PENGENALAN Kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui proses secara berperingkat-peringkat. Fasa untuk memerintah negara sendiri ini telah memperlihatkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Tanah Melayu. Menurut K.R Minogue, nasionalisme merupakan satu idea, ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu
dan boleh
dialirkan daripada segolongan elit kepada golongan kebanyakkan. Hal ini menunjukkan disebabkan semangat dan cinta terhadap tanah air, daripada golongan raja sehinggalah rakyat biasa memainkan peranan yang
penting
sehingga
mewujudkan
kerjasama
antara
mereka.
Semangat untuk memerintah negara sendiri ini bertitik tolak daripada Piagam Atlantik yang diisytiharkan pada 14 Ogos 1941 yang dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat. Dalam Piagam ini termaktub bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri. Antara prinsip –prinsip yang dikemukakan ialah tiada peluasan kuasa dan perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat.
FAKTOR-FAKTOR BRITISH MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
BANTAHAN PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION Bantahan
penduduk
tempatan
terhadap
Malayan
Union
merupakan salah satu impak yang menyumbang kepada faktor British memberikan
kemerdekaan
Tanah
Melayu.
Melalui
kebimbangan
mereka akan kehapusan negeri, bangsa dan kebudayaan mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia boleh dianggap sebagai kemuncak nasionalisme itu sendiri. 1 Rakyat telah menentang perkara yang terkandung dalam Gagasan Malayan Union , antaranya ialah mereka tidak berpuas hati dengan cara tandatangan raja-raja Melayu diambil
2
, hal ini kerana raja-raja tidak
dibenarkan untuk mendapatkan nasihat sebelum membuat keputusan. Seterusnya,
syarat
kewarganegaraan
yang
longgar
juga
telah
mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk asal, malah, mereka juga melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah Melayu. Syarat kewarganegaraan yang longgar dan penghapusan hakhak istimewa orang-orang Melayu adalah ditafsirkan oleh pemimpin– 1 Ramlah Adam, “Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu”, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1998, hlm. 2 2 Ibid; hlm. 2.
pemimpin Melayu sebagai amat membahayakan kedudukan politik, ekonomi dan masa depan orang Melayu. 3 Oleh yang demikian, orang Melayu mula bertindak dalam pelbagai bentuk bagi menentang Malayan Union dengan cara menghebahkan keburukan Malayan Union melalui akhbar-akhbar Melayu, contohnya Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara. Surat-surat pembaca yang mengkritik Malayan Union turut dimuatkan dalam akhbar-akhbar tersebut. Persatuan-persatuan negeri-negeri Melayu yang tumbuh sebelum perang dan selepas perang, menghantar nota-nota bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office).4 Hal ini telah memperlihatkan kebangkitan persatuanpersatuan politik untuk menentang gagasan Malayan Union. Pada 23 Januari 1946, Dato Onn Jaafar telah menyeru orang Melayu untuk berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng bagi menentang penubuhan Malayan Union. Pada 1 Mac 1946, sebanyak 41 buah persatuan negeri Melayu menghantar wakil termasuk Parti Kebangsaan Melayu (PKMM) yang menghantar wakil
dan 14 orang pemerhati
kongres tersebut, Dato’ Onn
5
menghadiri kongres itu. Dalam
mencadangkan untuk menubuhkan
pertubuhan kebangsaan orang Melayu yang diberi nama United Malays 3 Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors, 1974, hlm. 274. 4 Ramlah Adam, “Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu”, hlm. 2. 5Ibid; hlm. 6.
National Organization (UMNO). Pada 30 Mac 1946, Kongres 1946 II diadakan secara tergempar kerana British tetap akan meneruskan Malayan Union pada 1 April 1946.6 Bagi menentang perkara ini daripada berlaku, bebrapa langkah telah dibincangkan selama dua hari berturut-turut. Hasilnya mereka bersetuju untuk meminta Raja-raja Melayu untuk memulaukan
perlantikan Sir Edward Gent sebagai
Gabenor Malayan Union, sementara orang Melayu diminta untuk berkabung selama 7 hari sebagai tanda kematian hak mereka. Kongres yang diadakan pada 11 Mei 1946 memperlihatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union melalui parti politik, iaitu UMNO. Gerakan UMNO diperkuatkan lagi dengan sokongan daripada bekas Pegawai British, antaranya R.O Winstedt dan Frank Sweteenham yang jelas menolak gagasan Malayan Union. Parti Konservatif Britain turut meminta untuk mengkaji bantahan orang Melayu. Pada 20 Januari 1948, Dato’ Onn sebagai wakil UMNO telah menghadiri
Plenary
Conference dan mendesak peraturan dan arahan Majlis Mesyuarat Negeri dan Persekutuan dibuat dengan pengetahuan negeri Melayu. 7 Pada
21
Januari
1948,
Perjanjian
Persekutuan
1948
telah
ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British , maka Malayan Union dimansukan secara keseluruhan.
6 Ibid; hlm. 7 7 Ibid; hlm. 20.
PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Penubuhan
Persekutuan
Tanah
Melayu
1948
menandakan
bermulanya proses untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana dalam preamble perjanjian telah dinyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat menandakan proses menuju ke arah penubuhan kerajaan sendiri telah pun diiktiraf. 8 Namun begitu, British memberikan alasan bahawa Tanah Melayu boleh diberikan hak untuk memerintah kerajaan sendiri dalam masa 25 tahun lagi. Hal ini jelas
menunjukkan
British
masih
lagi
tidak
bersedia
untuk
memperkenalkan pilihan raya di Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan kerana semasa perbincangan pada 28 Mei 1946, raja-raja Melayu mendesak perkara baru diadakan dalam sebuah kerjaan baru. Ini termasuklah pembentukan sebuah persekutuan , pengiktirafan kedaulatan Raja-raja Melayu, kerakyatan yang ketat dan pelantikan seorang Pesuruhjaya Tinggi dan naungan bagi negeri-negeri Melayu.9. Perkara ini telah disokong oleh pegawai British, iaitu Sir Edward Gent. JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (CLC) 8 Joseph M. Fernando, “Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut Kemerdekaan” dalam Zulkanain Abdul Rahman, Arba’iyah Mohd Noor dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Dastar Pendeta, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2012, hlm. 230.
9 Ramlah Adam, “Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu”. hlm. 12.
Pada Januari 1949, rundingan politik antara kaum telah diadakan di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bagi membincangkan jalan penyelesaian bagi politik tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa,
iaitu
Jawatankuasa
Perhubungan
Kaum
atau
Communities Laison Committee (CLC) yang dipengerusikan oleh E.E.C Thuraisingham ditubuhkan. CLC merupakan faktor yang penting dalam usaha mencapai kemerdekaan keran di sinilah wujudnya kerjasama dan persefahaman antara kaum yang berbeza di Tanah Melayu. CLC mencadangkan supaya kerakyatan jus soli diterima, malah mereka meminta supaya tempoh itu dipendekkan. Selain itu, CLC juga mencadangkan satu peralihan kerajaan sendiri dilakukan secara perlahan di Tanah Melayu dengan memberi pengalaman-pengalaman pilihan raya yang berperingkat terhadap penduduk Tanah Melayu. Dasar sama rata di antara semua rakyat
dengan berteraskan
demokrasi dan hak asasi juga menjadi satu cadangan CLC.
10
Namun
begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Onn sehingga menyebabkan
persidangan
terpaksa
dilakukan
beberapa
kali
disebabkan tentangan daripada Dato’ Onn. Hal ini telah menyebabkan proses
persetujuan
CLC
menjadi
lambat.
Setelah
Dato’
Onn
meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO, ahli-ahi UMNO menerima cadangan MKT UMNO-CLC, oleh itu, pada Jun 1950, hal ini dibincangkan sekali lagi, dan hasilnya beberapa syarat ditambah, iaitu 10 Ibid; hlm. 258.
syarat kelahiran ibu atau bapa bagi anak-anak yang lahir di Negerinegeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. 11 Individu yang tidak lahir di Tanah Melayu boleh memohon, tetapi dalam tempoh masa yang berterusan dan mereka harus sanggup mengangkat sembah taat setia kepada Raja-raja Melayu. Hal ini disebut sebagai State Nationality 1952. Hal ini memperlihatkan perubahan dalam kerakyatan tradisional Melayu. Kelonggran kerakyatan jus soli ini adalah asas kepada pembentukan kerakyatan kebangsaan yang sangat penting untuk melahirkan satu perasaan patriotisme kepada Tanah Melayu. British menjangkakan kelonggaran terhadap kerakyatan secara bersyarat akan mewujudkan kedudukan politik yang kukuh, seterusnya
dapat
melahirkan sifat tanggungjawab terhadap politik Tanah Melayu. Hal ini kerana British menetapkan syarat bahawa kesemua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum diberi kemerdekaan. Penubuhan CLC menjadi penanda aras bagi penyatuan kaum di Tanah Melayu.
PARTI PERIKATAN British ingin menubuhkan parti gabungan pelbagai bangsa di Tanah Melayu supaya kepentingan bangsa masing-masing dapat dijaga , namun kepentingan bersama akan dibincangkan secara gabungan. 11 Ibid; hlm 259.
Oleh yang demikian, National Conference telah ditubuhkan pada awal tahun 1953 . Kesemua parti politik sama ada kecil mahupun besar telah dijemput oleh Malcom MacDonald, Gabenor General Asia Tenggara ke King’s House.12 Parti-parti yang terlibat ialah UMNO, MCA, MIC ,IMP dan MTUC. Hasil daripada persidangan itu, satu keputusaan telah dicapai, iaitu penubuhan paarti politik gabungan yang dinamakan National Conference. Namun, pada 21 Ogos 1953, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan National Covention sebagai memenuhi janjinya kepada British untuk menubuhkan organisasi yang baru, namun beliau sanggup membahagikan Tanah Melayu kepada dua sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah politik perkauman. Namun begitu, hal itu tidak terjadi kerana National Convention telah menjadi Perikatan kemudiannya.
Pada awal tahun 1953, Parti
Perikatan telah mendesak pihak British supaya mempercepatkan proses devolusi kuasa politik kepada elit politik tempatan. Dalam pilihanraya majlis perbandaran yang diadakan pada tahun 1952 dan awal 1953, peerikatan UMNO-MCA telah menang , oleh yang demikian, mereka bertindak untuk mendesak British supaya mengadakan pilihan raya di peringkat Persekutuan pula. Desakan ini dilakukan bertujuan untuk mempercepatkan proses penubuhan kerajaan sendiri. Pemimpin Perikatan merasa oleh kerana tempoh Majlis Perudangan Persekutuan yang dilantik akan berakhir pada Januari 1954, ketika itu masa yang 12 Ibid; hlm. 264.
sesuai untuk mendesak British memperkenalkan pilihan raya untuk perwakilan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council).
13
Desakan ini juga berpunca daripada kemerdekaan yang
dikecapi oleh beberapa negara Asia serta Singapura dan Gold Coast di Afrika kerana mereka telah diperkenalkan dengan pilihan raya. Walaupun Parti Perikatan telah menang besar dalam pilihan raya di peringkat persekutuan, namun mereka masih tidak merasa puas kerana
dominasi
pemimpin
Pro-IMP
dalam
Majlis
Perundangan
Persekutuan. Pada 17 Mac 1953, Parti Perikatan telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu konvensyen kebangsaan untuk semua parti politik bagi mengkaji langkah-langkah yang wajar diambil untuk mempercepatkan proses menuju ke arah kemerdekaan. Parti Perikatan telah menuntut
44 daripada 75 ahli Majlis Perundangan
Persekutuan dipilih melalui pilihan raya umum
dengan 31 orang
dilantik. Mereka juga ingin 60 peratus daripada ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipilih melalui pilihan raya. Berikutan kemenangan majoriti dalam pilihan raya majlis pembandaran, Parti Perikatan mahu pengiktirafan
dengan
mengagihkan
kuasa
mengundi
dalam
persidangan, namun cadangan ini tidak diterima. Semasa pembukaan konvensyen nasional pada 23 Ogos 1953, Parti Perikatan membuat tuntutan kemerdekaan secara lebih agresif dan terbuka dibandingkan
13 Joseph M. Fernando, “Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut Kemerdekaan”, hlm. 234.
tuntutan sebelumnya yang lebih terfokus kepada isu kerajaan sendiri. 14 Mereka
bertegas
Persekutuan
untuk
mengadakan
selewat-lewatnya
pada
pilihan
tahun
raya
1954.
peringkat
Mereka
juga
menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 3/5 majoriti haruslah dipilih secara langsung melalui pilihan raya. Namun begitu, Templer tidak bersetuju dengan rancangan ini. Dapat dilihat bahawa Parti Perikatan tetap
tegas
dalam
tindakan
menuntut
pilihanraya
peringkat
Persekutuan supaya dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.
RUNDINGAN
TUNKU
ABDUL
RAHMAN
DENGAN
PEGAWAI
BRITISH Faktor lain yang menyumbang British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah tindakan Tunku Abdul Rahman yang berunding dengan Pegawai British untuk menuntut kemerdekaan. Parti Perikatan tidak berstuju dengan majoriti tipis yang yang diluluskan oleh Templer dan Majlis Raja-raja dan memutuskan untuk merayu secara langsung kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan Oliver Lyttelton di London.
15
Walaupun pada mulanya delegasi itu enggan diterima oleh Pejabat Tanah Jajahan, atas bantuan Lord Ogmore, delegasi itu diterima. 14 Ibid; hlm. 236. 15 Ibid; hlm. 238.
Namun begitu, delegasi ini hanya sia-sia kerana Lyttelton tetap dengan pendiriannya.
Tindakan
yang
dilakukan
oleh
Tunku
setelah
mengadakan mesyuarat pada 24 Mei 1954 ialah menghantar telegram kepada Lyttelton bagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Perkara yang dicadangkan oleh Tunku ialah menubuhkan suruhanjaya bebas yang terdiri daripada pakar perundangan luar negara untuk mengkaji Perlembagaan Persekutuan 1948. Cadangan itu ditolak, lalu Parti Perikatan telah mengadakan tindakan boikot Kertas Putih kerajaan. Perikatan
menganjurkan
perarakan
menyokong tuntutan mereka.16
di
seluruh
negara
untuk
Mesyuarat yang diadakan bersama
MacGillivray mendatangkan hasil apabila parti majoriti akan dijemput melantik lima ahli reseb dalam Majlis Perundangan Persekutuan. 17 Hal ini menunjukkan usaha yang selama ini dilakukan oleh Parti Perikatan membuahkan hasil.
PILIHANRAYA 1955 Faktor penting yang membawa perubahan status Tanah Melayu kepada negara yang merdeka ialah Pilihanraya 1955, iaitu dalam pilihanraya tersebut
memihak
kepada
kemenangan
Parti
Perikatan
yang
menyebabkan mereka mampu untuk menubuhkan kerajaan sendiri. 16 Ibid; hlm. 239. 17 Ibid; hlm. 240
Kemenangan yang diperolehi sebanyak 51 daripada 52 buah kerusi menyebabkan elit politik tempatan mampu unuk menjawat
jawatan
dalam kerajaan sendiri. Menurut Tunku Abdul Rahman, kemenangan yang diperolehi ini tidak mungkin diraih tanpa sokongan para pengundi. Sehubungan dengan itu, pada 22 Ogos 1955, iaitu sebulan selepas kemenangan dalam pilihanraya Persekutuan Tunku Abdul Rahman telah bertemu dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan Alan Lennox-Boyd.18 Antara salah satu daripada tujuh perkara penting yang diutarakan dalam Manifesto Parti Perikatan yang dikemukakan semasa Pilihanraya 1955 ialah kemerdekaan dalam masa empat tahun. Namun begitu, Parti Perikatan mendapati bahawa proses untuk menuju kemerdekaan itu sangat perlahan. Oleh yang demikian, dalam bulan Januari,
1956, rombongan
dari Tanah Melayu yang terdiri daripada
wakil-wakil para Raja dan menteri-Menteri Perikatan telah pergi ke London bagi mengadakan rundingan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan itu. Tarikh kemerdekaan telah diputuskan setelah persetujuan mengenai tarikh kerajaan dicapai, iaitu pada 31 0gos 1957. Walaupun pada mulanya British hanya ingin memberi tahap kerajaan sendiri penuh sahaja, Tunku Abdul Rahman tetap tegas dengan pendiriannya bahawa Tanah Melayu harus dimerdekakan pada 31 0gos 1957. Parti Perikatan tidak akan pulang ke 18 Ibid; hlm. 242
Kuala Lumpur selagi British tidak memberi persetujuan berkenaan tarikh kemerdekaan.
KESIMPULAN Pada hakikatnya, kemerdekaan yang diperoleh pada hari ini bukanlah mudah. kerana kemerdekaan yang dikecapi ini telah melalui proses yang berperingkat yang memperlihatkan kebangkitan kaum Melayu bagi menuntut hak untuk memerintah negara sendiri. Walaupun pada mulanya terdapat usaha-usaha daripada British untuk melambatkan kemerdekaan, namun Tunku Abdul Rahman tidak mahu akur dan tetap dengan pendiriannnya dalam menetapkan tarikh kemerdekaan seperti yang telah dirancang. Hal ini jelas menunjukkan kemerdekaan yang dikecapi bukanlah atas dasar kemahuan British, sebaliknya hasil daripada perjuangan yang bermula daripada penubuhan UMNO yang seterusnya mewujudkan Parti Perikatan. Parti Perikatan memainkan peranan yang besar terutamanya semasa perundingan kemerdekaan dengan pihak
British kerana
berjaya
mereka dalam mentadbir kerajaan sendiri.
membuktikan kemampuan
BIBLIOGRAFI 1) Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers, 1985. 2) Joseph M. Fernando, “Parti Perikatan dan Peranannya dalam Menuntut Kemerdekaan” dalam Zulkanain Abdul Rahman, Arba’iyah Mohd Noor dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Dastar Pendeta, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2012, hlm. 229-243. 3) Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors, 1974. 4) Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1998. 5) Julius Stone, “The Atlantic Charter”, The Australian Quarterly, Vol. 15, No. 3, 1943, hlm. 114-116. 6) James P. Ongkili, “British and Malayan Nationalis’ , 1946-195” Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 5, No. 2, 1974, hlm. 255277. 7) A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During the Malayan Union Experiment, “Pacific Affair”, Vol. 54, No. 2, 1981, hlm. 384-385.