Tamadun Islam
SENI UKIR DAN SENI LUKIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS
Seni merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam. Al -Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Menurut Al -Ghazali pula, seni bermaksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah. Seni Ukir dan Seni Halus merupakan satu cabang daripada kesenian Islam. Walaupun tiada bantahan secara umum terhadap seni lukis mahupun seni ukir dalam Islam, namun ada beberapa LARANGAN menurut perspektif Islam yang perlu diberi diberi perhatian, perhatian, iaitu: I.
Larangan Membuat Lukisan/Meng ukir Objek Atau Motif Dalam Bentuk Makhluk Bernyawa
Menggambar dan mengukir manusia, binatang, dan segala yang ada roh adalah haram dan termasuk dosa besar. Menggambar setiap yang memiliki roh adalah haram, walaubagaimanapun caranya dan di atas apa jua sekalipun. Seperti yang telah diceritakan oleh Said Bin Abu Al-Hasan; Al- Hasan; ³Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas r.a., katanya; Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang membuat gambar ± gambar ini, maka berilah fatwa tentangnya´. Katanya; ³Dekatlah padaku´. Lalu dia mendekatinya. Kemudian dia berkata kepada lelaki itu; ´Dekatlah lagi padaku´. Lalu dia mendekatinya sehingga dia meletakkan tangannya di atas kepala lelaki itu. Katanya; ³Aku akan memberitahu kamu apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,´Setiap orang yang mengambil gambar berada di dalam neraka, setiap gambar yang dibuatnya itu dijadikan bernyawa dan ia akan menyiksanya di dalam neraka jahanam´ Kata Ibnu Abbas; Kalau kamu terpaksa membuat juga maka buatlah
gambar
pokok
dan
benda
yang
tiada
nyawa. 1
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
Tamadun Islam Para
penafsir hadis ini berpendapat bah awa membuat gambar secara inklusif
(seni lukis) pada dasarnya memang dibolehkan dalam agama Islam. Namun yang membezakan pendapat para ulama terhadap seni lukis ini adalah dalam bentuk objek dan motif yang dilukiskan. Sebahagian ulama berpendapat, maksud Hadis di atas melarang seseorang membuat gambar dengan objek atau motif dalam bentuk sesuatu makhluk bernyawa, seperti gambar manusia atau gambar binatang. Dan sangsi yang disebutkan berarti larangan membuat gambar. Yang dilarang jika gambar itu dapat diraba bentuknya, seperti relif atau arca. Namun, melukis gambar-gambar makhluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari, bulan dan benda keras tidak bernyawa maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidaklah berdosa melakukannya. Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar -gambar antaranya; Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa
"
Rasullulah saw bersabda bermaksud' Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar . "
Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: "
Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang
yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia ,. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka "
gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
2
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
Tamadun Islam
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar -gambar, maka
"
setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu beg itu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan du a sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran . "
Daripada Jabir r.a. katanya; Rasulullah s.a.w telah melarang meletakkan gambar dalam rumah dan melarang daripada membuatnya.
(Riwayat At-Tirmidzi) Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas¶ud r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda; ³Sesungguhnya manusia yang paling dahsyat siksanya pada hari kiamat ialah orang yang membuat gambar.´
Rasulullah s.a.w. juga bersabda; ³Sesungguhnya orang ± orang yang membuat gambar ini akan diazabkan pada hari kiamat, akan dikatakan kepada mereka; ³Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan´.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r.a.)
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
3
Tamadun Islam
II.
Larangan Melukis/Mengukir Sesuatu Yang Disembah Selain Allah S.W.T
Sabda Nabi s.a.w.;
³Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah
(Riwayat Imam Muslim).
para pelukis´.
Berkata Imam at-Tabari; ³Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah«´.
III.
Larangan Melukis/ Mengukir Dengan Tujuan Menandingi Ciptaan Allah
Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya;
³Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah´. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari µAisyah r.a.)
Selain dalil ± dalil yan diperolehi daripada Al -Quran dan Hadis, menurut Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya, µ Al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam¶, terdapat larangan ± larangan lain yang perlu diambil perhatian ke atas penghasilan lukisan/ukiran seperti berikut:I)
Larangan Membuat Lukisan/Ukiran Merujuk Kepada Malaikat,
Para
Nabi dan Para Sahabat.
Malaikat, para Nabi dan para sahabat merupakan orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka. Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
4
Tamadun Islam
II)
Larangan Membuat Lukisan/Ukira n Gambar Tokoh ± Tokoh
Yang
Kufur, Zalim atau Fasik.
Gambar tokoh ± tokoh yang kufur, zalim atau fasik yang dinyatakan adalah merujuk kepada pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi Syari¶at Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama. III)
Larangan Membuat Lukisan/Ukiran Yang Dilarang Oleh Syarak.
Antara lukisan/ukiran yang dilarang oleh syarak ialah gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan menggairahkan nafsu dan lain ± lain.
Apabila sesuatu itu dilarang oleh Islam, maka hukum melakukannya adalah haram, dan melakukannya adalah termasuk dosa besar kerana wujudnya pelaknatan terhadap pelakunya. Menurut Kitab Fikah Mazhab Syafie, karangan Dr. Mustofa Al Khin et al (1999), pengharaman adalah sama sahaja bagi tukang gambar dan orang yang datang kepada tukang gambar untuk digambar kerana dia membantu melakukan maksiat walaupun azab tukang gambar adalah lebih dahsyat dan dosanya lebih besar. Manakala hal ± hal seperti memiliki, membawa dan menyimpan gambar yang di dalamnya ada gambar haiwan ataupun manusia, sekiranya ia dimuliakan di dinding dan di baju, maka ianya wajib ditanggalkan dan dihapuskan. Jika ianya berada di kedudukan yang tidak dimuliakan seperti di atas tikar yang dipijak, bantal atau kusyen yang diduduk di atasnya, dan seumpanya yang berbentuk diperlekehkan maka ia tidak haram.
5
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
Tamadun Islam
Tambahnya lagi, pengecualian daripada pengharaman menyimpan dan memiliki gambar adalah seperti berikut:I.
Anak kecil bagi gambar (patung) permainan mereka. Aisyah r.a.; ³ Dia pernah bermain dengan anak-anak patung di sisi Rasulullah s.a.w. ; Katanya,´ Teman-temanku juga pernah datang bermain bersamaku. Mereka bersembunyi kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Kata Aisyah; Rasulullah s.a.w. telah menyuruh mereka bermain bersamaku. ´
II.
Keadaan darurat. Apabila terpaksa atau ada keperluan keselamatan untuk mengambil atau menyimpan gambar mengikut kadar darurat dan keperluan itu.
6
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
Tamadun Islam
KONSEP TAMADUN ISLAM Konsep Tamadun Islam
bertunjangkan kepada empat perkara iaitu; asas ± asas, sumber ±
sumber, matlamat dan ciri ± ciri Tamadun Islam. Tamadun Islam merupakan pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai ± nilai seni. Syed Muhammad Naquib Al -Attas mentakrifkan tamadun Islam sebagai k eadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusia mencapai kejayaan yang hakik i di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana menawarkan garis panduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di dalam ajaran Isla m. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas dan dasar kepada Tamadun Islam. Aqidah berasal dari perkataan µaqada¶ yang bermaksud ikatan atau simpulan. Aqidah adalah kepercayaan yang teguh, tidak mungkin berbelah bahagi walau dengan apa cara sekalipun. Aqidah adalah merupakan keimanan kepada Allah S.W.T. dan ajaran Rasul -Nya. Konsep beriman kepada Allah meliputi beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjukNya. Syariah dari segi bahasa adalah sumber air, cara, dan jalan yang lurus mengikut Al Quran. Secara istilah, syariah merupakan hukum -hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya melalui RasulNya. Syariat Islam merupakan pemacu pembangunan ummah.
Pembangunan
ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya
dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat. Barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal yang dipandu oleh akal manusia semata -mata. Akal manusia terbatas kerana manusia tidak mampu memikirkan keperluan manusia yang lain secara meyeluruh. Keperiuan manusia hanya diketahui oleh Allah taala kerana Dia lah yang menciptakan manusia. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objek tif yang utama antaranya ialah untuk mendidik manusia, memelihara lima perkara asas dalam Islam, dan menegakkan keadilan.
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
7
Tamadun Islam
Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh tuhan adalah lemah yang memerlukan pertolongan dari tuhan dalam menghadapi cabaran yang berlaku. Kehidupan di dunia ini penuh dengan cubaan dan ujian sebagai mana yang disebut di dalam surah al-Kahfi ayat 7; ³Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.´
Oleh itu syariah diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai -nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan member! manfaat kepada yang lain. Objektif kedua syariah ialah memelihara lima perkara yang menjadi tunjang dan pokok bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara ini disebut sebagai maqasid syariah . Tuntutan penghayatan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini merangkumi penghayatan terhadap kehidupan peribadi seperti penghayatan terhadap rukun Islam. Mereka yang menghayati tuntutan hukum ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan masyarakat.
Penghayatan
yang kedua berkait dengan perhubungan masyarakat
terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya. Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untu k menghukum sipenjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang -undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir. Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunk an manusia supaya mereka maju di dunia dan akhirat. Menurut Islam, kestabilan sesuatu masyarakat bergantung kepada penggabungan kedua-dua aspek iaitu fizikal dan rohani. Ini dapat ditunjukkan melalui tertegaknya keadilan dalam sesebuah masyarakat sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Hadid ayat 25. µDia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.¶
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
8
Tamadun Islam
Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana memiliki ciri ciri keistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia.
Merangkumi hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengatur hubungan dengan tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan tanggung jawab suami isteri, ibu bapa ke atas anak -anak dan sebaliknya. Begitu juga dalam transaksi seharian seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan seumpamanya. Syariat juga mengatur hubungan antara bangsa seperti peraturan peperangan, hubungan diplomatik dan lain -lain. Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. ini dijela skan oleh Allah di dalam surah al Baqarah ayat 286. ³Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkat a): ³Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang -orang yang terdahulu daripada k ami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum -kaum yang kafir´.
Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalah masih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun undang undangnya. Syariat Islam juga adalah syariat y ang bersifat kemanusiaan. Syariah mewajibkan tolong menolong, zakat, wakaf, sedekah dan lain -lain. Ini dijelaskan di dalam surah al-Maidah ayat 2. ³Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar -syiar ugama Allah, dan mengenai bulan -bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang -orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari lim pah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali -kali kebencian kamu kepada suatu kaum ker ana Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
9
Tamadun Islam
mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al -Haraam itu ± mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong -tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong -tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). ³
Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal di mana setiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh kudrat manusia. Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam syariat Islam kita tidak akan menemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada hambaNya adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Contohnya dalam ibadah seperti sembahyang, puasa zakat, haji dan lain-lain lagi. Allah tidak mewajibkan kita sembahyang sepanjang masa tetapi hanya lima kali sehari semalam. Allah tidak mewajibkan kita berpuasa sepanjang tahun tetapi hanya sebulan sahaja dari setahun itupun bukannya be rpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka. Allah tidak mewajibkan zakat ke atas seluruh umat Islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada. Begitu juga kewajipan haji bukannya setiap tahun tetapi sekali seumur hidup. Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kera na itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan lar angan serta petunjuk al -Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalam Islam ditentukan oleh akhlak. Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu dari perkataan µal-khuluqun¶ yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996: 4).
Perkataan
ini pula adalah
pecahan daripada perkataan µal-khalaq¶ yang bererti ciptaan. Al -Quran menyatakan hakikat ini, bermaksud : Yang menciptakan tiap -tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya
"
kejadian manusia berasal dari tanah . "
(al-Sajdah 32: 7)
Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran terl ebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Menurut Ibn Miskawayh (Mohd Nasir Omar, 2005), keadaan jiwa seseorang itu terbahagi kepada dua bahagian, Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
10
Tamadun Islam
iaitu:
Pertama:
Natural (tabie) - keadaan jiwa yang tabie ini berpusat di sifat semula jadi
seseorang, umpamanya perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil -kecil; panas baran; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu s umbersumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah, sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada AlIjma dan Al-Qias dan sumber dari tamadun ± tamadun asing. Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. Ianya juga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala - galanya baik secara umum atau khusus. Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara beransur -ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1 -5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al -Maidah. As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", b aik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al -Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir (pengakuan). As-Sunnah adalah sumber asal yang kedua selepas Al-Quran. la berperanan menerang
dan memperincikan
isi
kandungan
Al-Quran
secara
praktikal
dalam
melaksanakan tuntutan Al-Quran. Dari pengertian di atas, as-Sunnah boleh dibahagikan kepada tiga bentuk; Sunnah Qauliyyah, Sunnah Filiyyah dan Sunnah Taqririyyah. Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud "sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat" Sunnah Filiyyah ialah perbuatan ya ng dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya Nabi melakukan ibadah solat danhaji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya. Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucap dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
11
Tamadun Islam
Al-Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian, iaitu keazaman dan persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mu ngkin tercapai kecuali dengan wujudny a dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu -satu zaman di atas satu-satu hukum syara. . Al-Qias pula dari segi bahasa bererti menyamakan, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua -duanya. Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan empat rukun iaitu a sal, furu, hukum asal dan sebab hukum. Asal (Al-Asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang tela h ditetapkan oleh nas syara. Furu (Al-Faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari Al-Quran atau As-Sunnah ataupun Ijma. Hukum asal (Hukum Al-Asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam Al -Quran atau as-sunnah. Sebab hukum (Illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal (Al -Asl) dengan yang baru (Al-Faru). Islam juga tidak menolak sebarang penghasilan tamadun asing yang tidak bertentangan dengan nilai ± nilai Islam, seperti pengaruh Greek, India dan Yunani dalam bidang Matematik. Matlamat Tamadun Islam adalah untuk kesejahteraan manusia dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat dapat dicapai dengan memakmurkan alam ini mengikut peraturan dan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam perhubungan antara manusia dengan Allah ( Hablumminallah ), manusia dengan manusia ( Hablumminannas ), dan manusia dengan alam. Keredhaan Allah S.W.T akan dapat dicapai hanya dengan mematuhi suruhanNya, meninggalkan laranganNya dan dengan menyeru kepada kebajikan. Islam sebagai agama Allah mempunyai ci ri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Antara ciri ± ciri Tamadun Islam adalah Rabbani, Syumul, Sepadu, Praktikal, Tinggi dan Agung, Alami dan Universal. la bersifat rabbani kerana sumber utama
syariah ialah Wahyu Allah S.W.T. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu Al-Quran dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al -sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbe za dengan agama lain yang dicipta atau diilhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
12
Tamadun Islam
Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat . Ia juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusi a tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentu kan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, sos ial, sains dan teknologi mereka. Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia , bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara. Kesepaduan dan keseimbangan si stem Islam ini bukan sahaja dalam aspek huku m hakam bahkan juga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan mat ahari, semuanya bersifat sepadu dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat . Islam juga bukan agama yang berbentuk teori semata -mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dalam seluruh bidang kehidupannya. Dalam konteks ini, seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah am at sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk keh idupan manusia yang tidak statik tetapi sebaliknya praktis. Islam adalah satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud : "
Sesungguhnya agama yang (diredhai) d i sisi Allah hanyalah Islam
"
{Al-Imran:19}
Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa I slam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu -satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama -agama lain. Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan
Islam
dengan
Oleh
agama -agama
budaya
ciptaan
manusia.
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam
13
Tamadun Islam
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tingg i darinya
"
Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi -semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupu n mereka berada di planet Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: "
Katakanlah (wahai Muhammad):
"
Wahai s ekelian manusia! Sesungguhnya aku
adalah pesuruh Allah kepada kamu semua . {Al-Araf: 158 } "
Atas sifat alami dan universal inilah, maka sya riat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.
14
Oleh
Nor Haslinda Binti Samsudin | Tamadun Islam Dan Pendidikan Islam