 ia berdatang sembah 拜见 ke bawah duli baginda 皇帝. Maka baginda memberi titah 命令 kepada bentara 传令官 Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap 觐见. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan 投诉 halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
i.Nyatakan perkara-perkara luar biasa yang berlaku setelah orang Siam kembali ke negara mereka.[2] ... segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. ...rotan yang dinamai orang Rotan Siam, pasungan kayu ara dan tumang Siam tempat bertanak tumbuh ... orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah Melaka menang menentang Siam dalam peperangan? ... Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang ...Tun Perak diam di Melaka dan dijadikan baginda bentara. ... orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak iii. Sekiranya anda Duli Yang Dipertuan, bagaimanakah anda akan menyelesaikan aduan orang Kelang terhadap Tun Perak? ...ialah mempertemukan orang Kelang dengan Tun Perak, menyiasat kes itu dengan memangil perisik ...memanggil Tun Perak untuk menghadap baginda dan membuat pembelaan diri.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(4) B aca petikan di bawah deng an teliti kemudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Maka diam Tun Perak tiada disahutinya 回应 kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah 才 disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba 你 dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi 赏赐 pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan 保 护 baik-baik, usahakan 努力 jangan diberi berkarat 生锈 kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung 果实硬壳 sekalipun 尽管, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca 辱骂 hamba 我 sebab orang itu, pecatlah 解雇 hamba dahulu, maka cercakan 骂 hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?” Syahadan 然后, maka berkenan sudi 允诺 Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun 有关 Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
i) Berikan maksud rangkai kata memegang negeri. [2 markah] ... mentadbir kawasan jajahan atau wilayah ii) Nyatakan tindakan yang diambil oleh bentara Seri Amerta apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah agar berbincang dengan Tun Perak. [3 markah] ... berbincang dengan Tun Perak mengenai aduan orang Kelang itu .. .menanyakan sebab Tun Perak berkelakuan sedemikian ... mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali untuk meminta jawapan daripada Tun Perak iii) Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri setelah mendengar kata-kata Tun Perak itu? Berikan tiga alasan anda. [3 ] ... Sultan Muzaffar Syah melihat Tun Perak sebagai seorang bentara yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasnya ... Sultan Muzaffar Syah terpikat dengan sikap tanggungjawab dan dedikasi Tun Perak dalam menjaga negeri Melaka ...Sultan Muzaffar Syah melihat kebijaksanaan Tun Perak melalui gaya bertutur dan kemahirannya menjawab soalan daripada bentara Seri Amerta
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(5) B aca petikan di bawah deng an teliti k emudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak 平民百姓. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya 坐在膝上 oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sek alian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya 我 semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku 招认, semua takut mengatakan dia anak tuanku.” Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana keduaduanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan 发觉 dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hatibaginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
i.Berikan maksud anak Melayu pun berbelah .[2] ... bermaksud anak Melayu terbahagi kepada dua kumpulan i.Berikan maksud kedua-duanya sama orang berasal. …berketurunan orang besar ataupun keturunan yang mempunyai kedudukan di istana. ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang menyebabkan Sultan Muzaffar Syah berasa dukacita dan bimbang negeri tersebut akan binasa?[3 markah] …kerana orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan, satu menyokong Seri Nara Diraja dan satu lagi Paduka Raja …seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bermuafakat dan sentiasa bertelingkah …sering juga Paduka Raja kelihatan di kampung Seri Nara Diraja iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menyatukan kembali penduduk yang berpecah dua? …memanggil Seri Nara Diraja dan PAduka Raja menghadap untuk memperoleh penjelasan …menghantar penyiasat untuk mengetahui kedudukan sebenar perbalahan tersebut …menawarkan hadiah yang lumayan kepada salah seorang untuk meletakkan jawatan
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(6) B aca petikan di bawah deng an teliti kemudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling 斜 sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak 休妻 baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir 准备好的 akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.[teknik kejutan] Maka kata segala anak buah 手下 Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening 眉毛 sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian 全部 tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula , 犀牛角形护身符 dibeli oleh bapaku sekali emas di benua Keling itu.” [Teknik imbas kembali] Dan telah sudah lepas idah 妇女再婚禁期, maka Seri Nara Diraja pun bernikah 婚姻 dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah 团结 Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja,menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sult an Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
i.Berikan maksud menjadi berkasih-kasihan. Hubungan yang sangat erat dan mesra ii.Apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku sesudah perkahwinan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja?[3 markah] …hubungan antara kedua-duanya sangat mesra seperti bersaudara …seri Nara Diraja sendiri mencadangkan agar Paduka Raja dilantik menjadi bendahara …Paduka Raja dilantik menjadi bendahara oleh Sultan Muzaffar Syah iii.Pada pendapat anda, mengapakah perkahwinan dapat menyelesaikan perbalahan antara pembesar pada zaman dahulu? [3 markah] ...perkahwinan menjadi simbol perhubungan antara dua pihak ...perkahwinan dengan orang tertentu mengangkat status seseorang ..perkahwinan menjalinkan perhubungan persaudaraan
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(7) B aca petikan di bawah deng an teliti k emudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa . Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh 火把 perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng 摆动. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu,maka dilanggarnya 攻打 sekali, dua tiga buah perahu Siam alah 败, lalu ia terus ke sebelah 一边; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu 太 hairan 好奇 melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih 乔木 dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati 绑 puntung 烟蒂 api. Telah dipandang 看 oleh orang Siam api tiada terbilang 计算 lagi banyaknya, maka kata hulubalang 将官 Siam, “Terlalu banyak kelengkapan 用具 perahu Melaka ini, tiada terbilang 可计算的 lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun kembalilah. i)Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah] ... bertingkah atau bersikap seperti orang gila i)Berikan maksud perahunya olang-oleng . [2 ] ... sampannya terhuyung-hayang/terumbang- ambing/tidak stabil
i.Huraikan tiga perwatakan Tun Umar yang terdapat dalam petikan. [5 markah) ..seorang yang berani. Contohnya, Tun Umar pergi melanggar dua tiga buah perahu orang Siam dengan hanya menggunakan sebuah perahu sahaja. ...seorang yang gila-gila bahasa. Contohnya, Tun Umar melakukan perbuatannya yang berulang-alik melanggar perahu orang Siam sehingga menimbulkan kehairanan kepada orang Siam. ... seorang yang patuh akan arahan pemerintah. Contohnya, Tun Umar bersegera pergi melanggar perahu-perahu orang Siam setelah menerima arahan daripada Bendahara Paduka Raja. ii.Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara Paduka Raja menyuruh hulubalangnya mengikat puntung api pada segala pohon kayu pada waktu malam? Nyatakan tiga sebab itu. [4 markah] ... untuk membuat helah kepada orang Siam supaya mereka tidak meneruskan niat untuk menyerang negeri Melaka
... untuk menggambarkan kepada orang Siam bahawa negeri Melaka mempunyai hulubalang yang banyak ... untuk menakut-nakutkan orang Siam bahawa jika mereka menyerang negeri Melaka, pasti banyak nyawa orang Siam yang akan terkorban ii.Apakah strategi 策略 peperangan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja berdasarkan 根据 petikan di atas?[3] ..menyuruh Tun Umar menyuluh perahu Siam untuk melihat kekuatan musuh ...Tun Umar melanggar beberapa buah perahu Siam untuk menakutkan pihak musuh ...segala pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dinyalakan api sebagai helah kepada Siam untuk menunjukkan tentera Melaka yang ramai bilangannya. iii.Pada pendapat anda, mengapakah Awi Dicu mengarahkan 命令 bala 军 tenteranya kembali ke Siam?[3 markah] ..terpedaya dengan helah Melaka bahawa bilangan tentera Melaka ramai ..gerun dengan keberanian luar biasa Tun Umar yang mewakili tentera yang lain ...tidak yakin dapat mengalahkan tentera Melaka yang ramai dan kuat. Berikan huraian bagi setiap pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional “Burung Terbar , Dipipiskan Lada” seperti yang dinyatakan di bawah ini. 1. Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni. Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam. 2. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. 3. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka. 4.Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepat. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga dapat membunuh musuhnya dari jauh.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA cikguphong(8) B aca petikan di bawah deng an teliti k emudian jawab soalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri. Adapun 有关 segala 全部 orang Siam yang kembali 回 itu, telah ia sampai 到 ke benua 岛 Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya 禀奏 “Duli Pra Cau, lengkapi 武装 patik 我, patiklah mengalahkan 打败 Melaka itu.” Maka Paduka Bub unnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda 他 pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan 八 ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar 只是 menantikan 等 musim 时机 juga lagi.
i.Berikan maksud lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu. [2 markah] …mempersiapkan kelengkapan perang bagi Cau Pandan sebagai syarat persiapan untuk mengalahkan Melaka ii.Apakah perkara yang berlaku setelah Awi Dicu menghadap Paduka Bubunnya berdasarkan petikan di atas? [3 ] ..Paduka Bubunya marah dan berazam dirinya sendiri akan pergi untuk menyerang Melaka ..Cau Pandan menawarkan diri untuk bersiap bagi menyerang Melaka ..Pra Kelong diminta menyiapkan lapan ratus sum(sejenis kapal buatan Siam) dan perahu-perahu kecil yang tidak terhitung bilangannya. iii.Sekiranya anda Paduka Bubunnya, apakah tindakan yang akan anda lakukan setelah pasukan tentera yang dihantar mengalami kekalahan? [3 markah] ...menghantar utusan perdamaian untuk menjalinkan kerjasama dengan Melaka ...menghantar perisik untuk menyiasat kekuatan dan kelemahan negeri Melaka ...mengadakan kerjasama dengan negara besar untuk membantu menyerang Melaka
Latihan G1( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam, Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” i.Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat. [2 markah] Maksud menghimpunkan segala rakyat ialah mengumpulkan semua penduduk ii.Nyatakan reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah benua Siam. [3 markah] Reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah benua Siam ialah Raja Benua Siam sangat marah lalu menyuruh tenteranya menyerang Melaka. Awi Cakri dititahkan untuk mengetuai serangan tersebut dan membawa rakyat yang sangat ramai ke hulu Pahang. iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan anda? [3 markah] Sekiranya saya Sultan Muzaffar Syah, tindakan yang akan saya lakukan untuk mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan saya ialah Membuat rundingan secara baik dengan Raja Benua Siam. Selain itu, meminta bantuan pihak ketiga untuk menjadi orang tengah. Akhirnya, memohon maaf dan menyatakan kesediaan untuk menyembah negeri Siam.
Latihan G2( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.” Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara. i.Berikan maksud Benar seperti kata Tun Perak itu. [2 markah] Maksud Benar seperti kata Tun Perak itu ialah raja bersetuju dengan kata-kata Tun Perak itu. ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan orangorang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula? [3 markah] Perkara-perkara yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan orang-orang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula ialah Raja tidak membenarkan Tun Perak pulang ke Kelang sebaliknya meminta Tun Perak terus tinggal di Melaka. Selain itu, Tun Perak telah dilantik sebagai bentara . iii.Sekiranya anda raja, selain menganugerahkan jawatan, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan dengan Siam? [3 markah] Sekiranya saya raja, selain menganugerahkan jawatan, perkara yang akan saya lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan dengan Siam ialah saya memberikan hadiah seperti persalinan atau barangan berharga. Selain itu, saya memberikan pingat kebesaran kepada Tun Perak. Seterusnya, saya menaikkan gaji Tun Perak. Akhirnya, saya mengadakan keraian sebagai penghargaan atas jasa Tun Perak.
Latihan G3( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” i.Berikan maksud beranak dengan isterinya. [2 markah] Maksud beranak dengan isterinya ialah dilahirkan oleh isterinya. ii.Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap.[3 markah] Perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap ialah Seri Nara Diraja memanggil Tun Nina Madi agar mendekatinya lalu meriba anaknya itu . Selain itu, Seri Nara Diraja memberitahu semua orang bahawa Tun Nina Madi itu ialah anaknya iii.Sultan Muzaffar Syah telah menaikkan pangkat Tun Perak daripada bentara menjadi Perdana Menteri.Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang? [3 ] Pada pendapat saya, kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang ialah pengalaman bekerja atau perkhidmatan . Selain itu, kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu.
Latihan G4( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kam u sekalian tahu? Jikalau demikian siasialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bemikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” i.Mengapakah anak buah Seri Nara Diraja tidak bersetuju apabila Seri Nara Diraja ingin berkahwin? [2] ...Seri Nara Diraja sudah tua dan bulu mata dengan bulu keningnya sudah bercantum ii.Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan selepas mendengar persetujuan Seri Nara Diraja? [3] ...sultan terus menjatuhkan talak kepada Tun Kudu. Seterusnya, Tun Kudu dihantarkan ke rumah Paduka Raja dan diberikan belanja.Selepas itu, Tun Kudu diminta untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja. iii.Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu telah mengeratkan hubungan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Pada pendapat anda, selain mengeratkan hubungan, apakah kebaikan- kebaikan lain yang diperoleh melalui perkahwinan? ....ialah dapat mengelakkan fitnah. Selain itu, dapat membina keluarga yang bahagia dan menambah bilangan ahli keluarga. Akhirnya, dapat menjauhi maksiat.
Latihan G5( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggamya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun kembalilah. i.Berikan maksud terlalu hairan melihat kelakuan. [2 markah] ... sangat pelik menyaksikan tingkah laku ii.Apakah tindakan Bendahara Paduka Raja sebagai helah untuk menakutnakutkan tentera Siam?[3 markah] ..memacakkan pohon kayu bakau dan nyirih yang dipasang dengan api di sepanjang pantai ...apabila dipandang oleh orang Siam banyaknya api di sepanjang pantai, mereka berundur kerana mereka beranggapan bahawa tentera Melaka terlalu ramai iii.Awi Dicu mengaku kalah sebelum bertempur dengan musuhnya.Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan Awi Dicu tersebut? Berikan alasan anda. [3 markah] Tidak wajar kerana: ... Awi Dicu sepatutnya cuba menghampiri pantai untuk melihat situasi sebenar ...cuba bertempur dengan tentera Melaka sebelum mengaku kalah
Latihan G6( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bemama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bemama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bemama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. i.Apakah punca yang menyebabkan Cau Pandan mati? [2 markah] ...sakit muntah darah ...dadanya seperti kena panah ii.Gambarkan sifat Sultan Mansur Syah seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [3 markah] ...rupanya sangat kacak ...seorang raja yang adil dan pemurah ...kebaikannya tidak boleh ditandingi oleh raja-raja lain dalam alam ini iii.Tuan Sidi Arab telah berjasa kepada sultan. Sekiranya anda sultan, nyatakan tindakan anda agar Tuan Sidi Arab tems kekal berkhidmat dengan kerajaan anda. [3 markah] ...memberikannya jawatan yang tinggi ...memberikannya hadiah atau ganjaran ...menyediakan sebuah rumah yang selesa
Latihan G7( “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana keduaduanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana o rang besamya tidak muafakat sama orang besar. ” Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahu kah Seri Nara Diraja beristeri?” i.Berikan maksud terlalulah dukacita baginda. [2 markah] ... raja atau sultan berasa sangat sedih ii.Apakah yang telah berlaku selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar? [3 markah] ...orang-orang Melayu berpecah belah ...sebahagian orang Melayu menyokong Paduka Raja dan sebahagian lagi menyokong Seri Nara Diraja ...mereka berdua tidak boleh bermuafakat iii.Sekiranya anda sultan, bagaimanakah cara anda untuk mendamaikan perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja? [3 markah] ..saya akan memanggil kedua-duanya untuk berbincang tentang masalah tersebut ....saya akan menasihati mereka berdua agar berbaik-baik semula ..saya akan memindahkan salah seorang ke tempat lain agar mereka jarang berjumpa
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERB ANG DIPIPISK AN LADA bmlabukau (2) B aca petikan di bawah deng an teliti k emudian jawab s oalan yang diberi deng an menggunakan ayat anda sendiri.
Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara." Maka titah baginda, "Baiklah." Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. 1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2 markah] i. berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik ii. sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman 2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut? [4 markah] Orang yang dianggap bijaksana di ketiga-tiga negeri tersebut ialah Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kayanan di Pasak. Di Melaka pula, mereka yang dianggap bijaksana ialah Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. 3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara? [4 markah] Rakyat yang berkualiti tinggi seperti Paduka Raja amat diperlukan oleh sesebuah negara kerana mereka dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara menjadi kuat. Rakyat yang berkualiti juga diperlukan bagi menjaga keselamatan negara daripada dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, rakyat yang berkualiti tinggi akan dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan terjamin. Akhir sekali, Rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan bagi membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut.
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja? [4 markah] Untuk melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi, kita perlu memastikan orang ramai mendapatkan pendidikan yang berkualiti supaya rakyat berilmu pengetahuan tinggi. Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir yang boleh memajukan ekonomi negara. Selain itu, kita juga perlu menanamkan semangat patriotisme kepada mereka supaya mereka berani mempertahankan negara daripada serangan musuh. Akhir sekali, kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi. 5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut. [4 markah] Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat bangsawan. Mereka adalah terdiri daripada pemerintah negara seperti Paduka Raja yang memegang jawatan sebagai bendahara. Latar masyarakat yang lain ialah askar Siam. Mereka telah diperintahkan oleh Paduka Bubunya untuk menyerang Melaka kerana ingin menakluki Melaka yang pada masa itu sangat maju. 6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut. [4 markah] …Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita perlu bijak menggunakan strategi untuk mendapatkan kemenangan dalam sesuatu yang kita lakukan. Contohnya, Paduka Raja meletakkan unggun api pada pokok bakau untuk menakutkan askar Siam pada waktu malam. …Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah kita mesti menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh orang lain. Contohnya, Sultan Muzaffar menghargai jasa askarnya yang telah mengalahkan askar Siam dengan memberi persalinan baru.
Latihan 9: bmspm Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap untuk menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyai terlalu banyak tiada terpermainai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.
i. Apakah yang membuatkan Seri Amerta dipilih menjadi bentara? [2 markah] … Cerdik … Tahu berkata-kata ii. Apakah tindakan Sultan Muzaffar Syah setelah mendengar khabar itu? [3 markah] … Menyuruh menghimpun segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka … Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali iii. Sekiranya anda ialah Awi Cakri, apakah strategi anda untuk menyerang Melaka? [3 markah] … Menghantar perisik ke Melaka utk mengumpul maklumat tt keadaan di Melaka … Memasuki tanah melayu melalui Pahang … Mempersiapkan bala tentera yang gagah dan perkasa iv. Pada pendapat anda, apak ciri-ciri pemimpin yang bijak?[3 markah] … Berfikiran jauh … Pandai menyusun str ategi … Luas pengetahuan
Latihan 10: bmspm Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pujn tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh- sungguh.”
i. Apakah perkara yang diperkatakan Tun Perak kepada Seri Amerta dengan pedangnya itu? [2 markah] … Hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan … Jangan diberi berkarat … Jangan kemakanan matanya ii. Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda utk memastikan tentera perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran kelak? [3 markah] … Memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para tentera … Memberikan latihan yang secukupnya … Menyediakan peralatan perang yang canggih … Menawarkan habuan kepada mereka iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda sekarang?[4 markah] … Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen kemerdekaan … Membuat pertandingan berkenaan tanah air … Kuiz-kuiz kemerdekaan … Menyediakan bahan bacaan tentang kemerdekaan … Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemerdekaan. … Menceritakan tentang kisah kehidupan zaman dahulu serta kisah pejuangpejuang tanah air.