MASTIKA HADITH
Muqaddimah Bab: 1 Tajuk: SEBENAR-BENAR PERKATAAN DAN SEBAIK-BAIK JALAN PIMPINAN Firman Allah Taala, maksudnya: " .. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? " (87, An-Nisa'). "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur'an" (23, Al-Zumar). " .. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tetap memimpin ke jalan yang lurus." (52, Al-Syura). "Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa hidayat pertunjuk dan agama yang benar (Agama Islam) (28, Al-Fath).
Hadis Pertama
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ نَ َ خَ ذاَ ِ إَ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ ِ ْ ِ ِ َ ْ َ -1 َ ِ ْ َ لَ َ ِ ﱠﷲِ ْ ُ ُ ﱠَ ْ َ رُ ِ ْ َ تْ ﱠ َ ا ْ ُ ﱠ َ ﱠ َ ﱠ َ ُ ُ ُ ْ واَ ُ ُ ْ َ ْ ا َ لُ ُ َ ش َ َ ﱠ َ ا َ َ َ وَ ُه ْ ٍ ْ ِ ُ لُ ُ َ وَ ْ ﱠ َ ْ ُ ا ُ ﱠ َ وَ ُ ُ ْ َ َ ْ ِ إَ ْ َ نُ ُ ْ َ وَ ِ ْ َ َ َ ُ ﱠ ا ﱠ ْ وا ﱠَ ََ أ ْ ْواَ ِ ﱠ َ ﱠ ﱠ ا ِ َ ا رِ ُ ُْ اﱡ َ وَ ٍ ﱠ َ ُ ىَ ُى ھَ ُ ا ْ اُ ْ خَ وَ ِب ﱠﷲ ْ اَ ْ خَ ﱠنِ َ ُ ْ َ ﱠَل أُ ُ َ وَ ُ َ ِ ِ ِ َ ا ً َ كَ َ َ ْ َ ِ ِ ْ َ ْ ِ ٍ ِ ْ ُ ﱢ ُ ِ َوْ َ أ ََل أُ ُ َ ﱠ ُ ٌ ََ َ ُ َ َ ْ ُ َ ٍ َ ْ ِ ﱡ ُ وَ َ َ وَ ﱠ َِ َ و) . ﱠ ً َ ً ْ دَ كَ َ َ ْ َ وَ ِ ِھْ َِ َ (هو َ وْ َ أ ْ 1- Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya". (Muslim dan Lain-lainnya). Lain-lainnya).
Hadis yang pertama ini mengandungi tentang: (1) Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato. (2) Masa baginda diutus oleh Allah Taala dan saat berlakunya qiamat. (3) Kitab Allah ialah sebenar-benar perkataan dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w ialah sebaik-baik jalan pimpinan. (4) Perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama adalah seburuk-buruk perkara. (5) Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang mukmin.
Hurainnya: Pertama - Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato:
Tabligh (tugas menyampaikan perintah-perintah agama) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah s.a.w, manakala pidato adalah salah satu cara bagi Baginda menjalankan menjalankan tugas tabligh. Dengan jalan pidato, Rasulullah s.a.w menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya. Semasa berpidato, tergambar pada anggota-anggota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikannya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, seperti berlakunya qiamat. Baginda melafazkannya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera, tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang yang akan datang menyerbu entah pada waktu pagi dan petang. Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum, kerana segala gerakan dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.
Kedua - Masa Baginda diutus dan saat berlakunya qiamat:
Meskipun masa berlakunya hari qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah s.a.w telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya qiamat itu telah hampir. Baginda membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya qiamat, tidak ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku qiamat dengan masa Rasulullah s.a.w diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.
Ketiga - Kitab Allah Adalah Sebenar-benar Perkataan:
Benar bererti tepatnya sesuatu yang disebut dengan keadaannya yang sebenar. Ketetapan itu ialah apabila yang menyebut itu mempunyai pengetahuan yang luas meliputi segala hal keadaan yang dinyatakannya; pengetahuan yang sedemikian tidak dipunyai melainkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Kitab Allah, kitab suci Al-Qur'an Al-Karim, Al-Karim, antara lain mengandungi kisah-kisah kejadian kejadian yang berlaku, sama ada yang berlaku sebelum daripada masa turunnya, semenjak zaman purba ataupun yang berlaku kemudian daripada masa turunnya hingga hari qiamat. Mengenai perkara-perkara yang telah berlaku, Al-Qur'an Al-Karim telah menceritakan dalam keadaan yang terbuka kepada segala lapisan masyarakat dan apa yang telah diceritakannya itu tidak ada sesiapapun yang menentangnya, dari golongan ahli pengetahuan yang jujur. Demikian juga, mengenai perkara-perkara perkara-perkara yang akan datang, Al-Qur'an telahpun telahpun menceritakannya dan di antaranya ada yang telah berlaku menjadi kenyataan sebagaimana yang telah diceritakannya dan setengahnya yang lain lahir ke alam nyata melalui kajian-kajian sains. Ini adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kisah da kejadian-kejadian yang disebut dalam kitab Allah itu adalah benar, maka demikianlah pula mengenai bahagian-bahagian bahagian-bahagian yang lain, seperti bahagian hukum, bahagian pengajaran dan seterusnya adalah semuanya benar belaka. Kitab Allah adalah sebenar-benar perkataan, kerana ilmu Allah itu adalah meliputi segala-galanya.
Pimpinan Rasulullah s.a.w.:
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk memimpin memimpin umat manusia ke jalan yang benar, yang boleh menyampaikan kepada matlamat kebahagiaan sejati. Jalan pimpinan Baginda adalah sebaik-baik jalan pimpinan kerana pimpinan baginda adalah dengan panduan wahyu melalui malaikat yang diutus oleh Allah Azza wa Jalla pencipta seluruh alam.
Dalam buku-buku karangan mengenai pimpinan-pimpinan dunia yang masyhur, terdapat Nabi Muhammad s.a.w disebut dari jumlah mereka. Ya, sungguh benar, Baginda termasuk dalam jumlah pemimpin-pemimpin pemimpin-pemimpin dunia yang terkenal, tetapi yang lebih benarnya ialah pimpinan Rasulullah s.a.w tidak boleh ditandingi dengan pemimpin pemimpin dunia yang lain, yang dalam hal memimpin rakyat, rakyat, mereka hanya berpandu kepada fikiran masingmasingmasing yang sangat terbatas, dalam keadaan dan masa yang terbatas.
Keempat - Perkara-perkara Baharu yang diada-adakan dalam Agama:
Dimaksudkan dengan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama itu ialah perkara-perkara yang menyalahi dengan maksud isi kandungan Kitab Kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w, Aathar Aathar sahabat dan Ijma Ulama. Perkara-perkara baharu yang demikian itulah dia bid'ah yang merupakan jalan baharu yang menyeleweng dari jalan yang sebenar, maka sudah tentu tidak akan sampai kepada matlamat kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan yang memang dikehendaki ini bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini semata-mata, bahkan yang terutama sekali ialah kebahagiaan di akhirat kelak dan jalan ke akhirat itu tidak sesiapa yang mengetahuinya dan tidak akan berhasil dengan cara diagak-agak dan direka-reka sendiri oleh sesiapapun. Dengan sebab itu maka perkara-perkara yang menyalahi itu sudah tentu membawa bahaya yang besar dan balasan yang seburuk-buruknya.
Kelima - Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Mukmin:
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menjaga keadaan diri sendiri lebih dari orang-orang lain, tetapi Rasulullah s.a.w berhak menjaga keadaan setiap orang mukmin lebih daripada orang mukmin itu menjaga diri sendiri.
Dengan sifat seorang pemimpin negara dan pemimpin pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah Subhanahu Subhanahu wa Taala, Baginda mencurahkan segala daya daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat di dunia dan di akhirat, jauh sekali Baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan dan tidak sekali-kali Baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri. Di antara cara-cara Baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan Baginda menjaga orangorang yang kehilangan tempat bergantung dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan harta benda.
Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w.
ﱠَ ِل ﱠﷲِ ُ رَ ْ ِ ُ ْ ُ لَ َ وٍ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ ُ ْ َ ْ َ -2 ُ ُ ْ َ ْ َء أٍ ْ َ ﱠ ُ ُ ُ ْ َ أ ْ َ َ َ ُ َ ْ ِ َ َ ُﱠﷲ لُ ُ رَ وَ ُ ُ ُ ْ َ ْ َ ءٍ ْ َ ﱠ ُ ٌ ْ َ ُ ِ ُ رِ ُ أَ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ُ ُ ْ ََا أ ُ َ وَ ش ﱠَ ِﱠﷲ َ َ ُ ﱠﷲ ُ ْ َ ْ َ َ ﱢ ب ْ اْ َ ﱢواَ ْ ا ِ ُ ﱠ َ َ َ ٌ َ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ َ ا َ َ ا ِ َ ِ ا ِ ﱠَ ِل ﱠﷲِ ُ َ ِ َ ِذَ ت َ َ ُ ﱠﷲ ُ ْ َ َ َ ْ ُ ِ َ َ وْ َ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ُ ِ ْ ْ ُ ا ْ ل اَ َ َ ِ ِ َِإ ِ ُ ْ ِ جُ ُ ْ َ )أ. ﱞ َ ﱠِإ ُ َ هِ ِ َ ِ ِ ْ َ يِ ا اﱠَ َ ( داودأ 2 - Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? " Setelah itu aku pun berhenti berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar. "
(Abu Daud) Hadis yang kedua ini menerangkan bahawa: (1) Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda. (2) Baginda mengizinkan supaya Hadis-hadis ini ditulis. (3) Segala yang disampaikan oleh Baginda adalah benar. (4) Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah anggapan yang tidak berasas. Huraiannya:
Pertama - Penulisan Hadis-hadis Nabi.
Rasulullah s.a.w. diutus oleh Allah Taala membawa syariat Islam kepada seluruh umat manusia, Baginda adalah sebagai seorang mahaguru yang diberi tugas mengajar, maka segala yang terbit dari Baginda, sama ada
perkataannya atau perbuatannya atau pun taqrirnya (ketiadaan larangannya) mengenai perkara-perkara syariat adalah semuanya berupa pelajaran dan tiap-tiap pelajaran itu ada sahaja orang yang menerimanya. Sebahagian besar dari sahabat-sahabat Baginda menerima hadis-hadis itu dengan menghafaznya dalam dada masing-masing. Dalam pada itu ada juga sahabat-sahabat yang pandai menulis, mereka tulis hadis-hadis itu setelah menerimanya dan Baginda. Tetapi Tetapi walau bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat sahabat-sahabat Nabi, cara menghafaz hadis-hadis itu lebih teguh dari cara menulisnya, dan lebih terkawal dari kesilapan, kerana tabiat semula jadi orang-orang Arab itu kuat ingatan, tambahan pula mereka bersifat adil disebabkan kekuatan imannya. Dari usaha sahabat-sahabat Baginda dalam hal penulisan hadis-hadis itu, maka banyaklah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang telah terkumpul dalam tulisan pada masa hayat Baginda. Mengenal masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda sila lihat lampiran (A).
Kedua - Baginda mengizinkan supaya hadis-hadisnya ditulis.
Penulisan hadis-hadis Rasulullah Rasulullah s.a.w. itu bukanlah dilakukan oleh sahabat-sahabat sahabat-sahabat Baginda secara rahsia, tetapi dilakukan setelah mereka mendapat kebenaran dari Baginda. Sahabat-sahabat Nabi dengan sifat keadilan mereka, tidak melakukan sesuatu perkara yang berhubung dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. khasnya dan dengan perkara perkara agama amnya, dengan tidak mendapat kebenaran dari Baginda.
Ketiga - Segala yang disampaikan oleh Baginda dari Allah Taala tetap benar.
Apa juga yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak harus diragu-ragukan, kerana semuanya benar dan wajib diturut serta dijadikan pelajaran oleh pihak-pihak yang berkenaan. Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifatnya seorang Rasul yang telah dipilih dipilih oleh Allah Taala untuk menyampaikan hukum-hukum hukum-hukum Islam kepada umat manusia, sudah tentu dipeliharanya dari perkara-perkara perkara-perkara yang boleh menghalangi tugasnya dan yang boleh merosakkan apa yang hendak disampaikannya itu.
Keempat - Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah tidak benar.
Ada anggapan - dari pihak musuh-musuh Islam - bahawa apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. itu tak boleh dipegang dan tak boleh ditulis semuanya, kerana Baginda, kata mereka, ada sifat-sifat yang boleh jadi tidak mesti betul segala yang diterangkan, seperti perasaan perasaan marah dan perasaan suka, sedang perasaan-perasaan ini kerap kali dapat mempengaruhi jiwa seseorang hingga tergelincir dari jalan yang betul. Anggapan yang demikian telah timbul pada masa hayat Baginda lagi, dan Baginda sendiri telah menerangkan tentang salahnya anggapan itu, dengan menyuruh menulis apa yang Baginda sampaikan. Anggapan yang nyata salahnya itu adalah secara langsung menyentuh kedudukan kerasulan Baginda, kerana sebarang keraguan tentang kebenaran kata-kata yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. bermakna raguragu terhadap kerasulan Baginda. Ada juga anggapan bahawa kesilapan berlaku pada penyampaian Rasulullah s.a.w. dengan alasan Baginda pernah lupa. Benar, Baginda pernah lupa, tetapi dengan itu tidak boleh difaham bahawa Baginda boleh berlaku lupa pada segala perkara yang hendak disampaikannya. Lupa yang pernah terjadi ialah lupa yang diperintahkan Baginda melakukannya untuk menimbulkan sesuatu hukum, seperti lupa Baginda dalam sembahyang dari membaca "Tahiyyat Awal" lalu menerbitkan hukum "Sujud Sahwi" secara amali.
Sayugia diingat, bahawa perkara yang tidak harus Rasulullah s.a.w. berlaku silap padanya ialah perkara-perkara yang dibawanya dari Allah Taala. Taala. Ada pun perkara-perkara keduniaan, atau pun perkara-perkara kehidupan seharihari, boleh jadi Baginda berlaku silap padanya dan boleh jadi Baginda tidak mengetahuinya, sebagaimana Baginda sendiri pernah bersabda, maksudnya: "Kamu lebih mengetahui mengenai perkara-perkara keduniaan kamu." "Perkara-perkara keduniaan" itu ialah perkara-perkara yang dapat diketahui oleh manusia dengan kajian sendiri, dengan tidak berdasarkan wahyu. Mengenai perkara-perkara perkara-perkara yang demikian, terpulanglah kepada seseorang membuat kajian sendiri, atau mempelajari sendiri dengan apa cara dan sejauh mana pun, asalkan tidak bertentang dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam yang telah sabit. Tentang sabda Baginda: "Kamu lebih mengetahui mengenal perkara perkara keduniaan kamu" itu - maka itu adalah untuk mengajar manusia bahawa apa yang mereka gunakan dan cara-cara perusahaan dan alatalat pertukangan terserahlah kepada pengetahuan dan pengalaman mereka, dan Tuhan tidak menyekat atau melarang mereka menjalankannya selagi hukum-hukum syarak tidak dilanggar, dan akhlak yang mulia dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Tugas Rasulullah s.a.w. tidaklah seperti tugas guru-guru sekolah dan pakar-pakar perusahaan dan perindustrian. Rasulullah s.a.w. diutuskan bukan untuk mengajar satu persatu mengenal ilmu pengetahuan yang berhubung dengan cara-cara mengambil faedah dan alam langit dan bumi serta segala isinya isinya untuk kehidupan dunia. Kalau terdapat dalam apa yang disampaikan mengenai yang demikian maka itu hanyalah untuk dijadikan bukti yang menunjukkan wujudnya Allah Taala dan kekuasaanNya serta kebijaksanaan dan kemurahanNya. Ada pun ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan angkasa lepas meliputi matahari, matahari, bulan dan bintang; dan yang berhubung dengan bumi dan khazanah-khazanah yang terpendam di dalamnya; demikian juga ilmu pengetahuan yang bersabit dengan pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya, maka semuanya itu tidaklah termasuk dalam tugas Rasulullah s.a.w. untuk menerangkan satu persatu bahkan terserahlah kepada manusia mencari dan menyelidiknya, kerana Tuhan telah jadikan manusia berakal fikiran serta memberikannya tenaga dan usaha ikhtiar untuk mencapai pengetahuan dan kepandaian bagi mendapat kesempurnaan hidupnya.
Lampiran (A): Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:
Mengenai masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda, ada beberapa hadis yang melarang menulisnya, dan ada pula beberapa hadis yang mengizinkan. Di antara hadis-hadis yang melarang itu ialah: Pertama - Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu menulis (hadis-hadis) dariku dan (dengan yang demikian) sesiapa yang telah menulis dariku selain dari Al-Qur'an, maka hendaklah ia memadamnya .." Kedua - Hadis dari Abu Said Al-Khudri juga, katanya: (Pada suatu hari) kami sedang duduk menulis apa yang kami dengar dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda keluar mendapatkan kami sambil bertanya: "Apa yang kamu tulis itu?" Kami menjawab: "(Kami menulis) Apa yang telah telah kami dengar dari Rasulullah". (Mendengar jawapan kami itu) itu) Baginda bersabda, maksudnya: "Patutkah kamu menulis (sesuatu yang lain) bersama-sama dengan kitab Allah (AlQur'an)? Tulislah kitab Allah itu sahaja dan bersihkanlah dia (dari yang lainnya)." Maka kami pun mengumpulkan (hadis-hadis Nabi) yang telah kami tulis itu pada satu tanah lapang, kemudian kami membakarnya. Setelah Setelah itu kami kami bertanya kepada Baginda dengan berkata: berkata: "Ya Rasulullah! bolehkah kami menyampaikan hadis-hadis yang kami dengar dari tuan kepada orang lain?" "boleh" jawab Baginda.
Di antara hadis-hadis yang mengizinkan pula ialah: Pertama - Hadis (Nombor 2) yang tersebut dalam bab ini. Kedua - Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. beroleh limpah kurnia Allah menguasai tanah suci Makkah al-Mukaramah, tampillah tampillah Baginda berpidato kepada orang ramai .. lalu bangun Abu Shah sambil berkata: "Bolehkah tuan (membenarkan sesiapa) menulis untukku (apa yang tuan sabdakan itu) Ya Rasulullah? Rasulullah? " Baginda menjawab, maksudnya: "Tulislah "Tulislah kamu untuk Abu Shah." Pendapat Sahabat-sahabat Nabi:
Dengan adanya hadis-hadis yang melarang dan mengizinkan itu, maka sahabat-sahabat Nabi tidak sekata mengenai masalah penulisan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., tetapi kebanyakannya mengharuskan dan telah pun menulisnya.
Pendapat Alim Ulama':
Alim Ulama' dan Ahli Hadis telah menyesuaikan di antara hadis-hadis yang melarang dan yang mengizinkan penulisan hadis-hadis Nabi itu dengan beberapa cara dan alasan: Pertama - Larangan itu adalah khas mengenai waktu turunnya Al-Qur'an kerana dibimbangkan Al-Qur'an akan bercampur baur dengan yang lainnya, dan hadis-hadis yang mengizinkan itu pula adalah untuk keadaan yang tidak dibimbangkan. Kedua - Larangan itu adalah khas mengenal penulisan hadis bersama-sama bersama-sama Al-Qur'an pada satu lembaran, kerana biasanya mereka mendengar hadis yang mentafsirkan sesuatu ayat Qur'an maka dengan itu harus mereka akan terlangsung menulisnya bersama-sama kandungan ayat itu, lalu mereka dilarang dari melakukan yang demikian kerana ditakuti kesamaran. Tentang hadis-hadis yang mengizinkan pula maka itu hanyalah untuk ditulis dalam lembaran yang berasingan yang tidak mengandungi sesuatu dari Al-Qur'an. Ketiga - Bahawa larangan itu adalah khas mengenai penulisan Wahyu (Al-Qur'an) (Al-Qur'an) yang biasanya mereka tulis dalam lembaran-lembaran surat untuk disimpan di rumah Nabi s.a.w.; oleh itu, kalaulah mereka diharuskan menulis hadis nescaya Al-Qur'an akan bercampur baur dengan yang lainnya. Tetapi selain dari itu adalah diizinkan. Keempat - Bahawa larangan itu adalah bagi orang yang dipercayai terselamat dari lupa, dan dipercayai tentang kekuatan ingatannya menghafaz apa yang didengarnya, serta ditakuti ia akan bergantung bulat-bulat kepada tulisan apabila ia menulis. Sebaliknya diizinkan bagi orang yang ditakuti ditakuti lupanya. Kelima - Hadis-hadis larangan itu mungkin sebahagian dari hadis-hadis yang dimansuhkan oleh hadis-hadis yang lain; boleh jadi p ada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang menulis sabda-sabdanya, kemudian Baginda memandang patut ditulis kerana diketahui bahawa hadis-hadis makin sehari bertambah jumlahnya dan tak dapat dihafaz
Bab: 2 Tajuk: WAJIB BERPEGANG TEGUH KEPADA KITAB ALLAH DAN MENGIKUT JALAN PIMPINAN
RASULULLAH S.A.W. Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (103, Ali-Imran). ".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).
Hadis Ketiga
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَأ ُ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ب ِ ْ ُ َ ِ :لَ َ َ ِ رَ َ َ رْ َ أِ ْ ِ ْ زَ ْ َ -3 َ َ نَ َ َ نَ ْ َ َ ُ ھﱠ َ وَ ﱠ َ ِﱠﷲ َ ُ َ َ َ ْ َ وَ ىَ ُ ا ْ ا َ ُ َ َ ا ا ﱠْ َ ِ ﱠﷲُ . ٍ ََ َ () 3 - Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Muslim) Hadis yang ketiga ini mengandungi: (1) Kitab Allah ialah jalan perhubungan seseorang dengan Allah. (2) Nasib seseorang bergantung kepada mengikut atau tidaknya akan kitab Allah. Huraiannya: Pertama - Kitab Allah Al-Qur'an Al-Karim: Allah S.W.T. Tuhan pencipta alam seluruhnya dan pencipta manusia khasnya. Manusia tidaklah seperti keadaan kayu dan batu, dan tidaklah seperti keadaan haiwan-haiwan yang lain, tetapi manusia adalah sejenis makhluk yang kejadiannya tersusun dari jasmani dan rohani, serta berkeadaan dengan sifat-sifat istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk makhluk-makhluk yang lain. Oleh itu maka tak patut manusia hanya tinggal manusia, tidak lebih dari itu, bahkan wajiblah ada perhubungannya dengan Allah penciptanya; maka jalan perhubungan seseorang dengan Allah itu tidak lain melainkan Al-Qur'an al-Karim. Di dalam Al-Qur'an ada keterangan-keterangan, ada tunjuk ajar untuk seseorang mencapai keselamatan; ada yang berupa suruhan, ada yang yang berupa larangan, sama ada dalam bahagian ibadat, mahu pun dalam bahagian bidang-bidang kehidupan, yang wajib wajib dipatuhi, di mana seseorang itu berada dan dalam zaman mana ia hidup, hingga hari kiamat. ltulah sebabnya Al-Qur'an itu disifatkan dengan "Tali Allah" yang teguh kukuh, sesiapa yang berpegang dengannya selamatlah dia, dan sesiapa yang mencuaikannya binasalah dia.
Kedua - Nasib seseorang dalam alam kehidupan: Perkara nasib sentiasa dipersoalkan oleh setiap orang dalam dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam zaman sains dan teknologi mi. Mereka berusaha, mereka bertindak dengan tujuan membaiki dan membela nasibnya. Tetapi walau bagaimanapun, nasib yang mereka maksudkan itu tidak lebih dari nasib dalam kehidupan dunia sahaja, katalah tentang senang atau susah, susah, atau lain-lain lagi; semuanya semuanya setakat dalam dunia, dengan tidak memandang kepada akhirat - alam kesudahan masing-masing; dan semuanya mengikut ukuran lahir semata-mata dengan tidak memandang kepada nilaian akhlak dan peri kemanusiaan; maka dengan sebab itulah dalam berusaha untuk membaiki dan membela nasib kerapkali berlaku pencerobohan terhadap nasib orang lain, atau menyentuh maruah diri sendiri atau diri orang lain. Adapun nasib yang dimaksudkan oleh agama ialah nasib yang meliputi kehidupan kehidupan dunia dan akhirat sama, sedang manusia dengan fikirannya sendiri hanya hanya dapat mengetahui perkara jasmani dalam dunia ini, itupun kadarnya sangat terbatas; pada hal hakikat manusia bukanlah jasmani jasmani sahaja bahkan jasmani dan rohani sama; maka manusia walaupun seberapa bijak fikiran mereka tak dapat mengetahui dengan sahnya perkara rohani itu, lebih-lebih lagi perkara alam akhirat. Dengan yang demikian, maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, wajiblah seseorang itu menurut ajaran kitab Allah dan menjauhkan diri dan segala larangannya.
Hadis Keempat
ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَأ ُ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ُ ْ َ َ لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ِ رَ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -4 ﱡِ َ ْ َ ِ ْ َ ْ َ أْ ُ ِ ِ ﱢ ِ َ َ ُ ﱠ ُ وَ ِب ﱠﷲَ َ ِ ( ما )ا. ﱢ َ ِ ِ ْ ُ ﱠ ْ ﱠ َ َ َ ا 4 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.). (Imam Malik). Hadis yang keempat ini mengandungi: (1) Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w. yang k ekal abadi. (2) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia. Huraiannya: Pertama - Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w.: Baginda tidak meninggalkan harta benda yang menjadi pusaka kepada waris-warisnya. waris-warisnya. Sebagai seorang Rasul, Baginda diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila lalu masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang kemudian, kecuali satu mukjizat yang kekal hingga ke hari kiamat, yang lebih berguna dari harta benda, bukan sahaja untuk waris-warisnya waris-warisnya bahkan untuk umat manusia seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.
Peninggalannya itu ialah "Kitab Allah Al-Qur'an" yang diwahyukan kepadanya dan "Sunnah"nya yang meliputi, perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya). Kedua - Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia: Jaminan keselamatan yang diberi melalui "Kitab Allah" dan "Sunnah RasulNya itu ialah dengan jalan tiap-tiap seorang mengamalkan sendiri segala ajaran keduanya, menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mengharamkan apa yang diharamkannya; bukan dengan jalan menyimpan keduanya di rumah untuk diambil berkat sahaja, bukan dengan jalan dibaca dengan tujuan yang lain daripada mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla dan bukan pula dengan cara menumpang amalan orang lain, walau pun di antara anak dengan ayah, atau di antara isteri dengan suami; tidaklah seperti keadaan keselamatan dalam alam nyata nyata ini, yang biasanya seseorang yang lebih kuasanya boleh memberi perlindungan selamat kepada orang lain yang ia kehendaki. Usaha untuk mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w.
Hadis Kelima
ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ َ َ َ وَ لَ َ َ َ رِ َ ِ ْ ض َ َ ُ ﱠﷲ َ ْ َ ً ْ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ْ اْ َ -5 ِ َ ْ ِ ا ْ ِ ْ ْ ِ ْ َ رَ ذَ ً َ ِ ْ َ ةِ اَ َ ا َ ِ وَ وَ نُ ُ َ َِ ً ﱠنِ إٌ ُ رَ لَ َ َ ب ْ ا َ ُ ُ ا ْ ا َ ْة اِ َ ُ ُُ ا َ ُ و َ ِ ْ َ هِ ِ َھ وا ﱠَ ِى ﱠﷲَ ْ َ ِ ْ ْ ا َ ْ َِ إُ ْ َ ْ َ ذاَ َ َ عٍ ﱢدَ ُ ُ ِ وُل أَ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ ْ ِ ﱠ وا ﱠَ ْ ِ ش ُ ﱠِوإَ ا ْ ِ َ ْ َ ُ ﱠِ َ ﱞ ِ َ َ ٌ ْ َ نْ ِوإَ ِ ت ً ِ َ ً َ ِ خْ ى اَ َ ْ ُ َ ا ِ َ َ ْ ُ وَ ْ ﱠ ْ ِ َ ِذَ كَ رَ دْ َ أْ َ َ ٌ ََ َ ُ ا َ َ َ ْ ُ ِ اا ء ا ﱠِ َ ْا ِ ُ ﱠ ُ وَ ِ ُ ﱠ ُ ِ ْ ِ ْ َ ﱠِ َ رِ ُ ُْ ا َ ِ ا َ ﱠ ِ ْ َ َ ا )ا.ِ ا ِ اَ َ ْ ﱡ َ ﱢ ْا (يا َ ﱢِ ْ َ ا ُ ﱠِوإَ " : داودأ ٍ َ ْ ِ ﱠ ُ وَ ، ٌ َ ْ ِ ٍ َ َ ْ ُ ﱠ ُ ﱠنِ َ ،رِ ُ ُْ ت ا أو و ِ َ َ ْ ُ وَ ْ ﱠ ." ٌ ََ َ 5 - Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh, dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam mendalam dan berkesan, yang menjadikan (Pendengar-pendengarnya) (Pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami): "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami Ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah, dan mendengar serta serta taat kepada (pemerintah (pemerintah kamu) sekalipun ia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya." (Tirmizi)
Menurut hadis Abu Daud, (Baginda bersabda): "Dan berjaga-jagalah berjaga-jagalah kamu! Jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara yang diada-adakan) itu bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat. " Hadis yang kelima ini mengandungi: (1) Rasulullah s.a.w. seorang ahli pidato yang amat bijaksana. (2) Dalam pidato-pidatonya, kerapkali Baginda berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah. (3) Orang-orang Islam diwajibkan taat kepada pemerintah dengan tidak memandang kepada asal keturunannya. (4) Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam. (5) Jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al Rashidin hendaklah sentiasa dijadikan pedoman. Huraiannya: Pertama - Rasulullah s.a.w. Seorang Ahli Pidato Yang Amat Bijaksana: Sebagai seorang Rasul yang terpilih, yang sentiasa mendapat pimpinan dari Allah Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril Jibril (a.s.), sudah tentu nasihat-nasihat dan pengajaran Baginda memberi kesan yang sangat-sangat mendalam dan mempengaruhi pendengar-pendengarnya, pendengar-pendengarnya, sehingga hati yang keras menjadi lembut, lembut, yang pengecut menjadi berani, dan yang cuai menjadi tekun, bertindak dengan bersungguh-sungguh. Kedua - Soal Taqwa: Dalam pidatonya, Baginda kerapkali berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah s.w.t. "Taqwa" ialah cara memelihara dan menjaga diri dan lain-lainnya kerana takut terkena sebarang perkara yang merosakkan atau yang mencacatkan. Kerosakan-kerosakan itu ada kalanya mengenal mengenal hidup di dunia, dan ada kalanya mengenai hidup di akhirat. Bagi menjaga dan mengawal kerosakan atau kecacatan kecacatan hidup di dunia, hendaklah dipelajari ilmu ilmu pengetahuan yang berhubung dengan undang-undang kejadian alam serta diikuti dan dijalankan dengan sempurna. Misalnya bagi mencegah kekalahan dan kerosakan dalam perjuangan, perjuangan, hendaklah mengetahui cara-cara dan peraturan melawan musuh, serta menyediakan alat-alat alat-alat kelengkapan yang dikehendaki oleh keadaan dan zaman. Selain dan itu hendaklah pula disertakan dengan k ekuatan rohani iaitu bersatu hati, tetap dan tabah serta bertawakal kepada Allah Taala. Demikian juga, bagi menjaga kerosakan atau kecacatan hidup di akhirat, hendaklah mencegahnya dengan iman yang ikhlas, tauhid yang tulin, dan amal yang salih serta menjauhi segala yang bertentangan dengan semuanya itu, seperti bawaan syirik, perbuatan maksiat, dan akhlak yang memburukkan seseorang atau masyarakat. Pendeknya "Bertaqwa" ialah berusaha menjalankan sebab-sebab yang dijadikan Tuhan untuk mencapai musababnya - Seperti beriman dan beramal salih untuk mencapai nikmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak dan berusaha menurut jalan dan peraturan yang betul untuk mencapai kejayaan di dunia. Ketiga - Orang-orang Islam Islam diwajibkan taat kepada ketua, sekalipun ketua itu dari golongan golongan hamba abdi:
Seseorang ketua, dengan sifatnya pemegang teraju pemerintahan pemerintahan sesebuah negara, atau sesebuah masyarakat, masyarakat, atau sesebuah pejabat, atau lain-lainnya, wajib dipatuhi oleh set!p orang yang di bawah perintahnya, selagi tidak bercanggah dengan hukum-hukum hukum-hukum Islam, Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadis, yang maksudnya: maksudnya:
"Tidak harus mentaati seseorang makhluk dalam perkara melanggar perintah Tuhan". Patuh setia dan seluruh rakyat itu menjadikan segala urusan pemerintahan pemerintahan berjalan dengan baik, dapat memberikan hak-hak kepada tuan punya masing-masing masing-masing mengikut apa yang wajib. Kalau tidak, akan berlakulah berbagai-bagai huru-hara. Memandang kepada besarnya kepentingan taat setia setia terhadap ketua atau pemerintah, dan besarnya bencana ketiadaan taat setia itu maka Rasulullah s.a.w. wajibkan juga mematuhi walaupun ketua atau pemerintah itu dari golongan hamba abdi, sekiranya ia dengan ilmu pengetahuannya berpeluang menjadi ketua, pada hal ketua atau pemerintah itu - selain daripada ilmu pengetahuan yang melayakkannya - menurut dasar syarak hendaklah dari keturunan yang mu1ia. Keempat - Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam: Amaran yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. telah berlaku dan menjadi kenyataan. Orang-orang Islam telah pun mengalami perselisihan sesama sesama sendiri, sama ada dalam soal-soal i'tikad kepercayaan kepercayaan dan amal ibadat, mahu pun dalam soal-soal politik, sehingga menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini Kelima - Perlunya berpandu kepada jalan bawaan Rasulullah S.A.W. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Ar Rasyidin: Sebagaimana perlunya pedoman dalam perjalanan atau pelayaran untuk mengelakkan sesat barat, maka demikianlah pula perlunya berpandukan jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al-Rasyidin dalam bawaan hidup seseorang sehari-hari, lebih-lebih lagi pada masa berlakunya pertelingkahan. Setelah memberi amaran tentang berlakunya persengketaan dalam kalangan umatnya, Baginda iringi pula dengan pesanan supaya mereka sentiasa berpandukan kepada jalannya dan jalan khalifah-khalifahnya, serta melarang keras dari melakukan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama - dengan berdasarkan akal fikiran sematamata dan keinginan hawa nafsu - kerana buruk padahnya. Hadis Keenam
ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ وٍ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ َ َ ﱠ َ ِ ْ َ َ َ ﱠ َ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ ْ َ -6 ِ ْ ْ ِ نَ ﱠ ِ ِ ْ ا َ َ ََ أ ُ ﱠُ أ ََ أْ َ ْ ُ َ نْ ِ إ ﱠ َ ِ ْ و ا ﱠَ ْ َ َ ا ِ اَ ْ ِ إ ِ َ َ ِ ﱠُأ َ َ ْ ﱠ ْ َ وَ ِ ْ َ ْ ِ ْ َ ْ َ ِ ﱠُ أ ِ نَ ِ َ ﱠ َ َ َ ا ِ اَ ْ ِ إ ِ َ ﱠنِوإَ َ ِذَ ُ َ َ َ ً َ ِ َ َ َ ْ ﱠِ ﱠِر إِ ا ﱡُ ً ﱠِ ﱠِ َ َ ِ ﱠُق أُ ِ َ ْ َ وَ ً ْ َ وَ ث ْ َ وَ ا ُ َ ًةَ ا ِ واَ ً ا ﱠ ِ ْ ُ ِ َ ْ ٍ َ َ َ َ ََ أ ْ َوأَ ْ )ا. ِ َ ِ ْ َ لَ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ َ ھِ (يا َ َ ءُ اَ ھْ َْ اَ ِْ ْ ِ ِ رىَ َ َ مٌ اَ ْ َ أ ِ ﱠُ أْ ِ جُ ُ ْ َ َ ُ ﱠِوإَ :دةز داود زأ أو و ْ َ ا ْ ِ ْ َ ْ َ َ ِ ِ ْرى اَ َ َ َ . ُ َخَ دَ ﱠِ إٌ ُ َ ِ ِ ْ َ َوَ قٌ ْ ِ ُ ِ
6- Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah berpecah belah kepada tujuh puluh tiga tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabatsahabatku." (Tirmizi) Menurut hadis Abu Daud, ada tambahan, iaitu: "Dan sesungguhnya akan timbul timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-adakan bid'ah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada satu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya." menjalarinya." Hadis yang keenam ini mengandungi: Penegasan Rasulullah s.a.w. tentang perkara-perkara buruk yang akan berlaku dalam kalangan umatnya yang wajib dijauhi, supaya mereka tetap teguh menurut jalannya dan jalan sahabat-sahabatnya. Huraiannya: Perkara-perkara buruk yang diperingati oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. itu ialah: Pertama - Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajaran-ajaran Islam yang sebenar, seperti yang telah dilakukan oleh kaum Bani Israil. Baginda menyebutkan perihal kaum Bani Israil ini kerana penyelewengan mereka adalah seburuk-buruk contoh yang wajib dijauhi dan disingkirkan. Meskipun mereka pada mulanya diberikan berbagai nikmat nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada mereka kitabkitab suci, dan diutuskan kepada mereka beberapa banyak Nabi-nabi dan Rasul-rasul, Rasul-rasul, tetapi kebanyakan mereka tetap kufur ingkar, dan terus melakukan berbagai-bagai jenayah dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya. Mereka telah runtuh dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya. Mereka telah runtuh akhlaknya, hilang lenyap peri kemanusiaannya, dan berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dalam kepercayaan dan fahaman-fahamannya fahaman-fahamannya serta mengadakan berbagai-bagai helah untuk memutarbelitkan ajaran-ajaran dan hukumhukum agamanya. Merekalah juga yang telah menimbulkan dan mengembangkan berbagai-bagai isme atau fahaman, seperti fahaman komunis, fahaman kapitalis dan lain-lainnya yang merosakkan ketenteraman dan susunan masyarakat serta perekonomian negara-negara dunia yang dijalannya. Bahkan merekalah yang mengembangkan kebudayaan kuning yang lucah itu dan melanggar tata tertib dan kesopanan - melalui filemfilemnya, akhbar-akhbar dan majalah-majalahnya, fesyen-fesyen pakaiannya, dan kelab-kelab malamnya, sehingga berhaklah mereka dilaknat oleh Allah Taala di dalam kitab-kitab suciNya, dilaknat oleh malaikat-malaikatNya, malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNya, Rasul-rasulNya, dan seluruh umat manusia yang berperi kemanusiaan. Baginda juga pernah memberi ingat dengan tegasnya - sebagaimana yang tersebut dalam salah satu hadisnya: Bahawa umatnya akan terpengaruh dan menjadi pak turut dengan buta tuli kepada segala apa jua yang datangnya dari kaum Yahudi dan Nasrani. Baginda menyebutkan secara khusus kedua-dua kaum itu, kerana mereka, selain diberikan kitab-kitab dan diutuskan Rasul-rasul yang memimpin mereka, merekalah sahaja yang berpengaruh dan banyak angkaranya pada zaman Baginda. Kalau kaum-kaum yang diberikan kitab dan pimpinan itu diingatkan kita jangan terpengaruh kepada penyelewengannya, maka kaum-kaum yang tidak diberi kitab dan tidak pula menerima pimpinan, lebih-lebih lagi wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang mereka sogok-sogokkan kepada kita dari perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam kita seperti yang kita saksikan pada zaman kita ini - dari kaum-kaum Majusi, Komunis, Etheis Etheis dan lain-lainnya. lain-lainnya.
Apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai penyelewengan yang akan berlaku dalam kalangan umatnya itu telahpun berlaku dan menjadi kenyataan. Sebagaimana yang disaksikan sekarang ada di antara orangorang Islam yang suka meniru bulat-bulat apa yang datang dari orang-orang yang yang bukan Islam, meskipun perkara perkara yang ditiru itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam. Di antara perkara-perkara itu ialah perbuatan setengah perempuan-perempuan Islam yang - selain daripada tidak mematuhi perintah Al-Qur'an menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya - mereka pula membesarkan hiasan kepalanya dengan berbagai-bagai cara yang di antaranya menggunakan rambut-rambut palsu. Ada pula yang menghaluskan bulu keningnya. Ada juga yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah bertelanjang kerana nipisnya dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai dengan cara yang tidak sopan seperti lagak perempuan-perempuan perempuan-perempuan jahat. Ada pula di antara mereka yang memakai pakaian lelaki dan ada yang berlagak seperti lelaki, sedang segala perbuatan yang demikian adalah dikutuk oleh Islam. Islam. Selain dari itu, terdapat wanita-wanita yang rela dipamirkan badannya, yang menggunakan pakaian yang sempit dan singkat, mendedahkan aurat, sengaja memperlihatkan bentuk badan, dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan hukum dan kesopanan Islam. Ada pula di antaranya yang keluar dan rumahnya dengan menggunakan berbagai perhiasan yang menarik perhatian, dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir, serta memakai bau-bauan yang harum pada hal semuanya itu - seperti juga segala perhiasan yang lain - hanya ditentukan dan digalakkan oleh agama supaya dilakukan di rumah khasnya untuk suaminya. Wanita-wanita Wanita-wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang-orang lelaki yang menjadi mahramnya serta orang-orang yang tertentu, seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an al-Karim (Ayat 31, Surah Al-Nur). Demikian juga halnya perkara-perkara perkara-perkara buruk yang berlaku dalam kalangan kaum lelaki. Ada di antara orang-orang lelaki Islam yang telah hilang langsung perasaan cemburunya terhadap isterinya dan perempuan-perempuan yang di bawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir bersifat dengan sifat orang "Dayus" yang dikutuk oleh Islam dan diharamkan oleh Allah dari masuk syurga, seperti sikapnya membiarkan membiarkan isterinya atau perempuan-perempuan perempuan-perempuan yang di bawah jagaannya bebas keluar, bebas bercampur gaul dengan orang-orang lelaki yang bukan mahramnya, bebas dipeluk oleh lelaki asing dalam pesta-pesta tari menari, dan sebagainya. Ada pula lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan, dan yang memakai pakaian perempuan. Semuanya itu, sama ada yang dilakukan oleh kaum lelaki atau kaum perempuan adalah haram dan dikutuk sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadis-hadisnya, serta menyatakan balasan buruk masing-masing, sehingga ditegaskan ada di antara mereka yang melakukan perkara-perkara buruk itu, bukan sahaja tidak akan masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya, sedang bau syurga boleh didapati didapati dan jarak yang jauh. Kedua - Akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan agama, seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israil, pada h al perpecahan yang demikian bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, dan semua puak yang berpecah itu salah dan sesat belaka, kecuali satu sahaja, iaitu puak yang tetap menurut jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. dan bawaan sahabat-sahabatnya, dengan tidak mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng sedikit pun. Selain dan itu, menurut tambahan yang terdapat pada hadis Abu Daud yang tersebut, Baginda mengingatkan bahawa akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit hawa nafsu suka mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng dari jalan jalan yang sebenar, seperti menjalarnya bahaya penyakit penyakit anjing gila kepada mangsanya. Ingatan yang tegas dan jelas yang diberikan oleh Baginda itu, ialah supaya umatnya tetap menurut jalan pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya. sahabat-sahabatnya.
Bab: 3 Tajuk: AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH IALAH ISLAM Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya agama(1) yang diredhai Allah ialah Islam(2) ..." (19, Ali Imran). "Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .." (85, Ali Imran). _________________________
(1) Agama: Ialah undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia mendapat - dengan sebabnya - nikmat yang sebenar dan kebahagiaan yang kekal. (2) Islam: Dipakai dengan erti: Pertama - Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 19, surah Ali Imran. Kedua - Hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 85, Surah Ali Imran. Ketiga - Agama yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang tersebut pada Ayat 3, Surah Al-Maidah, yang maksudnya: "Dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."
Hadis Ketujuh
ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ َ ﱠ َ ا ْن اَ ُخُ ْ َ ِ ﱠُ أﱡ ُ لَ َ َ ِ ْ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَ أَةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -7 ْ َ وَ َ ﱠ َ ا ْ اَ خَ دَ ِ َ َطَ أْ َ لَ َ َ ْ َ ْ َ وَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ ا ُ َ ََ أْ َ ﱠِإ )ا. ََ أْ َ َ ِ (ريا َ َ 7 - Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan." Sahabat-sahabat Baginda Baginda bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Baginda menjawab: "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (Bukhari) Hadis yang ketujuh ini mengandungi: (1) Manusia wajib mematuhi satu undang-undang yang tertentu. (2) Kepatuhan yang sempurna kepada undang-undang itu sahajalah yang menyebabkan kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat. Huraiannya Pertama - Manusia dan Undang-undang yang diwajibkan mematuhinya: Sebagaimana yang diketahui dan disaksikan bahawa segala jenis makhluk dalam alam kehidupan ini - untuk kesempurnaan keadaannya - tak dapat tidak mematuhi undang-undang yang dikhaskan baginya, maka manusia sebagai makhluk yang tersusun dari jasmani dan rohani sudah tentu wajib mematuhi satu undang-undang yang khas
untuk rohaninya selain dari wajibnya mematuhi undang-undang jasmaninya. Undang-undang itu ialah Islam (hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh utusan Tuhan). Kedua - Kepatuhan yang sempurna dan balasannya: Tiap-tiap amal meliputi kepercayaan, kepercayaan, tutur kata dan perbuatan - ada balasan yang sesuai dengannya, sama ada baik atau sebaliknya; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan (Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Oleh kerana kesenangan dan kebahagiaan sejati hanya terdapat di akhirat, maka balasan syurga dan segala nikmat di dalamnya hendaklah menjadi harapan yang utama kepada setiap orang dengan mematuhi ajaran Islam.
Hadis Kelapan
ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَ أَةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -8 َ َ ُ ﱠﷲ عَ َطَ أْ َ َ ِ ِ ْ َ َطَ أْ َ لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ َ ِ َْ ع اَ َطَ أْ َ وَ َ ﱠﷲ َ َطَ أْ َ َ َ َ ْ َ وَ ِ َ َ ْ َ َ ِ َ َ ْ َ وَ َﱠﷲ (و ري وا )ا. ِ َ ِ َْ ا َ َ ْ َ َ 8 - Dan dari Abu Hurairah juga, dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat k epada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku .." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang kelapan ini menyatakan bahawa: Taat kepada Rasulullah s.a.w. dan taat kepada pemerintah bererti taat kepada Allah. Huraiannya: Sebagaimana yang diterangkan bahawa di antara pengertian-pengertian Islam ialah taat atau mematuhi hukum Allah. Oleh kerana hukum-hukum itu dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan dijalankan oleh pemerintah serta pemerintah-pemerintah itu pula mengadakan hukum-hukum dan peraturan yang tidak berlawanan dengannya, maka taat kepada Rasulullah s.a.w dan kepada pemerintah itu bererti taat yang membawa keredhaan Allah. Sebaliknya menderhaka kepada Rasul dan pemerintah yang bersifat demikian, bererti kederhakaan yang menyebabkan kemurkaan Allah. Oleh itu, maka orang yang berakal siuman, sudah tentu berusaha menjauhi dirinya dan segala apa jua yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan tidak ada jalan yang lain melainkan mematuhi ajaran-ajaran Islam.
Hadis Kesembilan
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَ أَةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -9 َ َ ُ ﱠﷲ مَ ْ َ لُ َ ْ َْ ء اُ ِ َ لَ َ َ ِ ْ َ َ ِ ﱠِل إُ ُ َ َ ُةَ ا ا ﱠ ََر ﱢب أَ َ لُ ُ َ َ ُةَ ا ء ا ﱠُ ِ َ َ ِ َ َ ِ ا ءُ ِ َ َ ٍ ْ خَ ْا َ َ ِ ﱠِل إُ ُ َ َ ُ َ َ ا ا ﱠ ََر ﱢب أَ َ لُ ُ َ َ ُ َ َ ا ا ﱠ يْ َل أُ ُ َ َ مُ ﱢ َ ا ء ا ﱢُ ِ َ ﱠ ُ ٍ ْ خَ
َ َ لُ َ َ َ ﱠِل إُ ُ َ َ مُ ﱢ ﱠ َ ُل ﱠﷲُ ُ َ َ َ ِذَ َ ْ َْ ء اُ ِ َ ﱠ ُ ٍ ْ خَ َ ا ا ﱢ َ َر ﱢب أَ َ َ َ َ ﱠِ إﱠ َ وَ مُ َ ْ ِْ ا ََوأَ مُ َ ا ا ﱠَ ْ َر ﱢب أَ َ لُ ُ َ َ مُ َ ْ ِْ ء اُ ِ َ ﱠ ُ ٍ ْ خَ َ َ َ ﱠِ إﱠ َ وَ ﱠ َ ُل ﱠﷲُ ُ َ َ م أا )ا. ِ ْ ُ أَ ِ وَ ُ خُ م آَ ْ َ ا ْ اَ ِ ٍ ْ خَ (أ 9 - Dan dari Abu Hurairah juga, katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), mengerjakannya), - di antaranya sembahyang sembahyang datang lalu berkata: "Ya Tuhanku! Akulah sembahyang"; sembahyang"; Allah Taala berfirman berfirman (kepadanya): "Tujuan "Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)"; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap tiap-tiap satunya): "Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian datang pula Islam lalu lalu berkata: "Ya Tuhanku! Enqkaulah Tuhan yang yang bernama: As-Salam As-Salam dan akulah: "Islam"; maka Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah juga aku memberi balasan". (Imam Ahmad) Hadis yang kesembilan ini menyatakan bahawa: Amal-amal: Sembahyang, Sembahyang, zakat, puasa dan lain-lainnya, datang pada hari qiamat untuk menolong yang mengerjakannya. Islam juga datang dan dengan Islamlah dinilai segala amal. Huraiannya: Keadaan Amal-amal yang baik pada hari Qiamat: Segala yang berlaku pada hari qiamat, seperti kebangkitan manusia hidup semula dan balasan amal-amal masingmasing, keadaan syurga dan neraka dan lain-lainnya adalah perkara-perkara yang diterangkan perihalnya oleh Allah dan RasulNya; segala yang diterangkannya itu adalah benar belaka, tetap berlaku, sama ada manusia meyakininya meyakininya atau tidak. Apa jua yang akan berlaku pada hari qiamat tidak harus diukur dengan perkara-perkara biasa yang berlaku dalam dunia ini, kerana segala yang berlaku dalam alam akhirat adalah berlainan berlainan sama sekali keadaannya. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan bahawa pada hari qiamat kelak, amal-amal: Sembahyang, zakat, puasa dan lain-lainnya, masing-masing datang mengadap ke hadrat Allah `Azza wa Jalla dengan tujuan hendak memohon syafaat (pertolongan) bagi orang yang mengerjakannya. Allah Taala memuji tujuan baik tiap-tiap amal itu dan menerangkan kepadanya, bahawa itu sahaja belum cukup dan belum tentu lagi dapat memberikan pertolongan selagi masing-masing belum dinilai tentang sahnya dan sempurnanya. Setelah itu datanglah Islam mengadap Allah Taala dan memujiNya. memujiNya. Tujuan kedatangannya, juga untuk memohonkan syafaat pertolongan bagi orang yang mengerjakan amal dengan mematuhinya. Allah Taala memuji tujuan Islam yang baik itu dan menegaskan bahawa dengan adanya Islam yang sempurna pada tiap-tiap amal yang dikerjakan maka Allah menerima amal itu serta membalasnya dengan balasan yang sesuai dengannya.
Bab: 4 Tajuk: KELEBIHAN ‐KELEBIHAN AGAMA ISLAM Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
Hadis Kesepuluh
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ ْ َذا أَ ِل إُ ُ َ َ َ َ ُ ﱠﷲ َ ْ ِ ْ َ ِ َ ُ ﱠَر ﱢي أِ ْ ُ ا ْ ا ٍ ِ َ َِ أْ َ ْ َ ُ ﱠﷲُ ﱢ ُ ْ َ ا ص َ ِ ا ْ اَ ِذَ َ ْ َ نَ َ وَ َ َ َزَ نَ َ ٍ ﱢ َ ﱢ َ ﱠ ُ ُ َ ُ ُ ُ َ ْ ِ إَ ُ َ َ ُ ْا ُ ْ ِ ِ ُ ﱢ ْ َ ُز ﱠﷲَ وَ ْ َ َِ إ وا ﱠَ َ َ َ َ نْ َ أﱠِ إ َ ِ َ ﱠ ﱢ ا َ ِ َ ْ َ أِ ْ َ ِ ُ َ َ َ ا ْا. ٍ ْ ِ ِ َ ِ ِ (ريا )ا 10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya." (Bukhari) Hadis yang kesepuluh ini mengandungi: (1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu. (3) Balasan orang yang yang berdosa, terserah kepada Allah. Huraiannya: Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:
Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya. Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa. Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam:
Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.
Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu k ejahatan yang sama dengannya.
Ketiga - Balasan orang yang berdosa:
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla. Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat. Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka.
Hadis Kesebelas
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ َ َ ُ ﱠﷲ ُ َ َ ْ ِ إْ ُ ُ َ َ أَ َ ْ َذا أَ ِ إَ ِ ْ ُ َ ْ َ ٍ ﱢ ُ َ ْ َ ٍ َ َ َ ﱡ ُ َ ْ َ َِ إ َ ْ َ ﱢ َ ﱡ ُ وَ َ ِ َ ْ َ أِ ْ َ ِ ُ َ َ ْ ُ َ ْ ُ ٍ ْ ِ ِ َ ِ ِ ْ ِ ِ ُ َ َ ِ )ا ُ َ ْ ُ . (ريا 11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya." (Bukhari) Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang: Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:
Huraiannya: Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan keredhaan Allah `Azza wa Jalla. Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah sematamata, bukan kerana tujuan yang lain. Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaranajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.
Hadis Kedua Belas
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ لَ َ َ ِ ْ ا ﱠْ َ ُ ا ﱠِ ْ َدةَ َ ُ ْ َ ِ رَ ِ ﱠ ِ ا ُ ُ رَ وَ ُهُ ْ َ ْ َ اً ﱠ َ ُ ﱠنَوأَ ُ َ ُ َ ِ َ َ ُهَ ْ وَ ُ ﱠﷲﱠِإ َ َِ إَ نْ َ أَ ِ َ َ ِ ﱠنَوأَ ُ ُ ُ ُ رَ وَ ِﱠﷲ ْ ِ حٌ روُ وَ َ َ ْ َ َِ إَھ َ َْأ ُ ُ َ وا ﱠَ ﱞ َ ُ ﱠ َ ا ْواَ ُ ُ ﱠﷲ ُ َخَ دْ َ أ ﱞ َ رُ ا ِ َ وَ ُ ُ َ َ َ ﱠ َ ا ِ َ َ ا ْ اْ ِ نَ َ َ ْا. (و ري وا )ا 12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah (1) "Kalimah Allah" yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya." (Bukhari dan Muslim) __________________________
(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.
(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.
Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan: (1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga. (2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat. Huraiannya: Pertama - Keyakinan dan Penerangan:
Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu mestilah melafazkan kalimah kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka. Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga. Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan diwajibkan dan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.
Kedua - Menentang fahaman Sesat:
Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan fahaman: (1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan. (2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa. (3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.
Bab: 5 Tajuk: RUKUN‐RUKUN AGAMA (IMAN, ISLAM DAN IHSAN) Firman Allah Taala, maksudnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya." (30, Al-Kahf). "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha memperbaiki amalnya maka ia akan beroleh pahala di sisi Tuhannya .." (112, Al-Baqarah). "Untuk orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia .." (26, Yunus).
Hadis Ketiga Belas
ﱠَ ِل ﱠﷲِ ُ رَ َ ْ ِ ُ ْ َ َ َ ُ ﱠﷲ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ َ ْ َ ْ َ لَ َ ب ﱠ َ ا ْ اِ ْ َ َ ُ ْ َ -13 ِ د ا ﱠِ اَ َ َ َ ىَ ُ َ ِ َ ا َ َ ْ ِ ْ ُ ِ َ ب ض ا ﱢ ُ ِ َ ٌ ُ رَ ْ َ ْ َ َ َذ طْ ِم إٍْ َ تَ ذاَ ِ َ ا ِ َ َ ﱠَ ﱢ ِ ا َ َ ُ ﱠﷲ َ َ ﱠ َ ٌ َ َ أ ﱠ ِ ُ ُ ِ ْ َ َ وَ ِ ﱠ ا ﱠُ ََأ َ ْ َ ْ َ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ا ﱠ َِ إ َ ا َ َ َ ْ مَِ ْ ِْ اْ َ ِ ْ ِ خْ َ أُ ﱠ َ ُ َ لَ َ وَ ْ ِ ْ َ ِ َ ِ ْﱠ َ َ َ وَ وَ ْ ِ ْ َ َ ُ ْ رُ َِإ ْ ِ ْ َ َ ُ ْ رُ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ َ َ َ ُ ﱠﷲ اً ﱠ َ ُ ﱠنَوأَ ُ ﱠﷲﱠِإ َ َِ إَ نْ َ أَ َ ْ َ نْ َم أُ َ ْ ِ ْ اَ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ا ﱠ نَ َ َ رَ مَ َ ا ﱠ اَ ِ ْ ُ وَ َةَ ا َ ِ ُ وَ َ ِ ْ ُ َ وَ َة َ ِل ﱠﷲُ ُ رَ َ ْ ْ ِ َ َ لَ َ َ ْ َ لَ َ ُ ُ ﱢ ُ ْ َ ُ َ ْ َ ِ ْ َِ إَ ْ َ ا ْ ن اْ ِ إَ ْ َ ا ْ اﱠ ُ َ وَ َ ُ وَ ُ َُ َ لَ َ ً ِ َ ْ ﱠ ِ َ ِ ْ ُ نْ َل أَ َ نِ ِ خِ ْ م اِْ َ ا ْواَ ِ ُ ُ َ ِ ْ اْ َ ِ ْ ِ خْ َ َ ِ ُ رُ وَ ِ ِ ُ ُ وَ ِ ِ َ ِ َ َ وَ ِ ُ ْ َ نْ َل أَ َ نِ َ ْ ِْ اْ َ ِ ْ ِ خْ َ َ لَ َ َ ْ َ َ لَ َ هِ ﱢ َ وَ هِ ِ ْ خَ رِ َ َ ْ ِ َ ِ ْ ُ وَ َ ﱠﷲَ ْ ا ﱠْ َ ِ ْ ِ خْ َ َ لَ َ كَ اَ َ ُ ﱠِ َ ُاهَ َ ْ ُ َ ْ َ نْ ِ َ ُاهَ َ َ ﱠَ لُ ْ ُ ْ َ ا ْ ا َ لَ َ ِ ﱠ َ َ ا ْ َ َ ْ َ ِ ىَ َ نْ َوأَ َ َﱠرَ ُ َ َْ اَ َِ نْ َل أَ َ َ ِ رَ َ َ أْ َ ِ ْ ِ خْ َ َ لَ َ ِ ﱠ ِ ا ا ﱠْ ِ َ َ ء ا ﱠَ َ رِ َ َ َ ا َ َ َ ءِ ا ََ ا ُ ْ ِ ََ َ ﱠ ُ ًّ ْ اﱠ ُ لَ َ نِ َ ُ ْ ُ ا ْ ا ِ نَ ُوَ ْ اَاةَ ُ ا ْ اَة ُ َ ُ ا ْا ِ َ ُ ُ رَ وَ ُ ﱠﷲ ُ ََ أ َ ْ َأ ُ ُ ُ ُْ ُ ﱠ ْ ِ ُ ﱠِ َ لَ َ ُ ا ﱠْ َ ريِ ْ َ َ أُ َ ُ َ ِ لَ َ ْ ُ ِ ِ ا ﱢَ ُ َ دِ ْ ُ ُ ُ () .ْ ُ 13 - Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: menerangkan: "(Dasardasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad
ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan: menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, MalaikatNya, KitabkitabNya, Rasul-rasulNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanyakan mengenai mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia). Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. mengetahui. " (Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu." (Muslim) ________________________________ (1) "Islam" di sini ialah dengan pengertian yang kedua yang telah diterangkan pada bab yang ketiga.
(2) "Iman" bererti: Pertama - Percayakan benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu. Kedua - Segala jenis amalan taat - hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu. Ketiga - Perkara-perkara yang diimankan itu; dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di sini.
(3) "Ihsan" di sini maksudnya: Cara mengerjakan sesuatu taat - terutama amal ibadat - dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya serta dengan ikhlas kepada Allah Taala.
(4) Yakni hendaklah engkau lakukan amal ibadat atau taatmu kepada Allah s.w.t. dengan keadaan seolah-olah engkau nampak Ia melihat dan memerhatikan zahir batinmu. kiranya engkau tidak dapat mencapai keadaan itu maka hadirkanlah keyakinanmu bahawa Allah Taala tetap melihat dan memerhatikan mu kerana sesungguhnya Ia sentiasa melihat dan memerhatikan segala keadaanmu.
Hadis yang ketiga belas ini menerangkan: (1) Ada kalanya Malaikat pembawa Wahyu - Menyamar diri sebagai seorang manusia. (2) Iman, Iman, Islam dan Ihsan. (3) Tanda-tanda kedatangan Qiamat.
Huraiannya: Pertama - Malaikat Jibril (a.s) ada kalanya menyamar sebagai seorang manusia:
Pada suatu hari, sedang Rasulullah s.a.w dihadapi oleh sahabat-sahabatnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki seperti yang diterangkan dalam hadis ini, lalu bertanya bertanya tentang perkara-perkara agama. Apabila Baginda menjawab pertanyaannya, ia segera mengesahkan benarnya. Ini menjadikan sahabat-sahabat Baginda hairan memikirkan halnya, dia bertanya dan dia pula mengesahkan kebenaran jawapan Baginda. Kehairanan sahabat-sahabat Nabi itu hilang apabila Baginda sendiri menerangkan pada akhirnya bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril (as.). Soal Wahyu:
Wahyu adalah satu perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala perkara agama. agama. Orang yang tidak mempercayai wahyu, sudah tentu tidak ada kepercayaannya kepada Rasul-rasul utusan Allah, Kitab-kitabNya Kitab-kitabNya dan lain-lain lagi yang berhubung dengan iman. Ada orang yang percaya, bahawa junjungan kita Muhammad s.a.w. seorang pemimpin yang bijak. Jika setakat itu sahaja kepercayaannya terhadap Baginda maka itu belum cukup, selagi dia tidak mempercayai bahawa kebijaksanaan Baginda itu - selain daripada sifat semula jadinya yang istimewa, Baginda pula mendapat wahyu dan pimpinan dan Allah Azza wa Jalla. Kedua - Iman, Islam dan Ihsan berkaitan berkaitan satu sama lain: lain:
Di antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. ialah soal Iman, Islam dan Ihsan, lalu dijawab oleh Baginda satu persatu. Walau pun pertanyaan itu dibuat satu-satu dengan berasingan, tetapi ketiga-tiganya merupakan satu hakikat jua, iaitu "Agama". Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir hadis ini bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril, datangnya untuk mengajar mereka akan "Agama" mereka. Jelasnya, "Agama" itu jika dipandang dan segi amalan-amalan zahir disebut dengan nama "Islam"; jika dipandangi dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; dan jika dipandang dan segi kesempurnaan cara pelaksanaan dua perkara itu disebut dengan nama "Ihsan". Tiga perkara yang dipandang dari segi-segi yang berlainan itu tidak harus berpisah antara satu dengan yang lain. "Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman"; dan seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam"; manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan". Dengan huraian ini nyatalah salahnya orang yang menganggap bahawa Iman, Islam dan Ihsan boleh berasingan antara satu dengan yang lain; dan lebih-lebih lagi salahnya orang yang menganggap bahawa Ihsan itu boleh ada atau dapat dilaksanakan dengan ketiadaan Iman dan Islam, kerana ihsan itu ialah sifat bagi keduanya dan sememang maklum bahawa "Sifat" tidak boleh ada dengan ketiadaan "Mausuf" (perkara yang disifatkan). Islam dan Asasnya yang lima:
Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa salah satu dan pengertian "Islam" itu ialah hukum-hukum dan keterangan-keterangan keterangan-keterangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah `Azza wa Jalla. Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut, yang yang terdiri dari suruh dan tegah, meliputi segala bidang hidup umat manusia. Islam yang demikian sifatnya, berasaskan lima perkara - sebagaimana yang diterangkan oleh Baginda dalam hadis mi.
Dari lima asas inilah terbit dan kembali kepadanya segala hukum dalam setiap keadaan umat manusia - dalam alam kehidupan ini. Asas-asas Islam yang lima itu ialah: Pertama - Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan "Kalimah At-Taqwa": Di antara syarat-syarat bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah menghormati kebenaran setiap perkara yang yang benar, dengan jalan mengakui dan mengamalkannya. mengamalkannya. Ini dengan sendirinya mewajibkan menolak kesalahan tiap-tiap perkara yang salah.
Oleh kerana sebenar-benar perkara yang benar ialah keesaan Allah Taala Tuhan yang wajib Al-Wujud dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., maka mengucap dua kalimah syahadat:
ل ﷲُ ْ ُ رَ اً ﱠ َ ُ ﱠنَ أُ َ ْ َوأَ ﷲِإ َ َِ إ نْ َ أُ َ ْ َأ - Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam. Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam k ehidupan sehari-hari. "Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dan tiap-tiap perkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:
ل ﷲُ ْ ُ رَ ٌ ﱠ َ ُ ﷲِإ َ َِ إ Kedua - Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal bakti sama ada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi dan mensyukuri nikmat-nikmat, dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara perkara-perkara yang merosakkan, serta dengan sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepadaNva memohon taufik dan hidayah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya.
Semuanya itu terdapat dalam "Sembahyang", dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau "Rukun Islam" yang kedua, dan dengan ini juga nyatalah tepatnya sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama." (Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai sembahyang, lihatlah lampiran "B", pada akhir bab ini).
Ketiga - Berkorban dengan Harta Benda:
Harta benda adalah merupakan asas bagi segala urusan hidup dalam dunia ini. Oleh itu maka sebahagian besar dan daya usaha manusia dicurahkan untuk mencari dan memiliki memiliki harta benda dan kekayaan. Tetapi bukan semuanya berhasil mencapai kesenangan dan kemewahan itu dengan sepenuhnya, bahkan bukan sedikit - dari setiap bangsa di dunia ini - yang hidup miskin dan menderita. Dengan yang demikian, maka membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yang memerlukan bantuan, dan juga untuk kebajikan Islam - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Zakat" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman makmur
Oleh itu, maka nyatalah hikmatnya kewajipan mengeluarkan zakat itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam". Keempat - Membendung kemahuan hawa nafsu:
Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sesebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas, sehingga ada yang melupai kehormatan din dan rumahtangga, mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai-bagai berbagai-bagai perkara jenayah lagi. Oleh itu, maka kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melarih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Puasa" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa. Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam". Kelima - Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan: Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama manusia. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan hidupnya, dengan agamanya, dengan pentadbiran negara dan masyarakatnya tak dapat diselesaikan melainkan dengan jalan perjumpaan dan perundingan, lebih-lebih lagi melalui persidangan antarabangsa. Oleh itu, bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka menghadiri tempat-tempat tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan sekadar yang mampu, bagi melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah `Azza wa Jalla, dan bersyukur akan nikmat-nikmatNya, serta melaksanakan dasar bersatu padu dan bersefahaman antara sesama umat Islam dan juga untuk mendapat berbagai-bagai faedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak, kemasyarakatan dan ekonomi - sebagaimana yang terdapat dalam "Ibadat Haji" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman damai dan bahagia. Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat haji itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam". Iman dan Asasnya yang enam:
Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam yang diterangkan dalam hadis ini bererti: "Mematuhi apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w maka sudah tentu Islam yang bererti: "Kepatuhan yang sebenar-benarnya tidak akan wujud dengan ketiadaan iman atau kepercayaan yang tertentu, kerana: Islam itu adalah ibarat "Pokok", manakala iman pula adalah ibarat !`Benih"; Dan bahawa sebarang gerak-geri yang disengajakan oleh manusia adalah timbulnya dan sesuatu kepercayaan yang tertentu. Dengan yang demikian, maka salah satu di antara rukun-rukun agama ialah iman atau kepercayaan, kepercayaan, yang berasaskan enam perkara. Wujudnya Allah Pencipta Seluruh Alam:
Sebagaimana yang sedia maklum, manusia yang waras akal fikirannya memang sedar bahawa wujudnya adalah diciptakan oleh Allah Maha Pencipta dan sebagaimana Ia sedar bahawa segala keadaan dan perjalanan dirinya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta itu, ia juga sedar bahawa dirinya tersusun dan jisim dan roh. Undang-undang dan peraturan yang disedarinya menguasai keadaan dan perjalanan dirinya itu hanyalah untuk keselamatan jisimnya jisimnya apabila ia mematuhinya dengan sempurna, maka sudah tentu bagi rohnya pula wajiblah ia
mematuhi dengan sempurna akan undang-undang dan peraturan yang dikhaskan oleh Maha Pencipta untuk keselamatan roh. Dengan yang demikian, ia sudah tentu mempercayai adanya Maha Pencipta - iaitu Allah Taala - yang menciptakan diri manusia dan menciptakan undang-undang serta peraturan jasmani dan rohaninya Adanya Malaikat: Undang-undang dan ilmu-ilmu jasmani jasmani boleh dicari dan dikaji oleh manusia, tetapi undang-undang dan peraturan rohani iaitu "Hukum-hukum Syarak" tidak akan dapat diketahui melainkan dengan jalan diterima dari Allah Taala dengan perantaraan Malaikat Wahyu, Wahyu, kerana menurut keadaan semula jadinya, manusia manusia tidak dapat menerima hukum secara langsung dari Allah S.W.T. S.W.T. kecuali Rasul-rasul pilihan, itupun pada keadaan yang tertentu. Adanya Kitab-kitab Allah:
Hukum-hukum dan peraturan yang disampaikan oleh Malaikat Wahyu itu ditulis sebagai sebuah kitab untuk dibaca dan dipelajari serta diamalkan oleh umat manusia. Adanya Rasul-rasul Allah:
Sememang maklum bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan peraturan-peraturan itu tidak dapat difahami sebagaimana yang semestinya oleh kebanyakan manusia, manusia, maka Allah Taala yang Amat Bijaksana Bijaksana telah memilih orang yang diketahuiNya layak menjadi penyampai dan pensyarah yang menerangkan undang-undang itu satu persatu dan pensyarah itu ialah Rasul-rasulNya. Rasul-rasulNya. Adanya Alam Akhirat:
Sesuatu undang-undang atau perlembagaan tidak akan ada nilainya kalaulah tidak dihormati dan dipatuhi. Kebanyakan manusia tidak menghormati sesuatu undang-undang atau perlembagaan melainkan setelah mengetahui balasan baik bagi orang yang menghormati dan mematuhinya mematuhinya dan balasan buruk bagi orang yang mencabuli dan mencuaikannya. Oleh sebab hidup manusia dalam alam dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja maka balasan yang sepenuh penuh kesempurnaannya dan seadil-adil keadaannya tentulah tidak difikir layak diberikan seseorang menerimanya dalam alam sementara ini, bahkan bagi melayakkan yang tersebut, diakui benar adanya satu alam yang berpanjangan lagi kekal iaitulah "Alam Akhirat" - Alam yang bermula dan masa berakhir hidup manusia dalam alam dunia ini. Tambahan pula manusia dijadikan Allah tersusun dari jisim dan roh yang tidak akan habis atau binasa dengan berakhirnya alam dunia ini sekalipun jisimnya menjadi debu atau abu, bahkan roh itu tetap wujudnya berpindah dari satu keadaan ke satu keadaan hingga bercantum dengan tubuhnya yang dibangkitkan hidup semula untuk masa yang kekal itu.
Adanya Qadar dan Taqdir Allah: Dari huraian-huraian yang tersebut, nyatalah bahawa Allah S.W.T. ialah pencipta seluruh alam meliputi manusia dan makhluk-makhluk yang lain dan Dialah yang menyusun, mengatur dan menentukan hukum-hukum, undangundang dan peraturan, bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau yang buruk. Maka susunan dan penentuan ada nya dan berlakunya baik dan buruk itu ialah "Qadar Taqdir" tuhan yang azali, yang menjadi "Rukun Iman" yang akhir.
Ihsan dan Peringkat-peringkatnya: Peringkat-peringkatnya:
Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa "Ihsan" ialah cara mengerjakan sesuatu taat dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya, serta dengan ikhlas kepada Allah Taala, iaitu bersih dari syirik dan sikap munafik serta bersih dan perasaan riak, ujub dan lain-lainnya. lain-lainnya. Yang demikian ini ialah hakikat Ihsan yang menjadi salah satu dari "Rukun-rukun Agama" yang tiga, yang dengan ketiadaannya maka yang dua lagi - Iman atau Islam - tidak diterima, kerana taat yang dikerjakan dengan ketiadaan Ihsan adalah ibarat patung yang tidak bernyawa. Ini ialah peringkat Ihsan yang pertama, yang mesti diusahakan oleh tiap-tiap seorang. Selain dari itu, ada dua peringkat lagi iaitu yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini.
Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat: Oleh kerana hikmatnya Allah Taala menjadikan jin dan manusia serta makhluk-makhluk yang lain ialah untuk masing-masing membuktikan taat setianya dan penghormatannya dengan mengerjakan amal ibadat kepadaNya, maka untuk membicarakan dan membalas ketaatan dan kederhakaan tiap-tiap tiap-tiap makhluk, sudah tentu adanya satu masa yang ditetapkan untuk tujuan yang demikian, iaitu "Hari Qiamat". Oleh sebab itulah si penanya bertanya kepada Baginda tentang waktu kedatangan hari Qiamat itu, akan tetapi oleh kerana soal waktu kedatangan hari Qiamat itu adalah satu dari lima perkara yang pengetahuannya tertentu bagi Allah jua, maka Rasulullah s.a.w. menjawab menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Orang yang ditanyakan soal itu samalah sahaja dengan orang yang bertanya, tetapi aku akan menerangkan tanda-anda kedatangannya", lalu Baginda menerangkan seperti yang tersebut dalam hadis ini. Selain dari yang diterangkan dalam hadis ini, ada d idapati dalam kitab-kitab hadis yang lain banyak lagi tanda-tanda tentang hampirnya kedatangan hari Qiamat, di antaranya: Pertama - Apabila susut dan kurang ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang alim yang ahli dalam sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti Kedua - Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang-orang yang suka mempelajarinya. mempelajarinya. Ketiga - Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan jawatan ketua negara, mufti, kadhi dan sebagainya, untuk dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya. Keempat - Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh seseorang ketua yang fasik yang suka menggalakkan maksiat dan perbuatan yang durjana. Kelima - Apabila orang yang benar dikatakan pendusta, pendusta pendusta dikatakan orang yang benar; orang yang khianat disifatkan disifatkan amanah, orang yang amanah dikatakan dikatakan khianat; orang yang adil disifatkan disifatkan zalim, orang yang zalim disifatkan adil dan orang-orang yang jahil berpengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam ilmu agama sehingga orang alim terpaksa mendiamkan diri (setelah tugasnya tidak lagi dihargai). Keenam - Apabila arak menjadi adat diminum berterang-terang di sana sini, dengan digalakkan pula oleh pemimpin pemimpin dan ketua. Ketujuh - Apabila perbuatan lucah dan cabul dilakukan dengan berterang-terang di merata-rata tempat dengan tidak mendapat sebarang teguran kerana kelemahan iman, sehingga kalaulah ada yang menegur maka orang yang
menegur itu boleh dikatakan imannya pada masa itu sekuat iman Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar pada zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Lampiran (B):
Soal Sembahyang: Mengenai sembahyang, Sayidina Umar r.a., berkata - Sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Muwatta': Sesiapa memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya dan sebaliknya sesiapa yang mensia-siakannya mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan kewajipan-kewajipan agama yang lain". Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia semulia-mulia asas Islam yang lima sesudah Dua Kalimah Syahadat. Kedudukan sembahyang dalam agama menyamai kedudukan kepala pada tubuh badan; oleh itu, sebagaimana seseorang yang tidak berkepala tidak akan hidup, maka demikian juga tidak ada agama bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang. Dalam kitab At-Tanwi At-Tanwir, r, Sidi Ahmad bin Ata'illah berkata: Sembahyang amatlah amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat; dan kerana itulah Allah Taala berfirman, maksudnya; maksudnya; "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar" dan Rasulullah s.a.w. pula ketika ditanyakan tentang amal yang semulia-mulianya, Baginda menjawab, menjawab, maksudnya: "(Semulia-mulia "(Semulia-mulia amal) ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya". Baginda juga bersabda maksudnya: "Orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya." Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sehampir-hampir "Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud." Sebagaimana yang dapat disaksikan, disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah: Bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, kiblat, membaca doa iftitah, membaca membaca Al-Qur'an, Al-Qur'an, berdiri rukuk, sujud, bertasbih dalam dalam rukuk dan sujud, berdoa dalam sujud dan lain-lainnya, yang yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang; berbilang-bilang; kerana zikir sahaja adalah ibadat dan bacaan bacaan Al-Qur'an sahaja sahaja adalah ibadat; demikian juga halnya Tasbih, Tasbih, doa, rukuk dan sujud; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat. " Demikian kata Ibnu 'Ata'illah dalam "At-Tanwir." "At-Tanwir." Perintah-perintah Perintah-perintah mengenai sembahyang, memeliharanya dan keadaannya menjadi sifat dan syi'ar orangorang yang beriman, banyak sekali diterangkan di dalam Al-Qur'an Al-Qur'an al-Karim. Di antaranya antaranya firman Allah Taala, maksudnya: "Peliharalah kamu (kerjakanlah (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembah yang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembah yang kamu) dengan taat dan khusyuk. " (238, Al-Baqarah). "Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari manamana golongan orang musyrik." (33, Ar-Rum). "Sesungguhnya berjayalah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. sembahyangnya. " (1-2, Al-Mu'minun). "Sesungguhnya sembahyang sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ..." (45, Al-'Ankabut).
"Sesungguhnya sembahyang sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, beriman, yang tertentu waktunya." (103, An-Nisa). Sembahyang yang lima waktu ini yang dikerjakan sehari semalam, tidak boleh sama sekali bagi seseorang yang mengakui dirinya Islam dan menghitung dirinya dalam barisan umat Islam meninggalkan satu waktu pun, dalam segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia boleh sembahyang sembahyang duduk; jika tidak dapat, ia boleh sembahyang sembahyang dengan berbaring - dengan mengiring ke sebelah kanan atau ke kiri atau pun dengan terlentang. Di dalam Al-Qur'an al-Karim diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang. Tentang ini Allah Taala berfirman, maksudnya: "Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan akan menghadapi azab dalam neraka, - "Kecuali orangorang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih .." (59-60, Maryam). Dalam huraiannya, Ibnu Abbas berkata - seperti yang disebutkan oleh al-Syams al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: Bahawa "Mencuaikan sembahyang" yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi maksudnya mereka mentakhirkan (melengahkan) sembahyang sehingga keluar waktunya. Hal ini dijelaskan oleh Said bin Al-Musayib, dengan menyatakan bahawa maksudnya: Orang itu tidak sembahyang Zuhur melainkan setelah masuk waktu Asar, (dan seterusnya tentang waktu-waktu yang lain). Maka sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan ia tidak bertaubat, maka balasan yang ditetapkan baginya ialah azab seksa di dalam neraka. Firman Allah lagi, maksudnya: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (4-5, Al-Ma'uun). Yakni yang lalai dari mengerjakannya pada waktunya, lalu dijanjikan kepada mereka dengan balasan yang seburuk buruknya di dalam neraka, kecuali orang yang bersifat demikian segera bertaubat dan menyesal menyesal terhadap perbuatannya itu. Dan firmannya lagi, maksudnya: maksudnya: "Wahai orang-Orang yang beriman! beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. " (9, Al-Munafiqun). Menurut sebahagian dan ahli tafsir, "Mengingati Allah" (zikir Allah) Allah) di sini ialah "Sembahyang yang lima waktu"; maka sesiapa yang mencuaikannya kerana dilalaikan oleh harta bendanya, anak pinaknya dan segala urusan hidupnya, menjadilah ia dan orang-orang yang rugi serugi-ruginya. Di dalam hadis-hadis pula ada diterangkan tentang setakat mana beratnya kewajipan sembahyang itu. Di antaranya Baginda bersabda, maksudnya: "Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengenakan sembahyang, oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir. " Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang. " Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang cuai sehingga ia terlepas dari mengerjakan sembah yang Asar pada waktunya, maka sesungguhnya telah binasalah amalnya."
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya terlepaslah ia dari jaminan Allah menyelamatkannya." Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang memelihara sembahyang dengan sebaik-baiknya, nescaya sembahyang itu menjadi cahaya baginya dan menjadi bukti serta penyelamat baginya pada hari Qiamat; dan sesiapa yang mencuaikannya, maka semuanya itu tidak akan diperolehinya, dan ia akan dihimpunkan pada hari Qiamat bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." Menurut penjelasan setengah ulama, bahawa sebabnya orang yang tersebut dihimpunkan bersama-sama empat orang (jaguh kekufuran) itu ialah: Kerana yang melalaikannya dan menunaikan sembahyang tidak lain melainkan hartanya, atau kerajaannya (jika Ia seorang pemegang teraju pemerintahan), atau jawatannya sebagai menteri, atau pun perniagaannya. Kalau hartanya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Qarun; kalau kerajaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Fir'aun; kalau pula jawatannya sebagai menteri yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Haman (menteri Fir'aun); dan kalau pula perniagaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Ubai bin Khalaf (saudagar kaum Musyrik Mekah). Dalam satu hadis lagi, bahawa Sayidina Sayidina Umar, r.a., berkata: Seseorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, katanya: katanya: "Ya Rasulullah, apakah satu-satunya amal dalam Islam yang yang lebih diperkenankan oleh Allah Taala?" Baginda menjawab: "Ialah sembahyang yang dikerjakan dikerjakan pada waktunya, dan sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya, kerana sembahyang itu tiang agama. " Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada awal waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit serta ia bercahaya sehingga ia sampai kepada `Arasy lalu ia meminta ampun bagi orang yang mengerjakannya. (Demikianlah hal sembahyang itu) hingga hari Qiamat sambil ia berkata: "Semoga Allah memelihara mu sebagaimana engkau memelihara ku"; dan apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada luar waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit dengan diselubungi oleh gelap gelita, setelah sampai di langit lalu digulung seperti tergulungnya baju buruk dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya sambil sembahyang itu berkata (kepada tuannya): "Semoga Allah mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensiasiakan aku"
Orang yang mengerjakan sembahyang dengan tidak sempurna amatlah buruk balasannya:
Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya: "Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...." Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya melainkan mana-mana yang dikerjakannya dikerjakannya dengan penuh kesedaran. Setengah orang yang mengerjakan sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni ia hanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta khusyuk. Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari mendapat sebarang pahala mengenainya. Orang mukmin yang menaruh belas kasihan kepada dirinya sendiri dan mencintai agamanya, adalah bertanggungjawab mengambil berat menyuruh dan mengajar ahli rumah dan anak pinaknya supaya mereka tetap memelihara dan mengerjakan sembahyang. Kewajipan ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud: "Dan perintahkanlah keluarga mu mengeriakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya...." (132, Taha).
Dan firmannya lagi; maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala) (6, At-Tahrim). Nabi s.a.w. sendiri setelah setelah ayat ini turun, sentiasa mengambil berat mengingatkan mengingatkan dan mengawasi keluarganya mengenai sembahyang. Bahkan Baginda Baginda dan keluarganya apabila menghadapi apa-apa kesukaran, lazimnya Baginda dan keluarganya mengerjakan sembahyang banyak-banyak. Cara yang demikian ini juga menjadi amalan Nabi-nabi yang telah lalu - (as.). Kerana tidak syak lagi, sembahyang itu menjadi sebab sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala' bencana.
Bab: 6 Tajuk: IMAN DAN ISLAM YANG SEMPURNA Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah; "Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya; "Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),
Hadis Keempat Belas
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ﱡ ِ ا َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ َ َن أَ ُ َ أ ﱠ َ ْ ُ ُ َ َ أُ ِ ْ ُ َ َ ِ ْ ل ا ﱠَ َ لَ َ ٍ ََ أْ َ -14 ري وا )ا. وا ﱠَ هِ ِ َوَ وَ هِ ِ ا ِواَ ْ ِ ْ ِ ْ َِإ (و َ ِ َ ْ َس أ ِ ا 14 - Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang keempat belas ini menegaskan bahawa: Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apakala ia mengutamakan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w.
Huraiannya: Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebab-sebab yang menjadikan seseorang tertarik hatinya menghargai, suka, berkenan atau kasih kepada sesuatu perkara atau seseorang ada kalanya kerana sesuatu perkara perkara atau seseorang itu memberi: 1) Keseronokan atau kesedapan kepada pancainderanya, seperti seperti rupa yang cantik, suara yang merdu, bau yang harum, makanan atau minuman yang lazat, dan pakaian atau tubuh badan yang halus lembut; 2) Ketenteraman dan kesukaan kepada jiwa dan fikirannya, seperti amal ibadat yang salih, budi bahasa yang mulia dan ilmu pengetahuan yang berguna; 3) Keselamatan dan kebahagiaan kepada keadaan hidupnya dunia dan akhirat, seperti harta benda, anak pinak, kaum keluarga dan kawan teman. Kalau salah satu dari sebab-sebab itu menjadi daya penarik hati seseorang maka tentulah lebih kuat dan lebih mendalam tertariknya tertariknya hati seseorang itu kepada sesuatu perkara atau seseorang yang ia percaya ada padanya semua sebab-sebab yang tersebut dan tidak terhimpun sebab-sebab daya penarik itu pada makhluk yang lain daripada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya. Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan meninggalkan larangannya. Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orang yang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan menyempurnakannya. menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu perkara pun sama ada dari urusan dunia atau agama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripada melakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w. Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam AlQur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteriisteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "
Hadis Kelima Belas
ﱠَ وَ ْ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ْ ُ ُ َ َ أُ ِ ْ ُ َ لَ َ َ ِ ْ ا ﱠْ َ ُ َ ﱢ ِ ا ِ رَ ٍ ََ أْ َ -15 ﱠ ُ ري وا )ا. ِ ِ ْ َ ِ ﱡ ُ ِ ُ َ ِ ُ ﱠ َ (و ِ خِ َِ 15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa: Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasa persaudaraan sesama manusia.
Huraiannya: Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan adanya perhubungan yang baik yang menghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain dan menghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya! Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat dan menjamin kehidupan yang aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia menyukainya bagi dirinya sendiri."
Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening, kemiskinan dan duka nestapa. Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertalian kaum kerabat dan maruah kecuali jika ia ada mempunyai sesuatu faedah disebaliknya. Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram; dan kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya. Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidak berhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang dhaif lemah. Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkai Allah Taala, dibenci oleh Islam dan disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dan dasar Islam. Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikan umat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna. Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam dan pelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana. Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkan asas yang tersebut ialah orang yang bersih suci hatinya dan segala sifat yang keji, seperti hasad dengki, dendam kesumat, kesumat, sombong angkuh dan dan sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna.
Hadis Keenam Belas
ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ ْ َ -16 :لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ا ﱠِ َ ُ َ ُ ِ رَ وٍ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ ْ ِ ُ وا ار ر )ا. ِ ِ َ ِ ً َ َ ُاهَ َن ھَ ُ َ ﱠ َ ْ ُ ُ َ َ أُ ِ ْ ُ َ ( و 16 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya." (Al-Arba'in An-Nawawiyah). An-Nawawiyah). Hadis yang keenam belas ini menerangkan bahawa: Sempurnanya iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Huraiannya: Junjungan kita Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang penganjur yang terkemuka bahkan Baginda juga seorang Rasul yang memimpin umat manusia dengan berpandukan wahyu dan Allah `Azza wa Jalla.
Oleh itu maka setiap orang hendaklah meletakkan kepercayaannya kepada Rasulullah s.a.w. lebih daripada kepercayaannya kepada diri sendiri dan apa yang dibawa oleh Baginda tidak boleh ditentang dengan apa yang difikirkan dan dipersetujui oleh diri masing-masing kerana segala yang disampaikan oleh Baginda dan Tuhan bukan untuk dicuai-cuaikan dan bukan pula untuk dijadikan suatu perkara yang diserahkan kepada perasaan dan runtunan hawa nafsu; bahkan untuk dipatuhi dengan perasaan tenang hati serta persetujuan yang yang sebulat-bulatnya. Orang yang mengutamakan fikiran atau pendapat dirinya daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka imannya tidak sempurna. Demikian juga sesiapa yang memutar belitkan atau melakukan ta'wilan-ta'wilan ta'wilan-ta'wilan terhadap ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyesuaikannya dengan kemahuan atau fikirannya sendiri maka nyatalah imannya tidak sempurna. Oleh itu, jika ada yang terdorong berbuat demikian, maka segeralah segeralah rujuk ke jalan yang benar, semoga ia selamat di dunia dan di akhirat.
Hadis Ketujuh Belas
ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ِ ْ َ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ل ا ﱠَ َ لَ َ ُ َ ﱡ ِ ا ِ رَ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -17 َوَ ٌ ِ ْ ُ َ ُوھَ بُ َ ْ َ ْب ا ِ اا ﱠا ُ َ ْ َ َ وَ ٌ ِ ْ ُ َ ُوھَ ِ ْ َ َ ِ َ ْ َ ا َ ِ ا ْ ُرھَ ْ ِ ْ َِس إ ا ﱠ ُ َ ْ َ ً ْ َ ْ ُ ُ ا ُ ِ َ ْ َ َوَ ٌ ِ ْ ُ َ ُوھَ قُ ِ ْ َ َ ِ قُ ِ ْ َ َ ْ َ أ َ ِ ْ (و ري وا )ا.ٌ ِ ْ ُ َ ُوھَ ُ َ ُ ِ َ ْ َ َ ِ 17 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri, mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang ketujuh belas ini menegaskan bahawa:
Orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya. Huraiannya: Kebahagiaan hidup seseorang atau sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pertalian keturunannya yang bersih serta berkekalan dan keselamatan akal fikirannya serta harta bendanya. Untuk mencapai kebahagiaan hidup itu maka perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan hendaklah dijauhi dan perbuatan meminum arak atau menghisap benda-benda yang merosakkan akal fikiran hendaklah disingkirkan, juga perbuatan curi dan rompak samun hendaklah dihapuskan. Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan itu wujudlah pula perasaan pertalian kaum kerabat dan kebangsaan yang dengan kekuatan dan pengaruhnya seseorang itu akan mendapat kekuatan untuk mencegah sebarang bahaya yang akan menimpanya dan wujudlah pula hubungan tolong-menolong dengan
jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila ditimpa sesuatu kesusahan yang menjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara. Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil dan dapatlah pula memikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa. Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia memajukan segala urusan dunia dan agama dengan sempurna. Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir fikir yang bijak pandai, bahkan semua agama yang diturunkan oleh Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya. Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian pertalian keturunan, perbuatan meminum arak yang merosakkan akal fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan dilakukan dengan bermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang terpelajar. Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaan buruk yang disekelilingnya. Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan yang memelihara dan menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.
Hadis Kelapan Belas
ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ ْ َ -18 :لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ا ﱠِ َ ُ َ ُ ِ رَ وٍ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ ْ اَ ْا () .هِ ِ َ وَ ِ ِ َ ِ ْ ِ نَ ُ ْ ِ ْ ُ ا ِ َ ْ َ ُ ْ ِ ْ ُ ا 18 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya. (Muslim) Hadis yang kelapan belas ini menerangkan bahawa: Orang-orang yang sempurna Islamnya tidak melakukan sebarang angkara.
Huraiannya: Perkataan "Islam" ialah pecahan dari perkataan "Salam" ertinya: Selamat sejahtera. Orang Islam yang sebenar-benarnya - selain daripada menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya - ia tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau pun dengan apa jua. Sebaliknya orang Islam yang tergamak melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, ialah orang yang tidak sempurna Islamnya.
Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yang bermaksud: "Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidak harus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yang dusta dan juga tidak harus menghinakan atau memandang rendah kepadanya." Hadis Kesembilan Belas
ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -19 َ َ ُ ﱠﷲ مَِ ْ ِ إِ ُ ْ ُ ْ ِ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ي وا )ا. ِ ْ َ َ َ ُ ُ ْ َ ءِ ْ َ ا ْا (هو ِ ْ 19- Dari Abu Hurairah, r.a., Dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebahagian dan keelokan dan kesempurnaan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."(Tirmizi kepadanya."(Tirmizi dan Lain-Lainnya). Hadis yang kesembilan belas ini menerangkan tentang; Sebahagian dari kesempurnaan Islam. Huraiannya: Manusia dalam alam kehidupan ini menghadapi perkara-perkara yang wajib dilakukannya dan yang mesti ditinggalkan. Perkara-perkara yang wajib dilakukannya itu ada yang untuk masa hidupnya di dunia dan ada yang untuk hidupnya di akhirat. Untuk masa hidupnya di dunia ialah makan minum, pakal patut, berumahtangga, beranak pinak dan sebagainya sebagainya dan untuk hidup di akhirat pula ialah segala amal ibadat yang ditentukan mengerjakannya. Ada pun perkara-perkara yang mesti ditinggalkan ialah segala perkara yang tidak meluputkan dia dari mendapat pahala atau faedah dan tidak pula mendatangkan sebarang mudarat kepadanya jika ia tidak melakukannya. Dengan tercantumnya perkara-perkara yang wajib dilakukan dan yang mesti ditinggalkan maka sempurnalah Islam seseorang itu.
Bab: 7 Tajuk: WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
ْ ِ ا ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ِ ْ ا ِ ْ ُ ََ طَ َ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ ٍ ِ َ ِ ْ ِ ََ أْ َ -20 َ َ ٌ و ا )ا. ْ ٍ (هو َ ِ َ ِ ْ ُ ﱢ ُ 20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya). Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya: Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya mengenainya dan orang yang yang hendak menyewa, menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan. Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan d ipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan menghidangkan madu bercampur racun.
Hadis Kedua Puluh Satu
ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ْ َ ْ َ -21 َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ َ ُ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَ أ ُ ِ رَ وِ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ ْ ِ ا ْ َ َ ُ َ َ ِذَ ىَ ِ ٌ ﱠ ُ وْ َأ ٌ َ َ ْ ُ ٌ آ َ آٌ َ وَ ٌ َ َ َ ُ ْل اَ َ َ ِ َ وْ َأ ٌ َ ِ َ ٌ ُ داود واأ )أ. ٌ َدِ َ ( ا 21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)" ( Abu Daud dan Ibnu Majah) Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan: 1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama. 2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama). Huraiannya: 1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas. Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu. Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah: (1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya). (2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim. (3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya). Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah: Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan, perindustrian, pertanian, perikanan, pelayaran, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap tiap-tiap ilmu pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang yang diperlukan oleh keadaan dan masa, asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.
(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah: Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya. Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan dijauhi oleh Allah Taala daripadanya, lebih-lebih lebih-lebih lagi ilmu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti seperti ilmu sihir, ilmu nujum (Astrologi) dan sebagainya.
Hadis Kedua Puluh Dua
ْ ِ ا ﱠَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ﱢَ وَ َ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ْا ا ُ ِ ْ ُ ْ َ ِ ا ْ اِ َ -22 َ ِل ﱠﷲُ ُ رَ ِ لَ َ دٍ ْ ُه ُ ﱠَ َ س ﱠَ َ س ﱢَ وَ نَ آْ ُ ا ﱢَ وَ ؤٌ ُ ا ْ ا ﱢِ َ س ا ﱠُه ُ ْا ا ُ ا ﱠُه ُ ِ اَ َ ا ْا ا ُ ا ﱠ َ ا َ ا َ ا َ ا ْ ِ ا نِ اَ ِ َ َ ٍ ْ ا ْ اُ َ ْ َ وَ ْ ُ َ ُ ْواَ ض ٌ ُ ْ َ ُ َ ُ َ َِ ْ َ ﱠ َ ُ َ ِ ا َ ِ َ ِ نِ َ ا ارا وار ارا )ا. ُ َ ُ َ ْ َ ُ (ر ِ ْ َ اً َ َأ 22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu". (Ad-Darimi (Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni) Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi: (1) Perintah belajar dan mengajar. (2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya. Huraiannya:
(1) Perintah belajar dan mengajar:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah: Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama. Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain. Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an. Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh
Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya." memeliharanya."
(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:
Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang, sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.
Hadis Kedua Puluh Tiga
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ً ِ َ ُ ا ْ ل اَ َ َ ِ ْ ا ﱠِ َ ُ ِ رَ َةَ ْ َ َِ أْ َ -23 ﱢَ َ ُ وْ َأ َ اِ ُ َ َوَ وْ َ أ )ا.َ ْ ً ِ ْ َ ْ ُ وْ َ أ ً (ارا ِ ْ َ َ َ َ ِ ا 23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Al-Bazzar) Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Huraiannya: Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya. Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil. Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Hadis Kedua Puluh Empat
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ِ ْ ا ﱠِ َ ُ ُد ﱠﷲِ ِ ُ ْ َ لَ َ َ ِ رَ َ َ وِ َ ُ ْ َ -24 َ َ ً َ ِ َ ُ ﱠُْ ه اِ ِ َل ھَ اَ َ ْ َوَ ْ ِ ُ ْ ُ ُو ﱠﷲَ ٌ َ ﱠِوإَ ِ ا ﱢ ا ِ ْ ُ ْ ﱢ ُ َ ُ اً ْ خَ ِ ِ ِ َ ََ أ ري وا )ا.ِ ﱠﷲُ ْ َ أَ ِ ْ َ ﱠ َ ْ ُ َ َ خَ ْ َ ْ ُھﱡ (و ُ َ َ ِ ﱠﷲِ ْ َأ 24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan: (1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama. (2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan. (3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankan kebenaran.
Huraiannya:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama: Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan: Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki. Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Jika demikian natijah mengetahui ilmu ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan. Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana
agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.
(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:
Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan pertolongan dan limpah kurnia Allah memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya. Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian. Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. S.A.W. tetap terus menjalankan kebenaran. kebenaran.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat tetap terpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata pada masa akhir-akhir ini. Agama Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari pihak yang menyalahinya menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat. Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dengan sempurna. Hadis Kedua Puluh Lima
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ﱢ ِ ا َ َ ُ ﱠﷲ ِ َ َ َ َ ُ َ َ لَ َ َ ِ ْ ا ﱠْ َ ﱢيِ َ ْ َْ ا َ ُ َِ أْ َ -25 ْ ِ ا ْ ِ نَ ْ َ ا ْ َِ َ ﱠ ٌ ﱠ ِ َ َ َ َ ً رْ َب أَ َ َ أ ْ ا ْ اِ َ َ َ ِ ْواَ ىَ ُ ا ْ اْ ِ ِ ِ ُﱠﷲ ِ ِ ِ َ ا ْ ِ ْ َ َ وَ َ ِ ُ ﱠﷲ َ َ َ َ ءَ َ ا ْ اْ َ َ ْ َب أ َ َ أ َ َ ِ َ ا ْ اَ ُ ْ ُ ا ْواَ ََ َ ا ْ اْ َ َ َْ َ ءَ َ ا ْا ُ دِ ْ ِ ْ َ َ نٌ َ ِ َ ھِ َ ﱠِى إَ خْ ُأ ً َ ِ َ ط َ ا ﱠ َ َوأَ ا ُ رَ زَ وَ اْ َ َ وَ ا ُ ِ َ َ س َ ا ُ ِ ْ ُ َ وَ ءً َ ُ ِ ْ ُ َ َ ُ َ َ َ وَ ِ ﱠﷲ ِ دِ ِ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ َِ َ ًَ َ ِ َ َ ِ ِ ُ ﱠﷲ ِ َ َ َ
ْ ِ رْ ُي أِ ا ﱠَ وَ ُ ريا )ا. ِ ِ اﱠِى ﱠﷲَ ُ ھْ َ ْ َ ْ َوَ ً أْرَ َ َِ ِ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ وَ َ (و و 25 - Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian d aripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya." (Bukhari, Muslim dan Nas'ie) Hadis yang kedua puluh lima ini menerangkan:
Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknya.
Huraiannya: Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya. Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud: Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada makhluk-makhluk yang hidup. Demikian juga halnya hati manusia, manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya menghafaznya serta ia menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati. Ada pula sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung airnya dan memeliharanya dari meresap hilang dan dengan itu dapat digunakan oleh makhluk-makhluk yang lain, tetapi tanah itu sendiri tidak mendapat manfaat daripadanya daripadanya dan tidak menumbuhkan tanaman; ia hanya dapat menumpang air untuk faedah makhluk-makhluk yang memerlukannya. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu pengetahuan dan menghafaznya dan dapat pula mengajarkannya kepada orang lain, tetapi ia sendiri tidak mendapat faedah beramal dengannya. Manusia yang hatinya demikian kalau ia telah berbuat baik dari segi menghafaz dan menyampaikannya menyampaikannya kepada orang lain, tetapi ia telah melakukan perkara yang buruk, kerana ia tidak beramal dengannya, sedang tujuan beroleh ilmu ialah untuk beramal menurutnya. Di antaranya ada pula bumi yang tanahnya tidak beroleh faedah dari air dan tidak dapat menahannya serta tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman. Demikianlah pula hati manusia ada di antaranya yang yang tidak dapat menerima ilmu pengetahuan dan dengan itu tidak d apat beramal dengannya. Hati manusia yang demikian keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan seburuk-buruknya, kerana ia tidak mempunyai bahagian langsung dalam kebaikan, sama ada ilmu ilmu pengetahuan atau amal perbuatan, bahkan ia seperti seperti haiwan, bahkan haiwan pun lebih baik lagi, kerana haiwan itu tidak akan mendapat balasan seperti yang akan didapati oleh manusia yang demikian keadaannya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.
Hadis Kedua Puluh Enam
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -26 َ َ ُ ﱠﷲ ٍ ِ ْ ُ ْ َ ِ ْ َ ﱠ َ ْ َ َ ْ َ ُ ﱠﷲ َ َ َ ﱠ َ ْ َ وَ ِ َ َ ِ ا ْم اِْ َ ب ﱡب ا َ ﱠ َ َ ْ ا ِ َ ُ ْ ِ ً َ ْ ُ ُ ِ َ ُ ْ ِ ً َ ْ ُ َ َ ُ ﱠﷲَ ﱠ َ ٍ ْ َ ْ ا ﱡ ا ِ ُ ﱠﷲُهَ َ َ ً ْ ﱡ ا ِ ْ ِ ْ ِ ْ ُ ِ ْ ُ َ َ َ ْ َ وَ ةِ َ خِ ْ واَ َ ْ ا َ َ ْ َ وَ ْ َ ا ْ َ ا ْن اَ َ َ ِ ْن اِ ْ َ ِ ُو ﱠﷲَ ةِ َ خِ ْ واَ ُ ِ َ َْ ً ِ َ طَ ِ خِ َن أِ ْ َ ِ ُ ْ ِ ُ ُ ْ ِ َ َ َ ا ْ ا َ وَ ِ ﱠ َ ا ْ ا َِ إ ً ِ َط ِ ِ ُ َ ُ ﱠﷲَ ﱠ َ ً ٍ ْ َ ِ مٌ ْ َ ِت ﱠﷲ ِ ُ ِ ِ َ َ ْ ََ َ ﱠِ إْ ُ ْ َ ُ رَ اَ َ َ وَ ِب ﱠﷲَ َ ِ نَ ُ ْ َ ُ َ ﱠ ْ ا ﱠ اْ ُ ْ َ ِ َ وَ ُ َ ﱠ ِ ا ا ﱠْ ْ ِ ْ َ ْ َ ُ ُ ُ َ َ ِ ِ َ ْ ِ ْ ُ ُ َ َ ِ ِ عْ ِ ُ ْ ُ ْ َ ُ ﱠ َ ْ َ وَ ُهَ ْ اْ ُ ْﱠ َ وَ . ُ َ ِ ُ ﱠﷲْ ُھَ َ ذَ وَ ُ َ ِ َ َ ا (يا داود واأ وأ) 26 - Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah AlQur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhlukmakhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya". (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi) Hadis yang kedua puluh enam ini menerangkan tentang: (1) Galakan memberi pertolongan. (2) Balasan usaha menuntut Ilmu. (3) Rahmat dan pujian Tuhan didapati oleh orang-orang yang berhimpun membaca dan mengulangkaji kitab Allah. (4) Amalan seseorang sahajalah yang menentukan maju mundnrnya.
Huraiannya:
(1) - Galakan memberi pertolongan. Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain. Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula semula jadi umat manusia. Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan perbuatannya yang baik itu - bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang pertolongan? Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah: Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini. Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya. Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam menolongnya. Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya. Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan mazhab yang biasa diamalkannya. Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam. Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri. Sayugia disebut, manusia itu dua jenis: (a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup menutup keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya. (b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka o rang yang demikan keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat: Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala. Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu. Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat. Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang yang semestinya bersifat adil dan amanah. Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya.
(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:
Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya menyampaikannya ke Syurga. (3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya: Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; Islam; di antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhlukmakhluk yang mulia di sisi-Nya. Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan perbuatan-perbuatan baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran rahmat Allah `Aza wa Jalla. Empat kelebihan yang diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya itu diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah), sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim. Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w. atau mempelajari ilmu agama. Kelebihan berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim yang ringkasan maksudnya seperti berikut: Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka mereka berjumpa kumpulan ahli zikir itu mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan itu serta menaunginya dengan sayap mereka berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa pertanyaan, maka Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah
mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".
(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya, kerana Tuhan telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa yang mereka telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengingatkan kaum kerabatnya bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa, dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu. Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada hal Rasulullah s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang dikasihi, maka betapalah pula orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak tergamak menyanggup memberi pertolongan, pertolongan, pada "hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah! "
Bab: 8 Tajuk: WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. makhluk. " (159, Surah Al-Baqarah). "Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya menyembunyikannya .." (187, Surah Ali Imran). Hadis Kedua Puluh Tujuh
َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ﱠنِ َ َ ِ َ ا ْ اُ ھِ ا غ ا ﱠ ُ ﱢَ ُ ِ لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ا ﱠْ َ َةَ ْ َ َِ أْ َ -27 َ ﱠ ِ ا ْ ِ ُ َ َ وْ َ أَ ُ ھْ َ غَ ُ (و ري وا )ا. ُ ﱢَ ُ نْ َ أ َ َ َ ھِ ا ا ﱠ 27 - Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya. menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim) Hadis yang kedua puluh tujuh ini menerangkan bahawa: (1) Soal menyampaikan ilmu agama adalah menjadi tugas kepada setiap orang yang mengetahuinya. (2) Orang yang disampaikan kepadanya sesuatu sesuatu ilmu agama, boleh jadi ia lebih faham dari orang orang yang menyampaikannya.
Huraiannya:
1 - Soal menyampaikan ilmu agama:
Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia dan segala bangsa dan dalam setiap masa, turun temurun hingga hari qiamat. Untuk meneruskan perkembangan Islam dalam segala tempat dan segala zaman itu, Nabi Muhammad s.a.w. , meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya tiap-tiap orang yang mendengar hadis Baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya, menyampaikannya kepada orang yang belum mendengarnya. Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu hukum agama bukanlah tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik, tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa jua yang menghadiri mana-mana majlis pelajaran pelajaran agama, atau hadis Nabi, Nabi, atau hukum-hukum Islam, Islam, menyampaikannya menyampaikannya kepada orangorang yang tidak hadir bersama, bersama, dengan sungguh-sungguh jujur dan dan amanah. Demikianlah seterusnya dari seorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaranajaran Islam, walaupun orang yang menyampaikan menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadis atau hukum yang hendak disampaikannya itu.
2 - Kewajipan orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama: Orang yang disampaikan kepadanya pelajaran itu, wajib menerimanya. Tentang soal memahami maksud hadis atau hukum yang diterimanya, maka ia tidaklah terikat dengan fahaman orang yang menyampaikannya, bahkan ia boleh menyatakan fahamannya dengan berdasarkan kaedah yang tertentu dalam ilmu agama. Pendeknya orang yang menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu ilmu agama dan Rasulullah s.a.w. boleh diterima diterima daripadanya walaupun orang itu tidak begitu faham akan hadis atau ilmu yang disampaikannya; dan ia akan beroleh pahala dengan usaha penyampaiannya itu serta dikira dan golongan ahli agama.
Hadis Kedua Puluh Lapan
ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ْ َ ْ َ -28 ً آ َ آْ َوَ ﱢ َ ا ُ ﱢَ لَ َ َ ِ ْ ﱠن ا ﱠَو أٍ ْ َ ِ ْ ِ ﱠﷲِ َ ﱠ ِ ا َ َ بَ َ َ ْ َ وَ جَ َ َ َوَ ْ ِ ُهَ َ ْ َ أْﱠ َ َ َ َْ اً ﱢ َ َ ُ ﱠ َ ا ِ اَ ْ ِ إ ِ َ ْ َ ا ُ ﱢ َ وَ (يا ري واا )ا.رِ ا ا ﱠ 28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari dan Tirmizi) Hadis yang kedua puluh lapan ini menerangkan bahawa: (1) Ilmu agama, walau sedikit sekalipun, sekalipun, wajib juga disampaikan. (2) Kisah-kisah Bani Israel boleh diceritakan. (3) Balasan buruk bagi orang yang berbuat dusta terhadap Rasulullah s.a.w.
Huraiannya: 1 - Soal menyampaikan ilmu agama:
Ilmu agama tidak h arus sama sekali disembunyikan, bahkan tiap-tiap seorang yang mengetahuinya wajib menyampaikannya menyampaikannya kepada orang yang belum mengetahuinya walau pun ilmu itu hanya satu ayat dan AlQur'an atau satu hadis atau satu hukum. Dengan itu akan tersebarlah ilmu pengetahuan dan hukumhukum Islam kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang ditugaskan kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya. 2 - Kisah-kisah Bani Israel:
Kisah-kisah Bani Israel tidak salah diceritakan, asalkan kisah-kisah itu tidak diyakini dustanya. Itu pun mana-mana yang mengandungi pengajaran dan mendatangkan iktibar, seperti kisah kaum yang diperintahkan membunuh diri untuk bertaubat dan dosa mereka menyembah patung anak lembu, dan kisah kaum yang telah diubah
keadaan mereka kepada keadaan monyet dan babi kerana kesalahan mereka melanggar perintah dengan melakukan tipu helah. 3 - Balasan berbuat dusta terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam hal menyampaikan apa yang datang dari Rasulullah s.a.w., tiap-tiap seorang hendaklah berhati-hati supaya ia tidak melakukan sesuatu yang dusta terhadap Baginda dengan mengatakan perkara yang disampaikannya itu berpunca dari Baginda pada hal yang sebenarnya tidak demikian. Memperkatakan sesuatu yang dusta terhadap Baginda amat buruk kesannya kepada ajaran dan hukum-hukum Allah yang dibawa oleh Baginda. Oleh itu sesiapa yang sengaja melakukan perkara yang demikian maka berhaklah ia menerima azab seksa yang dijanjikan oleh Baginda dalam hadisnya ini. Al-Ubbi, ahli hadis yang terkenal pensyarah pensyarah kitab Sahih Muslim mengingatkan dengan berkata: perkara yang hampir kepada dusta atau yang berupa dusta, ialah memperkatakan kalimah-kalimah kalimah-kalimah dalam hadis Nabi dengan sebutan yang salah (yang tidak menurut kaedah Bahasa!Arab); oleh itu, maka tiap-tiap seorang yang beriman hendaklah berjaga-jaga dengan bersungguh-sungguh mengenai hal yang tersebut. Demikianlah juga diperingatkan oleh Imam Nawawi. Al-Ubbi berkata lagi: Sebagai bukti tentang apa yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam hal ini, ialah apa yang telah disalinkan oleh Ibnu Al-Salah dan Al-Asma'i Al-Asma'i yang pernah mengatakan: "Bahawa perkara yang sangat dibimbangkan terhadap seseorang penuntut ilmu hadis apabila ia tidak mengetahui ilmu Bahasa Arab, akan termasuk (di antara orang-orang) yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. (sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya tempatnya di dalam neraka), kerana Baginda tidak pernah menuturkan sabdanya dengan cara yang salah pada kaedah-kaedah Bahasa Arab, maka pada bila-bila masa sahaja engkau meriwayatkan hadis dan Baginda dan engkau menyebutnya dengan cara yang salah, bermakna engkau berdusta terhadap Baginda!". Dengan yang demikian - kata Ibnu Al-Salah lagi - adalah menjadi tanggungan seseorang penuntut hadis untuk mempelajari Nahu dan ilmu bahasa Arab sekadar yang dapat menyelamatkan menyelamatkan dirinya dari perbuatan menuturkan hadis-hadis dengan cara yang salah dan dari merosakkan maksudnya yang sebenar serta dari akibatnya yang buruk. Bagi pembaca-pembaca hadis Rasulullah s.a.w., hendaklah mereka menerima menerima bacaan Hadis itu dari mulut ahli ilmu hadis yang menjaga dan memelihara sebutannya dengan betul,
Hadis Kedua Puluh Sembilan
ْ ِ ْ َ َ ُ ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -29 َ َ ُ ﱠﷲ ٍ ِ ُ ْ َ َ ِ ْ (يا داود واأ )أ. ِ َ َ ِ ا ْم اَ ْ َ رٍ َ ْ ِ مٍ َ ِِ ُ ﱠﷲ ُ َ َ َْأ ُ َ َ َ َ 29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari qiamat kelak." ( Abu Daud dan Tirmizi) Hadis yang kedua puluh sembilan ini menerangkan tentang: Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.
Huraiannya: Sebagaimana yang sedia diketahui, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatu perintah yang ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w. , .iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah agama, dituntut menyampaikannya menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya mengamalkannya untuk kebaikan dirinya sendiri, kerana tujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah, sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan menyembunyikan sesuatu masalah agama, atau tidak mahu menyebarkannya menyebarkannya atau menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya sebagaimana yang tersebut dalam Hadis ini. Berdasarkan hadis yang tersebut dan juga Hadis-hadis yang lain yang berhubung dengannya, alim ulama membuat kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya, dengan syarat: Pertama - Orang yang bertanya itu berhak mengetahui masalah yang ditanyakan; Kedua - Masalah yang ditanyakan itu dari perkara-perkara "fardu ain" kepadanya!
Hadis Ketiga Puluh
ﱠَ وَ ْ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ُ ْ ِ َ لَ َ ُ لُ ُ َ َ ِ ْ ا ﱠ ُ ْ َ ِ ا ْ اْ َ -30 َ ﱠ ِ ا ِ رَ دٍ ْ ﱠَ َ ً َ ُ ﱠﷲُه آ َ َ َ ُ َ آٍ ُ رَ وَ ﱢ َ ا ْ ا ِ ِ ِ َ ََ ھ َ آٍ ُ رَ ِ ْ َ َ ا ْ ا ِ ﱠِ إَ َ َ َ ُه آ ﱢَ ُ وَ َ ِ واو ري وا )ا. َ ُ ُ (يا ِ ْ َ َ ُ َ ً َ ْ ِ ُﱠﷲ 30 - Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (Bukhari, Muslim dan Tirmizi) Hadis yang ketiga puluh ini menerangkan tentang:
Dua Kelebihan yang sangat-sangat digalakkan beriri hati kepadanya.
Huraiannya: Nikmat-nikmat Nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya amatlah banyak, banyak, tidak terhitung. Di antaranya antaranya dua perkara yang sangat tinggi nilainya dan besar kelebihannya untuk mencapai keredhaan Allah Taala. Yang pertama - nikmat pemberian harta benda kepada seseorang yang dapat menguasai dirinya dan berjaya mengalahkan perasaan tamak halubanya, sehingga dapatlah ia membelanjakan hartanya itu pada perkara
kebajikan yang sebenar-benarnya, bukan membelanjakannya membelanjakannya dengan cara membazir atau kerana riak atau kerana menurut kemahuan nafsunya semata-mata. Kedua - nikmat pemberian ilmu pengetahuan agama kepada seseorang yang menyedari tugasnya, lalu menggunakan ilmunya itu untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis ini: Bahawa dua nikmat pemberian yang tersebut amatlah besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap seorang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakannya nikmat-nikmat itu supaya dapatlah ia menggunakannya menurut cara yang sebaik baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang yang tersebut. Dengan berlakunya keadaan yang demikian, maka sempurnalah kebaikan seseorang meliputi jasmaninya dan rohaninya.
Hadis Ketiga Puluh Satu
ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ﱠنَ أَةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -31 َ َ ُ ﱠﷲ ىً ُ ھ َِ إ َ دَ ْ َ لَ َ َ ِ ْ ْ ِ ِ ْ َْ اْ ِ ُ َ نَ ْ َ ْ ھِ رِ ُ ُ أْ ِ َ ِذَ َ دَ ْ َ وَ ْ ً َ ُ ُ ْ َ َ ُ َ ِ َ ْ َ رِ ُ ُ أُ ْ ِ ِ ْ ِْ اْ ِ ْ َ َ نَ ْ َ ْ ِ ِ آ ً َ آْ ِ َ ِذَ َ آُ ِ ْ َ ٍ ََ . ْ ُ ُ ْ َ َ ُ َ ِ َ ْ َ مِ آ َ َِإ داود واأ وأ) (يا 31 -Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi) Hadis yang ketiga puluh satu ini menerangkan: Kelebihan orang yang mengajak mengerjakan amal yang baik dan sebaliknya.
Huraiannya: Sesuatu amal kebajikan, atau sesuatu perkara yang menyesatkan, menyesatkan, banyak juga dilakukan orang dengan sebab ajakan atau pimpinan atau pun arahan orang lain. Demikian pula orang yang mengajak itu, banyak juga dapat menarik orang-orang melakukan perkara-perkara yang disebarkannya disebarkannya itu sama ada baik atau buruk. Oleh itu, sesiapa yang mengajak melakukan sesuatu perkara, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap perkara itu. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap orang yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal salih, sama ada amal itu kecil atau besar, maka ia diberi pahala sebanyak pahala yang didapati oleh oleh orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan amal yang baik itu tersebar dikerjakan orang.
Sebaliknya, sesiapa yang mengajak mengajak ke jalan melakukan sesuatu amalan sesat, maka ia akan menanggung dosa, sebanyak dosa yang ditanggung oleh orang-orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan perkara yang menyesatkan itu tersebar dilakukan orang. Demikianlah besarnya kelebihan dan kebaikan yang akan didapati oleh orang-orang yang mengajak, memimpin, menunjuk dan menyebabkan berlakunya sesuatu sesuatu amalan yang diredhai Allah; dan sebaliknya amatlah besar padahnya bagi orang-orang yang menyebabkan berlakunya sebarang perkara yang dimurkai Allah `Azza wa Jalla.
Hadis Ketiga Puluh Dua
ﱠَ ﱠ ِ ا َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ َ لَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ﱠ ِ َ ِ َ ًأَ ا ْ اُ ﱠﷲَ ِ ْ ا ﱠْ َ ٍ ِ َ ِ ْ ِ ْ زَ ْ َ -32 ْ ِ ُ َ ْ َ أَ ُ ھْ َ َِإ ٍ ْ ِ ِ ِ َ ب َ ِ َ َ ْ َ ُ َ ُ ِ ِ َ ب ر ﱠُ وَ ُ ﱠُ َ ُهَ ﱢَ ُ ﱠ َ ُ ً ِ َ ي وأا )ا. ( داودأ ٍ ِ َ ِ َ ْ َ ٍ ْ ِ 32 - Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Semoga Allah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan bo leh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud) Hadis yang ketiga puluh dua ini menerangkan tentang: (1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. (2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan "Hafaznya" tidak disyaratkan "Fahamnya".
Huraiannya;
(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara Hadis-hadis Nabi S.A.W.
Orang-orang yang memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amatlah besar jasanya! Apabila mendengar sesebuah hadis, mereka menghafaznya menghafaznya atau menulisnya menulisnya dengan cermat, kemudian mereka menghebahkannya menghebahkannya dengan dengan sepenuh tanggungjawab. Ini bermakna mereka bekerjasama dengan Rasulullah Rasulullah s.a.w. menunaikan kewajipan kewajipan dalam hal mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Dengan yang demikian, sudah selayaknya perkhidmatan mereka mendapat balasan yang sebaik-baiknya. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa perkhidmatan mereka dihargai oleh Baginda dengan mendoakan semoga Allah Taala menyerikan wajah mereka dan menjadikan mereka berpuas hati dengan nikmatnikmat yang dikurniakan kepada mereka di dunia dan di akhirat. (2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan menghafaznya dan memeliharanya betul-betul, tidak disyaratkan memahaminya.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. hendaklah disebarkan. Apa yang mesti disebarkan itu ialah kata-kata yang disabdakan oleh Baginda. Ada pun tentang makna maksud hadis-hadis itu, terpulanglah kepada masing-masing memahaminya, memahaminya, kerana boleh jadi orang yang menyampaikan sesebuah hadis itu tidak memahaminya memahaminya atau kurang mendalaminya, meskipun demikian, ia berkewajipan juga menyebarkannya. Dalam pada itu, boleh jadi orang yang disampaikan kepadanya itu boleh memahami lebih mendalam dari orang yang menyampaikannya.
Bab: 9 Tajuk: WAJIB BERSIKAP IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU DAN AMAL IBADAT Firman Allah Taala, maksudnya: " .. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110, Surah Al-Kahf) " .. hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya kepada-Nya segala ibadat dan bawaan mu." (2, Surah Al-Zumar).
Hadis Ketiga Puluh Tiga
ْ ِ َ ﱠَ َ ْ َ َ ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ﱠ ِ ً ِ ْ َ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -33 ْ ِ َ ْ َ َ ْ ا ﱡ اْ ِ ً َ َ ِ ِ َ ُ ْ ُ َ ُ ِ ُ ِ ﱠِإ ُ ُ ﱠ َ َ َ َ ﱠ َ وَ ﱠ َ ِ ﱠﷲ ُ ْ وَ ِ ِ َ ْ داود واأ )أ. ِ َ َ ِ ا ْم اَ ْ َ ِ ﱠ َ ا ْف ا ( ا َ ْ َ 33- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, Allah, sedang ia tidak mempelajarinya mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat qiamat kelak." ( Abu Daud dan Ibnu Majah) Hadis yang ketiga puluh tiga ini menerangkan:
Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia, buruk padahnya.
Huraiannya: Tiap-tiap perbuatan adalah dinilai menurut tujuan orang yang melakukannya. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh dua orang dengan tujuan yang berlainan, maka berlainan pula nilainya, kerana tujuanlah yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perbuatan itu. Ilmu agama - sebagaimana yang sedia diketahui - adalah dan Allah, untuk menjalankan perintah-perintah perintah-perintah Allah dan beramal kerana Allah. Oleh itu, seseorang penuntut ilmu agama hendaklah membersihkan hatinya supaya ilmu dan amal yang diusahakannya sungguh-sungguh kerana Allah, bukan kerana kepentingan dunia. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa orang yang menuntut ilmu agama untuk mendapat habuan dunia semata-mata, maka ia bukan sahaja tidak memasuki syurga bahkan tidak dapat mencium baunya, kerana orang yang demikian telah menyelewengkan agama Allah dan telah menjualnya dengan habuan-habuan habuan-habuan dunia. Oleh itu sudah selayaknya ia menerima balasan yang seburuk-buruknya. seburuk-buruknya.
Dalam pada itu, janji balas buruk yang tersebut dalam hadis ini, tidak ditimpakan kepada orang yang menuntut ilmu agama dengan ikhlas, kemudian ia beroleh habuan dunia sebagai nikmat pemberian pemberian yang disegerakan Tuhan kepadanya, maka orang yang demikian tidak dikeji oleh syarak, kerana ia tidak menyelewengkan agama Allah dan tujuannya yang sebenar. Mengenai hal ini, Imam Ghazali dan alim ulamak yang lain telah membahagikan penuntut-penuntut ilmu kepada tiga bahagian: Pertama - Orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan untuk keselamatannya pada hari akhirat, maka ia adalah dari orang-orang yang berjaya! Kedua - Orang yang menuntut menuntut ilmu untuk mendapat kemuliaan, kemuliaan, kebesaran dan harta kekayaan, kekayaan, dalam pada itu ia menyedari akan tujuannya yang buruk itu. Orang yang demikian, jika ia bertaubat dan menyelamatkan menyelamatkan dirinya dan perbuatannya yang salah itu maka ia akan termasuklah dalam golongan orang-orang orang-orang yang berjaya, kerana orang yang bertaubat dari dosanya akan menjadilah ia sama seperti orang yang tidak tidak berdosa; dan jika ia mati sebelum bertaubat, adalah ditakuti ia akan mati dalam keadaan Su' al-Khatimah", al-Khatimah", semoga Allah melindungi kita daripada keadaan yang demikian dan dari segala yang membawa kepada "kesudahan yang buruk" itu. Ketiga - Orang yang menuntut ilmu dengan tujuan mendapat harta kekayaan dan pangkat kebesaran, dengan menyangka bahawa ia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah, kerana ia berlagak seperti alim ulama pada pakaian dan tutur katanya; maka orang yang demikian adalah dari golongan yang binasa, kerana ia dihalangi dari bertaubat oleh sangkaannya bahawa ia berada di atas jalan yang benar. Pendeknya orang yang menuntut ilmu dikehendaki menentukan niat dan tujuannya pada tiap-tiap masalah secara khusus satu persatu, atau secara umum - bahawa ia mempelajari ilmu itu ialah untuk menunaikan fardu ain" yang ditanggungnya untuk kewajipan dirinya sendiri, dan yang lebih dan itu hendaklah diniatkan untuk disampaikan kepada orang ramai sebagai "fardu kifayah"; dan janganlah diniatkan sebagai perkara "sunat" kerana pahala "perkara yang difardukan" adalah lebih besar dari itu. Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya dengan ilmu yang diajarkannya itu akan dapat mencapai jalan yang menyampaikan faedahnya kepada segala lapisan masyarakat, dengan perantaraan murid-muridnya dan murid-murid kepada murid-muridnya, meliputi ilmu dan amal yang terus menerus hingga hari qiamat. Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya untuk menyekat dirinya dari melakukan maksiat dengan berlaku taat kepada Allah dan juga menyekat dirinya dari perkara-perkara yang sia-sia dan merugikan. Menurut Imam Al-Qarafi, bahawa sesiapa yang mengajarkan ilmu kepada orang ramai dengan tujuan hendak menjadi orang yang masyhur dan terpuji, maka perbuatannya yang demikian demikian menjadi sebab untuk ia dipulaukan dan tidak diambil ilmu yang disampaikannya.
Hadis Ketiga Puluh Empat
ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ َ ُ ﱠﷲ ُ ْ ِ َ لَ َ ٍ ِ َ ِ ْ ْ َ لُ ُ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ِ ْ َ ْ َ -34 ْ ِ ا َ ُ ا ْ َ وْ َء أَ س ا ﱠَه ُ وُ ِ ِ ف َ ﱡ َ ا ا ﱡ ِ ِ يَ رِ ُ َ ُ ِ وْ َء أَ َ ُ ْا ِ ِ يَ رِ ُ َ ُ ِ َ ْ اَ ََط َ ِ ِ ا ي واا )ا.رَ ا ا ﱠُ ﱠﷲ ُ َخَ دْ َأ ْ ِ ْ َِإ ( ا
34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegahmegah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orangorang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. " (Tirmizi dan Ibnu Majah) Hadis yang ketiga puluh empat ini mengingatkan: Penuntut-penuntut ilmu supaya jangan bertujuan selain dari mentaati Allah serta mendapat keredhaan-Nya.
Huraiannya: Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi menuntut ilmu agama: 1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama. 2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil. 3 - Mendapat pujian orang ramai. Sesiapa yang menjadikan salah satu dan tiga perkara yang tersebut sebagai tujuannya dalam mempelajari ilmu agama, maka amatlah buruk balasannya, kerana kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri bahkan juga membawa kerosakan kepada agama Allah yang dibawa oleh RasulNya. Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana; ada di antara orang-orang yang mempelajari ilmu agama tetapi perbuatannya memburukkan Islam. Ada pula yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam yang dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukan menjadi tujuannya; pada hal tujuan yang tunggal bagi menuntut ilmu agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah Taala dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Hadis Ketiga Puluh Lima
ﱠَ ﱢ ِ ا ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ لَ ﱠوَ ﱠن أِل إَ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ا ﱠِ َ ُ ِ رَ َةَ ْ َ ُ ھ َِ أْ َ -35 َ َ ِ َ َ ِ ا َ َ لَ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ِ ُ ﱠ َ ﱠ َ َ ِ ِ َ ُِ َ َ ِ ْ ْ ُ ا ْ اٌ ُ رَ ْ ِ ْ ْم اَ ْ َ ْ ُ س ا ﱠ َ ُ ِ ا َْ َ َ ﱠ ِ َوَ َ ْ َ َ لَ َ تُ ْ ِ ْ ْ َْ َ لَ َ ْ ِ َ ُ لَ ُ َ ُ نْ َِ َ ُ ا ْ ا ﱠ َ َ ِ َ ِ َ ْ ِ ا ﱠَ َ ٌ ُ رَ وَ رِ ا َ َ َ ُ َ ْ اَ ا ﱠ ِ َ ِ ُْ أ ﱠ َ ِ ِ ْ وَ ِ ُ َ ِ ِ َ ِ ُ أﱠ ُ َ ِ ْ َ َ ءٌ يِ َ ْ ِ َ َ َ لَ َ ﱠَ َ لَ َ ُ ْ َ َ َ َ َ ُ َ َ ِ ُ ﱠ َ ﱠ َ َ ِ ِ َ ُِ َ نَ آْ ُ ا ْ اَأَ َ وَ ُ َ ﱠ َ وَ َ ِ َ ْ ِ ا ْ ِ ا ﱠَ َ َ ﱠ ِ َوَ َ ْ َ َ لَ َ نَ آْ ُ ا ﱠَ وَ َ ُ أَْ َ وَ ُ ُ ْ تَ أَْ َ وَ ٌ ِ َ لَ ُ َ ُ ِ َ ْ اَ ْ ْ ا َ ِ ت ْا َ َ َ ُ رِ ا ا ﱠ ِ َ ِ ُْ أ ﱠ َ ِ ِ ْ وَ ِ ُ َ ِ ِ َ ِ ُ أﱠ ُ َ ِ ْ َ َ ئٌ رِ َ َ ُل ھَ ُ َ ُ ِ نَ آْ ُ ا ْا ﱢُ لِ َ ْ َوأَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ْ َ أْ ِ ُه َ َ َ َ َ ُ َ َ ِ ُ ﱠ َ ﱠ َ َ ِ ِ َ ُِ َ ِ َ ا ْف ا ِ ْ َ و ﱠَ ٌ ُ رَ وَ ِ َ ْ ِ َ َ َ لَ َ ُ ْ َ ْ َ أﱠِ إ ُ ْ َ َ َ َ َ ِ َ ِ َ َ ُ ْ ُ نْ َ أ ﱡ ِ ُ ٍ ِ َ ْ ِ َ لَ َ َ ِ َ
ْ َ َ َ ﱠ ِ َوَ َ ْ َ َ لَ َ َ َ َ ُ ﱠ ُ ِ ِ ْ وَ ِ ُ َ ِ ِ َ ِ ُ أﱠ ُ َ ِ ْ َ َ دٌ اَ َ َ ُل ھَ ُ َ ُ ِ َ ي واا وا) .رِ ا ا ﱠ ِ َ ِ ُْأ (ا 35 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari qiamat ialah: Pertama, orang yang gugur syahid - ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmatNya (yang telah diberikan kepadanya semasa hidupnya) lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: "Aku berperang kerana mematuhi perintahMu perintahMu sehingga aku gugur syahid"; Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (bukan itu tujuan mu), akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan: Engkau berani dan telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga ia dihumbankan dihumbankan ke dalam neraka. Dan kedua, orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya mengajarkannya serta membaca Al-Qur'an - ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: menjawab: Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya mengajarkannya serta membaca AlQur'an kerana mengharapkan keredhananmu"; Allah Taala b erfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu tujuanmu), akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim dan engkau membaca Al-Qur'an supaya orang mengatakan: Si anu seorang qari, maka telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga ia dihumbankan dihumbankan ke dalam neraka. Dan ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan - ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat nikmatNya satu persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: "Aku tidak tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan aku belanjakan padanya, kerana mengharapkan rahmatMu"; Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu tujuanmu), akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan: Si anu itu seorang dermawan, - maka telah pun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap; tertiarap; akhirnya ia dihumbankan ke dalam neraka." (Muslim, Tirmizi dan An-Nasa'i). Hadis yang ketiga puluh lima ini menerangkan:
Akibat buruk yang ditimpakan kepada orang-orang yang menyalahgunakan nikmat-nikmat pemberian Allah kepadanya.
Huraiannya: Nikmat-nikmat Allah yang dikurniakannya dikurniakannya kepada umat manusia amatlah banyak, tidak terhitung. Nikmat-nikmat Nikmat-nikmat pemberian itu meliputi tiga bahagian besar dalam alam kehidupan ini - jasmani, rohani dan kebendaan. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan menerangkan perihal tiga jenis manusia, masing-masing mendapat salah salah satu dari jenis-jenis nikmat yang tersebut, iaitu nikmat jasmani seperti kesihatan dan kekuatan tubuh badan; nikmat rohani seperti ilmu pengetahuan dan amal ibadat; dan nikmat kebendaan seperti wang ringgit dan hasil mahsul. Setelah disoal dan dibicarakan pada hari qiamat, mereka didapati bukan sahaja tidak bersyukur akan nikmat-nikmat pemberian Allah itu bahkan mereka telah menyalahgunakannya dengan tujuan mendapat nama dan dipuji orang semata-mata. Oleh yang demikian berhaklah mereka ditimpa azab seksa yang diterangkan itu.
Hadis Ketiga Puluh Enam
ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ُ ْ ِ َ لَ َ َ َ َ ِ ْ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ َ َِ أِ ْ ِ ْ َ َِ أْ َ -36 ِ كَ َ ْ َن أَ َ ْ َ دٍ َ ُ دىَ َ ْم اَ ْ َ س ا ﱠُ ﱠﷲ َ َ َ ذاَ ِل إُ ُ َ َ ا ِ ِ َ ْ رَ َ مٍْ َ ِ ِ َ َ ِ ا ُ ْ َ َْ اً َ َ أِﱠِ ُ ا ﱡ َ ْ َ أَ ﱠن ﱠﷲِ َ ِ ﱠﷲِ ْ ِ ْ ِ ُ ا َ ِ َ ٍ َ َ ْ َ ِ ْ َ ءِ َ َ ا َ اَ َ ْ ا ﱢ )ا.كِ ْ ا (يا 36- Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila Allah Taala menghimpunkan manusia pada hari qiamat pada hari yang tidak ada sebarang syak tentang tetap berlakunya, - (pada hari itu) menyerulah malaikat penyeru: penyeru: "Sesiapa mempersekutukan mempersekutukan (Allah dengan) mana-mana makhluk dalam sebarang sebarang amal yang dikerjakannya kerana Allah, Allah, maka hendaklah ia meminta pahalanya daripada daripada yang lain dan Allah, kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amal yang dipersekutukan Dia dengan makhluk yang lain." (Tirmizi) Hadis yang ketiga puluh enam ini menerangkan tentang:
(1) Peristiwa berhimpun di padang Mahsyar. (2) Keputusan perbicaraan masing-masing akan dihebahkan dalam perhimpunan itu.
Huraiannya: Di antara peristiwa-peristiwa peristiwa-peristiwa yang akan ditempuh oleh setiap orang pada hari qiamat kelak ialah peristiwa berhimpun di padang Mahsyar. Susah senang atau berat ringannya kesusahan yang akan dirasai di situ adalah bergantung kepada amal masing-masing. masing-masing. Setelah puas menunggu, masing-masing pun dibicarakan, dihisab dan ditimbang amalnya, kemudian diisytiharkan keputusan perbicaraan itu. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., s.a.w., menerangkan: Bahawa pada saat itu malaikat akan menghebahkan kepada umum: Sesiapa yang melakukan syirik - mempersekutukan mempersekutukan mana-mana makhluk dengan Allah dalam amalnya, amalnya, hendaklah ia meminta balasannya kepada makhluk itu, kerana Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amalan syirik. Pada ketika itu orang-orang yang bersalah akan menyesal, menyesal, tetapi sesal kemudian tidak ada gunanya. Maka wajiblah wajiblah dibersihkan segala amalan dari tujuan yang lain daripada mengharapkan keredhaan Allah.
Hadis Ketiga Puluh Tujuh
ﱠَ وَ ْ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ َ ْ َرأَ َل أَ َ َ َ ِ ْ ا ﱠ َِ إٌ ُ رَ ءَ َ لَ َ َ َ َ ُ أ َِ أْ َ -37 َ ﱢ ِ ا ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ َ ُ َ َ َ ْ ا َ َ ُ ﱠﷲ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ ﱢواَ َ ْ َْ ا ُ ِ َ َْ اَ َ ً ُ رَ ﱠَ وَ ْ ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ ُ َ لُ ُ َ ت َ َ ُ ﱠﷲ ُ َ ءَ ْ َ َ َ ِ ْ ٍ اﱠ َ ثَ َ َ َدھَ َ َ َ ُ َ ءَ ْ َ داودأ )أ. ُ ُ ُ ْ وَ ِ ِ َ ِ ْ ُ ا ْ واَ َ َ ﱠِ إِ َ َ ا ْ اْ ِ ُ َ ْ َ َ َ ﱠن ﱠﷲِل إَ َ ﱠ ُ ً ِ خَ ُ َ نَ ( ا وا 37- Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi pergi berperang untuk mencari mencari pahala dan nama yang terpuji, terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya." ( Abu Daud dan An-Nasa'i) Hadis yang ketiga puluh tujuh ini menerangkan bahawa:
Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah. Allah.
Huraiannya: Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak. Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan menyatakan bahawa orang itu itu tidak beroleh beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.
Bab: 10 Tajuk: NILAI SEGALA AMAL BERDASARKAN NIAT Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia (15, Surah Hud). "Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan faedah akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan kepada faedah ditujunya itu." (20, Surah As-Syura). "Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan tujuan mendapat keredhaan Allah maka sudah tentu Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar. " (114, Surah An-Nisa').
Hadis Ketiga Puluh Lapan
ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ُ ْ ِ َ لَ َ ُ ْ ِ ْ ﱠ َ ا ْ اِ ْ َ َ ُ ْ َ -38 َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ ِ رَ ب ِ ﱠَ وَ ﱢ ِ لُ َِإ ُ ُ َ ْ ھِ ْ َ َ ْ َ َ ىَ َ َ ئٍ ِ ا ْ اﱢ ُ ِ َ ﱠِوإَ ت َ ْ َْ ا َ ﱠِل إُ ُ َ َ ِ ﱠ (و ري وا )ا. ْ ِ ْ َِ إَ َ ُ ِ ْ َ ةٍ َأَ ا ْ ا َِو إْ َ أ ُ َ ُ ُ َ َ ھ َ َِإ ُ ُ َ ْ ِ َ ُ ِ ُ َ ْ دُ 38 - Dari Umar bin Al-Khattab ra., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal (gerak geri anggota zahir manusia yang disengajakan) tidak berlaku melainkan dengan adanya satu-satu niat dan sesungguhnya tiap-tiap seorang, hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas yang tersebut, sesiapa yang berhijrah dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menyampaikannya menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan seorang perempuan, perempuan, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa yang ditujunya sahaja". (Bukhari dan Muslim) Hadis yang ketiga puluh lapan ini menerangkan: Nilai segala amal berdasarkan niat.
Huraiannya: Perkataan "Niat" bererti: (1) Tujuan yang membangkit dan menggerakkan hati seseorang "hendak" melakukan sesuatu perkara yang tertentu. (2) Perasaan berbangkitnya dan tergeraknya hati hendak melakukan perkara itu. Pengertian yang pertama menjadi asas untuk menilai baik buruknya perkara yang hendak dilakukan itu. Pengertian yang kedua pula menjadi asas untuk diiktiraf dan dikirakan perkara yang dilakukan itu.
Tiap-tiap satu perbuatan atau amal yang dilakukan oleh seseorang tak d apat tidak didorong oleh niatnya; dengan sebab itu maka tiap-tiap amal - yang baik dan yang buruk - dinilai berasaskan niat orang yang melakukannya. Cara menilai yang demikian menjadi asas bagi segala amal dalam Islam. Menurut asas yang tersebut maka satu-satu amal yang dikerjakan oleh dua orang dengan dorongan dua niat yang berlainan maka nilainya dikira berlainan pula. Bagi menjelaskan keadaan asas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda menerangkan amal berhijrah sebagai contoh. Berhijrah - dari Mekah ke Madinah - pada masa itu adalah diwajibkan atas orang-orang Islam. Dalam pada itu amalan berhijrah itu diberi nilaian yang berlainan dengan sebab berlainan niat orang yang melakukannya, sebagaimana yang ternyata dari sabda Baginda dalam hadis ini.
Soal Niat:
Sebelum memulakan sesuatu amal hendaklah terlebih dahulu memperbaiki niat dan keikhlasannya, dan hendaklah mengambil tahu dan memikirkan halnya dengan teliti, teliti, kerana niat itu menjadi asas dan segala amal tetap menjadi pengikutnya; - jika baik niat seseorang maka baiklah amalnya dan jika buruk dan rosak niatnya maka b uruklah dan rosaklah pula amalnya.
Oleh itu, tiap-tiap seorang janganlah ia menuturkan sesuatu perkataan atau mengerjakan sesuatu amalan atau berniat hendak menjalankan sesuatu urusan, melainkan hendaklah ia menjadikan niatnya semata-mata untuk " bertaqarrub" (mendampingkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Taala bagi amal yang diniatkan itu. Benar atau tidaknya niat yang didakwakan oleh seseorang: Disyaratkan bagi benarnya niat seseorang hendaklah disertakan dengan amal; maka sesiapa yang menuntut ilmu misalnya dan mendakwa bahawa niatnya pada mencapai ilmu itu ialah untuk beramal dan mengajarkannya, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapat ilmu itu, maka nyatalah niatnya yang tersebut tidak benar. Juga sesiapa yang mencari kekayaan dunia dan mendakwa bahawa ia mencari kekayaan dunia itu ialah dengan tujuan "berdikari" - tidak bergantung kepada orang dan kerana hendak membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, memberi sedekah kepada fakir miskin dan melakukan silaturahim kepada kaum kerabat, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapatnya, maka nyatalah tidak benar niatnya itu.
Niat tidak dapat mengubah keadaan maksiat:
Sebenarnya niat itu tidak memberi kesan dan tidak dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu perbuatan buruk atau sesuatu maksiat. Perkara yang buruk tetap buruk, walaupun orang yang melakukannya melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan dengan niat yang baik. Misalnya: Orang yang meminum arak dengan niat hendak menguatkan badan untuk berbuat ibadat konon, maka niatnya yang demikian tidak menjadikan menjadikan perbuatannya itu baik, bahkan niat mendampingkan diri dengan melakukan maksiat itu dikirakan niat yang jahat dan niat itu juga menambahkan kejahatan kepada maksiat yang dilakukan itu.
Oleh itu, tiap-tiap seorang sayugianya berusaha dengan bersungguh-sungguh menguasai niatnya untuk mengharapkan keredhaan Allah semata mata, mata, dan sayugianya pula meniatkan ketika melakukan melakukan perkara-perkara yang harus sebagai bantuan untuk menolongnya mengerjakan taat kepada Allah Taala. Elok juga diketahui bahawa sesuatu amal boleh dihimpunkan padanya beberapa niat dan orang yang mengerjakannya mendapat pahala bagi tiap-tiap niat yang diniatkannya itu. Misalnya: Dalam perkara-perkara perkara-perkara taat, apabila seseorang membaca Al-Qur'an Al-Qur'an hendaklah meniatkan untuk bermunajat dengan Allah Taala, kerana orang yang membaca Al-Qur'an adalah orang yang bermunajat dengan Tuhannya; dan hendaklah juga meniatkan untuk mendapat ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an menjadi sumbernya dan juga hendaklah ia meniatkan untuk mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri dan pendengar-pendengarnyaa dengan bacaan Al-Qur'an itu; dan lain-lain lagi dan niat-niat yang baik. pendengar-pendengarny Dalam perkara-perkara yang harus pula, apabila makan minum hendaklah ia meniatkan untuk mematuhi perintah Tuhannya yang yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang yang beriman, makanlah dari benda-benda benda-benda yang baik lagi halal yang Kami kurniakan kepada kamu," dan juga meniatkan dengan makan minum itu untuk mendapat tenaga dan kekuatan yang memudahkannya mengerjakan taat kepada Allah Taala dan juga meniatkan untuk melahirkan syukur kepada Allah yang memerintahkan dengan firman-Nya, maksudnya: "Makanlah kamu dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya" dan demikianlah seterusnya yang sayugianya dilakukan mengenal niat-niat yang baik. Sayugia diketahui, seseorang itu tidak sunyi - sama ada ia berniat - untuk melakukan sesuatu perkara dari salah satu dari tiga keadaan: Pertama - Bahawa ia berniat serta bertindak melakukannya. Kedua - Ia berniat dan tidak bertindak melaksanakannya sedang ia boleh bertindak; maka hukum keadaan niat yang demikian dan keadaan niat yang pertama ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (seperti yang akan dinyatakan dalam hadis 39); Ketiga - ia berniat untuk melakukan sesuatu perkara, sedang ia tidak mampu melakukannya, lalu ia berkata dalam hatinya: "Kalaulah aku terdaya melakukannya nescaya aku lakukan," maka ia beroleh balasan bagi apa yang diniatkannya itu, sama seperti yang didapati oleh orang yang mengerjakannya. Hendaklah diingat lagi, sesuatu amal itu ada kalanya dikerjakan dengan perasaan riak semata-mata dan ada kalanya bercampur dengan riak. Kedua-dua jenis ini tidak ada pahala padanya bahkan haram dilakukan. Demikian Demikian juga tidak ada pahala bagi mana-mana amal yang dikerjakan semata-mat semata-mataa dengan tujuan mendapat keuntungan dunia, seperti berjuang di medan perang untuk mendapat harta rampasan sahaja; tetapi kalau perjuangannya itu untuk meninggikan agama Allah serta mendapat harta rampasan rampasan perang, maka perjuangannya yang tersebut mendapat mendapat pahala, walaupun tidak tidak sepenuhnya. sepenuhnya. Selain dari itu, sesiapa yang melakukan sesuatu sesuatu amal ibadat, kemudian terlintas di hatinya perasaan perasaan riak semasa ia mengerjakannya, lalu ia menolaknya dengan serta merta maka tidaklah tercacat amal ibadatnya itu; masalah ini diakui sahnya secara ijmak. Kalau ia teruskan perasaan riak itu maka hampalah amal ibadatnya ibadatnya yang tersebut dari beroleh pahala - kalaulah perkara yang dikerjakannya itu berhubung antara satu dengan yang lain hingga ke akhirnya, seperti yang terdapat terdapat dalam sembahyang dan juga yang terdapat di dalam amalan haji; tetapi kalau perkara yang dikerjakannya itu tidak berhubung antara satu dengan yang lain, seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih dan bertahlil, maka ia hanya mendapat pahala bagi bahagian yang tidak ada perasaan riak padanya; kalau pula satu-satu amal ibadat yang dikerjakan itu sempurna dan bersih suci dari segala yang mencacatkannya, kemudian ia dipuji orang lalu ia bergembira dengan pujian itu, maka yang demikian tidak merosakkan ibadatnya yang telah sempurna itu.
Hadis Ketiga Puluh Sembilan
ﱠَ وَ ْ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ ويِ ْ َ َ ِ َ ِ ْ ا ﱠْ َ ُ َ ُ ْ اْ َ -39 َ ﱢ ِ ا ِ رَ س ٍ ﱠ َ ِ ا ﱠَ ھْ َ َ َ ِذَ َ ﱠ َ ﱠ ُ ت َ ﱠ ﱢ ا وا ﱠَ ت ْ اَ َ َ َ ﱠن ﱠﷲِل إَ َ َ َ َ وَ كَ رَ َ َ ﱢ ِ ر ﱢَ ْ َ ِ ﱢ ِ َ َ َ ا ْ َ ْ َ ْ ََ ٍ َ َ َ ِ ْ ِ ُ ﱠﷲ َ ِ َ َ َ ِ ﱠَن ھْ ِوإَ ً َ ِ َ ً َ َ َ ُهَ ﱠ َ ُ ﱠﷲ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ِ ﱠ َ وَ ْ َ أ َِ إ ْ َ َِت إ ٍ ﱢ َ ﱢ َ ِ ﱠَن ھْ ِوإَ ةٍ َ ِ َ ف ٍ َ ٍ ْ ٍ َ َ َ َ ْ َ ُهَ ِ ِ َ ِ ِ ْ َ ْ َ ْ ََ ْ ِ ُ ﱠﷲ َ َ َ َ َ ِ َ َ َ ِ َ ً َ َ َ ُهَ ِ واَ ً ﱢ َ ﱢ َ ُ ﱠﷲ َ َ َ َ َ َ ِ ﱠَن ھْ ِوإَ ً َ ْ .ًةَ ا ري وا )ا (و 39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa: (1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya. (2) Niat seseorang ada nilainya.
Huraiannya: (1) Soal kebaikan dan kejahatan: Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat, tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan yang jahat itu.
Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.
(2) Nilaian Niat:
Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya. Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja. Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.
Hadis Keempat Puluh
ﱠَ ِل ﱠﷲَ ُ رَ َ َ ُ ﱠﷲ ُ ْ ِ َ لَ َ ر ﱢيِ َ ْ َْ ا َ ْ ْ َ َِ أْ َ -40 لُ ُ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ َ ُ َ ٌ َ َ ُ َ ا َ َ ُ ِ ْ ُي أِ ا َ َ ُ ِ ْ ُث أ ْ َ ُ ﱠِ َ ﱠ ْ ِ ْ ث اﱠ ا ﱠ ﱠَ َ لَ َ ُه ً ِ َ ْ ُ ُ ﱢ َ ُوأَ ﱠ ْ ِ ْ َ َ ُ ِ َ ْ َ ِ ٌ ْ َ َ ٍ َ ْ َ َ ُِ ظَوَ ٌ َ َ ْ َ لَ َ ﱠ َ وَ ﱠ َ ُ ﱠﷲُدهَ زاَ ﱠِ إ ْ َ ْ َ َ ٍ َ ﱠ َ ْ َ ُ َ ْ َ َوَ اًّ ِ ً ِ َ ْ ُ ُ ﱢ َ ُي أِ ا اﱠ ﱠَوأَ ٍ ْ َ بَ َ ُ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ﱠِإ ٍ ََ ْ َ بَ َ ٌ َ ِ ْ ِ وَ ً َ ﱠ َ وَ ﱠ َ ُ ﱠﷲ ُ َ زَ رَ ٌ ُ َ ْ َ ٍ َ َ ِ َ َ رْ َِ َ ْ ا ْ َ َ ُ َ ً ﱡ ا َ ﱠِل إَ َ ُ ﱠِ َ ُه َ ْ َ وَ ُ َ ِ رَ ِ ُﱠرَ َ ْ َ ِ اَ َ َ لَ َ ُ ﱠ َ ِ ِ ﱠ َ وَ ﱠ َ ِﱠِ ُ ْ ِ ِ ُ ِ َ وَ ﱠ ِ ِ ِ ﱠ َ ْ ِ ﱠ َ وَ ﱠ َ ُ ﱠﷲ ُ َ زَ رَ ٌ ْ َ وَ لَ َ لِ زِ َ َ ا نَ َ ْ َ لُ ُ َ َ ُ َ لَ َ ً َ ُ ْ زُ ْ َ ْ َوَ ً ْا ْ ِ َ لٌ ُ ْ َ وَ لَ َ ءٌ اَ َ ُ ْ زُ ْ َ ْ َوَ ً َ ُ ﱠﷲ ُ َ زَ رَ ٌ َ ُھُ ْ َ َ لَ َ نٍ َ ُ ِ َ َ ِ َ ِ ْ ِ ِ ْ ِ ُ ِ ْ َ َ ُ َ ً ْ َ ِ ِ ِ َ ِ ُ َ ِ رَ ُﱠرَ ِ ِ ُ ِ َ َوَ ﱠ َ وَ ﱠ َ ﱠ ِ ِ ِ ﱠ َ َ ٍ ْ ِ َوَ ً َ ُ ﱠﷲ ُ ْ زُ ْ َ ْ َ ٌ َ ْ َ َوَ ْ َ وَ لَ َ لِ زِ َ َ ا َ ُ َ ً ْ ا ِ َ خْ َ ِ اَ َ َ ُ ﱠ َ ِ ِ ِﱠِ ُ ْ ْ ِ َ َ لٌ ُ .ءٌ اَ َ ُرھُ زْ ِ َ ُ ﱠ ُ ﱠ ِ َ ھِ لَ َ نٍ َ ُ ِ َ َ ِ َ ِ نَ َ ْ َ لُ ُ َ َ ِ ِ ي وا )ا (هو 40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar:
"Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat orang yang tidak dikurniakan dikurniakan Allah dengan harta dan tidak tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang yang dilakukan oleh si anu itu", maka maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. " (Tirmizi dan Lain-lainnya). Lain-lainnya). Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang: (1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk. (2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.
Huraiannya: Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan. Pertama - Perkara bersedekah.
Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya. Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:
Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya. Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat. Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:
Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya. Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.
Sayugia diketahui bahawa: (a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu: Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya. Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana. Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya. masyarakatnya. (b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa: (1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya. membanyakkannya. (2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya. (3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun. (c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya. (d) Bagi mengelakkan mengelakkan keburukan akibat akibat meminta sedekah, sedekah, maka Nabi Muhammad Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama. Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya: (1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.
(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegahmegah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam (3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya. sebagainya.
(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan. (5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan (e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Niat yang suci dan sebaliknya.
Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan). Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya. padahnya.
Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu. Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini
Hadis Keempat Puluh Satu
ﱠَ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ ْ َ َ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ وُ ْ َ َ ﱠ َ وَ ْ ِ ْ َ ِ رَ ُ َ ِ َ ْ َ -41 ُ ُْ ْ َ َ ْ ھِ ِ خِ وآَ ْ ِ ِ ﱠوَ ِ ُ َ ُ ْ َ ٌ َ ْ ُ ض َ ْ َ ا ْش ا ِ رْ َْ اْ ِ ءَ اَ ْ َ ِ ا ُ َ ذاَ ِ َ َ ْ ْ ِ ُ َ ُ ْ َ ِل ﱠﷲَ ُ رَ لَ َ ْ ُ ُ اَ ْ َ أْ ْ ُ َ َ ْ َ ْ َ وَ ْ ُ ا ِ ِ وَ ْ ھِ ِ خِ وآَ ْ ِ ِ ﱠوَ ِ َ َ نَ ُ ْ ُ َ ُ (و ري وا )اْ ِ ﱠ ِ ﱠ ِ َ ُ ْ ُ ﱠ ُ ْ ھِ ِ خِ وآَ ْ ِ ِ ﱠوَ ِ ْ ُ 41 - Dari `Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka'bah, maka apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya!" Sayidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya "Ya Rasulu11ah! bagaimana mereka ditimbuskan seluruhnya pada hal ada di antaranya orang-orang yang berjual beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?" Baginda menjawab: "(Ya!) mereka seluruhnya ditimbuskan, ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan masing-masing dibalas) menurut niatnya." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang keempat puluh satu ini menerangkan: (1) Akibat buruk orang yang mencabuli sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala.
(2) Sesiapa yang berada dalam kalangan orang-orang yang melakukan maksiat atau fitnah kekacauan akan menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka. (3) Balasan akhirat berdasarkan niat masing-masing.
Huraiannya: (1) Akibat buruk orang-orang yang mencabuli kehormatan sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala:
Tiap-tiap sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala, Taala, sama ada hukum, masa, tempat atau hamba Allah yang dikasihi Nya; wajiblah dimuliakan dan dihormati sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang mencabulinya, maka buruklah padahnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini. (2) Orang yang ada bersama dalam kalangan orang-orang yang melakukan perbuatan yang durjana, akan ditimpa bala bencana:
Biasanya mala petaka dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala menimpa orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang akan merangkum orang-orang orang-orang yang tidak bersalah yang ada bersama, meskipun keadaan kedua-dua golongan itu berlainan. (3) Balasan akhirat diberi berdasarkan niat masing-masing:
Balasan akhirat adalah menurut hakikat sesuatu sama ada baik atau buruk. Misalnya: Dua orang mati bersama dalam perjalanan ke pasar. Yang seorang berniat hendak membeli barang dan yang seorang lagi hendak mencuri, maka pada hari qiamat kelak, keduanya akan menerima menerima balasan menurut niat masing-masing. Hadis Keempat Puluh Dua
ﱠَ وَ ْ ْ َ ُ ﱠﷲَ َ َ ُ ﱠﷲ ﱠ َ َ ِ ْ َ ُ ْ اْ َ -42 َ ِل ﱠﷲُ ُ رَ لَ َ لَ َ ُ ِ رَ س ٍ ﱠ َ ِ ا ري وا )ا. ﱠ ٌﱠ ِ وَ دٌ َ ِ ْ ِ َوَ ِ ْ َ ا ْ اَ ْ َ َةَ ْ ھِ (و 42 - Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. - pada hari kemenangannya menguasai Mekah Al-Mukarramah - bersabda: "Tidak dituntut lagi berhijrah sesudah berlakunya kemenangan menguasai Mekah, tetapi perjuangan agama dan niat yang baik masih dituntut." (Bukhari dan Muslim) Hadis yang keempat puluh dua ini menerangkan: Ada jenis amal kebajikan yang terhad masanya, tetapi perjuangan agama dan niat yang baik sentiasa dituntut:
Tiap-tiap seorang dituntut mengerjakan amal kebajikan terutama yang tinggi nilainya. Dalam pada itu, ada di antara amal-amal kebajikan yang telah habis masanya, tidak ada peluang lagi bagi o rang-orang yang datang kemudian untuk mengerjakannya. Hal keadaan yang demikian tidaklah seharusnya menyebabkan sesiapa merasa kekurangan, kerana masih banyak lagi yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa jika sungguh-sungguh hendak berbakti.
Orang-orang Islam dalam zaman Nabi Muhammad s.a.w. , diwajibkan berhijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinab Al-Munawarah, untuk mendapat kebebasan menjalankan hukum-hukum agamanya dan untuk meneruskan penuangan menegakkan agama Allah, kerana kaum musyrik yang menguasai Mekah pada masa itu bermaharajalela menindas orang-orang Islam. Amalan berhijrah dalam keadaan yang demikian merupakan satu amal bakti yang sangat tinggi nilainya. Tetapi setelah Baginda berjaya menguasai Mekah dan menegakkan kalimah tauhid di tanah suci yang bersejarah itu maka amalan berhijrah dari situ tidak dituntut lagi. Sebaliknya perjuangan agama dan niat yang baik tidak terhad masanya bahkan sentiasa dituntut diamalkan oleh tiap-tiap seorang Islam, selagi hayat dikandung badan. Dalam pada itu sayugia diingat, bahawa ada lagi amalan berhijrah yang masih wajib dilakukan oleh setiap orang yang mampu, iaitu berhijrah dari tempat yang padanya tidak mendapat kebebasan menjalankan perintah-perintah agama ke tempat yang mendapat kebebasan berbuat demikian; dan dari tempat yang bergelumang dengan maksiat ke tempat yang bersih atau yang kurang maksiatnya; juga dari tempat yang padanya sukar mendapat ilmu pengetahuan Islam yang wajib dipelajari, ke tempat yang boleh mendapatnya. Bagi mencapai kesempurnaan amalan hijrah itu, maka tiap-tiap seorang hendaklah melakukannya dengan tujuan dan niat yang mulia dan murni