SIAPAKAH GOLONGAN AJARAN AL-QURAN (MENOLAK HADITH)?
Oleh: Na'man Rawi Jamil Satu golongan baru umat Islam Malaysia telah timbul disebut sebagai golongan Ajaran AlQuran (MENOLAK HADITH) yang bererti golongan berpegang kepada al-Quran semata-mata dan menolak sunnah/hadith. Golongan ini muncul di beberapa buah negara seperti Indonesia, Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Iran dan khususnya dikebanyakan negara Arab. Arab. Golongan ini pernah disebut ulama Ibn Hazm abad 4-5 Hijrah dan beberapa ulama zaman moden m oden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusof alQardhawi. Golongan ini tidak disambut dengan ahlan wa sahlan, tetapi disambut dengan peringatan dan amaran bahaya oleh para ulama kepada umat Islam seluruhnya. Kemunculan golongan ini pernah diramalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith bermaksud: Ada orang yang berbaring di tempat tidur yang mewah m ewah dan berkata: "Antara kami dan kalian hanyalah kitab Allah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan dalam al-Quran, kita halalkan, dan apa yang diharamkan, kita haramkan. Sesunggahnya apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w., sama seperti yang diharamkan oleh Allah". (Diriwayatkanoleh Abu Daud dan Tarmizi). Ramalan hadith nabi terbukti benar. Golongan quranik telah muncul. Andainya golongan quranik ini tidak muncul, kemungkinan umat Islam dalam keraguan dan tidak mempercayai kebenaran hadith tersebut. Golongan menolak hadith yang tidak mahu mempercayai kebenaran ramalan hadith tersebut bererti mereka' tidak berada di jalan yang betul. Dan sememangnya tidak betul. Ertinya umat Islam bukan sahaja diwajib berpegang kepada alQuran, tetapi juga berpegang kepada sunnah/hadith. Menolak sunnah/hadith sama ertinya tidak beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanakah pandangan golongan menolak hadith terhadap ahli sunnah wal jamaah?. "....teori perundangan Islam Imam Shafi'e Shaf i'e (m.204/920) yang menjadikan hadith/sunnah sebagai satu sumber perundangan yang utama di samping Quran. Dengan diterimanya teori ini dan dijadikan pegangan kaum orthodox atau apa yang dikatakan di katakan ahli sunnah wal jamaah, maka perpecahan yang telah ditimbulkan oleh hadith di halalkan dan diinstitusikan dan hadith menggantikan serta menekan fikiran kreatif dalam Islam. Inilah puncanya fikiran kreatif merosot dan terus mati dalam masyarakat Islam...." Benarkah pandangan golongan menolak hadith di atas? Kenyataan bahawa teori perundangan Imam Shafiti Shafi ti yang menjadikan hadith/ sunnah sebagai sumber perundangan utama di samping alQuran bukanlah pandangan Kassim Ahmad, tetapi pandangan orientalis Schacht. (Lihat buku The Essentials of His Theory Were Created by Shafi'i). Orang pertama yang menentang golongan menolak hadith pada zamannya ialah Imam Syafie. Dalam satu diskusi atau perdebatan, beliau telah memberi pukulan TKO kepada golongan menolak hadith. Diskusi atau perdebatan itu boleh dilihat dalam buku AL-RISALAH dan AL-UM karya Imam Syafie Syaf ie sendiri. Kedua buah buku itu sudah ada terjemahannya dalam bahasa Malaysia. Natijah dari diskusi atau perdebatan itu: Orang Islam bukan sahaja wajib berpegang kepada alQuran, tetapi juga berpegang kepada sunnah/hadith. Golongan menolak hadith sudah tidak berdaya dan lumpuh. Tibalah zaman orientalisma. Mereka berusaha menghidupkan nyawa golongan quranik. quranik. Mereka membuat kajian, kritikan dan menulis menuli s buku-buku bertujuan merosakkan sunnah/hadith khususnya, khususnya, agar umat Islam tidak m empercayai
dan meninggalkannya. Kita lihat tulisan tul isan Seyyed Hossein Nasr: "... satu serangan hebat telah dibuat dalam tahun-tahun kebelakangan ini oleh satu mazhab orientalis yang berpengaruh. Tidak ada satu serangan yang lebih ganas dan jahat yang boleh dibuat terhadap Islam selain daripada ini, yang mencantas asas-asas asas-asas Islam itu sendiri dengan kesan yang lebih berbahaya daripada jika j ika satu serangan fizikal dibuat terhadap Islam". (Lihat buku Ideal And Realities of Islam). Tetapi golongan menolak hadith menjawab: menj awab: "Saya fikir tidak perlu takut kepada apa-apa kritikan yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana orientalis barat terhadap mana-mana aspek Islam. Ketakutan kepada kritikan bermakna kita sendiri tidak yakin kepada kebenaran kita". Tulisan Kassim Ahmad dalam bukunya "Hadith: Satu Penilaian Semula": Masalahnya .... Bukan takut kepada kritikan. Jika kritikan, kriti kan, kajian atau buku oleh golongan orientalis bersifat salah faham, para sarjana dan ulama Islam bersedia menjawab atau memperbetulkan. Mereka tidak kekurangan dalam hal ini. Jika kritikan, kajian atau buku para orientalis mengandungi racun yang merbahaya, maka padahnya akan menimpa umat Islam. lnilah yang perlu dihindari dan berhati-hati.... Kita ambil contoh apa yang berlaku kepada Dr. Ahmad Amin (penulis buku Fajar Islam yang telah diterjemahkan ke bahasa Malaysia). Beliau bercadang mengkritik buku-buku Schacht sebagai tema tesisnya. Tetapi permohonan beliau ditolak. Malah beliau diminta di minta supaya tema tersebut disesuaikan dengan pemikiran Schacht. Beliau berasa kecewa dengan sikap universiti London. Kemudian beliau beralih kepada univ ersiti Cambridge. Beliau mengemukakan tesis yang sama. Tetapi tesis beliau j uga ditolak. Mereka menasihatkan beliau supaya tidak mengkritik buku-buku Schacht. Akhirnya beliau menukar tesisnya kepada tema baru berjudul "Kriteria Penelitian Hadith Menurut Ahli Hadith". Tesis ini diterima. Akhirnya beliau mendapat diploma kedoktoran dan kembali menjadi Pengetua di Fakulti Syariat, Universiti Damsyik. Demikianlah kita melihat bagaimana Dr. Ahmad Amin menjadi mangsa golongan orientalis. Selain nama beliau terdapat beberapa nama lai n yang terkenal menjadi mangsa m angsa pengajian golongan orientalis, khususnya Goldziher, seperti nama-nama Dr. Ali Hassan Abdul Kadir, Mahmud Abu Rayyah dan lain-lainnya. Sekarang kita beralih kepada Dr. Kassim Ahmad. Ketua golongan quranik Malaysia. Buku beliau "Hadith: Satu Penilaian Semula" dapatkah dikatakan sebagai karya asli atau karya ilm iah? Kesan sesudah sesudah membacanya lebih banyak m enimbulkan kekeliruan daripada memberi mem beri keyakinan. Buku beliau tidak lebih memperkukuhkan tesis tema Dr.Rasyad Khalifa untuk membuktikan bahawa sunnah/hadith sunnah/hadith adalah satu ajaran palsu. Hanya al-Quran kitab yang sempurna, lengkap dan tidak memerlukan kitab-kitab lain. Ini tidak bererti sunnah/hadith ditolak. Sunnah/hadith boleh diterima asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran. Satu kesimpulan kontradiksi yang membingungkan. Inikah yang dikatakan kajian berdasar ilmiah menurut kaedah Islam? Inikah yang dikatakan kebenaran ajaran Ilahi? Siapakah Dr. Rasyad Khalifa? Beliau bukan seorang sarjana Islam, tetapi seorang penganut agama Bahai. Agama Bahai adalah di luar agama Islam. Beliau telah melantik dirinya sebagai nabi dan rasul. Akhirnya beliau
mati dalam satu pembunuhan yang hina dan penuh misteri. Inilah golongan menolak hadith. (Dakwah Ogos 1995)