Sistem dan Dasar Pentadbiran British di Tanah Melayu sehingga 1957.
Setelah kedatangan British di bumi bertuah ini, pelbagai perubahan dan kerosakan telah dilakukan sehingga mencabul kesejahteraan dan keharmonian Tanah Melayu. Segala keistimewaan yang terdapat di Tanah Melayu telah menarik minat mereka untuk melakukan penaklukan yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat. Pelbagai cara yang British lakukan untuk berkuasa mentadbir dan memerintah Tanah Melayu. Sistem pentadbiran yang digunakan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah Sistem Residen. Sistem ini diperkenalkan oleh British di Perak selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Andrew Clarke merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat yang bertanggungjawab meletakkan negeri-negeri Melayu di bawah cengkaman pengaruh British. Mengikut Sistem Residen, sultan dikehendaki menerima seorang pegawai British yang akan menjadi penasihat dalam urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sistem Residen kemudiannya turut dilaksanakan di Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Apa yang pasti, pengenalan Sistem Residen telah mengubah sistem politik tradisional negeri-negeri Melayu kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya diubah mengikut keperluan semasa. Secara tidak langsung, kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu dikekalkan tetapi bidang kuasa mereka dikurangkan. Pentadbiran peringkat negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh residen. Negeri pula dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh pegawai daerah. Sistem pentadbiran daerah pula dibahagikan kepada beberapa buah mukim yang diketuai oleh penghulu. Mukim dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu kampung.
Pertahanan dan keselamatan negeri
Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
Faktor-faktor Penubuhan Persekutun 1896
Mengatasi masalah kewangan Pahang
Kelemahan Sistem Residen
Keempat-empat faktor di atas dijadikan alasan oleh British untuk menubuhkan pula Persekutuan 1896. Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan
oleh
Frank
Swettenham.
Persekutuan
bermaksud
satu
sistem
pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Ibu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terletak di Kuala Lumpur yang juga telaj menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Penubuhan Persekutuan ini merupakan salah satu taktik British untuk menguasai sistem pentadbiran politik di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan ekonomi dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai adalah tidak menyeluruh sama sekali kerana corak pentadbiran yang berbeza. Diharapkan dengan penubuhan Persekutuan segala masalah ini dapat diselesaikan.
Hakikatnya,
semua
usaha
ini
merupakan
helah
British
untuk
mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
KERAJAAN BRITISH
Pesuruhjaya Tinggi British (Gabenor Negeri-Negeri Selat)
Residen Jeneral
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan:
- Ketua Pesuruhjaya Polis - Peguam Negara - Ketua Pesuruhjaya Tanah dan Galian - Ketua Jurutera - Ketua Akauntan
Majlis Mesyuarat Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan:
- Sultan - Residen
DURBAR (Majlis Persidangan RajaRa a
4 Orang Sultan:
4 Orang Residen:
- Perak - Selangor - N. Sembilan - Pahang
- Perak - Selangor - N. Sembilan - Pahang
Pesuruhjaya Tinggi
Ketua Setiausaha
Kesemua carta di atas adalah struktur pentadbiran NNMB. NNMB terletak di bawah residen jeneral yang bertanggungjawab kepada pesuruhjaya tinggi atau gabenor Negeri-Negeri Selat sebagai wakil British. Sultan dikehendaki menuruti nasihatnya dalam semua hal ehwal pentadbiran. Senua residen bag setiap negeri dikekalkan dan menjalankan tugas seperti dahulu tetapi mesti melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh Residen Jeneral. Sultan di keempat-empat buah negeri diletakkan di bawah naungan kerajaan British yang dikenali sebagai NNMB. Semua sultan berkuasa di negeri masing-masing dan memberi bantuan menurut nasihat kerajaan British. Sultan menjadi ahli DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Namun tanpa disedari pemusatan kuasa yang berlaku di tangan residen jeneral telah menyebabkan kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan. Agenda British diteruskan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909. MMP telah dibentuk pada 11 Disember 1909 apabila Raja-Raja Melayu bersetuju menandatangani perjanjian Perlembagaan Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu John Anderson. Penubuhan MMP menyebabkan kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan lagi malah menurunkan taraf sultan hingga menjadi ahli biasa sahaja. Dalam MMP, sultan tidak mempunyai hak
untuk mempengerusikan mesyuarat atau membatalkan apa-apa usul dalam MMP. MMP boleh bermesyuarat tanpa kehadiran sultan kerana semua usul yang diluluskan akan ditandatangani oleh pesuruhjaya tinggi. Proses Pengagihan Kuasa Tahap
Tokoh
Pengagihan kuasa pusat 1909
-
John Anderson
Pengagihan kuasa pusat 1920-an
-
George Maxwell
-
Lawrence Guillemard
-
Cecil Clementi Smith
-
Samuel Wilson
Pengagihan kuasa pusat 1930-an
Pada tahun 1909, proses pengagihan kuasa telah bermula. Pengagihan kuasa (desentralisasi) merupakan proses pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat-peringkat daripada kerajaan pusat kepada kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dasar pengagihan kuasa telah dilaksanakan oleh Lawrence Guillemard iaitu pesuruhjaya tinggi. Proses pengagihan kuasa dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Pengagihan kuasa yang telah dijalankan secara berperingkat telah berjaya mengembalikan kuasa sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan-sultan dapat membincangkan kepentingankepentingan mereka dalam DURBAR. Namun, proses pengagihan ini terhenti pada tahun 1941 apabila Jepun menyerang dan menawan Tanah Melayu. Selepas kejatuhan Jepun sehingga medeka pada tahun 1957, pejuang-pejuang Melayu telah bangkit untuk keluar dari kepompong penjajahan untuk mentadbir dan memerintah tanah air dengan sendiri tanpa campur tangan dari pihak luar. Dasar yang digunakan British di Tanah Melayu pula adalah dasar pecah dan perintah. Rakyat ketika itu berada di bawah belenggu mereka hampir dua ratus tahun. British melaksanakan dasar ini dengan memecahkan rakyat di Tanah Melayu kepada bangsa Melayu, Cina dan India. British menggunakan kuasa mengasingkan orang Cina di rumah kongsi dan Bandar. Orang India pula diletakkan di estet-estet, manakala orang Melayu dikekalkan di kampung. British juga telah memastikan orang Cina menjadi
pelombong dan peniaga di Bandar. Orang India dikerah menoreh getah dan orang Melayu dibiarkan kekal sebagai petani dan nelayan di kampung. Dalam bidang pendidikan juga wujud dasar perpecahan di mana British telah membina Sekolah Melayu yang bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan. Selain itu, tujuan sebenar British membina Sekolah Melayu supaya orang Melayu meninggalkan sekolah pondok dan sekolah agama untuk bersekolah di Sekolah Melayu yang lebih selesa. British juga membina Sekolah Inggeris bertujuan melatih anak Melayu dari keturunan pembesar dan bangsawan menjadi pentadbir kerajaan British di Tanah Melayu. Tujuan utama disebalik pembinaan Sekolah Inggeris lebih kepada matlamat jangka panjang mereka untuk melahirkan anak Melayu berpendidikan Inggeris yang akan mewarisi pemikiran mereka. Kesempatan melalui kesetiaan kepada negara asal juga dimanfaatkan oleh British untuk melebarkan jurang pengasingan kaum. Justeru British membiarkan pengusaha lombong membina Sekolah Cina dengan bersumberkan guru, buku dan sukatannya yang berpaksikan dari negara China. Selain itu, majikan estet dibenarkan membina
Sekolah
Tamil
dengan
bersumberkan
guru,
buku
dan
sukatannya
berpaksikan dari negara asal mereka India. Pengasingan ini menyebabkan wujud perasaan tidak menghiraukan kaum lain. Kesannya, British mudah memerintah kerana tidak wujud perpaduan kaum dan penentangan terhadap British secara bersama. Kesimpulannya, segala sistem dan dasar yang dianjurkan oleh British sangat halus dengan mengambil peluang sedia ada tanpa mengubah secara keseluruhan dalam waktu yang singkat. Cara ini telah menyebabkan rakyat terpedaya dengan hanya melihat kesan jangka pendek dan mementingkan material yang jelas tersurat tanpa memikirkan apa yang tersirat di sebaliknya. Namun, segala perancangan British dapat ditumpaskan dengan peredaran zaman dan keadaan semasa yang memaksa rakyat untuk berdikari dan bebas dari cengkaman penjajah. Di samping itu, kelahiran tokohtokoh cerdik pandai yang memimpin rakyat juga membantu berlakunya perubahan. Kita harus mengambil iktibar dan berwaspada dengan pemikiran dan perancangan luar demi memastikan keharmonian negara terjamin.